Pembelajaran tidak perlu bergantung kepada neuron "ingatan" yang hanya berfungsi sebagi penyimpan maklumat kerana pembelajaran tidak perlu melibatkan penyusunan semula maklumat memandangkan segala maklumat telah tersedia ada melalui pengalaman terdahulu yang telah lama wujud.
Kemampuan otak sebenarnya tidak terbatas kerana semua maklumat alam ini telah pun dirakam di dalam maklumat sel DNA
Pembelajaran juga merupakan alat utama bagi pengubahsuaian tingkah laku dan kemajuan sosial.
Rawatan yang akan menghasilkan kesan-kesan pengalaman yang jelas dirasai perubahan demi perubahan.
Perlu diingat bahawa daya ingatan dan emosi dua perkara yang amat berasingan dalam proses pembelajaran.
Pembelajaran hanya perlu melalui proses pencetus yang tidak perlu bersusah payah untuk melatih otak mengingat.
Pembelajaran merupakan suatu proses yang bebas dan melalui pengubahsuaian dari masa ke semasa.
Sehingga hari ini pencapaian mengkaji kekuatan daya ingatan masih di luar kemampuan kita.
Kesimpulan daripada keterangan di atas, bermaksud seluruh organ terlibat dalam proses pembelajaran. Jadual di bawah, menunjukkan hubungan antara organ dan peranannya dalam proses pembelajaran.
ORGAN | PSIKOLOGI | KETERANGAN |
CL1 Kelenjar Pineal | Kecergasan rohani / ilham | Motivasi diri secara semula jadi, merangsang otak, pencetus ilham, meningkatkan keyakinan, memulihkan semangat |
CL2 Kelenjar Pitutary | Daya ingatan / keremajaan | Pembina sel otak untuk pemikiran, kreatif / idea, kekuatan daya ingatan, membantu mereka yang banyak berfikir atau kerja mengingat yang banyak, bijak / kepetahan |
CL3 Thalamus | Renjatan emosi / kecintaan | Tahap pemikiran yang tinggi, gerak balas kepada tekanan jiwa, membantu kerungsingan atau tekanan perasaan, menstabilkan jiwa yang tidak tenang, meredakan perasaan marah atau dendam |
CL4 Hipothalamus | Tumpuan/ penerimaan | Berkebolehan memotivasikan diri sendiri, daya tumpuan belajar, menambah sifat ingin tahu, rasional dan bijaksana, kematangan, mencetuskan idea,meningkatkan daya kreatif, penyelesaian yang menyeluruh, meningkatkan kecergasan, menjadi pemerhati yang baik, kognitif peringkat tinggi |
CL5 Kawalan Biotik | Kecenderungan/ keceriaan | Merangsang perasaan gembira dan tenteram semula jadi, menghilangkan rasa bosan, mengawal serangan bakteria, menguatkan semangat sebelum menziarahi kematian, pertahanan tubuh |
CL6 Sinus | Naluri/ kedamaian | Citarasa, mengawal lapar dan dahaga, daya pendorong cita-cita, meningkatkan kesedaran diri, membangkitkan kepuasan |
CL7 Kawalan Suhu | Kecergasan/ pengamatan | Minda menjadi sensitif, peka terhadap tindak balas segala bentuk bunyi bunyian yang baik dapat didengari, bunyi-bunyian yang tersusun indah dan resonan akan dapat meningkatkan moral diri setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian |
CL8 Medulla Oblongata | Keseimbangan | Perasaan riang dan tenteram, mengawal tekanan fikiran, kelemahan di bahagian ini akan meningkatkan debaran jantung CL11 dan kitaran darah CL18 yangmengawal kekeliruan |
CL9 Tyroid | Perhubungan/ pengucapan | Meningkatkan sel-sel otak dan menambah aktiviti pengaliran elektrik pada otak |
CL10 Paru-Paru | Perasaan/ hasrat | Perasaan, penghayatan dan menjiwai ilmu |
CL11 Jantung | Ragam/ pertemuan | Penyerapan ilmu, mengawal bebanan derita atau cabaran berfikir |
CL12 Hati, Perut, Limpa | Pengharapan/ daya cipta | Tenaga berfikir kreatif, pusat pemikiran sedar, penghayatan dalam belajar. Makan terlalu banyak kolestrol akan melemahkan tenaga berfikir |
CL13 Buah Pinggang | Gerakbalas / bertenaga / ketenangan | Keupayaan untuk berdaya fikir |
CL14 Hempedu | Ketaatan/ keikhlasan | Pemikiran tajam |
CL15 Pankreas | Prihatin / simpati | Berfikir mengenai diri orang lain, menghargai orang lain, ramah, menghayati diri orang lain. Kelemahan di bahagian ini akan mengakibatkan seseorang mudah mengumpat, cemburu, iri hati, hasad, khianat |
CL16 Ovari, Testis | Kesabaran / suci / kejelitaan | Bertimbangrasa, sabar, memahami. Kelemahan di bahagian ini akan mengakibatkan perasaan gelojoh, terburu-buru, mengambil jalan pintas |
CL17 Alat Kelamin, Organ Kencing | Asmara / kemanjaan | Bertanggungjawab, mengambil tahu / ambil peduli. Kelemahan di bahagian ini menyebabkan seseorang menjadi pasif |
CL18 Darah, Otot | Keberanian | Mengawal kebimbangan, kekhuatiran, takut. Berani mencuba, menegakkan kebenaran, hasil kemas. |
CL19 Usus, Apandiks | Keyakinan / cergas | Keyakinan tinggi. Kelemahan di bahagian ini akan menyebabkan ketakutan luarbiasa, phobia, terperanjat, rasa kaku |
CL20 Tulang, Saraf | Ketabahan / istirehat | Kesanggupan, menghilangkan keresahan dan angan-angan kosong, bersegera. Kelemahan di bahagian ini akan menjadikan seseorang suka menangguhkan kerja |
Keindahan rupa wajah dan tubuh manusia ialah hasil pemikiran penyeluruh organ tubuh badan manusia ke arah yang memberikan kesan yang bermanfaat. Pemikiran ini menjadikan manusia semakin maju. Orang yang berfikir untuk kebaikan akan terpancar seri di wajahnya.
Sesiapa yang mendakwa bahawa hanya otak sahaja yang berfikir, maka amat hodohlah rupa bentuk manusia (saya tidak tergamak menunjukkan gambarnya disini). Begitu juga perkembangan dirinya akan menjadi kuno, singkat umurnya dan buruk akhlaknya kerana otak hanya menghasilkan idea logik semata-mata.
Emotional Quotient EQ
Ramai yang masih berteori tentang cara untuk meningkatkan EQ. Tetapi Attitude Therapy melalui kajian dan pemahaman kaitan antara organ dan pembelajaran telah menghasilkan formula khas yang dinamakan Formula JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) untuk mempertenagakan organ-organ deria supaya dapat mengoptimumkan keupayaan belajar.
[Gambar JERI]
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
4 ulasan:
NW3 Thalamus'ini Dr boleh tak disyorkan pada seseorang yang mengalamai tekanan persaaan,sbb saya ada rakan yang dah di cerai suami dia,sampai saat ini menghadapi tekanan berat,matanya berlingkar hitam dan selalu sakit'adakalanya mengalami mimpi pelik,jika mimpi bekas husband dia,esoknya dia sakit...dia dah cuba pelbagai rawatan kampung...saya jelajah blog ini cari maklumat tu, macam ne nak kaji secara saintifik penyakit rakan saya ni,kesian pulak,,tak henti mengadu kat saya.
Saya melihat pelajar2 yg lemah dlm pelajaran,ada yg disebabkan kelalaian masing2 mengulangkaji,dan ada yg krg berminat dlm pelajaran ttp t'paksa meneruskn atas desakan keluarga, ada juga yg agak lambat dlm memahami sesuatu subjek. Saya percaya apabila mrk tahu di mana kelemahan mrk,mrk dpt mengatasi masalah tersebut.Mrk perlu didedahkan bhw bukan otak shj bekerja,malah organ lain turut terlibat. Dgn cara pemakanan skrg yg tdk teratur,tambahan pelajar yg mengejar masa suka mengambil makanan segera,ia pasti mempengaruhi organ tertentu dan menyebabkan gangguan pd pelajaran mrk. Artikel Dr membantu pelajar utk lbh memahami diri sendiri dan akan cuba sampaikan kpd pelajar agar mrk juga akan lebih memahami.
Kpd ibubapa pula disarankan mengguna produk EQ yg dikeluarkan oleh CVT krn ia tidak mempunyai kesan sampingan,insyallah,jika digunakan sejak awal lg,akan membantu anak2 kita menjadi insan berguna,cuma kita perlu terapkan dlm hati bhw kita berusaha utk mendidik anak2 dgn cara yg terbaik,maka produk ini merupakan mediumnya,bukan sbg ubat utk menjamin ank2 kita menjadi org berguna.Sekurang2nya kta sdh berusaha dan menjalankan tanggungjawab sbg ibubapa. Yg sbnrnya, byk produk di pasaran skrg IQ-EQ Booster,ttp kajilah dahulu samada produk tersbut tidak mempunyai kesan sampingan,krn kita tidak mahu memudaratkan anak2 kita di masa hadapan.
Cerita mengenai "Professor Pelupa" yang sangat genius dalam bidang intelektual namun tidak boleh mengikat tali kasutnya adalah satu contoh kisah IQ. IQ adalah stabil sepanjang hidup seseorang tetapi EQ boleh dipelihara dan dikembangkan. Boleh dikatakan EQ adalah sangat berkaitan dengan kemampuan kita memahami dan mengelolakan emosi seperti kebimbangan, kemarahan, agresif, sedih dan sebagainya dalam proses komunikasi dengan orang lain. Mungkin jika kita kurang EQ kita akan mudah dikuasai emosi sedangkan kita sebagai ciptaan Allah yang dikurniakan akal sepatutnya dapat mengawal emosi.
Menurut "Metod Rayid", EQ boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu Shaker, Jewel, Flower dan Stream yang mana setiap satunya mempunyai definisi tertentu.
EQ tahap tertinggi dikatakan wujud pada saat kelahiran. Zaman kanak-kanak, individu menunjukkan EQ yang positif dan fitrah. Sebagaimana dikatakan anak yang dilahirkan adalah ibarat sehelai kain putih yang bersih dan ibu bapa lah yang mencorakkannya.
Namun EQ ini akan menurun tahap keupayaan seiring dengan persekitaran dan suasana yang negatif.
Untuk mengembalikan keupayaan dan tingkat kecerdasan EQ ini pelbagai produk berada dipasaran menunjukkan betapa pentingnya EQ. CVT juga telah lama mengetahui rahsia kepentingan EQ ini. Kelebihan CVT ialah produknya boleh dicampurkan penggunaan dengan produk lain tanpa kesan sampingan. Adalah satu tindakan bijak jika kita menggabungkan produk EQ CVT ini dengan beberapa formula lain seperti Aroma Seri Wajah untuk kesan yang lebih baik. Mintalah nasihat dengan pengamal CVT yang berpengalaman untuk mendapatkan hasil yang maksimum kerana jika kita mendapatkan rawatan tanpa kita faham bagaimana rawatan itu dijalankan, kesannya akan lambat kerana otak kita sibuk memeikirkan apa, bagaimana, kenapa yang akhirnya membawa pemikiran yang negatif. Pemikiran yang negatif pada pendapat saya akan melambatkan kesan sesuatu formula pada seseorang.
Kisah Sufiah Yusof,seorang pelajar genius, IQ tinggi, yg telah menjatuhkan martabat beliau skrg memang ada kaitan dengan kepentingan EQ yang mungkin tidak dititikberatkan oleh dirinya dan orang di sekeliling. Saya melawat beberapa blog, yang menceritakan kisah pelajar genius yang pd awalnya menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat, tapi akhirnya, kisah hidup mereka bukan sahaja menjadi sebagai 'orang biasa-biasa' shj, tapi lagi teruk atau mengaibkan. Peranan semua sebenarnya amat penting, samada dari keluarga, masyarakat, sistem pendidikan atau pemerintah sendiri. Dan pada pandangan saya, 4aspek dalam CVT untuk kesejahteraan hidup perlu dititikberatkan : Spiritual, Emosional, Mental dan Fizikal.
Catat Ulasan