SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 28 September 2007

Ibu mengandung boleh minum air sejuk

Sebenarnya minum air sejuk boleh bagi ibu mengandung, dalam pantang dan juga bayi. Selsema dan asma berkaitan dengan jangkitan virus akibat antibodi yang lemah. Air sejuk tidak melemahkan antibodi malah menguatkannya.

Mereka yang tidak biasa minum air sejuk dan tinggi kandungan urik asid dalam darah, apabila julung-julung kali mengambilnya akan menyebabkan toksik terbongkar keluar. Toksik yang terdapat di buah pinggang akan menyebabkan urat seperti membengkak di kaki. Toksik yang terdapat di dasar paru-paru akan menyebabkan batuk.


Mereka yang seperti ini boleh mengenalpasti tanda pembongkaran dengan melihat sama ada terasa pening kepala sejurus selepas minum air berais. Jika berlaku, kita boleh mengawal pembongkaran agar ia berlaku tidak ketara atau tidak disedari dengan cara mengurangkan kadar kesejukkan air tersebut. Mulakan dengan hanya meminum air yang biasa dahulu (bukan panas), lama kelamaan tingkatkan dengan meminum air peti sejuk. Kemudian amalkan minuman berais.

Kadang kala, kesan air ais yang diminum itu bukan disebabkan oleh sejuk, tetapi disebabkan oleh bahan yang dibancuh. Air sirap mengandungi pewarna yang akan melemahkan buah pinggang. Air kopi berasid akan menyebabkan penat dan lelah. Air berkoko (milo) mempunyai tanin dan kafen yang akan melemahkan tyroid yang akan menyebabkan batuk.

Sebenarnya ramai yang telah mencuba minum air sejuk ketika dalam pantang kerana air panas akan memudaratkan kesihatan. Didapati tidak berlaku sebarang kesan pembongkaran, malah ia baik untuk kesihatan.

Minum air yang sejuk ialah aplikasi konsep Teori Tekanan Kesimpulannya ialah ibu mengandung digalakkan minum air sejuk.

Rawatan Ketika Mengandung

Bayi dalam kandungan hingga berusia hingga 2 tahun amat peka terhadap rangsangan saraf. Getaran tenaga yang digunakan dalam kaedah rawatan Attitude Therapy ialah menyamai dengan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Secara semula jadi, tubuh mendapat getaran tenaga daripada mandi, makan, tidur dan amalan-amalan normal seharian. Kelebihan formula Attitude Therapy ialah getaran ini telah difokuskan dan dikonsistenkan tenaganya supaya kesan rawatan dengan cara mempertenagakan sel berlaku. Secara semula jadi, kesan rawatan tidak ketara, cuma rasa segar sahaja.

Ubat-ubatan herba (tradisional serta jamu) dan kimia (hospital) mahupun homeopaty (jisim atom) adalah bahan yang berbentuk jisim. Bahan ini apabila berada di dalam tubuh, ia akan melakukan tindak balas tertentu terhadap organ tertentu. Oleh itu, ia akan memberikan kesan yang baik dan juga kesan yang mudarat (kerana ia masih ada dalam bentuk jisim untuk terus melalui proses penghadaman dan kitaran fisiologi tubuh). Berbeza dengan kaedah rawatan Attitude Therapy  semua formula hanyalah berfungsi sebagai medium pembawa gema (getaran vibration) dan yang akan bertindak memindahkan tenaga ke dalam tubuh melalui deria saraf. Tenaga yang mencukupi akan merangsang aktiviti sel (melalui DNA dan RNA) manakala sekiranya tenaga ini berlebihan atau tidak diperlukan, saraf tidak mahu mengesannya (bermaksud tubuh menolaknya).

Getaran tenaga semula jadi ini sedikit pun tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya apa tah lagi kepada ibu mengandung, bayi dalam kandungan, bayi dan kanak-kanak dan juga selepas pantang.

Aromatherapy Seri Wangi dititiskan ke dalam kolah mandi dan air minuman amat digalakkan kepada ibu mengandung kerana bayi akan turut mendapat manfaatnya. Kegagalan ibu merawat penyakit yang sedia ada, maklumat DNA yang mengandungi rakaman penyakit akan dipindahkan kepada bayi dalam kandungan. Apabila keadaan ini berlaku, bayi tersebut akan mewarisi penyakit bawaan genetik dan berkemungkinan berisiko mendapat menyakit seperti ibunya jika bayi ini tidak mendapatkan rawatan sepanjang tempoh membesar.

Saya telah menulis lebih banyak maklumat mengenai ibu mengandung dalam post bertajuk Ibu Mengandung Dan Bayi

Rawatan Ketika Berpantang

Rawatan Attitude Therapy ketika berpantang akan ditentukan berdasarkan hasil pemeriksaan. Kerana setiap ibu bersalin mempunyai masalah berbeza. Cuma rawatan ketika sedang mengandung yang telah ditetapkan kerana bayi sihat dan untuk memanfaatkan bayi.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

10 ulasan:

babylito berkata...

Cacar air ialah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. Ia disebabkan oleh kuman virus (Vlaricellazoster).Dikatakan demam ini sgt merbahaya pada ibu mengandung dan biasanya pakar perubatan akan mengesyorkan supaya ibu yang mengadung dalam trimester pertama supaya menggugurkan sahaja kandungan tersebut kerana virus ini dikatakan mampu merosakkan janin.

Jika mengandung dan terkena demam ini adakah terdapat cara untuk menyelamatkan kandungan selain dari menggugurkan kandungan tersebut?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Vaksin terbaik untuk sebarang jenis bakteria ialah "Randaman Ais".

CVT mempunyai ikhtiar untuk merawat dan menyahaktif sebarang jenis jangkitan virus dengan kaedah rendaman Hidrotherapy Ice. Rendaman ini juga berserta dengan larutan garam, sulfur dan natrium. Kesemua bahan ini adalah agen penyahaktif virus. Agen ini pula dipertenagakan dengan Aromatherapy yang mempunyi vibration pada tahap point zero yang akan menjadikan tubuh resonan dengan pembauran agen ini.

Insya Allah CVT masih mempunyai ikhtiar untuk merawat jangkitan sebegini.

Baby_syahiran berkata...

Dr,dalam CVT ada tak had umur utk mengandung, bagaimana dgn pendapat perempuan mempunyai risiko apabila mengandung melebihi 35 tahun? Dalam Islam,kita digalakkan untuk menjarakkan anak selang 2 tahun (betul tak Dr?). Ini untuk memastikan ibu pulih sepenuhnya. Dalam rawatan alopati, sekiranya ibu mempunyai masalah semasa mengandung, mrk tidak digalakkan utk mengandung lagi apabila umur menjangkau 35 atau 40 tahun, dan ada yg terus ambil keputusan utk 'ikat'-tidak mahu anak lagi.
Bagaimana pandangan CVT? Bagaimana dgn org yg lambat bertemu jodoh?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Keupayaan untuk mengadung bergantung kepada tahap kesihatan. Umur bukan penghalang.

Amalan berpantang yang sihat akan memastikan tahap kesihatan sempurna. Apabila seseorang itu mengandung anak yang pertama, biasanya tidak ada sebarang masalah, tetapi apabila anak yang keempat dan seterusnya selalu mendatangkan masalah kesihatan. Masalah ini berpunca daripada amalan bertunggu dan berpanas seperti mandi air panas dan minum air panas. Ibu yang mengamalkan tungku ais dan minum ais akan sentiasa sihat dan boleh melahirkan lebih ramai umat Islam tanpa mengira umur atau jumlah anak, insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Doc..maaf saya ingin bertanya lagi..bolehkah wanita yang sedang dalam haid minum air yang berais? Dgr orang2 tua bercerita,kalau minum ais jugak,akan kene senggugut yang teruk...harap dapat penjelasan dari doc..thanks a lot

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Neyssa; Semasa sedang uzur, proses ditoksifikasi yang sempurna sedang berlaku. Urik asid & logam berat dinyahkan sepenuhnya ketika itu. Rambut & kuku pada ketika itu penuh dengan logam berat, oleh itu tidak digalakkan membasuh rambut & memotong kuku supaya logam berat akan terus keluar dengan sempurna melalui rambut. Jika tidak ia akan keluar bersama haid & membebankan organ peranakan. Air sejuk membekalkan elektron untuk keseimbangan tubuh. Ketika haid, elektron tidak diperlukan, oleh itu, minum air sejuk adalah tidak perlu. Tetapi jika diamalkan, ia tidak menyebabkan masalah kesihatan sebaliknya kesan pembongkaran akan berlaku dengan drastik dan boleh menyebabkan tubuh rasa tidak selesa. Antara tandanya ialah discaj yang berlebihan pada peringkat awal haid. Selain air sejuk, petua kesihatan lain seperti makan timun, kambing dan mandi ais juga tidak perlu. Tetapi mereka yang mengalami masalah haid yang tidak teratur dan tempohnya panjang, mengambil makanan ini akan membantu, Insya Allah

Tanpa Nama berkata...

Dr,sy alami masalah 'meroyan' masa pantang anak pertama.Asyik murung,menangis,tak blh tidur langsung,sakit kepala amat sgt&sakit,lemah sluruh badan.Masalah berlanjutan hingga anak umur 7-8 bln.Tiada masalah masa melahirkan,cuma ada tekanan bterusan spjg pregnant.Blh Dr. nyatakan apa punca masalah sy&bgmn nak elakkan berulang?Sbb skrg pregnant anak ke-2 (7 bln) & rasa sgt takut benda sama akan berulang. Betulkah tidak boleh bertungku dgn batu panas sebaliknya dgn AIS? tidakkah sebabkan 'bentan' bak kata org2 tua org berpantang tidak blh dlm keadaan sejuk? Tlg Dr. jwb kemusykilan saya. Jika Dr. ada penerangan panjang, harap dpt hantar ke alamat e-mail saya diserta bersama ini. Terima Kasih!

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Fadzilah; Apabila sistem darah lemah diikuti dengan peningkatan urik asid yang tinggi, maka bahagian otak Medulla Oblongata (NW8)akan lemah dan menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan dan tertekan / stress. Jika ia berlaku selepas kelahiran dalam keadaan stress dan gangguan emosi, maka ia menyebabkan "meroyan". Meroyan bermula daripada kehilangan darah yang banyak sehingga keseluruhan sistem darah tejejas. Sistem darah dikawal oleh bahagian Thalamus (NW3). Thalamus yang lemah akan menyebabkan sakit kepala. Keadaan tertekan, gangguan emosi serta sistem darah yang lemah ketika mengandung ialah petanda risiko meroyan. Saya harap sesiapa yang mengalami masalah meroyan agar segera hubungi saya untuk mendapatkan rawatan 012-4008972 / 012-4009843 (Dr. Aishah)

Tanpa Nama berkata...

Doc, saya sdg mengandung anak ke-2 memasuki minggu ke 40 dlm masa 4 hari lg...Pada kandungan yg pertama dulu, saya tidak mengalami tanda2 pelahiran awal seperti pecah iar ketuban, keluar mukus/darah dan juga kontraksi spt orang lain. Untuk kandungan ke-2 ini juga saya merasakan bahawa saya juga tidak akan merasai apa-apa kesakitan/tanda2 kelahiran. Sebelum ini saya bersalin secara induce. Saya merasa fobia untuk bersalin dengan kaedah yang sama. Bagaimana perkara sebegini boleh terjadi maksudnya, saya tidak merasai apa2 kesakitan sebelum bersalin..seperti yang saya nyatakan tadi...

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Tidak mengalami tanda2 pelahiran awal seperti pecah iar ketuban, keluar mukus/darah dan juga kontraksi menunjukkan bayi kekurangan metabolisma.

Metabolisma dikawal oleh organ Thyroid. Thyroid boleh dipertanagakan oleh getaran berwarna biru. Antara bahan yang mempunyai gertaran biru ialah garam.

Dalam rawatan CVT, telah dihasilkan formula yang khas dan mudah resonan yang dinamakan formula Garam Booster dan formula NW9.

Sebagai petua, amalkan menjilat garam sebelum makan. Cuba lakukan petua "nuzum" dan petia "selusuh" untuk memudahkan bersalin. Peranan dan kasih sayang suami yang setia akan membantu memberikan tenaga yang boleh memudahkan proses bersalin, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)