SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Ahad, 24 Jun 2007

Ringkasan Formula CL 9

Formula khas untuk mempertenagakan kawasan tengkuk yang meliputi tyroid, saluran esofagus atau kelenjar liur yang mendatangkan simptom tertentu antaranya beguk (goiter) dan sebagainya.

[Gambar CL 9]

Berikut ialah ringkasan daripada formula CL 9

FORMULACL 9
NAMA FORMULA
WARNABIRU
PANJANG GELOMBANG490 nanometer
WAKTU RESONANSubuh hingga syuruk
(6.00 pagi hingga 7.00 pagi)
PSIKOLOGI KETIKA SIHATPeramah
PSIKOLOGI KETIKA SAKITPendiam
KAWASAN
  1. Kelanjar Tyroid
  2. Esofagus
  3. Kelenjar Air Liur (Salivary Glands)
  4. Permukaan Gusi
  5. Cervical C3, C4, C5, C6, C7
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Gangguan di bahagian kerongkong.
  • Gangguan suara.
  • Metabolisma yang tidak teratur.
  • Kegemukan / terlalu kurus
  • Sakit tekak / beguk / tongsil / mulut kering.
  • Sendawa / kelenjar leher membengkak.
  • Kabur mata.
  • Berkaitan sakit tulang dan saraf.
  • Tiada selera makan / merangsang reseptor citarasa.
  • Masalah penelanan / sakit semasa menelan.
  • Reseptor air liur yang berlebihan.
  • Gusi selalu berdarah.
  • Hipotyroid.
  • Nafas berbau.
  • Pendek / gangguan pembesaran.
  • Kelenjar limfa di sekeliling leher membengkak(Rubella).
KETERANGAN FORMULA
  • Meningkatkan keupayaan sel-sel otak dan menambahaktiviti pengaliran elektrik pada otak.
  • Menyeimbangkan berat badan (dieting programme) atau program kelangsingan (berkaitan dengan CL 12).
  • Pengganti nila dan cuka untuk penyakit beguk.
  • Membantu penyerapan zat metabolisma.
  • Pelembab dan pelinciran untuk pertuturan.
  • Membantu perkumuhan bahan organik (urea/gula).


5 ulasan:

babylito berkata...

"Beguk atau mumps adalah sejenis penyakit berjangkit. Ia terjadi apabila virus RNA Paramyxovirus disebarkan melalui udara oleh penghidap beguk. Sebaran ini berlaku apabila bersin, batuk dan sebagainya.

Simptom beguk:
Demam, badan terasa amat letih dan paling ketara bengkak pada kelenjar liur.

Bagaimana Beguk Berjangkit?
Virus itu akan menjangkiti orang lain kira-kira seminggu sebelum kelenjar liur membengkak. Beguk akan berlarutan selama 9 hari selepas kelenjar mula membengkak.

Kesan Sampingan Beguk
Bengkak pada buah zakar yang boleh menyebabkan kemandulan. Juga boleh menyebabkan pancreatis iaitu kerosakan pada kelenjar pankreas. Selain itu boleh juga sebabkan encephalitis atau inflamasi otak.

Cara Rawatan
Tiada rawatan khusus atau ubat tertentu dalam merawat beguk. Ini kerana tiada ubat dapat membunuh virus RNA Paramyxovirus. Ubat yang diberikan biasanya untuk mengurangkan kesakitan atau bengkak pada kelenjar liur."

Sumber: Majalah Harmoni 15-31 Mei 2005/Klinik Anak

Kenapakah seseorang yang tidak pernah menghidap beguk, berisiko tinggi untuk dijangkiti? Sebaliknya seseorang yang pernah dijangkiti pula akan mendapat pertahanan terhadap kuman ini sepanjang hayatnya.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Apabila seseorang dijangkiti virus, setiap kelenjar di tubuh akan mengeluarkan hormon tertentu. Apabila sakit, melatonin akan dikeluarkan. Apabila ada jangkitan bakteria, hipothalamus akan meningkatkan antibodi semulajadi. Adrenal pula akan merembeskan adrenalin untuk membawa toksin daripada kawasan yang dijangkiti untuk dinyahkan.

Ketika seseorang itu dijangkiti, tubuh akan menjalankan proses penyembuhan. Berapa lama penyakit akan sembuh itu bergangtung kepada kekuatan tubuh itu sendiri. Apabila telah sembuh, kesan antibodi masih ada dan ia akan bertindak sebagai vaksin semulajadi yang menjadikan tubuh immune terhadap jangkitan virus yang sama.

Tetapi, jika kita mengambil antibiotik tiruan, tubuh tidak sempat mengeluarkan antibodi semulajadi. Maka sekiranya terdapat sesuatu wabak, maka tubuh akan dijangkiti semula. Kes ini biasanya terjadi terhadap penyakit demam, selsema dan batuk.

Orang yang berpeleseran atau pesakit mental di tepi-tepi jalan itu immune terhadap beberapa jenis jangkitan penyakit. Salah satu sebabnya kerana mereka pernah diserang dengan penyakit ini dan pulih tanpa antibiotik tiruan sehingga tubuhnya lengkap dengan beberapa jenis vaksin semulajadi.

yaya berkata...

Salam doktor...saya ingin bertanya berkenaan penyakit tongsel....adakah ianya sejenis penyakit yg serius....

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

yaya; setiap penyakit ada tahap "keterukan" nya (severity). Keterukan yang tinggi atau kronik yang kritikal adalah penyakit yang serius. Ia terjadi dalam tempoh masa yang panjang secara sedikit demi sedikit. Jika ia membengkak sehingga boleh kelihatan apabila disuluh (sila lihat di kanan dan kiri otot tonsil) sama ada ia membengkak dengan besar atau kecil. Atau adakah ia diikuti dengan kesukaran menelan dan yang paling kronik menyebabkan kancing gigi atau sakit di rahang atau lenguh rahang ketika mengunyah.

babylito berkata...

PENGGUNAAN pil bagi merawat tiroid pada kanak-kanak boleh menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. Menurut Donald R. Mattison dari Institut Kesihatan Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia Kebangsaan AS, kebanyakan doktor menggunakan propylthiouracil atau methimazole bagi merawat kanak-kanak yang menghidap penyakit Graves di samping pembedahan serta iodin radioaktif.

Kajian Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine mendapati ada hubung kait antara pengawalan diri dan kenaikan berat badan di kalangan kanak-kanak.

Kajian diatas menguatkan lagi bahawa rawatan alopatik sememangnya akan meninggalkan kesan sampingan terhadap kesihatan manusia. Oleh itu kita mesti mendapatkan rawatan yg lebih semulajadi agar bebas dari kesan sampingan yg akan membawa kepada penyakit lain yg lebih merbahaya.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)