SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 4 September 2007

Pengenalan Asas Teori Ruang Dan Masa

Attitude Therapy amat berjaya dalam penghasilan formula dan amalan kaedah menerusi pemahaman ilmu fizik di dalam merealisasikan segala teori fizik, hukum-hukum alam dan pelbagai falsafah ilmu yang selama ini hanya diungkapkan secara lisan atau bertulis. Attitude Therapy percaya bahawa segala teori dan ungkapan tersebut adalah benar di dalam bentuk tenaga yang boleh ditukar bentuknya kepada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

Contohnya sekarang ini amat heboh dunia membincang dan memperkatakan tentang The Law of Attraction. Sebenarnya Attitude Therapy telah lama mengkajinya dan menamakannya dan mengkategorikannya sebagai Hukum Keserentakan, Hukum Keseimbangan dan pelbagai kategori lagi yang semuanya termaktub di dalam Teori Ruang Dan Masa. Terdapat juga beberapa teori klasik dan dapat diaplikasikan terus dalam bentuk formula bagi tujuan merawat penyakit seperti Teori Relativiti. Selain itu, dengan pembuktian dan kajian semula, beberapa teori klasik telah dimansuhkan atau direvolusikan semula contohnya seperti beberapa teori yang dipelopori oleh Thomas Alva Edison yang diamalkan oleh pengamal perubatan klasik (atau rawatan konventional di hospital Malaysia).

Sains Fizik Dan Disiplin Ilmu

Sains Fizik merupakan satu bidang keilmuan yang pasti dan tepat, sesuatu disiplin ilmu yang dinamik, sentiasa bercambah dan berkembang. Ini terbukti dengan penemuan-penemuan saintifik baru tentang fakta, konsep, prinsip, hukum, merumuskan teori-teori sains baru dan menghasilkan pelbagai bentuk teknologi baru. Namun begitu kemampuan sains membongkar rahsia alam semesta akan menemui kebuntuan dan tidak akan membawa kemajuan yang lebih seimbang serta menguntungkan umat manusia sekiranya segala kegiatannya tidak berlandaskan agama.

Hukum Fizik adalah hukum alam semula jadi yang sememangnya menjadi asas dalam segala aspek kehidupan mengikut ketentuan atau ketetapan hukum Allah.

Berasaskan ini, Attitude Therapy dalam terapeutik perubatannya telah mengambil pendekatan sains fizik membongkar keunikan hukum alam berkonsepkan Islamisasi ilmu.

Attitude Therapy sebenarnya mengajak manusia untuk mencari kebenaran dan hakikat kehidupan melalui perubatan dan menangani penyakit melalui sesuatu yang tidak nampak atau metafizik, melalui teknologi gelombang cahaya, warna dan bunyi, membuktikan bahawa penyakit sebenarnya merupakan salah satu bentuk tenaga yang boleh diubah, diganti atau dipindah-pindahkan yang berlaku di bawah sedar dan merawat penyembuhannya melalui tenaga di bawah sedar juga tanpa mengira masa dan keadaan.

Kajian mendapati penyakit moden yang dihidapi oleh pesakit disebabkan cara berfikir yang negatif seperti melakukan perkara remeh-temeh, berangan-angan dan memikirkan perkara yang sama berulang-ulang kali tanpa mencapai rasa kepuasan yang sebenarnya.

Rahsia Masa Dan Penciptaan

Sains telah mengkaji bahawa ketetapan itu adalah ilmu. Ilmu itu adalah Nur (cahaya) dan cahaya itu adalah Masa. Masa tidak boleh dilihat, dirasa, disentuh dan digambarkan. Satu-satunya zat tenaga semula jadi yang kita tidak pernah mengambil kira, yang terlepas daripada kajian ahli-ahli sains DNA, para pengkaji tentang penyakit, satu tenaga yang paling suci, yang tidak dapat ternilai dan satu-satunya penciptaan kepada suatu penciptaan yang tidak boleh ditukar ganti tetapi mempunyai tenaga di alam ini, itulah dia "Masa".

Allah yang mencipta masa. Masa adalah rahsia penciptaan. Rahsia penciptaan dikuasai oleh masa. Maha Pencipta tidak dikuasai oleh masa.

Ini menunjukkan bahawa masa sebenarnya sudah berada dalam setiap diri manusia iaitu segala ketentuan atau takdir yang berlaku. Demikian juga dengan penyakit, ia boleh sembuh dengan kadar segera atau sebaliknya bergantung kepada usaha manusia yang menghidapi penyakit itu.

Rahsia Masa Dan Jisim

Masa adalah "jisim atau peristiwa yang terdapat dalam diri kita". Hidup kita mestilah ada tumpuan (fokus) atau matlamat, arah tujuan atau sasaran. Arah itu mestilah disertai dengan istiqamah. Bagi tujuan memahami dan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya agar tidak mengalami kerugian, adakan pertalian antara fokus dengan aktiviti harian dan tetap berterusan sehingga akhir hayat. Masa sebenarnya mempengaruhi sebab dan musabab, usaha dan ikhtiar serta perlaksanaan.

Tenaga atau persepsi masa jangan diputuskan apabila kita membuat sesuatu amalan dengan tempoh waktu dan nada yang sama pengulangannya, penerusan serta istiqamah, berturutan dengan sesuatu tujuan bagi mendapatkan tenaga yang diperlukan. Dengan kata lain, ruang masa tidak harus dicerobohi.

Umpamanya apabila sesuatu penyakit yang menimpa seseorang, tidak sembuh seperti dijangkakan. Ini disebabkan ketidaktetapan atau tidak konsisten di dalam sesuatu perkara atau usaha itu.

Masa dan jisim telah wujud sebelum penciptaan alam semesta. Sebab dan musabab adalah keadaan yang menghasilkan sesuatu peristiwa. Hukum sebab dan musabab atau sebab dan akibat ini adalah satu tenaga yang kuat dalam sistem alam ini dan ia amat bernilai. Terbukti apabila terjadi sesuatu kejadian maka ada pula sesuatu lagi kejadian. Di sinilah perlu kita memikirkan bahawa sebab dan musabab ini sebagai pasangan kepada setiap pekerjaan atau usaha. Masa, peristiwa dan kejadian yang berlaku ke atas setiap setiap individu adalah tidak sama. Ini disebabkan bahawa hukum sebab dan musabab ini berada di bawah penguasaan kehendak Maha Pencipta.

Masa Dan Pergerakan Masa

Masa berjalan sebegitu cepat. Rugilah mereka yang mengabaikan masa, leka dan cuai. Surah Al-Ashr ayat 1 higga 3, menerangkan manusia seumpama ini termasuk golongan yang rugi:


"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran."

Oleh itu, gunakan masa secara bijaksana. Elakkan kehidupan kita menjadi atau merasa bosan, gelisah, lesu, lemah, tiada kemahuan, tiada semangat kerana di situlah rangsangan Kelenjar Pineal (CL1) kita terganggu. Apabila kita tidak memikirkan tentang masa, ia akan berlalu begitu sahaja tanpa boleh dihentikan. Apabila kita tidak memikirkan tentang masa, ia akan berlalu begitu sahaja tanpa boleh dihentikan. Apabila kita seperti tersedar, kita akan merasa sedih dan sebagainya dan banyak aktiviti kita tidak mendatangkan faedah kepada diri kita. Masa yang telah terlepas tidak dapat dinilaikan dan apabila saatnya tiba (persoalan di alam akhirat), maka terasalah masa bergerak dengan lama dan sangat lambat kerana banyak persoalannya. Sebagaimana maksud Surah Al-Maarij, ayat 4;
"satu hari di akhirat bersamaan 50,000 tahun dunia"

Surah As Sajdah, ayat 5
dan Al-Hajj ayat 47 pula bermaksud;
"sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu (satu hari di akhirat bersamaan 1,000 hari dunia)"

Keadaan ini terjadi kerana banyak hitungan hisab atau soal jawab.

Bagi mereka yang memanfaatkan masa semasa hidupnya terasa tinggal di alam kubur dan akhirat hanya sebentar sahaja sepertimana maksud surah Al-Israa' ayat 52;
"kamu mengira bahawa kamu tidak berdiam (di dalam kubur) kecuali sebentar sahaja"

dan surah yunus ayat 45;
" mereka merasa di hari itu seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sekadar 1 saat sahaja di siang hari (di alam akhirat)"

Masa yang paling panjang menurut ukurannya dalam seharian ialah waktu isyak berbanding dengan waktu lain dan didapati persepsi masa antara selepas isyak sehingga tengah malam adalah konsisten.

Setelah melalui ruang masa yang paling luas iaitu bermula di malam hari, maka akan wujud pula ruang masa dengan kelajuan yang tidak dapat dinilai lagi akan kelajuannya. Masa dan ruang itu ialah permulaan tengah malam yang di ketika itu sinaran cahaya bulan menguasai alam. Pada kesempatan waktu ini amatlah sesuai merawat penyakit gangguan spiritual termasuklah meningkatkan kadar ketahanan sistem imun. Setiap detik pada waktu lain berubah dari satu masa ke satu masa. Waktu yang paling cepat dinilai dengan perubahan paling drastik ialah waktu Subuh. Inilah waktunya (kepantasan tenaga masa) yang harus diseimbangkan dan dimanfaatkan.

Sekiranya kita ingin berfikir dengan kepantasan, fikirlah pasa waktu Subuh. Masanya amat pantas iaitu anggaran hanya 20 minit sahaja. Sesiapa yang membuang masa, umpamanya berbual kosong, maka banyak maklumat tenaga yang menguasai dirinya (dalam sel-sel tubuhnya) akan berkurangan (kelajuan tenaganya berkurangan). Doa yang dipohon tidak mujarab dan tidak dapat dimakrifatkan. Sebegitu juga kesannya dengan asap rokok yang mempunyai zarah-zarah yang tidak tersusun dengan rapat serta tenaga yang tinggi frekuensinya terutama selepas waktu Maghrib hingga sebelum isyak.

Berpandukan fenomena ini, perawatan kepada pesakit yang mengalami gangguan penyakit fizikal amat berkesan dilakukan pada waktu Subuh (mandian Aromatherapy Seri Wangi pada waktu Subuh). Menurut kajian sains, mandian air sejuk ini amat berkesan di waktu ini cahaya ungu dan kebiruan masih berada di atmosfera.

Cahaya ungu ini mengandungi rahsia penawar dan luas penyerakannya ke seluruh tubuh berbanding cahaya merah yang khusus kepada tulang.

Rahsia Masa Dan Ruang Masa

Sains tidak dapat mengukur masa atau menilai masa. Para saintis menilai masa hanya dengan menilai cahaya, warna dan bunyi sahaja. Dalam hubungan ini Attitude Therapy mengutamakan asas cahaya dan menilai masa dalam rawatannya.

Umpamanya kita hendak melambatkan atau memperlahankan tempoh masa penyakit yang bakal dihidapi oleh seseorang dalam tempoh tiga atau sepuluh tahun akan datang. Si pesakit yang sembuh dari penyakit yang baru dihidapinya, penyakit lama yang pernah beliau alami terdahulu dan bakal dihidapi juga akan pulih. Yang mengalami sakit atau ketidakseimbangan itu adalah jisim dan sel. Penyakit yang dihidapi oleh jisim sel itu hanyalah ilusi atau persepsi masa sahaja. Itulah peranan gelombang cahaya menerusi kerohanian dalam menetapkan masa penyakit yang telah atau bakal dihidapi.

Inilah tugasan utama Attitude Therapy dengan mengukur semula keterlanjuran masa dan menggunakan semula tenaga cahaya dalam rawatannya.

Penyakit adalah salah satu bentuk tenaga. Manakala tenaga cahaya itu dapat dinilai dalam frekuensi warna yang kita dapati berkisar dalam satu perkara yang sama dan berada di dalam satu ruang yang sama juga (ruang kosong).

Adakah wujud ruang kosong ini?

Itulah otak kita.

Alangkah malangnya bagi mereka yang tidak dapat mengawal otaknya, atau mereka yang tidak dapat mengawal persepsi otaknya (cepat melatah, melenting, marah, merungut). Oleh yang demikian kawallah kekuatan tenaga elektrik di otak kita kerana ia menentukan persepsi kita mengawal pemikiran dan persepsi kita kerana apa yang kita fikir itulah akan terjadi dan itu juga adalah ketetapan.

Oleh itu, untuk mengelakkan dan mengatasi sesuatu penyakit yang sukar diubati, berlakunya sesuatu kecelakaan, kemudaratan, terkena sihir atau dipukau sehingga timbul kekeliruan, maka suatu tenaga yang boleh mengatasinya dan rahsia peneutralan bagi permasalahan tersebut ialah dengan "berfikir". Berfikir atau memikir (dengan kreatif) adalah hak mutlak manusia kurniaan Ilahi yang tiada pada makhluk lain. Berfikir dengan mendalam lebih hebat daripada amalan berzikir. Hanya orang yang sihat akan mampu berfikir secara mendalam tetapi tidak kepada orang yang sakit.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy yang merealisasikan Teori Ruang Dan Masa untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia berikhtiar membantu walau di mana anda berada.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya
Tel / SMS: 016-3315761

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)