SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Rabu, 5 September 2007

Kajian Penyembuhan Sakit Belakang

Post ini akan mendedahkan secara umum kajian mengenai rahsia Attitude Therapy sebagai ikhtiar dalam usaha merawat dan membantu proses penyembuhan sakit belakang atau tulang belakang.

Konsep ilmu yang menemui punca sakit belakang

Selagi kita tidak menemui apakah punca sebenar sesuatu penyakit, maka proses merawatnya tidak akan mencapai matlamat penyembuhan sebenar.

Attitude Therapy berpegang kepada falsafah punca penyakit yang berbunyi "Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak"

Daripada falsafah inilah punca penyakit dapat dikesan, dikaji dengan mendalam dan menghasilkan pelbagai penemuan saintifik yang amat hebat dalam usaha untuk merawat penyakit.

Kajian terhadap punca penyakit merangkumi pelbagai sudut dan peringkat yang digembeling daripada pelbagai teori dan akhirnya penyelesaian mudah ditemui. Ia terus diaplikasikan dan mendatangkan hasil yang amat memberangsangkan.

Apa yang dimaksudkan dengan Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak ialah organ dan karektor adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Selagi manusia itu bernyawa, maka selagi itu manusia mempunyai emosi, akal dan roh. Semua ini amat berkait rapat dengan aktiviti sel dan organ. Segala aktiviti sel dan organ amat dipengaruhi dan seimbangan dengan karektor. Jika baik sifat karektor, maka organ akan menjalankan fungsinya dengan lancar. Tetapi apabila nilai akhlak runtuh, maka sel akan mula pincang, kehilangan tenaga dan akhirnya musnah. Di sinilah bermulanya penyakit.

Apabila sel kehilangan tenaga, selain fungsinya telah terganggu, daya ketahanannya terhadap serangan bakteria atau virus telah lemah. Keupayaan sel untuk merembeskan sesuatu hormon dan enzim juga telah gagal. Atas kesedaran ini, usaha untuk menggantikan hormon atau enzim yang gagal dihasilkan dengan bahan kimia tiruan atau steroid atau antibiotik tidak akan mendatangkan hasil. Malah kaedah ini bukanlah usaha penyembuhan, sebaliknya ia dinamakan sebagai gantian. Sebarang unsur asing yang dimasukkan ke dalam tubuh tetap akan dinyahkan dan ia tidak akan ada sebarang integerasi dengan sel yang mempunyai DNA dan RNA yang sebenarnya hanya akan memproses bahan yang mempunyai DNA dan RNA daripada tubuh yang sama.

Apabila sel dan organ kehilangan tenaga, ikatan-ikatan molekulnya juga akan mula goyah dan boleh mengubah struktur dan keteguhan binaan tisu organ. Selain kaedah kimia, kaedah untuk membuat pembetulan atau pengubahsuaian fizikal melalui cara pembedahan juga bukan langkah penyembuhan. Ia adalah pembetulan yang bersifat sementara. Sebenarnya tubuh boleh membuat pembetulan strukturnya sendiri kerana Hukum Fizik tetap wujud dalam tubuh di masa segala atom dan molekul akan mencari keseimbangan dan ikatannya sendiri untuk memulihkan struktur asalnya.

Di sini ditegaskan bahawa sebarang kaedah yang memerlukan pembedahan yang menelan kos yang tinggi sebenarnya adalah tidak perlu sama sekali.

Tulang belakang boleh dirawat dengan mempertenagakan sel dan mencegah kehilangan tenaganya. Tulang belakang yang dirawat dengan kaedah Attitude Therapy akan bertenaga semula untuk membina ikatan-ikatan molekulnya. Ia akan kembali teguh dan terbentuk seperti normal.

Bahagian tulang belakang yang bertenaga mampu mengawal aktiviti bakteria yang membiak atau tidak terkawal populasinya disebabkan kematian sel atau ketidakaktifan sel yang telah secara tidak sengaja membina habitat yang menyumbang kepada perkembangan bakteria.

Saraf tunjang dilindungi oleh tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penghubung antara organ dan otak. Tulang belakang akan menjalankan tugasnya untuk memproses isyarat dari organ ke otak dan dari otak ke organ. Sekiranya organ mengalami sesuatu masalah atau kelemahan, isyarat bertekanan rendah yang merupakan punca kepada kehilangan tenaga di bahagian tulang belakang akan dipendam ke tulang belakang sebelum ia dibawa ke tulang coccyx (sulbi) untuk dineutralkan. Ketika itulah struktur ikatan molekul bahagian tulang belakang di sesuatu ruas akan menjadi lemah dan kesakitan mula dirasai. Semakin banyak tekanan rendah dipendam ke tulang belakang maka semakin kuat tahap kesakitan yang dirasai.

Penemuan dan penghasilan formula yang berkesan

Ramai saintis menemui punca sakit belakang atau sakit tulang belakang yang kaijiannya menghasilkan kesimpulan yang hampir sama dengan yang dikaji oleh Attitude Therapy. Tetapi malangnya, mereka hanya mampu berteori dan gagal menemui kaedah untuk merawatnya. Jika mereka dapat menemui konsep rawatan, namun mereka masih gagal menghasilkan formulanya.

Attitude Therapy bukan sahaja memahami punca sakit belakang atau tulang belakang, menemui konsep rawatan, malah turut berjaya menghasilkan formulanya. Kejayaan tersebut bukan setakat itu sahaja, ia dibuktikan dengan penyembuhan pesakit dengan cara yang lebih pantas di luar jangkaan dengan kos yang mampu dibiayai oleh semula lapisan masyarakat.

Berdasarkan kajian bahawa sakit belakang berpunca daripada "organ hadapan" iaitu liver, perut, limpa, pankreas, hempedu, buah pinggang, pundi kencing dan beberapa organ lain, maka rawatannya ialah dengan mengembalikan semula tenaga organ-organ hadapan tersebut dengan cara mempertenagakannya semula. Dengan kaedah mempertenagakan semula sel, sel akan membina dan membaiki tisu organ hingga organ dapat berfungsi seperti biasa. Kaedah ini amat selamat dan paling semulajadi.

Selain merawat organ hadapan, tulang belakang itu sendiri sebenarnya terbina daripada sel yang juga boleh menerima vibration dan boleh dipertenagakan. Rawatan Attitude Therapy yang menyeluruh menjadikan sakit belakang atau tulang belakang dapat dirawat dengan berkesan.

Kaedah Diagnosis yang tepat

Attitude Therapy mempraktikan kaedah Applied Kinesiology sebagai salah satu kaedah diagnosis yang paling pantas dan tepat hasilnya.

Applied Kinesiology ialah salah satu kaedah yang diamalkan oleh sebahagian besar pengamal rawatan alternatif di seluruh dunia. Kaedah ini tidak menyakitkan, semula jadi dan boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Antara kelebihan Applied Kinesiology adalah:-

Memberikan hasil jawapan yang hampir 100% tepat.

Ia amat meyakinkan kerana jawapan yang tidak tepat tidak dapat ditunjukkan. Oleh itu hanya jawapan yang tepat sahaja yang akan diperolehi.

Usaha untuk mendiagnos seluruh tubuh dan keadaan kesihatan dapat dijalankan dengan pantas.

Selamat dan semula jadi kerana tidak perlu bergantung kepada sebarang peralatan dan tidak membabitkan sebarang perbelanjaan. Keseluruhan proses hanya melibatkan tindak balas biofeedback daripada tubuh itu sendiri tanpa meletihkan atau menjejaskan tenaga tubuh.

Dengan kaedah pemeriksaan tahap penyakit yang memberikan keputusan yang tepat, keadaan sakit belakang atau sakit tulang belakang dapat diketahui dengan terperinci.

Berikut ialah langkah pemeriksaan yang dijalankan hingga menemui terus punca sakit belakang atau sakit tulang belakang:-

Pengesahan sama ada benar sakit belakang atau tidak
Ruas tulang belakang yang terlibat
Organ yang khusus yang terlibat dengan ruas
Punca penyakit dikenalpasti
Formula yang sesuai dicadangkan
Preskripsi dan dos pengambilan formula ditentukan
Tempoh rawatan dan kekerapan keperluan rawatan susulan dianggarkan


Kualiti perkhidmatan yang tinggi dan professional

Kaedah pemantauan yang dijalankan oleh Attitude Therapy adalah jauh lebih lengkap dan teliti jika dibandingkan dengan kaedah yang dijalankan oleh rawatan dari jenis yang lain malah lebih lengkap jika dibandingkan dengan cara di hospital. Pemantauan yang rapi akan memperlihatkan kesan pemulihan yang drastik.

Kekerapan pemantauan boleh dijalankan hampir setiap hari malah dalam sehari, kekerapan boleh mencapai hingga lebih 3 kali sehari. Kekerapan pemantauan yang diperlukan adalah bergantung kepada tahap penyakit.

Apabila pesakit dapat mengetahui sendiri tahap penyembuhannya yang pantas, keyakinan akan bertambah. Keyakinan adalah amat penting untuk merangsang semangat yang dikawal oleh kelenjar Pineal (CL1) yang akan merembeskan hormon Melatonin.

Hubungan mesra dan penuh rasa kasih antara perawat dan pesakit akan mewujudkan medium (pengalir vibration) yang tinggi kekonduktifannya supaya segala bentuk tenaga yang bermanfaat akan dialirkan kepada sel dengan cekap untuk mencapai resonan (keserasian dan keseragaman antara sel dengan tenaga). Fenomena ini dipanggil sebagai Love Therapy. Antara faktor yang mempengaruhi kekuatan Love Therapy ialah:-

Keredhaan pesakit (akan meningkatkan tahap keyakinan untuk sembuh, memberikan semangat yang akan merangsang rembesan Melatonin iaitu faktor penyembuhan)

Keikhlasan perawat atau pengamal (akan meningkatkan rasa hormat dan kasih terhadap pesakit, oleh itu ketepatan hasil diagnos dan kaedah rawatan dapat ditentukan)


Kos rawatan yang mampu dibiyaai oleh semua lapisan masyarakat
Hanya rawatan alternatif sahaja yang mampu merawat sakit belakang dan tulang belakang. Tetapi walaupun kaedah rawatan tersebut amat berjaya dan berkesan, disebabkan kos rawatan yang tinggi, maka pesakit terpaksa menghentikan rawatan setelah mencapai peringkat "kelegaan" atau setelah 50% ke 70% penyembuhan. Ini adalah punca yang menyebabkan sakit belakang tidak sembuh sepenuhnya dan ia akan berulang kembali.

Dengan tempoh rawatan yang cepat, pesakit yang menjalani rawatan sakit belakang atau tulang belakang dengan kaedah Attitude Therapy tidak perlu mengeluarkan belanja yang tinggi.

Kesimpulan

Sakit belakang atau sakit tulang belakang boleh dirawat dengan mudah jika puncanya dirawat


Terdapat kaedah yang berkesan untuk merawat punca sakit belakang atau sakit tulang belakang


Kaedah diagnosis yang memberikan hasil yang tepat akan memudahkan proses rawatan


Sakit belakang yang telah pulih kurang risiko untuk berulang kembali


Kos rawatan yang menjimatkan dan pembedahan dapat dielakkan


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sakit belakang atau sakit tulang belakang atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah saya sedia membantu walau di mana anda berada.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)