SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Khamis, 11 Oktober 2007

Masalah terlebih protein

Keperluan protein bagi manusia normal setiap hari ialah 20mg. Jumlah ini mencukupi untuk membina sel dan membantu menghasilkan tenaga setiap hari. Bagi ahli sukan dan pekerja buruh kasar, keperluan tersebut berganda kepada 50mg setiap hari. Tahukah anda bahawa dalam segelas susu lembu terdapat 200mg protein. Susu lembu yang dihasilkan dalam tempoh 1 bulan selepas melahirkan anak akan menghasilkan 2,000mg protein bagi setiap gelas iaitu 10 kali lebih banyak daripada biasa. Biasanya penternak lembu tidak akan memerah susu lembu yang baru melahirkan anak dalam tempoh sebulan.

Bagi ahli sukan terutama ahli bina badan, terdapat susu compounded atau yang telah diformulakan supaya kandungan protein di dalamnya menjadi antara 2,000mg ke 10,000mg protein bagi setiap gelas. Kebanyakkannya mereka selesa mengambil 5,000mg sehari.

Mitos teori penyerapan makanan
Kebanyakkan pakar nutrisi klasik mendakwa bahawa setiap kali kita mengambil sesuatu makanan, cuma 1/7 atau 14% sahaja yang akan diserap oleh tubuh. Oleh itu, mereka akan mencadangkan pengambilan sesuatu makanan digandakan kepada 7 kali. Jika kita mengambil keperluan susu setiap hari yang memerlukan 20mg sehari, maka 14% daripada segelas susu ialah 28mg. Kemudian mereka menyarankan agar ia diambil dua kali ganda untuk mendapatkan jumlah yang sama diperlukan oleh ahli sukan dan buruh kasar dengan alasan supaya kita menjadi cergas seperti mereka. Akhirnya mereka mencadangkan pengambilan dua gelas susu sehari. Oleh itu, kiraannya menjadi 56mg sehari! Jumlah ini melebihi keperluan seorang ahli sukan dan buruh kasar.

Tubuh memproses dan menyahkan lebihan protein
Protein yang mencukupi akan digunakan untuk membina sel. Tetapi protein yang berlebihan akan diproses untuk menukar bentuk ikatannya dan dihantar ke tempat-tempat tertentu.Organ yang sihat akan dapat menyingkirkan protein dalam bentuk urin (air kencing) di dalam darah melalui buah pinggang. Kegagalan tubuh untuk memproses protein dengan baik akan menyebabkan ia menjejaskan tubuh.

Sakit bawah lengan

Protein yang kekurangan unsur hydrogen (daripada sumber air) akan menjadi tepu. Protein tepu akan mudah membentuk lemak. Lemak daripada protein akan disimpan di bawah kulit. Tetapi terdapat juga lemak yang terkumpul di saluran darah. Bahagian yang paling utama menerima darah ialah bahu dan lengan. Biasanya mereka yang mengambil protein berlebihan akan merasa sakit di bawah lengan terutama lengan sebelah kanan. Jika masalah protein berlebihan disertai dengan masalah kolestrol berlebihan, maka ia akan menyebabkan sakit di lengan sebelah kiri.

Punca kutil, ketuat dan tahi lalat

Ikatan protein yang membentuk lemak di dalam system limpatik boleh tersekat di bahagian bawah kulit. Akibatnya terbentuklah tahi lalat. Penimbunan yang lebih besar akan membentuk ketuat dan kutil. Pembentukan ini biasanya sukar untuk surut semula atau ia dipanggil pembentukan kekal. Sebaliknya ia akan terus bertambah besar sekiranya pengambilan protein berterusan.

Faktor jerawat
Pembentukan jerawat tidak sama seperti punca kutil, ketuat dan tahi lalat. Jerawat terbentuk di dalam liang roma di bawah kulit. Kulit sebenarnya berkeupayaan mengawal penghasilan kelembapan dan minyak. Hempedu (CL14) yang lemah akan menyebabkan kulit gagal mengawal kelembapan dan penghasilan minyak. Akibatnya apabila liang roma tersekat degan habuk dan kotoran, pembiakan bacteria terjadi dan system limpa akan mengalirkan sejumlah protein untuk mengawalnya. Tetapi kandungan protein yang berlebihan akan menjadikan proses penstabilan tidak berlaku dengan baik malah bacteria akan terus membiak hingga menyebabkan protein akan ditambah di bawah kulit. Akibatnya terbentuklah jerawat yang besar. Saiz dan jenis jerawat bergantung kepada jumlah protein yang dihasilkan. Sepatutnya protein membantu bertindak sebagai antibiotic tetapi sebaliknya bertindak sebagai makanan kepada bacteria hingga mengakibatkan jerawat terbentuk dengan lebih besar.

Selaran cahaya matahari atau kegelapan kulit

Protein yang berlebihan yang disimpan di bawah kulit dalam bentuk asid lemak ialah bahan yang mudah teroksida. Cahaya matahari boleh menyababkan protein teroksida dengan mudah. Pengoksidaan protein akan menjadikannya mudah bertukar kepada warna yang gelap atau kehitaman.
Mereka yang mengambil makanan tinggi protein akan mudah terselar atau menjadi gelap apabila terdedah dengan cahaya matahari.

Obesiti dan masalah berat badan

Lemak yang berlebihan terkumpul di bawah kulit lama-kelamaan akan turut bertimbun jauh dari kulit. Kegagalan hati untuk memproses semula lemak yang tebentuk boleh menyebabkan berat badan bertambah dan menyebabkan masalah obesity.

Masalah buah pinggang
Organ yang pertama akan menyahkan protein ialah Buah Pinggang (CL13). Kehadiran protein yang terlalu tinggi akan menyebabkan buah pinggang terbeban dan tidak cekap. Akibatnya akan terbentuk plug atau karang di bahagian dalam buah pinggang. Selain buah pinggang, saluran uretra dan ureter serta pundi kencing dan prostat akan terganggu. Antara symptom yang muncul akibat daripada masalah ini ialah masalah membuang air kecil seperti kerap kencing, tidak tahan untuk membuang air kecil dan kencing malam. Jika masalah prostat terganggu disertai dengan kelemahan kelenjar adrenal, maka akan terjadi masalah kencing tidak lawas dan terkucil.

Kekuatan kelenjar adrenal bergantung kepada tenaga daripada Buah Pinggang (CL13). Kelenjar adrenal yang terjejas akibat daripada bebanan protein di buah pinggang akan menyebabkan isyarat elektrik yang berfungsi menjaga kecemasan tidak dapat dikawal oleh kelenjar adrenal. Masalah daripada kelenjar adrenal akan menyebabkan symptom berkaitan dengan kecemasan dan masalah berkaitan seksual. Jika berlaku kebocoran isyarat elektrik, seseorang akan mudah klimaks. Jika kehabisan isyarat elektrik, seseorang tidak dapat klimaks atau lemas.

Anda boleh menguji tenaga elektrik di kelenjar adrenal dengan cara menyucuk pinggang seseorang. Jika dia mudah terkejut, ia menunjukkan tenaga elektrik mencukupi. Jika tiada tindak balas, ia menunjukkan kelenjar adrenal terjejas akibat terlebih protein.

Masalah IQ tinggi
Hati (CL12) ialah organ yang pertama memproses protein. Tetapi apablia protein berlebihan, hati akan terbeban dan mengganggu pemikiran kreatif. Akibatnya tahap IQ akan meningkat. Antara tanda disebabkan oleh masalah ini ialah pemikiran menjadi buntu, lurus bendul dan setiap yang dilakukan tidak mendatangkan hasil.

Apabila IQ (intelligent quotient) tinggi, maka akan berlaku masalah kekurangan EQ (emotional quotient). IQ ialah keupayaan mengingat dalam bentuk trauma. Ingatannya menjadi kekal dan tidak dapat diperbaharui. Jika keupayaan IQ digunakan untuk menghafal, hafalan tersebut kuat tetapi bersifat sementara.

Bagi pelajar, mereka yang mengambil protein berlebihan tidak seimbang pencapaian bagi semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang terbaik pula tidak menacapai tahap cemerlang dan sempurna. Walaupun mereka mendapat markah tinggi dalam sesuatu mata pelajaran, tetapi mereka tidak memahami hakikat sebenar tentang apa yang dipelajari dan ia tidak dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

IQ yang tinggi akan menyebabkan seseorang kurang penghayatan dan menghargai orang lain. Pelajar yang tinggi IQ nya akan mudah menjadi keras kepala dan degil. Di dalam kelas mereka suka mencari kesalahan gurunya.

Walaupun IQ menjadikan seseorang itu dapat mengingat melalui hafalan, tetapi hafalan tersebut ialah kesan trauma akibat daripada paksaan. Kesan ini tidak dapat diperbaharui dan boleh menjadi ingatan jangka pendek, tetapi akan terimbas kembali dalam tempoh jangka panjang apabila berlaku rangsangan peristiwa.

Sebagai kesimpulan, di bawah ini ialah jadual perbezaan antara IQ dan EQ;

Emotional QuotientIntellectual Quotient
Belajar melalui penghayatan dan pemahamanBelajar melalui hafalan
Pengalaman jangka panjangIngatan jangka pendek
Menghargai dan memahami orang lainMemberi keutamaan kepada diri sendiri dahulu
Tidak begitu terserlah dalam pelajaran tetapi bekerja dengan rajin sebelum dimintaCemerlang dalam pelajaran tetapi keras kepala dan degil
Turut mencadangkan jalan kerja dengan kreatifLurus bendul jika menurut perintah
Bekerja lebih masa dan menggandakan kerjaBekerja dengan jalan pantas atau seperti yang dikehendaki sahaja
Memperbaharui pengalamanDihantui peristiwa
Menganalisa dengan terperinciMengekstrak isi penting
Yakin dengan pengorbananTerpaksa menipu untuk selamat
Perkara yang jelas salah, dihindariMatlamat menghalalkan cara

Pelupa
Kebanyakan sumber protein mempunyai radioisotope 12 iaitu sifat logam berat yang mudah teroksida, punca kanser dan membebankan kelenjar untuk menghasilkan hormone. Kelenjar memerlukan mineral untuk membantu menghasilan hormone. Tetapi kehadiran logam berat akan mengganggu fungsi kelenjar. Kelanjar yang paling terjejas ialah kelanjar Pituitary (CL2). Kelenjar Pituitary (CL2) berperanan menjaga ingatan jangka panjang yang boleh diperbaharui.
Pengambilan protein berlebihan akan menyebabkan penigkatan IQ tetapi hakikat sebenarnya kurang daya ingatan segar atau ingatan mutlak yang boleh diperbaharui dan tertakluk kepada penghayatan dan rasa menghargai orang lain.

Mata silau

Organ Hati (CL12) mengawal protein yang akan membantu otot terutama di bahagian ligamen. Di bahagian mata, iris ialah bahagian yang paling terjejas akibat daripada pengambilan protein berlebihan. Akibanya iris tidak dapat mengawal pencahayaan yang masuk ke bahagian mata. Oleh itu, mereka yang mengambil protein yang berlebihan akan mengalami masalah mata silau dengan cahaya atau apabila keluar dari rumah. Tandanya akan kelihatan seperti mata hendak terbedip atau hendak terpejam.

Faktor Gout
Protein adalah besifat asid. Apabila protein hadir berlebihan dalam darah, ia akan ditukar menjadi asid lemak untuk disimpan. Tetapi asid lemak berlebihan akan ditukar menjadi uric asid dalam darah untuk disingkirkan oleh tubuh.
Jika uric asid berlebihan tidak dapat disingkirkan, ia akan terkumpul di bahagian kaki. Ketika tidur, uric asid akan terperangkap di bahagian bawah tapak kaki. Simptom seperti sakit di tumit ketika bangun dari tidur ialah tanda awal terjadinya gout.

Mudah demam
Pankreas (CL15) akan merembeskan glycogen untuk meneutralkan uric asid berlebihan. Tetapi jika uric asid wujud dalam kuantiti yang banyak, pancreas akan terbeban sehingga menyebabkannya menjadi lemah. Pankreas dikawal oleh bahagian otak yang juga berfungsi sebagai pusat Kawalan Suhu (CL7). Kelemahan di bahagian Pankreas (CL15) juga akan menyebabkan pusat Kawalan Suhu (CL7) menjadi lemah.
Kekuatan pusat kawalan suhu (CL7) akan memastikan tubuh mudah menghadapi perubahan suhu persekitaran. Jika suhu badan tidak dapat dikawal akibat terdedah dengan hujan atau panas terik akan menjadikan tubuh tidak dapat mencegah jangkitan bacteria punca selsema dan demam.
Mereka yang mengambil protein berlebihan akan kerap mendapat demam sekiranya terdedah kepada panas atau hujan. Sekiranya kelemahan di bahagian pusat Kawalan Suhu (CL7) disertai dengan system darah yang lemah, maka seseorang mudah mendapat jangkitan demam denggi, demam malaria, demam urat dan sebagainya.

Punca kemiskinan
Kemajuan terjadi serentak dengan daya pemikiran yang maju (The Law of Attraction dan Hukum Keseimbangan). Dengan cara pemikiran yang buntu seseorang itu amat jauh daripada daya pemikiran kreatif yang akan memajukan diri. Pengambilan protein tinggi hanya akan menyebabkan kesempitan hidup.
Masa akan menjadikan seseorang itu maju dan bebas daripada kongkongan. Protein ialah logam dan jisim yang akan terperangkap dengan tarikan gravity. Seseorang yang mengambil protein tinggi tidak akan berganjak daripada nasib hidupnya.
Mereka yang mengambil susu tinggi protein akan mengalami masalah kesempitan hidup.

Protein yang diperlukan
Protein yang diperlukan oleh tubuh ialah protein radioisotope 14. Sumber protein 14 ialah ikan, susu kambing dan susu unta. Kandungan protein dalam sumber ini ialah ideal iaitu kurang daripada 50mg bagi setiap hidangan iaitu seekor ikan dan segelas susu kambing atau unta.

Mitos keperluan protein
Protein yang berlebihan dalam badan sebenarnya boleh meresap terus di dalam tubuh tetapi tidak akan bersenyawa dengan kromosom pada DNA dan RNA sel. Resapan protein ini akan menyebabkan sel akan kelihatan gemuk dan segar, tetapi tidak mempertenagakan sel. Sesuatu organ yang menerima protein yang banyak masih mampu merembeskan sesuatu enzim, contohnya rembesan insulin daripada pancreas. Inilah sebabnya sesetengah orang mendakwa susu awal lembu atau susu yang mengandungi lebih IGG ini membantu mencegah masalah diabetes atau kencing manis.
Insulin hendaklah dirembeskan mengukut isyarat rembesan yang dihantar oleh otak supaya gula dapat dicernakan dengan sempurna dan insulin dapat dirembeskan pada kadar yang tepat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kadar insulin didapati meningkat setelah pengambilan susu tinggi protein, tetapi insulin ini tidak dapat mencernakan keseluruhan gula yang terdapat dalam tubuh secara semua jadi disebabkan rembesannya tidak secara semula jadi.
Insulin yang dihasilkan terlalu banyak dalam tubuh akibat daripada masalah ini bukan sahaja tidak dapat mencernakan gula dengan efisyen, malah lebihannya akan menjadi punca gastric kerana ia bersifat menghakis dinding-dinding perut.
Selain pancreas, organ-organ lain seperti Perut, Hati dan Limpa (CL12), Buah Pinggang (CL13), Hempedu (CL14) juga akan menjadi (seperti yang paling sesuai diistilahkan sebagai) gemuk. Tetapi tidak bertenaga malah menjadi lemah. “Kegemukan” organ-organ ini hanya akan menjadikan rasa sakit di bahagian tersebut menjadi terhalang. Hubungan organ ini dengan tulang belakang akan menjadikan rasa sakit belakang hilang untuk sementara waktu.
Janganlah jadikan kedua dua alasan ini (merawat diabetes dan sakit belakang) sebagai sebab untuk seseorang itu mengambil susu tinggi protein. Kemudaratannya lebih buruk daripada manfaat yang ada.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat penyakit berkaitan dengan masalah lebihan protein atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

10 ulasan:

Tanya berkata...

Salam Dr. Penerangan Dr sangat bagus sehingga membuatkan saya semakin ingin tahu lebih banyak dan mendalami. Ilmu CVT ini sungguh lain dan mempunyai jawapan bagi setiap persoalan.

Saya dapat merumuskan daripada pembacaan posting Dr bahawa hampir semua penyakit dapat dikaitkan semula dengan apa yang kita makan. Apa yang kita makan akan mempengaruhi karektor dan karektor ini merupakan simtom sebelum penyakit itu menjadi parah.

Oleh kerana segalanya dikaitkan dengan apa yang kita makan, saya cuba membaca semula Sistem Penghadaman dan cuba mengkaji semula dari mula makanan masuk ke mulut hingga dikeluarkan di rektum. Namun pemahaman hanya sekadar sains semata seperti peranan organ tertentu merembeskan enzim, peranan hati simpan tenaga yang tidak diperlukan dan tukar semula kepada tenaga dan lain-lain. Dapat kah kiranya Dr menerangkan di sini perjalanan makanan kita yang menjadi darah dan karektor ini?

Terima kasih Dr. Teruskan berjuang.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Ceritanya amat panjang. Kesimpulannya ialah DNA dan RNA makanan yang dimakan akan bersenyawa dengan DNA dan RNA sel tubuh hingga memberikan kesan terhadap maklumat di dalamnya yang mempengaruhi karektor.

Jika makanan tidak mempengaruhi karektor, manusia tidak menghadapi masalah untuk minum atau makan apa sahaja makanan, sayur atau daging termasuk yang diharamkan.

Allah itu Maha Adil, setiap yang dilarang ada sebabnya, tetapi minda kita belum sampai ke tahap itu untuk mengetahuinya.

Orang barat (yang tidak beriman)atau yang berpendidikan barat (maafkan saya), biasanya apabila gagal menemui kaitan karektor dengan organ, mereka mudah melakukan kebinasaan terhadap diri sendiri tanpa mereka sedari.

Kejayaan penemuan karektor yang dikaitkan dengan organ menjadikan rawatan Colour Vibration Therapy berjaya merawat penyakit dengan mudah termasuk kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh seperti HIV Aids, kanser dan sebagainya. Jika kami menafikan karektor ada kaitan dengan organ, serta menafikan makanan mempengaruhi karektor, maka tidak wujudlah kaedah rawatan Colour Vibration Therapy yang kini telah berjaya merawat beribu-ribu pesakit sejak lebih 11 tahun lalu.

Insya Allah saya akan menulis post tentang anatomi dan karektor serta asas teori ganetik berdasarkan konsep rawatan Colour Vibration Therapy.

Tanya berkata...

Salam Dr...

Recently makin banyak article yang sebegini yang claim berbagai-bagai kelebihan masing-masing.Contoh mengenai budu ni. Saya rasa makanan yang diperam sure bukan makanan yang dicadangkan oleh CVT, tetapi artikel ni pula sangat berbeza pula. Dr bantu betulkan mana yang boleh diperbetulkan yer...Terima kasih.

Peminat budu sekalian….

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trganu dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu
kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno". Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi .

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaat kan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Ia juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu ialah vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria Klebsiella Pneumoniae dan Citrobacter frundiin -yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan- ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39,2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat
diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon(unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat jika dibandingkan dengan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina ,Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara .

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ),hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang
mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

So minumlah budu mcm minum air mineral...ok! !!__..___

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Artikal di atas saya pernah terima melalui email berantai pada bulan Mac yang lalu.

Antioksidan adalah perkara menarik untuk dikaji. Saya juga ingin menulis post khas tentang antioksidan bagi menerangkan tentang palbagai dakwaan yang sensasi seperti ini.

Sebagai jawapan ringkas dan rumusan, antioksidan hendaklah bahan yang tidak masam. Colour Vibration Therapy selalu ingin mencapat matlamat antioksidan, tetapi sejak dari dasarnya telah menolak sumber yang berasid dan berkolestrol tinggi.

Kami menggunakan kaedah "Matlamat tidak menghalalkan cara" dan kaedah "Untuk mengelakkan mudarat yang besar, pilihlah mudarat yang kecil" serta "Sekiranya ada mudarat, tinggalkan ia walaupun ada manfaat yang kecil" atau "Jika ada mudarat yang besar, tinggalkan ia walaupun ada manfaat".

Jika hendak dapatkan pottasium dan magnesium yang tinggi ia boleh didapati dengan banyaknya dalam sotong dan khinzir. Tetapi kerana kolestrolnya amat tinggi, kita terpaksa tinggalkannya.

Buah prune dan budu walaupun terdapat banyak bahan antioksida, tetapi juga terdapat urik asid yang tinggi.

Kimotherapy boleh membunuh sel kanser, tetapi juga membunuh sel-sel dorman.

X-ray dan radionik boleh digunakan untuk melihat keadaan dalam tubuh, tetapi membunuh sel-sel dorman.

Semua bahan hendaklah diambil dengan seimbang dan sedikit. Atau jika ia memudaratkan, terpaksalah ditinggalkan.

Saudara Tanya, terima kasih di atas komen yang diberikan. Insya Allah saya akan penuhinya (memberi penjelasan lengkap dalam post) seperti yang dijanjikan. Setiap komen sedikit sebanyak telah membantu mengimbangi tulisan saya. Satu perkara saya kagum dengan saudara, rajinnya saudara baca post tentang masa (walaupun saya kesan saudara tak faham sepenuhnya). Tidak sia-sialah saya menulis dan mengkaji mengenainya. Sebenarnya Al-Kindi ialah orang yang pertama yang mengkaji tentang teori masa dan jisim. Orang barat amatlah marah dengan beliau di atas kajian ini, tetapi albert einstein mengembangkannya hingga menemui teori relativiti. Saya mengembangkannya semula dengan catusan inspirasi teori Colour Vibration Therapy. Teori ini juga telah menemukan Hukum Keseimbangan dan Hukum Keserentakan yang ditolak oleh barat dan rawatan klasik (allopathic medicine) kerana pemikiran mereka gagal sampai ke tahap penemuan hakikat bahawa "organ sebenarnya berkaitan dengan karektor".

Tanya berkata...

Terima kasih Dr.

Benar, saya berminat ingin mengetahui mengenai masa. Saya selalu berfikir akan ketetapan Allah menjadikan masa bagi setiap orang berbeza-beza. Saya cuba mengaitkan kaitan masa dengan takdir. Saya cuba menyelami perjalanan masa setiap masa dan takdir setiap orang yang berbeza-beza. Adakah setiap orang telah ditetapkan menjadi kaya atau susah, pandai atau tidak, sihat atau sakit. Selalu orang kata takdir telah ditetapkan dan kita hendaklah bersyukur dengan setiap yang kita perolehi baik ianya positif atau negatif. Sebagai contoh selalu kita mendengar bahawa kalau Allah ingin jadikan kita kaya misalnya, kalau itu kehendakNya maka itulah yang akan terjadi, begitu juga sebaliknya. Itu yang saya cuba fikirkan.... Kalau dapat Dr bantu elaborate dalam topik MASA.

Manusia itu adakah ada pasang surutnya dalam kehidupan... ada masa susah dan ada masa senang. Itu orang kata lumrah kehidupan. Tetapi saya merasa ianya perkaitan dengan takdir atau MASA ini.

Dan kalau masa kita telah ditetapkan, bagaimana pula perkaitan Dr kata kita sakit kerana runtuhnya akhlak pula? Adakah maknanya kita runtuh akhlak juga telah ditetapkan bagi menjadikan kita sakit? Maaf Dr atas pertanyaan saya ini. Saya ingin mengetahui. Terima kasih

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Insya Allah saya akan tulis topik mengenai masa ini dengan lebih mendalam. Sekarang baru saya tahu, post saya sebelum ini tentang masa masih belum jelas.

Sebelum saya menjelaskannya dalam post yang baru, rumusan mengenai masa ialah masa itu tenaga, relatif dengan pergerakan dan tenaga, waktu kita ini disukat dengan masa yang dimaksudkan ini, tetapi masa bukannya waktu. Masa bukan menggambarkan waktu pada jam atau hari atau minggu dan seterusnya. Masa ini ialah istilah fizik bagi menunjukkan tenaga yang bergerak, relativinya menjadikannya bertempoh hingga kita boleh menyukat waktu dengan jam, hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

Gelombang yang tidak dapat dilihat ini ialah masa. Masa bukan sekadar tenaga, tetapi melibatkan bergerakan jisim di dalam sesuatu ruang.

Orang yang sakit kehilangan masa, rawatan yang dilakukan oleh Colour Vibration Therapy ialah mengembalikan semula masa.

Unknown berkata...

tentang kematian kehidupan dan jodoh adalah ketentuan allah dia x dapat dijelaskan walaupun dari segi saintifik.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Ya betul, jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut, anak dalam kandungan lelaki atau perempuan adalah urusan Allah.

Begitu juga nombor dalam al Quran, rahsia huruf dalam al Quran, makna huruf alif, lam, mim... yaa sinn.. tho ha... alif lam ro.. dan sebagainya.

Jika manusia boleh mengungkap rahsia tersebut, ia hanya boleh dilakukan dengan penuh hawa nafsu.

Tanpa Nama berkata...

nilza: sy ingin minta penjelasan dr,bolehkah sya memakan ikan setiap hari?kerana sy kena pantang seafood,ayam,daging..sdgadakan kesan buruk jika mengamalkan makanan yg sama setiap hari?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

nilza; Terdapat dua jenis protein iaitu Protein Radioisotop 12 dan Protein Radioisotop 14. Kebanyakkan protein daripada tumbuhan dan susu awal lembu adalah Protein Radioisotop 12. Protein Radioisotop 12 ini mudah mengoksidakan sel dan menyebabkan banyak implikasi terhadap sesuatu organ malah ia sukar pula dicernakan dan dihadam menjadi zat yang bermanfaat. Manakala Protein Radioisotop 14 tidak mengoksidakan sel dan mudah dicernakan dan dihadam untuk manfaat sel. Sumber Protein Radioisotop 14 (Protein yang baik) datangnya daripada ikan segar, iaitu ikan yang tidak diproses atau ikan basah. Sila rujuk katagori NUTRIENT untuk maklumat lanjut.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)