SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 22 September 2007

CL untuk penyakit kronik

Penyakit kronik ialah istilah yang dicedok daripada penggunaan oleh rawatan klasik (allopathic) untuk menggambarkan tahap keterukan penyakit yang tinggi yang dialami dalam tempoh masa yang lama atau sekurang-kurangnya setelah melebihi dua bulan.

Penyakit kritikal ialah tahap keterukan penyakit yang tinggi yang tahap peningkatan keterukannya berlaku dalam tempoh masa yang singkat. Biasanya kritikal terjadi dalam bentuk kejutan, kemalangan, keracunan dan kecederaan. Penyakit kronik juga boleh menjadi kritikal jika secara tiba-tiba penyakit yang dibawa mengundang serangan mengejut, teruk dan berlaku secara mendadak. Kesemua penyakit kritikal boleh meninggalkan kesan trauma.

Attitude Therapy mengklasifikasikan penyakit kronik sebagai penyakit yang telah lama dialami kerana ia akan dirujuk mengikut keperluan rawatan. Kaedah dan keperluan rawatan penyakit kronik berbeza dengan penyakit kritikal. Penyakit kritikal akan dirawat punca atau sistem utama tubuh yang berkaitan dengan punca kritikal terjadi. Penyakit kronik terus boleh dirawat organ yang berkaitan. Dos dan kaedah pengambilan formula juga berbeza antara kronik dan kritikal.

Berikut ialah senarai penyakit kronik mengikut organ yang dilabelkan cadangan formula CL
ORGAN TERLIBATPENYAKIT KRONIK
CL1 Kelenjar PinealDelusi
Halusinasi
Kejutan kemalangan (trauma)
Schizophrenia (skizofrenia)
CL2 Kelenjar PitutaryEpilepsi
Amnesia (nyanyuk)
Dimentia (keliru)
Afasia (lembab)
Parkinson
Kerdil (rencatan tumbesaran)
Gigantic (lebihan tumbesaran)
CL3 ThalamusMigrain
Ketagihan (tembakau, alkohol, seks, narkotik)
Sering mencuri
Sering menipu
Kurang siuman (cara berkata-kata yang bodoh)
Sawan tangis
CL4 HipothalamusImsonia (sukar tidur)
Kanak-kanak marah dan menangis
CL5 Kawalan BiotikGangrene (melecur atau hangus)
Kudis berlanjutan
Kulit sensitif / masalah kulit berlanjutan
CL6
Sinus
Polyps (bengkak dalam hidung)
Hyposmia (lemah / hilang deria bau)
Resdung berlanjutan
CL7 Kawalan SuhuPekak / gangguan pendengaran
Sakit gusi
Mata kering
CL8 Medulla OblongataKerasukan
Gemuruh / berdebar jantung
Loya / kerap muntah
CL9
Tyroid
Hipotyroid
Rubella (kelenjar limfa leher membengkak)
Goiter (beguk)
Hilang suara / suara serak basah / rosak
Obesiti / kegemukan
Tubuh kanak-kanak kecil (tetapi bukan kerdil)
Sendawa tidak terkawal
CL10 Paru-ParuLelah / asma / sesak nafas
Air liur mengalir berlebihan
Mocopurulent bronchitis (suka meludah)
Batuk, pneumonia / tubercolosis / bronchitis
Kehadiran pertumbuhan di paru-paru
Barah payu dara
Bengis / samseng
CL11 JantungCoronary (sakit jantung / jantung berlubang)
Angina pactoris (kurang oksigen)
Tersedak ketika makan / ketawa / terkejut
Sesak nafas yang berpeluh dan pening
CL12 Hati, Perut, LimpaGastrik /sakit di ulu hati di bawah dada.
Hepatitis A/B, Jaundice / sakit kuning.
Biliary atresia (saluran hati tersumbat / gagal)
Sindrom reye (fungsi herper merosot)
Stenosis piloric (saluran perut mengecil)
Ulser (luka / jangkitan dalam perut)
Lymphoma (darah putih bermasalah / simptom seperti gout / gangguan paranoid)
CL13 Buah PinggangGlomerulonephritis (jangkitan kuman / saluran darah Glomeruli (dalam buah pinggang melecet dan menyebabkan kencing berdarah)
Pelbagai masalah berkaitan prostat (masalah kencing)
Kencing malam (tanpa sedar / terlewat sedar ketika sedang tidur)
Batu karang
CL14 HempeduGatal-gatal pada kulit / ekzema (eczema)
Bilirubin (kesan sakit kuning / jaundice)
Panau / kayap / kurap
Batu hempedu
Campak
Cacar air
Ketuat / kutil / jerawat / masalah kulit
CL15 PankreasDiabetes (kencing manis)
Peluh perlebihan
Perut buncit
Gastrik
Sifat iri hati, dengki, cemburu, khianat
CL16
Ovari, Testis
Lelaki lembut
Menopos awal
Mati pucuk (andropouse)
Bilangan sperm lelaki berkurang (kemandulan)
Hernia / burut (angin pasang)
Masalah / kesakitan berkaitan haid
Zigot sukar melekat (keguguran)
Telur sukar disenyawakan (kemandulan)
CL17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Lemah tenaga batin
Lambat atau tidak boleh ejakulasi (ejaculation) /lemas ketika hubungan intim.
Masalah ketegangan (erection) zakar / kerandut buah zakar yang rosak /cedera
Tempoh ketegangan (erection) zakar yang singkat
CL18
Darah, Otot
Berlebihan/ kekurangan hemoglobin / anemia
Tekanan darah tinggi / rendah / tidak normal
Kepekatan darah tidak normal. (Hipercalsemia /Hipocalsemia).
Darah tersekat / lemah / bahagian tengkuk.
Lebam / berdarah / purpura (ecchymosis).
Urat saraf betis membengkak
Leukemia (kanser darah)
Pendarahan dalaman / keadaan mudah berdarah.
Semua penyakit tentang darah.
Pendarahan / kekurangan enzim G6PD.
Hemophilia (masalah pembekuan darah).
CL19
Usus, Apandiks
Apendiks(appendix)
Hernia pusat
Sembelit
Buasir
Pendarahan semasa buang air besar
Usus kanak-kanak tersumbat
CL20 Tulang, SarafRadang sendi
Sakit tulang belakang yang meningkat.
Masalah reput tulang / osteoporosis.
Gaut / pirai / kejang / sakit mencucuk tulang tumit.Leukemia.
Meningitis (serangan kuman di selaput otak).


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

4 ulasan:

Tanya berkata...

Apakah NW ini mempunyai persamaan dengan teori dari Phytobiophysics : Prof Dame Diana Mossop http://www.phytob.com/frame.asp ?

Cuma bezanya penggunaan NW instead of FF.

Dan nak tanya demi untuk kebaikan akan comment ke atas Prof Dame Diana Mossop yang mungkin mempunyai persamaan dengan hasil penyelidikan Prof Emeritus Dr Sir Norhisham Wahab yang tidak dapat ditemui dalam journal penerbitan. Komen ini boleh didapati di http://www.quackometer.net/blog/2006/11/phytobiophysics-flower-power-or-duck.html yang ada benarnya.

Terima kasih. Harap terima dengan positif kerana pertanyaan adalah positif.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

NW pada asalnya ialah daripada teori Phytobiophysics oleh Prof Dame Diana Mossop yang ketika dulu dipanggil HF (saya tidak pasti jika sekarang dipanggil FF pula).

NW telah mengalami banyak revolusi daripada HF walaupun konsep asasnya sama.

Antara perbezaan ketara ialah range NW tidak sama dengan HF (atau dengan mana-mana formula berkonsepkan yang sama). Range NW diambil pada tahap yang paling rendah. Saya berdacang untuk menulis secara terpeinci mengenai range. Tetapi secara ringkasnya saya telah menulis mengenainya dalam post bertajuk "Cara Pengambilan dan Penggunaan Formula" dalam sub topik Teori Resonan dalam jadual Fasa Range. Mungkin saudara akan faham kenapa NW terbahagi kepada 3 fasa dalam sesuatu frekuensi. Setahu saya (6 tahun lalu) formula HF menggunakan range yang paling tinggi.

Perbezaan NW berbanding dengan fomula yang lain telah saya tulis post bertarikh 6 Julai bertajuk "Keunikan Fomrula NW".

Sebenarnya range yang berbeza adalah perlu untuk penggunaan dan fungsi yang berbeza. Bukan bermaksud range tinggi tidak baik, tetapi ia perlu disusuli dengan range yang rendah.

Merujuk kepada komen untuk Prof Dame Diana Mossop, saya dapati orang yang bertanya itu kuat berfikiran logik. Pemikiran logik tidak akan menemukan jawapan, menutup pintu hati dan akhirnya akan bertambah keliru. Saya telah merumuskan tentang masalah ilmu logik ini dalam post bertarikh 14 Julai bertajuk "Hindari Ilmu Jisim".

Ilmu CVT mudah difahami jika kita dapat faham teori Ruang dan Masa. Saya ada menulis mengenainya secara ringkas dalam pada post bertarikh 10 June bertajuk "Asas Teori Ruang dan Masa". Saya telah kumpulkan tajuk-tajuk berkenaan dalam satu katagori "Teori Ruang dan Masa", sila lihat senarai katagori yang diletakkan di side bar kiri.

Semoga saudara dapat memahaminya.

babylito berkata...

"Thalamus-Penyakit kronik mengikut organ
Migrain
Ketagihan (tembakau, alkohol, seks, narkotik)
Sering mencuri
Sering menipu
Kurang siuman (cara berkata-kata yang bodoh)
Sawan tangis"-Petikan dari Post NW utk Penyakit Kronik

Berikut adalah petikan dari kajian seorang doktor di Universiti Malaya.
"Rawatan farmakologikal, perlakuan mampu rawat ketagihan nikotin

SINDROM tarikan atau gian adalah cabaran paling hebat yang perlu dihadapi apabila hendak meninggalkan tabiat merokok.
Perokok berasa seolah-olah kehilangan sesuatu. Segala-galanya tidak kena, makan tidak sedap, sembelit, berdebar-debar, letih, cepat mengantuk, batuk, sakit dada, tidak fokus dan lebih teruk, sukar mengawal perasaan dan cepat marah.
Perunding psikiatrik dan pakar ketagihan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Mohamad Hussain Habil berkata, seorang pesakitnya memberitahu hanya memerlukan kemahuan yang kuat untuk berhenti merokok.

Katanya, pesakit itu datang semula seminggu kemudian dan memberitahu bahawa isterinya menyuruh dia menghisap semula rokok kerana tidak tahan dengan perangai panas baran apabila dia berhenti merokok.
“Dia menyangka `will power’ atau kemahuan yang kuat sudah cukup sedangkan ketagihan nikotin menyebabkan kimia dalam otak berubah dan amat susah untuk berhenti tanpa dibantu rawatan perubatan,” katanya.

Sindrom gian berlaku apabila tubuh yang biasa dengan kewujudan nikotin tiba-tiba kehilangan bahan itu. Gejala ini akan hilang dalam tempoh antara tiga hingga 14 hari. Bagaimanapun, ada bekas perokok mengalami keadaan teruk dan ada yang menerima kesan minimum.
Walaupun sindrom gian hanya kira-kira 14 hari, Dr Mohamad Hussain berkata, risiko kembali merokok bagi tempoh enam bulan adalah antara 30 hingga 40 peratus.
“Bekas perokok akan kembali merokok apabila dia berfikir tidak mengapa jika mencuba hanya satu sedutan. Bagi perokok, tidak ada selepas satu sedutan terus berhenti. Dia merasai sedutan kedua, ketiga dan akhirnya kembali merokok.

“Walaupun selepas setahun berhenti, kotak atau imej berkaitan rokok boleh menggoda mereka untuk merokok,” katanya.
Secara am, kesan sindrom gian amat kuat menyebabkan majoriti mereka yang cuba berhenti merokok tanpa bantuan rawatan perubatan menemui kegagalan.
Penyelidikan secara meluas mendapati bahawa rawatan farmakologikal dan perlakuan mampu merawat ketagihan nikotin. Kadar kejayaan adalah lebih memberangsangkan apabila perokok yang hendak berhenti dibantu rawatan perubatan.
Terapi Gantian Nikotin

Teknik ini adalah rawatan farmakologikal pertama yang diiktiraf Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk menghentikan tabiat merokok.
Teknik ini merangkumi penggunaan gam nikotin, tampalan pada kulit, semburan dan sedutan yang turut ditawarkan di kira-kira 300 klinik berhenti merokok seluruh negara.

Perunding program berhenti merokok, Dr Sallehuddin Abu Bakar, berkata nikotin digunakan kerana perokok mengalami sindrom gian akibat ketandusan bahan itu
“Hanya nikotin diberikan sedangkan terdapat 3,900 bahan beracun lain dalam rokok. Apabila nikotin dalam jumlah yang dikawal diberikan, risiko bekas perokok mendapat penyakit bahaya lain dapat dikurangkan.
“Nikotin dalam bentuk gam dan sedutan lebih popular kerana nikmat di mulut masih dirasai. Penggunaan penyedut membolehkan bekas perokok yang biasa dengan tabiat menyepit masih dapat melakukannya,” katanya.
Beliau berkata, tempoh rawatan adalah tiga bulan dengan dos nikotin dikurangkan dari minggu ke minggu hingga kekuatan dalaman pesakit bertambah mantap dan tidak lagi perlu bergantung kepada nikotin.

Bagaimanapun, katanya ada pesakit dapat mengurangkan sendiri dos nikotin dan ada pesakit yang memerlukan dos lebih tinggi kerana tahap ketagihan lebih teruk.
“Kadar karbon monoksida disukat untuk mengetahui sama ada mereka benar-benar berhenti merokok. Kira-kira 99 peratus bekas perokok bercakap benar apabila ditanya sama ada mereka masih merokok atau tidak.
“Pada minggu pertama, kadar karbon monoksida tinggi dan lama kelamaan semakin kurang yang menunjukkan paru-paru pesakit semakin bersih. Ini memberikan mereka motivasi untuk terus melupakan rokok.” katanya.
Antara perubahan lain yang menggembirakan bekas perokok termasuk tekanan darah kembali ke paras normal dan denyutan jantung lebih perlahan.

Bagaimana jika tidak berjaya? Dr Sallehuddin memberitahu teknik gabungan akan digunakan seperti sedutan bersama tampal, malah di negara maju rawatan pertama menggunakan teknik gabungan, tetapi kekurangannya ialah kos lebih mahal.
Katanya, kos rawatan menggunakan satu teknik bagi seorang pesakit adalah antara RM1,000 hingga RM1,500 manakala teknik gabungan meningkatkan kos kepada RM2,000 hingga RM3,000.

Terapi Bukan Nikotin

Walaupun terapi gantian nikotin adalah rawatan utama untuk melegakan sindrom gian, kaedah rawatan lain giat dimajukan .
Buat kali pertama, ubat bukan nikotin, bupropion, diiktiraf sebagai rawatan farmakoligikal untuk ketagihan nikotin. Ubat yang dimakan dalam bentuk pil ini tidak mengandungi nikotin dan sudah di Malaysia.
Sementara, satu lagi jenis ubat diperkenalkan di pasaran antarabangsa dan dijangka dibawa masuk ke negara ini tahun depan.
Dr Mohamad Hussain, antara pakar yang menggunakan terapi bukan nikotin di negara ini, berkata kadar kejayaan menggunakan teknik ini adalah lebih tinggi, iaitu kira-kira 60 peratus.

Bagaimanapun, katanya kaedah ini adalah rawatan jangka panjang dan pesakit perlu mematuhi jadual rawatan serta mengamalkan nasihat doktor dari segi pemakanan, gaya hidup dan beberapa teknik melawan godaan merokok.
Katanya, antara punca kegagalan kerana tidak datang untuk rawatan susulan dan menganggap sudah mencuba segala-galanya.
“Panduan kita ialah bekas perokok berjaya meninggalkan sepenuhnya tabiat merokok apabila tidak merokok selama tiga tahun,” katanya.

Rawatan Perlakuan

Di Klinik Berhenti Merokok di negara ini, terapi gantian nikotin turut menggabungkan rawatan perlakuan yang menggunakan kaedah bimbingan dan kaunseling.
Ini kerana walaupun selepas setahun berhenti merokok, mereka masih boleh terjebak dengan tabiat lama itu. Sehubungan itu, pesakit dibimbing untuk menguatkan ketahanan dalaman dengan pelbagai teknik seperti berfikiran positif dan melawan fikiran negatif.

FAKTA: Nikotin
Nikotin sebagai komponen utama dalam rokok adalah cecair tanpa warna yang bertukar menjadi perang apabila dibakar dan mengeluarkan bau apabila terdedah kepada udara.
Campuran air dan nikotin digunakan sebagai racun serangga sejak 1746 dan pada 1828, nikotin berjaya diasingkan dari daun tembakau.
Nikotin mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu saraf dan otak. Ia juga boleh berada dalam tapak tertentu badan, terutama sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah.
Kesan nikotin pada otak menyebabkan tubuh mengalami toleransi, iaitu kesan seperti mual, muntah dan pening, iaitu keadaan ketika mula merokok.
Kesan segera nikotin ialah peningkatan tekanan darah dan kadar jantung, pernafasan lebih cepat, saluran darah terjerut dan merangsang sistem saraf pusat.
Dalam tempoh 10 saat selepas menghisap rokok, nikotin memasuki otak. Setiap batang rokok mengandungi satu miligram nikotin bersama pelbagai bahan lain memasuki tubuh, termasuk otak.
Perokok yang menghisap 10 atau 20 batang rokok sehari akan mengalami kesan tindakan nikotin sebanyak 10 atau 20 kali ganda.
Nikotin yang terserap dalam tubuh, terutama darah dan otak akan menjadi semakin rendah. Kesan penurunan ini menyebabkan perokok berasa tidak selesa dan terdesak untuk menghisap rokok.
Perokok merokok sepanjang hari untuk mengekalkan kesan menyenangkan nikotin dan mencegah sindrom gian.
Pendedahan secara berterusan dan berpanjangan terhadap nikotin boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan terutama kanser. Kira-kira 90 peratus kanser paru-paru membabitkan perokok."

Apakah formula NW yang sesuai untuk merawat ketagihan merokok memandangkan perawatan moden mencadangkan kaedah yang tidak begitu jelas dan meleret-leret penjelasannya? Apakah puncanya sebilangan besar lelaki mudah tertarik pada rokok, atau adakah kerana ia hanya semata-mata lambang gaya hidup atau ada kaitan dengan kelemahan mana-mana organ?

Baby_syahiran berkata...

Manusia tlh dikurniakan dgn akal fikiran, mrk mengkaji dan terus mengkaji,ttp mungkin matlamat atau niat utk mengkaji berlainan ant manusia, contohnya org Yahudi yg terkenal dgn bijak pandai, mengkaji A-Qur'an utk mengingkarinya, mrk cuba mengubah apa yg tlh tertulis;mungkin ada yg mengkaji dgn tujuan mencapai nama. Spt dlm ilmu CVT tlg menerangkan bhw Allah menjadikan manusia dgn begitu sempurna, kenapa dikurniakan otak dgn berjuta-juta sel?Kenapa kandungan tubuh kita sama dgn unsur yg ada di alam? Kenapa ilmu CVT mengatakan kita tidak 'ditakdirkan untuk jatuh sakit',adakh kita berfikir.Skrg kita tgk bermcm2 penyakit, disbbkan tidak mampu,ramai yg tampil utk meminta derma, ttp kita tdk pasti brp ramai yg sanggup menderma. Alhamdulillah, kita sdh ada alternatif, ttp bergantung kpd keyakinan manusia juga, formula NW dicipta dgn tujuan memperbetulkan gelombang yang tidak sekata dlm organ kita, krn dlm tubuh kita sdh ada penyembuhnya,analogi yg sy biasa sy guna ialah tubuh kita bergetar mengikut frekuensi tertentu,contohnya jika frekuensi siaran radio yg kita cari tdk jelas, maka kita tidak akan dpt mendengar siaran itu dgn betul ada gangguan siaran yg lain atau bunyi, sama spt tubuh kita, bila salah satu organ tidak bergetar mengikut frekuensi yg btl, maka kita akan jatuh sakit, jadi fungsi formula ini adalah utk mencari semula frekuensi yg betul t'sbt.
Kpd pembaca budiman,formula ini juga tidak mempunyai kesan sampingan spt ubat2an kimia yg lain jd pendpt sy,jika maklumat yg byk sdh didapati dlm blog ini,kpd sesiapa yg masih menggunakan ubat2an hospital atau supplemen t'tentu utk sihat atau sembuh dr sesuatu penyakit, bertukarlah kpd formula CVT ini, terima kasih.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)