SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 22 Disember 2007

Telesemia Boleh Dirawat

Telesemia (thalassemia atau British - thalassaemia) sebenarnya boleh dirawat. Rawatan peringkat pertama ialah dengan mengembalikan semula "masa" atau tenaga hemoglobin dan sistem darah yang tidak dapat menjalankan fungsinya dengan normal.

Pesakit telesemia yang mengambil rawatan dengan dipertenagakan sistem darah akan tetap rendah paras hemoglobinnya walaupun tidak menunjukkan simptom seperti telesemia. Biasanya pesakit telesemia yang mempunyai kadar hemoglobin yang rendah daripada 2 g/dl akan pengsan, koma atau maut. Tetapi setelah darah dipertenagakan, pesakit masih cergas dan normal walaupun tahap hemoglobin cuma 0.7 g/dl sahaja.

Mengapa telesemia pulih?

Tubuh badan manusia menjadi sihat dan normal apabila semua organ dan komponennya menjalankan fungsinya. Tetapi, tanpa kehadiran sesuatu organ atau komponennya, darah masih boleh menjalankan fungsinya sekiranya terdapat kehadiran organ atau komponen tiruan. Dalam kes telesemia, komponen hemoglobin hadir melalui transfusi darah.

Melalui kaedah Attitude Therapy, ikhtiar untuk mengambalikan semula peranan hemoglobin walaupun tanpa kehadirannya adalah seperti berikut;

1. Mempertenagakan sel

  • mengoptimumkan fungsi hemoglobin yang masih ada.
  • mengembalikan peranan sum-sum tulang untuk menghasilkan semula hemoglobin.
  • menguatkan sistem hormon daripada sistem kelenjar yang telah dipertenagakan.
  • menguatkan sistem immune dan kawalan biotik (antibiotik semulajadi).
  • menguatkan organ hati dan buah pinggang untuk memproses logam berat akibat daripada kesan sampingan transfusi darah.
2. Teori Tekanan

  • untuk mengembalikan tekanan darah dan sistem peredaran darah.
  • membantu sum-sum tulang menghasilkan hemoglobin secara optimum.
  • membasmi jangkitan kuman, bakteria atau virus.
  • membantu hati dan buah pinggang menjalankan fungsinya dengan optimum.
  • mengoptimumkan fungsi hemoglobin walaupun dalam kuantiti yang rendah.
3. Antioksidan

  • untuk mengembalikan oksigen dalam darah
  • pengambilalihan salah satu fungsi hemoglobin secara semulajadi dan selamat
Mengapa transfusi (blood transfusion) mempunyai kesan sampingan?
Blood Transfusion
1. Pertama disebabkan oleh darah penderma mempunyai DNA yang tidak sama dengan pesakit telesemia. Akibatnya terlalu banyak RNA yang tidak dapat disenyawakan dalam proses keseimbangan tubuh. Oleh itu banyak mineral akan terpendam di dalam liver, sistem kelenjar dan buah pinggang. Organ yang menampung terlalu banyak logam berat akan menjadi lemah dan memusnahkan organ tersebut dalam jangka panjang. Walaupun seseorang pesakit telesemia telah pulih, tetapi terpaksa menderita menanggung kerosakan hati, buah pinggang dan gangguan sistem kelenjar.

2. Setiap sel darah mengandungi maklumat DNA yang membawa bersama karektor host atau pembawa atau penderma asal. Pesakit telesemia yang sentiasa menerima transfusi darah baru akan sentiasa meperlihatkan karektor baru. Kanak-kanak yang menerima fransfusi akan menunjukkan simptom seperti ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder, sangat aktif ketika sihat dan sangat pasif ketika sakit) atau Disleksia (tidak mampu belajar) atau ADD (Attention Deficit Disorder, kelihatan seperti suka memerap, manja melampau dan meminta diberi perhatian) atau Impulsivity (sejenis IQ tinggi dengan cepat menjawab, menyampuk atau bertindak balas tanpa berfikir kesan baik atau buruknya).

Kegagalan Islet of Lingerhans

Hemoglobin sebenarnya mempunyai jangka hayat yang amat pendek. Kurang daripada 6 minggu hemoglobin akan mati. Walaupun proses pengklonan semula berjaya menghasilkan hemoglobin, tetapi hemoglobin ini tidak mempunyai pembawakan masa dan juga karektor. Maka kehadirannya adalah secara "tiruan" atau "lakonan" di dalam darah. Ia tidak dapat menjalankan fungsinya seperti hemoglobin yang asal.
Stem Sel
Stem sel mudah dilakukan, tetapi tidak berfungsi.
Kaedah ini juga digunakan untuk menghasilkan sum-sum tulang yang baru. Sama seperti apa yang terjadi terhadap hemoglobin, sum-sum yang dihasilkan melalui sel stem akan kelihatan sama sifat fizikalnya seperti sum-sum tulang, tetapi tidak berfungsi seperti sum-sum tulang. Keadaan yang sama jika kita melihat "beruang" sebagai haiwan yang betul dan "anak patung beruang" yang kelihatan sama tetapi tidak bertindak seperti seekor beruang.

Rawatan menyeluruh

Rawatan melalui kaedah Attitude Therapy tidak memerlukan suntikan, menelan ubat atau antibiotik dan sebagainya. Caranya amat lembut, cuma perlu amalkan pengambilan formula dengan cara bancuhan dan mandian aromatherapy.

Rajah di bawah menunjukkan level tenaga bagi setiap organ pada tubuh badan. Setiap tenaga ini perlu diseimbangkan supaya pesakit telesemia dapat menjalani hidup seperti keadaan normal.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai anatomi dan level vibration warna pada tubuh, sila lihat kategori bertajuk Anatomi AT.

Attitude Therapy tidak mengganggu proses transfusi darah dan amalan pengambilan antibiotik yang dibekalkan oleh pengamal allopathic medine (rawatan hospital). Tetapi perlu diseimbangkan dan dirawat semula untuk menstabilkan kesan transfusi dan pengambilan antibiotik dengan therapy formula seperti di bawah.

Formula Level Organ
Fungsi Rawatan
CL 1
Pineal
Mengembalikan semula tenaga, semangat dan keyakinan diri. Menguatkan sistem immune. Menghilangkan rasa sakit ketika disuntik dengan jarum ketika proses transfusi.
CL 2
Pituitari
Menguatkan ingatan. Mengawal hormon keseluruhan badan. Menguraikan logam berat di keseluruhan sistem kelenjar akibat transfusi darah.
CL 3
Thalamus
Melegakan sakit kepala akibat sistem darah yang lemah. Sakit kepala juga berlaku setelah menjalani transfusi darah. Merawat masalah psikologi kanak-kanak seperti ADHD, Disleksia, ADD atau Impulsivity
CL 4
Hipothalamus
Membantu tumpuan ketika belajar dan tidur yang lena.
CL 5
Kawalan Biotik
Kawalan biotik semulajadi. Alternatif kepada pengambilan antibiotik tiruan. Mengembalikan keceriaan. Menghilangkan rasa bosan. Menguatkan semula antibody darah yang baru diterima akibat transfusi.
CL 6
Sinus
Mengelakkan masalah kerap selsema.
CL 7
Kawalan Suhu
Mengelakkan masalah kerap demam.
CL 8
Medulla Oblongata
Mengelakkan masalah mudah pengsan. Biasanya pesakit telesemia akan mengadu masalah sakit belakang bahu.
CL 9
Thyroid
Mengembalikan selera makan, meningkatkan kecergasan dan metabolisma.
CL 10
Paru-paru
Membantu pernafasan. Meningkatkan tahap oksigen dalam darah disebabkan oleh peranan hemoglobin yang lemah. Mengoptimumkan keupayaan hemoglobin untuk mengangkut oksigen.
CL 11
Jantung
Menenangkan perasaan dari rasa mudah terkejut. Meredakan rasa mudah hendak menangis ketika sakit.
CL 12
Liver Perut Limpa
Pesakit telesemia yang lemah di bahagian liver, perut dan limpa akan ditunjukkan pada perut yang buncit dan kulit kekuningan serta mata yang pucat. Ini ialah salah satu bahagian terpenting untuk dirawat bagi pesakit telesemia. Bahagian liver adalah bahagian yang paling mudah terjejas akibat transfusi darah. Liver yang dipertenagakan mampu memproses kehadiran logam berat akibat proses transfusi.
CL 13
Buah Pinggang
Bahagian buah pinggang paling mudah terjejas akibat bebanan memproses darah yang mengandungi terlalu banyak logam berat akibat proses transfusi. Kehadiran antibiotik tiruan juga akan membebankan buah pinggang. Mempertenagakan buah pinggang dapat membantu mengatasi masalah kerosakan buah pinggang akibat bebanan logam berat dan antibiotik tiruan.
CL 14
Hempedu
Hempedu ialah satu bahagian penting dalam proses merawat pesakit telesemia. Mempertenagakan hempedu akan membantu hempedu merembeskan jus hempedu yang penting untuk penghadaman dan kesihatan kulit.
CL 15
Pankreas
Kehadiran antibiotik tiruan dan darah asing daripada transfusi akan menyebabkan kadar urik asid tinggi dan membebankan pankreas. Pesakit telesemia yang kerap demam disebabkan oleh pankreas yang lemah. Mempertenagakan pankreas dapat membantu mengatasi kemusnahan organ ini.
CL 16
Ovasi Testis
Transfusi darah juga turut melibatkan menerimaan hormon asing yang mengandungi DNA yang berbeza. Akibatnya berlaku kecelaruan hormon yang membawa pengaruh pembawaan sesuatu sifat kejantinaan. Mempertenagakan bahagian ini akan membantu mengembalikan semula hormon yang terjejas.
CL 17
Alat Kelamin
Buah pinggang yang lemah akan menyebabkan ia tidak mampu mengawal jangkitan dan pembiakan bakteria. Akibatnya saluran ureter dan urethra serta pundi kencing dan prostat akan terjejas. Pesakit telesemia yang kerap mengambil antibiotik akan mengalami masalah serius pada bahagian prostat dan mendatangkan simptom berkaitan dengan pembuangan air kecil seperti sakit ketika buang air kecil, tidak tertahan untuk membuang air kecil dan sebagainya.
CL 18
Darah Otot
Ini adalah bahagian utama untuk diberikan rawatan terhadap pesakit telesemia. Darah yang bertenaga setelah diberikan "masa" akan menjalankan fungsinya seperti asal walaupun paras hemoglobin amat rendah.
CL 19
Usus
Pengambilan terlalu banyak antibiotik dan juga penerimaan darah asing melalui transfusi akan mengakibatkan gangguan terhadap ekosistem biotik dalam tubuh. Akibatnya probiotik di dalam tubuh akan berkurangan atau terganggu. Pesakit telesemia biasanya akan mengalami masalah sembelit yang kronik, sakit ketika membuang air besar, najis keras dan sebagainya. Gangguan pada bahagian usus juga menyebabkan pesakit telesemia tidak dapat tidur atau tidak tidur dengan lena.
CL 20
Tulang Saraf
Tulang adalah salah satu bahagian terpenting dalam proses rawatan pesakit telesemia. Tulang yang bertenaga mampu menghasilkan hemoglobin dengan cekap dan optimum. Pesakit telesemia juga kerap sakit di dalam dasar tulang. Memberikan rawatan ini kepada pesakit telesemia membantu mengatasi kesakitan atau penyeksaan pesakit telesemia. Membantu menghilangkan rasa sakit akibat disuntik dengan jarum ketika proses transfusi.

Selain daripada Formula CL di atas, pesakit telesemia juga akan diberikan beberapa formula lain sebagai ikhtiar mengikut keperluan hasil analisa dan diagnosis seperti berikut;

1. Aromatherapy Seri Wangi
  • mempertenagakan darah
  • menguatkan sistem immune keseluruhan
  • meningkatkan pertumbuhan sel-sel dorman
  • sila klik kategori Aromatherapy Seri Wangi untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai formula ini.
2. Soul Salt
  • mengimbangi kadar logam berat akibat transfusi darah
  • meningkatkan kadar iodin, potassiom dan magnesium dalam darah
  • meningkatkan metabolisma dan kecergasan
  • sila klik kategori Soul Salt untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai formula ini.
3. Habibi
  • alternatif kepada transfusi darah
  • mempertenagakan semula darah
  • meningkatkan keseimbangan komponen dalam darah
  • sila klik katagori Habibi untuk mengetahui keterangan lanjut mengenai formula ini.
4. Feeling Chlorophyll
  • membantu mengoptimumkan peranan hemoglobin
  • meningkatkan paras oksigen dalam darah
  • alternatif kepada bantuan oksigen
  • alternatif kepada transfusi darah

Hidroterapi Ais
Sebagai salah satu rawatan yang lebih menyeluruh, pesakit telesemia perlu menjalani mandian Hidrotherapy Ice sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali berturut-turut. Matlamat mandian Hidrotherapy Ice hendaklah pesakit dapat mencapai tahap berpeluh ketika sedang mandi.

Kesan Rawatan
Mata pesakit telesemia
Gambar di atas menunjukkan Acute Cholangitis, kulit bawah mata yang putih dan pucat.
Simptom telesemia boleh dilihat daripada bibir yang pucat, kulit bawah soket mata yang pucat. Kulit yang kekuningan. Kesan pertama rawatan dengan kaedah Attitude Therapy ialah kulit bawat soket mata akan kelihatan pink kemerahan seperti telah terdapat aliran darah. Tanda perubahan ini berlaku setelah beberapa jam atau setelah seharian mendapatkan rawatan pertama. Kemudian diikuti dengan bibir dan akhir sekali kulit sudah tidak kelihatan kuning lagi.

Ujian darah hemoglobin

Pesakit telesemia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada ujian darah untuk menentukan tahap atau keadaan telesemia. Ujian darah tidak dapat menunjukkan keadaan sebenar penyakit telesemia kerana darah itu sendiri adalah salah satu organ dalam level anatomi tubuh manusia yang mempunyai vibration dan tenaganya tersendiri. Kelemahan atau kekurangan sesuatu komponen pada darah bukanlah menunjukkan keadaan sebenar sesuatu penyakit. Tenaga pada darah tidak dapat menunjukkan tenaga pada sesuatu penyakit atau organ yang lain.

Sepanjang menjalani rawatan dengan Attitude Therapy, pesakit akan kelihatan kembali cergas dan normal seperti kanak-kanak normal yang lain. Tetapi apabila ujian darah dijalankan, didapati tahap hemoglobin masih rendah atau tidak mencapai 11 g/dl. Allopathic Practitioner (Doktor di hospital) juga amat bingung apabila mendapati hemoglobin mencapai tahap maut iaitu di bawah 2 g/dl tetapi pesakit telesemia ini masih dalam keadaan normal malah amat cergas seperti baru menerima transfusi darah. Kekeliruan ini akan mengakibatkan doktor di hospital dengan terburu-buru melakukan transfusi darah pada jumlah yang amat banyak. Sebenarnya, telesemia pada tahap bawah 2.7 g/dl akan mengakibatkan seseorang pesakit telesemia itu koma dan maut. Tetapi dengan rawatan Attitude Therapy, bacaan hemoglobin telah tidak releven lagi untuk disabitkan dengan telesemia.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

8 ulasan:

Lezna hangat berkata...

yang saya ketahui talasemia ni merupakan penyakit genetik yang diwarisi,tidak pasti adakah sebab dari seseorang dari ayah atau ibu,atau diwarisi secara autosomal resesif"keabnormalan"...jika profil hemoglobin atau zat asas pembentuk darah merah seseorang itu normal tetapi mempunyai sejarah keturunan pembawa talasemia ni,bolehkah generasi berikut akan menjadi pebawa talasemia lagi,walaupun orangtuanya sudah membuat rawatan sebelumnya atau bahkan bebas talasemia...

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Apabila genetik itu diwarisi, ia turun daripada maklumat DNA. Jika dalam maklumat itu telah terpadam, maka terpadamlah juga penyakit bawaan genetik itu.

Seseorang yang telah dirawat dan bebas sepenuhnya daripada telesemia, maka dia bukan lagi sebagai "pembawa".

Teori ini bunyinya bercanggah dengan amalan allopathic medicine, tetapi dalam dunia rawatan alternatif, inilah matlamat dan hala tuju kami. Maksudnya yang dikatakan sebagai pembawa ialah mereka yang hilang simptom, tetapi hakikat sebenar mempunyai risiko dan potensi penyakit yang masih terpendam. Misalnya seseorang yang pening, sebenarnya telah hilang rasa sakit pening tersebut akibat saraf dikelirukan oleh steroid, tetapi keadaan ketidakseimbangan tubuh dan pening yang sebenar masih ada. Maka dalam DNA orang tersebut, masih ada tercatat maklumat pening dan ketidakseimbangan yang sedang dialami. Itulah sebabnya allopathic medicine tidak bersetuju jika seseorang itu bebas daripada didakwa sebagai pembawa walaupun telah pulih, kerana dalam dunia allopathic medicine, tidak ada istilah "PULIH" dalam kamus mereka.

Mengapa dosa kecil boleh diampunkan? "Jika maklumat genetik asas tidak boleh diubah, maka sudah tentu dosa kecil tidak boleh diampunkan". - [kata-kata peringkat falsafah]

Lezna hangat berkata...

Terima kaseh Dr,atas maklumat ni bagi saya yang awam medic ni juga pernah topik debat tapi mengalahlah dengan rakan tu.. yang western medicine minded----bagi dia semua yang tak ada formula dan tak dapat dibuktikan secara ilmiah hanyalah placebo dan superstition. tapi bagi sebahagian awam, wonder-medicine-magic lebih memberangsangkan dari pada mengikuti rentetan regimen treatment procedure western medicine.,,harap tak membingungkan lagi,,salam

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Dalam dunia ini, semuanya ada penjelasan saintifik. Dunia ini dijadikan dengan tanzim nya sekali. Tanzim bermaksud hukum, sebab dan akibat. Jika terjadi sesuatu maka akan ada natijah sesuatu. Umat islam diajar sebut "insya Allah" kerana tidak dapat menentukan dengan tepat bagaimanakan natijahnya nanti.

CVT mengenalpasti hukum alam ini dari sudut Teori
Ruang dan Masa
. Oleh itu sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata sebenarnya ada.

Sesetengah orang Melayu pula mengenalpasti sesuatu penyakit atau fenomena yang tidak dapat dilihat ini dari sudut Jin. Maka segala-galanya (termasuk penyakit) adalah jin, sihir, saka dan santau.

Dalam dunia allopathic medicine, mereka pegang logik. Malah "logik" adalah etika disiplin atau rukun mereka. Maka jika ia tidak dapat dihurai dari sudut logik, maka ia digelar sebagai placebo dan superstition, atau jika dihurai juga, mereka akan gelar mambo jambo atau "quack-quack words". Jika ubat tu mujarab, habis-habis mereka gelar wonder-medicine-magic.

Umat Islam mesti menerima sesuatu yang tidak dapat dihuraikan dari pandangan logik atas dasar iman. Amalan rasulullah semuanya baik dari pelbagai sudut. Salah satunya ialah dari sudut kesihatan.

"Seseorang yang menyatakan 'tidak ada' di sebalik itu sebenarnya mindanya tidak sampai di sebalik itu"

Lagi pun ilmu dan teknologi kita hari ini masih sedikit, terbatas tetapi masih terus berkembang.

Perubatan alternatif adalah berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber idea dan inspirasi. Pada masa yang akan datang, setiap perbuatan dan amalan yang satu ketika dahulu diikuti dan diwarisi daripada Rasulullah akan dapat dihurai dari segi saintifik satu persatu, insya Allah.

Lezna hangat berkata...

Betul Dr,sebolehnya kita berpandukan Al-Quran dan sunnah sebagai sumber idea dan inspirasi,dan kejayaan pakar pakar perubatan barat juga sebenarnya mengambil inspirasi dari amalan Rasullulah cuma tidak mereka dedahkan,untuk melindungi imej kemajuan teknology mereka,dan kita maklum setinggi-tinggi tahap tugas seorang doktor itu ialah menjadikan orang-orang yang sakit kepada orang-orang yang sihat ”dan sementelah itu, sikap masyarakat yang bergantung harap kepada hanya satu sistem rawatan atau bahkan berputus asa apabila ilmu yang dimiliki oleh seseorang doktor, tabib,bomoh atau pengamal pengamal itu jika tidak dapat menyembuhkan satu-satu penyakit tidak boleh dijadikan pegangan,"Justeru RasuluLlah s.a.w. bersabda: “Berubatlah kamu, kerana Allah tidak menaruh sesuatu penyakit melainkan menyediakan ubatnya,kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua.”salam

Tanpa Nama berkata...

saya masih skeptik rawatan menyeluruh CVT talasemia kerana kosnye manakala allopathy ditaja oleh NOVIS (giant MNC) dlm mencari formula baru mengenai talasemia... contohnye Desferal, NOVIS disubsidi membekal kpd hospital awam... belanja Desferal shj bagi sebula seorag pasien ialah RM800.00 belum lagi kos transfusi darah dan jugak man power yg disediakan khas bagi menjaga pasien setiap Hospital... kebanyakan pasien yg pergi Hospital awam adalh melayu miskin...

Tanpa Nama berkata...

harap rawatan menyeluruh CVT talasemia ni dapat GRANT drp WHO atau UN yg mungkin berdepan dgn NORVIS

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Rawatan CVT ialah alternatif kepada rawatan allopati untuk merawat telesemia.

Rawatan CVT adalah murah dan memberikan kesan rawatan yang pantas dan berkesan.

Penggunaan dadah Desferal adalah kesilapan terbesar dalam merawat telesemia. Kegagalan rawatan allopati merawat pesakit telesemia dengan berkesan serta kebuntuan mengenai punca dan cara rawatan yang masih tidak dapat ditemui dan diselesaikan menjadikan kos rawatan (kelegaan) bertambah tinggi dan berlaku pembaziran.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)