SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 16 Julai 2007

Warna Hari Resonan

Berdasarkan The Law of Repeatition of Cronology ("Hukum Kronologi Berulang" yang merupakan cabang ilmu Hukum Keseimbangan), hari yang datang secara berulang-ulang setiap tujuh bilangan juga membawa bersama sesuatu vibration (visual light) yang mendominasi hari tersebut. Setiap hari akan membawa vibration dominasi yang berbeza dan ia berulang semula setelah lengkap satu pusingan yang memakan masa enam masa kejadian alam. Setiap ulangan adalah tetap dan mematuhi The Law of Repeatition of Cronology. Vibration visual light yang disukat menyamai dengan panjang gelombang warna. Jadual di bawah menunjukkan ketetapan vibration yang dikesan mendominasi setiap hari.

HARIWARNAPANJANG
GELOMBANG
ISNINPUTIH0- 279 nanometer
SELASAPINK / VIOLET380- 489 nanometer
RABUBIRU490- 544 nanometer
KHAMISKUNING / OREN555-729 nanometer
JUMAATHIJAU545- 554 nanometer
SABTUMERAH730- 780 nanometer
AHADHITAM0- 279 nanometer

Walaupun warna putih dan hitam mempunyai bacaan yang sama, tetapi bezanya ialah penyerakan zarah atmosfera (medium vibration) pada hari isnin adalah rawak (menyamai konsep the state of matter of gases) dan penyerakan zarah atmosfera pada hari ahad adalah setempat (menyamai konsep the state of matter of water).

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti spectrum analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.

Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.

Isnin

Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pituitary (CL2). Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal (CL1) dan Kelenjar Pitutary (CL2). Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya Allah.

Selasa

Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus (CL3). Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.

Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus (CL3).

Rabu

Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid (CL9). Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (CL9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid (CL9) seperi goiter (beguk), tongsil, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis

Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman (CL12, CL13, CL14, CL15) dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi (CL16, CL17).

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung (CL11) dan Paru-paru (CL10).

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung CL11) dan respirasi (Paru-paru CL10) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus (CL19), Otot, Darah (CL18), Tulang dan Saraf (CL20). Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus (CL19), Darah dan Otot (CL18) atau Tulang dan Saraf (CL20), amat sesuai memulakan rawatan pada hari sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Definisi Resonan Warna Hari

Resonan termasuk match, sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna setiap hari.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi hari. Hari Isnin kenakan pakaian Putih. Hari Selasa pakaian Pink atau Violet. Hari Rabu pakaian Biru. Hari Khamis pakaian Kuning atau Oren. Hari Jumaat pakailah Hijau. Hari Sabtu pakaian Merah dan hari Ahad pakailah Hitam. Pakaian tidak semestinya perlu satu warna. Boleh dikenakan pelbagai warna tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.

Semoga anda bergembira dengan pakaian kegemaran yang dikenakan mengikut warna yang resonan terhadap hari.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk sebarang jenis penyakit sama ada kronik, kritikal atau yang didakwa tiada harapan untuk sembuh, yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal sila hubungi saya.

10 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Assalamu'alaikum,

terima kasih atas penjelasan mengenai warna hari resonan,saya tercari-cari penerangannya sebelum ini utk disampaikan kpd org lain, boleh ke tuan bagi penerangan mengenai warna diri pula.
Seperkara, saya agak keliru frekuensi warna hijau 545-554 nm manakala warna kuning/oren 555-729 nm, tapi warna kuning/oren disusun selepas warna biru/hari Rabu (490-544nm). Ada tak penjelasan mengenainya, saya dapati warna pelangi jua disusun begitu-Selepas Biru - Hijau - Kuning.
Terima kasih, wassalam.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Terima kasih kerana sudi bertanya. Mengkaji warna yang resonan dengan hari adalah sangat menarik dan menjadikan kita bertambah kagum dengan kekuasaan Allah.

Tidak perlu keliru dengan warna hari. Memang benar, dalam turutan kejadian warna, selepas biru akan jadi hijau dituruti kuning dan oren. Tetapi dalam turutan hari, yang terjadi ialah biru, diikuti kuning, oren dan hijau.

Sebenarnya pada hari Khamis dan Jumaat, terdapat tiga warna yang keluar dengan serentak iaitu hijau, kuning dan oren. Tetapi warna kuning telah memotong warna hijau pada hari Khamis (kerana warna bergelombang jarak jauh memotong warna bergelombang jarak lebih pendek). Akibatnya warna hijau tidak resonan pada hari khamis kerana didominasi oleh warna kuning. Menjelang maghrib, kuning mulai bekurang. Tetapi mula hendak berubah menjadi merah melalui perubahan ke warna oren terlebih dahulu. Oleh itu pada waktu malam Jumaat, warna oren lebih mendominasi. Oren ialah warna kesuburan dan reproduktif. Pada hari Jumaat, warna kuning dan oren telah lemah. Hijau ialah warna sejuk, lantaran ia mempunyai momentum untuk terus resonan. Akhirnya pada hari Jumaat, warna hijau mendominasi hari.

Pada hari Sabtu, hijau, kuning dan oren telah lemah dan mulai bertukar ke warna merah.

Pada hari Khamis dan Jumaat, terdapat tiga warna keluar serentak manakala pada hari Ahad dan Isnin cuma satu warna yang keluar iaitu sinar. Sinar mengambil masa dua hari untuk membentuk warna putih. Pada hari Ahad, sinar mulai amplitud dan pada hari Isnin sinar menjadi putih.

Jika masih ada persoalan, sila lah bertanya lagi. Terima kasih.

Tanya berkata...

Dari manakah fakta tentang warna ni Dr perolehi? Jika dapat memberikan linknya di sini adalah sangat baik sekali. Contohnya idea Law of Repeatition itu, bolehkah berikan linknya sepertimana teori2 kebiasaan yang menyenaraikan link untuk dapat dirujuki. Ianya bukan untuk saya sahaja, tetapi dapat juga memupuk perkembangan minda pembaca yang lain juga apabila Dr dapat memaparkan link yang menerangkan setiap fakta. terima kasih

Baby_syahiran berkata...

Salam, Dr.

Saya masukkan maklumat di blog saya di ruangan ini.

Saya tertarik untuk mengulas artikel Warna Hari Resonan yang ditulis oleh Dr. Ariffaizal. Bidang yang saya ambil semasa di universiti dahulu adalah bidang psikologi dan saya meneruskan kerjaya yang berkaitan dengan bidang tersebut.

Saya biasa mengikuti kursus motivasi, kecemerlangan diri, personaliti diri dan seumpamanya, malah Teori berkenaan warna banyak diperkatakan di mana-mana sahaja oleh pakar psikologi.

Tetapi, saya masih kurang berpuashati dengan penerangan sesetengah pakar psikologi berkenaan warna, saya masih tidak nampak relevan warna dengan kehidupan seharian sehinggalah saya mengenali Colour Vibration Therapy (CVT). Pada pendapat saya, CVT berjaya menerangkan dari segi saintifik berkenaan warna di mana perkara ini tidak diterangkan oleh pihak lain.

CVT berjaya menghuraikan hubungkait manusia, alam dan warna. Warna pelangi sebenarnya ada di dalam diri kita kerana Allah (S.W.T) hendak menunjukkan kepada manusia bahawa kita merupakan sebahagian dari alam. Oleh itu, sebagai manusia,lebih-lebih lagi setelah dilantik sebagai khalifah, kita tidak seharusnya mengkhianati alam/bumi, di mana banyak kerosakan dilakukan dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa kurangnya kesedaran terhadap penciptaan kita: Kita adalah alam dan alam adalah kita.

Kita digalakkan mengenakan pakaian yang berbeza warna setiap hari berdasarkan kajian CVT iaitu :

Isnin : Putih
Selasa : Pink / Purple
Rabu : Biru
Khamis : Kuning / Oren
Jumaat : Hijau
Sabtu : Merah / Maroon
Ahad : Hitam

Kenapa penggunaan warna yang ekstrim tidak digalakkan, contohnya, seseorang terlalu menyukai warna hitam, akan mengenakan pakaian berwarna hitam setiap hari, hitam adalah warna penyerap, oleh itu, segalanya akan diserap samada baik atau buruk, positif atau negatif, tengok sahaja remaja "Black Metal", mereka menyerap segala yang ada di alam, sehingga hilang perasaan dan rasional dalam menimbangkan baik buruk sesuatu perkara.

Dalam Islam sendiri, sesuatu hendaklah dilakukan secara sederhana dan tidak berlebih-lebihan, saya kaitkan dengan CVT, kenapa kita tidak digalakkan untuk terlebih menyukai sesuatu warna kerana kemungkinan warna tersebut adalah warna yang kita alah.(Warna kelemahan kita sendiri.)
Di sini saya sertakan tip warna yang dikongsi oleh pelopor CVT; Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Waha sewaktu mengikuti kursus yang disampaikan oleh beliau sendiri dan dipetik dari beberapa artikel beliau.
•Rumah : bilik tidur, dicadangkan warna violet; ruang tamu-putih / hijau, dapur-biru
•Restoran : warna kuning / oren bersesuaian kerana membangkitkan selera makan
•Pembelajaran : Bagi seorang pelajar, warna hijau amat diperlukan. Ini kerana hijau merupakan simbol oksigen dan bertindak ke atas organ jantung dan paru-paru.
•Untuk seorang pelajar berada dalam keseimbangan dan harmoni, warna hijau yang dilihat oleh bebola mata akan dianalisa oleh pineal dan sejenis kimia akan dihasilkan oleh hipotalamus pada bahagian otak untuk meransang kesimbangan.
•Walaupun warna hijau itu datangnya daripada cat yang berwarna sedemikian namun keupayaan neuron otak akan turut merangsang organ yang berkaitan untuk bertindakbalas secara positif dengan warna yang dilihat.
•Kepintaran pelajar banyak bergantung kepada kapasiti oksigen yang diterima pada otak.
•Warna ungu pula mampu mengatasi masalah kurang daya tumpuan di kalangan pelajar.
•Di samping itu, warna ungu yang disifatkan sebagai gelombang jarak jauh mampu merangsang minat pelajar.

Pembaca yang budiman, diharap maklumat yang berguna ini dapat dikongsi bersama, insyaallah.

Elmy berkata...

SalaM Dr, memang betul bahawa warna banyak memainkan peranan dalamkehidupan kjita. Alam semulajadi telah mengurniakan kita dengan warna-warna untuk menceriazkan lagi fizikal dan rohani kita. Ianya menyumbangkan kepada seluruh sistem badan dengan membekalkan tenaga atau aura yang penuh hikmah, ketenangan jiwa,minda dan emosi dan ianya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian. kita secara aktif atau pasif bertindak balas terhadap warna dalam segala tugasan harian kita. Dan mengikut psikologis, Gelombang cahaya warna membawa kesan ke atas kita sepanjang masa dan menembusi sistem kecerdasan kita tidak kira samada kita sedang tidur atau pun kita seorang buta.

Kajian Prof. madya Dr. Sidek pensyarah UPM banyak melibatkan warna dan personaliti, Kajian sains pula banyak melibatkan sinar warna cahaya yang memberi kesan ke atas pertumbuhan, tekanan darah, suhu badan, aktiviti otot, pola tidur dan sistem ketahanan kita. Sinar berwarna ini bukan sahaja membawa kesan keatas fizikal kita, malah emosi, mood dan mentaliti kita.

Sama ada sedar atau tidak, Kita sering mempunyai suatu hubungan secara peribadi terhadap warna. Kita sering memberi diri kita suatu rawatan warna dengan mendedahkan diri kita kepada warna tertentu dalam rumah atau perkarangan rumah. Walaupun begitu, reaksi kita terhadap warna tersebut ialah secara tidak sedar dan kita boleh menggunakan kuasa ini untuk memperbaiki kualiti hidup dan kesejahteraan kita.

Terdapat banyak cara untuk memperkenalkan warna ke dalam sistem kita. Dengan memahami maksud dan kesan-kesan fisiologi dan psikologi yang dibawa oleh warna, kita berupaya memilih warna yang dapat memupuk kemakmuran, kejayaan, pertumbuhan personal, keyakinan diri dan membebaskan tenaganya untuk pakaian, tempat tinggal dan persekitaran kerja anda serta taman bunga. Kita juga boleh mendapatkan tenaga warna yang terdapat dalam makanan dan minuman. Pokoknya, semua orang boleh belajar menggunakan warna untuk mendapatkan lebih kenikmatan dan kepuasan dari hidup. Itulah kenikmatan yang Allah berikan melalui wariasi warna dalam kehidupa manusia, Hanya manusia yang memahaminya akan memanfaatkan kebesaran hikmah Tuhan ini. Amin..

Akhir sekali, kita boleh menggunakan teknik-teknik perawatan yang melibatkan penggunaan warna untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan pada diri kita. Penggunaan warna untuk merawat bukanlah suatu idea baru. Sebenarnya telah terdapat banyak kaedah kuno yang telah dibangunkan di serata dunia yang melibatkan penggunaan warna dalam perawatan. Kita Cuma sekadar memperkenalkan ilmu ini semula dan para penyelidik warna dan ahli terapi kini menggunakan kaedah perawatan yang melibatkan penggunaan warna yang sejajar dengan zaman kini. Anda tidak perlu menjadi seorang pakar terapi terlatih untuk menikmati kebaikan terapi warna. Asas bagi badan yang sihat adalah selalu berkait rapat dengan keseimbangan dan keharmonian dalam mental dan fizikal. Jadi bolehlah kita memperkenalkan tenaga warna ke dalam system kita pada bila-bila masa kita berasa lesu dan pudar. Walaupun cahaya boleh diukur dan dimanipulasikan dalam bentuk fizikal, ia juga mempunyai nilai-nilai kerohanian yang sering menjadi sumber inspirasi dan kekaguman.

Baby_syahiran berkata...

Salam, saya juga bersetuju bahawa warna adalah penting dlm kehidupan kita. Konsep Mind Mapping juga menekankan tentang warna. Warna dapat merangsang sel-sel otak untuk berhubung antara satu sama lain dan meningkatkan tahap kekreatifan kita. Tuduhan seseorang itu 'childish'atau kebudak-budakan bila menekankan kepentingan warna adalah tidak berasas.

Arteeza aka MD berkata...

as'kum Dr..
sy masih kurang faham psl warna ni.. menurut pembacaan sy,ada dinyatakan warna yg kita alah, jadi camana caranya kita nk menggunakan warna tersebut sedangkan warna itu adalah warna alahan bg diri kita?? Sy keliru tentang ini

iman berkata...

Salam..Kiranya ilmu ini tidak bercanggah dgn alquran dan sunnah?
Saya cuma khuatir kerana zaman skrg trdpt byk sumber2 yg tidak boleh dipercayai. Jadi, saya cuma hendak pengesahan tntg ini.Adalah lebih baik jika ada dalil2nya.. Terima kasih..=)

iman berkata...

Salam..tidak ada warna coklat ke? boleh x kalau pakai warna coklat menggantikn kuning/oren?tq

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Saudara iman, saya amat bersetuju dengan pandangan saudara.

Sekiranya ada nas atau dalil yang menyatakan bahawa sesuatu hari itu tidak ada kaitan dengan warna, kita harus menolak "Teori Warna Resonan Dengan Hari" dan peralatan yang dibangunkan untuk mengujinya perlu dimajukan lagi.

Sekiranya ada nas atau dalil yang menyatakan warna hari itu berbeza seperti yang dinatakan di sini, saya mengalu-alukan teguran dan pembentangan nas atau dalil tersebut.

Dalam teori gelombang, coklat tidak dianggap sebagai warna, ia adalah keadaan ketika perubahan warna tejadi. Coklat tidak membantu mengeluarkan sebarang bacaan frekuensi apabila diuji

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)