SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Ahad, 17 Jun 2007

Berdebar atau Darah Gemuruh

Pernahkah anda merasa berdebar atau darah gemuruh ketika ingin tampil di khalayak atau menghadiri temuduga atau ingin menempuh sesuatu seperti ingin berucap, bertanyakan soalan dalam sesuatu majlis dan sebagainya?

Jika ada, itu adalah simptom kelemahan di bahagian tekanan darah, jantung dan medulla oblongata.

Fenomena Debaran dan "Kuasa Tarikan"

Debaran berlaku apabila seseorang itu tampil dengan hanya membawa fizikal dan mental sahaja. Tanpa membawa sekali spitirual dan emosi, seseorang akan menjadi berdebar, tidak menguasai keadaan malah dikuasai oleh khalayak.

Kuasa Tarikan (juga dikenali sebagai "The Law of Attraction") bagi orang yang berdebar ialah mereka tidak ada kesediaan sebaliknya mereka "disediakan". Maksudnya mereka tampil bukan kerana itu kehendak mereka tetapi mereka diaturkan sedemikian oleh komuniti, organisasi, individu atau khalayak.

Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu ada keyakinan dan persediaan yang secukupnya. Penyerahan kepada Allah hendaklah tinggi kerana Dia lah yang Maha Menguasi dan Maha Mengaturkan kita.

Orang yang berdebar, pusat kelemahan bahagian spiritual ialah Medulla Oblongata dan pusat kelemahan bahagian emosi ialah Jantung.

Sebelum debaran berlaku, darah yang lemah pengalirannya telah menjadikan seseorang merasa bimbang dan kurang keyakinan. Kebimbangan ini menjadikan dirinya tidak bersedia atau memaksa diri membuat persediaan di saat akhir. Semakin lewat sesuatu persediaan maka semakin tinggi lah kebimbangan. Kebimbangan ini akan berterusan hingga sampai saat yang ditetapkan untuk muncul. Ketika itulah debaran sudah tidak dapat dikawal lagi (sebenarnya masih boleh dikawal jika betul caranya, insya Allah). Kebimbangan akan menjadikan tekanan darah tidak menentu. Tekanan tidak menentu ini akan mejejaskan rentak Jantung. Rantak jantung dikawal oleh Medulla Oblongata. Medulla Oblongata akan turut terjejas kerana menanggung tekanan memaksa diri untuk tampil tanpa persediaan dan keyakinan.

Tetapi sekiranya seseorang itu kuat spiritual (Medulla Oblongata) dan emosi (Jantung), kelemahan pada bahagian darah tidak akan menyebabkan debaran.

Debaran Dan Tekanan Perasaan

Medulla Oblongata boleh menjadi lemah disebabkan lemahnya Pankreas. Pankreas yang lemah akan menyebabkan insulin dan glukagon tidak dapat dirembeskan. Glukagon bertindak meneutralkan urik asid dan insulin bertindak meneutralkan gula. Gula juga merupakan asid dan kandungan gula dalam darah juga akan meningkat jika Pankreas lemah. Pankreas mengawal pemikiran kita yang berkaitan dengan diri orang lain. Penyakit hasad atau tidak puas hati dengan orang lain adalah karektor yang berkaitan dengan kelemahan Pankreas (mengikut Hukum Keseimbangan).

Semakin tinggi urik asid dalam darah, maka semakin penting peranan Jantung untuk mengawal kadar tekanan supaya urik asid tidak menjejaskan tubuh. Jantung dibina daripada otot yang sangat kuat dan tidak mudah untuk lemah. Tekanan Jantung dikawal oleh Medulla Oblongata. Tugas mengawal rentak jantung oleh Medulla Oblongata adalah sangat berat dan ia tidak boleh berlaku serentak dengan kawalan tekanan persekitaran luar tubuh (iaitu kerja dan sosial). Akibatnya seseorang akan merasa tertekan. Tekanan juga penyebab kepada tidak bersedia dan menjadikan debaran.

Debaran dan Sistem Darah

Jantung akan terganggu rentaknya jika terdapat gangguan terhadap kandungan dalam darah. Bahan yang biasa menimbulkan masalah dalam darah ialah sodium. Sodium banyak terdapat dalam garam masakan biasa di dapur. Garam bukit adalah alternatif kerana kandungan sodium yang terendah iaitu kurang 5%. Selain garam dapur, bahan perasa makanan seperti mono sodium glutamat MSG turut mengandungi banyak garam dan banyak digunakan dalam masakan dan makanan ringan. Burger merupakan contoh makanan yang mengandungi MSG yang terbanyak berbanding dengan makanan yang lain.

Tahukah anda Kedahsyatan MSG sebagai bahan perasa kerana ia bertindak mengalirkan zarah rasa dengan amat cekap. Setitik jus limau apabila dititiskan ke dalam segelas larutan MSG akan menjadikan seluruh gelas tadi menjadi air limau, supaya lebih menarik maka pewarna tiruan turut diletakkan.

Mereka yang mengalami masalah debaran, cuba semak adakah anda kerap mengambil makanan ringan atau makanan dari restoran makanan segera.

Attitude Therapy Merawat Debaran

Rawatan asas untuk masalah debaran adalah NW 8 iaitu bahagian Medulla Oblongata. Rawatan CL 8 sebaiknya perlu bersama dengan CL 15 iaitu bahagian Pankreas.

Tetapi jika ada masalah darah, sebaik-baiknya rawat dengan CL 18dan pasangannya CL 3 supaya sistem badan seimbang dan tidak timbul kesan pembongkaran.

Dalam kes tertentu, CL 8 boleh dikombinasikan dengan CL 11 iaitu Jantung. Begitu juga dengan CL 18 boleh dikombinasikan dengan CL 8 atau CL 11.

Jadual di bawah adalah cadangan kombinasi berdasarkan keadaan tertentu;
DebaranSiangMalam
Tinggi urik asidNW15NW8
Tinggi proteinNW13NW8
Tinggi kolestrolNW12NW8
Lemah darahNW18NW8
Baiki rentak jantungNW11NW8
Baiki sistem darahNW18NW3

Dalam sesetengah kes, mengikut pengalaman saya, pesakit yang kuat marah akan dirawat CL 1 untuk Kelenjar Pineal dan CL 20 untuk Tulang dan Saraf (Kalau perempuan CL 2 untuk Kelenjar Pituitary dan CL 20). Kemarahan ini boleh memberi kesan kepada hempedu atau menyebabkan batu hempedu. Jika keadaan ini berlaku, rawatan yang diperlukan ialah CL 16 untuk testrogen dan CL 8.

Debaran yang melampau boleh menghilangkan tumpuan. Tumpuan ialah CL 4, Hipothalamus.


Apabila debaran disertai dengan rasa terkejut, pesakit akan terkucil. Keadaan ini berkaitan dengan isyarat elektrik di bahagian Buah Pinggang CL 13. CL 13 mengawal kecemasan atau terkejut yang berpusat di bahagian Kelenjar Adrenal. Debaran yang menyebabkan pesakit terkejut beberapa kali akan menggangu Kelenjar Adrenal atau menggagalkan Kelenjar Adrenal untuk membantu Buah Pinggang berfungsi.

Pola Proses Penyembuhan

Dalam proses penyembuhan, kita tetap akan merasai simptom walaupun hakikat sebenarnya tahap kesihatan telah jauh meningkat. Pada peringkat pertama mendapat rawatan, pesakit akan merasa lebih tenang, tidak mudah marah dan mudah tidur pada tahap delta. Kesan pembongkaran semasa menerima rawatan telah ditulis dalam post yang lepas. Sila rujuk topik "Kesan Tekanan Terhadap Penyakit" dalam blog ini untuk mengetahui kesan pembongkaran akibat Teori Tekanan (atau klik butang di bawah ini).
Dalam sesetengah kes, kesan pembongkaran tidak berlaku, sebaliknya ialah kesan rawatan simptom karektor Fasa Satu. Fasa Satu adalah high range bermaksud riak, aktif, agresif, tidak tenang, pemarah, panas baran dan sebagainya.

Satu lagi keadaan ialah pengulangan gangguan penyakit atau simptom yang berlaku setelah rawatan. Ia mempunyai pola yang sangat menarik seperti dalam rajah di bawah


Berdasarkan rajah ini, warna merah ialah hari pesakit mengalami simptom, warna putih ialah pesakit berada dalam keadaan normal tanpa sebarang simptom, warna hitam ialah hari mendapatkan rawatan pertama dan warna biru ialah simptom yang muncul setelah mendapatkan rawatan.

Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan berterusan, pesakit akan merasa seperti telah sembuh setelah kira-kira enam bulan (sebenarnya tempoh pemulihan boleh dicepatkan oleh pesakit itu sendiri). Setelah enam bulan mendapatkan rawatan, sila lihat pada bulan Ogos, pesakit akan mendapat gangguan simptom pada awal bulan September. Ketika itu, pesakit yang tidak sabar akan mengatakan Attitude Therapy tidak begitu memberikan kesan terhadap simptomnya. Hakikat sebenar ialah tahap kesihatan pesakit telah banyak berubah dan kekerapan kemunculan simptom telah semakin menjarak. Pada tahun berikutnya kemungkinan pesakit akan mendapat simptom yang sama pada kekerapan sekali atau dua kali setahun. Keadaan ini disebabkan rekod DNA masih belum disenyawakan sepenuhnya dan karektor trauma masih belum dihilangkan.

Berikut ialah graf kajian terhadap kesan terhadap karektor setelah mendapat rawatan.



Graf di atas menunjukkan karektor yang terganggu pada tahap 100% dan juga tahap simptom yang terganggu pada tahap 100%. Berdasarkan graf di atas, kita dapati karektor akan mendapat kesan pemulihan yang drastik terlebih dahulu, diikuti oleh penurunan tahap simptom secara berdikit-dikit. Karektor biasanya akan mula terganggu dan meningkat secara hampir malar kerana kesan "trauma" atau tabiat lama berulang. Sebenarnya, karektor yang semakin pulih adalah rawatan terapi terhadap penyakit. Penyakit tidak akan pulih selagi sikap tidak mahu diubah. Rawatan Attitude Therapy merawat penyakit melalui rawatan terhadap karektor dan level personaliti terlebih dahulu. Jika anda merasa simptom masih ada, setelah rawatan, cuba perhatikan adakah karektor anda mulai bertambah baik? Jika ada, syukurlah kerana anda akan pulih, insya Allah.

Petua Mengatasi Debaran

Pemakanan adalah faktor utama dan tidak sukar untuk mengawalnya. Penyakit adalah apa yang kita makan setiap hari. Jika kita berfikir kita sihat, dengan sendirinya keinginan kita akan seimbang untuk memilih makanan yang sihat.

Bersedia untuk menghadapi apa sahaja. Orang yang boleh tampil tanpa berdebar ialah orang yang tampil disamping menguasai audiens atau khalayak. Orang yang berdebar akan dikuasai khalayak. Jika anda bersedia, bukan sahaja anda tidak akan berdebar, malah setiap ucapan anda akan dihayati dan anda juga menghayati setiap yang anda tampilkan. Ketika itu setiap yang ditampilkan akan bermanfaat dan tidak dipersiakan.

Kekeliruan Tentang Debaran

Jika anda berdebar ketika melihat susuatu yang amat anda sukai seperti kereta, banglo, atau pun kekasih anda, itu dinamakan "debaran teruja", bukan simptom penyakit. Jika anda merasakan sedemikian, ia bermaksud anda akan dapat setiap yang dirasai dengan penuh debaran.

Jika anda rasa berdebar tanpa sebab hingga jantung menjadi kencang dan berombak hingga kelihatan di dada, itu menunjukkan anda ada masalah Jantung. Pengalaman saya, pesakit ini pulih dengan ikhtiar rawatan Facial Hidrotherapy Ice. Konsep Facial Hidrotherapy Ice telah saya tulis dalam blog Bahasa Inggeris saya bertajuk "Reshape Your Face Naturally". Anda boleh klik butang di bawah ini untuk membacanya.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

4 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Darah Gemuruh
Saya pernah mengalami masalah ini semasa di pengajian tinggi, aktif dan pernah memasuki pertandingan di sekolah rendah,ttp semasa sekolah menengah,tidak menonjol,akibatnya,di IPT saya juga tidak terserlah,bila disuruh buat 'Presentation', gelabah habis,untuk mengelak org dr nampak sy menggigil,sy gunakan kad keras utk nota.Berjaya jugak strategi tu. Alhamdulillah,bila masuk di alam pekerjaan,perasaan tersebut dapat dikawal. Cuma ingin berkongsi beberapa tips bagi mengawal darah gemuruh samada semasa temuduga atau memberi ucapan / ceramah :
1. Yakin bahawa taraf kita sama dengan pendengar,yang berbeza amalan kita, tak kira samada pendengar lebih berpangkat tinggi.
2. Perbetulkan niat / tujuan kita, jika temuduga kerja,yakin dengan kuasaNya,jawab seikhlas hati, jika memberi ucapan/ceramah, niat utk menyampaikan sesuatu utk kebaikan semua.
3. Be natural. Jadilah diri anda sendiri, tidak perlu mengikut cara orang lain.
4. Memahami terlebih dahulu perkara yg hendak disampaikan.
5. Membuat persiapan awal.
6. Praktis

Sy sgt yakin dgn keikhlasan krn perkara tersebut yg akan menghilangkan perasaan gemuruh serta apa yg disampaikan lebih diterima oleh pendengar. Selain itu, formula CVT boleh digunakansekiranya terbukti kita mempunyai masalah di organ-organ tertentu utk mengembalikan keyakinan pd diri.

razak berkata...

assalamualaikum dr saya sering megalami darah gemuruh apakah seranan serta petua untuk mengatasi masalah tersebut

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

razak; Darah gemuruh ialah simtomp yang terhasil daripada beberapa kelemahan atau penyakit. Antaranya sistem darah, tekanan darah tinggi, kolestrol yang tidak sihat dan sistem hormon. Sebagai petua, elakkan diri daripada berada dalam keadaan stress, tidur awal dan kerap mandi (sekurang-kurangnya 3 kali sehari). Cara paling cepat dan berkesan ialah dengan mendapatkan rawatan CVT ini atau sila hubungi saya 012-4008972

farvizier berkata...

GANGGUAN kecelaruan panik atau panic disorder memang sukar dikesan sehinggalah keadaan menjadi serius. Malah ramai yang menganggap panik atau cemas yang dialami mereka adalah perkara biasa.

Daya sensitiviti otak terhadap kawasan yang melibatkan saraf katastrospik mencetuskan panik tersebut tidak kira tempat atau masa. Jadi apabila terdapat perkara atau perkataan yang boleh 'mengaktifkan' saraf tersebut, pesakit akan mengalami panik.

Malangnya menurut kajian, penyakit 'panik' ini seringkali menyerang wanita. Mengapakah hanya wanita yg mudah diserang penyakit ini?

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)