SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 26 Oktober 2007

Asas Anatomy Tubuh Manusia

Kajian dan penemuan terhadap sistem anatomy tubuh manusia oleh Attitude Therapy tanpa perlu menolak ilmu biology adalah faktor utama yang menjadikan ikhtiar untuk merawat penyakit menjadi mudah dan memecah kebuntuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan kesihatan. Berbeza dengan rawatan klasik (allopathic medicine), mereka terpaksa menolak sebahagian teori dan fakta biology untuk memenuhi disiplin dan etika amalan farmasutikal. Akibatnya akan berlaku kecelaruan atau sukar untuk memahami bidang fisiology tubuh kerana setiap sel itu bernyawa, berfikir, mempunyai karektor dan mempunyai tenaga (yang diistilahkan dengan "masa"). Elemen ini (nyawa, fikir, karektor, tenaga) mempengaruhi keadaan kesihatan sel (tisu, organ, sistem, tubuh) itu sendiri. Oleh itu, ilmu biology hendaklah dengan mengambil kira semua elemen ini.

Tubuh Dari Perspektif Warna

Apabila sesuatu sel pada tubuh manusia disukat getarannya, bacaannya ialah di dalam julat antara 0 nanometer hingga ke 780 nanometer. Bacaan ini adalah menyamai dengan bacaan warna yang boleh dilihat (kecuali pink dan putih yang cuma boleh dikenalpasti melalui pigmen warna sahaja).

Warna terjadi daripada cahaya sinar (putih yang tidak kelihatan) yang memecahkan tenaganya secara pecahan berdua-dua (Hukum Kejadian Berdua-dua) hingga terjadi lapisan-lapisan warna tertentu. Sebenarnya terdapat berbilion-bilion warna yang boleh dilihat. Namun cuma 9 daripadanya yang diberikan nama yang asas manakala hanya 7 daripadanya yang kelihatan pada warna pelangi.

Eksperiment penghasilan warna melalui prisma kaca.

Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana warna dipecahkan secara berdua-dua.


Pecahan ini akan berterusan hingga akhirnya terbentuk segitiga warna boleh lihat seperti yang dapat dilihat dalam gambar di bawah (dengan mengabaikan bentuk bulatan yang dipecahkan).


Pecahan berbilion kali menghasilkan lapisan warna seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.


Gambar di bawah ialah rupa sebenar warna dari bacaan 400 nanometer hingga 800 nanometer.


Palette warna ialah ton gabungan 2 warna yang dikombinasikan dengan warna putih dan hitam. Dalam satu palet warna sahaja terdapat 2086 warna. Palette pula boleh wujud dalam jumlah beratus-ratus. Gambar di bawah menunjukkan 2 jenis palette.


Jika diambil kiraan keseluruhan warna yang boleh dihasilkan, terdapat lebih 58 bilion lapisan warna. Bermaksud jika julat tenaga sel manusia berada di dalam 0 nanometer (sinar, biasanya paling rendah ialah 300 nanometer) hingga 780 nanometer (lebih daripada 780 nenometer ialah gelombang infra red) terdapat lebih 58 bilion lapisan warna. Tetapi daripada jumlah tersebut, ia cuma dibahagikan kepada 20 lapisan sahaja.

Keserentakan Warna Dengan Tubuh

Tubuh badan manusia amat unik kejadiannya. Bermula dari hujung ubun-ubun hingga ke hujung kaki, organ tubuh manusia amat tersusun dengan sempurna. Tenaganya terbahagi dengan sama rata mengikut pecahan. Tenaga ini dapat dipadankan dengan organ dari saiz yang kecil hingga ke saiz yang besar.


Padanan ini menyamai dengan konsep kejadian warna. Rajah di bawah menunjukkan keserantakan getaran tenaga pada sel sesuatu organ dengan konsep kejadian warna.

Sila klik untuk besarkan gambar
*Untuk membesarkan gambar, sila klik di atas gambar ini, kemudian klik simbol yang muncul di bawah kanan pada gambar itu nanti

Apabila dipadankan dengan keseluruhan tubuh, maka sebenarnya tubuh mempunyai lapisan-lapisan warna yang sama dengan segitiga konsep kejadian warna. Setelah diuji, maka rumusan dan kebuntuan terhadap penyelesaian masalah penyakit dapat terungkai dan diselesaikan dengan mudah. Rajah di bawah menunjukkan segitiga konsep kejadian warna yang dipadankan dengan tubuh.


Kejadian organ manusia amat tersusun rapi dan teratur mengikut turutan pecahan tenaga. Jadual di bawah menunjukkan senarai organ yang serentak dengan konsep warna mulai dari saiz terkecil hingga ke saiz yang paling besar. Saiz ini juga padan dengan konsep kejadian warna mulai dari warna putih (sinar) hingga ke warna merah. Di sini juga ialah penjelasan mengenai kedudukan organ, fungsi dan keterangan mengenai simptom yang berkaitan dengannya.

*apabila anda melihat tanda (CL...), sila klik untuk link kepada keterangan formula bagi mendapatkan keterangan lanjut.
Kelenjar Pineal (CL1)
Panjang gelombang 0 - 100 nanometer menyamai vibration sinar atau warna putih. Terletak di bahagian atas sekali di dalam tubuh / ubun-ubun.
Antara peranan kelenjar pineal ialah merembeskan hormon melatonin (iaitu hormon yang telah dikenalpasti) dan beberapa hormon lain (yang masih dalam kajian dunia biology) yang bertindak sebagai pembawa isyarat elektrik untuk merangsang tenaga.
Antara perkara atau simptom yang berkaitan dengan kelebihan Kelenjar Pineal ialah; Kejutan kemalangan atau hentakan, program immunisasi, memulihkan semangat, meningkatkan keyakinan, delusi halunisasi, skizophernia, koma, kelesuan.
Kelenjar Pituitary (CL2)
Terletak di bawah sedikit daripada Kelenjar Pineal. Panjang gelombang antara 100 - 200 nanometer menyamai vibration sinar atau warna putih.
Antara perkara atau simptom yang berkaitan dengan kelebihan Kelenjar Pituitary ialah; Daya ingatan, kesegaran sel, awet muda, parkinson, gagap, epilepsi.
Thalamus (CL3)
Terletak di bahagian yang berwarna oren dalam gambar rajah di sebelah kanan. Panjang gelombang antara 200 - 380 nanometer. Menyamai vibration warna pink.
Simptom atau perkara berkaitan; Migrain, sakit kepala sebelah, kanak-kanak degil, sawan tangis, kanak-kanak menipu / mencuri, muntah / mabuk dalam perjalanan, kurang siuman, kerasukan.
Hypothalamus (CL4)
Bahagian ini terletak di bawah Thalamus. Panjang gelombang antara 381 - 412 nanometer menyamai vibration warna violet.
Berperanan menjaga tumpuan. Perkara atau simptom yang berkaitan; Tidur memerlukan tenaga daripada Thalamus, imsonia, nafsu makan, imbangan cecair dalam badan, cepat mengantuk, tumpuan ketika belajar, membantu kelancaran parasympathetic, kawal sifat terlalu takut / malu atau terlalu tidak ada rasa malu
Kawalan Biotik (CL5)
Satu bahagian di bawah Hypothalamus. Panjang gelombang antara 413 - 421 nanometer menyamai vibration warna indigo yang terang.
Berfungsi mengawal antibiotik secara semulajadi. Antara perkara atau symptom yang berkaitan; Memberi kekuatan kepada sel untuk mempertahankan diri, antibakteria, antioksidan, membantu probiotik, alahan, bengkak akibat sengatan, mudah kudis / luka / ruam, antivenom gigitan haiwan berbisa.
Sinus (CL6)
Kawasan rongga belakang hidung meliputi belakang pipi dan antara kening. Panjang gelombang antara 422 - 437 nanometer menyamai vibration warna indigo.
Antara perkara atau simptom yang berkaitan; Sinus, resdung, hidung tersumbat, polip, kehilangan deria baru (hyposmia) berhingus, sakit antara dua kening, white head / black head, nafas berbunyi (bukan berdengkur), citarasa makanan tidak sedap.
Hidung ialah organ reflektif dengan jantung. Gangguan pada struktur atau perubahan warna dan suhu pada hidung perlu dirawat melalui Jantung (NW11)
Kawalan suhu (CL7)
Kawasan yang meliputi telinga, rahang, mulut dan saraf / soket mata (kecuali mata). Panjang gelombang antara 438 - 444 nanometer yang menyamai vibration warna indigo.
Perkara atau simptom berkaitan kawasan kawalan suhu; mudah demam, kekejangan, tekanan darah tinggi, mata juling, mata kering, demam menggigil, buta warna.
Telinga (CL7)
Kawasan telinga (kecuali cuping telinga), saluran, Eustachian tube (saluran yang menyambungkan telinga ke hidung dan tekak untuk mengawal tekanan dalam telinga). Lemah di kawasan kawalan suhu menyebabkan gangguan pendengaran seperti gegendang telinga pecah, telinga berdanah, berdengung.
Mulut (CL7)
Bahagian mulut termasuk lidah, bibir, gusi, gigi (kecuali kelenjar liur). Tanda kawalan suhu terjejas dapat dilihat daripada kesan lidah gatal, bibir luka / pecah, (kecuali gusi berdarah yang sebenarnya berkaitan dengan Tyroid dan Parotid Gland CL9).

Medulla Oblongata (CL8)
Terletak di bahagain belakang otak seperti yang ditunjukkan dalam rajah di sebelah kanan, terdiri daripada serebrum dan serebelum. Panjang gelombang antara 445 - 472 nanometer atau menyamai warna indigo gelap.
Perkara atau simptom berkaitan; Tekanan darah rendah, depresion, tekanan perasaan, tekanan kerja, sakit belakang tengkuk / bahu (biasa disebut sebagai "silap bantal"). Berkaitan dengan urik asid tinggi yang dikawal oleh Pankreas (CL15)
Tyroid (CL9)
Terletak di bahagian leher. Panjang gelombang antara 473 - 490 nanometer. Menyamai vibration warna biru.
Perkara atau simptom yang berkaitan; metabolisma tidak teratur, gangguan suara, tubuh kecil, gusi berdarah, hipotyroid, rubella (kelenjar limpa leher membengkak), nafas berbau, sakit ketika menelan.
Kelenjar liur (parotid gland) termasuk dalam frequency CL9 walaupun kedudukan di mulut. Masalah rangsangan air liur yang kurang ialah tanda lemah Tyriod. Bengkak dan sakit di kawasan ini akibat saluran tersumbat disebabkan daripada vitamin A berlebihan. Tetapi masalah air liur berlebihan disebabkan oleh masalah kekurangan oksigen yang berkaitan dengan Paru-paru.
Paru-paru (CL10)
Terletak di bahagian dada. Panjang gelombang antara 508 - 545 nanometer. Menyamai vibration warna hijau. Kaitan yang rapat dengan Tyroid (CL9) dan kawasan liputan di bahagian hijau yang luas menyebabkan Attitude Therapy memutuskan untuk melabelkan Paru-paru sebagai CL10 dan Jantung CL11.
Perkara atau simptom berkaitan; Asma, batuk, pneumonia / tubercolosis / bronchitis, ludah (mocopurulent bronchitis), MB 5 / TB 6, barah buah dada, gangguan kesihatan ketika di tanah tinggi, alahan kulit, alahan hama.
Jantung (CL11)
Panjang gelombang antara 491 - 507 nanometer, menyamai vibration warna hijau kuat.
Dilebelkan selepas Paru-paru dengan CL11 walaupun kedudukannya frequencynya ialah lebih atas daripada Paru-paru kerana ia hampir dengan masalah berkaitan dengan Liver (CL12).
Perkara atau simptom yang berkaitan; Sakit jantung / jantung berlubang / koronari(coronary), sesak nafas serentak dengan berpeluh dan pening, tersedak ketika makan / ketika ketawa / terkejut, kekurangan oksigen dalam jantung (angina pactoris), mengawal kadar kontraksi jantung (denyutan jantung).
Tanda serangan jantung peringkat awal ialah sakit di lengan dan bahu, sakit sebelah sisi rusuk, pada peringkat akhir sakit di bahu hingga keseluruhan badan dan di tengah dada.
Liver (CL12)
Istilah liver bagi mengelakkan istilah "Hati" yang lebih kepada spiritual. Panjang gelombang antara 546 - 555 nanometer yang menyamai warna kuning. Teletak di belakang bawah Paru-paru.
Perkara atau simptom yang berkaitan; pedih di bawah dada, ketat perut, Gastrik, jaundice, hepatetis, kolestrol, deposit lemak, perut busung, biliary atresia, mata rabun, najis pucat, sakit belakang.
Perut (CL12)
Terletak di bawah paru-paru, sama frequensi dengan liver. Oleh itu, simptom pada bahagian perut biasanya serentak dengan liver.
Perkara atau simptom yang berkaitan; Stenosis piloric (saluran perut mengecil) /kanak-kanak kerap muntah, sakit perut / senak, ulser, sindrom reye (fungsi herper merosot)
Limpa (CL12)
Terletak di sebelah kanan perut yang dilindungi oleh tulang rusuk kiri. Frequency menyamai dengan liver dan perut, tetapi simptom biasanya tidak berlaku serentak dengan masalah limpa dan perut.
Perkara atau simptom yang berkaitan dengan liver dan sistemnya biasanya mengelirukan pengamal perubatan klasik (allopathic medicine). Kerana ia menyamai simptom gout, tetapi apabila diuji kadar urik asik rendah. Sesuatu kebengkakan yang keras digelar limphoma dan dirawat seperti rawatan kanser sedangkan rawatan seperti kimo dan pembedahan adalah tidak perlu.
Kebengkakan kelenjar terjadi apabila limpa menjadi lemah hingga menjejaskan aliran cecair limpa. Akibatnya kebengkakan ini menjadi membesar, keras dan menyakitkan.
Pengambilan vitamin A berlebihan yang sumbernya daripada sayuran antara faktor utama punca penyakit melibatkan limpa.
Karektor yang berkaitan dengan limpa ialah rasa teraniaya atau memendam sesuatu dalam keadaan tidak redha. Kebolehan mengawal perasaan ini melalui kaedah Behavior Therapy dapat membantu merawat masalah berkaitan dengan limpa.





Buah Pinggang (CL13)
Panjang gelombang antara 556 - 561 nanometer, menyamai vibration warna kuning. Terletak di bawah belakang paru-paru dan dilindungi oleh tulang rusuk belakang.
Buah pinggang berfungsi untuk mengasingkan bahan dalam darah untuk dinyahkan dan untuk digunakan semula. Oleh itu, buah pinggang bukan berfungsi seperti penapis. Bahan makanan yang dicernakan akan ditukar dalam bentuk protein dan ia akan disingkirkan. Kandungan protein berlebihan akan menyebabkan buah pinggang terbeban dan melemahkannya.
Adrenal berfungsi merembeskan hormon adrenalin yang bertindak sebagai pembawa isyarat elektrik untuk menjaga kecemasan. Rembesan ini akan menjadi banyak ketika berlaku kecemasan, ketawa dan ketika sedang melakukan hubungan seks. Ketawa berlebihan dan melalukan onani (masturbation) akan melemahkan adrenal yang tenaganya dikongsi bersama dengan buah pinggang. Oleh itu, buah pinggang juga akan turut terjejas.
Attitude Therapy menyangkal ketawa (Lough Therapy) itu sebagai sebuah therapy.
Perkara atau simptom yang berkaitan; Masalah berkaitan kencing seperti kencing tidak lawas, kerap kencing tetapi kencing sedikit, tidak tahan untuk membuang air kecil, kencing berwarna coklat (kencing bercampur darah), batu karang, sakit urat peha



Hempedu (CL14)
Terletak di bawah Liver dan saluran duodenum di sebelah Pankreas. Panjang gelombang antara 562 - 559 nanometer menyamai vibrarion warna kuning.
Perkara atau simptom berkaitan hempedu; Bilirubin (kesan sakit kuning / jaundice, kolestrol tinggi, batu hempedu, saluran hempedu (bile duck) tersumbat.



Kulit (CL14)
Sama Panjang gelombang dengan hempedu.
Perkara atau simptom berkaitan; -Keadaan kulit yang tidak sempurna.
-Jerawat / kudis.
-Kulit muka yang kemerah-merahan.
-Gatal-gatal pada kulit / ekzema (eczema).
-Kesan gigitan serangga.
-Ruam / bintik-bintik merah.
-Panau / kayap / kurap.
-Cacar air.
-Campak.
-Hemangioma (tompok merak di kulit).
-Ketuat / kutil.
Pankreas (CL15)
Panjang gelombang antara 560 - 575 nanometer, menyamai vibration warna kuning.
Fungsi utama ialah merembeskan hormon untuk memproses dan meneutralkan makanan bersifat asid. Gula (karbohidrat) juga termasuk sejenis asid.
Perkara atau simptom yang berkaitan;
-Ketidakseimbangan gula dalam badan.
-Lebihan gula dalam darah.
-Kurang gula dalam darah.
-Lemah / lesu / tidak bermaya seluruh tubuh.
-Bisul / luka / kudis yang susah pulih.
-Dahaga yang berlebihan.
-Lapar yang berlebihan.
-Perut buncit kerana terlalu banyak asid dan gula.
-Gastrik.
-Kekurangan berat badan / berat badan naik mendadak.

Testis (CL16)
Panjang gelombang antara 576 - 601 nanometer menyamai warna oren.
Peranan utama ialah merembeskan hormon testosterone dan menghasilkan sperm.
Perkara atau simptom yang berkaitan;
-Sistem peranakan tidak teratur.
-Jangkitan saluran kencing.
-Kesuburan terganggu.
-Masalah keputihan.
-Bilangan sprema lelaki berkurang atau cair.
-Ramai anak lelaki atau perempuan sahaja.
-Mencegah kelahiran bayi cacat.
-Lambat matang.
-Kekuatan atau sifat jantina tidak sempurna.
-Nafsu seks menurun.
-Mati pucuk (andropouse).
-Masalah ketiadaan zuriat (kemandulan)
-Kebosanan, panas baran, heavy smoker
Ovari (CL16)
Panjang gelombang yang sama dengan testis. Bagi wanita, ia merangkumi ovari, tube fallopian, rahim (uterus) dan cervix.
Perkara atau simptom yang berkaitan;
-Sistem peranakan tidak teratur.
-Jangkitan saluran kencing.
-Kesakitan sebelum datang haid.
-Gangguan semasa putus haid.
-Kesakitan semasa datang haid.
-Kedatangan haid yang lambat.
-Kesuburan terganggu.
-Masalah keputihan.
-Ramai anak lelaki atau perempuan sahaja.
-Mencegah kelahiran bayi cacat.
-Lambat matang.
-Kekuatan atau sifat jantina tidak sempurna.
-Menopouse awal.
-Nafsu seks menurun.
-Masalah ketiadaan zuriat (kemandulan)
Alat Kelamin Kelaki (CL17)
Panjang gelombang antara 602 - 666 nanometer, menyamai warna oren gelap. Ini ialah bahagian yang merangkumi pundi kencing, kelenjar prostat, saluran urethra (saluran kencing) dan zakar.
Perkara atau simptom yang berkaitan;
-Produktiviti tidak teratur.
-Kemandulan / lemah tenaga batin / cepat ejakulasi(ejaculation) / mati pucuk.
-Lambat atau tidak boleh ejakulasi (ejaculation) /lemas ketika hubungan intim.
-Masalah ketegangan (erection) zakar / kerdut buah zakar yang rosak / cedera.
-Tempoh ketegangan (erection) zakar yang singkat.
-Kerosakan prostat
-Membuang air kencing sedikit-sedikit tetapi kerap.
-Rasa tidak tahan membuang air kencing.
-Bangun malam berkali-laki untuk kencing.
-Rasa macam tidak sabar untuk kencing.
-Terpaksa meneran kuat untuk kencing.
-Rasa seperti hendak kencing tetapi air kencing tidak mengalir.
-Sakit pinggang / belakang ketika kencing (rasa pinggang sepeti hendak tercabut ketika kencing).
-Dingin seks.
-Buah zakar tidak turun.
-Hernia / burut (angin pasang).
-Kanak-kanak dan orang dewasa yang selalu kencing malam (tidak sedar terkencing ketika tidur).







Alat Kelamin Wanita (CL17)
Panjang gelombang menyamai alat kelamin lelaki. Bagi wanita ia terdiri daripada pundi kencing, urethra, pangkal rahim (vagina, vulva, clitoris).
Perkara atau simptom yang berkaitan;
-Produktiviti tidak teratur.
-Kemandulan / lemah tenaga batin / cepat ejakulasi(ejaculation), lambat atau tidak boleh ejakulasi (ejaculation) /lemas ketika hubungan intim.
-Membuang air kencing sedikit-sedikit tetapi kerap.
-Rasa tidak tahan membuang air kecil.
-Bangun malam berkali-laki untuk kencing.
-Rasa macam tidak sabar untuk kencing.
-Terpaksa meneran kuat untuk kencing.
-Rasa seperti hendak kencing tetapi air kencing tidak mengalir.
-Sakit pinggang / belakang ketika kencing (rasa pinggang sepeti hendak tercabut ketika kencing).
-Kekurangan hormon / dingin seks.
-Kanak-kanak dan orang dewasa yang selalu kencing malam (tidak sedar terkencing ketika tidur).
Otot (CL18)
Organ ini merangkumi ke seluruh tubuh.
Panjang gelombang antara 667 - 730 nanometer, menyamai vibration warna merah.
Perkara atau simptom berkaitan biasanya sama seperti dengan simptom darah.
Darah (CL18)
Panjang gelombang menyamai otot.
Perkara atau simptom berkaitan;
-Berlebihan / kekurangan hemoglobin / anemia.
-Tekanan darah tinggi / rendah / tidak normal.
-Kepekatan darah tidak normal. (Hipercalsemia /Hipocalsemia).
-Darah tersekat / lemah / bahagian tengkuk.
-Lebam / berdarah / purpura (ecchymosis).
-Urat saraf betis membengkak
-Leukemia (kanser darah)
-Pendarahan dalaman / keadaan mudah berdarah.
-Semua penyakit tentang darah.
-Pendarahan / kekurangan enzim G6PD.
-Hemophilia (masalah pembekuan darah).
Usus (CL19)
Panjang gelombang antara 731 - 768 nanometer, menyamai vibration warna merah.
Usus ialah salah satu organ reflektif yang mempunyai kesan refleks terhadap organ yang lain. Oleh itu, untuk merawat urus, biasanya perlu kepada kombinasi rawatan untuk organ yang lain. Kawasan meliputi
-Usus besar
-Usus kecil
-Anus / Dubur (rectum)
-Apendiks (appendix)
Perkara atau simptom yang berkaitan;
-Sembelit.
-Masalah usus besar / usus jatuh. -Cirit-birit / masalah makan.
-Sistem usus tidak teratur / usus sensitif.
-Kekejangan.
-Banyak gas dalam usus.
-Pendarahan semasa buang air besar.
-Buasir.
-Sakit belakang kepala bahagian kanan.
-Apendiks (appendix).
-Cacing / muntah cacing / gatal di dubur.
-Hernia pusat.
-Usus tersumbat (kanak-kanak)
-Jangkitan tali pusat.
-Keracunan (bayi).
-Tekak loya atau termuntah setelah bersenam atau setelah melakukan kerja berat (berstamina).


Tulang (CL20)
Panjang gelombang antara 677- 780 nanometer, menyamai warna merah hati.
Perkara atau simptom berkaitan;
-Kesakitan fizikal.
-Radang sendi.
-Sakit tulang belakang yang meningkat.
-Masalah reput tulang / osteoporosis.
-Tulang patah.
-Tulang terkeluar / terkehel.
-Ligamen otot cedera.
-Gaut / pirai / kejang / sakit mencucuk tulang tumit.
-Meningkatkan tahap kalsium (tahap estrogen).
-Leukemia.
Saraf (CL20)
Panjang gelombang menyamai tulang.
Perkara atau simptom berkaitan biasanya sama dengan tulang;
-Penahan sakit.
-Meningitis (serangan kuman di selaput otak).
-Parkinson

Keunikan Organ Reflektif

Terdapat sesuatu organ yang dari segi fizikalnya nampak satu tetapi terdapat banyak refleks daripada organ tersebut ke bahagian organ-organ yang lain. Organ ini merupakan sesuatu panca indera seperti mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. Organ panca indera (biasa dikenali sebagai organ deria) atau organ reflektif ini mempunyai sukatan getaran yang berbeza bagi setiap bahagian. Terdapat juga organ bukan deria yang bersifat reflektif iaitu Usus. Selain itu, terdapat organ bersifat reflektif terhadap pemikiran EQ dan karektor seperti Liver. Untuk merawatnya pula memerlukan formula yang berbeza bergantung kepada keadaan penyakit (maksudnya bukan rawat terus organ reflektif tersebut). Misalnya mata, rabun CL12, kabur CL14, katarak CL15, eye bag CL13, mata kering CL7, gatal CL5, rabun warna CL7. Keunikan ini akan dibincangkan dalam secara lebih mendalam di dalam post lanjutan sistem anatomi reflektif sympatethic.

Anggota Tubuh

Terdapat beberapa bahagian yang tidak termasuk dalam kumpulan atau senarai level organ yang dipadankan dengan getaran warna. Bahagian ini sebenarnya berperanan sebagai anggota. Antara anggota tubuh ialah tangan dan kaki. Di bahagian anggota, terdapat sel yang telah memegang sesuatu getaran. Di bahagian kepala, walaupun dikatakan Kelenjar Pineal sebagai organ yang teratas sekali, tetapi diatasnya terdapat ketulan saraf (neuron yang memegang getaran CL20 atau merah hati) dan tulang tengkorak (yang memegang getaran CL20 atau merah hati) yang diliputi oleh kulit kepala dan rambut (yang memegang getaran CL14 atau kuning). Oleh itu, anda akan dapati segitiga warna ini terhad dan tidak meliputi bahagian kaki. Di bahagian kaki pula, terdapat darah dan otot (CL18), tulang dan saraf (CL20), sistem limpatik (CL12), kulit (CL14). Kecederaan di kawasan anggota hendaklah merujuk kepada level warna yang lemah yang kehilangan tenaga.

Keserentakan Simptom Dalam Satu Level Warna
Apabila sesuatu warna pada sesuatu level mengalami sesuatu gangguan atau lemah, maka biasanya akan muncul beberapa salah satu atau lebih simptom-sipmtom yang berkaitan di level tersebut. Misalnya bagi mereka yang mengalami masalah lemah di bahagian level CL12 (Liver, Perut, Limpa) biasanya akan muncul simptom kulit kekuningan dan sakit belakang dan najis pucat dan gastrik secara serentak (atau mana-mana salah satu gabungan daripada senarai simptom yang berkaitan).
Gambar di atas menunjukkan level warna yang melingkari perut CL12
Contoh bagi mereka yang lemah di bahagian CL7 (Kawalan suhu biasanya akan mengalami simptom-simptom seperti telinga berdesing (rasa seperti orang kipas sekali sekala), bibir pecah, mata kering secara serentak mana-mana salah satu atau kesemuanya.
Gambar di atas menunjukkan level warna yang melingkari Kawalan Suhu CL7

Simpatethic dan Parasympatethic
Ini ialah cabang ilmu mengenai saraf yang telah diabaikan oleh rawatan klasik (allopathic medicine) ketika ini sedangkan ia masih relevan dan membantu menyelesaikan banyak masalah berkaitan kesihatan. Satu post khas mengenainya telah saya tulis dalam blog ini bertajuk Ringkasan Sympathetic dan Parasympathetic Tulang Belakang.

Penemuan ini telah membantu menyelesaikan banyak masalah dan kebuntuan terhadap ikhtiar merawat pelbagai penyakit terutama penyakit kronik atau yang telah dihidap sejak sekian lama. Selain itu, kekeliruan terhadap sesuatu masalah penyakit dan puncanya dapat dijelaskan dengan mudah.

Penemuan ini juga telah membantu dalam ikhtiar untuk merawat sebarang jenis penyakit kerana getaran warna (yang resonan) sahaja yang dapat menembusi hingga ke peringkat spiritual atau bahagian otak. Oleh itu, penyakit seperti schizophrenia, halusinasi, hysteria, imsonia dan sebagainya dapat dirawat hanya dengan mempertenagakan bahagian level yang berperanan mengawal penyakit tersebut.

Post ini mudah-mudahan dapat memberikan pendedahan saintifik tentang kaitan warna dengan rawatan, hingga wujudnya kaedah perubatan alternatif yang dinamakan Attitude Therapy (Terapi Sikap) dan dapat menyangkal fahaman serong (atau ketaksuban) sesetengah pihak yang mengaitkan kemujaraban sesuatu ubat itu dengan amalan atau kepercayaan tahyul (bercanggah dengan ajaran Islam) dan sebagainya.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

9 ulasan:

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Alhamdulillah akhirnya publish juga post ini yang memakan masa seminggu untuk disiapkan.

Post ini ditulis bagi menjawab pertanyaan beberapa orang pembaca.

Namun, terdapat beberapa pecahan lagi yang perlu dijelaskan dalam bentuk tajuk post yang baru seperti organ reflektif, keseimbangan level warna dan hubungannya dengan karektor serta personaliti.

Komen yang bernas amat dialu-alukan supaya penjelasan lanjut dapat didedahkan. Terima kasih.

Tanya berkata...

Terima kasih di atas penerangan. Saya masih bersabar menunggu perkaitan setiap organ dengan penerangan bagaimana boleh terzahir karektor. Bagus juga jika di sebelah jadual anatomi NW itu di sertakan penerangan karektor dan bagaimana boleh terhasil sebegitu.

Saya kagum akan usaha Dr. Wasalam

putra berkata...

Smekom...
Diantara banyak post Dr Ariff.. Post ini paling menarik minat saya "Terima Kasih". saya nak tanya tentang waktu pengambilan formula ..boleh kah kita guna cara berselang seli contoh NW 2 dgn NW 20... mula2 kita mkn NW 2,30 minit kemudian makan NW 20 dan seterusnya... Terima Kasih

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Dari segi tujuan manfaat rawatan, sebenarnya pengambilan formula berlainan frekuensi dalam tempoh waktu yang singkat adalah tidak sesuai.

Sesuatu formula (dalam fasa II) akan memberi kesan momentom antara sejam ke 3 jam. Untuk mendapatkan manfaat rawatan formula yang bertama diambil, pengambilan formula seterusnya hendaklah setelah 3 jam atau setelah berlaku perubahan ketara waktu atmosfera. Biasanya perubahan antara siang dan malam. Maksudnya siang ambil formula lain, malam ambil formula lain pula walaupun selang tempoh masanya tidak sampai 3 jam.

Sila rujuk post bertajuk Cara Pengambilan Formula yang telah ditulis dalam blog ini.

Saudara putra, terima kasih kerana melawat dan membaca blog ini.

babylito berkata...

Adrenal berfungsi merembeskan hormon adrenalin yang bertindak sebagai pembawa isyarat elektrik untuk menjaga kecemasan. Rembesan ini akan menjadi banyak ketika berlaku kecemasan, ketawa dan ketika sedang melakukan hubungan seks. Ketawa berlebihan dan melalukan onani (masturbation) akan melemahkan adrenal yang tenaganya dikongsi bersama dengan buah pinggang. Oleh itu, buah pinggang juga akan turut terjejas.

Colour Vibration Therapy menyangkal ketawa (Lough Therapy) itu sebagai sebuah therapy.

Tetapi ini adalah
Satu Kajian yg dijalankan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California. Dalam kajian , 2 kumpulan org dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.Kumpulan pertama dipertontonkan dengan cerita lucu dan kumpulan kedua diletakkan dalam bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian itu. Kumpulan pertama didapati peningkatan hormon endorphins dan neurotransmitters dan penurunan tahap hormon stress kortisol dan adrenaline. Kesimpulan mereka, jika ketawa sel pembunuh tumor dan virus semulajadi akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma inteferon (protein melawan penyakit), Sel T dan Sel B.

Bagaimana kajian sains dapat menghasilkan keputusan sedemikian yang tampak begitu meyakinkan?

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Eksperimen ini benar, tetapi bukan "Inferens" untuk Lough Therapy.

Adrenalin yang dirembeskan secara berlebihan akan menyebabkan tenaga tubuh menjadi kurang. Salah satu punca adrenalin dirembeskan berlebihan ialah ketawa berlebihan. Lebih mudarat sekiranya ketawa ini sengaja dibuat-buat seperti amalan "Lough Therapy".

Apabila kita rasa hendak ketawa, cubalah menahan ketawa tersebut atau jika sukar, cubalah untuk menutup mulut dengan tangan ketika sedang ketawa.

Tanpa Nama berkata...

Saudaraku...
Dengan nama Allah Al 'Aliim, saya kagum dengan kesadaran dan kemauan Dr untuk sharing ilmu yang begitu informatif dan bermanfaat kepada masyarakat luas, semoga semangat Dr bisa menular pada saya secepatnya. Saya berdoa pada Allah An Nuur agar selalu memberikan ridhoNya, cahayaNya dan rezekiNya yang berkah pada Dr sekeluarga. Semoga Dr diberikan kemampuan oleh Allah untuk dapat membantu rakyat miskin yang sedang sakit tapi tidak mampu berobat.
Rasanya penilaian 5 bintang tidaklah pantas untuk Dr, penilaian bintang hanyalah sebuah simbol bagi manusia yang dapat menggelincirkan manusia menjadi bangga dan sombong, tapi penilaian tertinggi di mata Allah adalah ketika Dr telah memberikan manfaat ilmu yang didapat kepada orang lain dengan keikhlasan hati karena Allah.

Dari seorang hamba Allah
anitasofjan@yahoo.com

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Terima kasih saudara anitasofjan, semoga dirahmati Allah. Sebenarnya saya menulis untuk membantu memudahkan rujukan pesakit-pesakit yang merawat dengan saya di samping membantu mereka yang belum mendapatkan rawatan atau sesiapa sahaja.

Bintang ranking yang diletakkan adalah panduan bagi saya untuk menunjukkan sama ada bahan yang diberikan itu cukup memberikan pencerahan atau saya perlu tingkatkan diri dan tulisan saya.

handout berkata...

terima kasih banyak sudah berbagi,.
moga sukses selalu.
jika ingin tau profil saya silahkan kunjungi..
click this

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)