SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Rabu, 3 Oktober 2007

Gastrik Boleh Dikawal

Rembesan enzim di dalam perut terjadi daripada isyarat yang dihantar oleh otak ke organ untuk mencerna dan memproses makanan yang dikesan kehadirannya di mulut. Tetapi walaupun tanpa kehadiran makanan, berfikir hendak makan atau terlihat makanan juga boleh menyebabkan isyarat tersebut dihantar ke organ pencernaan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, apabila kita makan, lidah dan gigi akan mengesan zat yang terdapat di dalam makanan dan isyarat tersebut akan dihantar ke otak. Otak dengan segera mentafsirkan isyarat tersebut dan diagihkan ke organ-organ pencernaan supaya enzim-enzim dapat dirembeskan pada kadar yang mencukupi dengan makanan yang dikesan di dalam mulut. Tanpa proses ini, proses penghadaman tidak dapat berlaku dengan sempurna kerana di dalam saluran pemakanan bermula dari pangkal esofagos hingga ke rektum, tidak terdapat sebarang reseptor (saraf pengesan) untuk mengesan isyarat tenaga yang dibawa oleh sesuatu zat.

Gigi sebagai reseptor yang tercekap

Gigi ialah satu struktur dalam tubuh yang paling padat yang paling banyak saraf. Kepadatannya menjadikan reseptor yang sentiasa resonan sepanjang masa tanpa mengira keadaan. Bermaksud ia tidak dipengaruhi oleh tekanan rendah (yang mengakibatkan reseptornya merenggang) yang akan mengurangkan kekonduktifan saraf gigi.

Setiap batang gigi akan mengesan zat-zat tertentu untuk dihantar ke otak supaya otak dapat mengarahkan organ menjalankan fungsinya. Oleh itu, mencabut walau sebatang gigi sekali pun adalah sesuatu yang memudaratkan. Mereka yang kehilangan banyak gigi juga akan kehilangan keupayaan untuk mengesan zat tertentu.

Tindakan refleks isyarat pencernaan

Sistem saraf berkeupayaan untuk menyimpan maklumat yang diprogramkan jika berlaku kepincangan akibat tindakan yang sama berlaku secara berulang-ulang. Tindakan refleks ini terjadi tanpa berlakunya proses pengesanan makanan seperti yang diterangkan di atas. Bermaksud, memori pada otak yang telah kerap menerima rangsangan daripada isyarat zat makanan daripada sumber makanan yang sama akan dengan sendirinya menghasilkan isyarat ke bahagian organ pencernaan untuk merembeskan enzim walaupun seseorang itu tidak memasukkan makanan ke dalam mulut.

Antara sebab berlakunya refleks isyarat pencernaan ini kerana tabiat makan makanan yang serupa hampir secara berulang-ulang atau kerap atau waktu makan yang telah disetkan secara tetap. Antara sebab makan makanan yang serupa secara kerap dan berulang ialah kerana menu yang hampir sama yang diulang hanya selang beberapa hari. Kadang kala citarasa yang sukakan sesuatu makanan yang serupa diambil hampir setiap hari juga menyebabkan masalah ini berlaku.

Akibat daripada kesan refleks isyarat pencernaan, maka seseorang akan mudah merasa lapar kerana enzim telah dirembeskan setiap kali terlihat atau terdengar tentang makanan yang biasa dimakan atau bila tiba waktu yang telah disetkan untuk makan secara tetap.

Masalah ini yang juga menjadi punca gastrik boleh dielakkan dengan mengamalkan petua mencegah seperti berikut;

1. Tukar menu pemakanan untuk sekurang-kurangnya dalam satu pusingan seminggu sekali. Jika pesakit gastrik berada dalam keadaan kronik, jauhkan lagi jarak pusingan menu.

2. Jangan tetapkan waktu makan yang seragam. Misalnya dalam waktu rehat tengah hari, selang seli makan di awal waktu rehat kemudian di akhir waktu rehat atau tidak makan pada waktu rehat. Maksudnya ada 3 keadaan atau waktu makan yang berbeza.

3. Amalan menetapkan sesuatu makanan itu sebagai makanan atau minuman kegemaran adalah satu amalan yang yang salah.

4. Makan makanan yang dimasak oleh tukang masak yang berbeza. Ia mudah dilakukan dengan cara bertukar-tukar permis penyedia makanan.

5. Jika di rumah, tukar jenama perencah atau sos atau kicap. Boleh juga amalkan bertukar-tukar giliran masak antara suami isteri. Jika bujang, adakan giliran memasak.

6. Jika buntu mencari resepi untuk kitaran menu yang berbeza, mudah saja cuma tukarkan kombinasi lauk pauk. Biasanya jika ada lauk masak lemak, orang akan gandingkan dengan lauk ikan kembung goreng. Atau jika ada ayam masak kicap, orang akan gandingkan dengan kangkung tumis belacan. Kali ini cuba tukar lauk masak lemak digandingkan dengan kangkung tumis belacan, hari seterusnya ayam masak kicap diigandingkan dengan sayur sawi tumis pula.

Niat mempengaruhi tindak balas organ tubuh

Selain tindak balas kimia (elemen fizikal) Fisiologi tubuh terdiri daripada elemen akal (mental), emosi dan semangat (spiritual). Setiap yang difikirkan akan mempengaruhi tindak balas rembesan hormon dan enzim.

Pada bulan puasa (bulan ramadhan), kita tidak merasa lapar (walaupun tidak bersahur) kerana kita telah berniat untuk tidak makan. Pada bulan yang lain iaitu bukan hari berpuasa, walaupun tidak berniat untuk makan, kita akan merasa lapar pada waktu tengah hari (jika biasa makan pada waktu tersebut) walaupun kita telah bersarapan (biasanya antara pukul 6.30 pagi ke 7.30 pagi) atau minum pagi (biasanya antara pukul 9.00 pagi ke 10.00 pagi). Rasa lapar ini berlaku disebabkan oleh dua sebab iaitu;

1. Kesan refleks isyarat penghadaman.

2. Merancang untuk makan pada waktu tertentu.

Mana-mana salah satu atau kedua-dua faktor ini akan menyebabkan anda merasa lapar. Itulah sebabnya dalam bulan ramadan, seseorang tetap akan mendapat gastrik walaupun dia telah berniat untuk hendak berpuasa.

Mengatasi refleks isyarat penghadaman

Memori yang telah disetkan atau yang terpendam sepatutnya tidak boleh berlaku dengan tegar atau terlalu kuat. Tubuh kita sepatutnya boleh membersihkan memori ini dan sentiasa memperbaharui setting ingatan. Setting ingatan ini sebenarnya dikawal oleh Kelenjar Pitutary CL2. Kehadiran protein yang tinggi berserta dengan logam berat akan meninggalkan kesan trauma atau ingatan kuat jangka pendek. Sumber protein ialah kobis, taugeh, soya (serta produk soya seperti tau fu fa, tempe, tauhu), susu lembu (terutama susu awal lembu), kuning telur ayam. Dengan mengelakkan pengambilan makanan ini, memori akan dirawat semula dan kesan trauma jangka pendek tidak berlaku. Bermaksud, walaupun kita kerap makan makan makanan yang sama, tetapi memori tidak akan settingkan refleks isyarat penghadaman secara kekal. Jika ada, kesannya tidak begitu kuat sehingga menyebabkan kesan terliur apabila setiap kali melihat makanan.

Rawatan gastrik

Refleks isyarat penghadaman dan niat untuk makan adalah punca utama gastrik. Keupayaan mengawal niat telah membantu merawat 50% daripada masalah gastrik. Untuk mengawal refleks isyarat penghadaman, anda perlu merawat Kelenjer Pitutary dengan mempertenagakannya dengan formula CL2. Amalan tidur pada waktu yang betul (iaitu tidur antara waktu lepas Isyak hingga 2.00 pagi) pada tahap kelenaan yang delta (tahap paling lena) akan membantu mengurai logam berat yang membebankan Kelenjar Pituitary CL2. Mengurangkan pengambilan protein dan sumber makanan berat (sila rujuk post bertajuk Petua Pengambilan Makanan) akan membantu mengurangkan kadar kehadiran logam berat yang akan membebankan Kelenjar Pituitary dan juga akan menyebabkan kesan trauma ingatan jangka pendek. "Trauma ingatan" di sini bermaksud ingatan yang kuat.

Gastrik punca lelah

Kesakitan di bahagian perut akan menyebabkan isyarat elektrik di bahagian diafragma terganggu. Diafragma membantu menarik paru-paru untuk membuka ruang di dalamnya supaya udara dapat disedut.

Berada di dalam keadaan sejuk, biasanya di kawasan tanah tinggi atau pada waktu malam yang berhujan, pesakit gastrik mudah mendapat lelah. Rawatan untuk penyakit lelah bagi mereka yang pernah mengalami gastrik ialah dengan merawat gastriknya dahulu.

Kesukaran untuk mengawal minda untuk merawat masalah gastrik boleh diatasi dengan cara hanya mempertenagakan organ Perut CL12 dan Pankreas CL15.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat masalah gastrik atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

5 ulasan:

Tanya berkata...

Bagaimana pula dengan masalah kegemukan? Ada orang yang tak makan banyak pun atau terlibat dengan industri makanan tetapi sangat mengawal pemakanan tetapi tetap mengalami masalah kegemukan. Mungkin teori dia fikir takut gemuk maka dirinya menjadikan dirinya gemuk.Ada orang makan tak beringat bak orang kata, tapi kurus. Apakah penyebab gemuk?

Pernah dengar juga stress boleh menyebabkan badan gemuk. Kenapa ya? Tetapi secara logik masih boleh difikirkan, cuma kalau Dr dapat hurai lebih lanjut...

Bagaimana pula kaitan pattern orang kawin boleh naik perut? Adakah ini kerana budaya yang kalau suami tak naik perut maka dikatakan isteri tak pandai jaga makan suami?

Bolehkah lemak yang banyak dikaitkan dengan pemikiran yang kurang kreatif?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Cara saudara tanya seperti saudara sendiri telah mengetahui jawapannya. Mungkin saudara mahu saya menulis mengenai tajuk Log atau sistem tubuh. Saya memang belum menulis mengenainya lagi.

Saiz tubuh bergantung kepada beberapa, salah satu atau kesemua faktor seperti berikut;

1. Log (sistem tubuh yang menetukan genetik saiz badan).

2. Obesiti - disebabkan deposit lemak berlaku kerana lemah di bahagian pankreas. Pankreas (NW15)memang berkaitan dengan stress (NW8).

3. The Low of Attraction - iaitu niat yang mempengaruhi fisiologi tubuh.

Pattern orang kawin boleh naik perut, saya tidak pasti adakah kenyataan ini dikeluarkan oleh CVT. Tapi perut saya cantik walaupun selalu makan luar.

Lemak banyak memang berkaitan dengan pemikiran yang kurang kreatif. Lemak ialah ikatan protein, bersifat asid, radioisotop 12. Ia cuma membantu ingatan jangka pendek, tidak kekal tetapi menyebabkan kesan trouma. Saya belum menulisnya secara terpeinci dalam blog ini. Tetapi sebagai rujukan ringkas, sila lihat post bertarikh 13 June bertajuk "Logam Berat" dalam sub topik Fungsi Hati, saya ada menulis jadual perbezaan antara EQ dan IQ. IQ ialah kesan daripada pemikiran kurang kreatif yang berpunca daripada logam berat, salah satunya ialah lemak yang terbentuk daripada protein radioisotop 12.

anak perantau berkata...

Salam,saya mengidap gastrik yg teruk sejak 2 bln yg lalu,saya suda berjumpa byk doktor dan makan ubat yg diserankan.tapi masalah gastrik saya masih belum sembuh sampai sekarang walaupun sudah makan ubat dan makan secara berjadual.sekarng setiap hri perut saya macam kejang/keletihan,sesak nafas,pening,mual,kaki tangn kebas2,mata rabun dan sepanjang hari sendewa.boleh kah DR. beri saya sedikit tips untuk merawat atau mengawal/mengelak dari penyakit ini.utk pengetahuan doc saya ada melakukan ujian darah dan keputusan ujian mengeshkan saya mendapat jangkitan bektria H.pylory 79.1%..apakah rawatan yg perlu saya abil doc?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Gastrik yang berpunca daripada kelemahan pada organ hati dan perut selain dariapada kejang dan rasa panas di perut, ia juga akan mengakibatkan tanda-tanda seperti;

1. Sendawa berlebihan.
2. Mata kabur.
3. Sakit atau lenguh di belakang.

Perut berkaitan dengan karektor pemikiran kreatif dan keikhlasan. Dengan meningkatkan daya pemikiran kreatif dan tahap keikhlasan, insya allah ia akan memberikan tenaga baru kepada perut.

Penyakit gastrik boleh menyebabkan kehadiran bakteria di kedua-dua organ hati dan perut seperti H Pylori yang menyebabkan ulser di deudenum, dinding perut dan esofagus. Sekiranya peratausan bakteria ini tinggi, ia boleh juga menyebabkan ulser (luka atau kesan melecur kecil) di dalam rongga mulut bahagian bawah pipi, lelangit atau bawah bibir.

Terdapat beberapa petua untuk mengurangkan atau mengatasi atau merawat terus penyakit ini;

1. Sekiranya ia didominasi oleh kelemahan kawalan biotik sehingga menyebabkan peratus jangkitan bakteria punca alser tinggi, sistem kawalan biotik perlu ditingkatkan. Sistem kawalan biotik semulajadi tubuh lemah disebabkan oleh bebanan kolestrol tepu daripada sumber makanan seperti udang, sotong, ketam, kerang, siput, usus, satay. Kurangkan makanan laut (selain ikan basah) dan organ dalaman haiwan.

2. Sekiranya ia berpunca daripada kelamahan organ perut itu sendiri, perhatihan menu dan diet pemakanan anda. Sama ada anda selalu makan di gerai atau makanan yang sama atau anda memakan makanan pada waktu lewat malam. Elakkan makan makanan yang sama, makanan yang dimasak secara panggang seperti berger dan makan lewat malam. Waktu terakhir untuk makan sekiranya kita tidak berpuasa ialah pukul 6.30 petang.

3. Perut mendapat tenaga apabila ia mendapat kerehatan yang cukup dengan cara yang betul. Cuba dapatkan tidur tengah hari atau "tidur qailullah" iaitu tidur sebentar sebelum zohor. Setiap kali tidur, mengereng ke arah kanan atau tidur atas rusuk kanan.

Tanpa Nama berkata...

Saya telah menghadapi penyakit gastrik ini sejak sekolah menengah dan sekarang telah pun melanjutkan pelajaran di universiti. Kira-kira 1tahun yang lalu,Saya mengalami gastrik yang teruk.saya bergantung pada ubat dari hospital dan pada waktu malam seringkali sakit perut dan kadang-kadang muntah walaupun saya sudah makan. hampir kesemua makanan akan menyebabkan saya sakit perut.sampai sekarang perut saya sangat sensitif. Hidup sebagai pelajar,sibuk dengan ujian,kerja kursus dan sebagainya membuatkan saya sampai sekarang masih mengalami gastrik. Gastrik menyebabkan saya tidak dapat melakukan perkara rutin saya.Doktor, bantulah saya.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)