Penyakit kurap terjadi daripada persekitaran yang tidak seimbang kadar kelembapan dan penerimaan cahaya matahari.
Terdapat juga tabiat yang tidak sihat punca kepada kurap antaranya ialah;
1. Memakai pakaian yang masih belum kering.
2. Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari dan berterusan lembab dalam tempoh yang lama.
3. Memakai pakaian yang baru dijemur dan masih panas.
4. Berada dalam bilik yang lembab, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari.

Bakteria yang terdapat pada kurap merebak dalam keadaan yang lembab tetapi hangat.
Bakteria yang terdapat pada kurap dan sopak juga turut boleh dijumpai dalam air panas terutama air yang panas terjemur pada pancaran matahari (air musyammas). Kerap meminum atau menggunakan air musyammas untuk mencuci pakaian atau tubuh juga adalah punca terjadinya kurap sekiranya air tersebut tidak dikeringkan dalam tempoh yang lama. Begitu juga keadaannya sekiranya seseorang itu memakai pakaian yang belum kering air musyammasnya.
Kulit yang mudah dijangkiti kuman disebabkan oleh struktur asal kulit itu lemah tenaganya. Sebenarnya kulit mempunyai tenaga dan kekuatan untuk mengawal jangkitan. Tenaga kulit menjadi lemah apabila diganggu oleh karektor negatif yang mempengarui kesihatan kulit.
Kesihatan kulit dikawal oleh keadaan hempedu. Hempedu mengawal karektor memendam sesuatu. Biasanya perasaan marah yang dipendam akan menyebabkan hempedu mudah lemah seterusnya melemahkan kulit. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk memahami pengaruh karektor terhadap sesuatu organ.
Selagi seseorang itu masih lagi menyimpan dendam atau selalu bersikap marah di dalam hati, maka selagi itulah penyakit kulitnya agak sukar dirawat. Penyakit kulit ini bukan sekadar kurap, malah merangkumi hampir kesemua jenis penyakit kulit secara umumnya.
Antara sikap suka marah dalam hati atau marah yang tidak sampai kepada orang yang dimarahi ialah seperti marah pemandu lain ketika di dalam kenderaan sendiri. Ketika itu marah yang diluahkan tidak didengari oleh pemandu yang dimarahi. Sebaliknya penumpang lain di dalam kenderaan sendiri itu yang merasa ketakutan. Keadaan ini adalah antara punca gangguan karektor yang tidak disedari dan meninggalkan kesan kesihatan terhadap kulit sekurang-kurangnya jerawat yang sukar sembuh.
Kurap pada peringkat awal boleh dikenali dengan melalui rupa ruam yang berbentuk bulat atau cincin. Pada peringkat yang kronik ia boleh membengkak, berkudis atau gatal bernanah.
Pengaruh Karektor
Untuk penyakit kulit yang terlalu kronik seperti wart, eksema dan psorisis, mereka biasanya memendam kisah silam yang terlalu lama berserta kesan trauma (ketakutan terhadap peristiwa tersebut). Untuk mengatasi masalah ini, cuba untuk memaafkan mereka yang didendam atau maafkan semua orang setiap hari. Biasanya perkara yang didendamkan itu sudah tidak dapat diingati lagi. Keupayaan untuk mengimbas atau memfokuskan orang yang didendam akan memudahkan proses untuk memaafkannya.
Rawatan Hempedu
Rawatan masalah kulit perlu kekuatan daripada organ hempedu yang mengawal tenaga sel-sel kulit serta usaha untuk membasmi bakteria yang menjagkiti di bahagian kulit. Kulit yang sihat mampu mengawal kewujudan parasit dan kehadiran biotik asing yang tidak diperlukan di kulit. Penyakit seperti kurap tidak mampu bertahan lama di kawasan kulit yang mempunyai frekuensi kulit yang asal.
Detoksifikasi
Kulit yang lemah mudah menjadi tempat pengumpulan toksik serta liang utama untuk proses perkumuhan. Keadaan ini akan lebih memburukkan lagi keadaan kulit yang tersedia lemah serta menjadikan kulit sebagai habitat terbaik untuk perkembangan bakteria. Detoksifikasi ialah kaedah yang paling lazim dilakukan oleh mana-mana rawatan alternatif. Tubuh yang bersih daripada toksik akan menyelamatkan kulit daripada pencemaran toksik dari dalam tubuh akibat daripada perkumuhan melalui perpeluhan.
Melalui kaedah rawatan Attitude Therapy, mencari punca dendam untuk dimaafkan atau diselesaikan supaya karektor negatif tidak tertanam pada kulit boleh dijalankan melalui beberapa teknik proses rawatan dan kaunseling.

Kurap dikenali melalui tanda seperti cincin.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
![]() Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya![]() |
2 ulasan:
doktor.betulke lepas kita maafkan orang yang berkenaan,kita takkan ingat lagi kesalahan yang dia dah buat kat kita?
Selagi kita masih terkenangkan kesalahannya, ia menunjukkan maaf yang diucapkan itu tidak ikhlas.
Orang yang ikhlas memaafkan ialah orang yang tidak menganggap kesalahan orang itu sebagai sebuah kesalahan.
Keikhlasan tidak boleh dibuat-buat, ia lahir daripada rasa kasih. Kasih menjadikan apa yang dilakukan itu tidak mengharapkan balasan. Kasih menjadikan apa yang dilakukan bukan seperti yang dianggap oleh orang lain seperti akal logiknya. Pemikiran yang positif menjadikan niat dan perbuatan itu ikhlas.
Memaafkan dengan ikhlas ialah beranggapan perlakuan orang yang melakukan kesalahan itu seperti tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan ialah sesuatu yang tidak akan dikenang lagi.
Catat Ulasan