SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 19 Jun 2007

Falsafah Hukum Keseimbangan

Falsafah Hukum Keseimbangan adalah ringkasan dan gambaran kepada keterangan keseluruhan ilmu dan kajian Hukum Keseimbangan. Hukum Keseimbangan adalah falsafah untuk menerangkan tentang tenaga yang boleh diaplikasikan untuk tujuan rawatan kesihatan, insya Allah.

Allah menjadikan alam ini bermula dengan satu titik berkembang secara berpasang-pasangan dengan pasangan yang seimbang. Pasangan-pasangan ini terus berkembang sehingga terciptanya alam yang luas termasuk kejadian manusia. Manusia ialah satu bentuk keseimbangan yang sempurna. Setiap kejadian mempunyai kadar ketetapan yang tertentu. Manusia ialah satu kejadian yang terjadi secara berpasang-pasangan dengan sempurna dan pada kadar yang tetap.


Dengan adanya keseimbangan, maka manusia dapat meneruskan kehidupan dan alam ini terus kekal wujud. Kecelakaan yang menimpa manusia dan bencana yang menimpa alam adalah berpunca daripada kegagalan untuk daya fikiran kita menguja tindakan yang akan mematuhi Hukum Keseimbangan. Maka Hukum Keseimbangan akan menyeimbangkan keadaan dengan penyakit, bencana dan kecelakaan.

Oleh itu, setiap yang kita perolehi atau perkara yang sedang dialami adalah kerana Hukum Keseimbangan telah dipatuhi. Jika kita sukakan sesuatu tetapi kita tidak perolehinya, sebenarnya ia memudaratkan kita. Jika kita bencikan sesuatu tetapi kita terpaksa memiliki dan melaluinya, sebenarnya ia bermanfaat bagi kita. Ketetapan setiap yang telah terjadi adalah kerana ia telah mematuhi Hukum Keseimbangan.

Alam sebenar yang diciptakan oleh Allah adalah kekal tetapi alam yang kita diami ini adalah ilusi yang tidak kekal. Adalah lebih tepat untuk mengatakan bahawa 'alam ilusi' ini adalah diri manusia itu sendiri kerana segala yang sedang dilihat sekarang adalah ilusi kita sendiri. Disebabkan alam ini satu ilusi, maka sebenarnya kitalah yang akan menyeimbangkannya melalui akal fikiran kita.
  • Setiap kejadian adalah seimbang, berkembang secara berpasang-pasangan dan pada kadar yang telah tetap.


  • Setiap yang kita lihat (atau rasa melalui panca indera) adalah diri kita sendiri.


  • Apa yang kita katakan tentang seseorang sebenarnya kita kata tentang diri kita sendiri.


  • Kita adalah alam (ilusi) dan alam (ilusi) adalah diri kita.


  • Apa yang kita alami atau perkara yang kita miliki adalah apa yang kita mahu.


  • Setiap yang kita lihat adalah apa yang kita bayangkan.


  • Alam adalah daripada kesempurnaan dan sebaik-baik kejadian; penyakit, bencana dan kecelakaan daripada diri kita sendiri.


  • Setiap pergerakan (kejadian dan perisitwa) terjadi kerana mematuhi Hukum Keseimbangan.

Ada kalanya kita suka akan sesuatu tetapi ia memudaratkan kita, ada kala kita membenci sesuatu tetapi ia memanfaatkan kita.


9 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Assalamu'alaikum,

Tn. Ariff,

Saya ada 2 soalan berkaitan dengan penyakit psikologi, saya percaya CVT mampu memberi rawatan kpd yg mengalami sakit ini.

1. Anak buah saya (skrg berumur lingkungan 20 thn ke atas)perlu mengambil ubat setiap hari utk berasa tenang dan terkawal. Dia pernah dimasukkan ke wad sakit jiwa, dan pernah menerima 'gencatan elektrik'(saya tak pasti apa 'terms' yg betul) di bahagian kepala.Sekiranya dia tk mengambil ubat tersebut, dia akan berkelakuan di luar kawalan, spt merapu2 dlm percakapannya, saya simpati dgn dia, yg sepatutnya mempunyai kehidupan di luar, ttp skrg hanya duduk di rumah. Sekiranya dia mengambil ubat, dia akan tidur dlm satu jangka masa yg panjang, dan sewaktu sedar, dia sgt kurang berkomunikasi, hanya buat kerja di dapur dan menjaga adik2nya. Dia seorg yg pendiam, dn kami tidak pernah tahu punca kenapa dia jadi mcm tu. Bgm caranya utk membantu beliau?

2. Seorang bdk 'lelaki lembut' berusaha utk berubah, masalah skrg, dia pernah membuat 'injection' dan mengambil pil hormon, slps lbh krg 2 tahun berhenti drp mengambil pil dan injection, perubahan fizikal masih ketara, dia mempunyai buah dada yg besar, dan tubuh badan yg kurus spt seorg perempuan. Dia hendak kembali normal,ttp keadaan fizikalnya membuatkn dia kurang keyakinan.Apakah cadanag Tn. dlm hal ini?

Saya ucapkan terima kasih kerana menyediakan blog yg penuh dgn maklumat ini.

Wassalam.


Baby_syahiran@Hasliza

babylito berkata...

Petikan berikut saya dapati dari artikel motivasi.

"Apabila sesuatu peristiwa perit berlaku, ia meninggalkan kesan dalam diri setiap yg terlibat. Kesan ini adalah TENAGA. Namun tenaga ini adalah tenaga emosi dan spiritual, jadi kita tidak sedar kerana ia wujud di alam metafizikal. Namun ia pasti wujud dan tersimpan dalam diri individu tersebut.Kekuatan trauma ini, seterusnya menular kuat kepada diri, minda dan fizikal seseorang. Akhirnya ia akan mengubah atau menambah kod didalam DNA seseorang. Seterusnya ia berpindah dan menjadi isu keturunan. Ia akan terus menular didalam DNA mereka dan mereka akan terus memikul beban ini tanpa mereka tahu yang ianya wujud dalam diri mereka."

Soalan saya, adakah penyakit boleh diwarisi? Apakah sesuatu trauma itu boleh berulang menurut hukum keseimbangan?

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Petikan daripada tesis Hukum Keseimbangan nih. Ya, penyakit itu boleh diwarisi. Ia disebut sebagai penyakit bawaan genetik. Namun ia boleh dirawat.

Trouma boleh berulang jika seseorang itu berada dalam ruang yang resonan dengan keadaan atau peristiwa trouma pertama itu terjadi.

Jika trouma itu pada peringkat emosi, ia akan menyebabkan gangguan emosi. Jika trouma itu pada peringkat fizikal, ia adalah kesan ketagihan seperti yang dialami oleh perokok, penagih dadah dan perogol. Jika trouma pada peringkat mental, biasanya akan menyebabkan kesan skizo dan histeria.

rinaahanaa berkata...

hukum keseimbangan adalah ringkasan dan gambaran.Allah s.w.t mencipta alam ini bermula dari satu titik berkembang secara pasangan dengan seimbang . pasangan itu terus berkembang sehingga terjadinya alam yang luas termasuk manusia.setiap kejadian mempunyai kadar ketetapan yang tertentu. manusia adalah kejadian secara berpasangngan dengan sempurna.disebabkan keseimbangan ini manu boleh meneruskan kehidupan dan juga alam ini akan terus hujud.
semua kejadian seimbang,berkembang secara berpasangan pada kadar yang tetap.setiap apayang kita lihat sebenarnya adalah diri kita sendiri .jikalau kita menganta seseorang bermakna kita mengata diri sendiri.setiap apa yang kita sendiri lihat adalah apa yang kita bayangkan didalam fikiran.alam adalah kesempurnaan dan sebaik2 kejadian . penyakit , bencana dan juga kecelakaan adalah datang dari kita sendiri.setiap peristiwa yang telah terjadi disebabkan mematuhi hukum keseimbangan.

babylito berkata...

Artikel ni walau pendek tetapi berulang kali saya baca tanpa jemu. Ada kebenaran tentang kehidupan yg disingkap melalui artikel ini. Semoga setiap artikel dlm blog ini akan menjadi panduan yg berguna bagi setiap pelawat yg telah melayari blog rawatan kesihatan ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam, dr arif.
Ini adalah kali pertama saya mengajukan pertanyaan di sini setelah mengikuti blog yang menarik ini buat sekian lama.

Menurut hukum keseimbangan, setiap apa yang kita alami adalah apa yang kita mahukan atau fikirkan.

Adakah apa yang orang lain fikirkan terhadap diri kita akan terjadi kepada diri kita?

Adakah pemikiran orang lain terhadap diri kita akan mempengaruhi tingkahlaku kita?

Dalam islam,doa ibu bapa adalah sangat mustajab.Adakah pemikiran ibubapa terhadap anaknya mempunyai pengaruh yg sangat besar dlm kehidupan anaknya?????????????????

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Wa'alaikum salam.

Bagi soalan pertama dan kedua, itu bukan Hukum Keseimbangan. Manusia tidak boleh mengubah hati manusia yang lain. Hasad dengki mungkin sampai malah mungkin boleh memudaratkan orang yang dihasad, tetapi perbuatan yang tidak baik akhirnya pasti akan kembali kepada penghasad itu semula (itulah Hukum Keseimbangannya).

Bagi soalan ketiga, doa yang baik daripada ibu bapa insya Allah mustajab.

Wallahurasullu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Salam,dr arif.

Jawapan kepada soalan no.3 adalah ya. Pemikiran ibubapa terhadap anaknya mempunyai pengaruh besar dlm kehidupan anaknya.

Semasa kecil anak sama sekali tidak tahu langsung mengenai perkara ini. perkara ini berubah apabila anak sudah membesar. sedikit demi sedikit.

Dirasakan macam ada benda yang tidak kena sahaja telah berlaku di dalam hidupnya.bertanya kepada diri sendiri kenapa aku jadi macam ini???? Aku sebenarnya tak nak jadi camni.

Anak cuba mencari jalan kenapa perkara ini boleh berlaku?secara spontan hati tergerak untuk pergi ke dua tempat iaitu CVT dan AFTL. Memang betul dan tepat sekali gerak hati anak.persoalan kenapa diri aku jadi camni semakin lama semakin terjawab.

Terdapat satu pengajaran penting di sini kepada semua ibu bapa di luar sana.Belajarlah mengawal pemikiran anda terhadap anak-anak. Jaga setiap perkataan yang diucap. Segala masalah dan susah payah berpunca daripada pemikiran yang negatif.

Saya akan emelkan kepada dr arif mengenai perkara ini.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

W'salam. Kepada anonymous yang pertama dan kedua. Fenomena yang dinyatakan adalah benar tetapi ia bukan dalam katagori Hukum Keseimbangan.

Hukum Keseimbangan ialah kedaan keserentakan dan timbal balik.

Sesuatu yang melibatkan "pengaruh minda" ia lebih kepada Prinsip Keabadian Tenaga. Tenaga minda dialirkan kepada seseorang. Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

Pemikiran melahirkan amal dan ilmu. Ilmu boleh dijadikan pengajaran dan amal boleh dijadikan ikutan. Pemikiran ibu bapa yang menunjolkan khudwah hasanah ialah ikutan kepada anak-anaknya.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)