SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 6 Oktober 2007

Berdengkur dan Kesihatan

Jantung dan paru-paru yang sihat akan memastikan saluran pernafasan berfungsi dengan baik. Tetapi gangguan pada rentak jantung akan mengakibatkan sistem pernafasan terganggu dan tidak berlaku isyarat timbal balik oleh saraf yang mengawal diafragma (saluran di bawah paru-paru) yang mengawal pernafasan. Akibatnya paru-paru seperti tidak bernafas. Tetapi masalah ini boleh diatasi ketika sedang sedar iaitu menarik dan menghembuskan nafas dengan sendiri. Tetapi ketika sedang tidur, saluran tersebut tidak dapat dikawal. Maka berlakulah dengkuran.

Berdengkur ialah masalah yang mempunyai hubungan rapat dengan Jantung CL11. Jantung menjaga karektor risau dan perasaan. Masalah risau, cemas dan perasaan yang tertekan (biasanya berkaitan dengan date line atau tuntutan sesuatu) akan mengakibatkan masalah pada jantung.

Perhatikan bayi anda, sekiranya dia berdengkur ketika tidur, bermakna dia sedang mengalami masalah rentak jantung.


Antara karektor yang dapat kita kenal pasti terhadap bayi atau kanak-kanak yang mengalami masalah jantung ialah dia suka meragam, tidak suka dengan orang lain (misalnya apabila orang lain minta dukung, dia tidak mahu). Ketika berumur 5 tahun, dia kerap menangis (selama berhari-hari) setiap kali ditinggalkan di Nurseri atau tadika. Dia mudah rasa bosan dan takut jika ditinggalkan keseorangan.
Semakin kuat bunyi dengkuran bermakna semakin kronik tahap kesihatan jantung.
Langkah mengatasi masalah tidur berdengkur

1. Tidur mengereng atas rusuk kanan akan menjadikan jantung bebas daripada tekanan. Oleh itu ia dapat berfungsi seperti biasa dengan lancar. Tidur secara terlentang akan mengakibatkan saluran pernafasan disekat oleh pangkal lidah. Akibatnya saluran pernafasan akan tersekat dan akan mengeluarkan bunyi ketika tidur.

2. Bersedialah sebelum tidur. Bebaskan diri daripada masalah kerja atau rasa risau. Tidur dalam keadaan berwuduk dan membaca doa adalah cara tidur yang akan memutuskan tanggungan pemikiran berkenaan urusan pekerjaan di dalam tidur.

3. Ubah posisi tidur jika menyedari masih berdengkur ketika tidur. Perkara ini perlu kerana cara tidur yang pertama masih tidak dapat mengatasi masalah rentak jantung. Mengubah posisi untuk sementara waktu akan menjadikan jantung berbabas dari sesuatu tekanan.

4. Air bersifat pembersih. Minum air sejuk berais sebelum tidur akan membantu membersihkan bebanan memori daripada dibawa ketika sedang tidur.

5. Tidur ditempat yang betul dengan cara berbaring mengiring akan menjadikan diri lebih bersedia ketika tidur dan bebas daripada menanggung bebanan kerisauan.

6. Tidur dalam keadaan duduk menegak pada waktu siang atau selepas makan amat digalakkan supaya makanan dapat dihadam dengan sempurna dan tidak membebankan jantung.

Sebenarnya masalah tidur berdengkur masih boleh dirawat. Rawatan akan ditumpukan lebih kepada bahagian Jantung CL11. Tetapi pemeriksaan perlu untuk mengenalpasti punca sebenar.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat masalah tidur berdengkur atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

5 ulasan:

babylito berkata...

Saya menerima email berkaitan "Sleep paralysis". Bagaimana dengan penjelasan CVT pula dan yang lebih penting apakah langkah mengatasi fenomena ini? Saya kira ramai yang pernah mengalami masalah ini.

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh
badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2
(hantu,makhluk hitam dan sebagainyer) .....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun
jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...
kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh
gerak....

aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer...
tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia.....
barula aku tau kebenaran dia....
ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama
medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh)yang temporary (sementara). ...temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido(hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang
nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia(tader muscle tone)......
ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular
activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun
auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan
jantung, bernafas etc.) jer
yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...
so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar
fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate
kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa
badan kita lumpuh seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar....tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari,
tp badan lain lumpuh etc....
dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali
dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory
(dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile
(deria sentuhan,terasa mender sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)

4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan...etc

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer,

tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt

contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Dalam CVT memang ada satu tajuk besar tentang tidur. Saya belum tulis mengenainya lagi, tetapi terdapat banyak saranan supaya tidur awal kerana kesimpulan kepada masalah tidur ialah hendaklan tidur awal selepas solat Isyak. Insya Allah saya akan menulis dengan mendalam mengenai tidur ini pada masa yang akan datang.

Baby_syahiran berkata...

Betulkah kanak-kanak yg tidur menonggeng (spt dlm keadaan sujud) mengikut org dulu2 banyak cacing dlm perut. Cuma sy terfikir, keadaan spt itu baik utk otak kerana otak dpt menerima oksigen,cuma cara tidur tu takde dlm sunnah,boleh Dr. xplain, tq.

MohdHafez.Net berkata...

Saya sendiri ada masalah tidur berdengkur ni, kadang-kadang malu juga bila kawan-kawan serumah menegur. Nampaknya lepas ni saya kenalah amalkan tips-tips yg Dr. berikan, tapi saya agak kurang selesa untuk minum air sejuk sebelum tidur. Apabila saya minum minuman berais, kerongkong akan mudah berkahak, mungkin Dr. ada cara untuk mengatasinya. Terima kasih.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Kesan pembongkaran daripada pengambilan ais telah diterangkan dalam beberapa post terutamanya yang bertajuk Kesan Tekanan Terhadap Kesihatan dan post bertajuk Tindak Balas Penyembuhan.

Saranan pengambilan ais adalah bagi mengaplikasikan Teori Tekanan. Antara teknologi yang terhasil daripada teori tersebut ialah kaedah rawatan Hidrotherapy Ice. Harap saudara Mohd Hafez gembira mentelaahnya dan semoga mendapat manfaat daripadanya.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)