SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Ahad, 24 Jun 2007

Ringkasan Formula CL 2

Formula sebagai ikhtiar untuk mempertenagakan Kelenjar Pituitary yang membantu merawat simptom seperti sawan (epilepsi/epilepsy), parkinson, pelupa yang keterlaluan, gagap dan sebagainya.


Berikut ialah ringkasan formula CL 2
FORMULACL 2
NAMA FORMULA
WARNAPUTIH
PANJANG GELOMBANGBawah 200 nanometer
WAKTU RESONAN2 jam selepas Isyak hingga selama 2 jam
(11.00 malam hingga 1.00 pagi)
PSIKOLOGI KETIKA SIHATTerurus, terancang.
PSIKOLOGI KETIKA SAKITKelam kabut.
KAWASAN
  1. Kelenjar Pitutary
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Merangsang pembesaran kanak-kanak.
  • Pembina Sel otak untuk pemikiran.
  • Kekuatan daya ingatan / kreatif / idea.
  • Melahirkan kanak-kanak yang bijak / kepetahan(artikulasi).
  • Membantu membina bayi dalam kandungan, menjaga kesihatan bayi, mengatasi keracunan dalam kandungan.
  • Membantu bayi pramatang (bayi tidak cukup bulan).
  • Memulihkan pemikiran yang sangat lembab kepada kanak-kanak.
  • Tenaga keseimbangan untuk wanita.
  • Kawalan sistem immune.
  • Awet muda pada orang dewasa / kelihatan sentiasa muda.
  • Membaiki sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Orang tua yang berfikiran kebudak-budakan / nyanyuk /kebingungan / keliru (dimentia).
  • Parkinson / Pergerakan di luar kawalan.
  • Gangguan pertuturan / kegagapan.
  • Keupayaan memahami yang lembab (sindrom afasia).
  • Sawan (epilepsi).
KETERANGAN FORMULA
  1. Formula ini meningkatkan dan menguatkan tindakan formula yang lain.
  2. Sesuai digunakan untuk mereka yang banyak berfikir atau menguruskan banyak perkara.
  3. Formula utama untuk psikiatri / gangguan mental.
  4. Membantu gangguan refleks secara tipikal dalam penyakit (Lobus Frontal Kontralateral)

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah yang berkaitan dengan simptom kelenjar pitutary seperti epilepsi, merawat penyakit lupa , parkinson, nyanyuk, awet muda, gagap, kelam-kabut, masalah bayi dalam kandungan atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya.



8 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Assalamu'alaikum,

Dr.,

saya mempunyai masalah pelupa.Adakah saya perlu mengambil NW 2 (F1 - F3), Dr. pernah diagnos saya dan punca kelemahan saya adalah di NW 3 dan NW 18, adakah ia berkaitan dengan masalah pelupa ini. Terima kasih, harap dapat penjelasan.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

W'salam.

Masalah pelupa ialah gangguan tenaga bertekanan rendah yang sering bertukar-tukar tempat.

Terdapat 2 kaedah terbaik penjagaan kesihatan secara optimum melalui cara CVT.

Pertama ialah menumpukan kepada formula yang diberikan, caranya ialah dengan mengambil sesuatu formula mengikut tahap (fasa I, II dan III) dan dihabiskan dalam tempoh 7 hari.

Cara kedua ialah dengan menyediakan 20 set formula NW di rumah (pada tahap fasa dua) kemudian membuat diagnosis setiap hari untuk mengetahui organ apakan yang sedang mengalami tenaga bertekanan rendah. Bagi kaedah ini selain dapat menjaga kesihatan ke tahap paling optimum, keadaan kesihatan juga dapat diketahui. Jika berlaku perubahan tenaga bertekanan rendah (atau organ lemah berubah) dalam tempoh setiap 3 jam, menunjukkan tubuh sebenarnya amat sihat. Jika tidak berlaku perubahan organ bertekanan rendah dalam tempoh 3 hari, menunjukkan organ tersebut sedang lemah dan sakit. Pesakit kronik biasanya mempunyai kelemahan di organ yang sama dalam tempoh 7 hari. Pesakit yang tidak mendapatkan rawatan pula lemah di sesuatu organ (punca atau yang paling utama penyebab penyakit) selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.

Keadaan tekanan rendah range tinggi biasanya berlaku kepada pesakit yang mengalami masalah sistem limpatik NW12 yang kronik. Mereka biasa didakwa mengalami gangguan sihir atau saka. Tekanan rendah pada range yang tinggi ialah penyakit kronik yang berubah-ubah tempatnya dan terpaksa dikejar setiap 3 jam setiap hari. Pesakit ini perlu disediakan 20 set NW fasa satu dan fasa dua.

Tentang masalah pelupa yang puan alami, saya cadangkan agar membuat diagnos terlebih dahulu. Jika disahkan benar, cukup dengan menggunakan NW2 dan NW20 pada fasa kedua sahaja. Tidak perlu ambil fasa satu. NW3 dan NW18 tidak berkaitan secara langsung dengan masalah pelupa.

Terima kasih

Daphne berkata...

selamat sejahtera doctor nama saya erin.saya mengidap penyakit hyperthyroid tetapi kelenjar thyroid saya hanya sedikit bengkak apa yang saya mahu tanya doctor ialah kenapakah kelenjar-kelenjarliur disekitar leher dan pangkal paha saya membengkak?saya sudah jumpa doctor sebanyak lapan kali dan dua kali diberi antibiotik tetapi bengkakan itu tidak sembuh.telinga saya juga berdengung.harap doc dapat membantu.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Selamat sejahtera. Berdasarkan simptom yang dinyatakan, kemungkinan puan bukan menghidap hyperthyroid, sebaliknya ialah masalah limpatik.

Bengkak di bahagian kelenjar terjadi kerana nudul-nodul limpa gagal berfungsi dengan cekap. Ia bukan disebabkan oleh jankitan bakteria, oleh itu penggunaan antibiotik tidak dapat membantu.

Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan mempertenagakan semula pusat kawalan sistem limpa serta bahagian otak yang mengawal aktiviti sistem limpa iaitu serebelum.

Puan boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai sistem limpa dengan merujuk katagori Anatomi atau pos berkaitan dengan NW 12 (Limpa) dan NW 7 (Serebelum/ telinga/ kawalan suhu).

Tubuh badan kita amat seimbang antara organ dan pusat kawalan aktivitinya (iaitu otak). Sistem limpa dikawal oleh otak serebelum yang juga mengawal suhu badan dan kesihatan serta keseimbangn telinga. Sila rujuk post bertajuk Keharmonian Organ untuk memahaminya

Tanpa Nama berkata...

Salam Dr, adik saya mempunyai beberapa masalah kesihatan yang berlaku secara tiba-tiba ( dua minggu lalu). Sebelum ini (beberapa bulan yang lalu), beliau ada di serang demam yang berpanjangan dan tarik (seperti sawan-agak kerap). setelah di bawa berubat (perawat islam mengatakan beliau telah terkena santau @ buatan org), alhamdulilah beliau kembali sihat. Namun sejak akhir-akhir ini, pemandangannya jadi diplopia (double version) dan nampak sedikit juling. Di samping itu telinganya juga berdesing dan lidahnya kebas. Beliau telah membuat ct scan dan so far tiada sebarang masalah dikesan. Kami sekeluarga bingung memikirkan masalah kesihatannya. Harap dr dapat membantu memberi pandangan dan nasihat.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Mazura; Masalah seperti perubahan fizikal serta keupayaan fizikal setelah demam panas yang disertai sawan (malah ada yang menyebabkan ganguan mental) disebabkan oleh masalah gangguan isyarat saraf. Ikhtiar dengan rawatan secara kerohanian (seperti berzikir, solat hajat dan sebagainya) ialah salah satu cara untuk membantu memulihkan kembali kecelaruan isyarat saraf melalui cara spiritual (kerana gangguan ini melibatkan vibration di peringkat spiritual). Biasanya terdapat sesuatu punca (saya tidak mahu menyatakan contohnya disini) kepada masalah tersebut. Sekiranya punca ini ditangani dan dibaiki, insya Allah gangguan ini juga akan beransur pulih. Merawat melalui kaedah CVT beserta dengan rawatan kerohanian serta berusaha menyelesaikan punca kepada masalah ini adalah usaha yang penuh kesungguhan ke arah pemulihan, insya Allah.

Balqis House berkata...

Assalamualaikum...
Info Dr memang sgt2 berguna...Alhamdulillah dapat memberi panduan kepada saya untuk hari ini dan masa hadapan insyaAllah..
Di sini....saya ingin meminta pandangan dari Dr tentang rawatan herba dan pengambilan air tulen (RO). untuk pengetahuan Dr..saya mempunyai masalah sembelit dan usus tidak sihat (melalui ramalan daripada urutan guasa dan diagnosis tapak tangan...oleh itu saya mengamalkan pengambilan herba yang dibuat di dlm bentuk pil..tetapi apabila membaca ulasan Dr ttg herba saya menjadi serba salah..bimbang jika bertambah sakit di masa hadapan....
SOalan kedua saya...apa pendapat doktor jika seseorang mengamalkan pengambilan air Ro (air tulen) sebagai minuman harian? kita sedia maklum bahawa air di malaysia hari ini telah tercemar dengan unsur2 farmaseutikal....jadi air yang terbsersih hari ini ialah air RO...namun begitu...adakah pengambilan jangka panjang air ini dapat mereputkan tulang jika tidak disulami dengan suplemen tambahan setiap hari? apakah cara terbaik untuk mendapatkan air yang bersih jika kita tdk mahu mengguakan air Ro? harap Dr dapat membalas pertanyaan saya ini diwaktu kelapangan Dr... Sekian, terima kasih...

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

murni balqis; air yang terbaik untuk diminum ialah air yang mengandungi banyak mineral beralkali (juga disebut meneral ringan).

Air mineral beralkali sangat mudah diserap tubuh untuk penghasilan enzim dan hormon.

Air RO lebih baik daripada air masak biasa. Tetapi air yang terbaik mestilah mengandungi mineral ringan.

Air RO sangat kosong sehingga membolehkannya menyerap toksik termasuk mineral yang telah tersedia seperti pottasium, magnesium dan kalsium (pada tulang). Mengamalkan air RO secara berlebihan tidak sesuai kecuali diambil sedikit berdasarkan dianosis seperti Applied Kinesiology untuk menetukan waktu yang sesuai untuk mengambilnya.

Air bermineral ringan atau beralkali agak sukar untuk diperolehi kerana ia cuma ada di kawasan lembah yang berbatu. Oleh itu air RO adalah alternatif yang terbaik.

Cara terbaik untuk mengambil air RO telah lama diparaktikkan melalui kaedah CVT iaitu dengan mencampurkan Garam Booster. Campuran ini dapat mengelakkan air RO daripada menyerap mineral ringan tubuh secera berlebihan.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)