SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 12 Oktober 2007

Kajian Dan Rawatan Demam Denggi

Denggi hanya menyerang mereka yang lemah system darahnya sahaja. Dalam sesebuah rumah,biasanya hanya seorang sahaja mangsa demam denggi dan dalam sesuatu kawasan kejiranan, hanya sebuah rumah sahaja yang terlibat. Walaupun sebenarnya dalam sebuah rumah ahli keluarga yang lain turut juga digigit nyamuk edis. Perkara yang sama juga berlaku di kalangan penduduk kejiranan. Dalam bahasa yang lebih mudah, bukan semua orang yang digigit nyamuk edis akan mendapat demam denggi. Post ini akan menerangkan cara untuk mencegah demam denggi dan rawatan bagi pesakit demam denggi.
Air bertakung
Seekor nyamyuk yang membawa virus denggi boleh terbang sejauh 2km untuk menggigit mangsa. Jika anda ingin membersihkan kawasan persekitaran rumah, anda perlu melakukannya untuk sekurang-kurangnya seluas radius 2km. Ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Nyamuk adis boleh bertelur di atas daun atau tunggul kayu yang boleh menakung air di dalam semak atau belukar atau di dalam lopak-lopak air di dalam hutan.
Mungkin dengan membersihkan kawasan sekitar rumah, anda mampu untuk mengurangkan beberapa peratus risiko pembiakan nyamuk adis. Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mencegah tubuh badan anda daripada mudah dijangkiti nyamuk adis.

Wabak
Setiap orang berpotensi untuk menjadi pembawa virus denggi walaupun tidak timbul sebarang symptom demam denggi malah kelihatan sihat. Pembawa boleh jadi demam jika system darahnya lemah hingga menyebabkan virus tersebut membiak tanpa kawalan dan melemahkan seluruh system pertahanan tubuh.
Nyamuk aedis secara semula jadi bersih daripada virus denggi. Keadaan dan struktur pada bahagian belalai dan kepala nyamuk aedis tersebut telah menyediakan satu habitat yang sesuai untuk pembiakan virus denggi. Denggi hanya merebak setelah seseorang digigit oleh nyamuk aedis yang sebelum itu telah menggigit seorang pesakit demam denggi atau pembawa virus denggi.
Nyamuk alah dengan udara berelektron
Semua haiwan yang membawa venom atau bisa turut membawa bersama ion bercaj positif atau proton. Oleh itu nyamuk tidak suka memasuki ruang udara yang tinggi kadar elektronnya.
Secara semula jadi, elektron banyak terdapat di kawasan air terjun, gua batu kapur atau taman bunga. Kita boleh membina suasana dalam rumah yang sama seperti kawasan yang berelektron dengan memastikan kitaran udara di dalam rumah lancar dan pencahayaan yang cukup pada waktu siang.
Kini terdapat dua cara untuk meningkatkan bilangan elektron secara tiruan atau rangsangan iaitu dengan memasang alat ioniser dan lampu garam bukit. Lampu garam bukit adalah lebih semulajadi kerana elektron dirangsang melalui getaran cahaya. Ioniser pula memampatkan udara dan menyusun semula caj di dalam udara serta dirangsang dengan pembebasan ozon.
Kegelapan pada waktu siang akan menyebabkan elektron berkurang. Jika kita dapat memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas dan mengelakkan kewujudan kawasan gelap di dalam ruang rumah, insya Allah nyamuk tidak akan hadir.

Sistem darah lemah
Setiap kali seseorang digigit oleh nyamuk aedis, virus denggi telah mula berada di dalam badan. Virus ini boleh dimusnahkan oleh sistem pertahanan tubuh semula jadi, terhibernasi atau membiak bergantung kepada tahap kekuatan darah.
Darah yang lemah akan menyebabkan virus denggi tidak dapat ditentang. Struktur darah yang lemah akan membina ruang habitat untuk menggalakkan polulasi virus denggi. Akibatnya virus denggi akan terus membiak dan seluruh tubuh terjejas kerana virus ini bertindak memakan sel-sel otot di dinding saluran darah.
Mereka yang mempunyai simptom yang berkaitan dengan darah yang lemah seperti berikut biasanya mudah dijangkiti virus denggi;


Berlebihan / kekurangan hemoglobin / anemia.



Tekanan darah tinggi / rendah / tidak normal.



Kepekatan darah tidak normal. (Hipercalsemia /Hipocalsemia).



Darah tersekat / lemah / bahagian tengkuk.



Lebam / berdarah / purpura (ecchymosis).



Urat saraf betis membengkak.



Leukemia (kanser darah).



Pendarahan dalaman / keadaan mudah berdarah.



Pendarahan / kekurangan enzim G6PD.



Hemophilia (masalah pembekuan darah).



Faktor darah lemah

Darah mendapat tenaga secara semula jadi pada waktu atmosfera memancarkan cahaya merah atau pada frekuensi dalam lingkungan 730 nanometer. Untuk mendapatkan frekuensi yang menyamai dengan frekuensi sel darah dan otot ini, seseorang perlu berada dalam keadaan yang aktif dan berjaga. Frekuensi ini banyak berada di atmosfera pada waktu antara Asar hingga Maghrib. Mereka yang tidur pada waktu antara Asar hingga Maghrib, tidak akan resonan dengan frekuensi ini. Akibatnya therapy secara semulajadi daripada frekuensi ini tidak dapat diperolehi.
Salah satu punca utama yang boleh menyebabkan darah lemah hingga menyebabkan penyakit seperti yang disenaraikan di atas atau mereka yang normal tanpa penyakit di atas tetapi secara tiba-tiba menjadi lemah ialah disebabkan oleh amalan tidur pada waktu Asar hingga Maghrib.
Mereka yang tidur pada waktu antara Asar hingga ke Maghrib, apabila digigit oleh nyamuk Aedis yang membawa virus denggi, akan menyebabkan tubuhnya mudah dijangkiti demam denggi. Keadaan ini berlaku walaupun kepada mereka yang sihat daripada simptom yang dinyatakan di atas.

Tanda demam denggi
Antara tanda awal yang jelas apabila seseorang itu mendapat demam denggi ialah

Sakit kepala


Demam


Tekak terasa pahit


Hilang selera makan


Kemungkinan kelihatan kesan gigitan nyamuk di beberapa kawasan badan


Rawatan denggi
Denggi boleh dirawat apabila kita dapat mengesan peringkat serangannya.
Pada peringkat awal, denggi akan menyerang sistem darah (CL18). Tanda yang pertama ialah kepala akan menjadi sangat sakit. Apabila keadaan ini berlaku, ia menunjukkan kawasan Thalamus (CL3) telah terjejas.
Pada peringkat kedua, sistem hormon akan terjejas. Ketika ini kawasan Tyroid (CL9) mula menjadi lemah. Hilang keupayaan tenaga dan metabolisma. Hilang selera makan dan tekak menjadi pahit.
Pada peringkat ketiga, Buah Pinggang (CL13) akan hilang keupayaan akibat terbeban dengan darah yang tercemar. Ketika itu buah pinggang mula diserang akibat hilang daya ketahanan.

Buah pinggang yang terjejas akan menyebabkan darah tidak dapat lagi dibersihkan. Bagi mereka yang mempunyai sistem tubuh Log 3 (saya akan tulis tentang tajuk Log pada post yang akan datang) akan hilang keupayaan untuk duduk mahupun berdiri. Pesakit ini akan terus terlantar. Jika pesakit masih sedarkan diri pada peringkat ini, harapan untuk sembuh masa ada.
Pada peringkat akhir (dalam peringkat keempat) pesakit kemungkinan boleh kerap pengsan atau koma. Apabila pesakit koma, saluran darah yang lain akan pecah dengan lebih banyak. Kemungkinan darah akan mengalir keluar melalui liang peluh. Organ-organ dalaman akan berlaku pendarahan. Ketika ini pesakit akan mula muntahkan darah. Semua liang di seluruh anggota tubuh akan mengalirkan darah tanpa henti seperti hidung, mata, telinga dan lain-lain. Peringkat akhir ini ialah peringkat nazak. Pesakit yang telah nazak sukar untuk diselamatkan.

Tempoh serangan bagi setiap peringkat adalah tidak sama. Bagi setiap peringkat, ia boleh terjadi antara 3 hari ke 10 hari. Tempoh masa ini bergantung kepada tahap kekuatan dan kesihatan pesakit.

Semburan wasap

Semburan wasap sedikit sebanyak telah membantu mengurangkan jumlah nyamuk. Tetapi wasap ini tidak dapat menghapuskan telur dan larva nyamuk (jentik-jentik).

Apabila wasap ini dihidu, ia akan turut menjejaskan paru-paru dan punca kepada masalah paru-paru basah. Apabila kawasan rumah anda disembur dengan wasap ini, tutup semua pintu dan tingkap rumah, tutup hidung dan pasangkan kipas.

100 plus

Apabila seseorang pesakit ditahan di hospital, pengamal di sana akan menyarankan agar pesakit mengambil minuman berjenama yang dipanggil 100 plus (hundred plus). Sebenarnya dalam minuman ini terdapat banyak pottasium dan beberapa mineral yang lain. Ia hanya membantu pesakit demam denggi pada peringkat kedua, iaitu ketika sistem hormon terganggu terutamanya Tyroid (CL9).
Pengambilan yang berlebihan, terutama bagi pesakit diabetes (kencing manis) akan lebih memudaratkan lagi keadaan. Biasanya pesakit diabetes yang menghidap demam denggi, apabila mengambil minuman 100 plus sebagai rawatan, akan meninggal dunia dengan dengan serangan kesan simptom pesakit diabetes, bukannya simptom demam denggi.

ketam

Protein ketam membantu membina sel Buah Pinggang (CL13) dan meningkatkan sel-sel dorman di buah pinggang. Sel buah pinggang yang sihat akan terus berfungsi membersihkan darah yang tercemar dengan virus denggi serta berkeupayaan untuk mempertahankan dirinya daripada serangan virus itu sendiri.
Memakan ketam ialah ikhtiar untuk membantu merawat demam denggi ketika peringkat yang ketiga, iaitu apabila buah pinggang mulai lemah. Tetapi ketam tidak boleh dijadikan amalan atau makanan harian kerana mempunyai kolestrol tepu yang tinggi dan membebankan Hati (CL12) untuk menghadamnya.

MARI HAPUSKAN NYAMUK

Denggi bermula daripada darah yang lemah. Punca darah lemah ialah tidak mendapat tenaga secara semula jadi pada waktu frekuensi yang resonan dengan darah dipancarkan. Kegagalan mencapai resonan disebabkan oleh tabiat tidur pada waktu selepas Asar hingga Maghrib. Oleh itu, denggi boleh dicegah sekianya kita dapat mengelakkan daripada tidur pada waktu selepas Asar.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat demam denggi atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

Tiada ulasan:

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)