Attitude Therapy meletakkan kepercayaan sebagai asas pertama dalam sesuatu pengamalan termasuk Applied Kinesiology (AK) ini sebelum sebarang bentuk pemikiran yang mencari-cari jawapan. Selepas kepercayaan itu, penumpuan atau fokus dengan kadar konsisten pada masa yang sama akan mencipta pemikiran yang bersih serta dapat mencari rahsia ilmu yang ingin diperolehi. Kepercayaan adalah cahaya yang memancar dan ianya tiak mampu difahami rahsia dan keadaannya berbanding jisim dengan seribu satu logik dan fakta yang semakin banyak sebenarnya semakin mengelirukan.
Apabila kita ada interaksi dengan patient, kita sebenarnya menyerap maklumat daripada patient bergantung kepada niat atau matlamat. Matlamat yang ikhlas dengan jalan sabar dan redho akan melancarkan penyerapan maklumat ini. Maklumat akan dikesan melalui pelbagai deria (seperti kulit, mata, telinga, atau yang kebanyakannya berada di wajah) daripada pelbagai medium (seperti sentuhan, melihat dari pandangan mata kasar, mendengar suara, melihat gerak geri. Setiap satunya pula terbahagi lagi seperti rupa, cara, nada, intonasi dan sebagainya). Salah satu kaedah yang dapat menyerap maklumat yang menyeluruh
Ujian gerak balas otot tangan
Kaedah diagnosis ujian gerak balas otot tangan (kinesiology) yang diamalkan oleh Attitude Therapy dalam mengesan atau mencari kelemahan atau punca penyakit adalah satu cara yang paling praktikal di dalam mendapat jawapan secara refleks yang mana titik tenaga akan terjawab melalui interkasi dalaman di bawah sedar. Segala jawapan bukan dilahirkan melalui minda sedar. Minda di bawah sedar dikuasai di bahagian ANS atau otak kecil (serebelum) diisyaratkan pada penyilangan nadi (spinal nerve) yang terus menerus ke pusat kawalan di bawah sedar. Jawapan ini akan menghasilkan keputusan yang bebas daripada asas logik akal yang terhad.
Applied Kinesiology ini sebenarnya adalah refleks suara hati yang memberi gerak balas pelepas (niat) dan gerak balas perencat (otot tangan) tanpa dapat dicerobohi oleh elemen-elemen asing. Suara hati adalah ilham yang datang terus dari ilahi. Bisikan suara hati akan diuji dengan dua pilihan iaitu mendengar dengan ilham ilahi atau kita menuruti nafsu yang mendorong ke jalan yang salah dan akhirnya penyesalan berlaku bukannya kesyukuran. Oleh itu method kinesiology ini adalah konsep penyerahan sepenuhnya kepada ilahi dalam usaha mengenal pasti punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Ia bukan kuasa magik atau menggunakan amalan-amalan tertentu.
Orang yang tidak menggunakan 100% penyerahan yang tulen di dalam diagnosis kinesiology akhirnya akan kehilangan tenaga konsentrasi. Daya fikiran yang suci akan menjadi pendinding kepada diri anda sendiri. Melalui diagnosis kinesiology yang tulen sebenarnya anda berhadapan dengan tenaga suci yang akan menurut segala perintah dan arahan yang anda fikirkan. Mengambil kesempatan dengan cara berbohong dalam diagnosis ujian gerak balas otot tangan akan mempengaruhi persekitaran dan menyebabkan tenaga suci dalam anda akan membohongi diri anda semula.
Sebenarnya seluruh pancaindera dan bahagian-bahagian dari segenap anggota tubuh kita dapat diperintahkan termasuk segala perkara yang berkaitan dengan sistem fisiology tubuh. Anggota dalaman dan luaran tidak pernah engkar apatah lagi kepada pendiagnos yang benar-benar berhati mulia, ikhlas dan mempunyai daya tumpuan yang cukup tinggi.
Mata pendiagnos harus tajam tanpa bekedip agar dapat mempastikan isyarat tenaga elektrik yang mengalir dari pancaindera mata sebagai pengalir masuk ke otak melalui impuls saraf yang dikenali sebagai neurotransmitter dapat melalui dengan tepat dan cekap.
Otot tangan dapat memberi maklumat gerak balas perencat dan pelepas melalui reaksi pengenduran dan penegangan otot secara spontan setelah menerima isyarat-isyarat pertanyaan secara terus akan menghasilkan jawapan benar atau salah dan kuat atau lemah pada ujian otot tangan tersebut.
Otot tangan yang mempunyai aliran tenaga elektrik disifatkan sebagai boleh berkomuniksi atau berkata-kata melalui gerak balas pengenduran atau penegangan. Jika isyarat itu benar dalam sebarang pertanyaan, otot tangan akan menjadi kuat atau tenang. Jika tidak benar atau salah maka otot tangan akan menjadi lemah atau kendur.
Fakta Applied Kinesiology
Sebenarnya semua komunikasi dan interaksi akan mengalirkan maklumat yang hanya akan difahami oleh otak. Applied Kinesiology ialah salah satu daripada kaedah untuk mentafsirkan maklumat tersebut hasil daripada tindak balas badan yang merakam maklumat.
Lebih daripada 50% daripada pengamal rawatan alternatif / komplimentari menggunakan kaedah Applied Kinesiology sebagai method untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pesakit untuk menentukan tahap penyakit dan menentukan rawatan yang tepat.
Pengamal yang menjalankan Applied Kinesiology dapat merasai ketepatan hasilnya iaitu mencapai 99%. Kaedah yang salah atau kehilangan tumpuan ketika menjalankan Applied Kinesiology tidak akan memberikan sebarang hasil keputusan dan jawapan tidak dapat diumumkan.
Walaupun sesetengah rawatan mempunyai ubat atau penawar atau formula untuk ikhtiar penyembuhan yang tepat dan terbaik, namun tanpa Applied Kinesiology, ubat atau penawar atau formula tersebut tidak bermakna.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia membantu walau di mana anda berada. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Tel / SMS: 016-3315761
2 ulasan:
salam..sy ingin bertanya..adakah denyutan jantung juga boleh mempengaruhi denyutan pada pusat..hal ini kerana apbila jantung sy berdegup kencang..denyutan bahagian pusat juga akan berdenyut kencang..begitu juga sebaliknya..oleh yg demikian, besar harapan sy untuk mengetahui hubungan diantara keduanya..sekian..wassalam..
Jantung berdenyut akan mengepam darah ke seluruh tubuh. Bagaimana pengaruh denyutan di tempat lain dipengaruhi oleh kadar tekanan darah yang dikawal oleh otak Serebrum (NW7). Jika tekanan darah rendah, maka denyutan di tempat lain lebih rendah daripada denyutan jantung. Jika tekanan tinggi, maka denyutan di tempat lain lebih tinggi daripada jantung. Jika sama, ia normal dan seimbang.
Kadar tekanan ini berbeza bagi setiap individu mengikut sistem tubuh. Mereka yang mempunyai sistem tubuh Mental (Personaliti Mental), mempunyai tekanan yang darah yang tinggi di bahagian perut dan rendah di tempat-tempat lain.
Catat Ulasan