SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 10 September 2007

Teori Tekanan Dan Suhu

Mandi dan minum air yang sejuk amat digalakkan dan ia adalah lebih baik daripada air panas. Sebenarnya mengendalikan serta menggunakan air sejuk dan panas bagi tujuan kesihatan perlu kepada kemahiran dan kefahaman terhadap teori tekanan kerana sejuk dan panas ialah dua keadaan yang berbeza tekanan dan mempengaruhi tindak balas dalam tubuh. Matlamat sebenar ialah untuk mendapatkan tekanan tinggi kerana sesuatu yang bertenaga adalah bertekanan tinggi.

Therapy panas sejuk

Therapy ini sangat polular diamalkan. Kaedahnya ialah berendam dalam air panas, kemudian berendam pula dalam air sejuk. Dengan pertukaran yang drastik ini, tekanan dapat berlaku dengan lebih berkesan. Kaedah ini amat sesuai dilakukan di kawasan beriklim sejuk kerana dengan persekitaran yang sejuk, rendaman kali pertama di dalam air sejuk tidak memberikan tekanan.

Satu lagi kelebihan therapy panas sejuk ialah dengan tekanan rendah (panas) pada peringkat pertama, ikatan molekul dan zarah menjadi renggang. Toksik dalam tubuh akan dapat dikeluarkan ketika itu. Apabila dikenakan tekanan tinggi (sejuk) ikatan molekul dan zarah akan tersusun semula dalam keadaan yang lebih teratur.

Kaedah tekanan rendah dan tekanan sejuk ini digunakan dalam teknologi nano bagi penghasilan ramuan yang menghasilkan campuran yang jernih melalui kaedah tekanan sejuk "cool compressed". Campuran bahan cecair yang melebihi 3 jenis akan menghasilan campuran yang keruh, tetapi dengan cool compressed, campuran tersebut bukan sahaja jernih, malah bersinar. Bahan-bahan untuk menghasilkan Aromatherapy Seri Wangi ialah dengan kaedah cool compressed. Hasilnya Aromatherapy Seri Wangi tidak keruh walaupun terdapat lebih 7 campuran pati bunga dan ia bersinar.

Minyak zaitun ialah contoh hasil cool compressed secara semula jadi. Minyak zaitun amat bersinar dan terdapat dua lapisan molekul yang berbeza vibration dan memancarkan sinaran yang berbeza atau mempunyai dua sinaran.

Terdapat sejuk bertekanan tinggi, terdapat juga sejuk tekanan rendah. Bagitu juga panas, terdapat panas tekanan tinggi dan panas tekanan rendah.

Sejuk tekanan rendah


Sejuk tekanan rendah ialah sejuk yang disebabkan oleh magnitud atau ketinggian. Kawasan tanah tinggi ialah contoh sejuk bertekanan rendah. Kawasan bertekanan rendah walaupun sejuk ia tidak dapat membentuk semula susunan molekul dan zarah. Akibatnya pembongkaran yang berlaku tidak terbendung. Mereka yang bermasalah urik asid tinggi mudah mendapat lelah apabila berada di kawasan tanah tinggi.

Di kawasan tanah tinggi, mandi air panas amat tidak digalakkan kerana ia akan lebih memudaratkan. Sebaiknya cubalah mandi air sejuk. Mandi air panas di tanah tinggi akan merendahkan lagi tekanan yang tidak mampu ditampung oleh tubuh. Selepas mandi air panas, tubuh terdedah dalam keadaan bertekanan rendah, bermaksud tubuh mengalami dua kali ganda tekanan rendah.

Mandi pada waktu malam dalam kegelapan amat digalakkan. Tempoh untuk mandi yang terbaik hendaklah kira-kira 10 minit. Tetapi, tabiat tidak mengeringkan badan dan terdedah kepada angin malam akan mengakibatkan wujudnya fenomena sejuk tekanan rendah. Sejuk tekanan rendah akan mengganggu tenaga paru-paru kerana paru-paru memerlukan panas tekanan tinggi.

Sejuk tekanan tinggi

Contoh sejuk tekanan tinggi ialah pembentukan ais batu. Rendaman dalam air berais ialah kaedah untuk mendapatkan situasi sejuk tekanan tinggi. Tekanan akan mengeluarkan segala bentuk toksik dan bendasing.

Negara beriklim sejuk pada altitud yang rendah (kawasan tanah pamah) ialah kawasan yang sejuk bertekanan tinggi. Di kawasan ini, mandi air panas adalah kaedah terbaik untuk mengekalkan kesegaran kerana mandi panas, kemudian terdedah kepada iklim sejuk ialah rawatan therapy panas sejuk yang semula jadi.

Kaedah Hidrotherapy Ice yang diperkenalkan oleh Attitude Therapy ialah kaedah sejuk bertekanan tinggi yang paling efisyen.

Secara semula jadi, sejuk tekanan tinggi boleh didapati melalui mandi air sungai yang mengalir deras atau air terjun pada waktu subuh sebelum syuruk.

Panas tekanan rendah

Contoh panas tekanan rendah ialah mandi air panas di kawasan beraltitud tinggi (kawasan tanah tinggi). Ini adalah situasi yang amat bahaya.

Panas tekanan tinggi


Contoh panas tekanan tinggi ialah mandi air laut di kawasan beriklim khatulistiwa / tropika. Mandi air bergaram ini baik untuk kesihatan tubuh terutama untuk kesihatan kulit, tetapi disebabkan air laut itu panas, pembentukan semula molekul dan zarah tidak berlaku. Tetapi tubuh masih segar. Mandi air laut ketika waktu tengah hari boleh menyebabkan kekejangan. Mandi air laut yang sesuai ialah ketika waktu subuh.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah saya sedia berikhtiar membantu walau di mana anda berada.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

1 ulasan:

babylito berkata...

Kajian sains kini amat maju berbanding dahulu. Namun tahukah apa dia ujikaji-ujikaji yang dilakukan pada zaman dahulu. Berikut merupakan satu bentuk ujikaji sains berkenaan airbatu yang dijalankan oleh pelajar di negara Jepun dan bukunya diterbitkan pada tahun 1972 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia Rumah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bukunya bertajuk Pengetahuan Sains Moden/Perchubaan2 Sains oleh Beng Hock

Air batu yang diisikan kedalam gelas yang berisi air, air didalam gelas itu tidak akan melimpah keluar.Ini kerana bila air batu menjadi cair, isipadunya berkurang.
Air batu juga boleh dijadikan kanta dan ia boleh menyimpan haba matahari. Ujikaji untuk membuat kanta air batu ialah dengan menyediakan air batu di dalam bekas bulat (kenapa mesti bulat saya pun tak tahu)yang dibawahnya diletakkan air suam. Air batu itu tadi perlu digoncang dan digeserkan dan hingga sampai satu tahap ia akan berubah menjadi sekeping kanta cembung.
Melihat benda dengan kanta air batu menjadikan benda itu kelihatan lebih besar daripada saiz yang sebenar.Kanta air batu juga boleh menyerap sinar cahaya. Kanta cembung yang dibuat daripad air batu sifatnya sama seperti yang dibuat dari kaca.
Mungkin daripada ujikaji inilah bagaimana cermin mata dicipta..

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)