SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 6 Oktober 2007

Tutorial Applied Kinesiology (siri 1)

Applied Kinesiology ialah salah satu teknik yang utama digunakan untuk membuat penilaian terhadap pesakit, mengesan punca penyakit dan menentukan rawatan yang sesuai. Applied Kinesiology memberi jawapan yang tepat dan tidak meragukan. Applied Kinesiology boleh dipelajari oleh sesiapa. Sebenarnya banyak versi untuk mempraktikan Applied Kinesiology. Walau apa sekali pun, matlamatnya ialah untuk menguji tenaga. Ujian tenaga ini tidak akan dipengaruhi oleh sebarang unsur asing, kecuali jawapannya tidak ada atau hasil tindak balas otot yang gagal (tangan tidak menunjukkan reaksi).

Memandangkan terlalu banyak versi kaedah Applied Kinesiology, maka Attitude Therapy telah menyusun dan memperincikan kaedah ini supaya ia jelas dapat difahami dari sudut sains. Penggunaan Applied Kinesiology bagi tujuan rawatan ialah dengan menguji tenaga pada sesuatu organ. Post ini ingin mendedahkan rahsia teknik Applied Kinesiology. Saya akan menulis tutorial ini berkali-kali insya Allah pada masa yang akan datang dan dilabelkan sirinya. Post ini ialah siri yang pertama. Sila baca dengan teliti dan cuba lakukan.

Syarat Applied Kinesiology

1. Ia hanya boleh dilakukan jika melibatkan dua pihak iaitu pendiagnos dan orang yang didiagnos.

2. Perlu tenang dan fokus. Applied Kinesiology yang digunakan dalam rawatan Attitude Therapy bertujuan untuk menguji tenaga organ. Untuk lebih baik hafal dahulu organ anatomi tubuh mengikut tafsiran rawatan Attitude Therapy seperti dalam jadual di bawah. Fokuskan kepada organ ini ketika Applied Kinesiology dijalankan.
CLORGAN
CL 1 Kelenjar Pineal
CL 2 Kelenjar Pitutary
CL 3 Thalamus
CL 4 Hipothalamus
CL 5 Kawalan Biotik
CL 6 Sinus
CL 7 Kawalan Suhu
CL 8Medulla Ablongata
CL 9 Tyroid
CL 10 Paru-Paru
CL 11 Jantung
CL 12 Hati, Perut, Limpa
CL 13 Buah Pinggang
CL 14 Hempedu
CL 15 Pankreas
CL 16 Ovari, Testis
CL 17 Alat Kelamin, Organ Kencing
CL 18 Darah, Otot
CL 19 Usus, Apandiks
CL 20 Tulang, Saraf

3. Untuk menguji sejauh mana anda boleh fokus, cuba lakukan teknik memanjangkan tangan dengan minda seperti yang telah saya tulis dalam post bertajuk "Minda Mempengaruhi Tubuh". Sebenarnya itu ialah asas untuk mengesan tahap fokus. Jika anda berjaya lakukan, bermaksud mudah untuk anda teruskan tutoral ini. Jika masih lagi belum berjaya, jangan lakukan lagi, sila hubungi saya untuk mendapat penjelasan.

4. Jangan terburu-buru melakukannya. Sekali anda terburu-buru, selamanya ia akan menyebabkan trauma dan sukar dilakukan semula pada masa yang akan datang. Pastikan cubaan yang pertama memberikan hasil kerana ia akan terus mendatangkan hasil untuk diamalkan malah seseorang akan menjadi semakin cekap dan mahir jika telah mencapai resonan (ulangan berkali-kali setiap hari).

Penggunaan Tangan

Tangan kanan ialah pengalir tenaga dan tangan kiri ialah pembebas tenaga. Tangan kanan mengeluarkan ion-ion negatif atau elektron, manakala tangan kiri mengeluarkan ion-ion positif atau proton.

Pendiagnos perlu mengesan penyakit yang diterjemahkan oleh otot Deltoid di atas bahu yang memegang tulang Femur. Mengesan memerlukan tangan kiri sebagai reseptor (penerima).

Pesakit ialah pihak yang akan mengalirkan isyarat tenaga kepada pendiagnos. Oleh itu, pesakit perlu menggunakan tangan kanan.

Kedudukan

Sekarang kita akan mulakan. Sebelum itu pastikan anda telah lulus perkara berikut:

Ada dua orang yang terlibat


Telah menghafal (20) point untuk didiagnos


Kemudian perhatikan gambar orang yang ingin diagnos (patient). Patient hendaklah berada dalam keadaan seperti berikut;

1. Duduk tegak, tidak bersandar.

2. Tangan didepakan. Paling baik untuk mereka yang baru pertama kali mencuba, patient depakan tangan melebihi sedikit daripada 90 darjah.

Sekarang pendiagnos perlu memegang tangan kanan patient dengan menggunakan tangan kiri. Tangan kanan pendiagnos perlu disentuh atau diisyaratkan ke tubuh patient. Paling baik, letakkan di atas bahu. Keadaan ini akan mewujudkan aliran tenaga berpusing ke arah lawan jam.
Kedudukan pendiagnos dan patient
1. Pendiagnos dan patient hendaklah berada dalam keadaan saling berhadapan antara satu sama lain.
2. Pendiagnos perlu berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada patient atau sekurang-kurangnya sama tinggi. Jadual di bawah menunjukkan kedudukan terbaik antara pendiagnos dan patient.
PATIENTPENGAMAL
BersilaBerlutut (seperti duduk antara dua sujud)
BerlututDuduk atas kerusi
Duduk atas kerusiGunakan kerusi yang lebih tinggi
Duduk atas kerusi yang lebih tinggiBerdiri
BerdiriBerdiri di level tangga yang lebih tinggi
Ujian tahap tenaga tangan

Pada posisi ini, berikut ialah langkah yang perlu dilakukan;

1. Uji tahap tenaga tangan patient.

Caranya ialah niat untuk menguji. Sepanjang proses Applied Kinesiology, pesakit tidak perlu bercakap kerana kemungkinan percakapan boleh mempengaruhi hasil atau membatalkan proses diagnos.

Pendiagnos perlu meminta patient menahan tangan atau antara contoh permintaan yang mudah ialah pengdiagnos berkata "Tahan, jangan bagi jatuh".

Jika patient menahan tangan tetapi mudah jatuh, ia menunjukkan patient tidak tetap tenaganya atau tidak bertahan dengan betul.

2. Uji tahap tenaga tangan pendiagnos.

Dalam masa yang serentak, pendiagnos juga sebenarnya perlu menguji tahap tenaga tangan yang akan digunakan untuk menekan.

Caranya ialah, pendiagnos perlu menekan hingga tangan patient tidak jatuh.

Jika tangan patient jatuh dengan liat, ia menunjukkan pendiagnos telah menekan dengan terlebih kuat.

3. Ujian cara mengenal jawapan

Pastikan anda telah berjaya melakukan perkara ini

Tangan patient masih tegap jika ditekan pada tekanan yang ditambah hingga tangan patient hampir hendak jatuh. Ketika itu, itulah tahap tekanan yang perlu dikenakan ke atas tangan patient.

Kemudian langkah seterusnya ialah untuk menguji untuk mengenal jawapan. Pada asasnya Applied Kinesiology akan memberi jawapan hasil tenaga yang ditunjukkan dalam bentuk "YA" atau "TIDAK". Walaupun Applied Kinesiology ada seninya, iaitu kita boleh mengesan peratusan tahap tenaga, tetapi sebagai asas untuk mula belajar, eloklah kita hanya perlu cari jawapa YA atau TIDAK dahulu. Insya Allah saya akan tulis dalam post yang akan datang tentang seni atau hasil jawapan Applied Kinesiology secara lebih terperinci.

Cara untuk menguji jawapan YA ialah, setkan jika bertenaga, maka tangan patient akan bertahan dengan tekanan yang telah diuji tadi dengan hanya sekali tekanan pada soalan yang pertama.

Cara untuk menguji jawapan TIDAK ialah, setkan jika tidak bertenaga, maka tangan patient akan jatuh dengan tekanan yang telah diuji tadi dengan hanya sekali tekanan pada soalan yang pertama.

Hampir setiap manusia memiliki organ yang lemah dan organ yang kuat. Oleh itu, kita dapat mengisyaratkan tenaga ini untuk diuji. Sekarang kita tidak mengetahui apakah organ yang kuat dan organ yang lemah. Tetapi secara umumnya kita boleh mengisyaratkan tenaga lemah dan tenaga yang kuat ini dialirkan ke otot deltoid untuk diuji.

Cara untuk melihat bagaimanakah keadaan jika jawapannya YA atau bertenaga ialah dengan bertanyakan soalan berikut di dalam hati "Tunjukkan keadaan tangan jika tenaga yang terdapat pada organ yang sihat dialirkan ke otot deltoid" selepas itu anda terus tekan serta merta dan lihat hasilnya.

Cara untuk melihat bagaimanakah keadaan jika jawapannya TIDAK atau tidak bertenaga ialah dengan bertanyakan soalan berikut di dalam hati "Tunjukkan keadaan tangan jika tenaga yang terdapat pada organ yang lemah dialirkan ke otot deltoid" selepas itu anda terus tekan serta merta dan lihat hasilnya.

Pastikan anda telah dapat hasil seperti berikut;

Telah mengetahui keadaan jika bertenaga yang memberi jawapan YA, iaitu tangan tetap tegap dan bertenaga, bergetar dan meyakinkan tindakbalasnya.


Telah mengetahui keadaan jika bertenaga yang memberi jawapan TIDAK, iaitu tangan jatuh serta merta tetapi dalam keadaan lurus, bergetar dan menyakinkan tindakbalasnya.

Supaya anda lebih fokus, pointkan tangan kanan anda tepat ke arah jantung seperti dalam rajah di bawah

Mulakan mendiagnos pada point organ yang telah ditetapkan berdasarkan sistem anatomi yang diperkenalkan oleh Attitude Therapy seperti rajah di bawah.


Cara untuk bertanyakan ialah isyarakan soalan seperti contoh berikut;
Jika ingin menguji organ Kelenjar Pineal, cuba tanya "Tunjukkan tenaga Kelenjar Pineal" atau "Apakah keadaan tenaga kelenjar pineal, bertenaga atau tidak"
atau set satu soalan yang sama pada pangkalnya iaitu "Sekarang saya ingin mengesan tahap kesihatan dengan menguji tenaga pada sesuatu organ". Daripada set soalan tersebut, tanya satu demi satu organ, "Pineal" kemudian tekan. "Pituitary" kemudian tekan. "Thalamus" kemudian tekan, dan seterusnya hingga selesai 20 point.
Semoga anda berjaya melakukannya.
Cara terbaik ialah dengan menyediakan jadual rekod diagnos. Catatakan nama, tarikh dan tandakan right atau pangkah jika bertenaga atau tidak. Di bawah ini ialah contoh rekod diagnos
Nama: Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
No Kad Pengenalan: xxxxxx-06-xxxx
Tarikh: 6 Oktober 2007

NW ORGAN
NW 1 Kelenjar Pineal
NW 2 Kelenjar Pitutary
NW 3 Thalamus
NW 4 Hipothalamus
NW 5 KawalanBiotik
NW 6 Sinus
NW 7 Kawalan Suhu
NW 8Medulla Ablongata
NW 9 Tyroid
NW 10 Paru-Paru
NW 11 Jantung
NW 12 Hati, Perut, Limpa
NW 13 Buah Pinggang
NW 14 Hempedu
NW 15 Pankreas
NW 16 Ovari, Testis
NW 17 Kelamin, Organ Kencing
NW 18 Darah, Otot
NW 19 Usus, Apandiks
NW20 Tulang, Saraf
Gambar di atas ialah Prof. Dr. Ariffaizal sedang melakukan diagnosis Applied Kinesiology ke atas SUPT Roslan Bek Bin Hj. Ahmad, Ketua Polis Daerah Tapah.
Gambar-gambar di atas menunjukkan kedudukan pendiagnos sedang berdiri manakala orang yang didiagnos sedang duduk.
Keterangan di atas ialah cara yang paling asas dan mudah bagi mereka yang baru pertama kali ingin mempelajarinya. Setelah mahir, sebenarnya anda tidak begitu terpengaruh dengan kaedah dan syarat-syarat rumit seperti yang disenaraikan di atas. Dengan fokus, keupayaan untuk menjalankan Applied Kinesology menjadi tidak terbatas (bermaksud anda masih juga tetap mendapat hasil walaupun tidak mengikut cara seperti yang diterangkan di atas).

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)