Formula untuk mempertenagakan Jantung atau sistem kardiovaskular (cardoivascular) untuk merawat simptom seperti sakit jantung, jantung berlubang, koronari jantung, penderitaan dukacita dan sebagainya.
Berikut ialah ringkasan keterangan Formula NW 11;
Berikut ialah ringkasan keterangan Formula NW 11;
| FORMULA | NW 11 |
| NAMA FORMULA | JADE GREEN |
| WARNA | HIJAU |
| FREQUENCY | 507 nanometer |
| WAKTU RESONAN | 2 jam sebelum waktu Qailulah (9.00 pagi hingga 11.00 pagi) |
| PSIKOLOGI KETIKA SIHAT | Sukacita |
| PSIKOLOGI KETIKA SAKIT | Hampa, risau. |
| KAWASAN |
|
| KAITAN/ TANDA / SIMPTOM |
|
| KETERANGAN FORMULA |
|
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Jantung atau sistem kardiovaskular (cardiovascular) seperti serangan jantung, jantung berlubang, koronari, penderitaan perasaan dukacita atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak
Pusat Rawatatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


Peta
Lokasi


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.



Mstar online melaporkan
Bienda perlu RM50 ribu untuk bedah jantung berlubang
24-12-2007 05:09:35 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
PETALING JAYA:
Penyanyi yang popular dengan lagu Penantian, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli memerlukan bantuan sebanyak RM50 ribu untuk menjalani pembedahan penyakit jantung berlubang di bahagian kiri yang dihidapinya sejak beliau dilahirkan.
Anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini hanya mengetahui penyakit yang dialaminya setelah membuat pemeriksaan pada lima hari lalu di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.
"Saya tidak tahu yang saya menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir lagi. Baru minggu lepas saya mendapat berita ini," jelas penyanyi jelita ini.
"Sekarang lubang tu sudah 2.5 cm dipangkal atas jantung. Namun, doktor kata beliau masih berpeluang untuk hidup jika menjalani rawatan sebelum terlambat kerana bimbang jika penyakit ini merebak ke bahagian kanan mungkin tiada harapan untuk hidup lagi," kata Sheeda dalam nada sayu.
Sekarang mari kita lihat kupasan tentang jantung dari segi sains moden.
Jantung
Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.
Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.
Penyakit Jantung
Seseorang individu boleh mengidap 2jenis penyakit jantung iaitu:
Penyakit jantung kongenital
-Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.
Penyakit Jantung Bukan Kongenital
-Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.
Serangan Jantung
Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.
Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.
Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.
Faktor-faktor risiko serangan jantung
-Kurang senaman/tidak aktif
-Merokok
-Pemakanan yang tidak sihat
-Kegemukan
-Diabetes
-Tekanan darah tinggi
-Tekanan perasaan (stress)
Serangan Jantung Boleh Dicegah
-Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
-Makan secara sihat
-Kekalkan berat badan unggul
-Berhenti merokok
-Belajar menangani tekanan perasaan
-Periksa tekanan darah
-Periksa paras glukosa darah
-Awasi paras kolesterol
-Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Tanda-tanda Serangan Jantung
Sesak nafas
-Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
-Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan
-Berpeluh dingin
-Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
-Pening kepala dan berasa loya
Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Malaysia, 09/2001/