SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Khamis, 28 Jun 2007

Ringkasan Formula CL 14

Formula CL 14 sebagai ikhtiar untuk mempertenagakan Hempedu bagi merawat simptom seperti masalah kulit, antaranya seperti jerawat, kudis, ekzema (eczema), ruam, panau, kayap, campak, cacar air, ketuat, psoriasis, jaundice dan sebagainya.

Berikut ialah keterangan mengenai Formula CL 14;
FORMULACL 14
NAMA FORMULA
WARNAKUNING
PANJANG GELOMBANG559 nanometer
WAKTU RESONAN
  1. 30 minit selepas Syuruk
  2. Dalam waktu Qailulah
  3. Asar hingga Maghrib
  • (7.00 pagi hingga 7.30 pagi)
  • (11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari)
  • (5.00 petang hingga 7.30 petang)
PSIKOLOGI KETIKA SIHATSerasi, mesra.
PSIKOLOGI KETIKA SAKITMemendam, panas baran.
KAWASAN
  1. Hempedu.
  2. Kulit
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Keadaan kulit yang tidak sempurna.
  • Jerawat / kudis.
  • Kulit muka yang kemerah-merahan.
  • Gatal-gatal pada kulit / ekzema (eczema).
  • Kesan gigitan serangga.
  • Ruam / bintik-bintik merah.
  • Panau / kayap / kurap.
  • Sakit di hempedu.
  • Kolestrol tinggi.
  • Bilirubin (kesan sakit kuning / jaundice).
  • Cacar air.
  • Campak.
  • Hemangioma (tompok merak di kulit).
  • Ketuat / kutil.
KETERANGAN FORMULA
  • Semua sakit bahagian belakang adalah disebabkan kelemahan atau gangguan di mana-mana atau salah satu daripada organ berwarna kuning iaitu CL 12, CL 13, CL 14 dan CL 15. Ia bukan berpunca daripada sakit tulang belakang, tetapi kerana saraf tulang belakang menanggung isyarat kesakitan di bahagian sesuatu organ.
  • Lemah di hempedu lebih ketara sakit di bahagian belikat.
  • Banyak berkaitan dengan keadaan Buah Pinggang.
  • Kelemahan penghasilan hormon testosterone (CL 16) punca batu di Hempedu.
  • Membantu Buah Pinggang menghasilkan "urination" yang sempurna.
  • Ekskreta (membantu bahan buangan daripada badan).
  • Kesan pengambilan Formula CL 14, anda kerap kencing dan kencing kotor.
  • Kurang keyakinan, khayal / onani (masturbation) di kalangan remaja akan menambah kesan jerawat yang lebih banyak.
  • Hormon daripada daging ayam mengganggu kekuatan Hempedu.


Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Hempedu seperti pelbagai masalah kulit, psoriasis, ekzema (eczema), jaundice, atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

7 ulasan:

babylito berkata...

Antara penyakit yang disebabkan oleh kelemahan NW14 ialah demam kuning. Demam kuning biasanya menyerang bayi terutamanya bayi baru lahir.

"Neonatal jaundice adalah keadaan yang sangat kerap berlaku pada bayi yang baru lahir. Dianggarkan lebih daripada 50% bayi mengalami keadaan ini. 'Jaune' dalam bahasa Perancis bermakna kuning.

Tanda-tanda
-Sakit kuning ini dapat dilihat tanda-tandanya dengan melihat warna kulit bayi yang menjadi kuning. Selain daripada itu, mata putih bayi kelihatan agak kuning juga. Selalunya ia bermula pada hari kedua dan ketiga dan menjadi paling buruk pada hari keempat. Kebanyakannya hilang dalam masa sepuluh hari.

Kenapa ini berlaku
-Sakit kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan sel darah merah yang dinamakan bilirubin. Bilirubin berwarna kuning.

Semasa dalam kandungan, bahan kumuhan bayi dibuang melalui placenta (tali perut). Setelah seseorang bayi itu dilahirkan, fungsi-fungi badannya bergantung kepada hati (liver) bayi tersebut. Hati penting untuk membuang bahan-bahan toksik, kumuhan dsb. Hati bayi yang baru lahir tidak sempurna sepenuhnya. Oleh itu, pembuangan bilirubin tidak secekap orang yang sudah besar. Hasilnya, bilirubin ini berkumpul di dalam badan bayi dan inilah yang menyebabkan sakit kuning ini.

Adakah ia merbahaya
-Selalunya keadaan ini tidak merbahaya dan ia akan sembuh. Bagaimanapun sekiranya ia semakin teruk atau tidak sembuh, rawatan lanjut adalah diperlukan segera. Ia dapat dikenalpasti sekiranya warna kuning kulit tidak baik selepas beberapa hari atau paling lama dua minggu. Antara tanda lain ialah bila sakit kuning ini semakin merebak dari bahagian kepala ke bahagian-bahagian badan yang lain.

Ini mungkin terjadi bila bilirubin semakin banyak dihasilkan dan pembuangannya dari sistem badan lambat. Sekiranya ini terjadi, paras bilirubin di dalam badan akan meningkat ke tahap toksik dan boleh menyebabkan kerosakan pada sel otak."

Sumber: Mingguan Malaysia/Kesihatan/2006

Menurut perubatan moden Tidak ada langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh ibu semasa mengandung atau selepas sahaja melahirkan anak yang boleh menghalang kejadian jaundice ini.

Apakah punca sebenar jaundice ini dan kenapakah semua bayi wajib mendapat sakit ini setelah dilahirkan? Apakah ini berkaitan dengan sistem imun manusia zaman moden ini yang semakin lemah?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Sebenarnya bukan semua bayi akan mendapat Jaundice, lebih-lebih lagi ibu mengandung yang mendapatkan rawatan CVT atau yang berpuasa ketika kandungan dalam bulan ke 6, 7 atau 8.

Punca jaundice telah saya terangkan agak mendalam dalam post bertajuk Ibu Mengandung Dan Bayi. Secara ringkasnya, anak yang mudah mendapat jaundice adalah disebabkan oleh amalan ibu mengandung yang terlebih banyak mengambil sesuatu supliment seperti vitamin. Akibatnya beberapa organ penghadaman terbeban seperti hati, pankreas, buah pinggang dan hempedu. Kelemahan pada organ ini akan memberi kesan penyakit bawaan genetik kepada bayi. Salah satunya ialah bayi yang baru lahir kurang daya tahan terhadap jangkitan di bahagian penghadaman sehingga menyebabkan Jaundice.

Bilirubin bukan punca utama. Ada bilirubin normal dan ada yang beracun. Keracunan bilirubin disebabkan oleh lebihan nutrien yang tidak dapat dicernakan.

Tanpa Nama berkata...

Neyssa: Salam doktor..saya ingin bertanya tentang amalan pengambilan pil Evening Primrose Oil (EPO) bagi tujuan kecantikan (masalah kulit,pengawalan hormon, mengatasi masalah monepous,dan sebagainya. )Pil ini agak popular di kalangan wanita.Begitu juga dengan pegambilan minuman aloe vera juga untuk tujuan yang sama. Apakah pendapat doktor?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Neyssa; EPO mengandungi Vitamin E aktif dan asid lemak yang membantu fungsi Kelenjar Pituitary. Malah EPO itu sendiri apabila dihasilkan melalui Cool Compressed (supaya mematuhi teori resonan), ia akan mengekalkan vibration bunganya yang boleh mempertenagakan Kelenjar Pituitary dan Hempedu. Kelenjar Pituitary dan Hempedu yang sihat akan menjadikan seseorang kelihatan awet muda, cantik dan sihat kulit dan membantu kelancaran fungsi sistem endokrin. Dalam rawatan CVT, Kelenjar Pituitary dipertenagakan dengan formula khas NW2

Tanpa Nama berkata...

salam...
kalau luaran sy pakai cleanser tea tree n utk dalaman sy merawat dengan formula NW14 ini..setelah mmbca penerangan yg bagus di blog ini,barulah sy dpat kaitkan punca kulit sy yg terlalu bermasalah(jerawat),adalah disebabkan hempedu sy yg lemah..hempedu yg lemah juga mnyebabkan sy seorang yg pemarah @ panasbaran..
jadi sy telah mengambil NW14 ini demi membaiki masalah yg sy hadapi sejak sekian lama ini..setelah memakannya,perubahan yg ketara ialah emosi sy lebih stabil dimana sy sudah tidak cepat marah n dah dpt kawal emosi sy..mak sy pun perasan tentang hal ini dan sy cukup gembira dengan perkembangan ke arah positif ini..dan yg lebih best adalah bila muka sy dah tak naik jerawat macam dulu2 lagi...dah bersih muka sy...he3
NW 14 diambil bersama pasangannya iaitu NW8..dan keduanya2 biji2 bebola yg manis rasanya...

dan sy syorkan utk anda yg ingin merawat dalaman dan luaran serta emosi,silalah cuba produk2 CVT ini...ternyata menjadi lebih positif dan positif...
sekarang sy sedang makan NW15/NW7utk merawat pankreas jadi lepas ni sy akan ambil NW14 balik utk totally merawat hempedu sy ini..

tq doktor for all the information...:)

Tanpa Nama berkata...

As'kum..saya zetty,
saya menghadapi masaalah eczema dari sejak berumur 6 bulan lagi,setakat ini banyak ubat yg telah saya ambil, pil-pil dan termasuk jugalah cream..namun kebanyakkan crean yg disuggest oleh doktor2,lama kelamaan menjadikan kukit saya menjadi keras. saya juga hilang keyakinan diri disebabkan penyakit ini.dan tahap penyakit saya ini adalah ditahap kronik.saya tidak tahu ubat apakah yg sesuai dengan keadaan saya sekarang.bolehkah doktor membantu saya? Eczema saya ini cuma terdapat padajari tangan dan kedua2 belah kaki saya.adakalanya bila ia kering ia sangat menyakitkan,dan saya tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari,ia membuatkan kulit saya merasa sangat perit. Bantu saya.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Semua masalah kulit yang dasar atau penyakit kulit degil seperti eczema ada kaitan yang rapat dengan karektor hempedu iaitu, memendam marah atau cepat marah atau memendam sesuatu yang berlarutan.

Sekiranya bukan memendam, ia adalah karektor yang cepat melenting atau panas baran dalam keadaan yang tidak rasional.

Apabila kita mengambil rawatan formula NW 14 ini, ia akan membantu meredakan masalah karektor. Ia akan meredakan sifat cepat "naik angin" dan meredakan dengan cepat perasaan tidak puas hati supaya tidak berlanjutan dengan lama.

Peningkatan karekor ini ke arah yang positif ialah tanda pertumbuhan tisu-tisu baru organ hempedu. Hempedu yang sihat akan mengeluarkan cukup homon dan dapat mencernakan Vitamin D untuk kesihatan kulit dan menguatkan daya tahan kulit terhadap jangkitan virus eczema seperti staphylococcus aureus.

Rawatan tanpa terapi terhadap karektor iaitu sebagai punca utama penyakit, akan menjadikan usaha merawat hanya sia-sia atau penyakit akan berlulang kembali atau sekurang-kurannya sekadar memberikan kelegaan sementara. Menyedari dan memahami punca eczema akan membantu mambasmi masalah ini sama sekali, insya Allah.

Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk memahami kaitan antara organ dan karektor.

Untuk mendapatkan rawatan, sila isikan borang analisa di bahagian bawah blog ini dan saya akan hubungi secepat mungkin, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)