SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah
Memaparkan catatan dengan label Nutrient. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nutrient. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mei 2015

Hormati Gerak Hati dan Naluri

Mengikut "Gerak Hati" dari naluri yang mendalam adalah rahsia kejayaan seseorang. Gerak Hati atau intuition yang sentiasa dituruti dengan penuh keyakinan melalui naluri atau instinct akan memandu seseorang ke arah yang benar, membahagiakan dan menguntungkan. Ia juga dapat mengelakkan seseorang daripada mengalami musibah akibat kemalangan, penyakit, kerugian dan penderitaan hidup.
 
Intuition dan instinct ialah kurniaan daripada Allah. Ia berlaku hampir sepanjang masa setiap hari kerana kita sentiasa berinteraksi dengan alam dalam urusan harian sepanjang masa setiap hari. Tetapi minda sedar manusia hanya mengetahuinya ketika berada dalalm keadaan yang hening. Gerak hati ini hanya dating sekali, sekiranya ia tidak dituruti, maka ia tidak akan berulang kembali.
 
Keheningan
 
Keheningan boleh diperolehi apabila seseorang berada dalam keadaan bersyukur, bersabar, ikhlas dan redha. Pencapaian ini memerlukan kepada penyerahan yang tinggi kepada Allah. Semakin dekat dan semakin banyak proses penyucian diri kepada Allah, maka semakin banyak intuition yang akan diperolehi.
 
Mereka yang berada dalam keadaan stress, kelam kabut, tidak redha, terburu-buru, cemas dan berfikiran negatif gagal mengesan kehadiran intuition dengan baik. Akibatnya akan menyebabkan tindakan yang diambil tidak tepat, membawa kepada kesalahan dan kegagalan dalam segala yang diusahakan.
 
Otak Kanan
 
Untuk menyedari kemunculan gerak hati, kita memerlukan kepekaan otak kanan. Otak kanan boleh dipotensikan apabila seseorang mengelakkan pengambilan makanan yang tinggi protein. Tanpa protein, daya Emotional Quotient atau EQ akan meningkat kerana sistem penghadaman dapat dikurangkan bebanannya supaya dapat menumpukan kepada keupayaan kederiaan yang lebih tinggi.
 
 
Pengambilan makanan yang terlalu tinggi protein boleh membebankan beberapa organ penghadaman untuk memproses, menghadam dan mencernakannya. Beberapa organ penghadaman turut terlibat di dalam urusan pemikiran terutama untuk membantu meningkatkan daya EQ dan membantu daya kederiaan atau mata ketiga. Tanpa mata ketiga, kemunculan intuition bukan sahaja diabaikan, malah lebih teruk daripada itu, ia dinafikan kerana tertipu dengan dunia logik.

Hipotesis

Cuba hayati setiap intuition yang terlintas di hati dan catatlah ia sebagai sebuah hipotesis. Anda akan mendapati ia sebagai sebuah idea dan penyelesaian terbaik apabila dia berjaya dikaji dengan mendalam.

Rahsia Subuh

Intuition paling banyak diperolehi pada waktu subuh dalam keadaan dan persekitaran yang bersih. Subuh udaranya bersih dan suhu rendah merangsang kekuatan saraf pada tahap yang paling optimum.

Banyak kebenaran yang tidak dapat dibuktikan secara empirical atau klinikal test. Oleh itu, keyakinan terhadap kewujudan intuition adalah amat penting. Peningkatan keyakinan memerlukan iltizam yang tinggi terhadap penjagaan keheningan dan diet yang penuh disiplin. Selain itu, antara jalan pintas ialah sentiasa berdoa sepanjang masa meminta Allah memberikan jalan yang lurus.

 
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat penyakit berkaitan dengan masalah lebihan protein atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Isnin, 11 Februari 2008

Keberkatan Makanan

Apabila kita makan, deria-deria di dalam kawasan mulut akan mengesan nutrient di dalam makanan tersebut dan otak akan menghantar isyarat kepada organ tertentu untuk memperosesnya menjadi sesuatu yang bermanfaat. Ilmu nutrient dan proses penghadaman serta perkara yang terhasil daripadanya adalah perkara yang masih lagi misteri dan amat saintifik sehingga para saintis mengeluarkan pelbagai teori mengenainya.

Sebelum melihat fenomena sebenar peristiwa makan, kita perlu fahami beberapa kajian mengenai deria gigi, prinsip keabadian tenaga makanan dan vibration nutrient.

Gigi Sebagai Deria

Setiap nutrient mempunyai vibration yang tertentu dan vibration nutrient ini hanya boleh dikesan oleh deria gigi. Gigi mempunyai ketumpatan saraf yang tinggi dan paling peka berbanding dengan deria-deria yang lain. Setiap satu batang gigi mempunyai fungsi dan kederiaan tertentu. Kehilangan atau kecederaan salah satu gigi-gigi ini akan menyebabkan seseorang hilang keupayaan untuk mengesan sesuatu nutrient.

Menyedari kewujudan terlalu banyak saraf yang padat di dalam gigi, kini doktor-doktor gigi di negara maju mengelakkan daripada mencabut gigi yang sakit sebaliknya cuba untuk membaikinya. Dalam rawatan Colour Vibration Therapy, gigi yang sakit dirawat dengan menggunakan formula NW7 atau jika gusi bernanah ia akan dirawat dengan menggunakan formula NW5.
Sila klik di sini untuk mengetahui penjelasan mengenai Formula NW7Sila klik di sini untuk mengetahui penjelasan mengenai Formula NW5

Susunan molekul gigi yang teratur dan tekanan pada saraf gigi yang tinggi akan meningkatkan lagi kepekaan deria gigi mengesan isyarat nutrient. Tekanan boleh dikenakan terhadap gigi dengan cara mengamalkan mengunyah ais batu. Ais alah rahsia Teori Tekanan.

Prinsip keabadian tenaga

Setiap makanan mempunyai tenaga. Tenaga ini akan dipindahkan dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Apabilan kita makan, makanan ini akan berpindah kepada satu bentuk yang lain yang akan mempengaruhi karektor sel.

Makanan berasaskan kimia

Semua ubat-ubatan kimia membawa bersama range yang tinggi. Range ini hanya resonan dengan saraf yang sakit atau kecederaan yang baru. Range yang tinggi akan menyebabkan sel menjadi agresif menentang kesakitan atau jangkitan. Akibatnya akan lahirlah karektor yang agresif seperti tidak penyabar, pemarah, panas baran, kelam kabut, was-was, curiga dan sebagainya.

Makanan yang berasaskan kimia seperti perasa makanan monosodium glutamate (MSG), pewarna dan mengawit makanan juga mempunyai range yang tinggi dan mendatangkan kesan yang sama.

Rahsia Nutrient

Nutrient mempunyai vibration tertentu dan pembawaan DNA yang boleh mempengaruhi dan mendatangkan sesuatu kesan terhadap sel yang menyerapnya.

Nutrient terdiri daripada beberapa sebatian kimia yang mempunyai ikatan molekul dan radioisotope yang berbeza. Setiap susunan molekul dan keadaan radioisotope membawa karektor tertentu terdadap sel.

Makanan yang mempunyai DNA akan membawa bersama kromosom yang akan bersenyawa dengan sel manusia. Persenyawaan ini akan mempengaruhi karektor secara serta merata.

Makan Untuk Keberkatan

Tujuan makan yang sebenar ialah untuk mendapatkan berkat, bukan mendapatkan nutrient. Apabila kita makan, apa yang akan terjadi tehadap makanan tersebut akan ditentukan oleh cara dan keadaan kita ketika makan. Semakin tinggi adap makan yang dijaga serta semakin tinggi kefahaman terhadap tujuan makan, maka semakin tinggi keberkatan yang akan diperolehi daripada makanan.

Untuk mencapai matlamat keberkatan, agenda makan merupakan salah satu protocol yang paling besar dan utama. Makan dengan tidak beradap seperti makan berdiri, makan dengan tangan kiri, makan sambil menonton TV atau sebagainya akan menghilangkan keberkatan makanan.

Antara adap makan adalah seperti berikut;

1. Mulakan makan dengan membaca bismillah. Menyebut nama Allah sebelum makan ialah makan bersama kalimah yang agung dan tertinggi. Makanan yang disertai dengan kalimah agung akan mambantu menjadikan molekul di dalam makanan tersebut teratur dan sempurna untuk dihadam dan serap oleh tubuh.
2. Makan dengan tangan kanan. Tangan kanan mempunyai fungsi mengalirkan tenaga dalam bentuk ion-ion electron kepada makanan. Makan dengan tangan kiri akan menyebabkan tenaga makanan tersebut hilang dan tidak dapat membentuk zat apabila dimakan.
3. Duduk semasa makan. Makan sambil berdiri akan mengganggu organ-organ pencernaan untuk menghadam makanan dengan baik. Hanya air yang bermineral tinggi seperti air zam-zam yang digalakkan diminum sambil berdiri.
4. Elakkan makan seorang diri. Makan sambil berfikir akan menyebabkan proses penghadaman terganggu. Untuk mengelakkan berfikir ketika makan, elakkan makan berseorangan, sebaik-baiknya makanlah sekurang-kuangnya berdua dengan rakan. Apabila makan bersama rakan, keinginan untuk berfikir ketika makan dapat dikurangkan. Tabiat yang paling buruk ialah makan sambil menonton TV. Akibatnya makanan yang hendak dimakan akan terganggu susunan molekulnya kerana dipengaruhi oleh keadaan siaran TV ketika dimakan.

Cara terbaik untuk mendapatkan keberkatan makanan adalah seperti berikut;

1. Duduk menghadap kiblat. Magnetik tulang belakang akan menjadi lebih resonan apabila tubuh dihadapkan ke arah kiblat. Ketika itu organ penghadaman dapat menghadam makanan dengan lebih baik. Makan secara berdiri atau berjalan atau berbaring atau sebagainya akan mengganggu Elektromagnetic Tulang Belakang seterusnya mengakibatkan organ pencernaan tidak dapat berfungsi dengan baik.
2. Membaca doa untuk mendapatkan berkat daripada makanan. Boleh juga membaca sesuatu doa atau hajat sebelum makan. Misalnya berdoa supaya cepat sembuh, berdoa supaya dimurahkan rezeki, berdoa supaya makanan ini bertukar menjadi akal dan sebagainya. Tetapi berdoa untuk berkat adalah lebih besar daripada semua itu. Pastikan doa ini diiringi dengan selawat.
3. Menghormati makanan. Sesuatu yang cuma berlu dilakukan di dalam hati dan perasaan ialah hormatilah makanan. Jangan makan secara lahap, makan perlahan-lahan dan bersedia untuk makan. Jika makanan itu tidak lazat, janganlah menghina makanan tersebut. Contohnya menyatakan "makanan ni tidak sedap lah!", sedangkan makanan tersebut telah pun masuk ke dalam tubuh. Kesan daripada tidak menghormati makanan ini amatlah mudarat.
4. Pilih sumber makanan yang berkat. Makan untuk berkat hendaklah bermula daripada pemilihan makanan yang berkat. Pilihlah makanan yang baik karektor pembawaannya seperti daging yang halal. Elakkan memakan daging yang bercelaru karektornya seperti haiwan-haiwan yang diharamkan. Elakkan juga makanan yang tinggi protein dan kolestrol tepu. Protein ialah unsur berat yang mengganggu pembentukan keberkatan. Kolesrol tepu akan mensenyawakan DNA kita menjadi bercelaru karektronya. Perlu diingat, walaupun makanan tersebut yang halal dan suci, tetapi jika sumbernya tidak bersih seperti hasil rasuah, korup, judi, penganiayaan, penipuan dan mencuri, maka makanan tersebut juga akan rosak susunan molekulnya dan mengganggu pembentukan keberkatan.
5. Makan hanya ketika lapar. Pembentukan berkat ini hanya berlaku ketika tubuh sedang lapar. Ketika itu organ penghadaman tidak akan terbeban untuk memproses makanan. Oleh itu, mengamalkan kerap berpuasa adalah cara terbaik untuk mendapatkan keberkatan setiap kali makan. Atau sekurang-kurannya makanlah hanya ketika perut betul-betul lapar. Ketika lapar, lebih banyuk instinct dan intuisi akan hadir. Kehadiran instinct dan intuisi ketika sedang memulakan makan akan menjadikan keberkatan bertambah kuat dan nyata.

Beberapa Fenomena Tentang Makan Dan Berat Badan

Mereka yang telah lama sakit dan mulai hendak sembuh akan meningkat selera makannya. Selera makan adalah satu nikmat dan petanda saraf-saraf deria pada gigi mulai mendapat tekanan. Selera juga ialah tanda organ-organ pencernaan mulai hendak memproses makanan dengan sempurna. Meraka yang makan dalam keadaan selera yang tinggi dan cermat, tidak akan meningkat berat badannya. Tetapi mereka yang makan tanpa selera tetapi makan kerana nafsu atau takut lapar akan sentiasa bertambah berat badannya.

Penagih ganja terganggu bahagian Hipothalamus (NW4) iaitu bahagian yang menjaga tumpuan dan nafsu makan. Penagih ganja akan makan dengan banyak setiap hari secara luar biasa tetapi tubuhnya masih kurus dan berat badannya tidak bertambah.

Ahli sihir yang ingin memulakan pertunjukan akan melakukan upacara menghilangkan “masa” di dalam tubuhnya supaya dia dapat menguasai “jisim” di dalam “ruang” yang kehilangan “masa” [rujuk teori Masa + Ruang = Jisim]. Amalan tersebut ialah dengan memakan kuning telur yang mengandungi protein tinggi sebanyak 40 biji atau beratus-ratus biji dalam sesuatu waktu. Setelah makan, perutnya tidak pula kembung atau rasa kenyang. Keadaan ini disebabkan kuning telur tadi (jisim berat) telah bertukar tenaganya kepada sesuatu bentuk yang berfungsi untuk mengganggu “masa” dan menzahirkan jisim.

Makanan sepatutnya membentuk “masa” di dalam tubuh, tetapi apabila makanan membentuk “jisim” maka wujudlah fenomena ada gunting atau paku atau kaca atau jarum atau pisau belit atau apa-apa benda tajam di dalam perut.
Sila klik di sini untuk mengetahui tetang Teori Ruang dan Masa
Kenapa Perlu Mendapatkan Keberkatan Makanan?

Keberlangsungan hidup kita disebabkan kita melakukan aktiviti makan sebagai salah satu cara pengaliran tenaga secara semula jadi. Tenaga semula jadi ini akan berubah bentuk kepada bentuk yang membawa manusia untuk terus dapat hidup dan bahagia. Maksudnya apabila kita makan, kita akan hidup... apabila kita makan, kita akan bahagia… apabila kita makan, kita akan dimurahkan rezeki. Bukannya makin makan makin bertambah berat badan… makin makan, makin susah hati… makin makan masih sakit.

Keberkatan adalah perkara umum dan meluas. Antara contoh keberkatan adalah seperti berikut;

1. Kekayaan dan dimurahkan rezeki.
2. Kesihatan dan merawat penyakit.
3. Memecah kebuntuan.
4. Kemakmuran.
5. Kebahagiaan.
6. Mencapai matlamat dan hajat.

Mereka yang mengalami masalah dalam kehidupan atau kesempitan rezeki atau mengidap sesuatu penyakit yang sukar untuk sembuh boleh menggunakan pengetahuan ini untuk mengatasinya, insya Allah. Berikut ialah beberapa contoh cara untuk mendapatkan manfaat makanan;

1. Mereka yang telah memakan pelbagai jenis ubat tetapi masih tidak sembuh, atau telah lama menghidap pelbagai penyakit yang tidak diketahui punca dan rawatannya, maka berniatlah untuk sembuh sebelum makan atau berdoalah agar keberkatan makanan ini dapat memberikan penyembuhan.
2. Mereka yang berat badannya terlampau tinggi, berniatlah makan untuk turun berat badan.
3. Mereka yang dirundung pelbagai konflik masalah, berniatlah untuk selesai segala kebuntuan sebelum makan.
4. Mereka yang benak atau lembab dalam pelajaran, berniatlah untuk terang hati sebelum makan.

Walau apa pun doa atau niat, doa yang paling terbaik dan menyeluruh malah lebih besar daripada segala doa yang dinyatakan tadi ialah berdoa untuk mendapat berkat daripada makan.

Makan secara lalai atau sikap makan "pantang nampak" akan mengakibatkan keberkatan makanan tersebut hilang. Makanan yang dimakan tidak dapat ditukar tenaganya menjadi nutrient yang memberikan manfaat sebaliknya akan bertukar menjadi lemak dan toksik yang akan menambah berat badan, menjejaskan kesihatan dan menumpulkan pemikiran. Dengan melihat gambarajah di bawah, ia akan membantu memberi lebih kefahaman mengenai makanan yang memberikan keberkatan dan makanan yang mendatangkan kemudaratan.

MAKANAN BERKATMAKANAN MUDARAT
MAKANAN
Bersih sumbernya, halal dan suci. Dimulakan dengan bismillah, berdoa atau niat. Makan dengan cara beradab. Niat terhadap makanan akan mempengaruhi susunan ikatan molekul di dalam makanan tersebut.
Boleh jadi sumber tidak bersih atau lupa baca bismillah atau tidak berniat apatah lagi berdoa atau makan tanpa adab atau menghina makanan atau memberi complaint yang tidak baik tentang makanan atau makan dengan tangan kiri.


GIGIMengesan vibration nutrient dalam makanan dengan cekap kemudian menghantar isyarat vibration nutrient ke otak.
Boleh jadi kehilangan sebatang atau beberapa batang gigi untuk mengesan sesuatu nutrient atau kerap minum air panas sehingga saraf gigi kurang mendapat tekanan


OTAKMakan dengan tenang, duduk dan teratur akan mengoptimumkan aktiviti otak untuk mengesan isyarat vibration nutrient daripada makanan. Isyarat akan ditafsir dan dihantar ke organ penghadaman
Makan sambil melakukan sesuatu aktiviti seperti sambil berdiri, sambil berjalan, sambil menonton TV atau sebagainya akan mengurangkan komitmen otak untuk mengesan isyarat vibration nutrient daripada makanan.


ORGANMemproses makanan setelah mendapat isyarat daripada otak. Tanpa isyarat tenaga, organ penghadaman tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Duduk menghadap kiblat akan menjadikan medan elektromagnetik tulang belakang sempurna dan mengoptimumkan tugas organ penghadaman.
Makan sambil berfikir akan mengganggu komitmen organ penghadaman untuk memproses makanan. Makan bersama teman tidak akan mengalakkan seseorang itu berfikir semasa makan. Makan sambil berbaring atau tidak menghadap kiblat akan mengganggu medan elektromagnetik tulang belakang seterusnya mengurangkan keupayaan organ penghadaman untuk berfungsi secara maksimum.


HASILKeberkatan dalam bentuk kesihatan yang baik dan/atau penyakit sembuh dan/atau keceriaan dan/atau berat badan unggul (BMI) dan/atau mendapat banyak idea, instinct, intuisi dan/atau ketenagan dan/atau selesai segala kebuntuan dan/atau bahagia dan gembira dan/atau sebagainya.
Makanan adalah satu unsur asing daripada tubuh. Ketidakharmonian antara tubuh dan makanan akan menyebabkan makanan ini tidak dapat bertukar kepada nutrient sebaliknya menjadi bahan yang berasid dan bertoksik. Bahan bertoksik adalah beracun dan menjejaskan tubuh serta mempengaruhi karektor ke arah yang tidak baik. Makanan yang tidak mendatangkan berkat, semakin makan maka akan semakin bertambah berat badan atau obesiti atau kegemukan dan/atau buntu pemikiran dan/atau semakin kalut masalah dan/atau semakin mudarat penyakit yang sedang dialami dan/atau mendatangkan sesuatu penyakit baru dan/atau menampilkan karektor yang tidak baik dan/atau sebagainya.

Sepatutnya semakin banyak seseorang itu makan, maka semakin berkat hidupnya, semakin bahagia hidupnya, semakin murah rezeki, semakin kaya, unggul BMI nya, semakin sihat, menjadi segala yang diusahakan, sentiasa sejahtera dan gembira dan sebagainya.

Semoga anda dimurahkan rezeki dan dibahagiakan oleh Allah. Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh, sila hubungi kami. Kami sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)

untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Jumaat, 19 Oktober 2007

Nasi Punca Penyakit

Selepas makan nasi tenaga semakin berkurangan?
Selepas makan nasi sendi-sendi semakin ketat?
Selepas makan nasi otak semakin lembab?
Selepas makan nasi menjadi lebih mengantuk?

Kini nasi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia merupakan salah satu punca kepada berbagai jenis penyakit moden.

Bagaimana ia terjadi?

Kandungan utama beras ialah karbohidrat dan juga zat-zat yang lain. Tetapi kini beras telah menjadi makanan (dalam bentuk nasi) yang mempunyai kandungan karbohidrat, air dan protein yang tidak seimbang sehingga mencetuskan berbagai jenis penyakit moden.

Nasi pada zaman ini sudah semakin kurang kadar kanjinya.

Faktor-faktor penyebab

Tanaman padi dua kali setahun menukar sifat asal padi yang sepatutnya lebih baik ditanam sekali setahun - cukup zat dan sifatnya sebagai "fitrah"nya.

Terlalu banyak baja kimia yang boleh menjejaskan tindak balas kimia di dalam tubuh.

Berlebihan kandungan air yang mempunyai kadar klorin yang tinggi apabila dimasak.

Padi ditanam di tanah yang sama dan mendapat sumber air dari punca yang sama menjadikan kandungan nutriennya berkurang.

Kesannya?

Tindak balas kimia di dalam tubuh bercelaru dan tidak dapat menyumbangkan keperluan tenaga malah menimbulkan berbagai penyakit.

Bagaimana mengatasinya?
Pilih jenis beras yang sesuai dengan kaedah Applied Kinesiology.
Tentukan kaedah memasak nasi yang terbaik, gunakan air beralkali dan bilas beras dengan menggunakan dengan rawatan air berozon.
Diet atau berhenti memakan nasi untuk satu tempoh contoh terbaik dan paling berkesan ialah 2 minggu setiap 3 bulan (setiap orang mempunyai diet berbeza mengikut keadaan tubuh).

Zakat fitrah?

Zakat fitrah sebenarnya ialah tuntutan untuk kesihatan, pembersih diri sesuai dengan fitrah pemakanan yang diambil secara ruji. Di rantau ini beras adalah makanan asasi. Maka sebenarnya beras atau padi perlulah mengikut kepada "fitrah"nya atau "karektor"nya yang asal barulah seimbang dengan zakat fitrah setiap mereka yang dituntut melakukannya. Hasilnya, tubuh semakin subur / sihat untuk tahun-tahun berikutnya untuk diri dan keluarga.

Waktu terbaik untuk berzakat fitrah ialah waktu sebelum sembahyang / solat Aidilfitri. Alasannya : Di pagi Aidilfitri, tuntutan berpuasa tidak lagi berlaku, tetapi wajib diraikan dengan kemenangan salah satunya secara pengambilan makanan. Maka itulah simbolik suatu keseimbangan tenaga dalam "fitrah" atau aturan alam yang berlaku apabila zakat fitrah ditunaikan pada waktu tersebut.

Imbangkan pemakanan melalui nasi untuk membantu merawat penyakit di samping mengawal berat badan.

Beras organik

Di Malaysia, satu-satunya beras yang ditanam secara organik ialah beras Bario di Sabah. Namun tidak semestinya beras organik boleh menyelesaikan masalah beras sebagai punca penyakit. Kembali kepada kaedah mendiagnos beras menggunakan kaedah Applied Kinesiology akan menemukan beras yang tidak organik sebagai beras terbaik.

Jenis-jenis beras
Terdapat beberapa jenis beras iaitu berat tempatan, beras hancur, beras thai, beras pulut, beras herbaponi, beras organik, beras perang dan sebagainya. Sama ada ia organik atau tidak atau banyak gula atau tidak, semuanya perlu didiagnos.

Walaupun kita telah mengetahui beras yang sesuai, ulangan diagnos perlu dibuat sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali. Dalam sesebuah keluarga, biasanya setiap ahli keluarga mempunyai kesesuaian beras yang berbeza. Biasanya dalam sebuah keluarga terdapat 3 jenis kesesuaian beras yang berbeza.

Mereka yang mengambil rawatan Attitude Therapy dengan saya akan didiganos secara percuma untuk mengetahui tentang beras yang sesuai dimakan.

Beras digilap
Zat yang paling banyak terdapat di dalam beras ialah di bahagian selaputnya. Apabila beras digilap atau dilunturkan, banyak zat akan termusnah.
Beras bercampur air

Cara menyediakan nasi yang terbaik ialah dengan mengurangkan air ketika menanaknya. Sukat air pada tahap 3/4 daripada sukatan beras.

Karbohidrat apabila bercampur dengan hidrogen (daripada air) akan membentuk ikatan lemak. Bubur ialah diet yang paling tidak sihat untuk kita atau pesakit. Bubur nasi mempunyai gula yang tinggi dan mudah membentuk lemak. Memberi bubur nasi kepada pesakit hanya akan memudaratkan lagi keadaan pesakit.

Kini terdapat periuk nasi moden yang boleh diselaraskan kandungan air untuk menanak nasi. Walaupun nasi yang dimakan itu kurang air, tetapi meminum air selepas makan nasi akan menyebabkan nasi tersebut kembali bercampur dengan air. Oleh itu, setiap kali setelah selesai makan nasi, jarakkan waktu untuk minum air lebih kurang antara 10 ke 30 minit.

Waktu makan beras

Waktu terbaik untuk penghadaman dan penyerapan karbohidrat ialah dalam waktu indigo iaitu pada pukul 7.30 malam hingga 9.00 malam dan 3.00 pagi hingga 6.00 pagi. Sila rujuk post bertajuk Warna Resonan Waktu untuk memahami tentang perubahan gelombang warna setiap hari.

Petua diabetes

Post ini ialah panduan untuk pesakit diabetes. Tetapi bukan bermaksud pesakit diabetes tidak boleh mengambil nasi sama sekali. Dengan kaedah dan teknik pengambilan nasi yang betul akan membantu merawat dan mengelakkan penyakit diabetes menjadi bertambah mudarat.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat demam denggi atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Khamis, 11 Oktober 2007

Masalah terlebih protein

Keperluan protein bagi manusia normal setiap hari ialah 20mg. Jumlah ini mencukupi untuk membina sel dan membantu menghasilkan tenaga setiap hari. Bagi ahli sukan dan pekerja buruh kasar, keperluan tersebut berganda kepada 50mg setiap hari. Tahukah anda bahawa dalam segelas susu lembu terdapat 200mg protein. Susu lembu yang dihasilkan dalam tempoh 1 bulan selepas melahirkan anak akan menghasilkan 2,000mg protein bagi setiap gelas iaitu 10 kali lebih banyak daripada biasa. Biasanya penternak lembu tidak akan memerah susu lembu yang baru melahirkan anak dalam tempoh sebulan.

Bagi ahli sukan terutama ahli bina badan, terdapat susu compounded atau yang telah diformulakan supaya kandungan protein di dalamnya menjadi antara 2,000mg ke 10,000mg protein bagi setiap gelas. Kebanyakkannya mereka selesa mengambil 5,000mg sehari.

Mitos teori penyerapan makanan
Kebanyakkan pakar nutrisi klasik mendakwa bahawa setiap kali kita mengambil sesuatu makanan, cuma 1/7 atau 14% sahaja yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, mereka akan mencadangkan pengambilan sesuatu makanan digandakan kepada 7 kali. Jika kita mengambil keperluan susu setiap hari yang memerlukan 20mg sehari, maka 14% daripada segelas susu ialah 28mg. Kemudian mereka menyarankan agar ia diambil dua kali ganda untuk mendapatkan jumlah yang sama diperlukan oleh ahli sukan dan buruh kasar dengan alasan supaya kita menjadi cergas seperti mereka. Akhirnya mereka mencadangkan pengambilan dua gelas susu sehari. Oleh itu, kiraannya menjadi 56mg sehari! Jumlah ini melebihi keperluan seorang ahli sukan dan buruh kasar.

Tubuh memproses dan menyahkan lebihan protein
Protein yang mencukupi akan digunakan untuk membina sel. Tetapi protein yang berlebihan akan diproses untuk menukar bentuk ikatannya dan dihantar ke tempat-tempat tertentu.Organ yang sihat akan dapat menyingkirkan protein dalam bentuk urin (air kencing) di dalam darah melalui buah pinggang. Kegagalan tubuh untuk memproses protein dengan baik akan menyebabkan ia menjejaskan tubuh.

Sakit bawah lengan

Protein yang kekurangan unsur hydrogen (daripada sumber air) akan menjadi tepu. Protein tepu akan mudah membentuk lemak. Lemak daripada protein akan disimpan di bawah kulit. Tetapi terdapat juga lemak yang terkumpul di saluran darah. Bahagian yang paling utama menerima darah ialah bahu dan lengan. Biasanya mereka yang mengambil protein berlebihan akan merasa sakit di bawah lengan terutama lengan sebelah kanan. Jika masalah protein berlebihan disertai dengan masalah kolestrol berlebihan, maka ia akan menyebabkan sakit di lengan sebelah kiri.

Punca kutil, ketuat dan tahi lalat

Ikatan protein yang membentuk lemak di dalam system limpatik boleh tersekat di bahagian bawah kulit. Akibatnya terbentuklah tahi lalat. Penimbunan yang lebih besar akan membentuk ketuat dan kutil. Pembentukan ini biasanya sukar untuk surut semula atau ia dipanggil pembentukan kekal. Sebaliknya ia akan terus bertambah besar sekiranya pengambilan protein berterusan.

Faktor jerawat
Pembentukan jerawat tidak sama seperti punca kutil, ketuat dan tahi lalat. Jerawat terbentuk di dalam liang roma di bawah kulit. Kulit sebenarnya berkeupayaan mengawal penghasilan kelembapan dan minyak. Hempedu (CL14) yang lemah akan menyebabkan kulit gagal mengawal kelembapan dan penghasilan minyak. Akibatnya apabila liang roma tersekat degan habuk dan kotoran, pembiakan bacteria terjadi dan system limpa akan mengalirkan sejumlah protein untuk mengawalnya. Tetapi kandungan protein yang berlebihan akan menjadikan proses penstabilan tidak berlaku dengan baik malah bacteria akan terus membiak hingga menyebabkan protein akan ditambah di bawah kulit. Akibatnya terbentuklah jerawat yang besar. Saiz dan jenis jerawat bergantung kepada jumlah protein yang dihasilkan. Sepatutnya protein membantu bertindak sebagai antibiotic tetapi sebaliknya bertindak sebagai makanan kepada bacteria hingga mengakibatkan jerawat terbentuk dengan lebih besar.

Selaran cahaya matahari atau kegelapan kulit

Protein yang berlebihan yang disimpan di bawah kulit dalam bentuk asid lemak ialah bahan yang mudah teroksida. Cahaya matahari boleh menyababkan protein teroksida dengan mudah. Pengoksidaan protein akan menjadikannya mudah bertukar kepada warna yang gelap atau kehitaman.
Mereka yang mengambil makanan tinggi protein akan mudah terselar atau menjadi gelap apabila terdedah dengan cahaya matahari.

Obesiti dan masalah berat badan

Lemak yang berlebihan terkumpul di bawah kulit lama-kelamaan akan turut bertimbun jauh dari kulit. Kegagalan hati untuk memproses semula lemak yang tebentuk boleh menyebabkan berat badan bertambah dan menyebabkan masalah obesity.

Masalah buah pinggang
Organ yang pertama akan menyahkan protein ialah Buah Pinggang (CL13). Kehadiran protein yang terlalu tinggi akan menyebabkan buah pinggang terbeban dan tidak cekap. Akibatnya akan terbentuk plug atau karang di bahagian dalam buah pinggang. Selain buah pinggang, saluran uretra dan ureter serta pundi kencing dan prostat akan terganggu. Antara symptom yang muncul akibat daripada masalah ini ialah masalah membuang air kecil seperti kerap kencing, tidak tahan untuk membuang air kecil dan kencing malam. Jika masalah prostat terganggu disertai dengan kelemahan kelenjar adrenal, maka akan terjadi masalah kencing tidak lawas dan terkucil.

Kekuatan kelenjar adrenal bergantung kepada tenaga daripada Buah Pinggang (CL13). Kelenjar adrenal yang terjejas akibat daripada bebanan protein di buah pinggang akan menyebabkan isyarat elektrik yang berfungsi menjaga kecemasan tidak dapat dikawal oleh kelenjar adrenal. Masalah daripada kelenjar adrenal akan menyebabkan symptom berkaitan dengan kecemasan dan masalah berkaitan seksual. Jika berlaku kebocoran isyarat elektrik, seseorang akan mudah klimaks. Jika kehabisan isyarat elektrik, seseorang tidak dapat klimaks atau lemas.

Anda boleh menguji tenaga elektrik di kelenjar adrenal dengan cara menyucuk pinggang seseorang. Jika dia mudah terkejut, ia menunjukkan tenaga elektrik mencukupi. Jika tiada tindak balas, ia menunjukkan kelenjar adrenal terjejas akibat terlebih protein.

Masalah IQ tinggi
Hati (CL12) ialah organ yang pertama memproses protein. Tetapi apablia protein berlebihan, hati akan terbeban dan mengganggu pemikiran kreatif. Akibatnya tahap IQ akan meningkat. Antara tanda disebabkan oleh masalah ini ialah pemikiran menjadi buntu, lurus bendul dan setiap yang dilakukan tidak mendatangkan hasil.

Apabila IQ (intelligent quotient) tinggi, maka akan berlaku masalah kekurangan EQ (emotional quotient). IQ ialah keupayaan mengingat dalam bentuk trauma. Ingatannya menjadi kekal dan tidak dapat diperbaharui. Jika keupayaan IQ digunakan untuk menghafal, hafalan tersebut kuat tetapi bersifat sementara.

Bagi pelajar, mereka yang mengambil protein berlebihan tidak seimbang pencapaian bagi semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang terbaik pula tidak menacapai tahap cemerlang dan sempurna. Walaupun mereka mendapat markah tinggi dalam sesuatu mata pelajaran, tetapi mereka tidak memahami hakikat sebenar tentang apa yang dipelajari dan ia tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

IQ yang tinggi akan menyebabkan seseorang kurang penghayatan dan menghargai orang lain. Pelajar yang tinggi IQ nya akan mudah menjadi keras kepala dan degil. Di dalam kelas mereka suka mencari kesalahan gurunya.

Walaupun IQ menjadikan seseorang itu dapat mengingat melalui hafalan, tetapi hafalan tersebut ialah kesan trauma akibat daripada paksaan. Kesan ini tidak dapat diperbaharui dan boleh menjadi ingatan jangka pendek, tetapi akan terimbas kembali dalam tempoh jangka panjang apabila berlaku rangsangan peristiwa.

Sebagai kesimpulan, di bawah ini ialah jadual perbezaan antara IQ dan EQ;

Emotional QuotientIntellectual Quotient
Belajar melalui penghayatan dan pemahamanBelajar melalui hafalan
Pengalaman jangka panjangIngatan jangka pendek
Menghargai dan memahami orang lainMemberi keutamaan kepada diri sendiri dahulu
Tidak begitu terserlah dalam pelajaran tetapi bekerja dengan rajin sebelum dimintaCemerlang dalam pelajaran tetapi keras kepala dan degil
Turut mencadangkan jalan kerja dengan kreatifLurus bendul jika menurut perintah
Bekerja lebih masa dan menggandakan kerjaBekerja dengan jalan pantas atau seperti yang dikehendaki sahaja
Memperbaharui pengalamanDihantui peristiwa
Menganalisa dengan terperinciMengekstrak isi penting
Yakin dengan pengorbananTerpaksa menipu untuk selamat
Perkara yang jelas salah, dihindariMatlamat menghalalkan cara

Pelupa
Kebanyakan sumber protein mempunyai radioisotope 12 iaitu sifat logam berat yang mudah teroksida, punca kanser dan membebankan kelenjar untuk menghasilkan hormone. Kelenjar memerlukan mineral untuk membantu menghasilan hormone. Tetapi kehadiran logam berat akan mengganggu fungsi kelenjar. Kelanjar yang paling terjejas ialah kelanjar Pituitary (CL2). Kelenjar Pituitary (CL2) berperanan menjaga ingatan jangka panjang yang boleh diperbaharui.
Pengambilan protein berlebihan akan menyebabkan penigkatan IQ tetapi hakikat sebenarnya kurang daya ingatan segar atau ingatan mutlak yang boleh diperbaharui dan tertakluk kepada penghayatan dan rasa menghargai orang lain.

Mata silau

Organ Hati (CL12) mengawal protein yang akan membantu otot terutama di bahagian ligamen. Di bahagian mata, iris ialah bahagian yang paling terjejas akibat daripada pengambilan protein berlebihan. Akibanya iris tidak dapat mengawal pencahayaan yang masuk ke bahagian mata. Oleh itu, mereka yang mengambil protein yang berlebihan akan mengalami masalah mata silau dengan cahaya atau apabila keluar dari rumah. Tandanya akan kelihatan seperti mata hendak terbedip atau hendak terpejam.

Faktor Gout
Protein adalah besifat asid. Apabila protein hadir berlebihan dalam darah, ia akan ditukar menjadi asid lemak untuk disimpan. Tetapi asid lemak berlebihan akan ditukar menjadi uric asid dalam darah untuk disingkirkan oleh tubuh.
Jika uric asid berlebihan tidak dapat disingkirkan, ia akan terkumpul di bahagian kaki. Ketika tidur, uric asid akan terperangkap di bahagian bawah tapak kaki. Simptom seperti sakit di tumit ketika bangun dari tidur ialah tanda awal terjadinya gout.

Mudah demam
Pankreas (CL15) akan merembeskan glycogen untuk meneutralkan uric asid berlebihan. Tetapi jika uric asid wujud dalam kuantiti yang banyak, pancreas akan terbeban sehingga menyebabkannya menjadi lemah. Pankreas dikawal oleh bahagian otak yang juga berfungsi sebagai pusat Kawalan Suhu (CL7). Kelemahan di bahagian Pankreas (CL15) juga akan menyebabkan pusat Kawalan Suhu (CL7) menjadi lemah.
Kekuatan pusat kawalan suhu (CL7) akan memastikan tubuh mudah menghadapi perubahan suhu persekitaran. Jika suhu badan tidak dapat dikawal akibat terdedah dengan hujan atau panas terik akan menjadikan tubuh tidak dapat mencegah jangkitan bacteria punca selsema dan demam.
Mereka yang mengambil protein berlebihan akan kerap mendapat demam sekiranya terdedah kepada panas atau hujan. Sekiranya kelemahan di bahagian pusat Kawalan Suhu (CL7) disertai dengan system darah yang lemah, maka seseorang mudah mendapat jangkitan demam denggi, demam malaria, demam urat dan sebagainya.

Punca kemiskinan
Kemajuan terjadi serentak dengan daya pemikiran yang maju (The Law of Attraction dan Hukum Keseimbangan). Dengan cara pemikiran yang buntu seseorang itu amat jauh daripada daya pemikiran kreatif yang akan memajukan diri. Pengambilan protein tinggi hanya akan menyebabkan kesempitan hidup.
Masa akan menjadikan seseorang itu maju dan bebas daripada kongkongan. Protein ialah logam dan jisim yang akan terperangkap dengan tarikan gravity. Seseorang yang mengambil protein tinggi tidak akan berganjak daripada nasib hidupnya.
Mereka yang mengambil susu tinggi protein akan mengalami masalah kesempitan hidup.

Protein yang diperlukan
Protein yang diperlukan oleh tubuh ialah protein radioisotope 14. Sumber protein 14 ialah ikan, susu kambing dan susu unta. Kandungan protein dalam sumber ini ialah ideal iaitu kurang daripada 50mg bagi setiap hidangan iaitu seekor ikan dan segelas susu kambing atau unta.

Mitos keperluan protein
Protein yang berlebihan dalam badan sebenarnya boleh meresap terus di dalam tubuh tetapi tidak akan bersenyawa dengan kromosom pada DNA dan RNA sel. Resapan protein ini akan menyebabkan sel akan kelihatan gemuk dan segar, tetapi tidak mempertenagakan sel. Sesuatu organ yang menerima protein yang banyak masih mampu merembeskan sesuatu enzim, contohnya rembesan insulin daripada pancreas. Inilah sebabnya sesetengah orang mendakwa susu awal lembu atau susu yang mengandungi lebih IGG ini membantu mencegah masalah diabetes atau kencing manis.
Insulin hendaklah dirembeskan mengukut isyarat rembesan yang dihantar oleh otak supaya gula dapat dicernakan dengan sempurna dan insulin dapat dirembeskan pada kadar yang tepat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kadar insulin didapati meningkat setelah pengambilan susu tinggi protein, tetapi insulin ini tidak dapat mencernakan keseluruhan gula yang terdapat dalam tubuh secara semua jadi disebabkan rembesannya tidak secara semula jadi.
Insulin yang dihasilkan terlalu banyak dalam tubuh akibat daripada masalah ini bukan sahaja tidak dapat mencernakan gula dengan efisyen, malah lebihannya akan menjadi punca gastric kerana ia bersifat menghakis dinding-dinding perut.
Selain pancreas, organ-organ lain seperti Perut, Hati dan Limpa (CL12), Buah Pinggang (CL13), Hempedu (CL14) juga akan menjadi (seperti yang paling sesuai diistilahkan sebagai) gemuk. Tetapi tidak bertenaga malah menjadi lemah. “Kegemukan” organ-organ ini hanya akan menjadikan rasa sakit di bahagian tersebut menjadi terhalang. Hubungan organ ini dengan tulang belakang akan menjadikan rasa sakit belakang hilang untuk sementara waktu.
Janganlah jadikan kedua dua alasan ini (merawat diabetes dan sakit belakang) sebagai sebab untuk seseorang itu mengambil susu tinggi protein. Kemudaratannya lebih buruk daripada manfaat yang ada.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat penyakit berkaitan dengan masalah lebihan protein atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Isnin, 10 September 2007

Petua Adab Makan

Walaupun kita telah mengetahui ilmu mengenai nutrient (dalam blog ini sila rujuk topik bertajuk Petua Pengambilan Pemakanan), namun amalan pemakanan yang tidak betul juga mempengaruhi kesihatan akibat daripada tindak balas atom dan molekul daripada makanan yang diambil. Post ini menerangkan secara ringkas mengenai adab makan yang dipetik daripada pelbagai sumber. Atas sebab pengambilan makanan perlu mengambil kira halal dan suci, maka di sini diterangkan secara saintifik sebab-sebab alasan tersebut.

Punca makanan
Punca makanan dilihat dari pelbagai sudut. Sama ada bahan dan cara makanan diperolehi. Makanan yang halal walaupun diperolehi melalui cara yang haram akan mengganggu ikatan molekul dalam makanan dan mengubah DNA dan RNA dalam makanan.

Walaupun makanan diperoleh daripada hasil yang halal, tetapi jika restoran dan peralatan untuk menyediakan makanan tersebut daripada sumber yang haram (misalnya meminjam secara atau menggunakan hasil judi atau penipuan atau penindasan untuk membuka restoran), maka kesan terhadap makanan yang disediakan oleh restoran tersebut juga akan terganggu.

Transformasi karektor penyedia makanan

Karektor tukang masak dan penyedia makanan boleh dipindahkan kepada makanan yang disediakan. Sekiranya penyedia makanan seorang yang meninggalkan solat, kemungkinan besar orang yang memakan makanan yang disediakan ada sedikit pengaruh daripada sikap tersebut.

Makanan perlu ditudung

Makanan yang terdedah secara terbuka amat mudah teroksida walaupun makanan tersebut mempunyai ciri-ciri antioksida. Makanan yang dihidangkan untuk dimakan segera tidak perlu ditutup kedap, memadai dengan menudungkannya menggunakan tudung saji.

Tidak menonton TV atau mendengar radio ketika makan

Sekiranya ketika makan, seseorang itu menonton TV atau mendengar radio, maka segala yang ditontonkan atau didengari (melalui vibration) akan turut meresap ke dalam makanan dan apabila dimakan, ia akan turut dimakan bersama. Risiko untuk sesuatu perkara yang tidak baik mempengaruhi minda akibat daripada bahan yang ditonton atau didengar ketika makan, sebaiknya janganlah makan sambil menonton TV atau mendengar radio.

Selain itu, radiasi daripada pancaran TV akan turut mencemarkan makanan yang ingin di makan. Bunyi radio yang tinggi range nya boleh merosakkan ikatan molekul air yang ingin diminum.

Jangan makan keseorangan

Organ penghadaman adaalah organ yang menjaga pemikiran. Berfikir dengan tajam, fokus dan teliti ketika makan adalah amalan yang tidak baik.

Untuk mengelakkan amalan berfikir ketika makan, elakkan makan berseorangan. Makanlah dengan ditemani rakan. Ketika makan, digalakkan berbual supaya tidak rasa seperti makan keseorangan.

Makan dengan tangan kanan

Tangan kanan mengeluarkan tenaga manakala tangan kiri menyerap tenaga. Makan dengan tangan kiri akan menyebabkan makanan tersebut tidak bertenaga dan sia-sia dimakan. Oleh itu, makanlah dengan menggunakan tangan kanan.

Duduk ketika makan

Cuba sedaya upaya berada dalam keadaan duduk ketika sedang makan kerana makan ketika berdiri tidak dapat membuka saluran makanan dan proses peristalsis dalam sistem makanan terganggu.


Ketika makan, darah perlu sentiasa tersedia dalam keadaan vakum (menyediakan ruang) supaya proses penghadaman dan penyerapan berlaku dengan lancar. Darah dibersihkan oleh buah pinggang. Ketika berdiri, buah pinggang banyak menggunakan tenaga dan mengganggu proses pembersihan darah ketika sedang makan.

Semua jenis makanan hendaklah diambil ketika duduk kecuali ketika minum air zam-zam yang disunatkan berdiri.

Makan dengan menggunakan tangan

Ketika makan, gigi dan lidah akan mengesan zat makanan untuk dihantar ke otak dan otak akan menghantar isyarat kepada organ penghadaman di dalam badan untuk bersedia merembeskan enzim bagi tujuan penghadaman.

Sekiranya kita makan dengan menggunakan sudu, elakkan sudu tersebut daripada tersentuh dengan gigi dan lidah kerana isyarat bahan daripada sudu tersebut juga akan dikesan oleh gigi dan lidah. Keadaan yang serupa juga terjadi jika kita menghirup kuah dari mangkuk atau minum air, elakkan mangkuk dan gelas atau cawan daripada terkena lidah dan gigi.

Jilat garam sebelum makan

Mulut ialah kawasan penghadaman yang pertama. Proses penghadaman di mulut akan berjalan lancar sekiranya enzim amilase dirembeskan dengan secukupnya oleh kelenjar liur. Amilase dapat dirembeskan dengan secukupnya jika kandungan mineral seperti pottasium, iodin dan magnesium mencukupi.

Cara terbaik untuk mendapatkan mineral ini dengan segera ialah dengan menjilat garam sebelum makan. Pada masa yang sama, garam akan bertindak sebagai medium konduktor yang terbaik untuk menyalirkan isyarat zat makanan ke reseptor pengesan rasa di lidah.

Menjilat garam sebelum makan akan menjadikan makanan lebih enak dan rasa puas ketika makan. Rasa puas bermaksud tidak makan berlebihan dan berhenti sebelum kenyang.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Selasa, 4 September 2007

Organik Tidak Mengubah Radioisotop Protein

Organik dari segi istilah dalam pemakanan bermaksud makanan dari sumber yang bebas daripada bahagian kimia seperti racun serangga dan baja kimia. Sayur yang tidak diberikan baja kimia dan semburan racun serangga dipanggil sayur organik. Sekarang makanan organik telah banyak dijual dipasaran dan harganya hampir 3 ke 4 kali ganda daripada makanan biasa di pasar basah. Di US, susu soya telah dikaji mempunyai banyak protein yang boleh menyebabkan kanser jika diambil berlebihan. Oleh itu, pemasaran susu soya tinggi protein di US telah diharamkan tetapi aktiviti pengilangan masih diteruskan dan hasilnya dilambakkan ke dunia ke 3 termasuk Malaysia. Kaedah pemasaran ialah dalam bentuk jualan langsung kerana akta jualan langsung membenarkan penjualan pelbagai barangan yang dilarang dijual secara terbuka. Ada sesetengah saintis berpendapat, walaupun soya diakui sebagai punca kanser, tetapi ia tidak berlaku sekiranya soya tersebut dihasilkan secara organik.

Bagaimana soya memberikan manfaat kepada tubuh?

Segalanya bermula daripada protein dalam soya. Protein amat diperlukan oleh sel sebagai makanan sel. Sel yang mendapat bekalan protein yang mencukupi akan segar atau kelihatan "gemuk" (di bawah mikroskop) hingga mampu merembeskan hormon atau menghasilkan enzim yang mencukupi untuk fungsi tubuh. Contohnya pankreas, jika pankreas mendapat bekalan protein yang mencukupi, ia berkeupayaan menghasilkan insulin untuk mengawal kencing manis.

Bagaimana protein menjejaskan tubuh?

Sebenarnya protein boleh mendatangkan kemudaratan jika diambil berlebihan. Protein itu sendiri mempunyai beberapa jenis. Ia mudah terokdisa. Bahan teroksida adalah karsinogenatik atau punca kanser. Secara umum, protein terbahagi kepada protein berat atau protein radioisotop 12 dan protein ringan dengan radioisotop 14. Protein radioisotop 14 cuma boleh didapati daripada ikan segar manakala protein radioisotop 12 didapati banyak daripada sumber tumbuhan seperti soya, kobis dan taugeh. Protein radioisotop 12 boleh menyebabkan kromosom dalam DNA disenyawakan hingga mengubah identitinya menjadi sesuatu yang baru dan boleh pula membiak. Fenomena ini dipanggil kanser. Soya organik didapati kurang menyebabkan protein teroksida atau berlakunya pembentukan protein radioisotop 12. Ringkasannya di sini saya turunkan beberapa panduan pengambilan makanan tambahan
  • Elakkan pengambilan makanan tambahan secara berlebihan
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan atau makan berdasarkan keperluan tubuh hasil pemeriksaan kesihatan
  • Elakkan mengambil makanan kesihatan bagi tujuan "pencegahan" sebelum sakit, sebenarnya pengambilannya hanya bagi tujuan rawatan atau mengurangkan sipmtom sahaja.
  • Berhenti mengambil makanan tambahan setelah simptom atau penyakit hilang.
  • Sentiasa berfikiran positif, rasional, tenang, sabar, ikhlas dan redho supaya tubuh dapat mencernakan makanan dengan baik. Gangguan akhlak atau pemikiran seperti tertekan, pemarah, terburu-buru dan sebagainya akan menyebabkan tubuh terbeban dengan sumber nutrien yang berlebihan dan akan menukarkannya menjadi asid lemak yang juga punca penyakit.
Protein soya organik tetap radioisotop 12
Walaupun soya dihasilkan secara organik, tetapi radioisotop proteinnya tetap nombor 12. Bermaksud ia masih lagi boleh teroksida dan membentuk bahan bersifat karsinogenatik (bahan punca kanser). Beza soya organik dan soya biasa ialah soya organik kurang teroksida dengan racun atau baja kimia berbanding dengan soya biasa yang telah dari awal-awal lagi teroksida dengan bahan tersebut.

Akibat pengambilan soya

Protein soya akan diproses oleh liver (CL12) untuk dijadikan tenaga. Jika jumlah protein ini berlebihan, ia akan ditukar dan disimpan dalam bentuk asid lemak. Jika proses penukaran protein kepada asid lemak ini tidak dapat dijalankan dan hati (CL12) akan terbeban dan fungsi keseluruhannya akan terjejas. Pankreas (CL15) akan bertindak untuk meneutralkan dan memproses asid lemak untuk menjadikannya tenaga semula. Sekiranya jumlah asid lemak ini berlebihan, pankreas akan terjejas. Protein yang berlebihan dalam darah dan tidak digunakan akan dinyahkan oleh buah pinggang (CL13). Jumlah protein yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan buah pinggang terbeban dan akan menjejaskan fungsi keseluruhan organ tersebut. Kesan jangka panjang, ia akan turut menjejaskan kelenjar prostat dan menyebabkan timbulnya simptom gangguan atau masalah berkaitan kencing. Antara kesan awal akibat pengambilan soya ialah sakit pinggang atau kerap kencing. Kekerapan kencing yang normal sepatutnya hendaklah kurang daripada 2 kali sehari. Kencing melebihi 3 kali sehari dengan kuantiti urin yang sedikit adalah petanda awal gangguan kesan daripada protein yang berlebihan. Antara tanda lain ialah kencing berwarna pekat dan berbuih.

Semoga sedikit tips ini dapat membantu, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia membantu walau di mana anda berada. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya. Setiap pesakit yang mendapatkan rawatan Attitude Therapy, akan diberikan khidmat nasihat mengenai nutrient dan amalan pemakanan yang betul dengan penerangan yang menarik sesuai dengan ikhtiar untuk proses penyembuhan penyakit.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya
Tel / SMS: 016-3315761 

Selasa, 14 Ogos 2007

Petua Pengambilan Pemakanan

Tanggapan yang betul tentang makanan dan kesihatan ialah semakin kurang anda makan, maka semakin sihat tubuh badan anda. Jika anda mengalami sesuatu penyakit, jangan cari apa yang perlu dimakan untuk memulihkan penyakit, tetapi carilah apa yang anda selalu makan sebagai punca penyakit.

Sekarang ini telah banyak kecelaruan terhadap sesuatu nasihat dan anjuran pengambilan makanan. Jika anda berpeluang berkawan dengan mereka yang mendakwa pakar pemakanan, cuba perhatikan diri mereka, mereka sendiri tidak dapat merealisasikan teori yang diperjuangkan. Kadang kala ada di antara mereka kelihatan perutnya buncit, kadang kala ototnya lembik dan kadang kala mukanya berjerawat, ada juga yang jiwanya tertekan. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang mereka katakan kerana apabila dihidangkan, mereka akan makan juga apa yang mereka dakwa "tidak boleh makan". Mungkin teori yang diuji secara makmal di luar tubuh manusia (yang turut mengandungi kuasa akal dan roh) menemui teori tertentu mengenai nutrisi, tetapi mengapa dalam kes tertentu pengambilanya tidak mujarab malah mendatangkan kesan sampingan.

Terdapat juga teknik penyediaan makanan yang dianggap mampu menghasilkan nutrien dengan baik, tetapi sebenarnya mendatangkan mudarat seperti memerah limau di atas daging atau minum jika tercekik atau pemekatan sesuatu bahan makanan. Ada juga sesuatu makanan yang sepatutnya dimakan tetapi dilarang, dan yang sepatutnya dihindari, tetapi digalakkan. Contohnya minuman ais sepatutnya perlu diambil dengan kerap dan makan berfiber kasar seperti pisang sepatutnya dielakkan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Dalam dunia perubatan klasik (allopathic medicine), apabila wujud sesuatu penyakit, mereka akan membuat kajian terhadap bahan yang terlebih atau terkurang dalam darah. Contohnya pesakit diabetis, didapati kandungan gula dalam darah berlebihan, maka dinasihatkan agar mengurangkan gula. Atau bagi pesakit yang mengalami tekanan darah rendah, mereka dinasihatkan agar mengambil bayam atau kerang. Atau jika seseorang yang mengalami kolestrol tinggi, pesakit akan dinasihatkan untuk memerah limau di atas daging yang ingin dimakan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu penyakit terjadi, didapati pesakit mengalami kekurangan sesuatu zat makanan. Tetapi ini bukanlah bermaksud pesakit perlu mengambil dengan banyak makanan yang dianggap memiliki sesuatu zat. Sepatutnya nutrient yang berkurang hendaklah disukat kadar yang kurang serta kadar yang perlu diambil. Namun begitu, pengambilan nutrient semata-mata bukanlah penyelesaian kepada kekurangan nutrien dalam badan kerana jumlah nutrien dipengaruhi oleh faktor kemampuan tubuh untuk memproses, mencerna dan menggunakan nutrient yang diambil. Selagi organ dan sistem tubuh tidak mampu memproses nutrient, pengambilannya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Organ akan terbeban, nutrient akan disimpan dalam bentuk asid lemak dan urik asid, batu karang akan terbentuk di buah pinggang dan sebagainya.

Lebih malang lagi bagi sesetengah makanan, walaupun terdapat sesuatu nutrient, namun dalam satu makan yang sama terdapat juga bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Contohnya walaupun susu mengandungi banyak kalsium, tetapi susu juga mengandungi banyak protein yang akan membebankan hati dan buah pinggang .

Post ini akan mendedahkan kajian sebenar mengenai petua pemakanan berdasarkan konsep ilmu Attitude Therapy. Kajian ini bukanlah sesuatu yang kontroversi memandangkan terdapat banyak pembuktian terhadap kesan pemulihan dan pengurangan simptom sesuatu penyakit.

Berikut ialah ringkasan pengenai sesuatu nutrient atau makanan serta kesan pengambilannya.

PROTEIN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Protein tinggi seperti kobis, taugehSakit belakang hilangMata kabur,
Mengambil makanan daging tinggi protein yang banyak seperti daging ayam, kuning telurBadan sasaGatal kulit, kulit sensitif, berjerawat
Protein tinggi daripada soya seperti susu soya, tauhu, tau fu fa, tempe, kicap soya asliCergas sementaraSakit kepala, tekak loya
Protein tinggi daripada susu tinggi protein atau susu awal lembu atau susu IGGPlusBadan sasa, hilang sakit belakang, mengurangkan simtpom kencing manisMata silau, mudah demam secara tiba-tiba, masalah berkaitan buah pinggang, prostat dan masalah kencing
Protein teroksida daripada ikan yang diproses menjadi keropok dan fish ball atau fish cakeTinggi IQTrouma yang sukar dilupakan. Prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Protein tepu iaitu protein yang disalut kolestrol seperti makanan yang diperah limau, keropok lekorTinggi IQStrok, koma, sebu atau angin, prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Semua makanan tinggi protein akan menyebabkan seseorang diserang demam secara tiba-tiba, seperti demam urat, demam panas, demam denggi dan sebagainya. Kesan terhadap kanak-kanak ialah masalah kekurangan EQ dengan tanda seperti degil, keras kepala lurus bendul, belajar dengan keputusan kecemerlangan yang tidak seimbang contohnya keputusan peperiksaan seperti 3A, 1 B, 1C untuk UPSR atau 5A, 2B, 2C untuk PMR. Tidak sepatutnya keputusan C untuk pelajar yang bijak dan tinggi EQ nya.
MAKANAN TAMBAHAN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makanan tinggi zat seperti spirulina dan multivitaminMenghilangkan simptom kencing manis. Memberi kecergasan sementara. Mencegah jangkitan penyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik)Gangguan spiritual, kelesuan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein
Vitamin CMencegah jangkitan penyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik)Usus berdarah, melemahkan buah pinggang akibat batu karang
LOGAM BERAT
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hatiPelupa, tekanan darah tinggi
Logam berat atau makanan berat zat seperti herba yang dipekatkan atau kopi campuran herbaPelupa, keliru, mudah mengantuk, tekanan darah tinggi
Logam berat daripada kulit ikan yang ciri-cirinya licin dan hitam seperti ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan (walaupun ikan tersebut kulitnya kasar dan cerah)Pelupa, keliru
Logam berat juga boleh didapati daripada bahan kimia seperti cat, peluntur, cat anti melekat di kuali atau periuk. Dalam bentuk air, ia boleh didapati di dalam air bertakung yang terjemur di bawah cahaya matahari dan sumber air tidak mengalir. Antara contohnya ialah air yang telah lama disimpan, air telaga yang disekitarnya tercemar dan sungai yang dicemari bahan buangan industri
URIK ASID
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Urik asid daripada makanan berwarna kuning dan masam seperti buah yang telah lama dipetik, jeruk, cuka, makanan yang diperam.Gout, sendi tulang, kencing manis
Urik asid daripada yis yang digunakan untuk menghasilkan roti dan donat.Gout, perasaan tertekan
Urik asid daripada daging ayam bandar terutama bahagian kulitnya.Gout, sendi tulang
Urik asid daripada kopi dan teh yang diambil berlebihanGout, sendi tulang, tekanan perasaan, kekeliruan
Minuman bergas dan minuman berjenama NescefeGout, jantung, berdebar, sendi tulang, perasaan tertekan
Semua protein, kolestrol tepu, perasa, perwarna dan pengoksidaan makanan akan menghasilkan urik asid
KOLESTROL TEPU
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, perut, hati, serangga seperti belalang atau protein seranggaKekenyanganBuah pinggang lemah, masalah kencing, prostat, antibodi lemah, resdung, alergi
Kolestrol daripada minyak masak berasaskan tumbuhan seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, minyak jagung (kecuali minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak zaitun)Jantung, mata kabur, tekanan darah tinggi
Kolestrol daripada daging lembu terutama daging burger dan diproses hingga teroksida seperti baksoStrok, koma, tekanan darah tinggi
Semua kolestrol adalah ikatan protein dengan hidrogen. Kolesrol tepu ialah ikatan yang dicantumkan dengan asid amino seperti vitamin C. Kesan kolestrol tepu juga menyamai dengan kesan pengambilan protein
TUMBUHAN MISTERI
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Tumbuhan pengurai (atau pengguna ketiga dalam rantaian makanan) seperti cendawan atau kulat contohn ya seperti lingzhi atau gano atau pelbagai cendawan atau kulat yang dijadikan sayurMengurangkan aktiviti kanser, cergas sementaraKelesuan yang amat sangat kerana tenaga diserap
KIMIA DALAM MAKANAN
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makanan yang diletakkan perasa monosodiom glitumat MSG seperti makanan ringan dan makanan segeraKesan seperti urik asid, kesan seperti protein tinggi dan kolestrol tepu
Makanan yang diletakkan perasa pedasUsus berdarah
Makanan yang diletakkan perwarna seperti sirap dan mee kuningMasalah buah pinggang, masalah kencing, masalah kelenjar prostat
Makanan yang diletakkan penahan seperti buah mata kucing, buah longanAlergi, masalah penyakit kulit, kesan seperti urik asid
Makan yang dihasilkan secara kimia seperti kopi berjenama NescafeGout, kesan seperti urik asid, tekanan perasaan
BUNGKUSAN BERTOKSIK /BERADIASI
MakananKesan SementaraKesan_Sampingan
Makanan yang dibungkuskan di dalam bekas bertoksik seperti polisterin dan botol plastik air mineralCirit-birit, gangguan hormon terutama kelenjar pituitari
Minuman yang dibungkuskan di dalam tetra pak seperti minuman kotak terutama susu kotak kerana bungkusan boleh ditembusi bakteriaCirit-birit
Makanan dalam tin yang distrilkan dengan radioaktif seperti sardin, laici atau buah dalam tinKereputan tulang, gangguan saraf, kesan seperti urik asid
NARKOTIK
MakananKesan SementaraKesan Sampingan
Makanand an minuman berkoko seperti susu perasa coklat atau susu berkoko (milo, vico) kek coklat, coklat barCergas, melegakan tekanan perasaanKetagihan, kelenjar tiroid terganggu, dahaga, hilang selera makan, peluh berlebihan, kehilangan banyak mineral seperti pottasiom melalui peluh, sembelit
Semua minuman kopi yang berkefen dan minuman berjenama NescefeCergas, tidak mengantukKetagihan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein, tekanan perasaan, sembelit, buasir atau masalah usus


go Kurangkan Herba


Sepatutnya herba diambil atas nasihat pengamal profesional yang arif mengenai herba. Herba tidak sepatutnya dijual secara terbuka di pasaran tanpa preskripsi. Herba yang disediakan dalam bentuk minuman dan makanan kesihatan tidak mendapat sebarang masalah dari segi kelulusan Kementerian Kesihatan dan tidak tertakluk di bawah Biro Kawalan Farmasutikal Kebangsaan. Oleh itu, pengeluaran herba dalam bentuk makanan atau minuman kesihatan banyak dilambakkan di pasaran.

Kawal pengambilan kopi campuran herba

Kini herba dipasarkan dalam bentuk minuman kesihatan. Contoh yang paling banyak ialah kopi herba seperti kopi tongkat ali, kopi lingzhi, kopi gano, kopi mengkudu, kopi kacip fatimah, kopi manjakani dan sebagainya yang dipasarkan dengan pelbagai nama sama ada dicampurkan pelbagai herba atau hanya sesuatu herba sahaja. Walaupun benar dakwaan terhadap terapeutik dalam sesuatu minuman tersebut, namun ia hendaklah diambil mengikut keperluan. Jarakkan tempoh masa pengambilan lebih kurang seminggu sekali dan hanya secawan sekali minum. Jika anda memiliki kemahiran menjalankan diagnosis Applied Kinesiology, sila gunakan kaedah tersebut untuk menguji sama ada anda sesuai mengambil minuman tersebut pada ketika itu atau tidak. Tetapi sekali anda tidak boleh mengambilnya, bukan bermaksud anda tidak boleh mengambilnya buat selamanya, ujilah lagi untuk waktu yang lain pula.

Walaupun minuman kopi yang dicampurkan dengan tongkat ali baik untuk kesihatan dan darah, tetapi pengambilan yang berlebihan terutama kesan daripada kopi yang diambil, ia akan mengakibatkan kadar urik asid tinggi hingga boleh menimbulkan simptom seperti gout, pedih perut, perasaan tertekan, kekeliruan, cepat mengantuk atau mengantuk ketika memandu.

Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack


Sebenarnya daripada keseluruhan akar tongkat ali, hanya 20% daripada bahagiannya sahaja yang mempunyai bahan khas untuk kesihatan dan kekuatan lelaki. Tongkat ali akan menjadi betul-betul mujarab tanpa kesan sampingan sekiranya 20% bahagian tersebut dikenalpasti dan diekstrak untuk dijadikan ramuan perubatan tongkat ali.

Bahagian yang lain mempunyai bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh malah mendatangkan kesan sampingan jika diekstrak keseluruhan bahagian akar tongkat ali tersebut. Antaranya ialah bagian akar rerambut, ia mengandugi banyak logam berat seperti fenol, tanin dan polisakarida. Logam berat boleh mengganggu saraf otak di bahagian Medulla Ablongata (CL8) yang boleh menyebabkan kekeliruan.

Terdapat juga beberapa bahan steroid di dalam ekstrak tongkat ali seperti Tanin dan Sildenafil. Sildenafil dalam kuantiti yang sedikit akan memberikan ketenangan dan merangsang Hormon Testosteron. Sildenafil yang diambil berlebihan boleh menyebabkan suhu badan tidak terkawal, mempercepatkan gerakan jantung. Pengambilan sildenafil berlebihan akan menyebabkan kesan seperti pening kepala seperti migrain dan mata pedih seperti hendak tersembul hingga boleh menyebabkan buta (akibat kerosakan saraf mata) dan mematikan aktiviti otak sehingga mengakibatkan maut.

Hindari pengambilan mengkudu

Terdapat beberapa herba yang tidak sesuai sama sekali diambil tidak kira walau apa keadan sekali pun ialah mengkudu. Walaupun ia mempunyai antipengoksidan, namun ia mempunyai logam berat yang amat tinggi. Logam berat boleh mengganggu Kelenjar Pitutary (CL2). Campurannya dengan kopi menjadikan logam berat tersebut terlampau aktif dan berasid tinggi. Antara kesan yang biasa terjadi kepada mereka yang mengamalkan meminum kopi yang dicampurkan dengan mengkudu ialah keliru [kesan urik asid yang membebankan Pankreas (CL15) yang mengganggu Medulla Ablongata (CL8)], pelupa dan hilang ingatan sementara [kesan logam berat yang mengganggu Kelenjar Pitutary (CL2)]. Dalam tempoh jangka panjang, ia akan menyebabkan tulang tidak mampu memendam urik asid dan boleh menyebabkan masalah Tulang (CL20) seperti sakit sendi.

Hindari pengambilan cendawan


Simbiosis manusia dengan tumbuhan hendaklah dalam bentuk yang saling seimbang sifatnya. Tumbuhan yang mempertenagakan ialah tumbuhan yang sifatnya memberi tenaga. Keadaan sesuatu sifat tumbuhan mempengaruhi sifat DNA dan RNA tubuh.

Semua tumbuhan berbunga adalah Primary Consumer (atau juga disebut tumbuhan pengeluar) yang berperanan memproses tenaga matahari menjadi tenaga. Manakala tumbuhan tidak berbunga (daripada kumpulan kulat, lumut, alga, paku pakis) adalah tumbuhan bukan pengeluar sebaliknya pengguna secara parasit dan juga pengurai (Third Consumer / Pengguna Ketiga dalam rantaian makanan). Dalam rantaian makanan, manusia ialah pengguna kedua dan kulat serta cendawan ialah pengguna ketiga.

Hukum Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Tenaga dalam rantaian makanan akan mengalir dari pengguna pertama ke pengguna kedua dan berakhir ke pengguna ketiga. Sekiranya manusia mengambil cendawan atau kulat sebagai makanan, bermaksud manusia meletakkan pengguna ketiga di dalam tubuh pengguna kedua. Dalam bahasa yang lebih mudah, tenaga daripada tubuh akan diserap oleh bahan daripada cendawan atau kulat.

Kulat atau cendawan yang biasa berada dalam pasaran ialah seperti Ganoderma atau lebih polular dengan nama Lingzhi. Lingzhi mengandungi bahan yang hanya terdapat di dalam batu arang iaitu Germanium. Memandangkan germanium ini berasal dari benda hidup, ia dipanggil Germanium Organic. Meletakkan germanium di dalam tubuh umpama meletakkan bahan api yang akan menggunakan tenaga di persekitarannya. Selain itu lingzhi juga mengandungi ergosterol, coumarin, manitol, fungal lysozyme, protease acid, protein yang larut dalam air, amino acid, polipeptidase, natrium, kalsium, seng, kobalt, dan mangan yang hampir kesemuanya merupakan logam berat.

Kesan pertama pengambilan lingzhi ialah tenaga dalam bentuk lemak dan urik asid akan diserap keluar. Pengguna akan rasa sedikit kesegaran kerana mendapat sedikit tenaga akibat pembakaran lemak serta penurunan berat badan juga akan berlaku. Sekiranya terdapat kanser atau ketumbuhan, lingzhi akan menyerap tenaga kanser sehingga kanser boleh mengecut dan pulih. Tetapi pengambilan yang berterusan tanpa pengawasan dan nasihat daripada pengamal perubatan complimentary profesional, lingzhi akan menyerap nutrien tubuh serta tenaga di dalam sel. Ketika itu, mereka yang kerap mengambil lingzhi akan kelesuan pada waktu malam atau setelah bekerja. Kemudian setiap kali mengimbil lingzhi, tubuh akan merasa cergas untuk tempoh tidak melebihi 30 minit.

Selain lingzhi, sayuran cendawan dan kulat juga adalah katagori yang sama iaitu pengguna ketiga yang menyerap tenaga tubuh. Cendawan dalam bentuk herba campuran kopi atau ditumis sebagai hidangan bersama nasi hendaklah dihindari.

Selain sifatnya yang menyerap tenaga, ia tumbuh subur di tempat bertekanan rendah iaitu di kawasan reputan yang udaranya mengandungi ion berproton tinggi dalam kelembapan tanpa peredaran udara dan di tempat yang redup atau malap. Sifat unik ini menyamai dengan sifat gelombang jarak jauh iaitu di luar spektrum warna dan gelombang tubuh manusia (tubuh manusia antara 0 nanometer ke 800 nanometer). Hukum Keseimbangan menyatakan, keseimbangan penglihatan manusia adalah sama dengan gelombang yang terdapat dalam tubuh. Sekiranya seseorang itu sering terlihat cendawan, bermaksud gelombang dirinya amat rendah (gelombang jarak jauh) dan dirinya berpenyakit terutama penyakit saraf dan juga berkaitan dengan gangguan spiritual.

Hindari slimming menggunakan chitosan

Chitosan bertindak dengan cara menggumpalkan protein. Pada peringkat pertama, chitosan akan menggumpalkan protein yang berlebihan dalam darah dan juga disepanjang saluran penghadaman. Tetapi pada peringkat kedua, chitosan akan menggumpalkan protein yang diperlukan oleh tubuh.

Pada peringkat awal pengambilan chitosan, seseorang akan merasa banyak mengeluarkan peluh dan tubuh rasa bertenaga. Pada peringkat di mana anda tidak lagi berpeluh setelah beterusan mengambil chitosan, ketika itu chitosan telah mula menguraikan protein dan anda akan kehilangan banyak tenaga. Sekiranya tekanan darah rendah, mereka yang mengambil chitosan berlebihan akan mudah pengsan.

Sebagai panduan, bagi mereka yang menggunakan produk slimming yang bercampur dengan Chitosan, hentikan pengambilannya jika anda tidak lagi mengeluarkan peluh.

Panduan Pengambilan Herba


Herba yang terbaik ialah herba yang telah diperhaluskan dan telah dicairkan. Herba yang pekat yang direbus berulang kali hendaklah dihindari.


Herba atau produk berasaskan tumbuhan yang terbaik hendaklah diekstrak melalui cool compressed (tekanan sejuk) dan bukan melalui rebusan atau pemanasan.


Cara pengambilan herba hendaklah dengan dos yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan yang telah didiagnos oleh pengamal profesional complimentary.


Herba boleh dipertenagakan dan herba jenis ini paling cepat kemujarabannya, paling kurang kesan sampingan dan selamat di ambil dalam dos yang berlebihan (kerana tenaga daripada herba itu sendiri akan menyingkirkan dirinya sendiri jika tidak diperlukan)


Jangan ambil herba sebagai langkah pencegahan penyakit atau ketika sedang sihat, ambil ketika tahap kesihatan memerlukan sahaja.

go Kurangkan Food Supliment

Di negara maju seperti US (United States), kebanyakkan makanan tambahan seperti Vitamin C, Spirulina dan susu tinggi protein telah diharamkan (sila rujuk JAMA the Journal of the American Medical Association). Namum pengeluarannya masih diteruskan dan dilambakkan ke negara ketiga seperti Malaysia dan dijual dalam bentuk jualan jangsung. Pernah satu ketika dalam tahun 1994 syarikat susu Fernleaf mengeluarkan susu tinggi protein yang digelar "susu awal lembu", kemudian menarik balik stok tersebut daripada pasaran pada tahun 1997. Jika makanan tersebut didakwa sebagai sumber nutrient "terhebat" di negara ini, di negara pengeluar itu sendiri iaitu America, makanan seperti ini tidak dihiraukan atau mereka senyap daripada membincangkan perkara ini.

Vitamin C



Semua makanan yang kita ambil seharian yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak Vitamin C. Vitamin C sukar wujud dalam keadaan yang tulen melainkan dalam bentuk yang telah teroksida. Setakat ini hanya sebuah syarikat pharmaceutical bernama Phizer sahaja yang mempunyai teknologi menyediakan Vitamin C dalam bentuk tulen.


Walaupun Vitamin C mempunyai banyak asid folik, tetapi sekiranya ia wujud dalam bentuk yang banyak dalam keadaan teroksida, ia akan membentuk urik asid. Vitamin C yang banyak dalam darah akan membentuk kristal gout yang berupa seperti kon yang tajam. Ia boleh terbentuk di tapak kaki, buah pinggang dan usus besar. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berkalori tinggi seperti kari dan cili akan menyebabkan berak berdarah. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berprotein tinggi seperti keropok lekor, soya dan kobis boleh menyebabkan kencing berdarah.


Vitamin C apabila bertembung dengan protein, Vitamin C akan meyelaputi pretein. Protein yang diselaputi protein membentuk sejenis kolestrol yang tepu dan tidak boleh dihadam. Protein jenis ini akan menyebabkan saluran kapilari yang halus tersumbat. Jika berlaku penyumbatan saluran darah di otak, ia boleh menyebabkan simptom seperti strok.


Sumber Vitamin C yang baik, tidak teroksida dan mudah bersenyawa dengan DNA dan RNA sel ialah daripada daging kambing. Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan memiliki kulit yang cerah, gebu, sihat dan cantik. Maklumat lanjut mengenai daging kambing, sila rujuk post dalam blog ini bertajuk Terapi Kambing.

Spirulina
Spirulina diperkenalkan di Malaysia dengan dakwaan bahawa ini adalah makanan tambahan angkasawan di America. Memang tidak dapat dinafikan bahaya satu ketika dahulu spirulina telah dipilih menjadi makanan tambahan untuk angkasawan. Tetapi ia telah diharamkan penggunaanya di America sejak tahun 2003.

Spirulina ialah makanan yang mempunyai paling banyak mineral dan nutrient di dalamnya. Hampir semua jenis protein terdapat di dalam spirulina dan mineral yang terdapat di dalamnya termasuk juga mineral berat yang boleh menjejaskan saraf dan mengganggu hormon.

Mereka yang mengamalkan memakan spirulina akan mengalami masalah gangguan Kelenjar Pineal (CL1), gangguan pusat kawalan hormon iaitu Kelenjar Pitutary (CL2), sistem limpatik (CL12) serta membebankan darah (CL18). Apabila saraf terjesas, hormon terganggu, sistem limpatik dan sistem darah lemah, ia boleh mewujudkan fenomena penyakit misteri seperti halusinasi, kelesuan, atau pelbagai penyakit spiritual yang didakwa sebagai santau, saka dan sihir. Kesan gangguan terhadap sistem hormon boleh menyebabkan mereka yang mengambil spirulina mudah menjadi panas baran atau cepat marah. Pengumpulan zat atau nutrient yang terlalu tinggi, akan menyebabkan ia tersimpan sebagai asid lemak dan urik asid. Kandungan urik asid di dalam darah yang tinggi akan menyebabkan Pankreas (CL15) terbeban selain boleh menyebabkan mudah tension atau depression atau tekanan perasaan akibat gangguan daripada organ Medulla Oblongata (CL8). Antara kesan lain akibat daripada masalah urik asid ialah gout.

Kandungan protein dalam spirulina yang tinggi akan menjadikan beberapa organ dalaman seperti Pankreas (CL15) dan Perut (CL12) mendapat tenaga yang mencukupi pada peringkat awal. Seseorang yang mengambil spirulina pada peringkat awal akan merasa cergas, otot pejal dan hilang sakit belakang. Tetapi mengambilan yang berterusan akan menyebabkan Buah Pinggang (CL13) terbeban dengan protein yang tinggi. Akhirnya mereka yang mengambil spirulina secara berterusan akan menghadapi simptom yang berkaitan dengan buah pinggang seperti beberapa masalah kencing sepeti kencing tidak lawas, tidak tahan hendak terkencing, kencing malam (ketika sedang tidur), kerap kencing tetapi sedikit air kencing yang keluar sedikit dan pada peringkat yang kronik, pengambilan spirulina serta menu makanan yang mengandungi banyak protein akan menyebabkan kencing bercampur dengan darah.

Susu Tinggi Protein
Susu ini dinamakan dengam pelbagai nama sama ada IGG Plus, Kolestrom, Susu Awal Lembu dan sebagainya. Ciri-ciri susu ini ialah ia mengandungi protein pada jumlah melebihi 1,500 mg bagi setiap segelas hidangan. Susu untuk makanan tambahan atlit atau ahli sukan pula adalah antara 2,000 mg hingga 10,000 mg.

Susu Awal Lembu ialah nama yang digunakan oleh syarikat Fernleaf ketika ia pernah dipasarkan dalam pasaran terbuka satu ketika dahulu. Susu IGG Plus atau Kolestrom banyak dijual dalam bentuk jualan langsung manakala susu makanan tambahan atlit atau ahli sukan banyak dijual di farmasi atau kedai khas untuk ahli sukan. Bezanya ialah Susu IGG atau Kolestom mengandungi protein rambang manakala susu makanan tambahan atlit mengandungi protein khusus.

Antara kesan daripada pengambilan susu tinggi protein ialah:-

Mata silau dengan cahaya (akibat hati [CL12] terjejas)



Kerap buang air kecil (akibat prostat [CL13] terjejas)



Dalam tempoh jangka panjang, pengambilan susu tinggi protein akan meningkatkan kadar urik asid dan melemahkan sistem immune dan seseorang itu berisiko menghidap demam dan mudah dijangkiti penyakit berjangkit seperti Denggi, taun dan selsema.


goKurangkan Protein

Protein kata dasarnya protos dalam bahasa Yunani bermaksud "Perdana". Protein mempunyai banyak pecahan mengikut jenis ikatannya (hidrogen, karbon, nitrogen, oksigen dan terdapat juga sulfur dan fosforus). Setiap jenis ikatan protein ini berbeza berdasarkan sumber yang berbeza antaranya protein tumbuhan seperti soya, kobis dan taugeh. Protein haiwan daripada ikan, ayam dan daging. Protein yang telah membentuk kolestrol seperti minyak kelapa sawit, minyak kacang soya dan minyak jagung. Protein yang membentuk alkohol yang dijadikan minuman keras. Protein yang membentuk kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, organ dalaman haiwan seperti perut atau usus, hati dan limpa. Di dalam tubuh pula, karbohidrat yang berlebihan apabila bertemu dengan air (unsur hidrogen) akan disimpan dalam bentuk lemak protein yang menunggu masa untuk diurai (penghidrogenan) menjadi protein tenaga.

Tumbuhan yang mengandungi banyak protein boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti berikut:

Tidak mendapat dedahan cahaya matahari yang mencukupi.


Fizikal yang keras dan kenyal (akibat daripada pembinaan protein).


Turut mengandungi karbohidrat (rasanya agak manis dimakan mentah).


Kekurangan klorofil (kurang warna hijau, biasanya berwarna putih).


Mudah busuk atau rosak atau tidak boleh disimpan lama (disebabkan protein amat disukai oleh bakteria).

Tumbuhan yang sepatutnya dimakan oleh manusia ialah tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri pengeluar iaitu tumbuhan yang mampu memproses makan sendiri dan menukarkan cahaya matahari kepada tenaga. Tumbuhan yang boleh membuat makanan sendiri ialah tumbuhan yang terdedah daunnya terhadap pancaran cahaya matahari dan memiliki klorofil. Oleh itu tumbuhan ini sepatutnya mempunyai daun hijau. Tumbuhan yang tidak memiki klorofil akan kelihatan putih atau gelap kemerahan. Akibat tidak mampu membuat makanan sendiri, tumbuhan ini akan membina dan menyerap protein untuk menguatkan strukturnya hingga ia kelihatan keras dan kenyal. Tumbuhan ini juga boleh menghasilkan karborhidrat untuk kegunaannya sendiri.

Contoh tumbuhan yang mempunyai kandungan protein tinggi ialah kobis, taugeh dan soya. Selain tumbuhan, protein juga banyak didapati dalam susu terutama susu awal lembu atau susu lembu yang diambil ketika dalam tempoh sebulan setelah lembu melahirkan anak. Kuning telur juga mengandungi banyak protein.

Kesemua pecahan ini akan diproses oleh Hati (CL12). Protein yang berlebihan dalam darah yang tidak digunakan sebagai tenaga akan dinyahkan oleh Buah Pinggang (CL13). Sekiranya seseorang mengambil terlalu banyak makanan berprotein, makan dah buah pinggang akan menjadi lemah terjejas fungsinya.

Di negara maju, susu tinggi protein telah diharamkan penjualannya dan kini ia dilambakkan di negara ketiga dalam bentuk jualan langsung.

Protein akan secara serta merta menjejaskan hati dan buah pinggang hingga menimbulkan simptom major seperti berikut:-

Melemahkan EQ.



Kekaburan mata dan mata bersilau.



Melemahkan buah pinggang dan gangguan kencing.


Pusat tenaga EQ (Emotional Quotient) terletak pada Hati (CL12). Hati berperanan memproses protein. Sekiranya terdapat protein berlebihan di dalam tubuh, hati akan terbeban. Akibatnya daya kekuatan EQ akan lemah. Kelemahan EQ menjadikan seseorang mudah lurus bendul, tidak kreatif atau telalu keras kepala. Walaupun dari segi pelajaran, mereka boleh menghafal dengan baik, tetapi kefahamanya terhadap pelajaran amatlah lemah.

Mata amat berkait rapat dengan Hati (CL12) dalam hubungan sympathetic. Kekuatan iris mata dan kawalan tahap pembukaan dan penutupannya bergantung kepada tenaga dari Hati. Jika Hati terbeban dengan protein tinggi, mata akan menjadi silau dengan cahaya terang. Mata akan kelihatan seoalah-olah hendak terpejam kerana tidak mampu menerima cahaya yang banyak.

Hubungan sympathetic yang rapat antara mata dengan hati juga dapat dilihat daripada penyakit jaundis dan hepatetis. Simptom tersebut dapat dikesan daripada tanda mata kelihatan kekuningan. Selain itu, hati juga berfungsi memproses kolestrol. Kandungan kolestrol yang tinggi menyebabkan kekenyalan kanta mata berkurang. Akibatnya mata menjadi kabur atau rabun jauh atau rabun dekat.

Protein yang berlebihan dalam darah akan diproses untuk penyingkiran dan penyusunan nutrient di bahagian Buah Pinggang (CL13). Jika kandungan protein tinggi dalam darah.

Sekiranya anda dapat menghentikan
pengambilan protein yang tinggi,
maka 80% daripada penyakit anda
dapat dirawat secara semula jadi!

goAwasi Logam Berat

Logam ialah ialah meneral yang amat mudah bertindak balas dengan persekitaran. Salah satu kesan tindak balas ialah pengoksidan. Mineral yang teroksida digelar mineral berat.

Mineral amat diperlukan oleh sesuatu kelenjar untuk menghasilkan enzim. Kelenjar akan menyerap mineral, memproses dan menghasilkan enzim. Sekiranya terdapat mineral berat terserap, kelenjar akan terbeban. Bebanan ini adalah punca kepada kegagalan kelenjar untuk berfungsi dengan baik atau menyebabkan rembesan hormon tidak sempurna.

Setiap hormon memainkan peranan tertentu. Gangguan hormon pada tubuh badan akan menyebabkan banyak masalah kesihatan. Berikut ialah kesan gangguan yang dikaitkan dengan peranan sesuatu kelenjar yang menghasilkan sesuatu hormon.

Organ/ KelenjarSimptom kekurangan hormon / enzim
Pineal(CL1)Lemah tenaga, lemah semangat, tiada mood, temenung, hilang keyakinan diri, halusinasi. Antara tandanya ialah bulu roma mudah meremang
Pitutary(CL2)Lemah ingatan, pelupa, nyanyuk, ketuaan, pesakit epilepsi(sawan) diserang hilang ingatan. Antara tandanya ialah lupa atau mudah hilang barang yang baru diletakkan
Tyriod(CL9)Selalu mudah kehausan tekak atau dahaga. Selera makan berkurang, kurang stamina ketika bersenam. Serangan kesakitan bagi pesakit goiter (beguk)
Hati(CL12)Hilang selera makan, serangan atau kemudaratan bagi pesakit G6PD, telesemia dan amenia atau penyakit yang berkaitan hormon dalam darah, senak perut selepas makan, tidak merasa kenyang ketika makan atau makan melampaui batas hingga kembung perut dan tidak mampu bangun dari tempat makan.
Perut(CL12)Lapar keterlaluan, obesiti, kegemukkan atau terlalu kurus kerana protein tidak dapat dicernakan secara semulajadi.
Limpa(CL12)Bengkak atau sakit seperti simptom gout di bahagian lutut, urat bengkak, sakit di lengan dan bawah ketiak, sakit di bahagianpangkal peha
Hempedu(CL14)Kulit kasar, batu hempedu. Antara tandanya ialah sakit atau senak ketika makan, pemarah atau panas baran, najis pucat atau seperti lumpur
Adrenal(CL13)Lemah seksual, cepat klimaks atau tidak dapat klimaks, tidak sensitif atau gangguan kepekaan. Masalah prostat yang berkaitan dengan masalah kencing seperti kerap kencing, air kencing sedikit, tidak tahan ingin buang air kecil. Antara tandanya apabila dicucuk pinggang, tidak terperanjat atau geli.
Pankreas(CL15)Diabetis (kencing manis), urik asid tinggi dalam darah, mata kabur. Pesakit diabetis pengsan.
Ovari/ Testis (CL16)Lelaki lembut atau perempuan kasar, kemurungan, kemandulan


Sumber mineral berat ialah seperti berikut:-

Kulit ikan yang licin, halus dan berwarna gelap



Bahagian kepala semua jenis ikan.



Tumbuhan yang akarnya menjalar atau akar serabut seperti bayam dan kobis



Cat atau lapisan tahan melekit pada kuali atau periuk



Air bertakung yang disimpan lama atau terdedah kepada cahaya matahari



Air telaga



Air sungai yang dicemari sisa perindustrian


goKurangkan Air

Kandungan air dalam tubuh badan manusia ialah kira-kira 69.8%. Namun dakwaan menyatakan kita memerlukan air sebanyak 7 gelas atau 1,500ml air sehari adalah tidak benar. Hakikat sebenarnya ialah kita hanya memerlukan 300 ml air sahaja sehari. Jumlah tersebut ialah kira-kira 1 1/2 gelas sahaja.

Sebenarnya setiap kali kita mengambil segelas air sekali gus, hanya 1/7 sahaja (atau kira-kira 43 ml) daripadanya yang akan diserap oleh tubuh. Untuk mendapatkan 300 ml sehari, kita terpaksa mengambil 7 gelas air sehari.

Dengan adab minum yang betul, kita tidak perlu memaksa diri mengambil terlalu banyak air untuk keperluan seharian. Bukannya mudah untuk mengambil air yang terlalu banyak (1,500ml) sehari dan jika boleh, ia tidak dapat dilakukan setiap hari. Malah pengambilan air yang berlebihan ia boleh mendatangkan kesan sampingan pula.

Antara kesan pengambilan air yang berlebihan ialah:-

Mengganggu proses penghadaman hasil tindak balas enzim dan hormon yang cair. Penghadaman memerlukan keadaan suhu yang panas di dalam perut dan kering. Kebasahan akan mengganggu proses penghadaman dan menurunkan suhu di dalam perut. Makanan yang tidak dihadam tidak akan membentuk tenaga sebaliknya akan dinyahtinjakan atau ditukar kepada asid lemak.


Pengaliran banyak mineral keluar melalui perkumuhan seperti perpeluhan yang berlebihan, pembuangan air kecil dan penghembusan nafas.

Pembentukan banyak asid lemak hasil tindak balas hidrogen dalam air dan karbon dalam karbohidrat. Mengambil nasi yang disulami dengan air akan menyebabkan pembentukan asid lemak cepat berlaku.


Pengambilan 1,500ml air dalam tempoh 3 jam boleh menyebabkan air itu dimuntahkan semula.


Pengambilan air yang banyak sedangkan ia tidak boleh serap atau dihadamkan akan menyebabkan darah menjadi cair. Antara tanda darah cair ialah rasa pening kepala.


Untuk mengatasi masalah terpaksa mengambil air berlebihan yang mengakibatkan kesan sampingan, berikut ialah adap pengambilan air yang sepatutunya dimalkan:-

Tubuh hanya mampu menyerap air dengan berkesan sekiranya minuman diambil sedikit demi sedikit. Oleh itu, minum seteguk demi seteguk, jangan minum sekali gus air di dalam cawan / gelas. Dengan cara ini hampir keseluruhan air yang diminum akan diserap oleh tubuh.

Makanan yang dimakan akan diproses melalui proses pencernaan oleh enzim-enzim tertentu. Proses ini berjalan lancar sekiranya enzim tersebut berada dalam kepekatan yang sesuai. Kepekatan ini akan terganggu jika wujud kehadiran terlalu banyak air. Tunggu kira-kira 10 ke 30 minit selepas makan untuk mengambil air. Jika tercekik, suap lagi makanan dan kunyah kemudian terus telan bersama dengan makan yang tercekik. Untuk mengelakkan rasa tercekik atau makanan melekat di kerongkong, jilat dahulu garam sebelum makan.

Proses pengangkutan makan dari mulut ke dalam perut melalui esofagus dipanggil peristalsis. Peristalsis ialah proses pengembangan dan menguncupan otot esofagos untuk menolak dan membawa makan dari mulut ke perut. Proses ini juga berlaku dibahagian usus dan beberapa saluran lain dalam tubuh cuma ia lebih ketara di bahagian esofagus. Apabila peristalsis berlaku, tenaga yang besar diperlukan. Sekiranya proses peristalsis berlaku dengan banyak dan serentak, esofagus akan menjadi lemah. Untuk mengatasi masalah ini, jangan telan air dalam tegukan yang besar dan jangan meneguk secara berturut-turut tanpa henti. Teguklah perlahan-lahan dalam secara seteguk demi seteguk dan dengan tegukan yang kecil.

Semasa sedang kepenatan dan kehausan, paru-paru akan menarik nafas dengan kencang dan ruang trakea yang berselari dengan esofagus memerlukan ruang yang lebih luas. Jika kita minum air ketika terlalu haus, ia akan menyebabkan gangguan pernafasan atau tercekik ketika minum. Oleh itu, elakkan minum ketika terlalu haus atau terlalu dahaga. Jika terpaksa, minumlah dengan tegukkan yang kecil atau dengan cara melalukan air di atas lidah. Sebaiknya jilatlah gula atau mengambil secubit manisan sebelum minum.

goKurangkan Fiber

Fiber bukanlah nutrient. Fiber akan memberi rangsangan kepada sel otot untuk bergerak dengan aktif dan bertenaga. Oleh itu fiber akan membatu melancarkan segara sistem dalam tubuh yang memerlukan pergerakan. Antara bahagian yang mendapat manfaat besar daripada kehadiran fiber ialah usus besar, saluran darah, jantung saluran urinari otot motor dan sebagainya.

Fiber pada jumlah yang sedikit dan terkawal akan membantu fungsi otot seperti normal. Tetapi dalam jumlah yang banyak fiber akan menjadikan otot berfungsi dalam keadaan yang berlebihan. Otot yang bekerja secara berlebihan akan menjadikannya panas dan aktivitinya akan terhenti secara tiba-tiba.

Sebagai contoh pertama, pengambilan pisang (yang didalamnya mengandungi fiber) dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan seseorang mudah membuang air besar dengan lancar pada keesokan harinya. Kemudian pada hari seterusnya, mereka akan mengalami masalah sembelit atau sukar untuk membuang air besar.

Pengambilan fiber bagi seorang atlit akan menjadikan mereka amat lincah dan tangkas ketika bersukan atau beraksi. Tetapi pengambilan yang terlalu banyak dan aktiviti sukan dilakukan pada waktu tengah hari atau panas, atlit tersebut boleh mengalami kejutan isyarat motor yang menyebabkan kekejangan di otot atau "sudden death" (mati mengejut) ketika beraksi.

Walaupun fiber mendatangkan kemudaratan kepada kita, tetapi fiber masih tetap diperlukan. Sebenarnya terdapat dua jenis fiber iaitu fiber lembut dan biber kasar. Fiber kasar ialah fiber yang bertindak serta-merta seperti buah ciku dan buah pisang. Fiber lembut ialah fiber yang boleh diurai setelah empat peringkat proses pencernaan iaitu dari jenis timun dan labu seperti timun batang, tembikai, labu. Fiber terbaik ialah Timun Cina kerana kurang sejuk dan mudah terurai dengan sendiri dan tidak akan menjejaskan otot jika diambil berlebihan.

Timun Cina mudah disediakan. Berikut ialah resipi penyediaan jus timun.

Bahan-bahan;

1 batang Timun Cina
4 sudu besar gula (untuk penyediaan 1 jug air)
1 jug air
Ais kiub (untuk penyediaan 1 jug air)

Cara-caranya;

Potong timun secara kecil-kecil seperti penyediaan rojak buah.
Kemudian masukkan ke dalam pengisar.

Masukkan bersama 4 sudu besar gula.
Masukkan air kira-kira suku tabung pengisar tersebut.
Kisar hingga hancur.
Salin kisaran tersebut ke dalam jug dengan menggunakan penapis.
Boleh juga ambil sedikit hampas timun tersebut untuk dimasukkan ke dalam jug untuk mengekalkan rasa manis.

Minum segera dalam tempoh 30 minit penyediaan kerana gula akan diuraikan (menjadi glukos ringkas) hingga rasa manis hilang.

Anda boleh menguji kuasa penguraian timun dengan cara mencelupkan satu batang cili yang telah dibelah 4. Tunggu hingga 30 minit, kemudian cuba kunyah cili tersebut, didapati rasa pedas telah hilang.

Ujian kedua ialah dengan menuangkan jus timun (tanpa gula) ke atas pinggan kotor berminyak. Didapati pinggan lebih cepat bersih dan tanggal dengan mudah kerana timun telah menguraikan kolestrol dan minyak di atas pinggan.

Pengambilan Timun Cina sebagai alternatif kepada fiber kasar akan membantu meningkatkan tahap kesihatan, mengatasi sembelit dengan cara yang lembut, mengelakkan kekejangan otot dan mencegah jantung daripada berhenti secara tiba-tiba. Ia boleh diamalkan selalu tanpa had dos kerana ia akan menyingkirkan dirinya sendiri jika berlebihan di dalam tubuh. Gula yang dikisar bersama dengan timun akan serta merta terurai menjadi tenaga dalam bentuk glukos yang tidak akan membebankan pankeras sama sekali.

goLebihkan Kolestrol

Kolestrol terbahagi kepada baik dan jahat. Tetapi kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kesan sampingannya sendiri. Kolestrol baik memberi manfaat kepada jantung tetapi ia boleh terbentuk menjadi tepu dan menyekat arteri dan boleh menyebabkan pembekuan darah di bahagan kepala atau menyebabkan strok. Kolestrol jahat adalah punca kepada serangan jantung tetapi kehadirannya akan melancarkan pergerakan darah. Ia banyak menyumbang kepada rasa cinta, nafsu dan keghairahan kepada seseorang. Oleh itu, istilah "kolestrol jahat" dan "kolestrol baik" adalah tidak sesuai digunakan lagi!

KOLESTROL BAIK
Sumber:Minyak soya, minyak jagung, munyak kelapa sawit
KOLESTROL JAHAT
Sumber:Daging lembu, minyak sayuran, minyak bunga matahari
ManfaatUntuk melancarkan pergerakan darah di dalam jantungMemberi rasa cinta, nafsu, keinginan dan keghairahan. Menguatkan antibodi semulajadi tubuh. Mengawal suhu badan.
MudaratPunca strok, pembekuan darah di otak.Punca darah tinggi, kegemukkan, serangan jantung


Kolestrol tepu


Kolestrol tepu ialah ikatan protein yang diselaputi oleh asid, biasanya daripada vitamin C atau asid folik. Sumber kolestrol tepu adalah seperti berikut:-

Kolestrol tepu berkeupayaan mengelakkan protein daripada teroksida di samping mampu menyimpan mineral seperti potassiom, iodin dan magnesium yang tinggi dan penting untuk keperluan tubuh. Tetapi kehadiran kolesrtol tepu yang berlebihan akan menyebabkan tubuh tidak mampu menguraikannya. Akibatnya ialah antibodi (Kawalan Biotik CL5) akan lemah. Antara simptom kelemahan pusat kawalan biotik ialah mudah mendapat alahan, resdung, gatal kulit, berbintat di kulit, kemurungan (akibat daripada gangguan hormon CL16) dan sebagainya (sila rujuk Ringkasan Formula CL5).

Kolestrol tepu tidak akan menyebabkan gangguan jantung atau pembekuan saluran darah. Ia sebenarnya menyimpan tenaga dalam bentuk asid lemak. Dalam tempoh jangka panjang, kolestrol tepu akan dikumpulkan di bawah kulit dan membentuk kutil atau ketuat atau tahi lalat. Lazimnya ia banyak tumbuh di kawasan atas pipi, tepi hidung, leher dan bahu dan belakang dada. Ketumbuhan dalam organ pula boleh membesar hingga mengganggu fungsi organ dan kerap kali disangka kanser. Biasanya pembesaran ketumbuhan ini akan terhenti pada sesuatu tahap atau sekuranya saluran darah di bahagian pengumpulan kolestrol tepu tersebut tersekat.

Buah zaitun

Buah zaitun mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan sejak dari dulu dalam dunia perubatan. Buah zaitun langsung tidak mengandungi kolestrol malah bertindak menguraikan kolestrol yang tepu di dalam hati (CL12). Pengambilan buah zaitun paling sesuai dalam bentuk minyak masak.

Minyak zaitun mempunyai dua lapisan molekul yang setiap satu masing-masing mempunyai frequensi berbeza. Kedua-dua lapisan ini mempunyai frequensi di bawah 200 nanometer atau menyamai sinar (seakan warna putih tetapi lebih sesuai diistilahkan sebagai "sinar"). Lapisan molekul yang pertama (lapisan luar) berfungsi untuk memecahkan kolestrol tepu atau toksik yang terdiri daripada bahan kimia seperti perasa makanan, pewarna tiruan dan pengawet makanan. Manakala lapisan dalam berperanan membawa ion elektron (bercas negatif) untuk mempertenagakan hati itu sendiri (melalui rangsangan tenaga kelenjar pineal) supaya dapat menjalankan fungsinya secara semula jadi untuk memproses protein termasuklah dalam bentuk kolestrol tepu, perasa makanan, perwarna makanan atau penahan makanan yang dimakan.

Makanan yang digoreng dengan minyak zaitun tidak lah selazat dan harum seperti masakan yang menggunakan minyak kelapa sawit. Rasanya seperti berair.

Selepas makan makanan yang digoreng atau dimasak dengan minyak kelapa sawit, mata mudah menjadi kabur (akibat hati [CL12] terbeban dengan kolestrol). Berbeza dengan minyak zaitun, setelah makan, perut terasa ringan dan pengambilan makanan terasa puas hingga seseorang akan menghentikan makan sebelum kenyang (kesan daripada penguraian tenaga di bahagian hati oleh minyak zaitun).

Minyak masak yang lain (kecuali daripada bunga matahari) apabila digunakan berkali-kali, jumlah kolestrolnya akan terokdisa dan menjadi tepu serta kehilangan banyak air. Kesannya dapat dilihat minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Ia biasanya dipanggil tahi minyak dan masih boleh digunakan untuk memasak. Berbeza dengan minyak zaitun, ia boleh digunakan berkali-kali tanpa had. Minyak zaitun tidak akan mengalami penoksidaan, tidak akan tepu, tidak akan kehilangan air dan tidak akan berubah strukturnya dari segi perubahan warna dan bau walaupun telah digunakan berkali-kali.

Penghasilan minyak zaitun dengan cara cool compressed (tekanan sejuk) akan memastikan tenaganya terus kekal. Di pasaran, terdapat pelbagai variasi minyak zaitun. Hasil kajian daripada kaedah Attitude Therapy mendapati setiap variasi tidak ada kelebihan atau kekurangan sebaliknya mempunyai keistimewaan tertentu yang unik. Minyak zaitun yang telah digunakan mempunyai ikatan molekul yang lebih halus dan amat bertenaga untuk mempertenagakan hati. Minyak yang baru digunakan mempunyai ikatan molekul yang amat mudah menguraikan toksik yang tersimpan di dalam hati.

Kolestrol kambing


Hampir tidak ada kewujudan protein di dalam daging kambing. Protein dalam kambing wujud dalam bentuk kolestrol lembut yang boleh mengurai kolestrol daripada sumber yang lain.
Penguraian kolestrol kambing berlaku dengan amat pantas secara pemecahan berdua-dua. Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, pengambilan daging kambing akan menyebabkan kolestol di dalam darah akan diuraikan. Ia akan mengakibatkan isipadu darah dan seseorang akan mengalami kesakitan di bahagian kepala selama beberapa jam. Setelah itu, paras kolestrol dalam darah jatuh dengan mendadak.

Bagi mereka yang mengalami penyakit atau simptom darah tinggi, pengambilan daging kambing akan menyebabkan pembongkaran manakala bagi mereka yang sihat, pengambilan daging kambing dapat mencegah daripada berlakunya risiko darah tinggi.

Maklumat lengkap mengenai kambing sebagai terapi telah dilulis dalam post di blog ini bertajuk Therapy Kambing

goKurangkan Nasi

Nasi mengandungi karbohidrat malah pembekal karbohidrat utama penduduk dunia. Disamping memberi tenaga, karbohidrat berlebihan akan menyebabkan beberapa kesan sampingan. Berikut ialah antara kesan sampingan pengambilan karbohidrat dan keterangannya

Karbohidrat apabila bertemu dengan air akan membentuk asid lemak dan gula yang akan membebankan pankreas (CL15) dan meningkatkan berat badan.

Sehingga kini, saintis masih belum dapat merumuskan jumlah keperluan karbohidrat dalam sehari. Berikut ialah petua pengambilan karbohidrat:-


Jumlah pengambilan nasi hendaklah dikawal dan dihadkan. Makan separuh pinggan nasi dan lebihkan lauk pauk. Makan nasi cukup sekadar dua kali sehari iaitu siang sekali dan malam sekali.


Bagi mengelakkan pembentukan asid lemak berlaku dengan pantas, jauhkan air daripada nasi. Masak nasi dengan jumlah air yang dikurangkan. Nasi yang terbaik mestilah tidak begitu lembik.


Jangan ambil bubur nasi sama sekali. Ini adalah amalan pengambilan karbohidrat yang amat mudarat terutama bagi mereka yang sedang sakit. Penyakit yang sedia akan bertambah mudarat terutama bagi pesakit diabetis atau kencing manis.


Ketika makan nasi, elakkan menuangkan kuah atau melinangkan nasi di dalam kuah. Tuang kuah sekadar untuk menyedapkan nasi sahaja bukan untuk membasahkannya.


Selepas makan nasi, tunggu antara 10 ke 30 minit untuk minum (anda dapat rasakan sendiri tempoh masa nasi dihadamkan di dalam perlu). Elakkan minum sejurus selepas makan nasi. Untuk mengelakkan tercekik ketika makan atau rasa tekak melekat, jilat garam sebelum makan. Kunyah nasi hingga lumat sebelum telan.


Semasa proses penghadaman berlaku, tubuh perlu berada dalam keadaan berehat dan tegak. Jangan baring atau tidur selepas makan nasi.



Berfikir atau mengelamun ketika makan akan mengganggu proses penghadaman. Nasi yang dimakan akan mudah menjadi asid lemak. Jangan makan nasi seorang diri. Makanlah bersama teman yang dapat mengelakkan hati berfikir ketika makan.


Elakkan makan nasi sambil mendengar radio atau menonton television kerana ia akan menyebabkan fikiran mengelamun dan vibration daripada setiap yang ditonton atau didengar akan turut dirakam dan dimakan bersama nasi.

Nasi itu sendiri sebenarnya mempunyai banyak masalah, antaranya ialah:-


Hampir kesemua beras telah digilap dan dilunturkan warnanya supaya kelihatan putih dan berkilat. Banyak zat di bahagian kulit padi dibuang atau dimusnahkan.


Nasi yang telah disimpan lama akan berkulat, punca gangguan sistem limpatik (CL12) dan gangguan kelenjar pineal (CL1)



Nasi yang diimport tidak mengandungi antidot untuk penduduk tempatan, ia akan membebankan hati (CL12).



Setiap nasi dari jenis yang berlainan mempunyai kadar penyerapan air yang berlainan, tubuh tidak mampu menyesuaikan diri setiap kali mengambil nasi yang berlainan. Ia boleh menyerap logam berat yang akan menjejaskan kejenjar pitutary (CL2) yang menjaga ingatan.

Dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology, anda boleh menentukan beras terbaik untuk diri dan keluarga anda. Pengambilan tepung gandum atau kekacang sebagai menggantikan nasi adalah tidak sesuai terutamanya dalam kuantiti yang banyak. Tepung gandum mempunyai serat yang tinggi dan tidak baik untuk usus, ia boleh menyebabkan apendiks atau masalah usus seperti sembelit dan buasir. Kekacang pula amat aktif mengurai mineral (termasuk logam berat) hingga asid folik dan mineral untuk kelenjar pitutary (CL2) yang menjaga ingatan juga akan diuraikan. Kentang yang digoreng dengan minyak zaitun adalah alternatif terbaik bagi menggantikan nasi. Kentang tidak menyerap air dan dapat mengelakkan pembentukan asid lemak. Pengambilannya hendaklah dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan mencampurkannya dengan perasa makanan sebaliknya gunakanlah garam bukit sebagai perasa yang selamat dan boleh diambil tanpa had dos.

goPemilihan makanan

Kaedah terbaik untuk memilih makanan ialah dengan memeriksa tenaganya (dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology) sama ada ia bertenaga untuk tubuh atau tidak.

Semasa membeli makanan, walaupun terdapat tanda Halal pada lebel makanan tersebut, hakikat sebenarnya kita tidak mengetahui sama ada ia betul betul Halal dan Suci untuk dimakan. Oleh itu, kaedah Applied Kinesiology adalah cara terbaik untuk menentukan tenaga makanan tersebut. Makanan yang tidak halal dan tidak suci tidak memberikan tenaga kepada kita.

Keheningan dapat membatu kedatangan instinct atau intuisi atau ilham atau gerak rasa untuk kita dapat memilih makanan yang benar-benar bermanfaat bagi kita. Kadang kala kita tahu ia selamat bagi kita, tetapi kita tetap tidak berselera terhadapnya. Kadang kala kita tahu ia mudarat bagi kita kita tetapi amat berselera terhadapnya. Mungkin itu adalah penawar dan antidot bagi penyakit kita.

Cara terbaik ialah dengan berdoa kerana setiap rezeki itu telah ditentukan dan doa dapat menjadikan rezeki itu diberkati.

Pemilihan restoran

Biasanya kita tidak ada pilihan untuk menentukan restoran yang sesuai untuk dipilih, ia juga dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology.

Secara kasarnya kita boleh menentukan restoran itu sesuai untuk dipilih dengan membuat pemerhatian terhadap persekitaran restoran dan tukang masaknya. Pilihlah restoran yang dirasakan bersih dan pilihlah restoran yang tukang masaknya soleh dan berakhlak. Elakkan memilih restoran yang tukang masaknya suka meninggalkan solat atau merokok. Kerana vibration tukang masak tersebut akan turut masuk dan mengalir bersama-sama dengan makanan yang dimasaknya.

Warna hijau boleh mengaktifkan bakteria yang menjadi punca makanan mudah rosak dan keracunan makanan. Salah satu petua pemilihan restoran ialah, jangan masuk ke restoran yang memasang lampu berwarna hijau pada waktu malam.

Makanan terdedah

Makanan mempunyai ciri-ciri unsur senyawa atau kandungan elektron yang amat mudah bersenyawa dengan unsur di persekitaran. Persenyawaan makanan dengan persekiratan dipanggil pengoksidaan. Dalam bahasa yang mudah difahami, makanan yang didedahkan akan mudah terokdisa. Makanan terokdisa akan membentuk bahan karsinogenatik yang boleh menjejaskan sel dengan cara mengubah DNA dan RNA tubuh (ini salah satu punca keracunan makanan dan kanser).

Setiap kali makanan disediakan, tutuplah makanan tersebut. Makanan yang tertutup dapat mengelakkannya daripada terdedah kepada udara yang bergerak yang membawa bersama bakteria yang terdapat di udara. Penutupan adalah bebas asalkan matlamatnya ia tidak terdedah. Penutup yang terbaik ialah tudung saji berbentuk piramid keranan udara di dalam piramid terjaga dan hening. Makanan yang ditutup dalam tudung saji piramid akan kekal segar lebih lama berbanding dengan ditutup menggunakan tudung saji biasa.

Makanan dalam tin.

Tin yang digunakan untuk pembungkusan makanan akan distrilkan dengan radioaktif untuk menghapuskan kuman dengan berkesan. Tin yang telah dipancarkan dengan radioaktif (sinar gama yang menyamai 300 juta kali x-ray di tubuh manusia) sebenarnya masih menyimpan gelombang tersebut kekal untuk tempoh lebih 100 tahun.

Makanan yang ditinkan didapati mempunyai struktur yang amat rapuh dan sangat reput walaupun pada tulang. Tulang tidak sepatutnya rapuh kerana strukturnya amat keras dan padat.

Kesan mengambil makanan dalam tin ialah tulang kita akan mudah menjadi reput kesan radioaktif yang masih tinggal di dalam tin.

Vitamin di dalam makanan tersebut pula telah musnah sepenuhnya dan yang tinggal ialah protein, garam dan sedikit asid amino.

Di negara barat, tin yang beradiasi dilabelkan, tetapi di Malaysia tidak ada walau satu pun tin yang dilabelkan beradiasi sedangkan kesemuanya beradiasi.

goKelebihan Ais


Tenaga daripada makanan akan bergerak dengan lancar dan mudah resonan jika wujud tekanan. Satu-satunya cara untuk mendapatkan tekanan ialah dengan mengamalkan meminum air berais.

Cuma perlu diingat, janganlah minum air ais ketika perut masih penuh dengan makanan atau sejurus selepas makan. Minumlah ais setelah sekurang-kurangnya 10 minit selepas makan atau jika anda merasakan perut telah menghadamkan makanan yang baru diambil.

Maklumat tentang kelebihan meminum air ais ditulis dengan lengkap dalam blog ini bertajuk Teori Tekanan.

Minum air berais ialah cara yang paling mudah, cepat, murah dan berkesan untuk mendapatkan teori tekanan.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang disampaikan. Maklumat ini adalah petua pemakanan untuk memudahkan proses merawat dengan kaedah Attitude Therapy. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya
Tel / SMS: 016-3315761
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)