Kemandulan bukan penyakit. Ia adalah suatu fenomena semasa. Oleh itu ia boleh dirawat selagi organ pembiakan (testis bagi lelaki dan ovari bagi wanita) masih ada. Kemandulan yang sebenar ialah apabila organ pembiakan ini (testis dan ovari) telah dibuang melalui pembedahan.
Punca Kemandulan
Zigot terjadi daripada persenyawaan benih (ovum dan sperma) yang sihat dan bertenaga. Semua pasangan mampu menghasilkan benih, tetapi tahap kesihatannya berbeza mengikut sebab-sebab tertentu.
Punca Kemandulan
Zigot terjadi daripada persenyawaan benih (ovum dan sperma) yang sihat dan bertenaga. Semua pasangan mampu menghasilkan benih, tetapi tahap kesihatannya berbeza mengikut sebab-sebab tertentu.
Faktor Tenaga (spiritual)
Benih yang dilepaskan daripada organ pembiakan akan turut dibekalkan dengan tenaga. Oleh itu benih boleh berdikari sendiri.
Keletihan akan menyebabkan tenaga berkurang dan memendekkan jangka hayat benih. Untuk mengatasi masalah keletihan, amalkan mandi terlebih dahulu sebelum "bersama".
Faktor Emosi
Organ pembiakan (ovari dan testis) akan terangsang untuk menghasilkan benih yang sihat dan bertenaga apabila terdapat rangsangan cinta dan nafsu. Bilangan sperma yang dihasilkan oleh suami adalah bergantung kepada ketinggian tahap cinta dan nafsunya. Semakin tinggi cinta dan nafsu maka semakin banyak bilangan sperma yang dihasilkan.
Walaupun sperma dapat dihasilkan dengan mencukupi, tetapi tanpa cinta dan nafsu daripada isteri, maka ovum yang dilepaskan tidak bersedia untuk bersenyawa dengan sperma. Oleh itu, setiap pasangan perlu ada rasa cinta dan nafsu untuk menggalakkan persenyawaan benih.
Pengaruh faktor emosi ini biasa terjadi kepada pasangan yang telah lama berkahwin. Kebiasaannya salah seorang pasangan hanya ada cinta atau hanya ada nafsu sahaja. Kehadiran cinta dan nafsu dipengaruhi oleh tenaga pada organ pembiakan itu sendiri. Organ pembiakan mempunyai sukatan panjang gelombang pada julat 601 hingga 729 nanometer mempengaruhi pengaruhi psikologi nafsu, keinginan, kelapangan dan keghairahan.
Faktor emosi adalah faktor utama punca kemandulan. Selain ketiadaan perasaan cinta dan nafsu, rasa tanggungjawab yang berlebihan juga faktor utama. Walaupun tanggungjawab itu perlu, tetapi ia tidak sesuai digunakan bagi tujuan hubungan intim.
Faktor Mental
Pasangan yang merancang keluarga akan set kan mindanya untuk tidak bersedia menerima anak. Oleh itu, tubuhnya akan berada dalam keadaan tidak dapat menyediakan ruang untuk kesuburan.
Mereka yang pernah cuba untuk merancang anak, perlu baiki mindanya dengan cara persiapan minda juga supaya dapat peluang untuk mendapatkan anak.
Faktor Fizikal
Walaupun isteri mendapat kitaran haid yang seperti biasa, tetapi disebabkan fallopian tubes terhimpit oleh usus, maka ia tidak dapat dilepaskan ke dalam rahim untuk disenyawakan.
Antara tanda fallopian tubes terhimpit ialah tempoh haid yang tidak seragam, haid lewat atau terlalu cepat. Antara tanda lain ialah masalah usus yang lemah hingga tandanya boleh dilihat melalui perut yang buncit.
Gambarajah di atas (kiri) menunjukkan usus yang jatuh (prolapsed) hingga menimpa rahim. Gambar kanan ialah usus yang normal.
Kedua ialah dengan berbaring, angkatkan kaki dan rapatkan paha ke perut. Terdapat beberapa variasi untuk mencapai tujuan tertentu. Mulakan dengan cara yang ringan iaitu dengan mengangkat separuh ke dada yang terdaya, mulakan ulangan 5 tubi setiap hari. Kemudian tingkatkan kepada 10 tubi setiap hari. Kedua-dua senaman ini boleh dilakukan dengan mudah tanpa perlu mencuri waktu lapang anda dengan cara dilakukan pada waktu pagi selepas bangun dari tidur, di atas katil. Cuma 10 minit untuk menghabiskannya, insya Allah ia amat berkesan.
Satu lagi petua ialah, amalkan bangkit dari pembaringan (bangun dari tidur) tanpa menongkat tangan.
Satu lagi petua ialah, amalkan bangkit dari pembaringan (bangun dari tidur) tanpa menongkat tangan.
Sebenarnya banyak jenis senaman dapat dilakukan, terpulang kepada kreativiti masing-masing. Pastikan anda bersenam dalam keadaan yang ceria dan tenang dari tekanan perasaan.
Hukum Keseimbangan
Apabila sperm dan ovum bertemu, hanya sperm yang seimbang pemikiran, cinta dan nafsunya akan resonan dengan ovum. Resonan ini akan mengalirkan vibration yang dapat memberi isyarat agar ovum membuka pintu membran selnya supaya dapat ditembusi oleh kepala sperm yang membawa kromosom untuk disenyawakan.
Seperti rajah di bawah, teori yang menyatakan sperm pertama sampai dahulu akan tersenyawa dahulu adalah fakta yang salah.
Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
Walaupun kaedah ini menunjukkan kejayaan yang tinggi, namun ia berjaya kerana wujud "paksaan" dan ketidakredhaan.
Apabila persenyawaan berlaku iaitu dimulai dengan pembukaan membran plasma (dinding ovum), satu gelombang pada frekuensi 380 nanometer iaitu menyamai dengan gelombang bahagian thalamus dan warna pink akan terpancar untuk membuka membran plasma yang akan membenarkan sperm menembusinya.
Tetapi dengan kaedah "Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI)" atau persenyawaan paksaan, pancaran pink tidak berlaku. Akibatanya ialah bayi kemungkinan lemah bahagian Thalamus CL3 yang menjaga kasih sayang. Kekuatan Thalamus pada bayi dalam kandungan penting sebagai pencetus isyarat penghubung antara bayi dan ibu serta bapa melalui medium getaran kasih sayang. Kemungkinan kasih sayang antara ibu dan bapa terhadap anak melalui rasa kecintaan tidak sekuat berbanding dengan anak yang terbentuk melalui kaedah semula jadi (yang mendapat pancaran pink semula jadi).
Bayi yang akan lahir yang berada dalam keadaan lemah Thalamusnya kemungkinan akan menunjukkan tanda-tanda seperti ADHD, kurang penghayatan, tidak menghargai orang lain, mensensasikan cerita ketika berbicara, tidak menghormati hak orang lain dan pada peringkat yang lebih teruk ialah mudah menipu dan mencuri.
Sila lihat tayangan proses ICSI di bawah. Hampir kesemua proses ICSI menunjukkan satu sperm yang cuba hendak disuntik ke dalam ovum akan berenang menjauhi ovum terlebih dahulu. Sebenarnya sperm perlu meneutralkan caj nya di bahagian permukaan dinding ovom sebelum boleh menembusinya. ICSI telah memaksa sperm masuk ke ovum tanpa peneutralan caj antara kepala sperm dengan dinding ovum.
Sila lihat tayangan proses ICSI di bawah. Hampir kesemua proses ICSI menunjukkan satu sperm yang cuba hendak disuntik ke dalam ovum akan berenang menjauhi ovum terlebih dahulu. Sebenarnya sperm perlu meneutralkan caj nya di bahagian permukaan dinding ovom sebelum boleh menembusinya. ICSI telah memaksa sperm masuk ke ovum tanpa peneutralan caj antara kepala sperm dengan dinding ovum.
Rawatan Kemandulan
Semua pesakit perlu menjalani sesi diagnosis bagi mengenalpasti punca kesukaran mendapatkan zuriat.
Kombinasi formula CL yang diambil mengikut keperluan juga mampu membantu. Jadual di bawah menunjukkan hubungan sesuatu organ yang diwakili formula CL terhadap keperluan untuk mengatasi masalah mandul / kemandulan.
ORGAN | KEPERLUAN LELAKI | KEPERLUAN WANITA |
CL1 KelenjarPineal | Bersemangat / tenaga keseluruhan | |
CL2 KelenjarPitutary | Cekap / matang | |
CL3 Thalamus | Membantu rasa lebih memahami dan bertanggung jawab | Membantu kecintaan dan kasih sayang terhadap suami |
CL4 Hipothalamus | Tumpuan ketika "bersama" | |
CL5 Kawalan Biotik | Memberi keceriaan | |
CL6 Sinus | Membantu deria nafsu dan rangsangan tarikan dan kemahuan suami | |
CL7 Kawalan Suhu | Membantu deria nafsu dan kemahuan isteri | |
CL8 Medulla Ablongata | ||
CL9 Tyroid | Metabolisma pergerakan sperm, mencegah sperm terperangkap di pundi kencing | Metabolisma pergerakan ovum, mencegah penempelan zigot di fallopian tube |
CL10 Paru-Paru | Membantu deria nafsu dan kelapangan | |
CL11 Jantung | Sukacita dan membantu kecintaan terhadap isteri, membantu ereksi sempurna | |
CL12 Hati, Perut, Limpa | ||
CL13 Buah Pinggang | Kawalan elektrik sensasi / klimaks, mematangkan sperm | Kawalan elektrik sensasi / klimaks, menyelaraskan kedudukan ovum |
CL14 Hempedu | ||
CL15 Pankreas | ||
CL16 Ovari, Testis | Keupayaan penghasilan sperm | Keupayaan penghasilan ovum. Menguatkan rahim, menyediakan dinding rahim yang kukuh |
CL17 Alat Kelamin, Organ Kencing | Tenaga batin suami. Menguatkan zakar, ereksi (ketegangan zakar) sempurna | Tenaga batin isteri. |
CL18 Darah, Otot | Menguatkan otot zakar, membantu pengaliran darah sempurna untuk memaksimumkan ereksi | Menguatkan otot faraj |
CL19 Usus, Apandiks | Mengatasi masalah buncit yang mengganggu prostat dan punca "cepat kalah" |
Mengatasi masalah usus prolapsed (usus jatuh) yang mengganggu rahim
|
CL20 Tulang, Saraf | Meningkatkan sensitiviti saraf alat kelamin | Meningkatkan sensitiviti saraf alat kelamin |
Ruang kosong yang tidak ditulis adalah organ yang tidak terlibat secara langsung terhadap keperluan untuk merawat masalah kemandulan.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
3 ulasan:
Masalah sukar mendapatkan anak sering membangkitkan pergeseran antara suami dan isteri. Pd awal perkahwinan,masing2 dpt bertoleransi lg,tetapi lama kelamaan keadaan mula berubah. Sekiranya ada yg membuat pemeriksaan di hospital dn salah seorg yg ada masalah, maka timbul pertelingkahan,kecuali suami isteri yg saling memahami. Ikhtiar cara perawatan CVT blh digunakan,selain lbh murah dr rawatan allopati yg menghabiskan berpuluh ribu ringgit ttp masih tidak berjaya. Mungkin faktor emosi kurang ditekankan,mmg benar,apabila usia perkahwinan meningkat, perasaan utk lbh mendapatkan zuriat lbh dititikberatkan sehingga mengabaikan faktor emosi yg melibatkan perasaan cinta dan kasih sayang pd pasangan. Di sini suami isteri perlu lebih berinteraksi dgn menyatakan kasih sayang dalm bentuk lisan atau melalui perbuatan. Sikap terlalu hendakkan anak akan membataskan faktor emosi ini. Seringkali kita terlupa utk berserah kpdNya,sekiranya rezeki blm di pihak kita,redhalh sehingga Allah (S.W.T) kurniakan apa yg kita pinta. Bg masalah mendapatkan cahaya mata,jgn saling mempersalahkan,sebaliknya pupuklah kasih sayang dan perasaan cinta walau sudah lama berkahwin. Artikel Dr. Ariff sgt menarik utk dikongsi bersama pasangan yg sukar mendapatkan anak krn mungkin mereka mengabaikan faktor emosi yg sebenarnya sgt mempengaruhi masalah yg mereka hadapi selama ini.
Betul tu syahiran,artikel ni menarik,tak tumpang tindih..saya pun baca baca ni buat bekal esok hari bila dah ada wife tu senanglah mengatur rentak...
Intresting lah video youtube sperm menjauhi ovom tu, kemudian baru nak senyawa
Catat Ulasan