Makanlah seboleh-bolehnya makanan yang hampir serupa dengan alam semula jadi di tempat tinggal kita. Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah hampir dengan diri kita dan memberi perlindungan yang luas mengikut kesesuaian tempat tinggal kita. Kita yang tinggal di kawasan beriklim khatulistiwa secara tegasnya disarankan memakan buah-buahan tropika seperti betik, jambu, belimbing, nanas dan sebagainya. Buah-buahan ini mestilah segar dan tidak diperam atau diawetkan. Masak di tangkai seperti buah durian adalah anugerah buah yang kaya denga zat mineral tetapi jangan lupa bahawa bahan antioksidan banyak terletak di kulitnya yang pada mulanya bersatu dengan tangkainya. Seumpama sebiji cili yang penawarnya terletak pada tangkainya.
Walau bagaimnapun, sumber antioksidan yang paling baik ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
Apakah warna di dalam pemakanan anda?
Merah | Tomato, tembikai atau sesuatu yang berwarna merah mengandungi likoena dan boleh melindungi kita daripada kanser darah, kanser usus dan baik untuk rawatan hati dan kulit. | |
![]() | ![]() | |
B | Oren | Mengandungi Beta-Kerotena seperti lobak baik untuk meneutalkan asid berlebihan di dalam darah malah meningkatkan tahap kesabaran. |
![]() | ![]() | |
Oren -Kuning | Oren, limau, pic, nanas sebagai pelindung sel yang mujarab atau sebaliknya memecah kansel-sel darah jika berlebihan. | |
![]() | ![]() | |
Oren -Hijau | Bayam, kobis, kacang hijau, jagung kuning mengandungi lutein yang mungkin dapat melindungi penglihatan. Tetapi makanan ini tidak boleh diambil terlalu banyak kerana kandungan protein yang tinggi. | |
![]() | ![]() | |
Hijau | Sayuran hijau mengandungi sulforatena isotiosinat, hablur indola yang merupakan penentang-penentang kanser yang mujarab kerana dapat meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah. | |
![]() | ![]() | |
Putih -Hijau | Bawang putih, bawang, kucai, daun bawang mendandungi sebatian sulfur (belerang) yang dapat melindungi DNA dan seterusnya asparagus, kacang, daun saderi mengandungi antioksidan flavonoid yang melindungi membran sel. | |
![]() | ![]() |
Anda hendaklah berhati-hati ketika mengambil penambah makanan berkhasiat. Adalah lebih selamat mengambil pemakanan berkhasiat yang segar kerana amaun antioksidan di dalamnya belum rosak dan cukup besar dan mencukupi kerana tidak akan bersifat toksik walaupun diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang.
Selenium dan zink sebagai antioksidan di dalam Habbatus Sauda'
Selenium merupakan bahan yang sangat membantu melindungi penyakit jantung dan kanser yang bertindak sebagai penawar lembut dan anti kebengkakan. Zink terlibat dalam lebih 90 reaksi enzim dalam badan kita.

Ini termasuklah enzim-enzim yang mengeluarkan dan mempebaiki DNA. Zink terbukti dapat meningkatkan tindakbalas imun dan ia juga mencegah daripada berlakunya berbagai penyakit yang serius.
Perlu diingat bahawa penyakit yang sudah tercipta dan tersedia ada di dalam tubuh kita dan sepatutnya dapat dicegah adalah lebih berbahaya dan sukar diubati barbanding penyakit mendatang secara akut atau serangan secara tiba-tiba disebabkan faktor alahan.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
![]() Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya![]() |