Kegelapan yang kita tidak dapat melihat apa-apa sebenarnya ialah ruang untuk laluan "sinar" yang amat terang benderang yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar sebaliknya cuma boleh dikesan oleh Kelenjar Pineal (CL1) ketika ketika gelombangnya berada pada peringkat delta.
Sistem kederiaan hanya mampu mengesan "sinar" sekiranya tidak ada halangan daripada sebarang cahaya nampak yang lain atau sebarang bentuk getaran yang amat tinggi frekuensinya.
Sistem kederiaan hanya mampu mengesan "sinar" sekiranya tidak ada halangan daripada sebarang cahaya nampak yang lain atau sebarang bentuk getaran yang amat tinggi frekuensinya.
Sifat Terhad Deria
Semua deria yang terdapat pada tubuh badan tidak mampu mengesan sebarang frekuensi yang lebih rendah daripada frekuensi yang sedang dikesan ketika itu atau dalam sesuatu masa yang serentak.
Rajah di bawah menunjukkan kedudukan sesuatu frekuensi. Ketika sesuatu deria sedang mengesan frekuensi yang tinggi, dalam waktu yang sama, frekuensi yang rendah akan terhalang.

Eksperimen di bawah menunjukkan tayangan gambar daripada TV yang kelihatan silau apabila dilihat menerusi cahaya lampu meja.

Eksperimen di bawah menunjukkan perbezaan keadaan langit cerah (tidak berawan) yang sama, pada waktu yang sama, yang dilihat di dua tempat yang sama.

Atau sila lihat di tempat yang sama yang dinyalakan lampu seperti gambar di bawah.

Sinar ialah tenaga yang diperlukan oleh Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary setiap hari untuk membantu merembeskan hormon-hormon yang penting untuk keperluan tenaga dan keseimbangan tubuh. Cahaya sinar berfrekuensi amat rendah iaitu di bawah 400 nanometer atau bawah 2 Hertz. Sewaktu tubuh berada dalam keadaan penyelarasan sel dan neuron, serta ketika tubuh dalam keadaan rehat dan ketika tubuh sedang melakukan sesuatu rawatan seperti kecederaan, luka, kepatahan, kematian sel-sel dorman dan sebagainya, maka Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary akan menjalankan fungsinya. Ketika itu, keperluan sinar amat mendesak.
Berikut ialah kaedah resonan untuk mendapatkan sinar;

Otak akan berada dalam keadaan yang resonan dengan sinar apabila tahap keaktifannya berada pada gembang delta. Tahap delta hanya boleh dicapai apabila kita dapat tidur dalam keadaan yang lena. Maklumat lanjut mengenai tidur delta telah ditulis dalam blog ini dalam post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan
Mereka yang mengamalkan tidur dalam cahaya terang akan mudah menjadi pelupa dan apabila meningkat umur, akan timbul simptom seperti amnesia (nyanyuk).

Dalam air yang sejuk dan ais mempunyai banyak elektron atau ion-ion negatif terdapat getaran sinar. Getaran sinar ini hanya akan diperolehi dengan resonan apabila kita mandi dalam keadaan gelap terutamanya ketika waktu malam.
Amalan yang tidak menyihatkan ialah seseorang itu mendedahkan dirinya kepada angin yang kencang atau di bawah kipas yang berpusing kencang setelah mandi, lebih-lebih lagi sekiranya tubuh tidak dikeringkan atau tidak mengenakan pakaian setelah mandi malam. Mandi air yang sejuk akan mewujudkan thermodinamik atau pemendaman haba, tetapi angin akan menyebabkan haba tubuh terbebas berserta hidrasi. Alternatif terbaik ialah tidur berselimut dalam bilik yang dipadamkan lampu dan berhawa dingin sejurus selepas mandi malam.
Balutan dengan kain Cotton (kain kapas).

Kain kapas adalah pengalir elektron yang terbaik. Membuat balutan terhadap luka, bengkak atau sesuatu kecederaan sehingga mewujudkan kegelapan akan menjadikan pembinaan tisu-tisu baru di bahagian yang tercedera jauh lebih cepat walaupun pada waktu siang. Dalam kegelapan balutan, hanya sinar yang akan menembusi balutan dan mempertenagakan sel.



Getaran sinar amat menghampiri dengan getaran bahagian otak Hipothalamus (CL3) yang menyamai dengan warna pink. Sinar boleh mempertanagakan organ-organ di bahagian bawahan terutamanya Hipothalamus. Mereka yang diserang migrain apabila masuk ke bilik yang gelap akan hilang serangan tersebut dalam tempoh kira-kira 30 minit.
Takut Gelap
Keadaan semulajadi pada waktu siang ialah terang manakala keadaan semulajadi pada waktu malam ialah gelap. Mereka yang takut dengan keadaan semulajadi sebenarnya mempunyai simptom jangkitan penyakit. Mereka yang takut dengan kegelapan pada waktu malam biasanya ialah mereka yang menghidap masalah kemurungan atau alergi (berkaitan dengan formula CL5) dan masalah kanak-kanak nakal seperti ADHD, ADD atau Impulsivity dan Disleksia (berkaitan dengan formula CL3).
Pada waktu siang, mereka yang sentiasa membiarkan ruang dalam bilik atau rumahnya bergelap pula ialah mereka yang mengalami masalah yang sama juga tetapi ditambah dengan masalah lemah semangat, mengidap masalah gangguan spiritual seperti saka, sihir, santau dan sebagainya (berkaitan dengan formula CL1). Sepatutnya keadaan dalam rumah pada waktu siang hendaklah terang dan membenarkan cahaya matahari terutama cahaya matahari pagi masuk ke dalam rumah.
Penghadaman berlaku dalam kegelapan
Semua zat dan pemakanan yang dimakan akan mudah dicernakan ketika sistem penghadaman berada dalam kegelapan. Dalam kegelapan semua enzim dan hormon dapat dirembeskan dalam keadaan yang paling optimum. Proses ini berjalan dengan lancar ketika seseorang sedang tidur dalam kegelapan malam. Sebarang keracunan atau pengumpulan lemak dan toksik akan dipecahkan atau dicernakan semasa dalam kegelapan.
Janin terbina dalam kegelapan
Bayi dalam kandungan dapat berkembang dan sihat dan sempurna di dalam janin yang dilindungi oleh kegelapan. Sebarang unsur luar seperti melakukan ultra sound akan menyebabkan kegelapan dalam janin telah dicerobohi oleh frekuensi yang amat tinggi dan memusnahkan banyak sel-sel dorman. Ibu yang tidur dalam kegelapan dapat mengelakkan bayi yang bakal lahir diserang penyakit epilepsi (sawan atau tarik). Maklumat lanjut mengenai perkara ini telah ditulis dalam blog ini dalam katagori Ibu dan Bayi.

Sinar ialah bau-bauan harum
Bau-bauan semulajadi yang harum turut membawa bersama getaran sinar di dalamnya. Bau-bauan ini hanya boleh dikesan oleh Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary dan dihantar atau diagih-agihkan ke seluruh tubuh sebagai tenaga. Antara ciri-ciri bau-bauan ini ialah ia cuma boleh dihidu sekali sekala sahaja dalam sesuatu waktu atau sekali sahaja dalam sesuatu hari. Misalnya haruman mawar putih dan lavender cuma dapat dihidu sekali sahaja. Kemudian peluang untuk menghidunya sekali lagi amat tipis walaupun dicuba berkali-kali. Inilah dia Aromatherapy. Terdapat banyak jenis aromatherapy yang mempunyai getaran yang berbeza.

Wanita dan kanak-kanak tidak digalakkan memakai bau-bauan terutama bau-bauan tiruan kerana kebanyakan wanita yang bersuami sebenarnya boleh mendapatkan getaran sinar daripada medium kasih sayang daripada suami atau bapa (bagi kanak-kanak).
Bagi wanita yang belum bersuami atau telah menjadi janda, mereka sebaiknya pulang kepada bapa supaya sentiasa mendapat kekuatan semangat, insya Allah.
Colour Level Super, CLS
Colour Level Super, CLS
Sebagai alternatif, Attitude Therapy telah menghasilkan sebuah formula yang mengandungi 'sinar' khas yang resonan diambil pada bila-bila masa dan keadaan.
Semoga anda dimurahkan rezeki dan dibahagiakan oleh Allah. Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh, sila hubungi kami. Kami sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya

Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
