SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 30 Oktober 2007

Keharmonian Organ

Keseluruhan bahagian kepala mengawal bahagian badan kita. Terdapat 8 bahagian atau penjuru otak yang memainkan peranan menyeimbangkan fungsi 9 organ di bahagian badan. Apabila berlaku sesuatu kesakitan atau kelemahan di bahagian badan, serentak dengan itu bahagian kepala juga akan turut mengalami kesannya. Atau dalam bahasa yang mudah, apabila kita mengalami sesuatu kelemahan atau penyakit, ia turut akan melibatkan organ yang lain. Oleh itu, penyakit sebenarnya terjadi secara berpasangan.

Segitiga Warna Terbalik

Keseimbangan fungsi tubuh ini dapat dilihat melalui segitiga konsep warna organ yang diterbalikkan seperti dalam gambar di bawah.
Sila klik untuk besarkan gambar
Apabila disusun semula segitiga ini untuk dipadankan maka akan mucul seperti gambar rajah ini
Sila klik untuk besarkan gambar
Dengan mengeluarkan segitiga konsep warna tubuh ini, maka akan muncul seperti gambar rajah di bawah ini
Sila klik untuk besarkan gambar
Daripada padanan ini, gabungan vibration warna dari segitiga tegak dan segitiga terbalik, maka akan muncul satu kombinasi warna harmoni yang digelar warna sejuk seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah
Sila klik untuk besarkan gambar
Kesimpulannya dengan merujuk gambar rajah di bawah dirumuskan warna terbahagi kepada segitiga tegak di sebelah kiri, warna harmoni (sejuk) di sebelah tengah dan segitiga terbalik di sebelah kanan.
Sila klik untuk besarkan gambar
Jadual di bawah menunjukkan warna yang dilabelkan dengan nama Character/Colour Level (CL) dan terbahagi kepada 20 bahagian

LABEL CLWARNAPANJANG 
GELOMBANG
CL 10 - 100 nanometer
CL 2100 - 200 nanometer
CL 3201 - 380 nanometer
CL 4381 - 412 nanometer
CL 5413 - 420 nanometer
CL 6421 - 437 nanometer
CL 7438 - 444 nanometer
CL 8445 - 472 nanometer
CL 9473 - 490 nanometer
CL 10508 - 545 nanometer
CL 11491 - 507 nanometer
CL 12546 - 555 nanometer
CL 13556 - 561 nanometer
CL 14562 - 559 nanometer
CL 15559 - 575 nanometer
CL 16576 - 601 nanometer
CL 17602 - 666 nanometer
CL 18667 - 730 nanometer
CL 19731 - 768 nanometer
CL 20768 - 780 nanometer


Rajah di bawah menunjukkan padanan level warna

Daripada gambar di atas, didapati CL3 dan CL4 telah bersilang dengan CL18 dan CL19. Sebabnya akan diterangkan dalam sub topik kajian Fenomena Organ Berpasangan di bawah ini nanti.
Jadual di bawah ialah keterangan mengenai keharmonian gabungan vibration warna antara bahagian kepala dan tubuh.

Warna Panas Warna Sejuk

Setiap gelombang mempunyai caj atau arusnya yang tersendiri. Warna terbahagi kepada caj negatif (-ve), caj positif (+ve) dan neutral. Warna bercaj negatif ialah vibration warna bersifat sejuk, manakala warna bercaj positif ialah vibration warna bersifat panas. Bawah daripada spektrum warna boleh lihat (visible light) ialah warna yang amat panas dan memusnahkan. Infra red (infra merah) misalnya adalah panas.
Warna sejuk ialah putih, pink, violet, indigo, biru dan hijau (CL1 hingga CL8). Warna panas ialah kuning, oren dan merah (CL12 hingga CL20). Gambar rajah di bawah menunjukkan caj warna.
Sila klik untuk besarkan gambar
Warna Resonan Waktu

Dalam tempoh 24 sehari, sebenarnya atmosfera akan memancarkan caj-caj tertentu dan akhirnya akan terbahagi kepada waktu caj sejuk dan waktu caj panas. Kesimpulannya pada waktu siang banyak vibration bercaj positif (+ve) akan dipancarkan manakala pada waktu malam banyak vibration bercaj negatif (-ve) yang akan dipancarkan.

Keterangan lebih terpeinci mengenai warna resonan waktu telah ditulis sebuah post dalam blog ini bertajuk Warna Resonan Waktu.

Sila klik untuk besarkan gambar
Organ Neutral

Organ Neutral ialah organ yang terletak di bahagian tengah iaitu Tyroid (CL9), Paru-paru (CL10) dan Jantung (CL11). Organ Neutral atau organ tengah ini memegang vibration warna biru dan hijau. Organ Neutral ialah organ yang tidak ada pengkhususan dengan pasangan organ yang lain apabila lemah. Bermaksud apabila organ neutral ini lemah, maka pasangannya lain adalah tidak tetap. Misalnya jika Tyroid (CL9) lemah, maka kemungkinan ia akan berpasang dengan Tulang (CL20) kerana kegagalan Tyroid (CL9) merembeskan hormon akan menyebabkan kadar penyerapan kalsium terganggu. Apabila seseorang lemah pada bahagian Tyroid (CL9), kemungkinan akan lemah juga bahagaian Hempedu (CL14) kerana kegagalan untuk menghadamkan makanan pada peringkat mulut, Hempedu (CL14) akan terbeban untuk mencernakan makanan.

Gambar rajah dibawah menunjukkan organ tengah (juga dipanggil organ neutral).


Rahsia Rawatan Mantap

Semua pesakit yang telah menjalani sesi diagnos dan setelah diketahui punca penyakit, maka mereka akan dicadangkan rawatan secara berpasangan ini. Misalnya seseorang yang memerlukan rawatan untuk Tulang (CL20) akan diberikan juga rawatan untuk Kelenjar Pineal (CL1) sebagai pasangannya.

Rawatan Siang Rawatan Malam

Memandangkan pesakit perlu mengambil dua jenis formula yang diberikan secara berpasangan, maka salah satu perlu diambil siang dan satu lagi perlu diambil malam.

Gambar rajah di bawah menunjukkan formula yang perlu diambil pada waktu siang dan waktu malam. Bagi formula untuk organ neutral, biasanya ia tidak diberi bersama dengan pasangan. Oleh itu, ia boleh diambil pada bila-bila masa sama ada siang atau malam.

Malam
Siang
Kesan Merawat Tanpa Pasangan

Hanya organ neutral (atau organ tengah) sahaja yang boleh dirawat bersendirian. Tetapi organ pada vibration warna panas (organ bawah) atau sejuk (bahagian kepala) perlu dirawat secara berpasangan. Apabila hanya sesuatu organ panas atau sejuk sahaja dirawat maka akan timbul kesan seperti berikut;

1. Setelah bahagian kepala dirawat, maka rawatan susulannya akan memerlukan untuk merawat organ pasangannya iaitu organ bawah.
2. Ketika organ bawah dirawat, biasanya akan timbul kelemahan ketara pada bahagian kepala.
3. Boleh juga terjadi mana-mana keadaan iaitu apabila organ bawah atau bahagian kepala dirawat, maka pasangannya akan mula meNunjukkan keperluan untuk dirawat akibat ingin mencari keseimbangan dengan organ yang sedang dirawat.

Fenomena Simptom Berpasangan

Masalah malas dan hilang upaya [Tulang dan Saraf (CL20)] dengan Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pituitary (CL2)

Pasangan bagi Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pituitary (CL2) ialah Tulang dan Saraf (CL20). Gabungan ini akan mewujudkan warna pink yang kuat dan mempengaruhi karektor kasih sayang. Kehebatan kasih sayang yang berwarna pink ini membolehkan penyakit menjadi sembuh, kesakitan menjadi lega dan kemarahan menjadi reda. Pink kasih sayang ini membawa bersama range yang rendah. Kehebatan pink kasih sayang ini juga telah mewujudkan satu alaman terapi yang digelar Love Therapy.
Kelenjar Pineal (CL1) itu sendiri terbina daripada neuron-neuron saraf (CL20) yang tersusun padat seperti kristal berbentuk piramid di atas kepala. Ia berfungsi seperti prisma kaca yang akan membiaskan cahaya menjadi lengkap semua 7 warna.
Rasa sakit pada tahap yang tertinggi akan ditanggung oleh Tulang dan Saraf (CL20). Kesakitan ialah satu isyarat elektrik yang bertekanan rendah. Tekanan rendah ini boleh menjejaskan Kelenjar Pineal (CL1). Seseorang yang ditimpa kemalangan atau terjatuh terhempas atau terhantuk dengan kuat akan lemah di kedua-dua bahagian Kelenjar Pineal (CL1) dan Tulang serta Saraf (CL2).
Semangat (CL1) ditanggung oleh bapa (bagi kanak-kanak) dan suami (bagi isteri). Oleh itu, wanita dan kanak-kanak tidak mengalami masalah kelemahan pada Kelenjar Pineal (CL1) dengan serius kecuali dalam keadaan yang kritikal seperti kemalangan. Biasanya pesakit wanita dan kanak-kanak yang lemah di bahagian Tulang dan Saraf (CL20), memerlukan rawatan keseimbangan di bahagian Kelenjar Pituitary (CL1).
Mereka yang baru mendapat kejutan kemalangan atau berita musibah biasanya akan mendapat kesan trouma yang mengganggu bahagian Kelenjar Pineal (CL1) hingga mengakibatkan kesan hilang mood atau semangat, kurang keyakinan diri dan malas.
Cuba perhatikan, sekiranya seseorang menghadapi sesuatu masalah di satu bahagian (kepala atau organ bawah), maka akan wujud satu lagi masalah di bahagian pasangannya. Jadual di bawah menjukkan simptom di bahagian Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pituitary (CL2) dengan Tulang dan Saraf (CL20).

Bahagian KepalaOrgan Bawah
CL 1 Kelenjar Pineal
-Perlu untuk semua keadaan pada sistem immmune(alternatif kepada immunisasi).
-Aktif berlebihan
-Kejutan kemalangan
-Luka / mengawal virus.
-Semangat / mood.
-Meningkatkan keyakinan.
-Hilang keceriaan.
-Lembab dalam pergerakan.
-Malas.
-Mudah terperanjat.
-Tenaga keseimbangan untuk lelaki.
-Delusi dan halunisani.
-Kekaburan kesedaran (koma).
-Kelesuan yang menyeluruh.
CL 2 Kelenjar Pituitary
-Merangsang pembesaran kanak-kanak.
-Pembina Sel otak untuk pemikiran.
-Kekuatan daya ingatan / kreatif / idea.
-Melahirkan kanak-kanak yang bijak / kepetahan(artikulasi).
-Membantu membina bayi dalam kandungan, menjaga kesihatan bayi, mengatasi keracunan dalam kandungan.
-Membantu bayi pramasa (bayi tidak cukup bulan).
-Memulihkan pemikiran yang sangat lembab kepada kanak-kanak.
-Tenaga keseimbangan untuk wanita.
-Kawalan sistem immune.
-Awet muda pada orang dewasa / kelihatan sentiasa muda.
-Membaiki sifat pelupa yang keterlaluan.
-Orang tua yang berfikiran kebudak-budakan / nyanyuk /kebingungan / keliru (dimentia).
-Parkinson / Pergerakan di luar kawalan.
-Gangguan pertuturan / kegagapan.
-Keupayaan memahami yang lembab (sindrom afasia).
-Sawan (epilepsi).
NW 20 Tulang dan Saraf
-Kesakitan fizikal.
-Radang sendi.
-Sakit tulang belakang yang meningkat.
-Masalah reput tulang / osteoporosis.
-Tulang patah.
-Tulang terkeluar / terkehel.
-Ligamen otot cedera.
-Gaut / pirai / kejang / sakit mencucuk tulang tumit.
-Penahan sakit.
-Meningkatkan tahap kalsium (tahap estrogen).
-Leukemia.
-Meningitis (serangan kuman di selaput otak).

Masalah Darah (CL18) dengan pening kepala (CL3)

Thalamus (CL3) ialah bahagian yang paling banyak menerima darah dan sensitif terhadap pergerakan darah (CL18) yang luar biasa. Kesan sensitif ini akan mengakibatkan kepala mudah mendapat sakit atau pening. Sesiapa sahaja yang mengalami masalah Darah (CL18) biasanya akan turut mengalami pening kepala (CL3).
Kanak-kanak yang degil, suka menipu dan mencuri disebabkan kelemahan di bahagian Thalamus (CL3) akibat darah (CL18) yang tercemar oleh pengambilan makanan ringan (yang mengandungi protein tepu, pewarna tiruan dan perasa tiruan) secara berlebihan.
Cuba perhatikan simptom dalam jadual di bawah, sesuatu kelemahan di bahagian Darah (CL18) akan turut menyebabkan wujudkan sesuatu simptom di bahagian Thalamus (CL3).

Bahagian KepalaOrgan Bawah
CL 3 Thalamus
-Sakit sebelah kepala.
-Sakit kepala.
-Tekanan / cinta.
-Sakit bahagian kepala yang teruk.
-Aktif yang berlebihan.
-Sakit daripada atas kepala menurun ke bawah tengkuk.
-Anak-anak yang nakal / lasak.
-Anak-anak yang cepat marah / ingkar / degil.
-Bayi menangis berpanjangan / sawan tangis.
-Anak yang selalu berbohong.
-Membantu merangsang pemikiran kreatif yang tinggi.
-Kurang siuman / kerasukan.
-Mabuk / muntah dalam perjalanan.
CL 18 Darah dan Otot
-Berlebihan / kekurangan hemoglobin / anemia.
-Tekanan darah tinggi / rendah / tidak normal.
-Kepekatan darah tidak normal. (Hipercalsemia /Hipocalsemia).
-Darah tersekat / lemah / bahagian tengkuk.
-Lebam / berdarah / purpura (ecchymosis).
-Urat saraf betis membengkak
-Leukemia (kanser darah)
-Pendarahan dalaman / keadaan mudah berdarah.
-Semua penyakit tentang darah. -Pendarahan / kekurangan enzim G6PD.
-Hemophilia (masalah pembekuan darah).

Masalah sembelit atau buasir (CL19) dengan waktu atau aturan tidur yang terganggu (CL4)

Usus (CL19) dikawal oleh bahagian otak yang menjaga tumpuan iaitu Hypothalamus (CL4). Kita memerlukan tumpuan untuk membolehkan kita memulakan tidur. Tumpuan juga diperlukan ketika proses membuang air besar.
Seseorang yang tidak cukup tidur atau tidur yang terganggu, biasanya akan mengalami masalah ketika ingin membuang air besar pada waktu pagi. Kemungkinan perlu masa yang lama untuk membuang air besar. Keadaan ini seolah-olah seperti sembelit atau sakit ketika membuang air besar atau boleh membuang air besar tanpa sakit tetapi lambat sangat.
Seseorang yang mengalami masalah buasir, sembelit dan cirit-birit biasanya tidak dapat tidur dengan lena kerana mudah terjaga pada waktu malam.
Jadual di bawah menunjukkan simptom yang berkaitan dengan Hypothalamus (CL4) dan Usus (CL19). Sesiapa yang mengalami sesuatu masalah di sesuatu bahagian, maka bahagian pasangannya akan turut mendapat kesan.
Bahagian KepalaOrgan Bawah
CL 4 Hypothalamus
-Sesuai untuk belajar / daya tumpuan.
-Tidur tidak lena atau tidak puas.
-Mimpi yang kerap atau gangguan dalam tidur.
-Bangun tidur masih lesu atau keletihan di waktu pagi.
-Tidak puas tidur.
-Tidak mengantuk di waktu malam atau lewat tidur.
-Kesukaran tidur / mengigau.
-Mudah tertidur atau cepat mengantuk terutama ketika memandu atau sedang belajar.
-Anak yang lembab atau penakut / pemalu / mengasingkan diri.
-Meningkatkan daya kreatif.
-Menambah sifat ingin tahu.
-Pengawalan suhu tubuh.
-Imbangan cecair tubuh dan makanan.
-Pengawalan nafsu makan dan kekenyangan.
-Kehilangan nafsu makan.
-Pengawalan kelaluan emosi.
-Marah dan menangis (kanak-kanak)
CL19 Usus
-Sembelit.
-Masalah usus besar / usus jatuh.
-Cirit-birit / masalah makan.
-Sistem usus tidak teratur / usus sensitif.
-Kekejangan.
-Banyak gas dalam usus.
-Pendarahan semasa buang air besar.
-Buasir.
-Sakit belakang kepala bahagian kanan.
-Apendiks (appendix).
-Cacing / muntah cacing / gatal di dubur.
-Hernia pusat.
-Usus tersumbat (kanak-kanak)
Jangkitan tali pusat.
Keracunan (bayi).
Tekak loya atau termuntah setelah bersenam atau setelah melakukan kerja berat (berstamina).
Masalah bahagian penyakit tuan atau puan (CL16) atau (CL17) dengan alahan (CL5) dan kedinginan (CL6)

Pusat kawalan biotik (CL5) mengawal keceriaan dan kawasan Sinus (CL6) mengawal kehendak. Kedua-dua bahagian ini diperlukan oleh bahagian reproduktif (CL16) dan alat kelamin (CL17) bagi tujuan seksual.
Pengambilan makanan yang berkolestrol tepu akan mengganggu hormon (CL16) dan juga melemahkan pusat kawalan biotik (CL5). Akibatnya timbullah gejala alahan dan kesan seperti white head, resdung (CL6) dan gangguan lain di kawasan sinus (CL6).
Perhatikan, sekiranya seseorang mendapat sesuatu simptom di kawasan organ bawahan (Reproduktif CL16 dan Alat kelamin CL17), maka ia juga akan muncul bersama dengan simptom di bahagian kepala (Kawalan Biotik CL5 dan Sinus CL6).
Bahagian KepalaOrgan Bawah
CL 5 Kawalan Biotik
-Anti bakteria
-Antioksidan.
-Ketahanan lemah.
-Mengawal serangan bakteria.
-Penawar bisa atau sengatan.
-Bengkak akibat sengatan.
-Alahan pada kulit / kulit yang sensitif.
-Alahan pada hidung.
-Gangrene (hangus).
-Alahan makanan tinggi kolestrol (sotong, udang, ketam, siput).
-Mudah mendapat kudis dan luka.
-Mudah mendapat ruam.
CL 6 Sinus
-Masalah hidung tersumbat / berhingus.
-Sakit di antara dua kening.
-Masalah pernafasan di bahagian hidung / hidung berbunyi.
-Masalah sakit di bahagian muka. Resdung / demam alergi pernafasan / selsema.
-Melicinkan kulit di bahagian hidung dan muka /rawatan white head atau black head.
-Pernafasan berbau / bernanah (lendir) di hidung.
-Saluran hidung yang bengkak / polip (polyps).
-Pernafasan melalui mulut kerana gangguan hidung.
-Kehilangan deria baru (hyposmia)
-Citarasa / makanan tidak berapa sedap.
CL 16 Reproductive
-Sistem peranan tidak teratur.
-Jangkitan saluran kencing.
-Kesakitan sebelum datang haid.
-Gangguan semasa putus haid.
-Kesakitan semasa datang haid.
-Kedatangan haid yang lambat.
-Kesuburan terganggu.
-Masalah keputihan.
-Bilangan sprema lelaki berkurang atau cair.
-Ramai anak lelaki atau perempuan sahaja.
-Mencegah kelahiran bayi cacat. -Lambat matang.
-Kekuatan atau sifat jantina tidak sempurna.
-Menopouse awal.
-Nafsu seks menurun.
-Mati pucuk (andropouse).
-Masalah ketiadaan zuriat (kemandulan)
CL 17 Alat Kelamin
-Produktiviti tidak teratur.
-Kemandulan / lemah tenaga batin / cepat ejakulasi(ejaculation) / mati pucuk.
-Lambat atau tidak boleh ejakulasi (ejaculation) /lemas ketika hubungan intim.
-Masalah ketegangan (erection) zakar / kerdut buah zakar yang rosak / cedera.
-Tempoh ketegangan (erection) zakar yang singkat.
-Kerosakan prostat
-Membuang air kencing sedikit-sedikit tetapi kerap.
-Rasa tidak tahan membuang air kencing.
-Bangun malam berkali-laki untuk kencing.
-Rasa macam tidak sabar untuk kencing.
-Terpaksa meneran kuat untuk kencing.
-Rasa seperti hendak kencing tetapi air kencing tidakmengalir. -Sakit pinggang / belakang ketika kencing (rasapinggang sepeti hendak tercabut ketika kencing).
-Kekurangan hormon / dingin seks.
-Buah zakar tidak turun.
-Hernia / burut (angin pasang).
-Kanak-kanak dan orang dewasa yang selalu kencing malam (tidak sedar terkencing ketika tidur).
Masalah tekanan perasaan atau tension (CL8) dengan kadar urik asid tinggi (CL15). Atau gangguan di bahagian penghadaman (CL12, CL13, CL14, CL15) dengan tekanan darah tinggi (CL7) atau tekanan darah rendah (CL8). Atau masalah kolestrol (CL12) atau gula (CL15) dengan mata (CL7). Atau masalah jaundis (CL12) dengan mata kekuningan (CL7) dan bibir pecah (CL7)

Masalah di bahagian penghadaman (Liver, Perut, Limpa CL12, Buah Pinggang CL13, Hempedu CL14, Pankreas CL15) telah banyak dapat dikhususkan kaitannya di bahagian kepala terutama melibatkan Pusat Kawalan Suhu (CL7) yang merangkumi mata, telinga dan mulut dan Medulla Oblongata (CL8).
Kolestrol yang berlebihan dan tidak dapat dicerna oleh Liver (CL12) dengan baik akan menyebabkan mata (CL7) menjadi kabur.
Protein yang berlebihan dan tidak dapat diproses untuk disingkirkan oleh Buah Pinggang (CL13) dengan baik akan menyebabkan mata menjadi silau.
Gula yang berlebihan yang tidak dapat dicerna oleh Pankeras (CL15) dengan baik akan menyebabkan mata kurang jelas atau seperti ada lapisan.
Kandungan urik asid yang tinggi dan tidak dapat diproses oleh Pankreas (CL15) dengan baik akan menyebabkan Medulla Oblongata (CL8) menjadi lemah dan menyebabkan seseorang mudah menjadi tertekan (perasaan) atau tension.
Kesimpulan yang jelas ialah, sebarang kelemahan yang kronik di bahagian penghadaman (atau organ berwarna kuning) akan menyebabkan mata dan muka menjadi kuning.
Cuba perhatikan simptom di bahagian penghadaman dengan bahagian kepala (CL7 dan CL8), apabila berlaku sesuatu kelemahan di satu bahagian, maka bahagian yang lain juga akan turut terjejas. Jadual di bawah ialah simptom di bahagian kepala dan pasangannya di bahagian penghadaman.
Bahagian KepalaOrgan Bawah
CL 7 Kawalan Suhu
-Demam.
-Suhu badan yang tinggi.
-Lidah pecah / bengkak.
-Bibir kering / pecah.
-Sakit semasa pertumbuhan gigi.
-Kekejangan.
-Telinga bernanah.
-Gegendang telinga pecah atau tercedera.
-Sakit telinga / gangguan pendengaran.
-Telinga bergema / pekak / bisu.
-Demam tiba-tiba.
-Tekanan darah tinggi / buta warna.
-Keseimbangan tubuh.
-Sakit mata.
-Berpeluh dan menggigil.
-Juling -Rabun Warna
CL 8 Medulla Oblongata
-Tekanan darah rendah.
-Kerungsingan / gelisah / resah / susah hati.
-Ketegangan / tekanan kerja.
-Selalu berdebar / gugup / kebimbangan.
-Panik / serba tak kena.
-Kerasukan.
-Kebas / berpeluh, loya / menggelatar / rasa hendak muntah
-Rasa terhoyong-hayang / rasa nak pitam.
-Sakit di belakang tengkuk dan bahu / silap bantal
CL 12 Liver, Perut, Limpa
-Ketakutan yang negatif.
-Penghadaman yang tidak teratur.
-Gastrik /sakit di ulu hati di bawah dada.
-Sakit perut / senak/
-Kesukaran menyerap / muntah-muntah.
-Berangin / kembong.
-Kekejangan perut / cepat kenyang.
-Pedih perut.
-Luka dalam perut.
-Tahap kolestrol tinggi.
-Sakit paru-paru / sakit seluruh dada.
-Sakit tulang rusuk & otot di luar dada.
-Kegagalan hati.
-Hepatitis A/B, Jaundice / sakit kuning.
-Gangguan limpa.
-Air kencing pekat.
-Najis berwarna pucat.
-Perut mengeras dan membesar. Biliary atresia.
-Sindrom reye (fungsi herper merosot)
-Stenosis piloric (saluran pertu mengecil) /kanak-kanak kerap muntah.
CL 13 Buah Pinggang
-Gangguan ginjal.
-Kencing tidak lawas / terhenti.
-Berlebihan / kekurangan air kencing.
-Sakit semasa air kencing / perencatan pundi kencing.
-Kewujudan benda asing dalam air kencing.
-Dahaga yang amat sangat.
-Sakit tulang belakang sampai bawah.
-Sakit bahagian bawah belakang.
-Sakit lutut / tangan kebas.
-Sakit urat peha / pangkal peha
-Gangguan pusingan darah ke jantung.
-Tidak boleh tidur atas tempat rata.
-Batu karang di ginjal.
-Fungsi melawan / merangsang pernafasan.
-Meningkatkan kecepatan koagulasi darah.
-Mengawal keletihan.
-Kesukaran tidur disebabkan stress.
-Glomerulonephritis (jangkitan kuman / saluran darah(glomeruli) dalam buah pinggang melecet dan menyebabkan kencing berdarah).
-Bengkak air di kaki.
-Sembab di muka.
-Kencing malam (tanpa sedar / terlewat sedar di ketika sedang tidur).
CL 14 Hempedu
-Keadaan kulit yang tidak sempurna.
-Jerawat / kudis.
-Kulit muka yang kemerah-merahan.
-Gatal-gatal pada kulit / ekzema (eczema).
-Kesan gigitan serangga.
-Ruam / bintik-bintik merah.
-Panau / kayap / kurap.
-Sakit di hempedu.
-Kolestrol tinggi.
-Bilirubin (kesan sakit kuning / jaundice).
-Cacar air.
-Campak.
-Hemangioma (tompok merak di kulit).
-Ketuat / kutil.
CL 15 Pankreas
-Ketidakseimbangan gula dalam badan.
-Lebihan gula dalam darah.
-Kurang gula dalam darah.
-Lemah / lesu / tidak bermaya seluruh tubuh.
-Bisul / luka / kudis yang susah pulih.
-Dahaga yang berlebihan.
-Lapar yang berlebihan.
-Perut buncit kerana terlalu banyak asid dan gula.
-Gastrik.
-Kekurangan berat badan / berat badan naik mendadak
Kesimpulan
1. Setiap pesakit disarankan agar mengambil rawatan secara berpasangan
2. Setiap rawatan berbeza untuk siang dan malam.

Keunikan ini ialah rahsia penyembuhan mantap dalam kejayaan Attitude Therapy merawat pelbagai penyakit.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

1 ulasan:

babylito berkata...

Satu post yang cukup panjang dan menarik. Teori rawatan secara berpasangan yang akan memberikan kesan yang pastinya lebih baik terhadap kesihatan.
Kupasan mengenai Masalah Darah (NW18) dan Pening Kepala (NW3) yg dikaitkan dengan simptom kanak-kanak yang degil, suka menipu dan mencuri patut diberi lebih perhatian kepada para ibu bapa. Ini kerana kelemahan bahagian ini disebabkan oleh darah yg tercemar oleh pengambilan makanan ringan,protein tepu, pewarna dan perasa tiruan secara berlebihan. Seperti yang kita sedia maklum era zaman moden ini begitu banyak makanan proses seperti nugget, daging burger dll. Begitu juga dengan lambakan pelbagai jenis restoran makanan segera yang pastinya menawarkan makanan protein tepu yg tinggi dan pelbagai perasa tiruan yang boleh mendatangkan mudarat. Dalam akhbar dan sisipan kesihatan telah banyak memperkatakan tentang bahaya makanan segera ini antaranya penyebab kanser dan kecelaruan sistem imun.
Namun apa yang lebih menakutkan ialah ia bakal menyebabkan kelahiran bayi-bayi yang tidak berkualiti di masa depan. Bayangkan dunia masa depan dipenuhi dengan manusia-manusia yang tiada beza akhlaknya dengan binatang. Tiada lagi kasih sayang, kasihan mengasihani sebaliknya penuh dengan dendam, dengki dan keduniaan semata.
Oleh itu CVT dengan konsep rawatan berpasangan diharapkan dapat membantu memiliki satu ummah yang berkualiti yang hidup dengan sihat jasmani dan rohaniah. Insyallah.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)