SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Ahad, 14 Oktober 2007

Warna Resonan Waktu

Dalam 24 jam sehari, atmosfera kita akan memancarkan lengkap tujuh warna. Perubahan warna dalam sehari ini dipengaruhi oleh putaran bumi dan penerimaan cahaya matahari. Perubahan warna yang berlaku sepanjang 24 jam mempengaruhi organ-organ yang resonan dengan warna tersebut. Namun begitu, terdapat sesuatu warna yang paling dominan untuk hari yang berbeza pada ulangan (The Law of Repetition) setiap tujuh hari (sila rujuk post bertajuk Warna Hari Resonan). Dalam bahasa yang paling mudah, dalam sehari terdapat lengkap 7 warna. Tetapi setiap hari, satu daripada warna tersebut akan dominan.

Apabila cahaya atau sinar merentasi atmosfera, dengan kelajuan yang sama (3 x 10 kuasa 8), maka ia perlu dipecah dan diserakkan supaya tetap sampai ke destinasi. Semakin tebal ruang atmosfera maka semakin kecil dan lemah gelombang cahaya yang dihasilkan. Rajah di bawah menunjukkan pecahan warna daripada sinar kepada 7 lapisan warna yang telah dinamakan dan dikenali. Tetapi di sini telah ditambah lagi 2 warna yang sebelum ini belum dikenali kerana tidak kelihatan iaitu sinar (putih) dan pink (peralihan sinar/putih ke violet). Maka jumlahnya ialah 9 warna.
Merujuk kepada rajah di atas, warna putih ialah satu titik sinar telah berpecah menjadi pink, seterusnya violet, indigo, biru, hijau, kuning, oren dan merah.

Sebenarnya untuk sesuatu warna terbentuk, ia telah melalui pecahan sebanyak beribu-ribu kali atau lebih 80,000 lapisan kesemuanya. Tetapi yang kelihatan cuma 7 warna yang dikenali daripada pemerhatian pelangi. Tubuh badan manusia resonan dengan warna yang dapat dilihat. Terdapat juga organ yang mempunyai gelombang yang menyamai dengan warna yang tidak dapat dilihat iaitu pink dan putih/sinar. Manakala terdapat sedikit gelombang infra red yang wujud sekali sekala di bawah sekali. Ia tidak dapat dilihat warnanya tetapi boleh dirasai kepanasannya. Daripada pecahan berlapis-lapis, maka wujudnya piramid warna seperti yang dapat dilihat seperti gambar di bawah.
Rajah di bawah menunjukkan warna yang terhasil apabila matahari berada di kedudukan yang berbeza. Gambar rajah ini diambil di bahagian kutub selatan (antarctic). Andaikan anda berdiri di Semenanjung Malaysia. Terdapat 9 kedudukan matahari yang berbeza yang memberi kesan warna yang berbeza terhadap tempat andaian anda berada. Semakin jauh cahaya matahari perlu merentasi ruang atmosfera, maka semakin besar serakkan cahaya. Akibatnya wujud perbezaan warna atmosfera akibat putaran bumi.
Ini ialah keadaan pada waktu tengah malam di mana matahari sama sekali tidak dapat memancarkan walau sebarang cahaya. Pada waktu ini berlaku kegelapan yang paling pekat. Dalam kegelapan ini hanya sinar yang berwarna putih yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar sahaja yang dapat merentasinya. Biasanya kegelapan ini berlaku pada pukul 12.00 malam hingga 1 pagi.
Dalam cahaya terang, sinar atau putih tidak kelihatan atau terganggu. Misalnya jika kita melihat bintang pada waktu malam di bawah lampu jalan, bintang tersebut tidak kelihatan. Tetapi pada waktu tengah malam di tempat yang tidak ada sebarang lampu, akan kelihatan banyak bintang di langit.
Pada waktu ini, otak kita perlu berada pada tahap gelombang yang paling rendah supaya dapat menerima sinar atau vibration warna putih ini secara semula jadi kerana sinar ini bergelombang amat rendah iaitu di bawah 20 nanometer. Otak kita hanya akan berada pada gelombang yang rendah atau delta apabila kita dapat tidur dengan lena. Tidur awal dengan lena pada waktu tengah malam akan menjadikan kelenjar Pineal CL1 dan kelenjar Pituitary CL2 dapat menerima sinar secara semula jadi. Mereka yang tidak dapat tidur pada waktu ini biasanya akan keletihan dan kelam kabut pada keesokan hari.
Warna pink akan terpancar sedikit apabila matahari bergerak sedikit dari tengah malam. Ketika itu ialah 1 jam selepas waktu sinar / putih. Biasanya atmosfera akan menjadi warna pink pada pukul 1.00 pagi ke 2.00 pagi.
Warna pink juga sebenarnya telah muncul kira-kira sejam sebelum tengah malam, tetapi ketika itu atmosfera masih didominasi oleh warna violet yang masih mengekalkan momentumnya.
Warna pink juga mempunyai gelombang yang sangat rendah iaitu pada sukatan 380 nanometer. Oleh itu, untuk mendapatkan gelombang ini, kita perlu tidur pada tahap lena atau gelombang otak mencapai Delta. Terdapat satu kawasan di bahagian otak yang mempunyai gelombang yang menyamai dengan warna pink iaitu Thalamus CL3. Mereka yang tidak dapat tidur lena, akan lemah di bahagian tersebut dan menyebabkan simptom seperti migrain atau pening kepala.
Selepas kira-kira 1 jam atau 2 per 3 malam atau selepas warna pink, akan muncul warna violet. Ia muncul pada kira-kira 2.00 pagi hingga ke 3.00 pagi.
Sebelum itu, warna violet telah muncul sebelum tengah malam iaitu antara 9.00 malam hingga ke 12 malam.
Bahagian otak yang sama dengan gelombang violet iaitu pada sukatan 412 nanometer ialah Hiperthalamus (CL4).
Untuk mendapatkan gelombang violet secara semula jadi. Seseorang perlu berjaga dan melakukan sesuatu perkara yang memerlukan fokus atau khusyuk. Lebih baik pada ketika ini dilakukan solat tahajjud pada waktu 2 per 3 malam atau tarawikh pada bulan ramadan.
Warna indigo muncul telah warna violet. Ia berlaku pada pukul 3.00 pagi hingga ke 6.00 pagi. Indigo ialah warna yang paling lama muncul di atmosfera.
Pada waktu malam, indigo akan muncul sebelum waktu violet iaitu antara pukul 7.30 malam ke 9.00 malam.
Terdapat beberapa organ yang mempunyai gelombang yang tergolong dalam warna indigo iaitu Kawalan Biotik CL5 (421 nanometer), Sinus CL6 (437 nanometer), Kawalan Suhu CL7 (444 nenometer) dan Medulla Oblongata CL8 (472 nanometer).
Terdapat dua jenis waktu indigo iaitu indigo malam dan indigo pagi. Pada waktu indigo malam (7.30 malam hingga 9.00), organ-organ indigo akan menghadamkan makanan bagi tujuan memperoleh tenaga kerana ketika itu otak akan mulai merendahkan gelombangnya. Sebaliknya pada waktu indigo pagi (3.00 pagi hingga 6.00 pagi), organ-organ indigo akan menghadamkan makanan bagi tujuan pembinaan tubuh yang sempurna. Semua makanan yang dimakan pada waktu indigo pagi akan dimanfaatkan secara maksimum.
Warna biru muncul setelah warna indigo. Ketika itu pada pukul 6.00 pagi hingga 7.00 pagi. Biasanya warna biru muncul sekali dalam sehari.
Sebenarnya warna biru juga muncul setelah waktu infra red iaitu selepas pukul 7.30 pagi. Tetapi akibat momentom kepanasan infra red, warna biru tidak begitu dominan.
Untuk mendapatkan gelombang biru secara semula jadi yang akan membantu mempertenagakan organ Thyroid CL9 yang mempunyai sukatan menyamai dengan warna biru iaitu 490 nanometer), kita tidak boleh tidur pada waktu selepas subuh. Mereka yang tidur pada waktu selepas tubuh akan lemah Tyriodnya. Akibatnya seseorang mudah kehausan sepanjang hari.
Warna hijau muncul setelah warna biru iaitu antara pukul 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pada waktu petang iaitu pada pukul 2.00 petang ke 5 petang, warna hijau juga akan mucul, tetapi akibat kepananan warna kuning, maka warna hijau tidak begitu dominan.
Untuk mendapatkan warna hijau secara semula jadi, seseorang tidak boleh tidur pada waktu pagi atau ketika waktu hijau muncul. Organ yang menyamai dengan gelombang warna hijau ialah Paru-paru CL10 (545 nenometer) dan Jantung CL11 (507 nanometer). Oleh itu, mereka yang tidur pada waktu pagi akan mudah mendapat simptom akibat kelemahan organ hijau seperti mudah sedih, mudah bosan, lelah, risau dan sebagainya.
Warna kuning ialah warna panas dan amat dominan sepanjang waktu siang. Ia muncul beberapa kali kecuali apabila waktu hijau pagi. Waktu kemunculan warna kuning ialah pada pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi serta pukul 11.00 pagi hingga 7.30 petang.
Organ yang menyamai dengan gelombang warna kuning ialah Perut, Hati, Limpa CL12 (555 nanometer), Buah pinggang CL13 (561 nanometer), Hempedu CL14 (559 nenometer) dan Pankreas CL15 (576 nanometer).
Organ kuning ialah organ penghadaman dan organ pemikiran. Pada waktu ini berfikir ialah aktiviti yang terbaik untuk dijalankan. Berfikir pada waktu pagi ialah pemikiran yang membawa ketenangan. Pada waktu malam, organ ini tidak aktif dan permikiran pada waktu malam tidak akan menemui jalan penyelesaian.
Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan yang terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, peka dan prihatin di samping membantu meringankan beban proses penghadaman. Ini kerana penghadaman hendaklah dengan kekuatan organ Indigo.
Warna oren muncul 2 kali setiap hari iaitu pada pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi dan 5.00 petang hingga 7.30 petang.
Pada waktu ini tidak digalakan tidur kerana ia akan menyebabkan tenaga batin (bagi tujuan seksual), alat kelamin / organ kencing NW17 dan Hormon Pembiakan NW16 menjadi lemah.
Terdapat dua jenis waktu oren iaitu oren pagi dan oren petang. Pada waktu oren pagi, kita digalakkan bekerja atau melakukan sesuatu aktiviti. Tetapi pada waktu oren petang, kita digalakkan berfikir kerana ia menghampiri waktu terminator yang boleh menyebabkan kecuaian.
Warna merah juga muncul sama seperti warna oren iaitu pada pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi dan 5.00 petang hingga 7.30 petang.
Organ yang mempunyai gelombang yang tergolong dalam warna merah ialah Darah dan Otot CL18 (730 nanometer) dan Usus CL19 (768 nanometer). Ketika atmosfera merah pada waktu pagi, amat digalakkan melakukan sesuatu pekerjaan kerana ia akan mempertenagakan darah, otot dan usus. Tetapi pada waktu merah petang, sebaiknya kita berehat dan berfikir kerana melakukan sesuatu aktiviti pada waktu petang akan menyebabkan tubuh merasa letih. Tubuh perlu dipersiapkan untuk merempuh waktu terminator yang besar iaitu ketika matahari sedang terbenam.
Selepas warna merah, akan muncul gelombang infra red iaitu gelombang yang menyamai dengan gelombang Tulang dan Saraf CL20 pada bacaan melebihi 780 nanometer. Warna ini hanya muncul pada pukul 7.00 petang hingga 7.30 petang iaitu ketika watu matahari sedang terbenam. Sebenarnya pada pukul 7.00 pagi hingga 7.30 pagi juga terdapat gelombang infra red, tetapi ia sejuk dan baik untuk mempertenagakan Tulang dan Saraf. Tetapi apabila terdedah kepada infra red yang panas iaitu pada pukul 7.00 petang hingga 7.30 petang, ia akan menjejaskan Tulang dan Saraf. Pada waktu ini, elakkan kanak-kanak bermain di luar rumah.

Kemunculan warna ini telah disukat dan diuji secara saintifik, tetapi waktu adalah rujukan anggaran. Rujukan tepat ialah dengan merujuk waktu solat atau peredaran matahari. Warna-warna tertentu yang sepatutnya muncul, telah terganggu dengan warna yang lebih panas. Warna sejuk ialah putih, pink, violet, indigo, biru dan hijau. Warna panas ialah kuning, oren dan merah. Terdapat pengecualian untuk warna hijau pada waktu pagi, mementum sejuk dari waktu pagi menyebabkan warna kuning tidak muncul ketika waktu hijau pagi.
Jadual di bawah menunjukkan waktu kemunculan sesuatu warna berdasarkan urutan jam.
12.00 malam hingga 1.00 pagiputih
1.00 pagi hingga 2.00 pagipink
2.00 pagi hingga 3.00 pagiviolet
3.00 pagi hingga 6.00 pagiindigo
6.00 pagi hingga 7.00 pagibiru
7.00 pagi hingga 7.30 pagihijau, kuning, oren, merah, infra red
7.30 pagi hingga 9.00 pagihijau muda
9.00 pagi hingga 11.00 pagihijau tua
11.00 pagi hingga 5.00 petangkuning
5.00 petang hingga 7.00 petangkuning, oren, merah
7.00 petang hingga 7.30 petangkuning, oren, merah, infra red
7.30 petang hingga 9.00 malamindigo
9.00 malam hingga 12.00 malamviolet


Jadual di bawah menunjukkan waktu kemunculan sesuatu warna berdasarkan urutan organ tubuh. Waktu ini juga ialah waktu aktiviti organ ini sedang berada dalam keadaan paling aktif atau menjalankan fungsinya secara optimum secara semula jadi.
NWORGANWAKTU RESONAN
1Pineal12.00 mlm - 1.00 pagi
2Pitutary12.00 mlm - 1.00 pagi
3Thalamus1.00 pagi - 2.00 pagi
4Hiperthalamus2.00 pagi - 3.00 pagi
5Kawalan biotik7.30 mlm - 9.00 mlm
3.00 pagi - 6.00 pagi
6Sinus7.30 mlm - 9.00 mlm
3.00 pagi - 6.00 pagi
7Kawalan suhu7.30 mlm - 9.00 mlm
3.00 pagi - 6.00 pagi
8Medulla Oblongata7.30 mlm - 9.00 mlm
3.00 pagi - 6.00 pagi
9Thyroid6.00 pagi - 7.00 pagi
10Paru-paru7.00 pagi - 9.00 pagi
11Jantung9.00 pagi - 11.00 pagi
12Perut, hati, limpa7.00 pagi - 7.30 pagi
11.00 pagi - 7.30 petang
13Buah pinggang7.00 pagi - 7.30 pagi
11.00 pagi - 7.30 petang
14Hempedu7.00 pagi - 7.30 pagi
11.00 pagi - 7.30 petang
15Pankreas7.00 pagi - 7.30 pagi
11.00 pagi - 7.30 petang
16Hormon, pembiakan7.00 pagi - 7.30 pagi
5.00 petang - 7.30 petang
17Alat kelamin7.00 pagi - 7.30 pagi
5.00 petang - 7.30 petang
18Darah, otot7.00 pagi - 7.30 pagi
5.00 petang - 7.30 petang
19Usus7.00 pagi - 7.30 pagi
5.00 petang - 7.30 petang
20Tulang, saraf7.00 pagi - 7.30 pagi
7.00 petang - 7.30 petang

Kemunculan warna tertentu pada waktu tertentu boleh dikesan dengan menggunakan pelbagai peralatan saintifik seperti spectrometer. Di bawah ialah gambarajah konsep spectrometer dan gambarajah salah satu daripada peralatan tersebut.

Gambar di bawah menunjukkan langit ketika waktu tengah malam. Dalam kegelapan hanya warna putih yang akan dapat merentasinya.
Gambar di bawah menunjukkan langit ketika atmosfera berwarna pink. Gambar ini diambil di kawasan kutub utara. Di sini setiap warna atmosfera dapat dilihat dengan jelas.
Gambar di bawah menunjukkan langit ketika waktu antara pukul 2.00 hingga 4.00 pagi atau 1 jam selepas waktu pink.
Gambar di bawah menunjukkan atmosfera berwarna indigo yang muncul selepas warna violet pada waktu awal pagi. Pada waktu tempatan ia akan muncul antara pukul 3.00 pagi hingga 6.00 pagi. Gambar ini diambil di sebuah perkampungan di selatan Jepun.
Gambar di bawah menunjukkan atmosfera berwarna indigo yang muncul selepas infra red iaitu antara pukul 8.00 malam ke 11.00 malam. Terdapat sedikit warna violet.
Gambar di bawah menunjukkan atmosfera Kuala Lumpur ketika waktu subuh iaitu antara pukul 6.00 pagi hingga 7.00 pagi. Ketika itu, atmosfera berwarna biru. Terdapat warna indigo yang masih kelihatan.
Gambar di bawah menunjukkan atmosfera Kuala Lumpur ketika waktu pagi antara pukul 9.00 pagi hingga 11.00 tengah hari. Atmosfera ketika ini sebenarnya sedang memancarkan warna hijau. Warna biru sebenarnya masih ada. Ketika ini atmosfera sudah mula ingin bertukar ke warna kuning.
Gambar di bawah menunjukkan atmosfera Kuala Lumpur ketika waktu selepas Zohor iaitu kira-kira pukul 1.00 tengah hari hingga waktu sebelum Asar iaitu kira pukul 4.00 petang. Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera.
Gambar di bawah menunjukkan atmosfera Kuala Lumpur ketika waktu petang antara selepas Asar hingga Maghrib iaitu antara pukul 5.00 petang hingga 7.30 petang. Ketika ini warna oren dan kuning mendominasi warna atmosfera. Warna merah pula sedang muncul.
Gambar atmosfera berwarna oren ini diambil di tepi pantai ketika waktu selepas asar.
Gambar di bawah menunjukkan atmosfera ketika waktu merah muncul iaitu kira-kira 30 minit sebelum Maghrib iaitu antara pukul 7.00 petang ke 7.30 petang.
Ketika ini juga infra red akan dipancarkan (dalam tempoh kurang 30 minit) seketika matahari mula terbenam.
Tempoh infra red berakhir ketika matahari tebenam sepenuhnya.
Infra red juga akan dipancarkan pada waktu pagi. Tetapi infra red waktu pagi adalah sejuk dan amat baik untuk tulang.
Waktu Resonan Organ
Setiap organ mempunyai warna tertentu. Oleh itu, ia amat dipengaruhi oleh warna yang merangsangnya. Organ yang menerima rangsangan akan aktif sepanjang rangsangan diterima. Waktu sesuatu organ ini menerima rangsangan ialah ketika atmosfera memancarkan vibration yang resonan dengan sesuatu organ.
Walaupun setiap hari kita menempuh waktu dan terdedah kepada atmosfera yang bertukar-tukar warnanya, namun kita tidak dapat resonan jika tidak melakukan amalan atau tindakan tertentu. Jadual di bawah menunjukkan waktu-waktu yang resonan dengan organ serta amalan dan tindakan yang perlu diambil setiap kali muncul waktu tersebut.
NWWAKTU RESONANTIDURMAKANFIKIRKERJA
112.00 mlm - 1.00 pagi
212.00 mlm - 1.00 pagi
31.00 pagi - 2.00 pagi
42.00 pagi - 3.00 pagi
57.30 mlm - 9.00 mlm
3.00 pagi - 6.00 pagi
67.30 mlm - 9.00 mlm
3.00 pagi - 6.00 pagi
77.30 mlm - 9.00 mlm
3.00 pagi - 6.00 pagi
87.30 mlm - 9.00 mlm
3.00 pagi - 6.00 pagi
96.00 pagi - 7.00 pagi
107.00 pagi - 9.00 pagi
119.00 pagi - 11.00 pagi
6.00 pagi - 11.00 pagi
1.00 petang - 3.00 petang
11.00 pagi - 1.00 petang
127.00 pagi - 7.30 pagi
11.00 pagi - 7.30 petang
137.00 pagi - 7.30 pagi
11.00 pagi - 7.30 petang
147.00 pagi - 7.30 pagi
11.00 pagi - 7.30 petang
157.00 pagi - 7.30 pagi
11.00 pagi - 7.30 petang
167.00 pagi - 7.30 pagi
5.00 petang - 7.30 petang
177.00 pagi - 7.30 pagi
5.00 petang - 7.30 petang
187.00 pagi - 7.30 pagi
5.00 petang - 7.30 petang
197.00 pagi - 7.30 pagi
5.00 petang - 7.30 petang
207.00 pagi - 7.30 pagi
7.00 petang - 7.30 petang
7.30 petang - 9.00 malam
9.00 malam - 11.00 malam
Daripada jadual di atas, tanda betul ialah amat digalakkan, tanda salah amat tidak digalakkan, manakala kotak yang dibiarkan kosong adalah bebas.

Waktu Terminator
Waktu terminator ialah istilah fizik bagi menunjukkan sempadan pertukaran gelombang atmosfera. Setiap kali muncul waktu terminator, caj elektromagnetik tubuh akan tercemar dan bocor atau merosot. Setiap kali tiba waktu terminator, kita perlu mendapatkan air untuk minum atau mandi atau membasuh beberapa bahagian organ yang terdedah kepada atmosfera untuk mendapatkan semula caj (ion positif atau elektron) elektromagnetik yang hilang. Kegagalan untuk mendapatkan air bagi tujuan membasuh atau mandi atau sekurang-kurangnya minum, akan menyebabkan berlaku kekeliruan akibat lemahnya Medulla Oblongata (CL8) mengawal tindakan luar kawal. Selain itu, hormon melatonin akan terencat dan manusia akan kehilangan semangat atau keletihan. Antara perkara yang biasa akan berlaku ialah kelalaian dan kemalangan. Terdapat 8 waktu terminator sepanjang 24 jam. 5 waktu diantaranya amat mudah dikenali melalui waktu solat orang Islam. Bermaksud 5 daripadanya telah dikenalpasti. Berikut ialah senarai waktu terminator yang lengkap bersadarkan peredaran matahari.
KEADAAN MATAHARIWAKTU (anggaran)
Terbit fajar6.00 pagi
Terbit matahari7.00 pagi
Tergelincir matahari1.00 tengah hari
Bayang-bayang sama panjang dengan objek4.30 petang
30 minit sebelum terbenam matahari7.00 petang - 7.30 petang
Terbenam fajar8.30 malam
Tengah malam12.00 malam
Dua per tiga malam2.00 pagi
Setiap waktu terminator berlangsung dalam sesuatu tempoh antara beberapa minit ke 30 minit. Waktu terminator pada waktu matahari terbenam atau waktu Maghrib adalah sangat panjang. Bermaksud kelalaian ketika itu amat tinggi. Pada waktu terminator, sebaik-baiknya diisi dengan membaca Al-Quran atau jangan keluar dari rumah.
Mudah-mudahan post ini dapat menerangkan penjelasan secara saintifik dan jawapan kenapa kita perlu mengambil wuduk dan bersolat 5 waktu sehari serta kenapa ada solat tertentu yang amat dituntut. Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat memberikan penjelasan saintifik tentang kebesaran rasulullah melalui amalan yang diajarkan kepada umat Islam.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 ulasan:

Tanya berkata...

Sangat bermanfaat maklumat ini. Jika dilihat ianya berkaitan dengan waktu di Malaysia yang tetap setiap masa. Boleh tak Dr beri pula penerangan bagi negara yang mengalami 4 musim yang berubah-ubah jangka masa pengeluaran warna (misalnya ada masa malam yang panjang dan ada masa siang lebih panjang). Adakah ini mempengaruhi karaktor manusia di tempat berlainan musim kerana pendedahan warna yang berubah-ubah berbanding pendedahan warna yang tetap seperti di Malaysia. Terima kasih Dr.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Jadual yang diberi diatas ialah angaran untuk waktu di malaysia atau ketika equinox munsim luruh dan musim bunga. Bagi negara yang mengalami solstice musim panas (siang panjang) dan musim sejuk (malam panjang), terdapat kaedah untuk menentukan anggaran waktu. Rujukan utama ialah waktu peralihan warna atmosfera atau dipanggil waktu terminator. 5 daripadanya mudah diketahui melalui waktu solat. Berdasarkan waktu terminator, waktu warna atmosfera dapat ditentukan melalui kaedah pembahagian waktu antara satu terminator ke terminator yang lain. Inysa Allah, saya perlu menulis keterangan mengenainya dalam post yang akan datang.

Di mana manusia berada, karektornya tetap akan dipengaruhi oleh waktu. Walaupun solstice musim sejuk di tengah-tengah kutub utara di mana ketika itu matahari tidak muncul (atau muncul untuk beberapa minit sehari). Tetapi tidak ada manusia yang ingin menetap di situ, mungkin sekadar musafir sebentar. Jika ada, ketika soltice musim sejuk penduduk di sana akan mengalami kesukaran menghadam makanan. Manakala ketika siltice musim panas (matahari tidak terbenam), penduduk di situ akan mengalami hilang fokus, kelesuan dan kekeliruan.

Tanya berkata...

Terima kasih Dr di atas kesudian untuk jawapan dan masa yang ingin diluangkan menulis mengenai warna 4 musim pada post yang akan datang. Moga ianya dapat membantu ramai yang menetap di luar negara. Ramai juga yang sebenarnya apabila berada di luar negara, mungkin ada kena mengenanya dengan perubahan warna yang mempengaruhi fokus pelajar.

Saya ingin bertanya mengenai perbandingan antara Malaysia dan negara 4 musim dari aspek karektor. Adakah pendapat Dr di Malaysia yang boleh dikatakan panas sepanjang tahun serta suka memakan makanan pedas,organ dalaman haiwan, tulang (termasuk tongkeng)dan kulit, maka faktor cuaca panas dan pemakanan ini menjadikan orang di Malaysia (khasnya yang makan makanan di atas) mempunyai kaitan dengan cara orang Malaysia berfikir. Malah di Malaysia amalan makan tomyam atau makanan mamak hingga tengah malam/pagi juga saya rasa mempunyai perkaitan. Terima kasih Dr.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)