Manusia bukan terdiri daripada jisim semata mata yang boleh diperlakukan seperti mesin yang boleh dirobek, dan ditukar ganti seperti membaiki kenderaan. Manusia selain fizikal, manusia juga terdiri daripada akal (mental), berperasaan (emosi) dan bernyawa (spiritual). Setiap unsur ini mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, penyakit perlu mengambil kira keterlibatan unsur-unsur ini keseluruhannya.
Setiap yang kita fikirkan akan mempengaruhi fisiologi tubuh. Kerana itulah lahirnya falsafah "Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak". Setiap hari (pada hari biasa), biasanya (hampir kesemua orang) akan bersarapan pagi (sebelum ke sekolah atau kerja) iaitu kira-kira pukul 7.00 pagi. Ada juga yang bersarapan atau dipanggil "minum pagi" pada pukul antara 9.00 pagi ke 10.00 pagi. Setelah bersarapan, tiba waktu tengah hari kita kemungkinan akan makan tengah hari antara pukul 1.00 petang ke 2.00 petang. Andai kata kita tidak makan tengah hari sehingga lewat pukul 2.00 petang, sudah tentu kita akan merasa lapar yang amat sangat walaupun kita telah minum pagi.
Tetapi kenapa pada bulan Ramadan, ketika sedang berpuasa, kita langsung tidak rasa lapar seperti itu walaupun tidak sempat bersahur pada hari tersebut?
Jawapannya kerana kita telah berniat untuk berpuasa (antara waktu maghrib hingga imsak) . Dengan niat tersebut, kita telah menyediakan fisiologi tubuh untuk tidak merembeskan enzim-enzim penghadaman. Rembesan enzin-enzim ini (terutama daripada pankreas dan hati) akan membuat kita merasa terlalu lapar.
Sebenarnya banyak femonema lain yang berlaku pada diri anda yang tidak disedari. Kesimpulannya di sini ialah niat mempengaruhi tindak balas tubuh.
Ujian memanjangkan tangan

Anda boleh lakukan sendiri ujian ini, ia sangat mudah dan hanya mengambil masa 1 minit! Sila lihat rajah di bawah, fahami dan ikut langkah yang diberikan satu persatu.
1. Mula-mula depakan tangan seperti rajah di bawah. Rapatkan jari dan halakan tapak tangan ke hadapan.
1. Mula-mula depakan tangan seperti rajah di bawah. Rapatkan jari dan halakan tapak tangan ke hadapan.
2. Kemudian fikirkan dengan tumpuan bahawa "tangan kanan saya lebih panjang daripada tangan kiri". Fikirkannya secara berterusan tanpa henti, tetapi jangan gerakkan bahu anda atau membuat sebarang pergerakan fizikal yang lain melainkan seperti yang diarahkan. Maknanya buat macam biasa, bersantai.
3. Sambil fikiran masih tetap memikirkan (secara berulang-ulang dan penuh tumpuan dan bersantai) bahawa "tangan kanan lebih panjang daripada tangan kiri", sekarang dengan perlahan-lahan cuba gerakkan tangan anda ke arah untuk mengatupkannya depa ke hadapan. Ikut seperti gambar di bawah.

4. Teruskan hingga kedua-dua tapak tangan anda bertemu. Selepas itu, kekalkan kedua-dua tapak tangan anda dalam keadaan seolah-olah seperti melekat, tanpa mengubahnya, kemudian tarik dan cuba lihat apa yang terjadi?
Didapati tangan kanan kita akan kelihatan lebih sedikit dalam 0.5 cm ke 2 cm mengikut kekuatan fokus dan niat.
5. Kemudian, uji semula untuk tangan sebelah kiri seperti langkah di atas. Selepas itu, uji sekali lagi tangan sebelah kanan semula dan lakukan beberapa kali untuk kiri dan kanan hingga anda berpuas hati.
Minda dan penyakit
Semua penyakit berkaitan dengan cara pemikiran kita yang tidak hening, sabar, ikhlas dan redho. Walaupun dengan hanya sedikit pemikiran ke arah yang negatif, maka ia menyebabkan kepincangan fungsi organ dalaman tubuh.
Contohnya mereka yang ada sedikit sifat iri hati atau cemburu, maka insulin tidak dapat dirembeskan. Kadar rembesan insulin pula bergandung kepada sejauh mana sifat redho yang ada dalam diri.
Jadual di bawah menunjukkan karektor pembawakan sesuatu organ;

ORGAN | KAREKTOR (KETIKA SIHAT) | KAREKTOR (KETIKA SAKIT) |
CL1 Kelenjar Pineal | Bersemangat | Kelesuan / angau |
CL2 Kelenjar Pitutary | Cekap | Pelupa / kelam kabut |
CL3 Thalamus | Menghayati | Keterlaluan/ mencuri / menipu |
CL4 Hipothalamus | Ketetapan | Tidak menentu |
CL5 Kawalan Biotik | Keceriaan | Tersinggung |
CL6 Sinus | Citarasa / Redho / Cita-cita | Cerewet/ Resah |
CL7 Kawalan Suhu | Matang | Mengharap |
CL8 Medulla Oblongata | Damai | Murung |
CL9 Tyroid | Peramah | Sombong |
CL10 Paru-Paru | Bebas | Kebosanan |
CL11 Jantung | Sukacita | Risau/ Hampa |
CL12 Hati, Perut, Limpa | Bebas / Lapang fikiran | Minda tertutup / Jumud |
CL13 Buah Pinggang | Bersedia | Panik |
CL14 Hempedu | Menerima | Berpura-pura/ memendam |
CL15 Pankreas | Prihatin/ Jelas | Cemburu / iri hati / dengki / hasad / kekeliruan |
CL16 Ovari, Testis | Harmoni/ Sabar | Kedinginan/ Panas baran |
CL17 Alat Kelamin, Organ Kencing | Kasih sayang / yakin | Sengsara |
CL18 Darah, Otot | Tenteram | Gemuruh |
CL19 Usus, Apandiks | Berani | Ketakutan/ curiga |
CL20 Tulang, Saraf | Rajin/ Matang | Termenung/ ketidak yakinan |
Minda mengganggu ujian darah
Darah mengandungi DNA dan RNA, bermaksud darah juga mempunyai akal, emosi dan roh. Dalam sistem anatomi Attitude Therapy, darah dianggap sebagai salah satu organ (yang berbentuk cecair) pada peringkat level CL18 dalam segitiga warna pelangi tubuh. Anda boleh menjadikan tekanan darah anda tinggi atau rendah dengan kawalan minda. Jika anda fikir yang anda tidak mahu makan ubat hospital, niatlah yang anda ini sihat ketika diuji. Insya Allah hasilnya tekanan darah anda normal.
Jika dalam sehari anda berkesempatan membuat ujian tekanan darah sebanyak tiga kali (setiap satu selang sekurang-kurangnya 1 jam), anda akan dapat lihat hasil yang tidak sama untuk setiap ujian bergantung kepada niat anda.
Selain itu, anda dapat memberikan keputusan ujian darah yang berbeza dengan membuat ujian di 3 lokasi makmal ujian darah. Misalnya, di lokasi pertama niatkan anda sihat, insya Allah hasilnya anda sihat. Di lokasi kedua, cuba niatkan anda ingin makan banyak dan cemburu dengan rakan anda yang naik pangkat, niat seperti ini akan meninggikan paras gula dalam darah. Di lokasi ketiga niatlah dengan apa yang anda mahu, kemudian lihat hasilnya. Anda boleh pergi ke setiap lokasi ini berturut-turut setiap hari atau selang 2 jam dalam sehari.
Applied Kinesiology
Dengan isyarat yang diniatkan, tenaga pada sesuatu organ dapat dikesan melalui tindak balas otot tangan. Attitude Therapy menggunakan kaedah Applied Kinesiology (AK) sebanyak 70% dalam usaha untuk mengenalpasti penyakit dan mencadangkan formula rawatan dengan cara mengesan tenaga organ.
Kaedah diagnosis Applied Kinesiology (AK) mengaplikasikan isyarat minda untuk menguji tenaga organ bagi mengesan tahap kesihatan penyakit. Pengamal perubatan professional dapat mengesan jika pesakit tidak redha didiagnos kerana tindak balas bio-feedback tidak berlaku dengan cekap. Oleh itu, ini adalah kaedah yang meyakinkan dan paling tepat hasil jawapannya.
Kurniaan akal, tanda kebesaran Allah
Sempurnanya kejadian manusia berbanding dengan makhluk yang lain ialah dengan adanya akal. Akal ini melayakkan manusia menjadi khalifah di bumi. Segala tindak tanduk akal kita dipandukan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Amat malang bagi mereka yang bertindak dengan tidak mengikut akal.
Petikan daripada kata-kata ulamak muktabar Prof Dr. Yusuf Qardawi "niat tidak boleh menghalalkan sesuatu yang haram". Bermaksud walaupun minda manusia amat hebat, tetapi ia tetap tidak boleh menukar sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah dengan alasan akal logik. Kerana secara spiritualnya, terdapat aliran tenaga yang akan mencari keseimbangan (Hukum Keseimbangan) akibat daripada setiap yang kita lakukan.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd. No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh |
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O) |
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya |
5 ulasan:
Protein tidak akan mambantu menjana pemikiran kreatif. Semakin banyak protein diambil maka semakin buntu akal fikiran.
Sumber protein ialah seperti berikut:
1. Soya dan segala produk soya seperti tauhu, tempe, susu soya.
2. Tumbuhan yang tidak terkena cahaya matahari seperti kobes dan taugeh.
3. Makanan laut (kecuali ikan) seperti sotong, udang, ketan, kerang, siput.
4. Daging ayang terutama kulitnya.
5. Ikan yang telah diproses terutama keropok lekor.
Masalahnya saya ini pengambil daging kambing yang sangat kerap Dr. Maka protein yang saya ambil ternyata protein yang mudah hadam dan memecahkan segala kolesterol saya. Macamana, Dr?
He he, saya bukan berniat untuk menakut-nakutkan sesiapa. Pembetulan di sini, dalam daging kambing tiada protein
Bermulanya pembacaan saya di dalam blog http://rawatankesihatan.blogspot ini adalah secara tidak sengaja. Hidup saya kekosongan kerana saya mencari sesuatu yang saya sendiri tidak pasti. Satu hari melalui lawan web harmonisers saya menemui laman web warnadiri yg dikendali oleh dr AlyaZara. Dari situlah saya menemui blog (Rawatan Kesihatan) yg penuh dengan persoalan tanpa jawapan yang sering saya fikirkan selama ini. Topik pertama yg saya baca adalah "Minda Mempengaruhi Tindak Balas Tubuh". Dari ujian 'Memanjangkan Tangan' saya mula memahami istilah yang selalu kedengaran "You're What You Think". Kesimpulannya apa yg kita alami dalam hidup kita ini sebenarnya adalah apa yg kita inginkan.Oleh itu betapa pentingnya kita mengawal minda kita kerana manis atau pahitnya kehidupan kita, kita juga yg akan merasai dan melaluinya..
Kaedah Memanjangkan Tangan ini saya dapati konsepnya sama dengan "Unconscious Mind". Saya pernah mengikuti kursus tersebut dan antara aktivitinya ialah berhubung dgn 'Minda Bawah Sedar' kita,menurut penceramah, minda bawah sedar tidak boleh menipu dan utk berkomunikasi dgnnya kita perlu menggunakan tangan atau jari dan memastikan jawapan "ya" atau "tidak" sahaja. Contoh: saya meminta tangan saya memberi isyarat "ya", maka tangan itu akan bergerak sendiri mungkin bergoyang depan belakang,jika "tidak", tangan tidak bergerak, setiap org mempunyai gaya yg berbeza. Selepas itu, kita tanya,contohnya,adakah anak yg dikandung itu perempuan,sekiranya "ya",maka tangan akan bergerak ke hadapan dan belakang. Penceramah tersebut pernah membuat pertanyaan itu kpd sy krn pada masa itu sy mengandung dan jawapannya sy mmg mendapat anak perempuan. Sekarang sy jarang mengaplikasikan atau berhubung dgn 'unconsciuos mind' krn perlukan penuh ketenangan sebelum berhubung dan CVT lebih tumpukan utk tujuan kesihatan.
Catat Ulasan