Walaupun kita telah mengetahui ilmu mengenai nutrient (dalam blog ini sila rujuk topik bertajuk Petua Pengambilan Pemakanan), namun amalan pemakanan yang tidak betul juga mempengaruhi kesihatan akibat daripada tindak balas atom dan molekul daripada makanan yang diambil. Post ini menerangkan secara ringkas mengenai adab makan yang dipetik daripada pelbagai sumber. Atas sebab pengambilan makanan perlu mengambil kira halal dan suci, maka di sini diterangkan secara saintifik sebab-sebab alasan tersebut.
Punca makanan
Punca makanan dilihat dari pelbagai sudut. Sama ada bahan dan cara makanan diperolehi. Makanan yang halal walaupun diperolehi melalui cara yang haram akan mengganggu ikatan molekul dalam makanan dan mengubah DNA dan RNA dalam makanan.
Walaupun makanan diperoleh daripada hasil yang halal, tetapi jika restoran dan peralatan untuk menyediakan makanan tersebut daripada sumber yang haram (misalnya meminjam secara atau menggunakan hasil judi atau penipuan atau penindasan untuk membuka restoran), maka kesan terhadap makanan yang disediakan oleh restoran tersebut juga akan terganggu.
Transformasi karektor penyedia makanan
Karektor tukang masak dan penyedia makanan boleh dipindahkan kepada makanan yang disediakan. Sekiranya penyedia makanan seorang yang meninggalkan solat, kemungkinan besar orang yang memakan makanan yang disediakan ada sedikit pengaruh daripada sikap tersebut.
Makanan perlu ditudung
Makanan yang terdedah secara terbuka amat mudah teroksida walaupun makanan tersebut mempunyai ciri-ciri antioksida. Makanan yang dihidangkan untuk dimakan segera tidak perlu ditutup kedap, memadai dengan menudungkannya menggunakan tudung saji.
Tidak menonton TV atau mendengar radio ketika makan
Sekiranya ketika makan, seseorang itu menonton TV atau mendengar radio, maka segala yang ditontonkan atau didengari (melalui vibration) akan turut meresap ke dalam makanan dan apabila dimakan, ia akan turut dimakan bersama. Risiko untuk sesuatu perkara yang tidak baik mempengaruhi minda akibat daripada bahan yang ditonton atau didengar ketika makan, sebaiknya janganlah makan sambil menonton TV atau mendengar radio.
Selain itu, radiasi daripada pancaran TV akan turut mencemarkan makanan yang ingin di makan. Bunyi radio yang tinggi range nya boleh merosakkan ikatan molekul air yang ingin diminum.
Jangan makan keseorangan
Organ penghadaman adaalah organ yang menjaga pemikiran. Berfikir dengan tajam, fokus dan teliti ketika makan adalah amalan yang tidak baik.
Untuk mengelakkan amalan berfikir ketika makan, elakkan makan berseorangan. Makanlah dengan ditemani rakan. Ketika makan, digalakkan berbual supaya tidak rasa seperti makan keseorangan.
Tangan kanan mengeluarkan tenaga manakala tangan kiri menyerap tenaga. Makan dengan tangan kiri akan menyebabkan makanan tersebut tidak bertenaga dan sia-sia dimakan. Oleh itu, makanlah dengan menggunakan tangan kanan.
Duduk ketika makan
Cuba sedaya upaya berada dalam keadaan duduk ketika sedang makan kerana makan ketika berdiri tidak dapat membuka saluran makanan dan proses peristalsis dalam sistem makanan terganggu.
Ketika makan, darah perlu sentiasa tersedia dalam keadaan vakum (menyediakan ruang) supaya proses penghadaman dan penyerapan berlaku dengan lancar. Darah dibersihkan oleh buah pinggang. Ketika berdiri, buah pinggang banyak menggunakan tenaga dan mengganggu proses pembersihan darah ketika sedang makan.
Semua jenis makanan hendaklah diambil ketika duduk kecuali ketika minum air zam-zam yang disunatkan berdiri.
Makan dengan menggunakan tangan
Ketika makan, gigi dan lidah akan mengesan zat makanan untuk dihantar ke otak dan otak akan menghantar isyarat kepada organ penghadaman di dalam badan untuk bersedia merembeskan enzim bagi tujuan penghadaman.
Sekiranya kita makan dengan menggunakan sudu, elakkan sudu tersebut daripada tersentuh dengan gigi dan lidah kerana isyarat bahan daripada sudu tersebut juga akan dikesan oleh gigi dan lidah. Keadaan yang serupa juga terjadi jika kita menghirup kuah dari mangkuk atau minum air, elakkan mangkuk dan gelas atau cawan daripada terkena lidah dan gigi.
Jilat garam sebelum makan
Mulut ialah kawasan penghadaman yang pertama. Proses penghadaman di mulut akan berjalan lancar sekiranya enzim amilase dirembeskan dengan secukupnya oleh kelenjar liur. Amilase dapat dirembeskan dengan secukupnya jika kandungan mineral seperti pottasium, iodin dan magnesium mencukupi.
Cara terbaik untuk mendapatkan mineral ini dengan segera ialah dengan menjilat garam sebelum makan. Pada masa yang sama, garam akan bertindak sebagai medium konduktor yang terbaik untuk menyalirkan isyarat zat makanan ke reseptor pengesan rasa di lidah.
Menjilat garam sebelum makan akan menjadikan makanan lebih enak dan rasa puas ketika makan. Rasa puas bermaksud tidak makan berlebihan dan berhenti sebelum kenyang.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
2 ulasan:
Berikut adalah "Kempen jom makan 5 warna sehari"
1)Hijau - Fitokimia adalah kompoun bioaktif semulajadi yang merupakan pigmen tumbuhan. Buahan dan sayuran yang berwarna hijau dapat membantu:
-Menguatkan tulang dan gigi
-Menyihatkan mata
-Mengurangkan risiko kanser
2)Merah-Buahan dan sayuran yang mempunyai warna merah dapat membantu:
-meningkatkan kesihatan jantung
-Menguatkan daya ingatan
-Menyihatkan saluran kencing
-Mengurangkan risiko kanser
3)Kuning/Oren- Buahan dan sayuran yang mempunyai warna berikut dapat membantu
-Meningkatkan kesihatan jantung
-Menyihatkan mata
-Meningkatkan sistem daya imunisasi
-Mengurangkan risiko kanser
4)Biru/ungu-Buahan dan sayuran warna berikut dapat membantu
-meningkatkan daya ingatan
-Melambatkan proses penuaan
-Menyihatkan saluran kencing
-Mengurangkan risiko kanser
5)Putih/cokelat-
-Meningkatkan kesihatan jantung
-Menstabilkan kolestrol
-Mengurangkan kanser
Selain dari fitokimia, buahan dan sayuran juga mengandungi bahan antioksida seperti vitamin, mineral dan enzim yang melindungi sel tubuh daripada pengoksidaan dalam badan.
Sumber:Pennington JAT Bowes dan Church Food Value of Portion Commonly Used, New York, Lipincot 1998.
Adakah warna makanan juga dapat memberi reaksi pada kesihatan tubuh??
Ya, warna sesuatu makanan mempunyai sebab tertentu dan kesan tertentu terhadap kesihatan. Paling penting ialah pastikan buah-buahan atau sayur-sayuran tersebut baru dipetik, bersifat organik dan tidak mengandungi logam berat.
Catat Ulasan