Kaedah Rawatan
Rawatan yang diberikan bermatlamat untuk terus mempertenagakan tulang belakang yang memendam isyarat bertekanan rendah. Isyarat ini datangnya daripada organ penghadaman yang lemah atau berpenyakit.
Pada masa yang sama, organ yang lemah dan berpenyakit (yang merupakan punca sakit belakang) juga akan dirawat malah ia boleh diterapikan dengan sendiri melalui rawatan terhadap tulang belakang.
Setiap kali pesakit datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit perlu didiagnos terlebih dahulu, segala maklumat mengenai tahap penyakit akan direkodkan secara terpeinci. Walapun pesakit membuat aduan sipmtom, pemeriksaan rapi tetap akan dijalankan supaya kaedah rawatan menjadi lebih berkesan dan formula dapat ditentukan dengan lebih tepat. Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat diagnosis terhadap sakit belakang, antaranya adalah seperti berikut:-
- Menjalankan kaedah Applied Kinesiology
- Kaedah pendulem kristal (kaedah ini amat jarang digunakan walaupun hasilnya
sangat tepat) - Kaedah urutan fizikal di bahagian belakang badan untuk mengenalpasti organ
yang terlibat dan tahap kesakitan (ini ialah kaedah optional kerana hasilnya
kurang tepat).
Refleks sistem simpatethic antara saraf tunjang dengan organ, menjadikan kita dapat mengatahui organ yang lemah atau sakit dengan mengesan zon yang sakit di bahagian belakang. Kaedah ini dapat dijalankan oleh mereka yang telah professional dalam bidang therapiest dengan cara mengurut atau merasa "angin" atau ketulan-ketulan yang membawa isyarat getaran halus bertekanan rendah (jika ia dipindahkan ke tangan pengamal perubatan, mereka akan sendawa angin). Sebenarnya anda boleh menentukan sendiri penyakit anda mengan merujuk rajah di bawah. Dengan merujuk rajah di bawah, bahagian-bahagian yang sakit menunjukkan organ yang lemah atau berpenyakit.
Semasa mengesan penyakit dengan kaedah urutan belakang badan, sila perhatikan rajah di atas dan buat analisa sendiri. Pengalaman dan tunjuk ajar yang berterusan akan meningkatkan kemahiran untuk mengesannya. Biasanya pesakit boleh mengesan tahap kesihatan organ dengan membuat pemerhatian berpandukan kepada rajah di atas.
Kawasan diwarnakan biru [dua di bahagian sebelah belakang telinga] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap kawasan sinus, telinga, mulut, gigi, gusi yang juga berkaitan dengan tekanan darah tinggi dan pusat kawalan suhu (NW7).
Kawasan diwarnakan kuning [dua di bahagian belikat dan tengkuk] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ pankreas. Jika Pankreas (NW15) lemah, kawasan belikat akan terasa sakit. Jika terlalu tinggi urik asid, ia akan menejaskan Medulla Ablongata (NW8). Akibatnya belakang tengkuk akan terasa sakit.
Kawasan diwarnakan hijau [menegak di tulang belakang] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ Liver, Pertu (NW12). Lelah (NW12) yang berpunca daripada gastrik juga akan terasa sakit di sini dan ditandakan dengan bulatan putus-putus berwarna hujau cair. Kawasan lelah ini (bulatan putus-putus hijau cair) bukan penyebab sakit belakang, tetapi ia akan terasa sakit atau sedap jika diurut.
Kawasan diwarnakan kuning cair [dua di belakang buah pinggang] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ Buah Pinggang (NW13). Biasanya pesakit ini tidak selesa berdiri lama atau berbaring di tempat rata. Apabila duduk, pesakit lebih selesa jika dapat bersandar dan tidak selesa duduk bersila.
Kawasan diwarnakan oren [tiga tempat di belakang pinggul] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ alat kelamin, prostat, lutut, betis dan peha. Pesakit akan mengalami simptom seperti gangguan kencing seperti kerap kencing (kencing yang normal ialah tidak melebihi 3 kali dalam sehari), tidak tahan ingin membuang air kecil atau sakit lutut. Kawasan ini biasanya bukanlah sakit belakang, pesakit suka jika dapat diurut atau dipijak kawasan tersebut. Sebenarnya kaedah mengurut atau memijak kawasan tersebut tidak dapat memberi kelegaan berpanjangan dan tidak membantu mengurangkan simptom.
Kawasan diwarnakan oren cari [dua tempat di bawah ketiak memanjang ke tepi pinggang] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap sistem limpa (NW12). Pesakit kemingkinan juga kerap atau mengalami simptom seperti gout atau sakit di bahagian tumit, lutut, bawah lengan dan bahu yang menyucuk. Simptom ini sering disalah erti sebagai gout dan amat bahaya jika pesakit diberikan ubat gout kerana ia boleh menjejaskan buah pinggang.
Segitiga berwarna perang cair [bentuk segitiga di bahagian belikat kiri] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ hempedu. Kadang kala ia akan terasa sakit di keseluruhan belikat kiri.
Kawasan yang dibulatkan putus-putus warna hijau kuat [meliputi seluruh belikat dan bahu kiri] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ jantung. Ini bukan menyebabkan sakit belakang, tetapi apabila diurut, kawasan ini akan terasa sakit (atau sedap) dan berbisa.
Kawasan yang dibulatkan putus-putus warna kuning [di bahagian lengan kanan] ialah kawasan yang terasa sakit atau menyucuk atau lenguh disebabkan kolestrol tinggi. Biasanya ia akan terasa sakit bersama dengan kawasan belikat yang ditandkan kuning. Kadang kala kolestrol yang mengganggu jantung akan menyebabkan lengan sebelah kiri juga sakit. Jarang berlaku kedua-dua lengan menjadi sakit serentak, biasanya sama ada kiri (jantung) atau kanan (asid lemak terutamanya daripada ayam dan daging lembu).
Rawatan yang dijalankan adalah amat mudah iaitu sama ada
- Makan atau minum rumusan formula yang boleh disediakan sendiri dengan
mudah - Mandi atau membuat sapuan dengan air sejuk atau ais yang melegakan
Pemantauan dan Rawatan Susulan
Setaip pesakit akan direkodkan segala maklumat kesihatannya dengan lengkap dan ia dipantau dari masa ke semasa. Kekerapan pemantauan adalah bergantung kepada tahap penyakit. Untuk penyakit kronik yang kritikal, pemantauan adalah setiap hari manakala bagi pesakit biasa pemantauan adalah setiap seminggu sekali. Pemantauan akan memastikan kaedah rawatan yang diberikan tepat dan berkesan supaya tempoh pemulihan berlaku dengan pantas.
Tempoh rawatan bagi setiap pesakit tidak sama antara satu sama lain disebabkan faktor berikut:-
- Tahap penyaki
- Jumlah organ yang terlibat sebagai punca sakit belakan
- Kebolehan pesakit mengikut petua atau amalan yang disarankan
- Kemahiran perawat atau pengamal perubatan mengenalpasti punca kelewatan
untuk sembuh
- Dalam tempoh 3 hari (bagi pesakit yang dapat mengikut kaedah rawatan
yang lengkap). - Kebanyakkan pesakit pengambil masa 2 minggu (pemulihan secara
berperingkat-peringkat). - Sebahagian pesakit pulih dalam tempoh antara 2 bulan ke 6 bulan (penyakit
lega dan datang kembali berselang-seli sehingga pulih sepenuhnya).
Sepanjang tempoh rawatan, pesakit perlu meneruskan pengambilan formula secara berterusan sehingga simptom hilang. Sambungan pengambilan formula ialah setelah sesuatu formula tersebut berjaya dihabiskan mengikut waktu yang ditetapkan. Tempoh untuk menghabiskan sesuatu formula adalah antara 3 hari ke 6 hari (bergantung kepada dos yang dicadangkan melalui diagnosis mengikut keperluan organ). Bermaksud, pesakit perlu datang semula (atau hubungi melalui telefon / email / sms bagi pesakit yang jauh) untuk menyambung rawatan setiap 3 ke 6 hari. Kaedah ini didapati amat berkesan kerana faktor berikut:-
- Pemeriksaan dan pemantauan dapat dijalankan dengan lengkap dan teratur
mengikut kekerapan waktu yang singkat. - Tahap penyakit dapat dikurangkan dengan mendadak kerana mendapat terapi yang insentif.
- Keyakinan dan semangat pesakit untuk pulih bertambah dengan mendadak.
- Penerusan pengambilan formula serta penentuan formula dapat ditentukan dengan tepat.
Walaupun pesakit telah pulih, rawatan susulan tetap masih diperlukan. Sebagai rawatan susulan, biasanya pesakit perlu mengamalkan penggunakan Aromatherapy Seri Wajah sebagai pencegahan daripada berlaku masalah penyakit berulang atau penjagaan kesihatan secara optimum.
Analisa Penyakit Tulang Belakang
Analisa ini buat secara rambang daripada 7,000 orang pesakit yang pernah dirawat sejak 1999. Daripada jumlah tersebut, 200 orang diambil secara rambang sekitar bulan Mei, Jun dan Julai 2006. Hasil analisa adalah seperti berikut:-
- 20% daripada pesakit menderita pelbagai penyakit termasuk sakit
belakang - 5% daripadanya mengalami masalah sakit belakang di bahagian belakang tengkuk
dan belakang bahu. - 10% daripadanya mengalami masalah sakit belakang pinggul di bawah
pinggang.
Daripada jumlah tersebut (200 orang yang diambil secara rambang ini), semua pesakit ini telah pulih sepenuhnya dan berhenti membuat rawatan susulan.
- 15 orang daripadanya atau 21% daripada mereka telah pulih dalam masa kurang
3 hari setelah rawatan pertama. - 50 orang daripadanya atau 72% daripada mereka pulih dalam tempoh antara 3
minggu ke 3 bulan menjalankan rawatan. - Baki 5 orang lagi (7%) pulih antara 3 bulan ke 6 bulan setelah
menjalani rawatan.
Faktor Kejayaan 100% Penyembuhan
Kesemua 200 pesakit yang dianalisa di atas telah pulih sepenuhnya kesan daripada kaedah rawatan Colour Vibration Therapy, antaranya disebabkan oleh faktor berikut:-
- Dr. Ariffaizal sebagai pengamal professional Colour Vibration Therapy yang
telah merawat sejak 1999 dengan jumlah pesakit melebihi 7,000 orang sebenarnya
juga telah menderita sakit belakang selama sembilan tahun (iaitu dari 1991
hingga 1998) dan telah pulih daripada penyakit ini sepenuhnya serta merta
setelah diperkenalkan dengan kaedah Colour Vibration Therapy. Keyakinan ini
menjadikan Dr. Ariffaizal sangat berminat untuk merawat dan amat bersedia setiap
kali menerima pesakit yang mengalami masalah sakit belakang tidak mengira apa
tahap kesakitan yang dialami. - Rawatan akan diberikan dengan penuh minat, komitmen yang tinggi dan
bersungguh-sungguh secara professional. Setiap pesakit akan mendapat layanan
yang penuh kemesraan. Antara kunci sebenar resonannya sesuatu formula dengan
penyakit ialah medium keikhlasan yang lahir daripada kasih sayang (love
therapy). - Kaedah pemeriksaan yang digunakan iaitu Applied Kinesiology memberikan hasil
keputusan yang amat tepat dan memudahkan proses rawatan dijalankan. - Konsep ilmu Colour Vibration Therapy yang dapat merumuskan masalah, kajian
dan punca kepada sakit belakang secara saintifik, telah banyak menyumbang kepada
penyelesaian pantas dan memecah kebuntuan terhadap kaedah mengatasi masalah
sakit belakang. - Formula yang direalisasikan daripada pelbagai konsep dan teori ilmu fizik
moden dan amat tepat, serasi dan mudah resonan dengan keperluan untuk merawat
penyakit tulang belakang.
Mungkin jumlah 200 orang pesakit (daripada 2,450 orang pesakit) yang diambil ini terlalu sedikit dan mewujudkan kesan biyes. Walau apa pun, keizinan Allah terhadap penyembuhan adalah segala-galanya. Oleh itu, doa ialah amalan yang pertama perlu dibuat manakala merawat dengan kaedah Colour Vibration Therapy ialah ikhtiarnya dan penyembuhan adalah natijahnya.
Punca Sakit Belakang
Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjuang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan menjadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ.
Sesuatu organ akan sentiasa menerima isyarat tenaga daripada Kelenjar Pineal (NW1) dalam bentuk isyarat bertekanan tinggi dan menghantar isyarat yang bertekanan rendah ke tulang Coccyx (tulang sulbi). Proses ini akan memastikan sesuatu organ terus berfungsi seperti biasa.
Apabila suatu organ lemah atau berpenyakit, ia akan menghantar isyarat bertekanan rendah yang lebih banyak daripada biasa. Isyarat ini akan dipendam oleh saraf tunjang sebelum diproses untuk dihantar dan dineutralkan oleh tulang sulbi. Pemendaman ini lah (sementara menunggu ia dihantar dan diproses oleh tulang sulbi) akan menyebabkan struktur atom di bahagian tulang belakang menjadi lemah ikatannya. Pemendaman tenaga yang berterusan ini akan menjadikan tulang atau ruas tulang menjadi sangat lembut dan mudah tercedera. Kesan tekanan graviti atau aktiviti lasak akan menjadikan ia mudah tercedera atau menyebabkan kesan tergelincir. Antara penyakit kronik yang didakwa atau diistilahkan berkaitan dengan sakit tulang belakang iala slip disk.
Sebenarnya walaupun hanya ada terlebih sedikit sahaja isyarat bertekanan rendah daripada tahap normal, rasa kesakitan telah mula dirasai. Jika isyarat tersebut terlalu banyak dan berlaku berulang kali, maka ia akan menyebabkan sakit belakang menjadi kronik.
Petua Mengurangkan Simptom Sakit Belakang
- Setiap pesakit mempunyai punca yang berbeza antara satu sama lain dan ia
dapat ditentukan setelah pemeriksaan (mengikut kaedah Applied Kinesiology secara
terpeinci dan tepat)dijalankan. Untuk tidak menghampakan, berikut ialah
ringkasan petua yang ingin diperturunkan di sini untuk mengurangkan simptom
sakit belakang. - Amalkan membengkok lutut ketika mengambil barang, jangan membongkokkan
pinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naik
dengan cara meluruskan lutut semula. Cara ini dapat mengelakkan sakit belakang
terutama di bahagian pinggul atau Cervical. - Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalah
berpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makan
makanan yang masam berlebihan, makanan yang mengandungi pewarna atau perisa atau
pengawit. Elakkan mengambil kopi terutama Nescefe dan air bergas /
bikarbonat. - Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan
terhadap sakit belakang.
Psikologi adalah perkara terpenting yang perlu diawasi kerana ia sangat berkaitan dengan organ penghadaman. Saya akan terangkan secara terpeinci dan penuh saintifik kaitan antara organ dan karekor yang dikatakan sebagai punca penyakit belakang di dalam post yang lain, insya Allah. Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:-
- Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatu
yang tidak adil (berkaitan dengan sistem limpatik (NW12). - Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, hasad, dengki, khianat
(yang berkaitan dengan organ pankreas (NW15) - Jangan mudah bersedih (yang berkaitan dengan organ paru-paru (NW10).
- Jangan mudah risau (yang berkaitan dengan jantung (NW11)
- Jangan terlalu cerewet, berkira atau cepat melatah (berkaitan dengan buah
pinggang NW13).
Maklumat lanjut mengenai semua post berkaitan dengan sakit belakang atau tulang belakang di dalam blog ini, sila klik Katatagori bertajuk "Tulang Belakang"
Semoga anda bergembira denga hasil tulisan ini. Semoga ia dapat dimanfaatkan untuk membantu mengurangkan penderitaan yang anda alami. Untuk kesan yang lebih baik, silalah dapatkan rawatan Colour Vibration Therapy daripada saya. Saya akan cuba dengan sedaya upaya memberikan rawatan yang terbaik dengan penuh komitmen dan kesungguhan kepada anda. Sekrianya terdapat sebarang persoalan mengenai sakit belakang atau sebarang penyakit, sila hubungi saya;
Tel / SMS: 012-4008972
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak





Peta
Lokasi

Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.



Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan terhadap sakit belakang.
Adakah maksud Dr.,pesakit langsung tidak boleh mengambil makanan berprotien atau mengurangkannya sahaja? Saya agak keliru kerana setahu saya protien, karbohidrat, lemak dan lain-lain ada kelebihannya untuk kesihatan selagi tidak diambil secara berlebihan.
Maklumat dan rujukan terkini dan berwibawa dalam dunia perubatan (allopathic atau complimentary) ialah the Journal of the American Medical Association (JAMA). Rujukan ini akan memberi makluman terkini kajian mengenai nutrien dan perubatan farmasutikal (bidang allopathic medicine). Antara pihak yang menghormati dan menyanjungi JAMA ialah World Health Organization (WHO)dan Open International Universiti for Complimentary Medicine. Fakulty of Universal Scienti of Colour (yang dipelopori oleh Colour Vibration Therapy) berada di bawahnya. Tetapi JAMA tidak diiktiraf atau dihormati oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malah tidak ada sebarang akreditasi dan justifisaki diberikan kepada JAMA oleh KKM.
Antara jurnal terbaru ialah protein tidak boleh diambil berlebihan dan keperluan harian cuma 20 miligram sahaja. Protein yang stabil dan selamat diambil cuma protein radioisotop 14. Antara sumbernya ialah ikan laut yang disediakan ketika basah (bukan kering atau diproses seperti fish ball, fish cake dan sebagainya).
Dalam blog ini saya ada menulis tajuk khas mengenai protein dalam katagori Nutrien bertajuk Kesan Terlebih Protein.
Dr., kalau boleh saya tahu apakah sebab-sebab yang menyebabkan KKM tidak mengiktiraf JAMA? Saya pasti mesti ada alasan yang kukuh berkenaan hal ini.
Saya tidak arif mengenai perkara ini kerana berkaitan dengan dasar sesuatu kementerian atau dasar kerajaan. Saya rasa bukan sebab tidak iktiraf, tetapi kerana belum ada sebarang Justifikasi yang disediakan untuk organisasi tersebut. Di Melaka, kerajaan negeri telah menyediakan justifikasi untuk Colour Vibration Therapy. Itu pun di bawah Exco Pertanian bawah kelolaan agensi Institud Bioteknologi Melaka. Dalam kementerian setakat ini cuma Kementerian Sumber Manusia (MOHR) sahaja yang memiliki satu standart pengiktirafan terhadap organisasi atau kemahiran luar negara yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dipanggil NOSS. Colour Vibration Therapy sedang membangunkan salah satu NOSS tersebut.
Sebuah agensi kerajaan Institud Kajian Perubatan (IMR) menghasilkan teknologi dan ilmu perubatan yang hebat-hebat malah ada yang semacam Colour Vibration Therapy, tetapi tidak dipraktikan oleh KKM.