SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah
Memaparkan catatan dengan label CL 14 Hempedu atau Kulit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CL 14 Hempedu atau Kulit. Papar semua catatan

Rabu, 22 Oktober 2008

Punca dan Rawatan Kurap

Penyakit kurap terjadi daripada persekitaran yang tidak seimbang kadar kelembapan dan penerimaan cahaya matahari.

Terdapat juga tabiat yang tidak sihat punca kepada kurap antaranya ialah;
1. Memakai pakaian yang masih belum kering.
2. Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari dan berterusan lembab dalam tempoh yang lama.
3. Memakai pakaian yang baru dijemur dan masih panas.
4. Berada dalam bilik yang lembab, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari.

Bakteria yang terdapat pada kurap merebak dalam keadaan yang lembab tetapi hangat.

Bakteria yang terdapat pada kurap dan sopak juga turut boleh dijumpai dalam air panas terutama air yang panas terjemur pada pancaran matahari (air musyammas). Kerap meminum atau menggunakan air musyammas untuk mencuci pakaian atau tubuh juga adalah punca terjadinya kurap sekiranya air tersebut tidak dikeringkan dalam tempoh yang lama. Begitu juga keadaannya sekiranya seseorang itu memakai pakaian yang belum kering air musyammasnya.

Bakteria kurap mudah dijumpai dalam air yang terjemur
Kulit yang mudah dijangkiti kuman disebabkan oleh struktur asal kulit itu lemah tenaganya. Sebenarnya kulit mempunyai tenaga dan kekuatan untuk mengawal jangkitan. Tenaga kulit menjadi lemah apabila diganggu oleh karektor negatif yang mempengarui kesihatan kulit.

Kesihatan kulit dikawal oleh keadaan hempedu. Hempedu mengawal karektor memendam sesuatu. Biasanya perasaan marah yang dipendam akan menyebabkan hempedu mudah lemah seterusnya melemahkan kulit. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk memahami pengaruh karektor terhadap sesuatu organ.
Selagi seseorang itu masih lagi menyimpan dendam atau selalu bersikap marah di dalam hati, maka selagi itulah penyakit kulitnya agak sukar dirawat. Penyakit kulit ini bukan sekadar kurap, malah merangkumi hampir kesemua jenis penyakit kulit secara umumnya.

Antara sikap suka marah dalam hati atau marah yang tidak sampai kepada orang yang dimarahi ialah seperti marah pemandu lain ketika di dalam kenderaan sendiri. Ketika itu marah yang diluahkan tidak didengari oleh pemandu yang dimarahi. Sebaliknya penumpang lain di dalam kenderaan sendiri itu yang merasa ketakutan. Keadaan ini adalah antara punca gangguan karektor yang tidak disedari dan meninggalkan kesan kesihatan terhadap kulit sekurang-kurangnya jerawat yang sukar sembuh.

Kurap pada peringkat awal boleh dikenali dengan melalui rupa ruam yang berbentuk bulat atau cincin. Pada peringkat yang kronik ia boleh membengkak, berkudis atau gatal bernanah.
Kurap (dikenali melalui bentuk cincin
Kurap dikenali melalui tanda seperti cincin.
Kurap kronik boleh bernanah


Pengaruh Karektor

Untuk penyakit kulit yang terlalu kronik seperti wart, eksema dan psorisis, mereka biasanya memendam kisah silam yang terlalu lama berserta kesan trauma (ketakutan terhadap peristiwa tersebut). Untuk mengatasi masalah ini, cuba untuk memaafkan mereka yang didendam atau maafkan semua orang setiap hari. Biasanya perkara yang didendamkan itu sudah tidak dapat diingati lagi. Keupayaan untuk mengimbas atau memfokuskan orang yang didendam akan memudahkan proses untuk memaafkannya.
Hempedu mengawal kesihatan kulit melalui minda yang ikhlas

Rawatan Hempedu

Rawatan masalah kulit perlu kekuatan daripada organ hempedu yang mengawal tenaga sel-sel kulit serta usaha untuk membasmi bakteria yang menjagkiti di bahagian kulit. Kulit yang sihat mampu mengawal kewujudan parasit dan kehadiran biotik asing yang tidak diperlukan di kulit. Penyakit seperti kurap tidak mampu bertahan lama di kawasan kulit yang mempunyai frekuensi kulit yang asal.

Detoksifikasi

Kulit yang lemah mudah menjadi tempat pengumpulan toksik serta liang utama untuk proses perkumuhan. Keadaan ini akan lebih memburukkan lagi keadaan kulit yang tersedia lemah serta menjadikan kulit sebagai habitat terbaik untuk perkembangan bakteria. Detoksifikasi ialah kaedah yang paling lazim dilakukan oleh mana-mana rawatan alternatif. Tubuh yang bersih daripada toksik akan menyelamatkan kulit daripada pencemaran toksik dari dalam tubuh akibat daripada perkumuhan melalui perpeluhan.

Melalui kaedah rawatan Attitude Therapy, mencari punca dendam untuk dimaafkan atau diselesaikan supaya karektor negatif tidak tertanam pada kulit boleh dijalankan melalui beberapa teknik proses rawatan dan kaunseling.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Jumaat, 13 Julai 2007

Sakit Belakang

Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak akan dihubungkan ke organ melalui tulang belakang. Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui sesuatu ruas (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja. Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.

Punca Sakit Tulang Belakang

Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang. Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberikan tekanan rendah kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut. Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.

Rawatan Sakit Tulang Belakang

Sebenarnya apabila seseorang mengalami sakit tulang belakang, ia disebabkan oleh kelemahan sesuatu organ yang berhubung dengan ruas tulang tersebut. Oleh itu, rawatan untuk mengatasi simptom sakit tulang belakang ialah dengan merawat organ yang lemah.

Jika organ yang berkaitan dengan sistem penghadaman terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Thoracic. Jika organ bahagian usus, tulang dan organ pembiakan terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Lumbar dan Sacral. Sebenarnya belakang tengkuk juga terdapat tulang belakang. Tulang belakang tengkuk ialah Cervical. Jika seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah (CL 8) atau masalah Tyroid (CL 9) maka belakang tengkuknya akan merasa sakit, tetapi ia tidak dipanggil sakit belakang.

Antara organ yang lemah yang menjadi punca kepada sakit tulang belakang ialah
CL 12 Hati, Perut dan Limpa
CL 13 Buah Pinggang
CL 14 Hempedu
CL 15 Pankreas

Gambar rajah di bawah menunjukkan bahagian yang terasa sakit yang dikaitkan dengan sesuatu organ:
Organ yang lemah boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada ruas atau bahagian tulang belakang yang terjejas. Gambar rajah di bawah menunjukkan gambaran organ yang berhubung dengan sesuatu ruas di tulang belakang:



Kesimpulannya ialah apabila organ di bahagian hadapan mengalami sesuatu kelemahan, maka bahagian belakang yang akan mengalami kesakitan. Selagi organ yang lemah tidak dirawat, maka sakit belakang tidak akan pulih walaupun melalui pelbagai rawatan termasuk pembedahan.

Slipped Disk

Organ hati dan perut mengawal karektor daya pemikiran, limpa mengawal karektor penerimaan dan rasa penganiayaan, hempedu mengawal karektor kemarahan dan ketegasan, buah pinggang mengawal karektor citarasa dan kecerewetan, pankreas mengawal karektor dendam dan keperihatinan terhadap orang lain.

Kelemahan mana-mana antara organ atau kesemua organ yang disebutkan ini akan menyebabkan lebih daripada satu ruas serta rawan (disk) di antaranya menjadi lemah.

Sakit belakang adalah berpunca daripada lemahnya sesuatu organ ini, tetapi dengan pemikiran yang negatif, kesakitan ini akan bertambah parah. Sekiranya seseorang itu sering memikirkan penganiaan yang berlaku terhadap dirinya secara berulang-ulang kali dalam keadaan marah serta dendam yang kesumat, diikuti pula dengan rasa tidak selesa, maka tekanan rendah akan menjadi paling maksimum dan melemahkan struktur fikizal ruas dan yang paling terjejas ialah rawan (disk) di antara tulang belakang. Jika struktur yang lemah terganggu dengan sesuatu kecederaan atau kemalangan seperti terjatuh, mengangkat beban yang berat, terhentak dan sebagainya, ia boleh menyebabkan fenomena yang dipanggil Slipped Disk. Slipped Disk ialah kemuncak kepada sakit tulang belakang.

Disk yang rosak boleh pulih dan tumbuh semula seperti normal. Slipped Disk boleh dihindari sekiranya kita mengamalkan sifat tenang, ikhlas, rabar dan redha.

Gambar rajah di sebelah kiri menunjukkan saraf (diwarnakan kuning) yang berhampiran dengan disk (diwarnakan merah). Gambar rajah di sebelah kanan menunjukkan disk yang tergelincir yang telah menyekat atau menjejaskan saraf
Gambar rajah di atas ialah x-ray menunjukkan disk yang tergelincir masuk ke kawasan saraf, yang merupakan punca kesakitan.

Orthopedic

Pembedahan tulang belakang untuk membetulkan bahagian ruas sama ada mengasah tulang, menambah, pengklonan semula (islet of lingerhans), transplan atau penggantian rawan (disk) palsu adalah sama sekali tidak akan merawat organ yang lemah (iaitu punca kepada sakit belakang). Tulang belakang amat sensitif dengan jangkitan. Hampir semua pesakit yang menjalani pembedahan tulang belakang 90% daripadanya akan mendapat jangkitan akibat pembedahan. Dengan kos pembedahan yang amat tinggi serta risiko kelumpuhan kekal atau sebarang risiko yang lain menjadikan pembedahan tulang belakang sewajibnya dihindari.

Ilmu orthopedic (atau juga dieja orthopaedic) sebenarnya perlu direvolusikan kerana pembedahan tulang belakang, memasukkan tulang gantian, atau apa sahaja rawatan klasik yang berkaitan dengan tulang adalah amat berbahaya, mengancam nyawa, menyebabkan kemudaratan yang amat besar dan kekal, dan dalam tempoh jangka panjang ia akan meruntuhkan peradaban ketamadunan manusia disebabkan oleh kejahilan merawat penyakit. Dengan rasa penuh bertanggungjawab, berperikemanusiaan dan tidak bermotifkan keuntungan (daripada kos pembedahan yang tinggi) maka amatlah perlu untuk menimbangkan agar ilmu orthopedic dimansuhkan dengan seberapa segera.

Insya Allah sakit belakang boleh dikhktiar untuk dirawat sepenuhnya.

Khamis, 28 Jun 2007

Ringkasan Formula CL 14

Formula CL 14 sebagai ikhtiar untuk mempertenagakan Hempedu bagi merawat simptom seperti masalah kulit, antaranya seperti jerawat, kudis, ekzema (eczema), ruam, panau, kayap, campak, cacar air, ketuat, psoriasis, jaundice dan sebagainya.

Berikut ialah keterangan mengenai Formula CL 14;
FORMULACL 14
NAMA FORMULA
WARNAKUNING
PANJANG GELOMBANG559 nanometer
WAKTU RESONAN
  1. 30 minit selepas Syuruk
  2. Dalam waktu Qailulah
  3. Asar hingga Maghrib
  • (7.00 pagi hingga 7.30 pagi)
  • (11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari)
  • (5.00 petang hingga 7.30 petang)
PSIKOLOGI KETIKA SIHATSerasi, mesra.
PSIKOLOGI KETIKA SAKITMemendam, panas baran.
KAWASAN
  1. Hempedu.
  2. Kulit
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Keadaan kulit yang tidak sempurna.
  • Jerawat / kudis.
  • Kulit muka yang kemerah-merahan.
  • Gatal-gatal pada kulit / ekzema (eczema).
  • Kesan gigitan serangga.
  • Ruam / bintik-bintik merah.
  • Panau / kayap / kurap.
  • Sakit di hempedu.
  • Kolestrol tinggi.
  • Bilirubin (kesan sakit kuning / jaundice).
  • Cacar air.
  • Campak.
  • Hemangioma (tompok merak di kulit).
  • Ketuat / kutil.
KETERANGAN FORMULA
  • Semua sakit bahagian belakang adalah disebabkan kelemahan atau gangguan di mana-mana atau salah satu daripada organ berwarna kuning iaitu CL 12, CL 13, CL 14 dan CL 15. Ia bukan berpunca daripada sakit tulang belakang, tetapi kerana saraf tulang belakang menanggung isyarat kesakitan di bahagian sesuatu organ.
  • Lemah di hempedu lebih ketara sakit di bahagian belikat.
  • Banyak berkaitan dengan keadaan Buah Pinggang.
  • Kelemahan penghasilan hormon testosterone (CL 16) punca batu di Hempedu.
  • Membantu Buah Pinggang menghasilkan "urination" yang sempurna.
  • Ekskreta (membantu bahan buangan daripada badan).
  • Kesan pengambilan Formula CL 14, anda kerap kencing dan kencing kotor.
  • Kurang keyakinan, khayal / onani (masturbation) di kalangan remaja akan menambah kesan jerawat yang lebih banyak.
  • Hormon daripada daging ayam mengganggu kekuatan Hempedu.


Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Hempedu seperti pelbagai masalah kulit, psoriasis, ekzema (eczema), jaundice, atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)