SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 1 Oktober 2007

Masalah Berkaitan Mata

Mata mempunyai banyak kesan refleks terhadap bahagian tubuh yang lain. Saraf, soket dan urat mata dikawal oleh pusat kawalan suhu di otak CL7. Kegagalan kawalan suhu atau sekiranya suhu badan meningkat, biasanya akan menyebabkan masalah mata kering atau masalah juling. Daya penglihatan dipengaruhi oleh tenaga daripada kawasan pencernaan (atau organ kuning CL12, CL13, CL14 dan CL15). Kelemahan organ di bahagian pencernaan akan menyebabkan berlaku masalah rabun jauh atau rabun dekat, silau dengan cahaya, kabur atau yang lebih kronik ia akan menjadi katarak. Sesuatu penemuan menarik unik dan sangat tepat ialah ilmu Iridology, iaitu pemerhatian terhadap anak mata yang berwarana hitam boleh menentukan dan mengenalpasti penyakit di seluruh tubuh. Oleh itu, merawatnya menjadi amat mudah jika punca refleks mata dapat dikenalpasti.

Air mata

Air mata ialah rahsia memori. Mengeluarkan air mata dengan cara sedih atau meratap akan seseorang atau kehilangan sesuatu, akan turut mengalirkan memori bersama dengan air mata tersebut.

Setiap yang kita lihat adalah sesuatu yang kita ada atau miliki (Falsafah Hukum Keseimbangan) . Air mata membantu penglihatan. Orang yang tidak dapat melihat ialah orang yang telah kekeringan air mata. Orang yang masih boleh melihat, tetapi kerap kehilangan sesuatu ialah orang yang mengalirkan air mata dengan kerap.

Mengalirkan air mata amat digalakkan kepada pesakit yang mendapat penyakit akibat perbuatan dosa seperti HIV Aids, sifilis atau sebagainya. Untuk pulih, pesakit perlu insaf, bertaubat kepada Allah dengan taubat hasuha hingga boleh mengalirkan air mata, kemudian Insya Allah penyakit tersebut akan mengalir keluar bersama dengan air mata. Walaupun telah terbukti secara saintifik bahawa rawatan Attitude Therapy boleh merawat pesakit HIV dengan mudah dan pantas, tetapi jika pesakit tidak mahu bertaubat dan masih dengan sikap yang lama, saya minta sila bertaubat dulu sebelum mendapatkan rawatan daripada saya kerana proses rawatan akan menjadi agak rumit.


Jaundis atau demam kuning

Kelemahan yang kritikal terhadap mana-mana bahagian organ pencernaan (Perut, Hati, Limpa CL12, Buah Pinggang CL13, Hempedu CL14, Pankreas CL15) akan menyebabkan kulit, wajah dan kuku terutama bahagian mata putih akan kelihatan kuning. Di hospital doktor klasik akan mendakwa pesakit telah menghidap jaundis. Sebenarnya jaundis ialah penyakit yang banya berkaitan dengan organ Hati CL12. Tetapi mana-mana bahagian pencernaan yang lemah seperti yang disebutkan tadi juga akan turut menyebabkan jaundis.

Fenomena ini biasa disebut Demam Kuning. Demam kuning tidak mendatangkan masalah pada bahagian mata.

Iridology



Setiap keadaan kesihatan di seluruh tubuh akan memberi kesan refleks terhadap corak pada iris mata. Menyedari hakikat ini, maka wujudnya ilmu Iridology. Iridology moden diasaskan oleh Dr. Bernard Jensen.

Perubahan pada iris mata tidak mendatangkan masalah pada mata, tetapi ini adalah gambaran bahawa hubungan refleks mata dengan tubuh yang lain adalah amat rapat.

Juling
Juling terjadi akibat kelemahan pada soket mata untuk memegang biji mata dengan baik. Juling terbahagi kepada dua jenis iaitu exophoria dan esophoria (juga dieja exotropia dan esotropia). Exophoria ialah juling ke luar manakala exophoria ialah juling ke dalam. Terdapat juga exophoria dan esophoria yang juling keatas atau juling ke bawah yang masing-masing dipanggil hipo dan hiper. Rajah di bawah ialah jenis-jenis juling.

Masalah juling boleh dirawat dengan cara mempertenagakan semula soket mata agar ia kembali seperti bentuk yang asal. Sel-sel di bahagian soket mata yang menerima tenaga asalnya semula akan menyusun molekul-molekulnya supaya menjadi lebih kukuh dan teratur. Oleh itu biji mata akan kembali seperti asal.

Suhu badan yang tidak terkawal disebabkan oleh tekanan darah yang rendah. Biasanya mereka yang mengalami masalah juling juga kerap demam atau panas badan. Bahagian kawalan suhu CL7 turut meliputi bahagian rahang, lidah, gigi, mulut, dan telinga. Kemungkinan mereka yang juling juga akan mengalami masalah di bahagian tersebut seperti gusi kerap berdarah, lidah gatal, telinga berdengung. Jika kelemahan di bahagian kawalan suhu CL7 berserta dengan kelemahan di bahagian Hempedu CL14, kemungkinan terdapat terlalu banyak jerawat di bahagian rahang dan dagu.

Rabun warna

Suhu badan yang tinggi dan tidak terkawal akan menjejaskan saraf mata. Selain masalah juling, ia akan menyebabkan rabun warna. Rabun warna boleh dirawat dengan cara mempertenagakan bahagian kawalan suhu CL7. Tetapi, adalah dinasihatkan supaya masalah rabun warna ini tidak perlu dirawat kerana ia tidak mendatangkan masalah. Malah mereka yang mengalami rabun warna sebenarnya turut berkebolehan melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh manusia normal.


Terdapat dua keadaan mereka yang rabun warna iaitu protan dan deutran. Protan mempunyai keupayaan mengesan warna yang terhad manakala deutran ialah kekeliruan mengenalpasti warna. Spektrum tubuh mereka juga sebenarnya menyamai dengan spektrum kerabunan yang mereka alami. Manusia yang normal akan mempunyai lengkap 7 warna spektrum tubuh. Tetapi mereka yang rabun warna hanya mempunyai kurang daripada 5 spektrum warna.

Cuba uji sama ada anda rabun warna atau tidak. Jawapan kepada ujian ini, sila seretkan konsol mouse ke atas gambar.



Hukum Keseimbangan menjelaskan bahawa setiap yang kita lihat adalah sesuatu yang berada di dalam spektrum diri kita sahaja. Rabun warna telah mengesahkan kewujudan teori Hukum Keseimbangan. Bagi mereka yang mempunyai spektrum warna tertentu hanya akan dapat bertemu atau terserempak atau terperasan dengan perkara tertentu yang seimbang dengan spektrum dirinya sahaja. Misalnya mereka yang mengalami masalah gangguan spiritual (CL1) atau beberapa organ di level spiritual (CL1, CL2, CL3, CL4, CL5, CL6, CL7 dan CL8) akan mudah terserempak dengan cendawan.

Rabun

Kekenyalan ligamen yang memegang kanta adalah penentu kepada ketepatan fokus kata mata yang mempengaruhi kerabunan atau kejelasan pandangan mata. Kekenyalan ligamen ini bergantung kepada tahap kolestrol yang terdapat dalam darah. Jika terdapat lebihan kolestrol, ligamen lambat untuk bertindak atau hampir kaku untuk menyelaraskan fokus kanta mata. Jika ketiadaan kolestrol pula, maka hanya akan wujud satu keadaan iaitu sama ada seseorang itu akan mendapat rabun jauh atau rabun dekat.

Oleh itu kolestrol amat penting untuk mengelak masalah rabun mata. Tetapi kolestrol yang berlebihan pula akan menyebabkan mata menjadi kabur atau lambat menyelaraskan fokus kanta. Organ yang menjaga, mengawal dan memproses kolestrol ialah Hati CL12. Jika hati lemah, maka mata akan menjadi rabun.

Jika anda hayati, setelah mengambil makanan yang bergoreng, atau sekiranya anda kerap mengambil makanan yang bergoreng, mata anda akan mengalami masalah kekenyalan kanta mata. Anda boleh mengujinya dengan cara cuba mambaca buku di tangan anda atau di atas meja, kemudian cuba baca tulisan di papan hitam atau white board di hadapan anda yang jaraknya antara 6 ke 12 meter. Dalam ujian ini sila baca tulisan pada buku, kemudian dengan segera baca tulisan di hadapan. Kemudian dengan segera baca semula tulisan pada buku dan dengan segera baca semula di hadapan.


Sila buat pemerhatian seperti berikut;

1. Adakah jelas penglihatan anda setiap kali menukar jarak penglihatan?

2. Berapa lamakah tempoh perlu diambil untuk mata anda dapat menyelaras fokus kanta supaya jelas?

3. Adakah anda hanya jelas kepada sesuatu jarak sahaja, misalnya dekat nampak jelas, jauh tidak atau sebaliknya jauh jelas dan jekat tidak?

4. Adakah anda kabur pada jarak kedua-dua penglihatan?

Soalan di atas disusun berdasarkan tahap kolestrol dalam darah. Semakin teruk keadaan untuk soalan berikutnya maka semakin tinggi kolestrol anda.

Satu-satunya minyak masak yang tidak mengandungi kolestrol ialah minyak zaitun. Masalah ini dapat diatasi sekiranya anda mengambil minyak zaitun sebagai pengganti minyak masakan yang lain.

Silau

Protein akan disi ke dalam otot untuk membina strukturnya supaya menjadi lebih kuat. Tetapi protein yang berlebihan akan menyebabakan iris mata tidak dapat dirapatkan dengan baik. Akibatnya akan berlaku lebihan cahaya yang masuk ke dalam mata.

Mereka yang mengambil terlalu banyak protein akan mengalami masalah ini dan akan terasa seperti silau. Mata akan terbedip atau seperti hendap dipejamkan terutama jika berada di luar rumah.

Protein dikawal dan diuraikan oleh kekuatan Hati CL12. Mereka yang kerap mengambil susu lembu atau susu awal lembu yang mengandungai banyak protein atau susu yang diformulakan untuk atlit (ahli sukan) atau ahli bina badan akan menyebabkan mata menjadi silau.

Kabur / katarak / cataract (gambaran terhalang)



Kandungan gula yang tinggi dalam darah akan menyebabkan saraf mengalami keracunan dan terjejas strukturnya. Gula yang tinggi akan menyebabkan saraf mata tidak cekap membawa isyarat penglihatan ke otak. Akibatnya berlaku keadaan penglihatan seperti kabur atau seperti terdapat lapisan di hadapan mata atau pada peringkat yang kronik akan menyebabkan katarak.

Pembedahan tidak dapat merawat masalah ini secara kekal dan hanya bersifat sementara. Pesakit katarak yang berpunca daripada diabetes biasanya akan mendapat masalah katarak berulang sekiranya paras gula dalam darah masih tinggi.

Ringkasan Rawatan Masalah Mata

Gambarajah di bawah ialah anatomi mata dan diterangkan melalui jadual dibawahnya. Bagi setiap masalah, disertakan punca dan rawatan.
[post ini masih dalam pembinaan, harap maaf]

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat masalah berkaitan mata atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

22 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Dr.,
adakah masalah rabun hanya disebabkan oleh kelemahan Organ Hati (NW12), atau ada kemungkinan organ lain yang terlibat. Adakah mereka tidak perlu memakai cermin mata lagi setelah dirawat dengan NW atau mereka perlu juga menjaga pemakanan, terima kasih.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Bagus soalan ni. Secara dasarnya, punca rabun ialah kerana kolestrol tinggi. Organ yang memproses dan mengawal kolestrol ialah Liver (Hati). Sekiranya Liver lemah, maka kolestrol akan tinggi dan memberi kesan kepada kekenyalan kanta mata dan mengganggu atau melemahkan otot yang memegang kanta mata (suspensory ligamen).

Untuk mengawal kolestol yang merupakan punca kepada kekenyalan kanta mata teganggu ialah dengan merawat organ yang boleh memproses kolestol iaitu Liver.

Berlaku juga keadaan kanta mata menjadi tidak kenyal dan otot Suspensory ligamen menjadi tidak kuat, bukan disebabkan Liver itu lemah, tetapi kerana kandungan kolestrol tinggi dan tersimpan di bahagian suspensory ligamen. Dalam keadaan ini, merawat bahagian Liver ialah salah satu ikhtiar untuk mengatasi masalah rabun.

mira berkata...

asslm..
dr..bolehkah mata yg rabun kmbali normal?bgaimna carenyer?

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

w'salam.

Mata rabun disebabkan oleh kolestrol yang tinggi di bahagaian Hati. Pada masa yang sama kolestrol ini telah mengganggu otot yang memegang kanta mata. Sekiranya kolestrol di bahagian otot mata ini dapat diurai, maka mata akan kembali boleh melihat dengan jelas.

Rawatan Colour Vibration Therapy merawat kolestrol dengan cara merawat organ Hati secara intensif sehingga mampu menguraikan kolestrol yang terperangkap di dalam otot yang memegang kanta mata.

mis berkata...

assalamualaikum dr,

Sy ada masalah penglihatan iaitu mata juling. Sy berumur 26 tahun. Can i still have chances to do treatment for my eye? Sy pernah cuba utk menggunakan cermin mata but its not working. If i do surgery berapa agaknya anggaran kos bagi rawatan tersebut. Tq.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Keberkesanan rawatan CVT terhadap juling bergantung kepada tahap juling tersebut. Ada pesakit juling akibat kemalangan yang pulih sepenuhnya walaupun pada peringkat awal ia terlalu kronik (nampak pandangan seperti ada 2 pada jarak yang ketara, sepanjang rawatan jarak tersebut berkurang sehingga boleh nampak 1 pandangan semula).

Jika juling ini dialami sejak lahir atau telah lama, mungkin kesan rawatan juga perlu dijalankan lama sedikit kerana tisu-tisu tidak dapat dibentuk dengan sempurna akibat faktor kejadian genetik.

Rawatan CVT merawat sehingga sembuh tanpa sebarang pembedahan. Jika ingin melakukan pembedahan, pastinya kosnya bukanlah murah malah tidak ada insuran yang memberi polisi untuk membedahan kosmetik.

Mungkin boleh cuba dulu dengan rawatan CVT, jika ada kesan ketika rawatan asas, boleh terus sambung hingga pulih sepenuhnya.

hazwani berkata...

assalamualiakum Dr.
Saya nak bertanya. Ayah saya baru ja pulang dr indonesia smlm. sepanjang di indonesia ayah saya telah makan tendon lembu. akibat dpd itu pada bhagian mata menjadi bengkak and mulut menjadi senget sebelah. apabila berjumpa dr pakar, beliau mengatakan ayah saya ada penyakit urat saraf dan memerlukan masa 6 bln tuk sembuh. saya ingin bertanya adakah ini salah satu tanda strok? knapa mata boleh membengkak? dan bolehkah ayah saya sembuh? untuk pengetahuan Dr, ayah saya tidak mempunyai masalah jantung, darah tinggi atau kolestrol.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Simptom yang dinyatakan lebih kepada strok, bukannya masalah saraf. Mata membengkak disebabkan oleh kelemahan di buah pinggang.

Buah pinggang adalah punca kepada masalah strok. Apabila buah pinggang sangat lemah atau sebelah daripadanya gagal berfungsi, maka bahagian otak yang mengawalnya juga akan pasif dan berlaku pembekuan darah di otak. Ketika itu wujudlah strok.

Ia boleh dirawat dengan cara memberikan tumpuan kepada bahagian buah pinggang, Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum dr.
rakan saya mengalami jenis juling extropia.Keadaan ini membuatkan dia berasa rendah diri,dan tidak selesa apabila berhadapan dengan orang.Dia mengalami masalah ini sejak lahir dan sekarang baru berumur 16 tahun.Adakah keadaan yang dialaminya dapat dirawat dan matanya menjadi normal seperti orang lain? Apakah kaedah rawatan yang digunakan untuk merawat exotropia ?Berapakah had umur max bagi merawat juling jenis ini?Dan berapakah kos bagi rawatan ini?
Sebagai rakannya saya sangat berharap dapat membantu dia mengatasi masalah ini dengan bantuan dr agar menjawab pertanyaan ini.

nur berkata...

assalamualaikum dr..sy da mslh dgn mata saya..dh hampir 3thn sy xbuat pmeriksaan mata..dn dh 3 thn saya gnakan kanta lekap..bru2 ini sy lakukan pmeriksaan mata,tahap rabun sy yg dulunya -3.75 kini -5.50.apakah punca utama mslh ini?adakah ia dipengaruhi oleh kanta lekap atau akibat sy xlakukan pmeriksaan mata dn trus menggunakan tahap kerabunan yg sama sepanjang 3 thn ini?

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Waalaikum salam, Nur; Mata rabun disebabkan oleh masalah kolestrol yang mengganggu iris menyelaraskan kanta mata. Penggunaan cermin mata akan akan meringankan tugas iris dan mengurangkan keletihan pada mata di samping mengatasi masalah rabun.

Penggunaan berterusan akan menyebabkan mata menjadi "manja" dan terus tidak berkeupayaan untuk menyelaraskan kanta.

Selain itu, tahap kolestrol yang masih tidak berubah juga akan menyebabkan mata akan berterusan pada tahap kerabunan yang sama atau bertambah rabun.

Masalah ini boleh dirawat, pengalaman merawat dengan cara CVT berjaya membuktikan ia boleh diatasi sepenuhnya secara berperingkat-peringkat dengan rawatan berterusan selama dua tahun.

mrgonjol berkata...

Aslmkm wr wb,
Saya punya masalah satu benjolan di bawah ketiak kanan(hanya satu),sepertinya lemak dan sebesar bola baseball.Dulu saya pernah mengangkat besi & exercise di gym tetapi setelah begitu lama tidak lagi active,apakah mungkin kelenjar muscle saya berubah menjadi lemak ataupun ada satu tumbuhan?kalau di tekan atau picit dgn tidak begitu sakit.Apakah perlu saya operasi?Saya mohon bantuan dan nasihat DR..Terimakaseh.

Mohd
zackzdl@hotmail.com

Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin berkata...

Mrgonjol, benjolan di bawah ketiak ada dua keadaan, sama ada ia adalah limpatik yang membengkak dan kekal di bawah kulit atau kolektrol tepu yang terbentuk dengan kekal di bawah kulit.

Jika ia masalah limpatik, amat jarang berlaku masalah benjolan. Tetapi kelazimannya ialah kolestrol tepu yang kekal di bawah kulit.

Selain ketiak, ia juga boleh dengan saiz seperti bola pimpong di celah peha, lipatan lengan, belakang telinga atau bawah rahang.

Ketumbuhan tidak tumbuh di bawah kulit.

Sekiranya seseorang yang aktif bersukan seperti body builder tetapi mengambil susu khas atau nutrien khas untuk membina otot, ia akan mempengaruhi hormon supaya terus menukarkan zat makanan kepada protein yang akan membina otot. Hormon ini akan terus memberikan isyarat walaupun seseorang telah berhenti bersukan. Ada kemungkinan faktor ini cukup kuat untuk dikaitkan dengan pembetukan lemak atau kolestrol tepu di bawah ketiak.

Jika ia tidak menyakitkan atau memudaratkan, abaikannya. Insya Allah ia akan hilang sekiranya seluruh kolestrol tepu pada tubuh dapat dihadam.

Terdapat beberapa cara untuk menghadam kolestrol tepu, antaranya ialah;

1. Mengamalkan makan daging kambing.
2. Mengamalkan makan kacang / biji jagus.
3. Menyapu kulit dengan formula Tea Tree.
4. Mengambil formula NW12 untuk meneutaralkan kolestol.
5. Mengamalkan mandi ais dan tuaman ais di kawasan kulit tersebut.

Namun begitu, usaha di atas cuma berkesan antara 20% ke 50% sahaja. Usaha yang memberikan kesan 100% ialah keupayaan untuk merawat dari dalam secara mental dan kekuatan spiritual. Caranya ialah dengan mendapatkan ketanangan jiwa, tingkatkan amal ibadah dan berfikiran positif, insya Allah. Mereka yang berjaya mencapai matlamat atau mengamalkan amalan ini selalunya mudah mendapat sesuatau perubahan dan kesempurnaan tubuh yang luar biasa.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
doktor saya ada masaalah rabun warna,doktor kata boleh dirawat.saya hendak tahu dimana boleh merawat dan berapa anggaran kos yang diperlukan untuk merawatnya,terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

salam...doktor,saya ingin bertanya berkenaan mata juling ke dalam..saya mempunyai anak berusia 2 tahun 5 bulan.waktu umur anak saya setahun lebih,saya pernah membawa anak saya ke pakar mata.doktor itu juga mengesahkan anak saya memang ada juling.tapi daripada apa yang saya tengok..kadang2 mata anak saya tu nampak normal..tapi kadang2 je nampak juling.adakah anak saya perlu menjalani pembedahan yang pernah di beritahu doktor pakar mata sebelum nie...harap doktor dapat memberikan pendapat doktor kepada saya..

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Waalaikum salam.

Saya akan menjalankan analisa terlebih dahulu sama ada rabun warna ini berkaitan dengan masalah genetik spestik (kecacatan kekal) atau cuma kelemahan biasa. Sekiranya kelemahan biasa, ia boleh dirawat, insya Allah.

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Kebanyakkan bayi akan kelihatan juling matanya tetapi setelah berumur antara 1 ke 2 tahun, matanya akan kembali normal.

Kesan demam panas akan menjadikan mata bayi kekal juling. Selagi bayi tidak mengalami kerap demam atau diserang demam panas sehingga mengakibatkan epilepsi (sawan atau tarik), insya Allah bayi tersebut tidak ada potensi juling.

farh berkata...

salam dr..

saya berumur 16 tahun..masalah saya ialah, saya telah mengalami rabun mata sejak berumur 6 tahun kerana mengalamai masalah pemakanan..iaitu saya kurang makan..kesannya, saya mengalami rabun jauh yang agak tinggi..malah, lebih tinggi daripada ibu bapa dan nenek saya sendiri..( lebih kurang 700 kuasa)..semasa beumur 15 tahun, rakan2 mengatakan bahawa mata saya mula juling..pada pendapat saya, ia mungkin kerana pemakaian cermin mata yang lama..sekarang tahap penglihatan saya tidak berubah sejak berumur 14 tahun..

dr..adakah cara yang dapat mengatasi masalah rabun jauh saya yang amat serius dan masalah juling??

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Juling yang dimaksudkan memang biasa terjadi disebabkan kuasa kanta cermin mata yang tinggi. Ia tidak menggangu penglihatan. Juling yang mengganggu ialah juling yang menyebabkan tersalah fokus atau terlihat sesuatu objek seperti dua lapis. Sekiranya ia terjadi, ia masih boleh dirawat.

Juling yang tidak boleh dirawat ialah juling akibat saraf pada soket mata yang tidak sempurna atau terjejas struktur tisunya.

Masalah rabun yang kronik disebabkan oleh kolestrol dan protein yang tinggi telah menyekat aktiviti otot yang mengawal kanta mata. Sekiranya kolestrol ini dapat dipecahkan, ia dapat mengurangkan masalah rabun malah berpotensi untuk kembali melihat seperti normal, insya Allah.

Masalah rabun mata walau pada peringkat yang kronik sekali pun, ia tetap boleh dirawat, insya Allah. Jika ada kesungguhan untuk pulih, bincang dengan ibu bapa supaya pertimbangkan agar rawatan dengan saya dapat dijalankan.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera
saya mengalami masalah juling keluar(exotropia).saya berumur 28thn masihkah masalah ni di rawat dat berapa kosnya nyang perlu saya sedia
kan?

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Juling keluar (exotropia) yang dialami sejak kecil sukar mendapat kesan rawatan terutamanya setelah berumur 15 tahun ke atas. Keadaan ini dianggap sebagai "kecacatan" kekal.

Ia berbeza dengan exotropia yang disebabkan oleh kemalangan, hentakan, demam panas atau punca yang berlaku secara akut atau baru.

Sekiranya juling exotropia ini menyebabkan masalah penglihatan, ia menunjukkan masalah ini serius dan masalah penglihatan ini boleh dibaiki, namun ia tidak sampai sehingga memulihkan rupa fizikal.

Antara kesan gangguan tidak langsung yang lain akibat juling extropia ialah kerap demam, kerap sakit gigi, lidah, bibir atau gusi, telinga panas atau berdengung dan sakit rahang. Masalah ini juga boleh diatasi, insya Allah. Tetapi ia tetap masih tidak dapat mengubah fizikal (iaitu daripada kelihatan juling kepada kelihatan normal).

Memulihkan rupa fizikal mata yang juling kepada normal ini dalam perubatan ia dikategorikan sebagai "kosmetik", dan bukan berkaitan dengan kesihatan.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Salam sejahtera
saya mengalami masalah juling keluar(exotropia).saya berumur 28thn masihkah masalah ni di rawat dat berapa kosnya nyang perlu saya sedia
kan?

Jumaat, Oktober 09, 2009 4:50:00 PM

Terima kasih DR.Ariffaizal

untuk maklumat lanjut masalah juling ini seingat saya ia berlaku selepas saya berumur 18 tahun.dan sekarang saya kurang selesa dengan penglihatan saya kerana pelihantan tak seimbang,dan kerap tegang dibahagian tengkuk,pening kepala,dan sakit mata.
apakah nasihat atau cara perubatan yang berkesan boleh saya rujuk?

sekali lagi terima kasih atas layanan DR.terima kasih.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)