SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 6 Oktober 2007

Masalah Sendawa Berlebihan

Sifat bahan yang mengalir dalam tubuh badan manusia hendaklah mengalir dari atas ke bawah. Ia mesti mengalir mengikut graviti. Apabila kita makan dan minum, tubuh yang normal akan menolak segalanya ke bawah. Bahagian yang terlibat membantu proses ini ialah seluruh saluran pemakanan dari mulut ke usus.
Peristalsis

Peristalsis ialah proses pengecutan dan pengembangan otot untuk menggerakkan objek dalam sesuatu saluran pemakanan. Kesan peristalsis yang paling ketara berlaku di bahagian kerongkong.

Sebenarnya saluran pemakanan kita bukanlah seperti saluran paip yang sentiasa terbuka. Ia adalah saluran yang tertutup dan akan membenarkan makanan melaluinya melalui proses peristalsis. Proses peristalsis dapat diterangkan melalui rajah di bawah.

Fenomena Peristalsis Songsang

Apabila berlaku peristalsis dalam bentuk yang songsang, maka ia menunjukkan kekeliruan isyarat untuk menggerakkan otot. Sistem sympathetic semula jadi sepatutnya akan menolak makanan ke bawah, tetapi terpaksa berlawan untuk menerima isyarat untuk menolak makanan ke atas.

Antara akibat wujud daripada fenomena ini ialah
1. Muntah
2. Sendawa
Kedua-dua keadaan ini adalah sesuatu yang tidak normal. Organ utama yang terjejas ketika berlakukan muntah dan sendawa ialah bahagian Tyroid CL9.

Sendawa berlebihan
Ramai beranggapan sendawa itu ialah membebaskan gas yang tidak baik (atau biasa disebut buang angin). Sebenarnya fakta ini tidak tepat. Tidak ada angin yang dibuang ketika sendawa. Semasa sendawa, saluran fenomena peristalsis songsang sedang berlaku akibat gangguan isyarat saraf.
Buang angin yang sebenar ialah melalui usus (kentut), bukannya melalui mulut. Apabila angin dibuang melalui usus, ketika itu gas yang tidak diperlukan oleh tubuh akan disingkirkan. Ketika itu tubuh akan bertenaga kerana jumlah pertumbuhan sel dorman (sel hidup yang berfungsi seperti normal) telah meningkat akibat bebas daripada gas yang tidak diperlukan. Sebaliknya, sendawa tidak akan memberi sebarang kelegaan.

Cara mengatasi sendawa berlebihan
1. Cuba elakkan daripada sengaja sendawa.
2. Cuba untuk bayangkan angin keluar melalui cara normal iaitu melalui usus.
3. Mengurut dengan cara yang tidak betul akan menggangu isyarat saraf hingga mengakibatkan sendawa.

Sendawa Sedu
Ini ialah penyakit yang paling pelik pernah dijumpai. Seseorang mengalami masalah penyakit sendawa sedu. Biasanya sedu itu, bukanlah sendawa, tetapi sendawa yang terjadi tanpa putus-putus seperti sedang sedu. Ia diistilahkan sebagai sendawa sedu.
Sendawa sedu disebabkan gangguan isyarat elektrik di bahagian kelenjar adrenal CL13 dan gangguan Hormon CL16. Hormon ialah pengalir isyarat elektrik dalam bentuk cecair tubuh. Gangguan kedua-dua bahagian ini biasanya disebabkan oleh gangguan bahagian kawalan seksual seperti gangguan keinginan dan ketagihan atau disebabkan oleh perubahan budaya amalan. Misalnya setiap hari biasa membuat sesuatu perkara, tetapi secara tiba-tiba perbuatan tersebut terhenti.

Muntah
Apabila kita makan secara berlebihan sedangkan minda belum bersedia untuk menerima makanan, maka sistem penghadaman tidak bersedia untuk melakukan peristalsis untuk menolak makanan yang telah dimakan untuk terus melalui saluran pemakanan hingga ke usus. Oleh itu, penghasilan enzim tidak akan mencukupi. Akibatnya otot perut akan mencerut dan menaikkan makanan ke atas.

Tekanan darah rendah yang dikawal oleh Medulla Oblongata (CL8) boleh menyebabkan kawalan simpatetik semulajadi saluran pemakanan terganggu. Medulla Oblongata boleh menjadi lemah akibat tekanan perasaan. Gegaran dan hentakkan akan mengakibatkan kuasa kawalan Medulla Ablongata lebih terganggu. Mereka yang mengalami masalah Medulla Oblongata biasanya kerap muntah akibat mabuk ketika berkenderaan.

Nervosa
Apabila kita makan, semua enzim akan dirembeskan kerana telah menerima isyarat penghadaman daripada mulut. Tetapi terdapat tabiat seseorang suka memuntahkan semula makanan yang dimakan atas sebab-sebab tertentu. Biasanya ia terjadi kepada pesakit Anorexia Nervosa dan Bulimia Nervosa. Memaksa diri untuk muntah ialah amalan yang tidak sihat dan akan menjejaskan sistem penghadaman.
Dalam kesemua masalah ini, sendawa berlebihan ialah perkara yang lazim terjadi terhadap semua orang. Ketika itu ia adalah tanda menunjukkan kemerosotan sel dorman dan masalah di bahagian Tyroid (CL9) terutamanya.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat masalah kerap sendawa atau sendawa berlebihan atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

6 ulasan:

Lezna hangat berkata...

Awalnya saya beranggapan bahawa sendawa perkara biasa Dr,sebelum baca artikel ni saya berfikir bahawa sendawa ni adalah lebihan muatan angin pada sendi dan organ kita,sebab dia berlaku diluar kawalan badan yang sihat,tentang muntah ini seperti yang Dr tulis ni seolah muntah ni berpusat di Medula Oblongata,dengan reaksi motorik yang sesuai untuk muntah,memang menyakitkanlah jika gelombang tekanan yang berasal dari usus atau lambung ini menyerang,hingga memaksa kita mengeluarkan makanan dan cairan yang sudah susah payah kita kunyah dan nikmati sebelumnya,seperti kata Dr,bahawa saluran pemakanan kita ni bukan saluran paip,tapi muntah ni semacam ada dua jenis,ada kes jika muntah ada rasa mual,tapi ada juga muntah tanpa rasa mual,mungkin lain kisahnya dengan muntahnya wanita yang mengandung DR ! atau muntah yang disebabkan oleh kulat(fungus) saya pernah tengok film Ally Mc Beal,,dimana pelakon tu si Callista melakukan diet berat,akhirnya menderita penyakit anoreksia,kasihan nasib orang yang bermusuhan dengan keinginannya ni,dan kelihatanya perkara muntah ni memang jinak dengan kaum wanita pula,malah Arwah Lady Diana yang cantik di istana Britain tu,konon selalu memuntahkan makanannya selepas menyantap makanan sedap sedap'ternyata yang cantik cantik ni terdedah dengan bulimia heheh,,sebab ingin sangat nampak cantik dan langsing'kesimpulan saya eloklah kita berfikir sebelum memusuhi makanan untuk cantik,atau carilah dan jalani diet dengan cara alami'ada blog rawatan kesihatan ini untuk bertanya dalam menjalani diet secara alami,,kalau saya jangan ditanya sebab hanya pemberi komen untuk membuka minda bersama "JANGAN MUSUHI MAKANAN, jika tak ingin ada bulimia dan Anorexia Nervosa ,,,

Hafez Husin berkata...

Dr., kadang kala kita minum minuman bergas atau halia memang selalu menyebabkan sendawa, adakah perkara ini tidak baik untuk kesihatan?

babylito berkata...

Selalu terlihat apabila seseorang itu diurut atau dia mengurut, dia akan mengeluarkan sendawa seolah dia sedang menarik angin keluar dari tubuh orang yg diurut. Anehnya selepas itu org yang diurut itu akan merasa lega seolah-olah angin yang terkumpul didalam tubuhnya memang benar-benar telah pun keluar. Kebiasaanya si pengurut akan merasa keletihan.
Bila membaca artikel ini barulah diketahui bahawa masalah sendawa hanyalah disebabkan kelemahan tyroid. Menurut bacaan saya Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.
Dalam post ini, Dr Ariffaizal telah menyenaraikan lagi fenomena-fenomena penyakit yang diakibatkan oleh kelemahan tyroid. Antaranya sedu, muntah dan penyakit gangguan psikologi yang biasanya dihidapi oleh bintang-bintang hollywood iaitu anorexcia nervosa dan bulimia seperti yang dialami oleh mendiang puteri diana.
Kelemahan tyroid ini menurut kajian CVT boleh diatasi dengan NW9.Mungkin kepada mereka yang bersuara serak artikel mengenai tyroid elok dibaca kerana salah satu tanda gangguan tyroid ialah suara serak selain dari mengalami keguguran rambut dan gangguan hormon bagi wanita.

Tanpa Nama berkata...

Hi, I came through your site , I really don't wanna sound like spam but hey, would you like to link my site maxamator.com, we are emerging SEO Specialists / PHP developer from India, I’ll show my link love to you from my Pr5 sites :)

Let me know if you are interested.

Deekay


Email: - dk@maxamator.com

@LiYaNNuaR ツ berkata...

sya selalu tsedu2 camtu... mak sya ckp... nak beso lagik... benarkah begitu??? huhuhu... sya dah cukup besar pun mahu besar lagi kah???

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Memang benar sedu ialah tanda jantung dan paru-paru membesar sedangkan pada masa yang sama struktur tubuh tidak membesar, akibatnya berlakulah gejala sedu. Sedu jenis ini terjadi kerana kepada mereka yang mirip "cardiofaciocutaneous syndrome" atau mereka yang mempunyai simptom seperti "Marfan Syndrome".

Sendawa adalah perkara yang berbeza. Penyakit pelik "Senu sendawa" ialah masalah gangguan "gelombang infrasonik" jantung yang beranggapan diri telah besar sedangkan tubuh belum membesar lagi.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)