SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Ahad, 24 Jun 2007

Ringkasan Formula CL 18

Formula sebagai ikhtiar untuk mempertenagakan Sistem Darah dan Otot bagi merawat simptom seperti tekanan darah tinggi atau rendah, kepekatan darah, leukemia, G6PD, ecchymosis dan sebagainya.

Berikut ialah ringkasan keterangan Formula CL 18;
FORMULACL18
NAMA FORMULA
WARNAMERAH
PANJANG GELOMBANG730 nanometer
WAKTU RESONAN30 minit selepas syuruk dan Asar hingga Maghrib
(7.00 pagi hingga 7.30 pagi)
(5.00 petang hingga 7.30 petang)
PSIKOLOGI KETIKA SIHATTenteram,bersedia.
PSIKOLOGI KETIKA SAKITGemuruh,was-was.
KAWASAN
  1. Darah
  2. Otot
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Berlebihan / kekurangan hemoglobin / anemia.
  • Tekanan darah tinggi / rendah / tidak normal.
  • Kepekatan darah tidak normal. (Hipercalsemia /Hipocalsemia).
  • Darah tersekat / lemah / bahagian tengkuk.
  • Lebam / berdarah / purpura (ecchymosis).
  • Urat saraf betis membengkak
  • Leukemia (kanser darah)
  • Pendarahan dalaman / keadaan mudah berdarah.
  • Semua penyakit tentang darah.
  • Pendarahan / kekurangan enzim G6PD.
  • Hemophilia (masalah pembekuan darah).
KETERANGAN FORMULA
  • Peredaran darah yang lancar amat perlu untuk semua tahap kesihatan.
  • Formula ini akan bertindak untuk pengecutan urat dan bertindak menarik ketegangan supaya urat berada di tempat asal.
  • Banyak penyakit yang berkaitan darah adalah kronik.
  • Pemeriksaan ke atas nodus limfa (lymph nodes), hati dan limpa.
  • Badan nudah mendapat lebam-lebam biru.
  • Elakkan makan kacang parang yang boleh menyebabkan sel-sel darah pecah.
  • Terhuyung-hayang, rasa pitam, sakit tengkuk, sejuk di kaki, kepala terasa ringan atau berat atau rasa berpusing adalah kerana pusingan darah yang perlahan atau tekanan darah rendah.


Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan darah dan otot atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

4 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Berita Harian melaporkan bahawa sebuah badan pemerhati kesihatan Britain mendakwa pemberian ubat jenis ‘beta blockers’ kepada pesakit darah tinggi harus dihentikan kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis. Bagaimanapun, pesakit yang bergantung kepada ubat jenis beta-blockers itu dinasihati meneruskan pengambilannya sehinggalah menemui pakar masing-masing. Perbadanan Badan Penyiaran melaporkan, pihak National Institute for Health and Clinical Excellence (NHS) menganggap ubat jenis lain terbukti lebih berkesan menangani masalah darah tinggi atau hipertensi.

Pd pendapat sy, apabila sesuatu jenis ubat itu dilaporkan akan membawa kpd penyakit lain, saya akan berhenti dari mengambil ubat tersebut, ttp ternyata ada percanggahan apabila pesakit dinasihati utk meneruskan pengambilan ubat tersebut sehingga bertemu doktor pakar. Kemungkinan penyakit darah tinggi atau hipertensi tidak sembuh, tp menambahkan satu penyakit lagi iaitu kencing manis.Elok sekiranya kita diagnos menggunakan cara CVT dan mengambil rawatan yg tidak memberi kesan sampingan yg akan menstabilkan organ dan sistem tubuh utk bekerja secara harmoni.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Sesuatu ubat yang dihasilkan secara farmasutikal atau klinikal yang telah diistiharkan penarikannya, maka adalah satu pendapat yang terbaik untuk kita bertindak segera menurutinya.

Di US, "keselamatan dan kemakmuran adalah diutamakan daripada dasar pemerintah". Tetapi di sesetengah negara, temasuk negara kita, "dasar pemerintah adalah lebih utama daripada perkara lain". Contohnya kereta Walk Wegen dan Proton Tiara pernah ditarik balik pengeluarannya kerana terdapat komponen yang tidak berfungsi dan perlu ditukar. Begitu juga dengan alat permainan Sony Play Station II yang telah ditarik balik pengeluarannya kerana terdapat komponen yang tidak berfungsi dan perlu ditukar. Tetapi untuk ubat-ubatan, sekiranya terdapat "masalah", ia perlu dihabiskan stoknya. Oleh itu, ia tidak perlu ditarik balik, cuma pesanan stok akan datang akan dihentikan. Kerana ini semua berkaitan dengan dasar pemerintah yang bertanggungjawab menjaga kepentingan ekonomi.

Tetapi, sekiranya pihak Allopathic Mecicine (perubatan hospotal) mengeluarkan kenyataan mengenai larangan atau saranan terhadap sesuatu makanan atau amalan (iaitu perkara yang bukan berkenaan dengan ubat-ubatan farmasutikal), maka janganlah kita cepat melatah. Sebenarnya larangan tersebut ialah untuk mengelakkan kesan sampingan daripada ubat-ubatan kimia farmasutikal tersebut bertambah kronik ataupun paling tidak untuk megelakkan risiko ubat-ubatan kimia tersebut tidak berkesan secara optimum.

azlinda bti wahab berkata...

Saya berumur 35 tahun & mempunyai anak 3 orang yg sudah dewasa. Alhamdulillah, keluarga saya tidak mempunyai rekod penyakit yg merbahaya & saya belum pernah mengalami sakit yg berat.

Pada awal tahun 2009 saya telah melakukan pembedahan apendiks. Inilah pertama kali saya mengalami kesakitan yg agak serius sepanjang hidup saya selain dari bersalin. Selepas tamat pembedahan & saya sudah mulai sedar, saya merasai denyutan jantung saya terlalu laju, perasaan berdebar-debar, berpeluh & kebas2. Saya merasai seolah-olah saya akan mati. Doktor bertugas telah meminta jururawat supaya melajukan drip air (glukos/insulin_saya kurang pasti). Selepas pada itu baru keadaan kembali normal. Saya juga kurang pasti samada keadaan ini terjadi disebabkan oleh perasaan takut atau dos bius yg diberi tidak sesuai tinggi atau disebabkan masalah kepekatan darah dalam diri.

Selepas kejadian itu, saya seolah-olah mengalami trauma, ada satu-satu masa terutama semasa bersolat Maghrib/Isyak, saya mengalami perasaan berdebar-debar & degup jantung begitu laju.

Sekiranya saya dalam keadaan bimbang atau takut, perasaan berdebar-debar & jantung berdenyut kencang selalu terjadi. Selepas hilang perasaan itu, perut akan rasa seperti memulas & banyak angin keluar dari badan. Apakah ini salah satu simptom disebabkan perasaan gemuruh?? Bagaimana cara untuk saya mengatasinya.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Apendiks adalah bahagian tubuh yang sangat penting untuk mengawal saraf dan rentak jantung.

Membuang mana-mana bahagian organ tubuh akan menyebabkan rentak jantung terganggu.

Jika ia telah dibuang, antara perkara yang masih boleh dilakukan ialah dengan memberikan semula masa ke dalam ruang apendiks yang telah dibuang.

Masa boleh diambil melalui terapi organ melalui pengambilan formula-formula yang menyamai frekuensi organ yang asal. Untuk apendiks, formula yang digunakan ialah NW19. Ia perlu diambil berterusan sehingga betul-betul resonan (iaitu usus boleh bertenaga dan mempertenagakan sistem jantung dengan sendiri).

Antara perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah masalah di bahagian jantung itu sendiri. Kemungkinan puan ada masalah lain selain daripada usus.

Sebaiknya puan menghubungi saya untuk membuat pemerksaan lanjut dan mendapatkan rawatan.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)