SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 4 September 2007

Ringkasan Asas Falsafah Teori Ruang Dan Masa

Ilmu Colour Vibration Therapy amat saintifik. Ia perlu difahami dan berlandaskan Al Quran dan Sunnah sebagai panduan utama. Pemahaman yang sebenar akan membawa kepada hasil keberkesanan dalam proses merawat penyakit. Kekeliruan terhadap pemahaman ilmu Colour Vibration Therapy bukan sahaja mendatangkan hasil yang sia-sia, malah ia mengundang fitnah akibat pemesongan ilmu ke arah perkara yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Berikut ialah beberapa fakta asas pemahaman terhadap Teori Ruang Dan Masa yang direalisasikan dan diaplikasikan dalam kaedah merawat penyakit.

Masa merupakan suatu kewujudan yang berketumpatan rendah, mempunyai kekerasan yang tinggi.

Jika diambil bendul sebagai pemerhatian dalam satu eksperimen. Bendul tersebut ialah pembolehubah yang dimanipulatifkan. Ia tetap mempunyai ruang. Apabila bendul diayunkan, ia akan bergerak di ruangnya. Ayunan tersebut ialah masa. Ayunan yang lengkap akan mewujudkan jisim. Sekarang jisim yang terbentuk ialah sebuah segitiga yang keras dan padu.

Setiap objek adalah jisim yang keras. Ia menjadi jisim kerana terdapat masa yang telah mengisi ruang. Masa tersebut tidak dapat dilihat. Yang terlihat hanyalah satu bentuk yang dipanggil jisim. Disebabkan adanya masa, maka dalam ruang tersebut tidak ada ketumpatan. Ia boleh digambarkan melalui eksperimen ayunan bendul.

Contoh jisim yang mempunyai banyak masa dengan ketumpatan yang amat rendah ialah berlian.

Masa wujud dalam sel

Semua kehidupan yang menjalankan fungsinya seperti biasa mempunyai masa. Masa ialah tenaga yang terdapat di dalam sel. Sel yang kehilangan masa ialah sel yang akan mati.

Organ yang sihat ialah organ yang mempunyai masanya tersendiri yang akan terus

mempertenagakan sel supaya tisu organ akan menjalankan fungsinya dengan cekap dan normal secara semula jadi mengikut Hukum Keseimbangan.

Masa dan jisim adalah dua faktor penting dalam kehidupan

Alam ini terdiri daripada masa dan jisim dengan rumus masa bertemu ruang membentuk jisim. Penemuan terhadap konsep masa dan konsep jisim dalam dan dirumuskan dalam Teori Ruang Dan Masa menjadikan pemahaman terhadap penyakit dapat difahami dengan lebih terpeinci.

Semangat, emosi dan mental mampu mengawal masa.

Sebenarnya masa boleh terjadi dalam pelbagai bentuk tenaga. Ia terdiri daripada tenaga dalam bentuk spiritual, emosi, mental dan fizikal. Bentuk tenaga ini semuanya berada dalam tubuh kita. Ia saling bekerjasama dan menjalankan peranannya masing-masing untuk mengekalkan keharmonian dan keseimbangan fungsi organ dalam tubuh.

Manusia tidak mampu mengawal fizikal. Ia hanya boleh dikawal melalui tenaga dalam bentuk semangat, emosi dan mental melalui akal fikiran. Akal fikiran yang positif akan memberi kekuatan yang lebih untuk mengawal masa.

Masa adalah roh

Roh adalah urusan Allah yang mutlak. Ia adalah tenaga yang tidak dapat dikaji atau dilihat. Urusan perjalanan roh tidak boleh diketahui walau dengan cara apa sekali pun.

Tenaga dalam tubuh boleh diwakili sebagai roh. Tubuh yang kehilangan tenaga bermaksud juga kehilangan roh. Jasad yang tidak ada roh ialah mayat yang tidak mempunyai masa. Bentuk tenaga dalam jasad berada dalam satu bentuk tenaga yang berlainan.

Nutrient akan menjadi tenaga apabila kita fokus (berfikir dengan tumpuan)

Walau sebanyak mana nutrient yang diambil, sebenarnya tubuh yang menentukan sama ada ia perlu atau tidak dengan cara fokus. Pemikiran yang berserabut, penuh dengan masalah, tekanan, tergopoh-gapah akan menjadikan nutrient tidak diserap dengan cara sepatutnya.

Hanya dengan permikiran yang hening, sabar, ikhlas dan redho sahaja yang akan memastikan nutrient dapat diserap dengan baik dan terus memberikan tenaga atau masa untuk keperluan sel.

Kebetulan adalah berbeza dengan ketetapan - keserentakan.

Semua yang dikatakan sebagai kebetulan sebenarnya ialah keserentakan. Ia diciptakan serentak secara berpasang-pasangan. Kehadirannya ialah untuk melengkapkan Hukum Keseimbangan.

Ia boleh dirasai melalu intuisi dan instinct. Walaupun kita belum melihatnya, dengan Hukum Keseimbangan, kita dapat merasa akan sesuatu melalui intuisi dan instinct.

Contohnya rasa tidak sedap hati itu datang serentak dengan kejadian yang akan diketahui kelak. Atau rasa terlalu teringin hingga perasaan rasa berdebar-debar ialah kejadian yang telah terjadi (tetapi belum diketahui) yang amat diperlukan sebagai pelengkap diri seseorang disebabkan Hukum Keseimbangan.

Ketetapan ini dipanggil sebagai "Hukum Keserentakan".

Instinct dan intuisi adalah gaya berfikir paling asas.

Sebelum terjadinya amal, ia bermula dengan fikiran yang kreatif. Pemikiran kreatif terjadi dengan adanya niat. Niat datang daripada getaran atau debaran dalam hati yang wujud daripada instinct dan intuisi.

Tanpa pemikiran yang kreatif, tidak ada sesuatu amalan yang dapat dilakukan. Tanpa ada rasa debaran, tidak akan wujud rasa niat di hati.

Niat yang difikirkan secara berulang-ulang ialah rahsia doa yang mengubah Hukum Keseimbangan kepada satu kuasa tarikan. Ia dipanggil The Low of Attraction.

Alam mencari keseimbangan semula di dalam faktor masa.

Alam ini berfungsi dengan perantara masa dalam pelbagai bentuk tenaga. Semua tenaga menuju kepada keseimbangan. Kesimbangan ini akan menadikan alam ini terus bergerak dan berfungsi.

Fenomena ini dipanggil sebagai "Hukum Keseimbangan".

EQ adalah lebih penting daripada IQ

Pemikiran yang kreatif ialah pemikiran hasil daripada rasa hormat tubuh terhadap instinct dan intuisi yang datang. Keupayaan untuk berfikir dengan kreatif ialah tindak balas daripada penerimaan instinct. Fenomena ini dipanggil Emotional Qoutient (EQ).

Amalan fizikal yang mencipta perancangan ialah satu bentuk pemikiran ciptaan manusia yang dipanggil Intelligent Quotient (IQ).

Pesakit perlu diberikan motivasi

Semangat adalah faktor penting untuk merangsang melatonin daripada kelenjar pineal. Pesakit yang diberikan harapan bahawa penyakitnya boleh dirawat adalah ubat yang pertama diperolehi oleh pesakit.

Daripada falsafah "Penyakit terjadi daripada runtuhnya akhlak", maka pesakit perlu diterangkan kaitan organ yang lemah atau penyakit yang dialami dengan karektor yang hadir serentak atau punca penyakitnya sukar untuk pulih. Atas kesedaran ini, pesakit akan mudah mengawal karektor dan meringankan punca penyakit.

Niat adalah salah satu bentuk frekuensi dan mempunyai magnitudnya

Niat terjadi daripada instinct yang dihormati kehadirannya. Instinct ialah peringkat implitud manakala setelah ia dihayati, maka wujudlah niat yang menyamai frekuensi magnitud.

Keyakinan dan kepercayaan perlu mengiringi doa

Doa ialah rahsia niat yang berulang-ulang yang dizahirkan melalui pemikiran. Doa terjadi melalui niat yang penuh yakin dalam jiwa yang penuh mengharap.

Tidak dinamakan doa sesuatu yang tidak disertai keyakinan dan pengharapan.

Fiber dan mineral berat dapat mempengaruhi sifat redha.

Fibert terlalu merangsang otot hingga otot membuat indakan memulu dan mengambil keputusan sendiri. Ia juga memberi kesan terhadap kesihatan saraf dan tulang.

Membuat keputusan sendiri ialah tanda hilangnya sifat redha.

Gaya berfikir manusia dapat mempengaruhi aktiviti-aktiviti sel

Organ adalah seimbang denagan karektor. Setiap yang difikirkan akan mempengaruhi tindak balas sel dalam sesuatu organ.

Sifat hening, sabar, ikhlas dan rehdo akan memastikan sel berfungsi dengan normal dan terus sihat.

Daripada fenomana ini maka lahirlah fasafah bahawa "Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak".

Titik sifar (0 point) yang menguasai semua ruang.

Titik sifar terletak di puncak dalam Teori Ruang dan Masa. Jika masa dan ruang ingin mendapatkan antara satu sama lain, ia perlu dengan perantaraan point zero (atau titik sifar).

Deria mempengaruhi masa kita

Sebahagian besar deria terdapat pada level spiritual pada tubuh badan iaitu di bahagian kepala yang merangkumi Kelenjar Pineal (NW1), Kelenjar Pitutary (NW2), Thalamus (NW3), Hipothalamus (NW4), Kawalan Biotik (NW5), Sinus (NW6), Kawalan suhu (NW7) dan Medulla Ablongata (NW8).

Ketenangan akan menjadikan deria ini amat peka terhadap penerimaan instinct dan penerimaan vibration sehingga mencetuskan magnitud untuk niat. Niat adalah keseimbangan masa. Deria yang peka menjadikan masa dapat dikuasai.

Masa dan formula Natural Wave (NW) dalam perawatan

Penyakit ialah jisim yang mempunyai ruang tetapi kehilangan masa. Formula Narutal Wave menyimpan rahsia warna di bahagian gema. Gema ialah salah satu bahagian daripada masa (sebahagian lagi ialah niat yang datang daripada instinct atau intuisi).

Resonan - suatu konsep dalam penyembuhan

Resonan ialah matlamat dalam proses penyembuhan. Segala ikhtiar tidak akan mendatangkan hasil tanpa resonannya vibration yang diberi terdahap penenerimaan sel.

Formula NW lebih seimbang daripada antibiotik kimia

Formula NW tidak memerlukan bahan kimia sebaliknya mempertenagakan sel untuk membantuk merembeskan hormon dan enzim untuk menjalankan tindak balas kimia

Sel dan kesempurnaan penciptaannya

Sel ialah kejadian yang sempurna. Oleh itu, ia tidak memerlukan bahan kimia tambahan atau sebagarang bentuk gantian.

Masa manusia dan masa jin (alam ghaib)

[Tajuk di bawah ini telah diringkaskan dan setiap satunya akan masing-masing akan dituliskan dalam satu post yang berasingan]

Penjelasan mengenai saka dan kaitannya dengan spektrum warna - banyak pada tahap merah

Kesan fokus (daya tumpuan fikiran) terhadap sel

Penciptaan - hasil fikiran yang berulang kali

Masa adalah salah satu daripada rahsia berfikir berulang kali

Masa adalah relatif - kerelatifan

Sel - tekanan dan aktiviti untuk mewujudkan kesimbangan

NW sebagai penctus isyarat dalam otak agar tubuh dapat bekerja semula

Berfikir perlu tepat pada masa dan tempat (ruang)

Jangan berfikir di dalam keadaaan tertekan, lebih baik di dalam keadaan santai tanpa perasaan syak wasangka

Berfikir menjimatkan masa dunia

Bahan berasaskan dadah hanya mencakupi spektrum wana kuning, oren dan merah

Kuinin (bahan ubatan) boleh mencapai spektrum warna indigo namun masih belum sampai tahap putih

Formula NW mampu mencapai ke tahap spektrum warna putih (tertinggi)

Penyakit disebabkan virus (berkaitan dengan masa( lebih mudah disembuhkan berbanding kansue (lebih banyak dikaitkan dengan kerosakan jisim)

Setiap kewujudan mempunyai dua ciri: baik (+ve) dan tidak baik (-ve)

Ilmu ketuhanan tiada yang mencipta pembaziran

Berfikir secara intuisi perlu dilatih dengan menjaga pemakanan / tingkah laku /pemikiran dan sebagainya

Jangan berfikir sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan diri sendiri kerana boleh merosakkan fokus (daya tumpuan kepada kesuatu kebaikan)

Jangan menyalahkan takdir di atas kemalangan atau musibah, kerana pilihan tetap pada diri manusia. Berfikir akan menentukan pemilihan yang baik.

Setiap kejadian adalah tenaga dan berpasangan - kita perlu bijak memilih dengan berfikir

Gerak rasa daripada roh - lebih tepat daripada alasan logik

Gerak rasa pertama perlu dihormati

Tohmahan, fitnah terhadap kita tidak perlu dipedulikan selagi kita di pihak kebenaran

Yakinkan pesakit supaya pengambilan formula dengan kerap

Keberkesanan formula seperti Aromatherapy Seri Wajah adalah berasaskan gema niat yang tepat

Gema niat boleh berada di segenap ruang tanpa batasan

Memori banyak tersimpan di dalam kulit

Protein tinggi akan mengganggu kesihatan kulit - orgn hempedu yang rosak

Masa dan ruang yang tidak baik mencipta pemikiran yang tidak baik

Hukum (lumrah) alam adalah mencari kesimbangan

Cuka adalah bahan yang mencipta suhu panas di dalam darah

Vitamin C boleh merosakkan kulit apabila diambil secara berlebihan

Garam yang telah dimasak mencipta CO2 (gas yang tidak baik)

Garan yang baik mempertenagakan sistem neuro supaya lebih bersedia dan cekap

Pottasiom - mineral penting untuk kulit

CVT tidak menggunakan istilah membunuh kuman di dalam perawatannya

Kuman (adalah mikrob) yang perlu diberi masa supaya ia menjalankan aktivitinya semula di dalam keseimbangan

[Post ini masih dalam permbinaan, atas permintaan ramai, ia telah dipublishkan buat sementara waktu]

5 ulasan:

Lezna hangat berkata...

Pesakit perlu diberikan motivasi

Semangat adalah faktor penting untuk merangsang melatonin daripada kelenjar pineal. Pesakit yang diberikan harapan bahawa penyakitnya boleh dirawat adalah ubat yang pertama diperolehi oleh pesakit.

Daripada falsafah "Penyakit terjadi daripada runtuhnya akhlak", maka pesakit perlu diterangkan kaitan organ yang lemah atau penyakit yang dialami dengan karektor yang hadir serentak atau punca penyakitnya sukar untuk pulih. Atas kesedaran ini, pesakit akan mudah mengawal karektor dan meringankan punca penyakit.
)

Di dalam Islam, setiap diri manusia merupakan kumpulan cahaya atau 'nur' yang memiliki ukuran gelombang tersendiri yang dizahirkan sebagai watak, tingkahlaku, perangai dan psikologi dirinya. Manakala setiap psikologi itu pula bernaung pada organ-organ tubuh kita yang tertentu. Ada di kalangan individu yang diberikan anugerah mampu melihat aura orang lain, tetapi secara asasnya keadaan ini bukanlah sesuatu yang normal, kerana sekiranya seseorang terlalu kerap terlihat aura orang lain, maka yang sebenarnya ia turut mengalami kebocoran tenaga, atau lebih mudah, berpenyakit. Haiwan adalah makhluk pada tahap 'spiritual' yang dapat melihat aura manusia, sebahagian daripadanya cukup cepat mengesan aura seseorang yang cukup hebat, bertenaga, dalam kawalan diri dan sihat secara keseluruhannya.

Apabila cahaya dalaman diri seseorang tidak stabil atau seimbang, bermakna terdapat organ tubuh yang sedang menghadapi penyakit lalu menghasilkan aura yang berlebihan di sekeliling tubuhnya dan memberi kesan psikologi sepertimana berikut:-

1.(warna putih)Ia juga tanda akan meninggal (jika tiada warna lain selain putih)
2.Merah Jambu menjadi warna bagi yang dilamun cinta atau kesepian
3.Hijau membawa maksud kononnya pemalu dan lain lain karektor.

dan warna warna lain yang tentang diri seseorang,wallahualam,,ini hasil perbualan dengan "mak subuh ini sebelum sholat...mungkin banyak warna pada diri seseorang itu yang boleh ditafsirkan oleh pengamal colour vibration theraphy.

babylito berkata...

"Menurut Imam Al-Ghazali, apabila wujud suatu niat atau pemikiran yang kuat dalam di dalam diri kita (dunia dalaman-metafizikal) akan wujud sebuah molekul di dalam dunia luaran fizikal kita. Kita mewujudkannya dengan menguatkan sesuatu corak pemikiran sehingga pemikiran itu menjadi dominan di dalam diri kita.Hadis An-Nawawi pula lebih luas maknanya. Setiap amalan bermula dengan niat. Memahami akan hakikat ini kita harus sedari bahawa dunia luaran kita adalah cermin dunia dalaman kita.
Salah satu Hukum Alam kurniaan Tuhan ialah "Hukum Penarikan" (Law of Attraction. Di sini bermaksud benda yang baik akan menarik benda yang baik disekelilingnya begitu juga dengan pemikiran yang negatif akan lebih menarik lebih banyak benda negatif untuk wujud bersamanya."

Bagaimanakah untuk mengubah suatu fikiran yang negatif kepada fikiran yang lebih positif dan membina. Kadang-kadang kita tahu kita berfikiran negatif tetapi kadangkala kita seperti tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kita banyak membaca tentang motivasi tetapi untuk mengaplikasi pada diri terasa amat sukar sekali.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Persoalan dan juga teori "Bagaimanakan untuk menjadikan pemikiran kita positif?" Setelah lama mengkaji, akhirnya timbul persoalan ini. Inilah soalan selalu ditanya oleh mereka yang arif.

Jawapannya mudah, dalam blog ini saya terangkan melalui beberapa post.

Antaranya boleh difahami daripada Post bertajuk Falsafah Punca Penyakit. Terdapat juga dalam tajuk Formulasi Aromatherapy Seri Wajah di bawah tajuk Kesan Psikologi Penggunaan Aromatherapy Seri Wajah. Selain itu, kita dapat mengawalnya dengan minda seperti yang diceritakan dalam post bertajuk Minda
Mempengaruhi Tindak Balas Tubuh
di bawah sub topik Minda dan Penyakit.

Kesimpulannya ialah untuk memastikan kita dapat berkarektor positif, maka rawatlah organ yang memegang karektor tersebut.

ariff55 berkata...

berfikiran positif = redho = yakin + harap

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Berdoa dan bertawakkal dengan penuh rasa keyakinan setelah berikhtiar merawat adalah satu lagi langkah terakhir untuk mencapai resonan (penyembuhan), insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)