SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah
Memaparkan catatan dengan label Teori Ruang Dan Masa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teori Ruang Dan Masa. Papar semua catatan

Rabu, 23 Januari 2008

Rahsia Kegelapan

Kegelapan yang kita tidak dapat melihat apa-apa sebenarnya ialah ruang untuk laluan "sinar" yang amat terang benderang yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar sebaliknya cuma boleh dikesan oleh Kelenjar Pineal (CL1) ketika ketika gelombangnya berada pada peringkat delta.

Sistem kederiaan hanya mampu mengesan "sinar" sekiranya tidak ada halangan daripada sebarang cahaya nampak yang lain atau sebarang bentuk getaran yang amat tinggi frekuensinya.

Sifat Terhad Deria

Semua deria yang terdapat pada tubuh badan tidak mampu mengesan sebarang frekuensi yang lebih rendah daripada frekuensi yang sedang dikesan ketika itu atau dalam sesuatu masa yang serentak.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan sesuatu frekuensi. Ketika sesuatu deria sedang mengesan frekuensi yang tinggi, dalam waktu yang sama, frekuensi yang rendah akan terhalang.


Kedudukan Getaran
Eksperimen di bawah menunjukkan tayangan gambar daripada TV yang kelihatan silau apabila dilihat menerusi cahaya lampu meja.
Eksperiment silau

Eksperimen di bawah menunjukkan perbezaan keadaan langit cerah (tidak berawan) yang sama, pada waktu yang sama, yang dilihat di dua tempat yang sama.


Pencerapan bintang dari dua kawasan
Atau sila lihat di tempat yang sama yang dinyalakan lampu seperti gambar di bawah.
Bintang kelihatan dalam gelap tetapi silau ketika terang
Resonan Sinar

Sinar ialah tenaga yang diperlukan oleh Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary setiap hari untuk membantu merembeskan hormon-hormon yang penting untuk keperluan tenaga dan keseimbangan tubuh. Cahaya sinar berfrekuensi amat rendah iaitu di bawah 400 nanometer atau bawah 2 Hertz. Sewaktu tubuh berada dalam keadaan penyelarasan sel dan neuron, serta ketika tubuh dalam keadaan rehat dan ketika tubuh sedang melakukan sesuatu rawatan seperti kecederaan, luka, kepatahan, kematian sel-sel dorman dan sebagainya, maka Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary akan menjalankan fungsinya. Ketika itu, keperluan sinar amat mendesak.

Berikut ialah kaedah resonan untuk mendapatkan sinar;

Tidur dalam kegelapan.

Otak akan berada dalam keadaan yang resonan dengan sinar apabila tahap keaktifannya berada pada gembang delta. Tahap delta hanya boleh dicapai apabila kita dapat tidur dalam keadaan yang lena. Maklumat lanjut mengenai tidur delta telah ditulis dalam blog ini dalam post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan
Mereka yang mengamalkan tidur dalam cahaya terang akan mudah menjadi pelupa dan apabila meningkat umur, akan timbul simptom seperti amnesia (nyanyuk).

Mandi ais dalam keadaan gelap atau mandi malam.

Dalam air yang sejuk dan ais mempunyai banyak elektron atau ion-ion negatif terdapat getaran sinar. Getaran sinar ini hanya akan diperolehi dengan resonan apabila kita mandi dalam keadaan gelap terutamanya ketika waktu malam.

Amalan yang tidak menyihatkan ialah seseorang itu mendedahkan dirinya kepada angin yang kencang atau di bawah kipas yang berpusing kencang setelah mandi, lebih-lebih lagi sekiranya tubuh tidak dikeringkan atau tidak mengenakan pakaian setelah mandi malam. Mandi air yang sejuk akan mewujudkan thermodinamik atau pemendaman haba, tetapi angin akan menyebabkan haba tubuh terbebas berserta hidrasi. Alternatif terbaik ialah tidur berselimut dalam bilik yang dipadamkan lampu dan berhawa dingin sejurus selepas mandi malam.

Balutan dengan kain Cotton (kain kapas).

Kain kapas adalah pengalir elektron yang terbaik. Membuat balutan terhadap luka, bengkak atau sesuatu kecederaan sehingga mewujudkan kegelapan akan menjadikan pembinaan tisu-tisu baru di bahagian yang tercedera jauh lebih cepat walaupun pada waktu siang. Dalam kegelapan balutan, hanya sinar yang akan menembusi balutan dan mempertenagakan sel.
Bandage Cotton

Berada dalam bilik gelap selama 30 minit untuk pesakit migrain.
Migrain
Getaran sinar amat menghampiri dengan getaran bahagian otak Hipothalamus (CL3) yang menyamai dengan warna pink. Sinar boleh mempertanagakan organ-organ di bahagian bawahan terutamanya Hipothalamus. Mereka yang diserang migrain apabila masuk ke bilik yang gelap akan hilang serangan tersebut dalam tempoh kira-kira 30 minit.

Takut Gelap

Keadaan semulajadi pada waktu siang ialah terang manakala keadaan semulajadi pada waktu malam ialah gelap. Mereka yang takut dengan keadaan semulajadi sebenarnya mempunyai simptom jangkitan penyakit. Mereka yang takut dengan kegelapan pada waktu malam biasanya ialah mereka yang menghidap masalah kemurungan atau alergi (berkaitan dengan formula CL5) dan masalah kanak-kanak nakal seperti ADHD, ADD atau Impulsivity dan Disleksia (berkaitan dengan formula CL3).

Pada waktu siang, mereka yang sentiasa membiarkan ruang dalam bilik atau rumahnya bergelap pula ialah mereka yang mengalami masalah yang sama juga tetapi ditambah dengan masalah lemah semangat, mengidap masalah gangguan spiritual seperti saka, sihir, santau dan sebagainya (berkaitan dengan formula CL1). Sepatutnya keadaan dalam rumah pada waktu siang hendaklah terang dan membenarkan cahaya matahari terutama cahaya matahari pagi masuk ke dalam rumah.

Penghadaman berlaku dalam kegelapan

Semua zat dan pemakanan yang dimakan akan mudah dicernakan ketika sistem penghadaman berada dalam kegelapan. Dalam kegelapan semua enzim dan hormon dapat dirembeskan dalam keadaan yang paling optimum. Proses ini berjalan dengan lancar ketika seseorang sedang tidur dalam kegelapan malam. Sebarang keracunan atau pengumpulan lemak dan toksik akan dipecahkan atau dicernakan semasa dalam kegelapan.

Janin terbina dalam kegelapan

Bayi dalam kandungan dapat berkembang dan sihat dan sempurna di dalam janin yang dilindungi oleh kegelapan. Sebarang unsur luar seperti melakukan ultra sound akan menyebabkan kegelapan dalam janin telah dicerobohi oleh frekuensi yang amat tinggi dan memusnahkan banyak sel-sel dorman. Ibu yang tidur dalam kegelapan dapat mengelakkan bayi yang bakal lahir diserang penyakit epilepsi (sawan atau tarik). Maklumat lanjut mengenai perkara ini telah ditulis dalam blog ini dalam katagori Ibu dan Bayi.

Sinar ialah bau-bauan harum

Bau-bauan semulajadi yang harum turut membawa bersama getaran sinar di dalamnya. Bau-bauan ini hanya boleh dikesan oleh Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary dan dihantar atau diagih-agihkan ke seluruh tubuh sebagai tenaga. Antara ciri-ciri bau-bauan ini ialah ia cuma boleh dihidu sekali sekala sahaja dalam sesuatu waktu atau sekali sahaja dalam sesuatu hari. Misalnya haruman mawar putih dan lavender cuma dapat dihidu sekali sahaja. Kemudian peluang untuk menghidunya sekali lagi amat tipis walaupun dicuba berkali-kali. Inilah dia Aromatherapy. Terdapat banyak jenis aromatherapy yang mempunyai getaran yang berbeza.
Aromatherapy
Kasih sayang sebagai medium sinar
Wanita dan kanak-kanak tidak digalakkan memakai bau-bauan terutama bau-bauan tiruan kerana kebanyakan wanita yang bersuami sebenarnya boleh mendapatkan getaran sinar daripada medium kasih sayang daripada suami atau bapa (bagi kanak-kanak).
Bagi wanita yang belum bersuami atau telah menjadi janda, mereka sebaiknya pulang kepada bapa supaya sentiasa mendapat kekuatan semangat, insya Allah.

Colour Level Super, CLS

Sebagai alternatif, Attitude Therapy telah menghasilkan sebuah formula yang mengandungi 'sinar' khas yang resonan diambil pada bila-bila masa dan keadaan. 

Semoga anda dimurahkan rezeki dan dibahagiakan oleh Allah. Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh, sila hubungi kami. Kami sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)

untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Rabu, 14 November 2007

Kuasa Graviti Terhenti

Atom dengan nisbah terbesar atau bumi adalah alat pengukur waktu yang paling tepat. Hari ini kita telah membuktikan bahawa jam antarabangsa berjalan 1/10 detik lambat dalam waktu 24 jam atau satu hari satu malam. Data bahawa bumi berputar lebih lambat berulang-ulang kali dari setahun ke setahun hingga ke hari ini. Kelambatan bumi berputar pada paksinya kerana adanya geseran pada lapisan tertinggi atmosfera yang mempengaruhi penciptaan bumi.

Bumi yang terdiri daripada dua lapisan padat dan cair sudah tentunya akan mempunyai kecepatan putaran sendiri yang dipengaruhi pula oleh medan magnet luaran atau permukaan dan dalam bumi. Kedua-dua perbezaan ini akan mempengaruhi suhu bumi yang sukar dibayangkan kepanasannya dan kedinginannya. Ini bererti bahawa pada saat itu seluruh sistem universal saling bertaburan dan bertindihan antara satu sama lain kerana hilangnya kuasa graviti yang ada pada bumi sebagai pusat tatasuria yang sememangnya tidak disyaki lagi.

Ahli sains juga telah turut bimbang kerana bulan didapati semakin jauh daripada bumi yang pastinya akan memanaskan permukaan bumi dan bumi ketika itu berada pada keadaan yang amat menggerunkan apabila Kutub Utara dan Kutub Selatan berada pada garisan Khatulistiwa. Ketika itu air laut akan naik dan banjir besar akan berlaku kerana tahap ais yang mencair akan menenggelamkan seluruh bumi ini. Ketika itu air akan melimpah ke luar dari permukaan bumi dan hilanglah kuasa graviti seluruh sistem universal termasuk bumi. Akhirnya bulan akan jatuh bertembung dan berpadu pada bumi dan menimbulkan gempa bumi yang tidak sanggup dibayangkan lagi oleh akal kita yang cetek ini.
Pertembungan yang juga percantuman
Bulan bertembung dengan bumi
Pertembungan penggaulan planet
Teori pertembungan planet
Kajian ini turut membuat kesimpulan bahawa suatu hari nanti matahari pula berada paling hampir pada bumi bahkan bintang-bintang lain turut rapat dan pasti berlaku geseran antara satu sama lainnya. Seluruh jagat raya ini akan hancur berkeping-keping bagai debu yang bertaburan dan berterbangan dan ketika itu cahaya setiap planet akan tembus dan menembusi dan merosakkan tenaganya dengan melakukan kilauan yang terang-benderang yang tidak sanggup dipandang oleh mata. Hukum matematik yang tidak diragukan lagi menguatkan pernyataan kiamat telah ditentukan masanya oleh Allah sebelum Allah merancang penciptaan alam semesta ini.
Banjir besar, gunung menjadi debu, planet bertaburan
Akhirnya cahaya akan terus lenyap dan gerakan planet yang bertaburan dengan kelajuan yang tidak terkawal akhirnya berhenti. Sumber-sumber cahaya menjadi lenyap dan padam. Ketika itu tiada lagi kepanasan maka hilanglah zaman dan waktu yang ketika itu tiada apa-apa kecuali dingin dan gelap.

Semua yang hidup pasti mati / kiamat

Akhirnya bumi akan kehilangan tenaga untuk melakukan revolusi atau pusingan. Bumi hari ini berputar semakin lambat. Bumi juga didapati semakin tua. Kalau ia sama sekali berhenti berputar, kiamat pasti datang.

Bunyi Penciptaan

Gelombang frekuensi rendah di bawah 20 Hertz.

Penciptaan alam ini sebenarnya terjadi dari cahaya bunyi yang bermula pada satu ledakan atau letupan yang besar. "Big Bang"
Teori Big Bang
Bunyi Pemusnah

Gelombang frekuensi tinggi yang melebihi 20 kilo Hertz / Mega Hertz.

Akhirnya alam ini musnah sama sekali dengan kehadiran bunyi yang tidak mampu diterima pada mana-mana sistem kederiaan.

Permulaan penciptaan manusia adalah bunyi dan akhirnya sebuah penciptaan yang lebih besar iaitu alam juga bermula dan berakhir dengan bunyi. Manusia juga akan dihidupkan semula dengan bunyi.

Nyatalah bunyi itu suatu bentuk daya tenaga yang boleh membina dan memusnahkan. Bunyi yang tidak mampu didengari oleh manusia adalah satu daya yang paling kecil tetapi paling memberi manfaat kepada pelbagai penciptaan semula jadi.

Kesimpulan

Setelah kita memahami tentang diri kita, penyakit dan sebagainya maka dapatlah dilihat bahawasanya segala-galanya akan kembali kepada urusan Maha Pencipta, sebagai suatu ujian keikhlasan di atas ilmu yang sebenar.

Segala-galanya juga bagaikan sekerdipan mata yang tidak dapat diukur namun harus dilalui oleh setiap manusia. Adakah kita ingin meninggalkan dunia ini dengan keadaan berpenyakit? Jesteru kehidupan ini sebenarnya adalah "untuk mencari kematian yang mudah".

Rawatan Attitude Therapy ialah ikhtiar untuk mengembalikan semula kuasa graviti tubuh melalui konsep getaran cahaya (bercaj negatif dan positif) yang mengawal semula suhu badan supaya terus harmoni.
Graviti memastikan tubuh kita sentiasa seimbang. Sila rujuk post bertajuk Masalah Sendawa Berlebihan dalam blog ini.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Selasa, 4 September 2007

Ringkasan Asas Falsafah Teori Ruang Dan Masa

Ilmu Colour Vibration Therapy amat saintifik. Ia perlu difahami dan berlandaskan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan utama. Pemahaman yang sebenar akan membawa kepada hasil keberkesanan dalam proses merawat penyakit. Kekeliruan terhadap pemahaman ilmu Colour Vibration Therapy bukan sahaja mendatangkan hasil yang sia-sia, malah ia mengundang fitnah akibat pemesongan ilmu ke arah perkara yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Berikut ialah beberapa fakta asas pemahaman terhadap Teori Ruang Dan Masa yang direalisasikan dan diaplikasikan dalam kaedah merawat penyakit.

Masa merupakan suatu kewujudan yang berketumpatan rendah, mempunyai kekerasan yang tinggi.

Jika diambil bendul sebagai pemerhatian dalam satu eksperimen. Bendul tersebut ialah pembolehubah yang dimanipulatifkan. Ia tetap mempunyai ruang. Apabila bendul diayunkan, ia akan bergerak di ruangnya. Ayunan tersebut ialah masa. Ayunan yang lengkap akan mewujudkan jisim. Sekarang jisim yang terbentuk ialah sebuah segitiga yang keras dan padu.

Setiap objek adalah jisim yang keras. Ia menjadi jisim kerana terdapat masa yang telah mengisi ruang. Masa tersebut tidak dapat dilihat. Yang terlihat hanyalah satu bentuk yang dipanggil jisim. Disebabkan adanya masa, maka dalam ruang tersebut tidak ada ketumpatan. Ia boleh digambarkan melalui eksperimen ayunan bendul.

Contoh jisim yang mempunyai banyak masa dengan ketumpatan yang amat rendah ialah berlian.

Masa wujud dalam sel

Semua kehidupan yang menjalankan fungsinya seperti biasa mempunyai masa. Masa ialah tenaga yang terdapat di dalam sel. Sel yang kehilangan masa ialah sel yang akan mati.

Organ yang sihat ialah organ yang mempunyai masanya tersendiri yang akan terus

mempertenagakan sel supaya tisu organ akan menjalankan fungsinya dengan cekap dan normal secara semula jadi mengikut Hukum Keseimbangan.

Masa dan jisim adalah dua faktor penting dalam kehidupan

Alam ini terdiri daripada masa dan jisim dengan rumus masa bertemu ruang membentuk jisim. Penemuan terhadap konsep masa dan konsep jisim dalam dan dirumuskan dalam Teori Ruang Dan Masa menjadikan pemahaman terhadap penyakit dapat difahami dengan lebih terpeinci.

Semangat, emosi dan mental mampu mengawal masa.

Sebenarnya masa boleh terjadi dalam pelbagai bentuk tenaga. Ia terdiri daripada tenaga dalam bentuk spiritual, emosi, mental dan fizikal. Bentuk tenaga ini semuanya berada dalam tubuh kita. Ia saling bekerjasama dan menjalankan peranannya masing-masing untuk mengekalkan keharmonian dan keseimbangan fungsi organ dalam tubuh.

Manusia tidak mampu mengawal fizikal. Ia hanya boleh dikawal melalui tenaga dalam bentuk semangat, emosi dan mental melalui akal fikiran. Akal fikiran yang positif akan memberi kekuatan yang lebih untuk mengawal masa.

Masa adalah roh

Roh adalah urusan Allah yang mutlak. Ia adalah tenaga yang tidak dapat dikaji atau dilihat. Urusan perjalanan roh tidak boleh diketahui walau dengan cara apa sekali pun.

Tenaga dalam tubuh boleh diwakili sebagai roh. Tubuh yang kehilangan tenaga bermaksud juga kehilangan roh. Jasad yang tidak ada roh ialah mayat yang tidak mempunyai masa. Bentuk tenaga dalam jasad berada dalam satu bentuk tenaga yang berlainan.

Nutrient akan menjadi tenaga apabila kita fokus (berfikir dengan tumpuan)

Walau sebanyak mana nutrient yang diambil, sebenarnya tubuh yang menentukan sama ada ia perlu atau tidak dengan cara fokus. Pemikiran yang berserabut, penuh dengan masalah, tekanan, tergopoh-gapah akan menjadikan nutrient tidak diserap dengan cara sepatutnya.

Hanya dengan permikiran yang hening, sabar, ikhlas dan redho sahaja yang akan memastikan nutrient dapat diserap dengan baik dan terus memberikan tenaga atau masa untuk keperluan sel.

Kebetulan adalah berbeza dengan ketetapan - keserentakan.

Semua yang dikatakan sebagai kebetulan sebenarnya ialah keserentakan. Ia diciptakan serentak secara berpasang-pasangan. Kehadirannya ialah untuk melengkapkan Hukum Keseimbangan.

Ia boleh dirasai melalu intuisi dan instinct. Walaupun kita belum melihatnya, dengan Hukum Keseimbangan, kita dapat merasa akan sesuatu melalui intuisi dan instinct.

Contohnya rasa tidak sedap hati itu datang serentak dengan kejadian yang akan diketahui kelak. Atau rasa terlalu teringin hingga perasaan rasa berdebar-debar ialah kejadian yang telah terjadi (tetapi belum diketahui) yang amat diperlukan sebagai pelengkap diri seseorang disebabkan Hukum Keseimbangan.

Ketetapan ini dipanggil sebagai "Hukum Keserentakan".

Instinct dan intuisi adalah gaya berfikir paling asas.

Sebelum terjadinya amal, ia bermula dengan fikiran yang kreatif. Pemikiran kreatif terjadi dengan adanya niat. Niat datang daripada getaran atau debaran dalam hati yang wujud daripada instinct dan intuisi.

Tanpa pemikiran yang kreatif, tidak ada sesuatu amalan yang dapat dilakukan. Tanpa ada rasa debaran, tidak akan wujud rasa niat di hati.

Niat yang difikirkan secara berulang-ulang ialah rahsia doa yang mengubah Hukum Keseimbangan kepada satu kuasa tarikan. Ia dipanggil The Low of Attraction.

Alam mencari keseimbangan semula di dalam faktor masa.

Alam ini berfungsi dengan perantara masa dalam pelbagai bentuk tenaga. Semua tenaga menuju kepada keseimbangan. Kesimbangan ini akan menadikan alam ini terus bergerak dan berfungsi.

Fenomena ini dipanggil sebagai "Hukum Keseimbangan".

EQ adalah lebih penting daripada IQ

Pemikiran yang kreatif ialah pemikiran hasil daripada rasa hormat tubuh terhadap instinct dan intuisi yang datang. Keupayaan untuk berfikir dengan kreatif ialah tindak balas daripada penerimaan instinct. Fenomena ini dipanggil Emotional Qoutient (EQ).

Amalan fizikal yang mencipta perancangan ialah satu bentuk pemikiran ciptaan manusia yang dipanggil Intelligent Quotient (IQ).

Pesakit perlu diberikan motivasi

Semangat adalah faktor penting untuk merangsang melatonin daripada kelenjar pineal. Pesakit yang diberikan harapan bahawa penyakitnya boleh dirawat adalah ubat yang pertama diperolehi oleh pesakit.

Daripada falsafah "Penyakit terjadi daripada runtuhnya akhlak", maka pesakit perlu diterangkan kaitan organ yang lemah atau penyakit yang dialami dengan karektor yang hadir serentak atau punca penyakitnya sukar untuk pulih. Atas kesedaran ini, pesakit akan mudah mengawal karektor dan meringankan punca penyakit.

Niat adalah salah satu bentuk frekuensi dan mempunyai magnitudnya

Niat terjadi daripada instinct yang dihormati kehadirannya. Instinct ialah peringkat implitud manakala setelah ia dihayati, maka wujudlah niat yang menyamai frekuensi magnitud.

Keyakinan dan kepercayaan perlu mengiringi doa

Doa ialah rahsia niat yang berulang-ulang yang dizahirkan melalui pemikiran. Doa terjadi melalui niat yang penuh yakin dalam jiwa yang penuh mengharap.

Tidak dinamakan doa sesuatu yang tidak disertai keyakinan dan pengharapan.

Fiber dan mineral berat dapat mempengaruhi sifat redha.

Fibert terlalu merangsang otot hingga otot membuat indakan memulu dan mengambil keputusan sendiri. Ia juga memberi kesan terhadap kesihatan saraf dan tulang.

Membuat keputusan sendiri ialah tanda hilangnya sifat redha.

Gaya berfikir manusia dapat mempengaruhi aktiviti-aktiviti sel

Organ adalah seimbang denagan karektor. Setiap yang difikirkan akan mempengaruhi tindak balas sel dalam sesuatu organ.

Sifat hening, sabar, ikhlas dan rehdo akan memastikan sel berfungsi dengan normal dan terus sihat.

Daripada fenomana ini maka lahirlah fasafah bahawa "Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak".

Titik sifar (0 point) yang menguasai semua ruang.

Titik sifar terletak di puncak dalam Teori Ruang dan Masa. Jika masa dan ruang ingin mendapatkan antara satu sama lain, ia perlu dengan perantaraan point zero (atau titik sifar).

Deria mempengaruhi masa kita

Sebahagian besar deria terdapat pada level spiritual pada tubuh badan iaitu di bahagian kepala yang merangkumi Kelenjar Pineal (NW1), Kelenjar Pitutary (NW2), Thalamus (NW3), Hipothalamus (NW4), Kawalan Biotik (NW5), Sinus (NW6), Kawalan suhu (NW7) dan Medulla Ablongata (NW8).

Ketenangan akan menjadikan deria ini amat peka terhadap penerimaan instinct dan penerimaan vibration sehingga mencetuskan magnitud untuk niat. Niat adalah keseimbangan masa. Deria yang peka menjadikan masa dapat dikuasai.

Masa dan formula Natural Wave (NW) dalam perawatan

Penyakit ialah jisim yang mempunyai ruang tetapi kehilangan masa. Formula Narutal Wave menyimpan rahsia warna di bahagian gema. Gema ialah salah satu bahagian daripada masa (sebahagian lagi ialah niat yang datang daripada instinct atau intuisi).

Resonan - suatu konsep dalam penyembuhan

Resonan ialah matlamat dalam proses penyembuhan. Segala ikhtiar tidak akan mendatangkan hasil tanpa resonannya vibration yang diberi terdahap penenerimaan sel.

Formula NW lebih seimbang daripada antibiotik kimia

Formula NW tidak memerlukan bahan kimia sebaliknya mempertenagakan sel untuk membantuk merembeskan hormon dan enzim untuk menjalankan tindak balas kimia

Sel dan kesempurnaan penciptaannya

Sel ialah kejadian yang sempurna. Oleh itu, ia tidak memerlukan bahan kimia tambahan atau sebagarang bentuk gantian.

Masa manusia dan masa jin (alam ghaib)

[Tajuk di bawah ini telah diringkaskan dan setiap satunya akan masing-masing akan dituliskan dalam satu post yang berasingan]

Penjelasan mengenai saka dan kaitannya dengan spektrum warna - banyak pada tahap merah

Kesan fokus (daya tumpuan fikiran) terhadap sel

Penciptaan - hasil fikiran yang berulang kali

Masa adalah salah satu daripada rahsia berfikir berulang kali

Masa adalah relatif - kerelatifan

Sel - tekanan dan aktiviti untuk mewujudkan kesimbangan

NW sebagai penctus isyarat dalam otak agar tubuh dapat bekerja semula

Berfikir perlu tepat pada masa dan tempat (ruang)

Jangan berfikir di dalam keadaaan tertekan, lebih baik di dalam keadaan santai tanpa perasaan syak wasangka

Berfikir menjimatkan masa dunia

Bahan berasaskan dadah hanya mencakupi spektrum wana kuning, oren dan merah

Kuinin (bahan ubatan) boleh mencapai spektrum warna indigo namun masih belum sampai tahap putih

Formula NW mampu mencapai ke tahap spektrum warna putih (tertinggi)

Penyakit disebabkan virus (berkaitan dengan masa( lebih mudah disembuhkan berbanding kansue (lebih banyak dikaitkan dengan kerosakan jisim)

Setiap kewujudan mempunyai dua ciri: baik (+ve) dan tidak baik (-ve)

Ilmu ketuhanan tiada yang mencipta pembaziran

Berfikir secara intuisi perlu dilatih dengan menjaga pemakanan / tingkah laku /pemikiran dan sebagainya

Jangan berfikir sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan diri sendiri kerana boleh merosakkan fokus (daya tumpuan kepada kesuatu kebaikan)

Jangan menyalahkan takdir di atas kemalangan atau musibah, kerana pilihan tetap pada diri manusia. Berfikir akan menentukan pemilihan yang baik.

Setiap kejadian adalah tenaga dan berpasangan - kita perlu bijak memilih dengan berfikir

Gerak rasa daripada roh - lebih tepat daripada alasan logik

Gerak rasa pertama perlu dihormati

Tohmahan, fitnah terhadap kita tidak perlu dipedulikan selagi kita di pihak kebenaran

Yakinkan pesakit supaya pengambilan formula dengan kerap

Keberkesanan formula seperti Aromatherapy Seri Wajah adalah berasaskan gema niat yang tepat

Gema niat boleh berada di segenap ruang tanpa batasan

Memori banyak tersimpan di dalam kulit

Protein tinggi akan mengganggu kesihatan kulit - orgn hempedu yang rosak

Masa dan ruang yang tidak baik mencipta pemikiran yang tidak baik

Hukum (lumrah) alam adalah mencari kesimbangan

Cuka adalah bahan yang mencipta suhu panas di dalam darah

Vitamin C boleh merosakkan kulit apabila diambil secara berlebihan

Garam yang telah dimasak mencipta CO2 (gas yang tidak baik)

Garan yang baik mempertenagakan sistem neuro supaya lebih bersedia dan cekap

Pottasiom - mineral penting untuk kulit

CVT tidak menggunakan istilah membunuh kuman di dalam perawatannya

Kuman (adalah mikrob) yang perlu diberi masa supaya ia menjalankan aktivitinya semula di dalam keseimbangan

[Post ini masih dalam permbinaan, atas permintaan ramai, ia telah dipublishkan buat sementara waktu]

Pengenalan Asas Teori Ruang Dan Masa

Attitude Therapy amat berjaya dalam penghasilan formula dan amalan kaedah menerusi pemahaman ilmu fizik di dalam merealisasikan segala teori fizik, hukum-hukum alam dan pelbagai falsafah ilmu yang selama ini hanya diungkapkan secara lisan atau bertulis. Attitude Therapy percaya bahawa segala teori dan ungkapan tersebut adalah benar di dalam bentuk tenaga yang boleh ditukar bentuknya kepada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

Contohnya sekarang ini amat heboh dunia membincang dan memperkatakan tentang The Law of Attraction. Sebenarnya Attitude Therapy telah lama mengkajinya dan menamakannya dan mengkategorikannya sebagai Hukum Keserentakan, Hukum Keseimbangan dan pelbagai kategori lagi yang semuanya termaktub di dalam Teori Ruang Dan Masa. Terdapat juga beberapa teori klasik dan dapat diaplikasikan terus dalam bentuk formula bagi tujuan merawat penyakit seperti Teori Relativiti. Selain itu, dengan pembuktian dan kajian semula, beberapa teori klasik telah dimansuhkan atau direvolusikan semula contohnya seperti beberapa teori yang dipelopori oleh Thomas Alva Edison yang diamalkan oleh pengamal perubatan klasik (atau rawatan konventional di hospital Malaysia).

Sains Fizik Dan Disiplin Ilmu

Sains Fizik merupakan satu bidang keilmuan yang pasti dan tepat, sesuatu disiplin ilmu yang dinamik, sentiasa bercambah dan berkembang. Ini terbukti dengan penemuan-penemuan saintifik baru tentang fakta, konsep, prinsip, hukum, merumuskan teori-teori sains baru dan menghasilkan pelbagai bentuk teknologi baru. Namun begitu kemampuan sains membongkar rahsia alam semesta akan menemui kebuntuan dan tidak akan membawa kemajuan yang lebih seimbang serta menguntungkan umat manusia sekiranya segala kegiatannya tidak berlandaskan agama.

Hukum Fizik adalah hukum alam semula jadi yang sememangnya menjadi asas dalam segala aspek kehidupan mengikut ketentuan atau ketetapan hukum Allah.

Berasaskan ini, Attitude Therapy dalam terapeutik perubatannya telah mengambil pendekatan sains fizik membongkar keunikan hukum alam berkonsepkan Islamisasi ilmu.

Attitude Therapy sebenarnya mengajak manusia untuk mencari kebenaran dan hakikat kehidupan melalui perubatan dan menangani penyakit melalui sesuatu yang tidak nampak atau metafizik, melalui teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi, membuktikan bahawa penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang berlaku di bawah sedar dan merawat penyembuhannya melalui tenaga di bawah sedar juga tanpa mengira masa dan keadaan.

Kajian mendapati penyakit moden yang dihidapi oleh pesakit disebabkan cara berfikir yang negatif seperti melakukan perkara remeh-temeh, berangan-angan dan memikirkan perkara yang sama berulang-ulang kali tanpa mencapai rasa kepuasan yang sebenarnya.

Rahsia Masa Dan Penciptaan

Sains telah mengkaji bahawa ketetapan itu adalah ilmu. Ilmu itu adalah Nur (cahaya) dan cahaya itu adalah Masa. Masa tidak boleh dilihat, dirasa, disentuh dan digambarkan. Satu-satunya zat tenaga semula jadi yang kita tidak pernah mengambil kira, yang terlepas daripada kajian ahli-ahli sains DNA, para pengkaji tentang penyakit, satu tenaga yang paling suci, yang tidak dapat ternilai dan satu-satunya penciptaan kepada suatu penciptaan yang tidak boleh ditukar ganti tetapi mempunyai tenaga di alam ini, itulah dia "Masa".

Allah yang mencipta masa. Masa adalah rahsia penciptaan. Rahsia penciptaan dikuasai oleh masa. Maha Pencipta tidak dikuasai oleh masa.

Ini menunjukkan bahawa masa sebenarnya sudah berada dalam setiap diri manusia iaitu segala ketentuan atau takdir yang berlaku. Demikian juga dengan penyakit, ia boleh sembuh dengan kadar segera atau sebaliknya bergantung kepada usaha manusia yang menghidapi penyakit itu.

Rahsia Masa Dan Jisim

Masa adalah "jisim atau peristiwa yang terdapat dalam diri kita". Hidup kita mestilah ada tumpuan (fokus) atau matlamat, arah tujuan atau sasaran. Arah itu mestilah disertai dengan istiqamah. Bagi tujuan memahami dan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya agar tidak mengalami kerugian, adakan pertalian antara fokus dengan aktiviti harian dan tetap berterusan sehingga akhir hayat. Masa sebenarnya mempengaruhi sebab dan musabab, usaha dan ikhtiar serta perlaksanaan.

Tenaga atau persepsi masa jangan diputuskan apabila kita membuat sesuatu amalan dengan tempoh waktu dan nada yang sama pengulangannya, penerusan serta istiqamah, berturutan dengan sesuatu tujuan bagi mendapatkan tenaga yang diperlukan. Dengan kata lain, ruang masa tidak harus dicerobohi.

Umpamanya apabila sesuatu penyakit yang menimpa seseorang, tidak sembuh seperti dijangkakan. Ini disebabkan ketidaktetapan atau tidak konsisten di dalam sesuatu perkara atau usaha itu.

Masa dan jisim telah wujud sebelum penciptaan alam semesta. Sebab dan musabab adalah keadaan yang menghasilkan sesuatu peristiwa. Hukum sebab dan musabab atau sebab dan akibat ini adalah satu tenaga yang kuat dalam sistem alam ini dan ia amat bernilai. Terbukti apabila terjadi sesuatu kejadian maka ada pula sesuatu lagi kejadian. Di sinilah perlu kita memikirkan bahawa sebab dan musabab ini sebagai pasangan kepada setiap pekerjaan atau usaha. Masa, peristiwa dan kejadian yang berlaku ke atas setiap setiap individu adalah tidak sama. Ini disebabkan bahawa hukum sebab dan musabab ini berada di bawah penguasaan kehendak Maha Pencipta.

Masa Dan Pergerakan Masa

Masa berjalan sebegitu cepat. Rugilah mereka yang mengabaikan masa, leka dan cuai. Surah Al-Ashr ayat 1 higga 3, menerangkan manusia seumpama ini termasuk golongan yang rugi:


"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran."

Oleh itu, gunakan masa secara bijaksana. Elakkan kehidupan kita menjadi atau merasa bosan, gelisah, lesu, lemah, tiada kemahuan, tiada semangat kerana di situlah rangsangan Kelenjar Pineal (CL1) kita terganggu. Apabila kita tidak memikirkan tentang masa, ia akan berlalu begitu sahaja tanpa boleh dihentikan. Apabila kita tidak memikirkan tentang masa, ia akan berlalu begitu sahaja tanpa boleh dihentikan. Apabila kita seperti tersedar, kita akan merasa sedih dan sebagainya dan banyak aktiviti kita tidak mendatangkan faedah kepada diri kita. Masa yang telah terlepas tidak dapat dinilaikan dan apabila saatnya tiba (persoalan di alam akhirat), maka terasalah masa bergerak dengan lama dan sangat lambat kerana banyak persoalannya. Sebagaimana maksud Surah Al-Maarij, ayat 4;
"satu hari di akhirat bersamaan 50,000 tahun dunia"

Surah As Sajdah, ayat 5
dan Al-Hajj ayat 47 pula bermaksud;
"sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu (satu hari di akhirat bersamaan 1,000 hari dunia)"

Keadaan ini terjadi kerana banyak hitungan hisab atau soal jawab.

Bagi mereka yang memanfaatkan masa semasa hidupnya terasa tinggal di alam kubur dan akhirat hanya sebentar sahaja sepertimana maksud surah Al-Israa' ayat 52;
"kamu mengira bahawa kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar sahaja"

dan surah yunus ayat 45;
" mereka merasa di hari itu seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sekadar 1 saat sahaja di siang hari (di alam akhirat)"

Masa yang paling panjang menurut ukurannya dalam seharian ialah waktu isyak berbanding dengan waktu lain dan didapati persepsi masa antara selepas isyak sehingga tengah malam adalah konsisten.

Setelah melalui ruang masa yang paling luas iaitu bermula di malam hari, maka akan wujud pula ruang masa dengan kelajuan yang tidak dapat dinilai lagi akan kelajuannya. Masa dan ruang itu ialah permulaan tengah malam yang di ketika itu sinaran cahaya bulan menguasai alam. Pada kesempatan waktu ini amatlah sesuai merawat penyakit gangguan spiritual termasuklah meningkatkan kadar ketahanan sistem imun. Setiap detik pada waktu lain berubah dari satu masa ke satu masa. Waktu yang paling cepat dinilai dengan perubahan paling drastik ialah waktu Subuh. Inilah waktunya (kepantasan tenaga masa) yang harus diseimbangkan dan dimanfaatkan.

Sekiranya kita ingin berfikir dengan kepantasan, fikirlah pasa waktu Subuh. Masanya amat pantas iaitu anggaran hanya 20 minit sahaja. Sesiapa yang membuang masa, umpamanya berbual kosong, maka banyak maklumat tenaga yang menguasai dirinya (dalam sel-sel tubuhnya) akan berkurangan (kelajuan tenaganya berkurangan). Doa yang dipohon tidak mujarab dan tidak dapat dimakrifatkan. Sebegitu juga kesannya dengan asap rokok yang mempunyai zarah-zarah yang tidak tersusun dengan rapat serta tenaga yang tinggi frekuensinya terutama selepas waktu Maghrib hingga sebelum isyak.

Berpandukan fenomena ini, perawatan kepada pesakit yang mengalami gangguan penyakit fizikal amat berkesan dilakukan pada waktu Subuh (mandian Aromatherapy Seri Wangi pada waktu Subuh). Menurut kajian sains, mandian air sejuk ini amat berkesan di waktu ini cahaya ungu dan kebiruan masih berada di atmosfera.

Cahaya ungu ini mengandungi rahsia penawar dan luas penyerakannya ke seluruh tubuh berbanding cahaya merah yang khusus kepada tulang.

Rahsia Masa Dan Ruang Masa

Sains tidak dapat mengukur masa atau menilai masa. Para saintis menilai masa hanya dengan menilai cahaya, warna dan bunyi sahaja. Dalam hubungan ini Attitude Therapy mengutamakan asas cahaya dan menilai masa dalam rawatannya.

Umpamanya kita hendak melambatkan atau memperlahankan tempoh masa penyakit yang bakal dihidapi oleh seseorang dalam tempoh tiga atau sepuluh tahun akan datang. Si pesakit yang sembuh dari penyakit yang baru dihidapinya, penyakit lama yang pernah beliau alami terdahulu dan bakal dihidapi juga akan pulih. Yang mengalami sakit atau ketidakseimbangan itu adalah jisim dan sel. Penyakit yang dihidapi oleh jisim sel itu hanyalah ilusi atau persepsi masa sahaja. Itulah peranan gelombang cahaya menerusi kerohanian dalam menetapkan masa penyakit yang telah atau bakal dihidapi.

Inilah tugasan utama Attitude Therapy dengan mengukur semula keterlanjuran masa dan menggunakan semula tenaga cahaya dalam rawatannya.

Penyakit adalah salah satu bentuk tenaga. Manakala tenaga cahaya itu dapat dinilai dalam frekuensi warna yang kita dapati berkisar dalam satu perkara yang sama dan berada di dalam satu ruang yang sama juga (ruang kosong).

Adakah wujud ruang kosong ini?

Itulah otak kita.

Alangkah malangnya bagi mereka yang tidak dapat mengawal otaknya, atau mereka yang tidak dapat mengawal persepsi otaknya (cepat melatah, melenting, marah, merungut). Oleh yang demikian kawallah kekuatan tenaga elektrik di otak kita kerana ia menentukan persepsi kita mengawal pemikiran dan persepsi kita kerana apa yang kita fikir itulah akan terjadi dan itu juga adalah ketetapan.

Oleh itu, untuk mengelakkan dan mengatasi sesuatu penyakit yang sukar diubati, berlakunya sesuatu kecelakaan, kemudaratan, terkena sihir atau dipukau sehingga timbul kekeliruan, maka suatu tenaga yang boleh mengatasinya dan rahsia peneutralan bagi permasalahan tersebut ialah dengan "berfikir". Berfikir atau memikir (dengan kreatif) adalah hak mutlak manusia kurniaan Ilahi yang tiada pada makhluk lain. Berfikir dengan mendalam lebih hebat daripada amalan berzikir. Hanya orang yang sihat akan mampu berfikir secara mendalam tetapi tidak kepada orang yang sakit.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy yang merealisasikan Teori Ruang Dan Masa untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia berikhtiar membantu walau di mana anda berada.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya
Tel / SMS: 016-3315761

Ahad, 10 Jun 2007

Asas Teori Ruang Dan Masa

Kita dapat memahami tenaga dan alam melalui rumusan daripada Teori Ruang dan Masa. Alam bermula daripada titik asal dinamakan Point Zero. Berdasarkan teori kejadian secara berdua-dua, alam terbahagi terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ruang dan Masa.

Ruang dan Masa apabila bertemu akan membentuk Jisim. Maka wujudlah rumus berikut:


Ruang ialah keadaan, masa adalah tenaga dan jisim adalah kejadian yang nyata.



Kejadian pada tubuh badan kita adalah lengkap mengikut teori ruang dan masa. Ruang terbahagi kepada dua iaitu Zarah dan Molekul.


Masa ialah tenaga. Ia tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai. Masa terbahagi kepada dua iaitu Niat dan Gema (Gelombang).


Zarah akan membentuk sub atom. Sub atom akan membentuk atom. Atom akan membentuk jirim. Jirim akan membentuk unsur atau benda.


Molekul akan membentuk DNA/RNA seterusnya terbinalah kromosom. Kromosom akan menentukan pembentukan dan sifat sel. Ikatan sel yang serupa akan membentuk tisu. Beberapa jenis tisu yang berlainan membentuk organ. Organ saling bertindak antara organ yang lain membentuk sitem tubuh hingga terbinalah tubuh.


Niat akan mewujudkan getaran rasa yang digelar kecintaan emosi. Kecintaan emosi akan membentuk akal pemikiran. Akal pemikiran akan mewujudkan perbuatan, tindakan atau amalan.


Gelombang yang semakin membahagikan tenaganya akan membentuk satu tenaga baru yang boleh dikenali melalui cahaya. Cahaya akan membahagikan tenaganya hingga mewujudkan tenaga baru yang boleh dikenali melalui warna. Warna akan membahagikan tenaganya hingga mewujudkan tenaga baru yang boleh dikenali melalui bunyi.


Berdasarkan huraian di atas, turutan kejadian di bahagian molekul hingga membentuk tubuh adalah dipengaruhi oleh masa. Turutan kejadian sub atom hingga membentuk unsur atau benda juga dipengaruhi oleh masa. Semua turutan ini melibatkan “Teori Kejadian Secara Berdua-Dua” dan “Hukum Keseimbangan”
Attitude Therapy mengaplikasikan Teori Ruang dan Masa dalam semua kaedah ilmu dan ikhtiar perubatan.
Daripada teori ini, kita dapat fahami punca penyakit serta kaedah merawatnya. Ia juga memberikan penjelasan terhadap beberapa fenomena terutama fisiologi tubuh atau kejadian semulajadi alam sekeliling.
Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)