SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 21 September 2007

Ramadhan

Kehebatan bulan Ramadhan berbanding bulan yang lain ialah tekanan pada bulan ini amat tinggi. Pada bulan ini frekuensi tenaga bunga untuk dibeamkan kepada formula-formula Attitude Therapy dirakam semula. Pada bulan ini penyakit yang telah lama terpendam dan memakan diri secara senyap, boleh dibongkarkan dengan drastiknya. Pada bulan ini juga penyakit dasar iaitu penyakit yang berkaitan dengan darah, saraf dan tulang yang sukar dirawat, menjadi mudah resonan dan serasi dengan kaedah perawatan Attitude Therapy.
Keracunan Makanan

Masalah cirit birit pada bulan Ramadan banyak berlaku. Masalah ini bukan disebabkan pembongkaran, sebaliknya disebabkan oleh keracunan makanan atau makanan basi yang disimpan semalaman untuk bersahur.

Untuk mengatasi masalah ini, beberapa petua diperturunkan, antaranya;
  • Masak makanan baru, tidak perlu simpan makanan berbuka untuk dimakan bersahur.

  • Jika ingin menyimpan makan, elakkan daripada disentuh dengan tangan atau sudu yang tersentuh dengan tangan.

  • Elakkan makanan yang disimpan daripada terrenjis air tangan.
Pembongkaran


Berikut ialah antara kesan pembongkaran yang mungkin berlaku merujuk keadaan kelemahan semasa, serta kesan yang menyihatkan sekiranya puasa dapat dijalankan dengan sempurna pada bulan Ramadan;
KEADAAN
SEMASA
ORGAN
TERLIBAT
KESAN TEKANAN
(PEMBONGKARAN)
SELEPAS RAMADAN
Lesu, tiada moodCL1 Kelenjar PinealSakit pada keseluruhan badanKuat semangat, berkeyakinan
Pelupa, kelam kabutCL2 Kelenjar PitutaryLenguh, kejangKuat daya ingatan
Trauma emosi, menipu, mencuriCL3 ThalamusKebasPenghayatan tinggi, kasih sayang, memahami
Imsonia, hilang tumpuan, gangguan tidurCL4 HipothalamusSembelitLena pada tahap delta
Alahan, kebosananCL5 Kawalan BiotikDingin SeksualCeria, alahan kebengkakan pulih
Resdung, sinusCL6SinusSelsema, dingin seksualDamai di waktu pagi
Demam, suhu tidak seimbang, telinga, mulutCL7 Kawalan SuhuDemam, dingin seksual, kesejukkanTenang di waktu petang
Keliru, tekanan perasaanCL8 Medulla OblongataKeliru, murungTenteram di waktu tengah hari
Kahak, gatal tekak, kehausanCL9
Tyroid
Payau, masin, pahit, masam, batukSelera makan mulai ada dan terkawal
Sesak nafas, batuk, perokokCL10 Paru-ParuBatuk, air liur banyakPuas menarik nafas
Mengah, risau, panikCL11 JantungDenyutan nadi capatHilang dukacita, badan rasa ringan
Keliru, was-was, hepatetis, kolestrolCL12 Hati, Perut, LimpaHilang selara makan tatapi bernafsu tinggi terhadap makanan tinggi proteinKulit cerah, hilang rabun
Stress, kerap kencingCL13 Buah PinggangKeletihanKekuatan mental
Masalah kulitCL14 HempeduCepat laparKekuatan emosi
Pedih perut, gasCL15 PankreasCepat dahaga, cirit biritKekuatan emosi
Hyposeks, hiper seks, dingin seks, herniaCL16
Ovari, Testis
Tidak dapat kawal klimaks, tidak subur, masalah haidHernia hilang, penyabar, kurang marah
Lemah tenaga batin, prostatCL17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Hilang keinginan seksual, kurang ereksiDeria seksual sensitif
Kebas, darah tinggi, leukimiaCL18
Darah, Otot
Rasa mengantuk, berat kepala, peningBerkuderat, bibir dan gusi pink, kulit muka cerah, kebengkakan pulih, pendarahan pulih
Cirit-birit, buasir, sembelitCL19
Usus, Apandiks
Tidak rasa ingin buang air besar, berak berdarahTidur lena ke tahap delta
Kejang, kesakitan, hilang deria rasa, sentuhanCL20 Tulang, SarafRuam, sakit lutut atau sendi, bangun pagi lesu, percakapan dan pergerakan tidak lancarDeria sentuhan pulih

Akibat daripada kesan pembongkaran ini, kemungkinan untuk mendapat masalah cirit birit mudah terjadi disebabkan tubuh badan yang lemah, tinggi kolestrol atau biasa mengamalkan makanan yang berlemak sewaktu sebelum bulan Ramadhan.

Penyakit Dasar

Antara penyakit dasar yang sukar dirawat pada bulan-bulan yang lain sebaliknya amat resonan dirawat pada bulan Ramadhan ialah penyakit berkaitan dengan darah dan tulang. Antaranya ialah seperti;

G6PD (keguguran rambut berkurang dan antibody menjadi kuat pada bulan Ramadhan)

Telessemia (tubuh masih bertenaga pada bulan Ramadhan walaupun tahap hemoglobin sangat rendah)

Osteoporosis (keresahan menjadi stabil dan tenteram pada bulan Ramadhan, kadar penyerapan kalsuim meningkat pada bulan Ramadan, penyingkiran urik asid menjadi cekap pada bulan Ramadhan)

Selain penyakit dasar yang dinyatakan tadi, terdapat juga beberapa penyakit dasar atau kronik yang lain juga mudah dirawat. Kebiasaannya tempoh rawatan mengambil masa antara 2 ke 6 bulan, tetapi pada bulan Ramadhan tempoh penyembuhan atau kelegaan mengambil masa beberapa minggu atau lebih singkat daripada tempoh rawatan pada bulan-bulan yang lain.

Tekanan tinggi

Antara sebab sesuatu penyakit dasar mudah sembuh pada bulan Ramadhan ialah kerana tekanan pada bulan Ramadhan amat tinggi. Antara perkara yang perlu diambil kira pada bulan yang tinggi tekanannya ialah;
  • Makanan tidak dapat dihadam pada waktu siang.
Memandangkan makan tidak dapat dihadam pada waktu siang akibat tekanan tinggi pada bulan Ramadhan, ia akan mengakibatkan kolestrol tepu mudah terbentuk dan mengganggu jantung dalam tempoh jangka panjang.
  • Tidur awal akan menyebabkan sakit kepala.
Tidur amat perlu pada waktu bertekanan rendah. Pada bulan Ramadan, tekanan rendah pada waktu malam tidak berlaku. Dengan melakukan sesuatu aktiviti, darah dapat naik ke bahagian otak. Sekiranya seseorang membanyakkan tidur, darah tidak dapat naik ke bahagaian otak dengan secukupnya. Akibatnya beberapa bahagian di korteks tidak menerima darah dengan baik dan kepala terasa sakit.
  • Tidur pada waktu qailulah akan memaksimumkan kadar penghadaman.
Ketika perut kosong, sistem penghadaman menjadi cekap dan kadar penyerapan makanan menjadi maksimum. Hampir semua mineral penting seperti kalsium dapat diserap dengan baik. Kadar penyerapan ini akan bertambah maksimum sekiranya kita dapat tidur sebentar pada waktu qailulah. Waktu qailulah ialah kira-kira sejam sebelum waktu Zohor.
  • Kurang bersujud pada waktu malam akan mengurangkan keupayaan otak.
Antara aktiviti yang terbaik supaya darah dapat naik ke otak ketika atmosfera bertekanan tinggi ialah dengan bersujud. Kurang bersujud pada waktu malam akan mengakibatkan keupayaan potensi otak seperti daya ingatan CL2, kreativiti CL3, tumpuan CL4, keceriaan CL5, kemahuan CL6, citarasa CL7, keseimbangan CL8.

Malam Lailatul Qadar
Sungguh banyak rahsia saintifik terhadap kajian malam Lailatul Qadar. Ia hanya boleh diperolehi oleh orang yang mencarinya. Pencarian adalah melibatkan ketinggian tahap Spiritual dan dekatnya diri kepada Allah. Pencarian fizikal dan mengikut akal logik tidak mungkin dapat menemuinya.

Pada malam ini, tekanan berada pada tahap yang paling tinggi. Terdapat beberapa tanda dapat dirasai pada keesokan harinya salah satu ialah rasa seperti kesejukan pada waktu malamnya yang hanya dirasai pada keesokan paginya.

Malam ini ialah malam segala urusan manusia selama setahun akan diselaraskan. Sekiranya baik amalan seseorang pada malam tersebut, maka baiklah ketentuan dirinya dalam tempoh setahun yang akan datang. Penyusunan ketentuan ini tidak mungkin berlaku pada waktu yang tidak bertekanan tinggi.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

1 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Tidur pada waktu qailulah akan memaksimumkan kadar penghadaman.
Ketika perut kosong, sistem penghadaman menjadi cekap dan kadar penyerapan makanan menjadi maksumum. Hampir semua mineral penting seperti kalsium dapat diserap dengan baik. Kadar penyerapan ini akan bertambah maksimum sekiranya kita dapat tidur sebenatar pada waktu qailulah. Waktu qailulah ialah kira-kira sejam sebelum waktu Zohor.
Masa sy bersekolah dahulu, org tua melarang tidur tpt pkl 12.00 tgh iaitu semasa matahari berada di atas kepala,ada apa2 rasional tak sbb klu ikutkn waktu tu adalah yg digalakkan krn waktu qailullah.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)