SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah
Memaparkan catatan dengan label Elektromagetik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Elektromagetik. Papar semua catatan

Isnin, 17 November 2008

Gelombang

Gelombang atau wave boleh dibahagikan kepada dua iaitu gelombang elektromagnetik seperti yang digunakan pada radio, sinar X, sinar UV, gamma dan cahaya boleh nampak dan satu lagi ialah gelombang mekanik.

Penyakit adalah satu bentuk gelombang mekanik yang terganggu oleh gelombang elektromagnetik sehingga mengubah keadaan keharmoniannya. Memanfaatkan gelombang elektromagnetik dalam cahaya boleh nampak kemudian menukarkannya kepada gelombang mekanik akan menjadikannya penawar sebenar kepada penyakit. Gelombang yang ditukarkan kepada mekanik ini disimpan di dalam pembawa atau formula-formula (ubat) dalam rawatan Attitude Therapy.

Gelombang mekanik sebenarnya adalah gelombang penawar atau gelombang bunyi yang berfrekuensi rendah. Ia dapat mengubah tenaga melalui pemindahan tenaga (energy transfer) daripada satu titik kepada satu titik pada zarah bahantara itu. Proses yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga mencapai amplitud akan menghasilkan kesan yang maksima.

Gelombang mekanik adalah satu tenaga untuk merawat penyakit dan merangsang sistem kederiaan. Ia juga mampu mengubah keadaan. Contohnya apabila kita mendengar sesuatu perakra yang menyentuh peribadi, timbul perasaan seperti marah, dukacita dan sebagainya. Oleh yang demikian kita memerlukan gelombang mekanik dengan frekuensi rendah dan laju sebagai pengawalan keseimbangan. Salah satu pembawa (carrier) yang mewujudkan gelombang mekanik ialah garam.

Contoh lain, apabila diri seseorang disertai dengan kepercayaan (keimanan) maka gelombang akan berlaku pada tubuh. Gelombang elektromagnetik sebagai tenaga menyebabkan perenggangan dan gelombang mekanik sebagai proses pemampatan. Gerakan-gerakan anggota tubuh seperti solat adalah salah satu gerakan perenggangan dan "khusyuk" ialah gelombang atau gerakan pemampatan. Maka solat yang khusyuk adalah satu kombinasi gerakan penawar.

Gelombang bunyi yang digunakan dalam rawatan Attitude Theapy adalah gelombang yang mempunyai tenaga yang amat kecil, halus dan tidak dapat diukur dengan mana-mana alat pengukur gelombang.

Arus yang kecil sentiasa mengalir berterusan melalui saraf secara tetap. Ini ialah tenaga semulajadi yang mempunyai persamaan dengan tenaga hayat semulajadi manusia.

Mengapa Attitude Therapy menolak Elektromagnetik dalam perawatan?
  1. Gelombang elektromangetik menyebabkan kehangatan / haba yang mampu membakar sel-sel tubuh.
  2. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah gelombang elektromagenetik tidak menghasilkan haba, namun jika ia termodulat oleh frekuensi yang sama dengan frekuensi sesetengah sel, ia tetap akan mengakibatkan kesan yang buruk pada tubuh (resonan yang buruk berlaku).
  3. Medan gelombang elektromagnetik yang mempunyai kekuatan rendah pada jarak frekuensi fisiologi mampu mengubah proses-proses fisiologi tubuh, sifat-sifat dan ritma-ritma biologi.
  4. Tenaga gelombang elektromagnetik yang di luar keamatan dan frekuensi fisiologi akan menguja tindakbalas penyesuaian homeostatik tubuh.
  5. Hubungan antara gelombang magnetik dan elektrik akan mengubah fisiologi sel dan organisma.
  6. Contoh terbaik bagi kesan gelombang elektromagnetik terhadap kesihatan ialah kekurangan pengeluaran carcadian melatonin oleh kelenjar pineal. Ini akan mengakibatkan penyakit seperti kanser, depresi dan gangguan tidur.
  7. Pengubahan fungsi-fungsi saraf dan sistem opioid endegenous yang mana ini akan mengganggu kelakuan-kelakuan dan fungsi-fungsi homeostatik.
  8. Arus elektrik ulang-alik 60Hz didapati mengganggu sistem enzim yang normal.
  9. Gelombang elektromagnetik mengubah kadar reaksi kimia dengan mempercepatkan proses penggiatan dan peralihan.
  10. Medan magnetik menyukarkan pengambilan ion kalsium oleh sel melalui penghidratan molekul air di sekeliling ion.
  11. Selagal haiwan yang tidak bertulang belakang mampu mengesan dan bertindakbalas terhadap medan elektrik dan magnetik.
  12. Pendedahan terhadap gelombang elektromagnetik menyebabkan penyakit kanser, depresi dan keguguran kandungan disebabkan oleh kurangnya sintesis hormon melatonin oleh kelenjar pineal yang sangat penting sebagai fungsi immune sistem.
  13. Walaupun gelombang elektrik dan magnetik boleh menyebabkan penambahan dalam aktiviti-aktiviti haiwan, tetapi haiwan tidak menunjukkan reaksi bahawa ia menyukai atau menentang gelombang tersebut.
  14. Semua haiwan dan manusia boleh mengesan gelombang elektrik tetapi sangat sedikir yang dapat mengesan gelombang mangetik yang juga berbahaya terhadap kesihatan.
  15. Radiasi gelombang mikro menjejaskan proses autoimmune dan menghalang immuniti sel-sel perantara.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Sabtu, 25 Oktober 2008

Kesan Rambut Tercemar

Untuk memahami level spiritual pada tubuh badan, semua kederiaan perlu dikenalpasti. Bulu roma yang terdapat pada seluruh permukaan kulit adalah salah satu deria yang berfungsi sebagai pengesan getaran di persekitaran. Getaran semulajadi di persekitaran adalah penting untuk mempertenagakan sel di keseluruhan tubuh. Deria yang sihat dan bersih juga boleh berperanan sebagai pembumian proton atau caj positif yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Bulu roma penting untuk menyerap vibration energy daripada kawasan persekitaran melalui medium air atau udara. Kekonduksian (pengaliran) vibration lebih kuat sekiranya
1. Bulu roma bersih daripada sebarang radiasi seperti pencemaran proton.
2. Tekanan tinggi (sejuk – air sejuk, udara sejuk atau ais batu).

Kadar bulu roma yang tumbuh bergantung kepada keperluan tubuh untuk mendapatkan getaran tenaga semulajadi yang paling optimum. Tubuh yang telah tersedia dengan “masa” yang mencukupi kurang ditumbuhi oleh mereka yang tubuhnya terlebih dengan “jisim”. Kadar jisim dalam tubuh dipengaruhi oleh amalan pemakanan. Makanan yang tinggi protein adalah punca kepada kandungan jisim tubuh melebihi getaran tenaga masa.

Tidak menghairankan wanita yang mengambil makanan yang tinggi protein seperti kacang dal, mempunyai bulu roma yang lebat.

Makanan yang tinggi protein juga mempengarui pemikiran logic seseorang. Mereka yang terlalu kerap berfikir secara logic dan matematik juga mudah mendapat bulu roma yang panjang atau lebat. Wanita yang suka membuat kerja-kerja mengira atau matematik biasanya akan kelihatan tumbuh bulu roma di misai.

Pengurusan bulu roma juga perlu dengan cara yang betul supaya pencemarannya dapat diatasi dan kederiaannya tidak terjejas. Berikut ialah antara pengurusan bulu roma yang betul.
Rambut kepala
Potong untuk dipendekkan, perlu disisirkan
Tudung jika disimpan panjang, perlu disisirkan atau diikat
Janggut
Dicantas setelah melebihi segenggam
Perlu disisirkan
MisaiDigunting (tidak boleh dicukur)
JambangDibiarkan dengan disisirkan
Dicukur jika ingin membuangnya.
Kening dan bulu mata
Deria pengesan paling penting, tidak boleh dicabut, tidak boleh dicukur,tidak boleh diwarnakan
Bulu hidung
Dicabut atau digunting
"Spears of prosperity" Tidak boleh dibiarkan kelihatan
Armpit hair (bulu ketiak)Perlu dicabut
Bulu dadaDibiarkan
Bulu ari-ari (pubic hair)Perlu dicukur sekurang-kurangnya setiap 44 hari
Bulu roma tangan dan kakiDibiarkan



Bulu roma mudah tercemar sekiranya ia tertedah kepada udara persekitaran.

Antara kesan pencemaran proton terhadap rambut ialah
1. Beberapa penyakit berkaitan spitirual mudah mengganggu.
2. Kelemahan sistem immune.
3. Mudah kemurungan.
4. Gangguan kecekapan Emotional Quotient (EQ).

Bulu roma yang terpanjang ialah rambut. Disebabkan ia mudah tercemar, penjagaan yang terbaik ialah dengan cara menutupnya daripada terdedah atau membasuhnya dengan kerap.

Kewajipan memakai tudung bagi kaum wanita bukan sekadar untuk menutup aurat, malah ia membantu mengelakkan pencemaran proton pada deria rambut.

Karektor Rambut Kusut

Bakteria sentiasa mencari ruang organik yang kurang bertenaga untuk ditumpangi dan membina habitat yang baru. Rambut yang tercemar dan kusut akan menjadi tempat pembiakan pelbagai bakteria (maism). Jumlah miasm atau bakteria yang berlebihan akan melemahkan sistem kawalan biotik semulajadi (antibiotik semulajadi). Mereka yang lemah pusat kawalan biotik (CL 5) mudah merasa kebosanan atau tidak ceria.
Unhappy Genius
Albert Einstein dikatakan sebagai genius tetapi tidak gembira.

Langkah untuk mengatasi pencemaran proton terhadap rambut ialah
1. Melindunginya daripada terdedah kepada radiasi atmosfera luar rumah terutama waktu petang (30 minit sebelum maghrib).
2. Membasuh anggota yang terbuka dengan kerap.
3. Menutup kepala atau memakai tudung.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Selasa, 21 Oktober 2008

Keberkesanan Kayu Sugi

Setiap bahan yang mempunyai perisa biasanya akan mengandungi Monosodium. Monosodium memastikan rasa seperti koko, limau atau vanila berkekalan dalam tempoh yang lama. Monosodium mempunyai kelebihan menyerlahkan rasa sesuatu makanan. Dengan adanya Monosodium, bahan asli sesuatu makanan tidak perlu banyak. Misalnya setitik limau apabila dititiskan ke dalam segelas air Monosodium Glutamat, maka keseluruhan larutan tersebut akan mempunyai rasa limau. Bahan ini ialah kumpulan mineral yang berat dan mempunyai kecenderungan asid.

Kayu sugi yang berperisa kemungkinan telah dicelup dengan bahan ini. Sudah tentu ia telah bertindak balas dengan bahan ini terlebih dahulu dan kesan elektronnya akan berkurang. Menggunakan kayu sugi yang asli akan meyakinkannya bahawa ia cuma akan bertindak balas dengan gigi sahaja.

Gigi yang tercemar dengan proton mudah menjadikan sisa makanan terlekat di celah-celahnya. Salah satu tanda keberkesanan kayu sugi ialah apabila kita makan setelah bersugi, jarang terdapat sisa makanan (daging, sayur atau cili) terlekat di celah gigi. Mereka yang biasa mengalami masalah kerap terlekat atau tersangkut sisa makanan di celah gigi boleh mengamalkan bersugi untuk mengatasi maslah ini. Sekiranya telah terlekat, ia dapat disingkirkan dengan mudah dengan cara bersugi (memadai menggosok di bahagian hadapan sahaja). Sekiranya untuk mengelakkannya terlekat, bersugilah sebelum makan.

Di klinik gigi ada menyediakan perkhidmatan memutihkan gigi atau menanggalkan plak dan mencuci kaviti. Bayarannya amat mahal antara RM80 ke RM200. Tetapi tempoh ketahanannya tidak lama antara 6 bulan ke 1 tahun. Hanya teknologi elektron sahaja yang berkeupayaan untuk menanggalkan plak dan kaviti pada gigi. Elektron boleh dialirkan pada gigi melalui gosokan daripada kayu sugi atau bahan yang berelektron gigi (sebaiknya gunakan kayu sugi).

Kayu sugi membantu menguatkan gigi, mengoptimumkan saraf dalam gigi dan membersikan benda asing di sekitar gigi. Gigi yang sihat dan kuat berkeupayaan untuk mengawal pembiakan bakteria di sekitarnya. Jangkitan pada gusi, lidah, ulser dalam mulut juga dapat diatasi sekiranya mengamalkan bersugi.

Tetapi sekiranya tahap jangkitan pada gusi (gusi membengkak), sakit lidah atau terdapat kehadiran ulser dalam mulut, cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengatasinya ialah dengan berkumur menggunakan garam. Soul Salt (formula AT) ialah garam terbaik yang boleh digunakan untuk berkumur. Garam membantu menyerap bakteria yang berlebihan di dalam mulut seterusnya membantu mengurangkan kesakitan di dalam mulut. Kekerapan berkumur dengan larutan garam secara berterusan membantu merawat masalah di dalam mulut seperti bengkak gusi, jangkitan lidah atau ulser dalam mulut.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Rabu, 8 Oktober 2008

Rahsia Saintifik Kayu Sugi

Semakin berkembang ilmu sains, maka semakin banyak lagi rahsia-rahsia, misteri dan amalan tradisional suatu ketika dahulu terbongkar. Penemuan rahsia gelombang elektromagnetik pada kayu sugi adalah sesuatu yang sungguh menakjubkan para saintis.

Panel Pembumi

Dalam tubuh badan manusia terdapat pengaliran caj yang berperanan memastikan sel-sel tubuh terus bertenaga dan menjalankan fungsi seperti normal. Secara umumnya kaum lelaki dewasa mempunyai caj elektron dominan. Manakala kaum wanita dan kanak-kanak mempunyai caj proton dominan. Antara kedua-dua jenis caj ini, elektron yang penting kerana ia mempertenagakan sel.

Elektron ini sentiasa digunakan dan akibatnya akan hadir caj proton. Caj proton yang berlebihan ini perlu dialirkan keluar supaya elektron dapat diperbaharui.

Pengaliran proton keluar perlu melalui panel khas yang digelar "panel pembumi". Pada tubuh terdapat dua bahan organik yang berfungsi sebagai panel peneutral kehadiran proton berlebihan pada tubuh iaitu rambut (bulu roma), gigi, kuku dan kulit mati (atau mana-mana organik binaan mineral yang menganjur keluar dari tubuh).

Pencemaran Panel

Sebagai Panel Pembumi, ia sentiasa akan menampung kehadiran caj proton. Oleh itu ia sangat berpotensi untuk tercemar. Pada peringkat pencemaran yang rendah, ia boleh dibersihkan melalui cara dibasuh menggunaan air mutlak dengan kerap.

Kawasan yang perlu dibersihkan ialah wajah (bulu roma terdapat banyak di wajah), kepala, anggota tangan dan kaki.

Panel Pembumi ini tidak dapat dibersihkan dengan air sekiranya kandungan sel mati terlalu tinggi (atau panjang). Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil

1. Kuku panjang perlu dibuang. Menyimpan kuku panjang akan menyebabkan caj protein lebih kerap mencemarinya.
2. Rambut yang panjang perlu dilindungi daripada terdedah kepada atmosfera luar rumah supaya tidak mudah tercemar dengan caj proton berlebihan. Memakai tudung apabila keluar rumah bukan sekadar menutup aurat terhadap orang bukan muhrim tetapi mempunyai alasan yang sungguh saintifik.
3. Mandi perlu kerap setiap hari supaya sel kulit mati dapat disingkirkan. Hubungan intim antara suami isteri akan meneutralkan caj elektron dan menjadikan potensi untuk dicemari caj proton lebih tinggi. Oleh itu, mandi junub selain untuk tujuan bersuci dari hadas, ia juga mempunyai alasan yang sungguh saintifik.

Gigi tidak memanjang atau menghasilkan sel mati, sebaliknya ia menghasilkan mineral kalsium semulajadi tubuh. Oleh itu, pencemaran yang berlaku di gigi akan menyebabkan gigi memendam caj proton.

Kesan pencemaran proton pada gigi
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.

Mudarat Berus Gigi Linen

Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesin getaran, mesin yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.
Malah berus itu sendiri sebenarnya penuh dengan bakteria dan boleh memudaratkan gigi.
Berus yang diperbuat daripada linen atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.
Lipas amat menyukai berus gigi. Mereka suka "membersihkan" berus gigi anda setiap malam.
Sekiranya anda boleh menukar berus gigi setiap bulan atau merawat berus gigi setiap kali digunakan, maka berus itu selamat digunakan.

Aliran Elektrostatik

Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan pertukaran caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.
Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.

Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang digosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosokkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menanggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan geraham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.

Teknik Menggosok (Bersiwak)

Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromagnetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.

Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

Kesimpulan Manfaat Bersugi

1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)