SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 11 September 2007

Falsafah Punca Penyakit

Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila berlaku sesuatu penyakit atau kelemahan atau kegagalan sesuatu organ, maka terdapat beberapa keadaan semasa seperti terdapat bakteria membiak dengan tidak terkawal, kekurangan hormon dan enzim, perubahan bentuk atau struktur fizikal, ketumbuhan dan kanser. Maka lahirkan teori jangkitan penyakit, karsinogenik (carcinogen punca kanser) dan bawaan genetik. Namun sebenarnya itu semua bukanlah punca penyakit yang sebenar. Kegagalan untuk mengenalpasti punca penyakit akan menyebabkan kaedah rawatan tidak diketahui dan penyakit tidak dapat disembuhkan.

Manusia bukan fizikal (jisim) semata-mata. Manusia adalah sebaik-baik kejadian di dunia. Jika dunia terbahagi kepada jisim (atom dan molekul) dan masa (gelombang dan niat/instinct/intuisi) bermaksud manusia ini selain fizikal, juga terdapat untuk mental, emosi dan fizikal. Setiap satu elemen ini sangat berkait rapat dengan kesan fizikal yang ditunjukkan dalam bentuk sakit.

Keseimbangan Karektor dan Organ

Selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redho. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor.

Pemikiran mempengaruhi tindak balas organ dalam badan. Sama ada sesuatu organ atau kelenjar itu ingin merembeskan hormon atau tidak atau sama ada organ itu ingin berfungsi atau tidak adalah bergantung kepada cara kita berfikir. Pemikiran yang baik akan menjadikan sesuatu organ berfungsi dengan normal.

Dengan mengambil organ pankreas sebagai contoh, sekiranya pankreas telah menjadi lemah, karektor yang dikawal oleh pankreas akan menyebabkan tubuh mendapat satu tindak balas yang menyebabkan tindakan dan pemikiran menjurus kepada sesuatu yang dapat menyeimbangkan kelemahan pankreas itu tadi melalui sifat yang bertentangan dengan prinsip tenang, sabar, ikhlas dan redho. Pankreas yang lemah akan menyebabkan seseorang menjadi mudah cemburu, iri hati, dengki, hasad atau khianat, bergantung kepada tahap penyakit dan keupayaan untuk berprinsip (tenang, sabar, ikhlas dan redho).

Begitu juga sebaliknya iaitu apabila seseorang mulai hilang prinsip, dia mudah untuk rasa cemburu, tidak puas hati, iri hati, dengaki hasad atau khianat.. maka pankreas mula untuk menyeimbangkan perasaan tersebut dengan menghentikan keupayaannya untuk menghasilkan insulin yang boleh memproses gula. Akibatnya gula tinggi dalam darah dan pankreas terbeban untuk memprosesnya hingga ia menjadi lemah.
Organ seimbang dengan karaktor

Jadual karektor berdasarkan organ

Berikut ialah jadual senarai organ dan karektor yang dipengaruhinya.

Personaliti dan warna diri

Kesemua karektor ini dapatlah dirangkumkan kepada tahap-tahap kumpulan organ pada sistem tubuh badan. Terdapat empat bahagian utama pada tubuh yang dirangkumkan seperti dalam rajah di bawah;
Gambar rajah di atas menunjukkan pembahagian organ mengikut kumpulan yang terdiri daripada empat bahagian. Setiap manusia hanya aktif di dalam sesuatu kumpulan organ sahaja. Setiap kumpulan ini dinamakan mengikut gelaran istilah personaliti kerana kecenderungan organ dalam kumpulan tersebut menjurus kepada sesuatu personaliti.

Organ organ di bahagian kepala yang terdiri daripada;
Organ-organ di kepala adalah organ-organ yang berkaitan dengan kederiaan. Bahagian kepala adalah sensitif dengan sebarang rangsangan. Mereka yang mempunyai sistem tubuh yang aktif di bahagian kepala adalah golongan yang berpersonaliti Spiritual. Personaliti Spiritual banyak berkaitan dengan ketenangan, dan tenang adalah penawarnya. Jadual di bawah ialah sikap bagi personaliti Spiritual.
Sikap PositifSikap Negatif
Deria otak yang peka
Bijak / Cerdik
Perancang
Boleh membaca situasi
Yakin diri
Jujur
Martabat
Kepimpinan
Petunjuk
Ilham
Disiplin
Penumpuan
Keajaiban diri
Rasa bertuan
Penguasaan
Kuasa dalaman
Imnuniti
Ego / keras hati
Putus asa
Murung
Kebimbangan
Hiperaktif
Mudah terpengaruh
Ketakutan
Riak
Kebendaan
Suka memerintah
Tidak mahu mengalah
Tidak tentu hala
Tanpa matlamat
Nasib malang
Serangan penyakit
Hilang arah / punca


Organ di bahagian dada terdiri daripada Paru-paru CL10 (termasuk trakea, bongkiul, payu dara) dan Jantung CL11. Organ ini banyak berkaitan dengan emosi dan perasaan. Rasa sedih, risau, mengeluarkan air mata, gembira, panik dan sebagainya adalah melibatkan organ di bahagian ini. Mereka yang aktif penggunaan organ paru-paru dan jantung ialah golongan berpersonaliti Emosi. Personaliti Emosi banyak berkaitan dengan kesabaran, dan sabar adalah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Emosi.
Sikap PositifSikap Negatif
Terbuka
Tenang
Menghayati
Kreatif
Kasih sayang
Keriangan
Pemurah
Kematangan
Pemelihara
Tersendiri
Cara / langkah / konsep
Kebapaan
Berani
Kejiwaan
Kebijaksanaan
Kuasa minda yang tiada batasnya
Belajar melalui kesilapan / pengalaman
Sensitif melulu
Serius
Penarikan diri
Pemarah
Kebencian
Termenung
Kesedihan
Kedengkian
Sakit hati
Megah
Berpura-pura
Lembab berfikir
Menangguh
Mengukut hati
Kebodohan
Kebudak-budakan

Organ di bahagian perut terdiri daripada;
Organ di bahagian perut banyak berkaitan dengan pemikiran. Sekiranya perut terbeban dengan makanan terutama pada waktu selepas makan, minda kita agak malas dan tidak cekap berfikir. Mereka yang aktif menggunakan bahagian perut yang melibatkan organ di atas dinamakan sebagai golongan berpersonaliti Mental. Personaliti Mental banyak berkaitan dengan keikhlasan, dan ikhlas ialah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Mental.
Sikap PositifSikap Negatif
Kuat berfikir
Pemikiran kritis
Objektif
Pengingat
Peramah
Boleh dipercayai
Pintar
Percakapan
Penyabar
Minda
Malas berfikir
Lembab
Keliru
Pelupa
Gelojoh
Berkira-kira
Mengkritik
Cemburu melulu
Mencari alasan
Berceloteh

Bahagian bawah terdiri daripada organ-organ seperti berikut;
Organ di bahagian bawah ialah organ yang banyak berkaitan dengan aktiviti fizikal. Mereka yang aktif menggunakan organ bahagian bawah ialah golongan berpersonaliti Fizikal. Personaliti Fizikal banyak berkaitan dengan keredhaan, dan redha ialah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Fizikal.
Sikap PositifSikap Negatif
Matang
Intelek
Berpandangan jauh
Cekal dan tabah
Tegas
Kebolehan fizikal
Cita-cita tinggi
Agresif
Bergaya
Bertanggungjawab
Keterampilan kemas
Pengawalan diri
Kemewahan material
Praktikal
Super ego / keras hati
Putus asa
Kelemahan fizikal
Pelupa yang keterlaluan
Konflik dalaman
Malas
Mementingkan diri
Menindas
Tidak sensitif
Bangga diri
Rasa bersalah yang mendalam
Kekesalan yang berterusan
Kemiskinan
Teori
Tyroid CL9 ialah satu-satunya organ yang tidak mempengaruhi personaliti. Kesemua peringkat personaliti berpotensi mendapat kelemahan di bahagian Kelenjar Tyroid.
Kaki dan tangan pula tidak dianggap sebagai organ, sebaliknya ia adalah anggota. Kelemahan atau ketiadaan sesuatu anggota tidak mempengaruhi personaliti. Dalam kes tertentu, masalah seperti luka dirujuk kepada Otot CL18 atau Kulit CL14, atau sendi dirujuk kepada Tulang CL20. Berbeza dengan organ, kelemahan atau ketiadaan sesuatu organ akan mengganggu sistem keseluruhan tubuh.

Behavior Therapy

Untuk merawat organ yang lemah, ia boleh diterapikan dengan mengawal sikap. Pendekatan prinsip asas Tenang, Sabar, Ikhlas dan Redha ialah cara terbaik untuk mengawal kelemahan organ. Dengan prinsip ini, seseorang yang apabila didiagnos mengalami kelemahan sesuatu organ tetapi karektornya masih terpelihara.

Tajuk ini amat besar untuk dibincangkan di sini, insya Allah saya akan menuliskan dalam post yang lain.

Kesimpulan kepada Behavior Therapy ialah pendekatan ke arah Tarbiah Islamiah adalah cara terbaik untuk merawat penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit yang berpunca daripada "Hati" (maksud istilah hati di sini ialah rohani atau kejiwaan).

Sikap pesakit

Menyedari bahawa penyakit akan dizahirkan dalam bentuk sesuatu sikap, maka pengamal perubatan professional Attitude Therapy sedia dan memahami karenah pesakit yang berbagai-bagai.

Pada peringkat awal, pengamal professional Attitude Therapy telah dilatih supaya merawat dengan tenang, sabar, ikhlas dan redha supaya pesakit akan mendapat rawatan pertama hanya dengan memandang wajah perawat. Ini bukanlah ajaran ilmu batin, tetapi hanya dengan keikhlasan.

Falsafah Punca Penyakit

Jangkitan daripada ibu kepada bayi dan juga warisan genetik walaupun bukan berpunca daripada sikap yang negatif, tetapi penyakit yang dibawa tetap akan mempengaruhi personaliti dan sikap.

Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyis iaitu kanak-kanak yang belum mengenal baik dan buruk (belum berakal), biasanya berumur bawah 7 tahun adalah mereka yang tidak dipertanggungjawabkan menjaga akhlak malah akhlak mereka terlepas daripada terlibat dengan Hukum Keseimbangan. Penyakit yang mereka alami bukan disebabkan oleh masalah personaliti mereka tetapi kesan daripada masalah ibu bapa yang menanggung mereka.

Bagi yang telah mumaiyis dan baligh, sedikit perbuatan atau lintasan niat pemikiran tetap akan ada keseimbangannya terhadap tindak balas dalaman organ tubuh.

Daripada kajian ini, maka lahirlah falsafah yang dipegang oleh Attitude Therapy bahawa:-

"Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak"

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

7 ulasan:

Tanya berkata...

Pertanyaan saya berdasarkan ayat di bawah :

"Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyis iaitu kanak-kanak yang belum mengenal baik dan buruk (belum berakal), biasanya berumur bawah 7 tahun adalah mereka yang tidak dipertanggungjawabkan menjaga akhlak malah akhlak mereka terlepas daripada terlibat dengan Hukum Keseimbangan. Penyakit yang mereka alami bukan disebabkan oleh masalah personaliti mereka tetapi kesan daripada masalah ibu bapa yang menanggung mereka. "

Kaitan yang ingin ditanya adalah kes baru2 ini yang melibatkan kekejaman ke atas kanak-kanak yang semakin berleluasa. Adakah patut kesalahan ibu bapa ditanggung penderitaan oleh kanak-kanak sebagaimana kematian yang sungguh menyayat hati dalam keadaan mengaibkan. Besar sangatkah dosa ibu bapanya jika dikaitkan dengan pernyataan di atas hingga sebegitu rupa HUKUM KESEIMBANGAN yang berlaku?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Perenggan tersebut ialah penjelasan hubungan antara semangat, emosi, pemikiran dan perbuatan dengan sesuatu penyakit. Ia tidak ada kaitan dengan kematian.

Untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, saya telah menulis mengenainya dalam post bertarikh 19 June bertajuk "Falsafah Hukum Keseimbangan".

Elmy berkata...

Saya tertarik untuk mengulas artikel dari blog Dr. Ariffaizal bertajuk Falsafah Punca Penyakit kategori Personaliti. Beliau banyak menerangkan tentang pengaruh sistem kesimbangan badan dan organ dalam membentuk personaliti. Penulisan artikel beliau banyak menyentuh teori fizik dan prinsip keseimbangan. Disebabkan penulisan beliau sangat berhubung rapat dengan psikologi personaliti, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengulas artikel beliau yang pada saya agak menarik untuk dikongsikan bersama anda.
Bidang kajian personaliti ini adalah bidang menarik dalam psikologi yang pernah saya belajar di Universiti. Banyak teori-teori tentang personaliti di bincangkan oleh para ilmuan dunia sama ada menurut perspektif Islam, Timur dan Barat. Rata-rata ahli psikologi bila sebut personaliti mereka akan melihat dari dua aspek iaitu diri individu dan perbezaan antara individu dengan individu lain.
Kajian tentang kenapa setiap manusia di muka bumi ini mempunyai personaliti yang berbeza banyak dilakukan. Sigmund Freud pakar psilokogis yang pertama mengkaji tentang personaliti banyak menekankan pengaruh id, ego dan superego dalam membentuk seseorang individu. Malah mengikut beliau pengaruh minda di bawah sedar memberi impak yang besar dalam menilai personaliti seseorang. Carl Jung pula mencipta teori personaliti berkenaan dengan tabiat manusia yang banyak dipengaruhi oleh peristiwa yang berlaku semasa zaman kanak-kanak dan ramalan masa depan. Kedua-dua tokoh ini tidak menafikan ujudkan pengaruh keturunan dan pengalaman warisan dalam personaliti individu.
Tokoh Ilmuan Islam kita Imam Al Ghazali pula memperjelaskan tentang pengaruh akal, jiwa dan lapisan tubuh dalam membentuk personaliti insan. Imam Al Ghazali menghuraikan dengan begitu terperinci peranan setiap organ dalam badan yang dapat mempengaruhi personaliti manusia, malah beliau juga menyarankan pentingnya pemakanan rohaniah dan jasmaniah dalam menjaga hati, jantung, akal, perut dan anggota yang lain. Penyakit-penyakit seperti hasad dengki, marah, dendam datangnya dari hati, tamak, malas, pendek akal datangnya dari perut dan banyak lagi penyakit-penyakit yang kebanyakannya dihuraikan oleh iman Al Ghazali dalam Bimbingan Mukmin.
Dr. Ariffaizal telah menghuraikan kajian ilmiah ini dengan lebih terperinci dalam penulisan beliau dan kajian beliau mudah difahami dengan menyertakan jadual dan rajah yang memudahkan pembaca. Contohnya beliau menerangkan tentang organ-organ di kepala. Menurut belaiu mereka yang mempunyai sistem tubuh yang aktif di bahagian kepala adalah golongan yang perpesonaliti Spiritual. Personaliti Spiritual banyak berkaitan dengan ketenangan, dan tenang adalah penawarnya. Keterangan beliau dapat dilihat di Jadual di bawah.
Sikap Positif Sikap Negatif
Deria otak yang peka
Bijak / Cerdik
Perancang
Boleh membaca situasi
Yakin diri
Jujur
Martabat
Kepimpinan
Petunjuk
Ilham
Disiplin
Penumpuan
Keajaiban diri
Rasa bertuan
Penguasaan
Kuasa dalaman
Imnuniti Ego / keras hati
Putus asa
Murung
Kebimbangan
Hiperaktif
Mudah terpengaruh
Ketakutan
Riak
Kebendaan
Suka memerintah
Tidak mahu mengalah
Tidka tentu hala
Tanpa matlamat
Nasib malang
Serangan penyakit
Hilang arah / punca
Dr. Ariffaizal menyatakan bahawa tubuh badan kita selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redho. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor. Kenyataan Dr. Ariffaizal dalam artikel beliau telah membuktikan pengaruhi besar lapisan tubuh dalam membentuk personaliti menurut ilmuan islam kita Imam Al Ghazali. Walaupun Iman Al Ghazali tidak memperjelaskan secara terperinci mengikut teori fizik dan kesimbangan tentang sistem organ dan pengaruhnya kepada personaliti, malah kenyataan beliau sudah cukup membuktikan bahawa setiap lapisan tubuh kita memang memainkan peranan membentuk personaliti individu.
Dalam Al Quran banyak ayat yang diturunkan tentang personaliti ataupun lebih dikenali sebagai akhlak. Dalam Islam personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah ataupun akhlak. Akhlak dalam islam dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Akhlak juga boleh diertikan sebagai budi pekerti, kedua-duanya merangkumi dimensi zahir dan batin. Nabi Muhammad pernah bersabda “ Andainya hati lelaki itu khusyuk, tentu seluruh anggotanya turut khuyuk.” Begitulah hubungannya antara zahir dan batin. Kaitan antara organ dan persanliti juga disebut oleh Rasullullah dengan menyatakan “Di dalam rongga anak Adam itu terdapat seketul daging, Sekiranya buruk daging itu, buruklah jasadnya. Ketahuilah, daging itu adalah hati.” Terdapat banyak ayat Al Quran menceritakan tentang hubungan organ dan personaliti individu, antaranya surah Al Baqarah ayat 10 bermaksud “ Dalam hati-hati mereka ada penyakit, maka Tuhan tambahkan penyakit mereka dan bagi mereka seksaan pedih dengan sebab mereka dustakan.”
Apa yang menarik dalam penulisan Dr. Ariffaizal adalah beliau telah mengabungkan beberapa teori personaliti yang mempunyai persamaan dalam artikel beliau. Penulisan beliau tentang personaliti banyak dikaitankan dengan teori personaliti Islam. Namun begitu beliau juga ada menyentuh tentang teori kesimbangan yang telah dikaji dengan begitu meluas oleh Carl Jung ilmuan barat, di mana beliau telah menghuraikan 3 prinsip pembentukan personaliti iaitu prinsip kesimbangan, prinsip entropi dan prinsip pertentangan. Prinsip-prinsip ini juga diterangkan oleh Dr. Ariffaizal dalam artikel beliau. Namun begitu Dr. Arifaizal tidak menafikan peranan warisan, genatik dari ibubapa juga mempengaruhi akhlak individu terutamanya kanak-kanak kecil.
Penulisan Dr. Ariffaizal tentang Falsafah Punca Penyakit banyak menyedarkan kita tentang betapa pentingnya setiap organ dan pengaruhnya terhadap keraktor individu. Pembahagian 4 anggota badan yang dihuraikan oleh beliau boleh dijadikan panduan kepada kita dalam mengenal budi perkerti dan akhlak.

Baby_syahiran berkata...

Salah satu unsur yg terdpt dlm tubuh kita ialah karbon(tanah),selain drp itu nitrogen(angin),oksigen(api)dan hidrogen(air).Kandungan dalam tubuh kita adalah unsur-unsur yg ada di alam.Kerana itulah CVT byk menekankan hubungan kita dgn alam. Saya hendak menyentuh ttg tanah,salah satu unsur yg ada dlm diri kita;pada masa skrg byk kajian tlh dilakukan oleh org Barat ttg kepentingan tanah,mungkin mrk tlh mengkaji amalan dalam Islam dan hdk mengetahui kelebihannya,contoh, bersuci menggunakan tanah. Satu kajian dibuat oleh seorg pelajar Universiti Wisconsin yg telah menemui sejenis protein drp bakteria yg mampu mengeluarkan ais di sebuah ladang jagung. Pada masa skrg, penemuan ini tlh digunakn utk mengeluarkan ais bg pusat-pusat ski.
Di samping itu, bakteria yg diperoleh dari tanah juga menghasilkan produk yg bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh cacing yg menyerang manusia dan binatang dgn cara menghalang penyebaran maklumat dlm sistem saraf cacing.
Dalam BBC News Online melaporkan tanah mengandungi bahan pembunuh sel-sel kanser.
Banyak lagi kelebihan yg terdapat pd tanah, dan kerana itu jugalah kita faham bhw penyembuhan sesuatu penyakit sebenarnya ada dalam diri kita. Kenyataan CVT bahawa kita tidak ditakdirkan jatuh sakit adalah kerana sempurnanya penciptaan Allah yg kita sendiri tidak sedari. Tanah adalah salah satu unsur shj, jika unsur ini kita miliki, maka unsur-unsur yg lain juga sudah tentu ada kelebihannya. Wallahua'lam.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Dalam ilmu CVT ada topik tentang tanah. CVT juga ada fomula pembersih dan untuk manfaat kesihatan yang lain yang dibuat daripada tanah. Tetapi masalahnya kementerian kesihatan minta tanah ini disterilkan dengan sinaran gamma radioaktif. Kaedah pensterilan yang bercanggah dengan konsep ilmu CVT ini telah menghalang pengeluaran formula ini di pasaran. Selain itu, terdapat juga sebab-sebab lain yang tidak saya ketahui yang menyebabkan formula ini masih tidak lagi dapat dikeluarkan.

Baby_syahiran berkata...

Menyentuh tentang personaliti berdasarkan unsur spiritual-putih, emotional-merah jambu, mental-hijau dan fizikal-biru menurut ilmu CVT. Faedah yang kita dapat apabila mengetahui unsur atau warna diri di awal usia ialah supaya kita dapat membantu anak-anak kita bidang yang hendak diceburinya pada masa hadapan, contohnya jika anak itu mempunyai warna diri putih, mereka berkelayakan menjadi seorang pemimpin yang jujur, mempunyai kuasa dalaman, berdisiplin,bijak merancang dn yang berkaitan dan banyak menumpukan pada otak sebelah kanan atas, boleh menjadi seorang guru atau kaunselor,warna diri pink pula,mempunyai kebolehan berniaga,seorang yang kreatif, kasih sayang, riang dan matang, lebih menggunakan otak sebelah kanan bawah,warna diri hijau merupakan seorang yang kuat befikir, pintar dalam percakapan, penyabar, berkelayakan menjadi seorang peguam, jurutera, pengurus kewangan, teknikal, lebih menggunakan otak sebelah kiri atas, warna diri biru merupakan seorang yang tegas, intelek, menjaga ketrampilan, bergaya, boleh menjadi seorang akauntan, pentadbir atau perancang operasi.
Saya selalu melihat ibubapa yang merancang masa hadapan anak-anak mereka dan atas situasi sekarang, ada yang tidak setuju anak-anak memilih sesuatu kursus berdasarkan minat mereka sahaja disebabkan sukar mendapat pekerjaan selepas belajar. Tetapi, apabila anak-anak hanya mengikut kursus pilihan ibubapa, akhirnay mereka tidak mendapat keputusan yang memuaskan dan memberi alasan tidak minat dengan bidang tersebut. Pada pandangan saya, sekiranya kita mengetahui warna atau unsur diri anak-anak, kita dapat membentuk mereka mengikut corak kita,contohnya anak emosi atau pink,minat pada nyanyian, bercita-cita menjadi penyanyi,kita boleh cabangkan ke arah lain, spt menjadi pelukis,atau sesuatu yang berkaitan dengan seni atau kreatif, seorang hafiz, qari dan sebagainya.
Pada pendapat saya, walaupun anak-anak tersebut cenderung menggunakan bahagian-bahagian tertentu otak, setelah kita menyedarinya kita boleh menggalakkan mereka menggunakan keseluruhan otak dengan cara mempraktikkan aktiviti yang bersesuaian. Cuma saya ingin mendapat kepastian dari Dr, samada apa yang saya fahami ini betul, apa yang saya faham, warna diri tidak berubah bagi seseorang,ia mempengaruhi kesihatan, pekerjaan,minat dan lain-lain,sekiranya anak saya mempunyai warna diri biru, tetapi saya hendak menyalurkan minat lebih kepada warna diri pink,adakah itu boleh dilakukan, contohnya, dari kecil saya dekatkan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan unsur pink sehingga dewasa dia tidak kekok memilih kursus yang berkaitan dengan unsur pink walaupun unsur dirinya biru. Terima kasih.

Baby_syahiran berkata...

Menurut penyelidik Amerika Syarikat berputus asa dan berasa bimbang tidak dapat melindungi diri daripada diserang barah akan meningkatkan risiko seseorang itu menghidap penyakit berkenaan. Di sini kita lihat fikiran negatif ini akan mempengaruhi tubuh kita.

Tinjauan ke atas lebih 6,000 rakyat Amerika mendapati 47 peratus berpendapat ‘hampir segala-galanya boleh menyebabkan barah’ dan lebih 1/4 berasa mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.
Lebih daripada itu, rakyat Amerika keliru dengan 71.5 peratus bersetuju bahawa ‘terdapat banyak cadangan mengenai menghalang barah, sukar mengenal pasti yang mana perlu diikuti,’. Barah ialah pembunuh kedua penduduk Amerika dan kebanyakan negara maju selepas serangan jantung. Sebahagian lelaki dan 1/3 wanita akan menghidap beberapa jenis barah sepanjang hayatnya. “Perkataan barah itu sendiri menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk Amerika. Kemudian anda ‘gabungkan ia dengan barah ialah sesuatu yang sukar diperkatakan, kerana ia merujuk kepada 50 atau lebih jenis berbeza.

“Sebagai contoh, sesuatu yang kita ketahui mengurangkan risiko barah payu dara mungkin tidak menurunkan risiko barah paru-paru,” kata Jeff Niederdeppe dari Universiti Wisconsin, yang membantu mengetuai kajian.

Dia berkata, persoalan utama kini ialah sama ada kepercayaan itu dapat diubah.

Alangkah beruntung kita jika mengetahui bahawa penyembuhan itu sdh ada dlm diri kita, spt falsafah CVT "Kita tidak ditakdirkan utk jatuh sakit; Penyakit adalah satu bentuk tenaga dan tenaga boleh ditukarbentuk." Sekiranya sekarang ini kita tahu 80% punca penyakit adalah disebabkan makanan, dan amat sukar utk mengelak dr makan luar disebabkan kita pg bekerja, jadi mengapa tdk mencari formula yg ada utk membantu diri kita menstabilkan gelombang yg ada,begitu juga utk menstabilkan emosi krn jika emosi kita berterusan negatif, ia akan dizahirkan menjadi penyakit. Ketika itu, kita sibuk mencari penyembuhan utk penyakit yg kita alami,sdgkan pd waktu sihat,emosi tdk dikawal.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)