SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah
Memaparkan catatan dengan label Hukum Keseimbangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hukum Keseimbangan. Papar semua catatan

Ahad, 30 November 2008

Proses Hukum Keseimbangan

Setiap yang kita lakukan adalah untuk mencari keseimbangan. Keseimbangan terjadi melalui empat peringkat dan ia mesti berlaku mengikut tahap-tahap yang telah tetap. Dalam segala aspek kehidupan dan setiap proses kejadian, kita tidak boleh mengetepikan daripada mengambil kira empat level atau demensi ini iaitu Spiritual, Emosi, Mental dan Fizikal kerana alam ilusi mempunyai empat dimensi sahaja.

Proses ini amat ringkas dan berlaku dengan pantas. Kepantasannya melebihi daripada kelajuan tindak balas refleks. Setiap perbuatan atau percakapan yang dilafazkan walaupun dengan hanya pergerakan satu milimeter sahaja atau walaupun dengan percakapan satu fonem sahaja, sebenarnya ia tetap akan terjadi setelah melalui keempat-empat peringkat ini.

Sel dan mikroorganisma juga tidak terlepas daripada bergerak kerana mematuhi Hukum Keseimbangan. Pergerakannya adalah lebih kecil daripada satu nanometer. Oleh itu, Hukum Keseimbangan boleh menjelaskan aktiviti sel dan bagaimana proses penyembuhan berlaku melalui aktiviti sel.

Gelombang cahaya, warna dan bunyi berlaku kerana wujud getaran yang amat halus. Getaran adalah pergerakan. Setiap gerakan yang berlaku adalah kerana mematuhi Hukum Keseimbangan. Oleh itu, cahaya, warna dan bunyi terjadi kerana mematuhi Hukum Keseimbangan.

Hukum Keseimbangan ialah satu pengaliran tenaga dan terjadi setelah melalui proses peralihan tenaga. Tenaga ini lahir daripada satu kuasa kemudian berkembang sehingga mewujudkan keseimbangan. Proses ini amat tepat dan berlaku dengan kadar ketetapan. Proses untuk mencapai keseimbangan ini dipanggil Hukum Keseimbangan. Berikut ialah proses bagaimana Hukum Keseimbangan terjadi yang diterangkan secara ringkas.

SPIRITUAL
EMOSI
MENTAL
FIZIKAL

Tahap Pertama: Peringkat Spiritual

Disebabkan manusia diberi akal fikiran untuk bertindak sendirian, sedangkan manusia tidak memahami atau mengetahui akan Hukum Keseimbangan, maka Hukum Keseimbangan akan bertindak menyeimbangkan keinginan manusia dengan mewujudkan instinct. Atau untuk lebih difahami, disebabkan adanya manusia yang berfikir, maka Hukum Keseimbangan mewujudkam instinct.

Pada peringkat pertama, instinct atau gerak rasa yang pertama akan tercetus. Instinct hanya datang sekali dan mesti dihormati. Menghormatinya bermaksud mempercayainya atau menerimanya. Kegagalan menghormati atau menolak instinct menyebabkan ia lenyap dan tidak akan datang lagi. Instinct datang daripada Maha Pencipta. Mempercayai instinct bermaksud kita telah mengikut ketetapan. Ketetapan ini dipanggil syariat.

Instinct yang baik mesti datang pada waktu yang hening di tempat yang bersih. Waktu yang paling hening ialah pada waktu subuh (iaitu mulai dari terbit fajar hingga terbit matahari) kerana waktu itu gelombang atmosfera amat menenangkan. Sebenarnya instinct boleh datang pada sebarang waktu tetapi elakkan daripada mengambil kira instinct pada waktu maghrib (iaitu waktu terbenam matahari hingga hilang cahaya matahari) atau ketika berada di tempat kotor atau dalam tandas.

Instinct akan memberi persepsi pertama. Persepsi yang membawa satu perkataan contohnya tiba-tiba kita akan berkata ‘cantiknya’ atau ‘hebatnya’ atau ‘menyampahnya’ atau ‘teruknya’ dan lain –lain lagi. Persepsi terbahagi kepada dua jenis iaitu ke arah yang positif atau ke arah negatif . Positif atau negatifnya instinct ini bergantung kepada pengaruh kesihatan dalam tahap level diri individu. Sekiranya seseorang itu sihat maka instinct yang datang akan diterima dalambentuk yang positif. Contohnya jika instinct datang yang menyatakan ‘hodohnya’ maka sifat positif akan mentafsirkannya sebagai ‘uniknya’.

Jenis instinct juga datang berdasarkan kehendak seseorang. Iaitu sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Cuma caranya tidak dapat atau tidak pernah difikirkan. Oleh itu, kita hendaklah apabila berkeinginan, pastikan kita setkan atau tetapkan dalam minda supaya sentiasa memiliki akhlak yang baik atau mematuhi etika yang baik.

Kesihatan yang baik memberi rasa hening pada tubuh. Menyedari keheningan mendatangkan instinct yang membawa manfaat, maka amat penting untuk kita memastikan kesihatan diri berada dalam keadaan yang baik dan terbaik.

Tahap Kedua: Peringkat Emosi

Setelah instinct dihormati atau diterima, maka gema instinct akan mewujudkan getaran dalam hati. Ia dipanggil magnitude. Magnitude ini dapat dirasai dalam bentuk debaran. Apabila berlaku debaran, hati akan teruja. Pada waktu yang sama enzim daripada kalenjar tertentu akan dirembeskan. Jantung pula akan bergerak kencang sedikit. Perubahan mengejut dalam sistem bendalir dalam badan akan menguja hati untuk berfikir . Berfikir adalah peringkat mental yang akan diterangkan di bawah.

Fenomena ini tidak dapat dielakkan terutama sekali sekiranya ia berkaitan dengan kemahuan kita sebelum ini. Debaran akan kuat berlaku sekiranya kita telah lama bersabar dengan kemahuan kita. Semakin kuat kita bersabar dalam menunggu tercapainya sesuatu hajat maka semakin kuat pula debaran yang dialami. Maksudnya magnitudnya semakin tinggi. Sebenarnya hajat atau kehendak itu sendiri datang daripada ketentuan Maha Pencipta. Kita diberi rasa debaran supaya berfikir untuk menilai dan memilih.

Sewaktu debaran berlaku, kita tidak akan sedar sama sekali apakah tujuan instinct atau tidak dapat mengaitkan instinct dengan kehendak kita yang pernah kita impikan dahulu. Walaubagaimanapun, setelah memahami proses Hukum Keseimbangan, kemungkinan anda akan menyiasat debaran yang berlaku pada diri anda. Pada waktu itu anda akan dapat mengawal atau menguasai keadaan. Kebolehan untuk mengawal situasi yang lahir dari pemahaman dan kesedaran yang mendalam dipanggil tariqat. Tesis yang sedang anda baca ini sebahagian daripada ilmu tariqat.

Manusia suka bertindak berdasarkan kemahuan sendiri. Tetapi pada masa yang sama Hukum Keseimbangan yang diaturkan oleh Maha Pencipta harus dipatuhi. Itulah sebabnya instinct membawa kepada debaran. Debaran tersebut tidak dapat dikaitkan dengan perancangan seseorang. Maha Pencipta adalah juga Maha Bijaksana, maka tujuan debaran terjadi kerana ingin menyeimbangkan antara keinginan manusia yang jahil dengan Hukum Keseimbangan yang suci dan sempurna.

Tahap Ketiga: Peringkat Mental

Debaran yang lahir akan amplitude iaitu menguja atau menyentak kita sehingga ia membawa diri kita untuk berfikir. Pada waktu ini kita akan menilai instinct dengan lebih nyata. Semakin kuat kita mampu menilainya maka semakin kuat imaginasi kita. Imaginasi terjadi kerana instinct tadi tidak mampu dinilai atau dikaitkan dengan kemahuan kita sebelum ini. Menghormati instinct akan memaksa diri berimaginasi. Semakin hebat imaginasi maka semakin tinggi amplitude.

Sekiranya pada peringkat awal instinct gagal dihormati, segalanya akan berakhir sekadar di peringkat debaran (emosi) atau paling jauh di peringkat imaginasi (mental). Pada peringkat imaginasi, seseorang yang enggan menghormati instinct yang telah membawanya untuk mengimaginasi akan kebiasaannya mengeluarkan perkataan ‘merepeklah’ atau ‘tidak mungkin’ atau ‘payah’ iaitu perkataan lemah semangat atau menggagalkan. Oleh itu, instinct hendaklah sentiasa dihormati supaya debaran akan mewujudkan imaginasi

Imaginasi akan membuat kita lebih menghayati. Penghayatan akan mewujudkan rasa hormat dan rasa ikhlas. Ikhlas tidak boleh dibuat-buat atau dipaksa. Ikhlas akan lahir disebabkan keinginan yang dipengaruhi imaginasi. Imaginasi yang membawa kepada penghayatan hanya boleh terjadi daripada rasa hormat terhadap instinct. Menghormati instinct dengan sendirinya akan membawa kepada rasa ikhlas. Hukum Keseimbangan menjelaskan bahawa ikhlas itu dikesan setelah seseorang itu telah mencapai kesempurnaan di tahap mental.

Imaginasi yang bermain di minda akan mengajak kita berfikir. Kita akan berfikir untuk menolak atau menerimanya. Imaginasi yang sempurna akan mengajak kita berfikir mengenai langkah untuk menyempurnakannya. Imaginasi yang sempurna terjadi jika kita menghormati instinct. Kegagalan menghormati instinct akan menjadikan kita gagal untuk mencari jalan untuk melaksanakannya. Dengan memahami Hukum Keseimbangan, kita akan mengetahui bahawa imaginasi yang membawa kepada memikirkan langkah atau jalan untuk melaksanakannya. Langkah ini adalah satu hakikat yang sebenar. Ilmu berfikir ialah ilmu hakikat

Dengan memikirkan jalan untuk menyempurnakannya, maka akan lahir satu perancangan yang tersendiri. Maksudnya ia tidak dipengaruhi oleh masa orang lain. Maksud tidak dipengaruhi oleh masa orang lain ialah tidak mengikut peraturan atau suruhan orang lain. Ia terjadi dengan kerelaan diri sendiri. Perancangan yang tersendiri yang tidak difikirkan oleh orang lain ini apabila ia dilaksanakan nanti, ia akan menjadi satu perancangan yang dinamakan ikhlas. Kegagalan untuk berimaginasi akan menyebabkan kita tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika itu pengaruh pemikiran luar yang menjurus kepada pemikiran logik akan mengganggu keupayaan berfikir sendiri secara matang. Ketika itu pengaruh logik menggganggu atau menghilangkan keikhlasan.

Tahap Keempat : Peringkat Fizikal

Alam ilusi ini ialah sesuatu yang membolehkan kita melihat objek, dapat merasa,menghidu dan mendengar semua perkara yang ada di dalamnya. Setiap kejadian di alam ilusi ini wujud daripada daya pemikiran yang berlaku secara berulang-ulang. Oleh itu, setiap yang difikirkan secara berulang-ulang maka ia pasti akan berlaku.

Daripada apa yang telah difikirkan, maka akan lahir kecenderungan yang amat kuat untuk melakukannya, atau menzahirkannya. Sesuatu kejadian yang dapat kita lihat hari ini sama ada dalam bentuk objek, peristiwa, sikap, rezeki, bencana, kemalangan atau penyakit semuanya adalah telah disempurnakan kejadiannya. Kesempurnaan kejadian yang dapat dilihat dalam alam ilusi disebut makrifat. Setiap yang telah berlaku tidak boleh berulang kembali. Oleh itu, kita mesti menerimanya. Kemampuan untuk menerimanya disebut redha.

Setiap yang telah makrifat adalah kemuncak bagi Hukum Keseimbangan. Lahirnya tindakan untuk mewujudkan sesuatu berdasarkan apa yang telah difikirkan akan melengkapkan Hukum Keseimbangan. Oleh itu, setiap yang bergerak adalah kerana ingin mematuhi Hukum Keseimbangan.

Bencana, kemalangan dan penyakit, iaitu yang kita dakwa sebagai perkara yang ingin dijauhi sebenarnya lahir daripada tindakan akibat apa yang telah kita fikirkan. Kerosakan yang telah kelihatan semuanya disebabkan oleh perbuatan manusia itu sendiri. Walaupun kita tidak bertindak secara langsung, namun kita tetap akan mengalaminya melalui tindakan tidak langsung. Contohnya seseorang itu sentiasa terlihat orang yang hidup susah. Dia memikirkan keadaan hidup seharian orang yang miskin itu. Dia berkata dia tidak mahu menjadi orang mikin, tetapi pemikirannya masih memikirkan tentang kemiskinan itu kerana ia rasa tertarik dengan perkara itu tanpa menyedarinya. Apabila dia memikirkan tentang keadaan si miskin, maka si miskin juga akan memikirkan tentangnya. Akhirnya dia akan melakukan perbuatan atau sikap yang akan membawa kepada kemiskinan dirinya. Misalnya sifat suka tertunggu-tunggu, berehat berlebih-lebihan, tidak ada ketetapan dan sebagainya.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Jumaat, 28 November 2008

Amalan Positif Mengelakkan Amalan Negatif

Penyakit berpunca daripada sikap negatif yang ada dalam diri walaupun sedikit. Merawat punca ini ialah rawatan yang terbaik dan paling berkesan di dunia untuk mengatasi segala masalah penyakit walau paling kronik sekalipun. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk keterangan lanjut.
Penyakit Genetik

Bayi yang lahir dengan pembawakan genetik, akan turut membawa kesan, potensi atau mengidap penyakit itu sendiri. Ibu bapa yang mengalami sesuatu masalah berkaitan dengan sistem penghadaman misalnya akan menyebabkan anak mudah mendapat jaundis (demam kuning).

Anak yang selalu meragam biasanya mengalami sesuatu masalah kesihatan yang perlu diberi perhatian.

Sesuatu yang ditanggung oleh seseorang adalah sebahagian daripada diri orang yang menanggung itu sendiri. Penyakit yang berpunca daripada genetik adalah masalah yang perlu ditanggung oleh ibu bapa sepanjang tempoh anak membesar dan boleh menanggung diri sendiri.

Kepada semua manusia, secara semulajadi (tanpa sifat hening, ikhlas, sabar, redho) penyakit dipengarui oleh sikap dan pemikiran seseorang. Ia adalah berkeadaan saling seimbang, oleh itu organ yang sakit atau lemah atau bermasalah boleh mempengaruhi sikap seseorang. Pada peringkat kanak-kanak, kesan daripada penyakit anak boleh memberi kesan terhadap tingkah laku anak seperti nakal, hiperaktif, disleksia, ADHD, suka menipu, suka mencuri dan sebagainya. Disebabkan "falsafah punca penyakit ialah runtuhnya akhlak", maka penyakit yang dialami tanggungan ini boleh jadi adalah berupa "kifarah" atau penghapus dosa ibu bapa.

Ruang dan masa amalan

Setiap kejadian dalam alam ini adalah secara berpasang-pasangan. Perkara yang baik dan tidak baik tidak dapat berlaku seiringan sebaliknya berlaku berlawanan pada masa yang berlainan. Dalam sesuatu perbuatan (pemikiran dan tingkah laku), sekiranya dilakukan perkara yang baik maka perkara yang tidak baik tidak dilakukan serentak.

Mereka yang melakukan kebaikan, tidak boleh melakukan kejahatan dalam masa yang sama.

Thaghut

Sesuatu yang membawa kepada kesan negatif sama ada sengaja atau tidak disedari yang boleh menyebabkan kesan negatif terhadap pemikiran dan tingkah laku sehingga mempengaruhi kesihatan tubuh (melalui tenaga pada sel) lebih tepat disebut dengan satu istilah arab yang digelar "Thaghut" (tho, ghoin, wau, ta).

Thaghut adalah bertentangan dengan amal ibadah kepada Allah. Semakin banyak amal ibadah, maka semakin banyak toghout dapat dihindari.

Sesuatu yang thaghut adalah sesuatu yang tetap memudaratkan tubuh secara halus sedikit demi sedikit atau secara langsung. Ia boleh jadi secara ideologi pemikiran, emosi atau perasaan, perbuatan atau semangat seseorang.

Syukur, sabar, ikhlas, redho.

Maha Pencipta ialah kuasa yang terulung. Keupayaan untuk mengingatinya akan menghampirkan diri kepadaNya. Mereka yang hampir kepdanya ialah mereka yang segala amal perbuatan dan pemikirannya baik. Semakin kita dapat meningkatkan amal ibadah, semakin dekat diri kita kepada Allah.

Sel yang bertenaga dan menjalankan fungsinya dengan normal ialah sel yang mempunyai sifat syukur, sabar, ikhlas dan redho. Kesihatan yang optimum datang daripada sel yang mempunyai sifat ini. Sifat ini hanya mudah dicapai apabila kita dapat meningkatkan amal ibadah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Khamis, 23 Oktober 2008

Hukum Keseimbangan - Saling Mengingati

Apabila kita teringat akan seseorang, maka pada masa yang sama orang itu juga akan mengingati kita juga. Bentuk ingatan itu boleh jadi sama atau dalam bentuk yang berbeza. Kekuatan bentuk tenaga orang itu juga bergantung kepada kekuatan daya ingatan kita.

Misalnya apabila kita mengatakan "cantiknya dia", maka pada masa yang saya orang yang ditujukan persepsi tersebut akan turut mempunyai persepsi yang sama terhadap kita. Dia juga akan berkata sesuatu yang seumpamanya seperi "eloknya dia" atau sebagainya.

Begitu juga jika kita bersangka buruk terhadapnya seperti "saya benci dia". Maka orang tersebut juga akan turut negatif kepada kita. Sama ada dia juga akan mengeluarkan persepsi yang sama atau dalam bentuk yang berbeza seperti "saya tidak suka dia". Di sini telah wujud keseimbangannya.

Hukum Keseimbangan ini boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun berada berjauhan. Misalnya jika kita teringatkan seseorang, tiba-tiba orang itu SMS atau menelefon kita serentak atau beberapa saat selepas kita mengingatinya. Walaupun dia tidak menghubungi kita seperti keadaan ini, Hukum Keseimbangan tetap masih berlaku dan dia tetap akan mengingati kita.

Apabila seseorang itu hening, dia boleh merasai niat seseorang itu melalui air muka atau percakapan, bentuk ayat, cara bertanya dan sebagainya. Daripada bentuk-bentuk tersebut kita boleh mengetahui niat dan keikhlasan seseorang terhadap kita. Misalnya jika kita tidak suka cara seseorang bertanya kepada kita, sebenarnya tahu yang orang tersebut sebenarnya tidak ikhlas bertanya atau sebenarnya tidak sukakan kita. Orang yang hening, sabar ikhlas dan redho tetap akan menjawab dengan ikhlas dan akibatnya orang yang bertanya akan menerima balik balasan akibat perbuatan yang tidak ikhlasnya.

Hukum Keseimbangan ini bukan boleh dibuat-buat sebaliknya ia terjadi dengan sendiri. Hukum Keseimbangan muncul secara instinct dan intuisi (minda separa sedar) yang boleh dikuatkan atau dirangsang pada peringkat minda sedar.

Mimpi mempunyai tafsiran yang berbeza. Apabila kita bermimpikan seseorang, sememangnya ia bermaksud kita selalu mengingatinya. Tetapi bukan bermaksud dia juga mengingati kita sama seperti kita mengingati dirinya.

Semasa tidur, otak akan menyusun dan menyelaraskan semula neuron. Mimpi ialah visual yang dimain semula berdasarkan set neuron yang diselaraskan ketika tidur. Misalnya ketika set neuron 1010 kita terlihat atau teringat wajah seseorang, maka semasa sedang tidur ketika dalam kombinasi penyelarasan neuron berlaku penyusunan set 1010, maka visual ketika kita sedang berjaga akan muncul.

Untuk lebih memahami maksud set neuron, saya buat perbandingan seperti ini.
Andaikan ketika berjaga kita sedang melakukan perbuatan atau memikirkan perkara ini:

Sedang berlari - 1100
Sedang cemas - 1000
Melihat harimau - 1001

Semasa sedang tidur, otak akan kembali menyusun semula neuron sehingga membentuk sel kombinasi seperti 1001 diikuti dengan 1000 dan seterusnya 1100. Ketika itu berlaku satu visual mimpi anda terserempak dengan harimau, terasa cemas dan melarikan diri daripadanya.

Apabila kita bermimpikan seseorang, boleh jadi orang itu ingin memberi peringatan kepada kita, kita bersalah kepadanya atau dia adalah musuh kita yang tidak disedari. Untuk lebih jelas, lihat kepada keadaan seseorang itu ketika dalam mimpi. Bermimpi mengenai orang yang telah meninggal pula mempunyai tafsiran yang berbeza.

Terdapat teknik yang terbaik untuk menjadikan Hukum Keseimbangan boleh dirangsang sejurus instinct dan intuisi muncul. Apabila terbayang akan seseorang, segeralah hadiahkannya Al-Fatihah. Insya Allah instinct tersebut akan terangsang sekiranya hadiah tersebut diberikan dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Rabu, 22 Oktober 2008

Tips Mengawal Karektor

Karektor dan kesihatan organ adalah seimbang. Sekiranya karektor lemah, ia menunjukkan organ juga lemah. Sekiranya organ lemah, maka karektor cenderung ke arah negatif. Ia saling seimbang antara satu sama lain.

Oleh itu, untuk mengawal karektor, perlu kepada mengawal kesihatan organ. Organ yang lemah menjadikan kita sukar mengawal karektor. Antara petua utama untuk mengawal karektor ialah cuba dengan sedaya upaya berpegang kepada Hening, Sabar, Ikhlas dan Redho. Apabila kita kuat hening, sabar, ikhlas dan redho, insya Allah ia tidak akan memberikan kesan negatif kepada karektor walaupun kita sedang mengalami sesuatu penyakit yang kuat.
Gambar di atas menunjukkan kedudukan organ dalam sesuatu level personaliti dan pengaruh karektor secara umum.
Kunci petua mengawal karektor
Gambar di atas menunjukkan kunci petua mengawal karektor.

Terdapat satu teknik yang dibangunkan oleh kaedah rawatan Behavior Therapy (Terapi Sikap). Terapi ini ialah untuk merawat penyakit melalui mengawal sikap dan pemikiran. Kesimpulannya ikutlah ajaran Islam dan mencontohi akhlak Rasulullah.

Kesan terapi sikap membantu penyembuhan seperti sebuah rawatan alternatif. Setelah dikaji, penyembuhan berlaku melalui terapi sikap disebabkan kekuatan mental yang tinggi menghasilkan tenaga semulajadi dalaman tubuh.

Secara semulajadi, penyembuhan berlaku akibat pengaliran tenaga daripada Spiritual, diikuti oleh Mental, Emosi dan Fizikal. Jadual di bawah menunjukkan bagaimana penyembuhan berlaku mengikut peringkat demi peringkat berdasarkan tiga jenis rawatan berbeza.
Rawatan Klasik (hospital)Terapi SikapRawatan Alternatif
FIZIKAL
Rawatan dengan cara menghilangkan rasa kesakitan. Peringkat Fizikal menerima kesan teknikal akibat pemberian ubatan kimia, hormon tiruan dan saraf dikelirukan untuk memesongkan rasa sakit melalui kesan pengambilan steroid. Rasa sakit akan dialirkan ke tulang belakang dan sulbi.
MENTAL
Mental mengawal karektor (Hening, sabar, ikhlas, redha)
SPIRITUAL
Rawatan terus bertindak di peringkat spiritual terlebih dahulu
MENTAL
Mental membuat tafsiran bahawa penyakit telah sembuh. Sebenarnya penyakit masih ada tetapi tidak dirasai.
EMOSI
Emosi menjadi tenang
EMOSI
Emosi tenang serta merta setalah spitirual kuat
EMOSI
Emosi merasa tenang akibat kesan sakit yang hilang diisytiharkan telah sembuh oleh peringkat mental.
SPIRITUAL
Spiritual terangsang kesan emosi dan mental yang kuat
MENTAL
Mental mudah mengawal karektor serentak dengan kekuatan spiritual dan emosi
SPIRITUAL
Spiritual merangsang tenaga dan tubuh mulai pulih dengan sendiri mengikut peringkat demi peringkat bermula dari Spiritual diikuti Emosi, Mental dan Fizikal. (sila rujuk peringkat pemulihan rawatan altenatif)
FIZIKAL
Fizikal menerima tidak balas tenaga daripada spiritual yang kuat dan sel mendapat tenaga sehingga penyakit menjadi sembuh
FIZIKAL
Tubuh, organ dan sel secara fizikal mendapat kesan tenaga dan penyakit sembuh. Proses ini sungguh pantas melalui jalan pintas daripada peringkat spiritual

Cara yang mudah, murah, pantas dan berkesan untuk merawat karektor ialah dengan cara merawat organ yang lemah melalui rawatan Attitude Therapy, insya Allah. Terapi sikap memerlukan kaedah yang khas dan sedikit kemahiran untuk menguasainya supaya ia berkesan merawat karektor dan penyakit. Rawatan Attitude Therapy telah menyusun kaedah rawatan melalui terapi sikap. Rawatan ini dimantapkan dengan terapi mempertenagakan sel melelalui vibration energy. Apabila organ kembali kuat dan bertenaga, karektor mudah dikawal melalui kekuatan mental.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Khamis, 7 Februari 2008

Tabiat Dan Penyakit

Terdapat beberapa tabiat tertentu yang biasa dilakukan sama ada sengaja atau tidak sebenarnya menunjukkan keadaan kesihatan. Malah, apabila diamalkan selalu ia akan lebih memudaratkan lagi tahap kesihatan.

Sebelum ini telah diterangkan kaitan antara penyakit dengan organ dalam post bertajuk "Falsafah Punca Penyakit". Di sini cuma tiga jenis tabiat yang utama yang boleh dilihat dengan jelas dan mudah dikesan.

KEBOSANAN

Seseorang yang kerap mengeluh berkata seperti

"Bosan" atau

"Bosanlah" atau

"Bosannya" atau

"Boring" atau

lain-lain pertakataan seumpamanyanya, ialah seorang yang lemah sistem antibodinya. Antibiotik semulajadi tubuhnya juga lemah untuk menentang sebarang penyakit. Sistem kawalan biotik (CL5) yang terletak di bahagian bawah Hipothalamus ialah bahagaian yang juga mengawal biotik tubuh. Oleh itu, probiotik di bahagian organ-organ tubuh tertentu juga terjejas terutamanya bahagian usus besar. Antara kesan kelemahan di bahagian usus ialah seperti cirit-birit.

Antara sikap yang ditonjolkan oleh mereka yang lemah sistem antibodinya ialah gangguan keceriaan. Mereka yang tidak ceria akan melakukan sesuatu tanpa merasa puas. Contohnya apabila menonton TV, mereka akan menontonnya dengan lama. Apabila bermain (bagi kanak-kanak), mereka akan bermain dengan lama. Tetapi mereka tetap tidak akan puas dan akan mengulangi bermain atau menonton dengan lama pada hari yang berikutnya. Sepatutnya mereka yang normal di bahagian kawalan biotik atau keceriaannya akan rasa puas walaupun bermain sebentar atau menonton TV untuk tempoh yang singkat.

Bagi remaja, mereka akan mengisi kebosanan dengan cara bersosial atau keluar berjumpa dengan rakan-rakan. Kadang kala mereka keluar ke pusat memeeli belah tanpa hala tujuan. Tetapi mereka tetap tidak akan merasa puas dan akan terus keluar setiap hari. Sampai pada peringkat yang lebih terus lagi mereka akan mengambil bahan terlarang seperti merokok, mengambil dadah, mengambil akohol. Selain itu, mereka akan membuat perkara yang baru untuk meningkatkan lagi kepuasan yang disangkakan dapat mengisi kebosanan seperti menonton bahan lucah hingga ingin mencubanya.

Antara tanda atau simptom yang berkaitan dengan kelemahan pada bahagian sistem antibodi ialah seperti berikut:

1. Muka berjerawat dan ada masalah kulit.
2. Alahan dengan habuk.
3. Mudah mendapat kudis.
4. Luka lewat sembuh.
5. Suka memakai pakaian yang menyamai level warna CL5 atau indigo atau pakaian gelap.

Tabiat sering berkata "bosan" atau "boring" secara berterusan akan mematikan lagi lebih banyak sel-sel dormant (sel yang hidup dan berpotensi tetapi kurang aktif atau kurang digunakan) di bahagian otak.

KETIDAKPRIHATINAN

Mereka yang sering mengatakan:

"Lantak lah" atau

"Biar lah" atau

"Peduli apa" atau

lain-lain perkataan seumpamanya ialah tanda-tanda ketidakprihatinan. Sikap prihatin dikawal oleh organ Pankreas (CL15) dan Hati (CL12). Setiap kali seseorang menyebut perkataan di atas atau seumpamanya, ia menunjukkan organ bahagian penghadamam sedang lemah.

Tabiat ini menjadikan seseorang itu kurang rasa prihatin, tidak menghiraukan sesuatu nasihat atau saranan dan tertutup pintu hati daripada memiliki perasaan simpati dan empati.

Tabiat menyebutnya berulang kali akan menyebabkan kolestrol makin banyak terbentuk. Selain itu sel-sel dormant bahagian penghadaman juga akan mati dan merosot.

Antara tanda atau simptom yang berkaitan dengan tabiat ini ialah:

1. Tahap kolestrol tinggi.
2. Pembentukan banyak kutil atau ketuat atau tahi lalat di kulit.
3. Tidak tahan mandi atau minum air sejuk.
4. Tidak tahan kesan pembongkaran ditoksifikasi (apabila mengambil rawatan berunsur semula jadi atau rawatan alternatif).
5. Tahap gula dan urik asid tinggi dalam darah.

KETIDAKPUASAN

Mereka yang kerap mengeluarkan comment complaint atau

Mengadu domba atau

Sering meluahkan ketiakpuasan hati atau

Melihat sesuatu seperti tidak sempurna atau tidak betul

atau sebagainya menunjukan seseorang itu mengalami gangguan emosi dan perasaan. Mereka yang bertabiat begini biasanya mengalami beberapa masalah berkaitan dengan jantung, dada dan paru-paru.

KETIDAKYAKINAN

Mereka yang kerap melakukan perbuatan seperti ini;

Menghantak kaki seperti berentak ketika duduk atau

Menggoyangkan kaki atau

Menghenjut jengket kaki (angkat tumit jengket dan henjut) atau

Melibas-libas goyang kaki atau

Menggerakkan jari-jari tangan

atau seumpamanya yang berkaitan dengan goyang kaki menunjukkan organ-organ bahagian fizikal seperti Sistem Darah dan Sistem Otot (CL18), Usus (CL19), Sistem Saraf dan Sistem Tulang (CL20) sedang lemah.

Perbuatan ini dilakukan secara tidak sengaja untuk mengimbangi kelemahan pada bahagian organ-organ yang dinyatakan tadi. Apabila kaki digoyangkan, maka keyakinan akan dapat ditingkatkan dan gangguan karektor akibat kelemahan organ yang terlibat dapat dikurangkan.

Bisanya tabiat ini mula terjadi kepada mereka yang keletihan. Tetapi tabiat ini akan dilakukan secara tidak sengaja pada waktu yang lain. Melakukan tabiat menggoyangkan kaki ini secara berterusan akan menyebabkan sel-sel dormant di bahagian organ yang dinyatakan tadi akan mati dan merosot. Malah tubuh juga akan kehilangan gema (tenaga atau vibration sel).

Punca Tabiat Berterusan

Kali pertama tabiat ini dilakukan tanpa sedar disebabkan oleh kelemahan organ yang terlibat. Tetapi ia akan menjadi sesuatu yang berterusan dilakukan disebabkan oleh faktor ketidakseimbangan IQ. Ketidakseimbangan IQ terjadi apabila terdapatkan lebihan protein yang merupakan logam berat yang mengganggu Kelenjar Pituitari dan sistem sympathetic (tindakan luar kawal). Akibatnya akan timbul simptom "berkenan" terhadap sesuatu tabiat yang dilakukan pada pertama kali.

Behaviour Therapy

Terapi Sikap atau lebih terkenal dengan nama Terapi Kelakuan (Habit Therapy / Behaviour Therapy) merapakan salah satu cara terbaik untuk merawat sesuatu penyakit. Apabila seseorang menyedari salah satu daripada tabiat yang diteritakan tadi, maka cubalah dengan sedaya upaya berhenti atau mengawalnya. Jika ia terjadi tanpa sengaja, maka ia adalah tanda kelamahan pada organ yang terlibat.

"Berkenan" atau kekerapan mengulangi tabiat tersebut boleh dielakkan dengan cara mengawal pemakanan atau mengurangkan pengambilan protein tinggi.

Behaviour Therapy yang terbaik sebenarnya ialah melalui solat yang dilakukan dengan tomakninah.

Mereka yang menolak Hukum Keseimbangan antara organ dan karektor atau menolak kaitan antara organ dan bawaan karektornya, pasti akan menemui jalan buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau merawat penyakit.

Semoga anda gembira dengan maklumat yang diberikan. Cuma tiga sahaja tabiat umum yang diterangkan. Sekiranya anda dapat memahami tulisan dalam post ini serta cuba mempraktikkannya, insya Allah, anda mampu meningkatkan tahap kesihatan hampir 70% dan mencegah daripada mendapat sesuatu penyakit.

Semoga anda dimurahkan rezeki dan dibahagiakan oleh Allah. Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh, sila hubungi kami. Kami sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh


hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)

untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email
Perlis Kedah Pulau Pinang Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Kangar Alor Setar Seremban Johor Baharu Kuantan Kuala Terengganu Kota Bahru Sabah Sarawak Kuching Kota Kinabalu

Selasa, 11 September 2007

Falsafah Punca Penyakit

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila berlaku sesuatu penyakit atau kelemahan atau kegagalan sesuatu organ, maka terdapat beberapa keadaan semasa seperti terdapat bakteria membiak dengan tidak terkawal, kekurangan hormon dan enzim, perubahan bentuk atau struktur fizikal, ketumbuhan dan kanser. Maka lahirkan teori jangkitan penyakit, karsinogenik (carcinogen punca kanser) dan bawaan genetik. Namun sebenarnya itu semua bukanlah punca penyakit yang sebenar. Kegagalan untuk mengenalpasti punca penyakit akan menyebabkan kaedah rawatan tidak diketahui dan penyakit tidak dapat disembuhkan.

Manusia bukan fizikal (jisim) semata-mata. Manusia adalah sebaik-baik kejadian di dunia. Jika dunia terbahagi kepada jisim (atom dan molekul) dan masa (gelombang dan niat/instinct/intuisi) bermaksud manusia ini selain fizikal, juga terdapat untuk mental, emosi dan fizikal. Setiap satu elemen ini sangat berkait rapat dengan kesan fizikal yang ditunjukkan dalam bentuk sakit.

Keseimbangan Karektor dan Organ

Selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redho. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor.

Pemikiran mempengaruhi tindak balas organ dalam badan. Sama ada sesuatu organ atau kelenjar itu ingin merembeskan hormon atau tidak atau sama ada organ itu ingin berfungsi atau tidak adalah bergantung kepada cara kita berfikir. Pemikiran yang baik akan menjadikan sesuatu organ berfungsi dengan normal.

Dengan mengambil organ pankreas sebagai contoh, sekiranya pankreas telah menjadi lemah, karektor yang dikawal oleh pankreas akan menyebabkan tubuh mendapat satu tindak balas yang menyebabkan tindakan dan pemikiran menjurus kepada sesuatu yang dapat menyeimbangkan kelemahan pankreas itu tadi melalui sifat yang bertentangan dengan prinsip tenang, sabar, ikhlas dan redho. Pankreas yang lemah akan menyebabkan seseorang menjadi mudah cemburu, iri hati, dengki, hasad atau khianat, bergantung kepada tahap penyakit dan keupayaan untuk berprinsip (tenang, sabar, ikhlas dan redho).

Begitu juga sebaliknya iaitu apabila seseorang mulai hilang prinsip, dia mudah untuk rasa cemburu, tidak puas hati, iri hati, dengaki hasad atau khianat.. maka pankreas mula untuk menyeimbangkan perasaan tersebut dengan menghentikan keupayaannya untuk menghasilkan insulin yang boleh memproses gula. Akibatnya gula tinggi dalam darah dan pankreas terbeban untuk memprosesnya hingga ia menjadi lemah.
Organ seimbang dengan karaktor

Jadual karektor berdasarkan organ

Berikut ialah jadual senarai organ dan karektor yang dipengaruhinya.

Personaliti dan warna diri

Kesemua karektor ini dapatlah dirangkumkan kepada tahap-tahap kumpulan organ pada sistem tubuh badan. Terdapat empat bahagian utama pada tubuh yang dirangkumkan seperti dalam rajah di bawah;
Gambar rajah di atas menunjukkan pembahagian organ mengikut kumpulan yang terdiri daripada empat bahagian. Setiap manusia hanya aktif di dalam sesuatu kumpulan organ sahaja. Setiap kumpulan ini dinamakan mengikut gelaran istilah personaliti kerana kecenderungan organ dalam kumpulan tersebut menjurus kepada sesuatu personaliti.

Organ organ di bahagian kepala yang terdiri daripada;
Organ-organ di kepala adalah organ-organ yang berkaitan dengan kederiaan. Bahagian kepala adalah sensitif dengan sebarang rangsangan. Mereka yang mempunyai sistem tubuh yang aktif di bahagian kepala adalah golongan yang berpersonaliti Spiritual. Personaliti Spiritual banyak berkaitan dengan ketenangan, dan tenang adalah penawarnya. Jadual di bawah ialah sikap bagi personaliti Spiritual.
Sikap PositifSikap Negatif
Deria otak yang peka
Bijak / Cerdik
Perancang
Boleh membaca situasi
Yakin diri
Jujur
Martabat
Kepimpinan
Petunjuk
Ilham
Disiplin
Penumpuan
Keajaiban diri
Rasa bertuan
Penguasaan
Kuasa dalaman
Imnuniti
Ego / keras hati
Putus asa
Murung
Kebimbangan
Hiperaktif
Mudah terpengaruh
Ketakutan
Riak
Kebendaan
Suka memerintah
Tidak mahu mengalah
Tidak tentu hala
Tanpa matlamat
Nasib malang
Serangan penyakit
Hilang arah / punca


Organ di bahagian dada terdiri daripada Paru-paru CL10 (termasuk trakea, bongkiul, payu dara) dan Jantung CL11. Organ ini banyak berkaitan dengan emosi dan perasaan. Rasa sedih, risau, mengeluarkan air mata, gembira, panik dan sebagainya adalah melibatkan organ di bahagian ini. Mereka yang aktif penggunaan organ paru-paru dan jantung ialah golongan berpersonaliti Emosi. Personaliti Emosi banyak berkaitan dengan kesabaran, dan sabar adalah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Emosi.
Sikap PositifSikap Negatif
Terbuka
Tenang
Menghayati
Kreatif
Kasih sayang
Keriangan
Pemurah
Kematangan
Pemelihara
Tersendiri
Cara / langkah / konsep
Kebapaan
Berani
Kejiwaan
Kebijaksanaan
Kuasa minda yang tiada batasnya
Belajar melalui kesilapan / pengalaman
Sensitif melulu
Serius
Penarikan diri
Pemarah
Kebencian
Termenung
Kesedihan
Kedengkian
Sakit hati
Megah
Berpura-pura
Lembab berfikir
Menangguh
Mengukut hati
Kebodohan
Kebudak-budakan

Organ di bahagian perut terdiri daripada;
Organ di bahagian perut banyak berkaitan dengan pemikiran. Sekiranya perut terbeban dengan makanan terutama pada waktu selepas makan, minda kita agak malas dan tidak cekap berfikir. Mereka yang aktif menggunakan bahagian perut yang melibatkan organ di atas dinamakan sebagai golongan berpersonaliti Mental. Personaliti Mental banyak berkaitan dengan keikhlasan, dan ikhlas ialah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Mental.
Sikap PositifSikap Negatif
Kuat berfikir
Pemikiran kritis
Objektif
Pengingat
Peramah
Boleh dipercayai
Pintar
Percakapan
Penyabar
Minda
Malas berfikir
Lembab
Keliru
Pelupa
Gelojoh
Berkira-kira
Mengkritik
Cemburu melulu
Mencari alasan
Berceloteh

Bahagian bawah terdiri daripada organ-organ seperti berikut;
Organ di bahagian bawah ialah organ yang banyak berkaitan dengan aktiviti fizikal. Mereka yang aktif menggunakan organ bahagian bawah ialah golongan berpersonaliti Fizikal. Personaliti Fizikal banyak berkaitan dengan keredhaan, dan redha ialah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Fizikal.
Sikap PositifSikap Negatif
Matang
Intelek
Berpandangan jauh
Cekal dan tabah
Tegas
Kebolehan fizikal
Cita-cita tinggi
Agresif
Bergaya
Bertanggungjawab
Keterampilan kemas
Pengawalan diri
Kemewahan material
Praktikal
Super ego / keras hati
Putus asa
Kelemahan fizikal
Pelupa yang keterlaluan
Konflik dalaman
Malas
Mementingkan diri
Menindas
Tidak sensitif
Bangga diri
Rasa bersalah yang mendalam
Kekesalan yang berterusan
Kemiskinan
Teori
Tyroid CL9 ialah satu-satunya organ yang tidak mempengaruhi personaliti. Kesemua peringkat personaliti berpotensi mendapat kelemahan di bahagian Kelenjar Tyroid.
Kaki dan tangan pula tidak dianggap sebagai organ, sebaliknya ia adalah anggota. Kelemahan atau ketiadaan sesuatu anggota tidak mempengaruhi personaliti. Dalam kes tertentu, masalah seperti luka dirujuk kepada Otot CL18 atau Kulit CL14, atau sendi dirujuk kepada Tulang CL20. Berbeza dengan organ, kelemahan atau ketiadaan sesuatu organ akan mengganggu sistem keseluruhan tubuh.

Behavior Therapy

Untuk merawat organ yang lemah, ia boleh diterapikan dengan mengawal sikap. Pendekatan prinsip asas Tenang, Sabar, Ikhlas dan Redha ialah cara terbaik untuk mengawal kelemahan organ. Dengan prinsip ini, seseorang yang apabila didiagnos mengalami kelemahan sesuatu organ tetapi karektornya masih terpelihara.

Tajuk ini amat besar untuk dibincangkan di sini, insya Allah saya akan menuliskan dalam post yang lain.

Kesimpulan kepada Behavior Therapy ialah pendekatan ke arah Tarbiah Islamiah adalah cara terbaik untuk merawat penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit yang berpunca daripada "Hati" (maksud istilah hati di sini ialah rohani atau kejiwaan).

Sikap pesakit

Menyedari bahawa penyakit akan dizahirkan dalam bentuk sesuatu sikap, maka pengamal perubatan professional Attitude Therapy sedia dan memahami karenah pesakit yang berbagai-bagai.

Pada peringkat awal, pengamal professional Attitude Therapy telah dilatih supaya merawat dengan tenang, sabar, ikhlas dan redha supaya pesakit akan mendapat rawatan pertama hanya dengan memandang wajah perawat. Ini bukanlah ajaran ilmu batin, tetapi hanya dengan keikhlasan.

Falsafah Punca Penyakit

Jangkitan daripada ibu kepada bayi dan juga warisan genetik walaupun bukan berpunca daripada sikap yang negatif, tetapi penyakit yang dibawa tetap akan mempengaruhi personaliti dan sikap.

Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyis iaitu kanak-kanak yang belum mengenal baik dan buruk (belum berakal), biasanya berumur bawah 7 tahun adalah mereka yang tidak dipertanggungjawabkan menjaga akhlak malah akhlak mereka terlepas daripada terlibat dengan Hukum Keseimbangan. Penyakit yang mereka alami bukan disebabkan oleh masalah personaliti mereka tetapi kesan daripada masalah ibu bapa yang menanggung mereka.

Bagi yang telah mumaiyis dan baligh, sedikit perbuatan atau lintasan niat pemikiran tetap akan ada keseimbangannya terhadap tindak balas dalaman organ tubuh.

Daripada kajian ini, maka lahirlah falsafah yang dipegang oleh Attitude Therapy bahawa:-

"Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak"

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Isnin, 16 Julai 2007

Warna Hari Resonan

Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan panjang gelombang warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.

HARIWARNAPANJANG
GELOMBANG
ISNINPUTIH0- 279 nanometer
SELASAPINK / VIOLET380- 489 nanometer
RABUBIRU490- 544 nanometer
KHAMISKUNING / OREN555-729 nanometer
JUMAATHIJAU545- 554 nanometer
SABTUMERAH730- 780 nanometer
AHADHITAM0- 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyai bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of matter of gases) dan penyerakan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of matter of water).

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.

Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.

Isnin

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pituitary (CL2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pitutary (CL2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

Selasa

Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (CL3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (CL3).

Rabu

Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (CL9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (CL9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (CL9) seperi goiter (beguk), tongsil, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (CL12, CL13, CL14, CL15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (CL16, CL17).

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (CL11) dan Paru-paru (CL10).

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung CL11) dan respirasi (Paru-paru CL10) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (CL19), Otot, Darah (CL18), Tulang dan Saraf (CL20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (CL19), Darah dan Otot (CL18) atau Tulang dan Saraf (CL20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Definisi Resonan Warna Hari

Resonan termasuk match, sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Hari Isnin kenakan pakaian Putih. Hari Selasa pakaian Pink atau Violet. Hari Rabu pakaian Biru. Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren. Hari Jumaat pakailah Hijau. Hari Sabtu pakaian Merah dan hari Ahad pakailah Hitam. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

Semoga anda bergembira dengan pakaian kegemaran yang dikenakan mengikut warna yang resonan terhadap hari.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk sebarang jenis penyakit sama ada kronik, kritikal atau yang didakwa tiada harapan untuk sembuh, yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal sila hubungi saya.

Selasa, 19 Jun 2007

Falsafah Hukum Keseimbangan

Falsafah Hukum Keseimbangan adalah ringkasan dan gambaran kepada keterangan keseluruhan ilmu dan kajian Hukum Keseimbangan. Hukum Keseimbangan adalah falsafah untuk menerangkan tentang tenaga yang boleh diaplikasikan untuk tujuan rawatan kesihatan, insya Allah.

Allah menjadikan alam ini bermula dengan satu titik berkembang secara berpasang-pasangan dengan pasangan yang seimbang. Pasangan-pasangan ini terus berkembang sehingga terciptanya alam yang luas termasuk kejadian manusia. Manusia ialah satu bentuk keseimbangan yang sempurna. Setiap kejadian mempunyai kadar ketetapan yang tertentu. Manusia ialah satu kejadian yang terjadi secara berpasang-pasangan dengan sempurna dan pada kadar yang tetap.


Dengan adanya keseimbangan, maka manusia dapat meneruskan kehidupan dan alam ini terus kekal wujud. Kecelakaan yang menimpa manusia dan bencana yang menimpa alam adalah berpunca daripada kegagalan untuk daya fikiran kita menguja tindakan yang akan mematuhi Hukum Keseimbangan. Maka Hukum Keseimbangan akan menyeimbangkan keadaan dengan penyakit, bencana dan kecelakaan.

Oleh itu, setiap yang kita perolehi atau perkara yang sedang dialami adalah kerana Hukum Keseimbangan telah dipatuhi. Jika kita sukakan sesuatu tetapi kita tidak perolehinya, sebenarnya ia memudaratkan kita. Jika kita bencikan sesuatu tetapi kita terpaksa memiliki dan melaluinya, sebenarnya ia bermanfaat bagi kita. Ketetapan setiap yang telah terjadi adalah kerana ia telah mematuhi Hukum Keseimbangan.

Alam sebenar yang diciptakan oleh Allah adalah kekal tetapi alam yang kita diami ini adalah ilusi yang tidak kekal. Adalah lebih tepat untuk mengatakan bahawa 'alam ilusi' ini adalah diri manusia itu sendiri kerana segala yang sedang dilihat sekarang adalah ilusi kita sendiri. Disebabkan alam ini satu ilusi, maka sebenarnya kitalah yang akan menyeimbangkannya melalui akal fikiran kita.
  • Setiap kejadian adalah seimbang, berkembang secara berpasang-pasangan dan pada kadar yang telah tetap.


  • Setiap yang kita lihat (atau rasa melalui panca indera) adalah diri kita sendiri.


  • Apa yang kita katakan tentang seseorang sebenarnya kita kata tentang diri kita sendiri.


  • Kita adalah alam (ilusi) dan alam (ilusi) adalah diri kita.


  • Apa yang kita alami atau perkara yang kita miliki adalah apa yang kita mahu.


  • Setiap yang kita lihat adalah apa yang kita bayangkan.


  • Alam adalah daripada kesempurnaan dan sebaik-baik kejadian; penyakit, bencana dan kecelakaan daripada diri kita sendiri.


  • Setiap pergerakan (kejadian dan perisitwa) terjadi kerana mematuhi Hukum Keseimbangan.

Ada kalanya kita suka akan sesuatu tetapi ia memudaratkan kita, ada kala kita membenci sesuatu tetapi ia memanfaatkan kita.


Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)