Setiap organ memberi kesan terhadap sesuatu masalah tidur. Dengan manghayati setiap masalah terhadap fenemona tidur akan membolehkan kita mengenalpasti sesuatu masalah pada sesuatu organ. Secara umumnya bahagian otak yang mengawal tidur ialah Hipothalamus. (Dalam sistem anatomi AT dilabelkan dengan nama CL4). Oleh itu, secara umumnya segala masalah yang berkaitan dengan tidur insya Allah boleh dirawat dengan formula CL4 (sila klik untuk mengetahui keterangan formula CL4).
Tidak ada sebarang jisim sama ada dalam bentuk herba atau kimia yang boleh menembusi atau sampai ke peringkat level CL4 pada otak (Level Hipothalamus). Maka setakat ini tidak ada sebarang ubatan kimia atau herba yang benar-benar sesuai yang boleh merawat masalah tidur. Cuma vibration berwarna violet sahaja yang boleh sampai ke level CL4 (Level Hipothalamus). Vibration violet ini pula boleh disampaikan melalui medium aroma, contohnya daripada bunga lavender. Dengan teknologi moden, vibration ini telah diformulakan oleh rawatan Attitude Therapy yang dinamakan dengan Formula CL4.
Setiap kali kita tidur, neuron di otak akan disusun semula. Dalam keadaan tubuh sedang menyeimbangkan kelemahan pada sesuatu organ, maka penysunan tersebut akan memaparkan visual dan audibel mengenai pengalaman yang telah dilalui sepanjang proses penyusunan neuron. Ketika itu muncullah mimpi dan juga sesuatu fenomena ketika tidur.
Tidak ada sebarang jisim sama ada dalam bentuk herba atau kimia yang boleh menembusi atau sampai ke peringkat level CL4 pada otak (Level Hipothalamus). Maka setakat ini tidak ada sebarang ubatan kimia atau herba yang benar-benar sesuai yang boleh merawat masalah tidur. Cuma vibration berwarna violet sahaja yang boleh sampai ke level CL4 (Level Hipothalamus). Vibration violet ini pula boleh disampaikan melalui medium aroma, contohnya daripada bunga lavender. Dengan teknologi moden, vibration ini telah diformulakan oleh rawatan Attitude Therapy yang dinamakan dengan Formula CL4.
Setiap kali kita tidur, neuron di otak akan disusun semula. Dalam keadaan tubuh sedang menyeimbangkan kelemahan pada sesuatu organ, maka penysunan tersebut akan memaparkan visual dan audibel mengenai pengalaman yang telah dilalui sepanjang proses penyusunan neuron. Ketika itu muncullah mimpi dan juga sesuatu fenomena ketika tidur.

Sebenarnya, terdapat banyak fenomena masalah tidur yang berlaku, cuma kita hanya dapat mengenali dan menceritakan sebahagiannya sahaja. Antaranya ialah ialah seperti fenomena "Tidur Kena Tindih", tidur berjalan, mai-mai dan sebagainya. Terdapat juga fenomena seperti bangun terbang dari katil ketika sedang tidur dan dapat melihat diri sendiri kemudian merayau hingga dapat melihat jelas tempat yang dituju hingga apabila sedar, dan pergi ke tempat tersebut, terlihat jelas segala yang dilihat ketika tidur.

Jadual di bawah ialah jenis-jenis gangguan tidur yang biasa dihadapi oleh seseorang. Jadual yang mengaitkan antara femomena dan masalah tidur dengan sesuatu organ yang lemah ini telah diringkaskan. Sebenarnya setiap satu fenomena atau masalah tidur mempunyai keterangan saintifik yang amat panjang dan luas. Malah terdapat juga sub-sub fenomena atau masalah tidur bagi beberapa fenomena atau masalah tidur asas yang berlaku. Insya Allah saya akan menerangkannya secara terpeinci kepada anda yang berminat untuk bertanya mengenai fenomena atau masalah tidur yang berlaku pada diri anda.
KAITAN ORGAN | MASALAH TIDUR |
CL 1 Kelenjar Pineal, Ubun-ubun |
|
CL 2 Kelenjar Pituitary, Penyakit pelupa, epilepsi |
|
CL 3 Thalamus, Penyakit migrain | Simptom yang sama dengan CL 2 di atas |
CL 4 Hipothalamus, Kurang tumpuan belajar |
|
CL 5 Pusat kawalan biotik, antibiotik semulajadi, probiotik semulajadi, kemurungan |
|
CL 6 Sinus, hudung, resdung, selsema | Simptom yang sama dengan CL 5 di atas dan CL 7 di bawah |
CL 7 Pusat kawalan suhu, demam, telinga, urat mata, mulut, gigi, gusi |
|
CL 8 Medulla Oblongata, tekanan perasaan, tension, tekanan darah rendah |
|
CL 9 Tyroid, tongsil, esofagus |
|
CL 10 Paru-paru, emosi, kesedihan |
|
CL 11 Jantung, risau, panik, perasaan, kekecewaan |
|
CL 12 Hati, perut, limpa, kolestrol, malas berfikir |
|
CL 13 Buah pinggang, sakit belakang pinggang, kelenjar adrenal |
|
CL 14 Hempedu, batu kempedu, penyakit kulit | Simptom yang sama dengan CL 13 di atas dan CL 15 di bawah |
CL 15 Pankreas, kencing manis, urik asid tinggi |
|
CL 16 Ovari, testis, kemandulan |
|
CL 17 Alat kelamin, kelenjar prostat, tenaga batin | Simptom yang sama dengan CL 16 di atas dan CL 18 di bawah |
CL 18 Darah, masalah berkaitan penyakit darah |
|
CL 19 Usus, sembelit, buasir, cirit-birit, angin |
|
CL 20 Tulang, saraf, sendi. Penyakit osteoporosis, kepatahan tulang |
|
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
![]() Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya![]() |
12 ulasan:
TIDUR KENA HEMPAP HANTU
fenomena kene tindih...kepercayaandan kebenaran.Ramai diantara kita ni describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan,hujung jari,terasa berat kat dada...nampak benda2 pelik2(hantu, makhluk hitam dan sebagainyer,atau macam menghadapi kemelut dalam masa kena tindih tu)(PENGALAMAN AKU SEBAHAGIAN)kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur dengan pengalaman kena 'tindih' ni selalu lah...dan time kena tindih tu dalam 2-3 kali dalam satu masa tu...masa aku sedar...boleh bukak mata separuh.....aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang tu geram, sbb tak boleh gerak...entah brapa minit baru boleh gerak....aku dulu pun takut...memang ingat kena hempap.lepas boleh gerak tu seram sejuk semua.tapi,setelah tanya seorang rakan dan belajar pasal tubuh badan manusia..... barulah aku tau kebenaran dia.... Aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medicalnya yang seperti Dr Arif, post ni dengan istilah 'sleep paralysis'.
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)...jangan takut,,macam saya awal kena hempap ni..memberontak habis tenaga melawan si penindih ni,
temporary paralysis ni selalu berlaku bila time kita hendak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru bangun dari tidur(hypnopompic paralysis)ok, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... ..waktu nyenyak ni, biji mata kita gerak2)stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (takde muscle tone)......
Otak kita ni pun ada switch off button....dipanggil reticular activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) macam di computer kita ni yang on....kira screensaver laaa atau hibernate...Jika kita bangun, RAS switched on kembali.....kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak switch on balik badan kita.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....memag menakutkan tapi benar....
tapi paralysis itu tak semestinyer complete atau full..kadang partial atau sebahagian sahaja...itu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tapi badan lain lumpuh etc....kira windows problem laa .dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak benda bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dll..)
Menurut sebuah buku berbahasa inggris yang saya pernah baca sebab-sebab atau perkara yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk di otak...masalah keluarga, kewangan bla..bla...
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa duduk rumah ,tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh beskal,....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ada penyakit narcolepsy
So jangan lagi kita kata kena hempap dengan hantu.. MAHU AMALKAN TIDUR NORMAL NI,sebab selalu kena tindih jika lewat tidur,dulu aku ingat hantu hempap,sekarang tidak lagi,,rupanya akulah yang hantu,,,tak cukup tido,,hehehe.
Saya setuju dengan pandangan serumpun tu, sebenarnya fenomena tindih tu bukanlah disebabkan kena tindih dengan apa-apa makhluk pun...
saya pernah juga mendengar jawapan mengikut fakta sains dimana ianya juga ada kaitan dengan gangguan perjalanan darah dlm mikro saraf dlm otak kita dan terjadi masa kita tidur dan terutamanya bila badan letih....maknanya badan letih dan tertidur tapi tiba-tiba terjaga sebelum sensor-sensor dari otak sempat menerima signal.
Dalam berita harian ada artikel tentang Insomnia atau gangguan tidur. Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi-Synthelabo (M) Sdn Bhd telah mendedahkan bahawa wanita negara kita tergolong dalam kelompok yang sering menghadapi masalah tidur ataupun insomnia berbanding lelaki dan biasanya wanita yang berada dalam lingkungan 30 hingga 64 tahun didapati mengalami gejala ini, manakala bagi golongan lelaki pula ialah yang berada pada usia 30-39 dan 50-64 lebih ketara mengalami gejala ini. Insomnia dikatakan berpunca daripada tekanan, kerisauan, masalah berkaitan kerja, gaya hidup/alkohol ataupun tabiat tidur. Ia boleh mengganggu sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda yang boleh menjejaskan kehidupan sosial, emosi, hubungan dengan orang lain, kegiatan sosial, gaya hidup dan juga kehidupan keluarga. Malangnya keadaan ini tidak dilihat sebagai satu masalah kesihatan. Sepatutnya mereka yang mengalami gejala insomnia perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Saya terbaca tentang kelebihan tidur siang dari sebuah laman web kesihatan, Sebenarnya tidak banyak yang menyedari, tidur siang membantu menurunkan risiko kematian terutama pada golongan muda. Kajian yang dilakukan oleh pakar kesihatan sedunia WHO menyebutkan tidur siang selama kurang lebih 30 minit tiga kali seminggu memiliki risiko 37% lebih rendah mengalami gangguan sakit jantung.
Para ahli mengungkapkan tidur siang membantu orang untuk releks dan mengurangi tingkat stress mereka. Bahkan gangguan jantung lebih kecil ditemui di negara yang rutinnya tidur siang.
Lagi tentang info tidur siang, Kumpulan William Fishbein dari City University of New York melaporkan dalam jurnal Neurobiology of Learning and Memory bahawa tidur sekejap (sebelum sempat bermimpi) pada siang hari menguatkan ingatan isytiharan yang berkait pengetahuan. Jadi manfaat kailullah sekarang punyai sokongan sains. Namun, mereka dapati bahawa tidur ini tidak memperkuatkan ingatan tatacaraan yang berkait dengan perlakuan sesuatu. Juga, mereka hanya lakukan ujian kebolehan, dan tidak menyiasat secara asas mekanisme bagaimana ini boleh terhasil.
Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi-Synthelabo (M) Sdn Bhd telah mendedahkan bahawa wanita negara kita tergolong dalam kelompok yang sering menghadapi masalah tidur ataupun insomnia berbanding lelaki dan biasanya wanita yang berada dalam lingkungan 30 hingga 64 tahun didapati mengalami gejala ini(comment by Arina)
********************************
Mungkin gangguan tidur dan keringat malam hari pada wanita merupakan gejala-gejala awal masa transisi menopause dan awal menopause, faktor-faktor yang berkaitan dengan penurunan libido wanita di usia pertengahan begitulah agaknya, Nampaknya masuk akal jugalah 'bahawa keringat malam boleh mengganggu tidur dan kekurangan tidur mengurangi energi untuk yang lain,bagi wanita....heheh(just opinion)
Topik yang menarik. Sedikit info berdasarkan kajian mengenai gangguan tidur
1-Stress dan tekanan yang berlebihan
2-Tabiat minum kafeina dan merokok
3-Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat lelah(theopylline), ubat hipertensi(beta-blockers),ubat anti kemurungan, ubat sakit sendi,ubat alahan,pil diet dan gangguan flora usus disebabkan pengambilan antibiotik.
4-Gangguan persekitaran seperti bunyi bising, kepanasan, cahaya terlalu terang.
5-Makan malam yang lewat terutamanya jika terlalu banyak,terlalu berempah dan tinggi kandungan gula mengakibatkan kesukaran penghadaman.
6-Keadaan yang disebabkan kesakitan seperti sakit sendi
7-Berlebihan air diminum pada waktu malam yang menyebabkan terpaksa bangun malam untuk buang air kecil
8-Masalah nutrisi-kekurangan vitamin B1,B2,B5 dan kekurangan zat besi, kalsium dan magnesium
9-Penyakit seperti hyperthroidism, jangkitan parasit,sleep apnea...
Menurut Dr Steven Harvey, corak tidur yang normal terutamanya yang melibatkantidur REM (rapid eye movement) dan tidur gelombang perlahan adalah bergantung pada HGH yang dirembeskan ketika permulaan tidur.
Saya pun pernah mengalami 'sleep paralysis' ni, mcm tulisan serumpun antara sbb 'sleep paralysis' adalah org berpenyakit Narcolepsy. Narcolepsy ni bermaksud masalah tidur yg menyebabkan rasa mengantuk melampau di siang hari dengan kecenderungan pada bila-bila masa sahaja. Kesan narcolepsy :
1. Rebah dalam keadaan tidur secara tiba-tiba dalam situasi yang tidak sesuai.
2. Tidur malam yg tidak cukup menyebabkan otak cuba untuk mengejar masa tidur di siang hari.
3. Terjaga secara mendadak dan menjadi keliru (menyebabkan pening).
4. Sering mengalami mimpi nyata yang sentiasa menghantui hidup mereka.
jadi, untuk mengelak mengalami narcolepsy yg akan membawa kpd sleep paralysis , disertakan tip utk tidur lena :
1. Bermeditasi-plg elok berzikir. Ia membantu menghilangkan tekanan dengan membantu anda lebih tenang dan mudah tidur.
2. Gunakan bantal yang menyokong leher,kepala dan bahagian atas tulang belakan utk mendapatkan tidur malam yg lena.
3. Tidur di awal malam slps solat Isyak dan berwudhuk.
4. Elakkan minum minuman berkafein beberapa jam sebelum tidur.
* Berat badan yg berlebihan juga blh menyebabkn narcolepsy, kdg2 semasa rancak berbual,org tersebut blh terlena.
bila waktu tidur tak tetap'maka jadual hidup yang lain pun akan tunggng langgang;haru biru jadinya.kadangkala....sesaja je tido ....konon-konon boleh lupakan seketika masalah,atau memikirkan kerja kerja yang berlambak...bila bangun rasa lapang sikit..atau dapat ilham macam mana nak settle kan problem...sebab...kalau makan ubat...ada kesan lain...samada pada otak atau tubuh badan atau jiwa.'satu cara lain yang baru saya amalkan ialah dengar radio pada handset....sehingga terlelap...sekurangnya...meresap juga serba sedikit...ilmu,zikir selawat..... Ikuti link ini 'pemerhatian saya pada diri sendiri dan seorang rakan dengan kaitan artikel ini
good info ni...
sy biasa gak laa kena, tp dengan ayat suci al-quran sy dpat lepaskan diri dri ganguan 2..
Ayat suci Al-Quran mempunyai getaran yang laju dan tinggi sehingga boleh menembusi otak pada peringkat frontal lobis, hipothalamus, pituitary dan pineal. Otak yang bertenaga tidak mudah mendapat gelombang tidur yang rendah sehingga mudah diganggu oleh tenaga asing.
Catat Ulasan