SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Rabu, 13 Jun 2007

Logam Berat

Bahan makanan yang mempunyai banyak unsur-unsur yang berion positif (proton) dalam kandungan mineralnya digelar logam berat. Kesemua jenis makanan mengandungi mineral. Oleh itu, semua jenis makanan boleh ditentukan sama ada ia bermineral berat atau ringan.

Logam berat ialah bahan yang tidak boleh bersenyawa dengan DNA. Jumlah logam berat yang banyak akan dinyahkan keluar oleh tubuh. Proses penyahlogam berat di dalam tubuh akan menyebabkan fungsi sel terbeban seterusnya melemahkan atau jika jumlahnya amat berlebihan dalam tubuh, ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ.

Organ yang akan terjejas ialah organ yang mempunyai DNA yang berkromosom aktif dengan unsur senyawa. Dalam tubuh kita, sel Hati dan sel Kelenjar Pituitary amat mudah bersenyawa dengan sesuatu unsur. Oleh itu, jika logam berat hadir ke rahagian Hati dan Kelenjar Pituitary, ia akan menjejaskan fungsi organ tersebut. Apabila fungsi sel terjejas, maka akan timbul gejala yang berkaitan dengan peranan organ tersebut.

Kelenjar Pitutary

Kelenjar Pituitary mempunyai liang kapilari yang sangat halus hingga menyukarkan pengaliran darah yang sempurna ke dalamnya. Kehadiran logam berat di bahagian pituitary akan mengganggu kelancaran darah untuk memasukinya. Kelenjar Pituitary pula tidak memiliki kemampuan yang cukup untuk menyingkirkan logam berat yang berlebihan. Walaupun ia boleh berlaku, tetapi terpaksa melalui proses mempertenagakan sel secara semulajadi yang memakan tempoh masa yang lama.

Fungsi Kelenjar Pituitary

Kelenjar Pituitary merembeskan dua jenis hormon yang dinamakan vasopressin dan oxytoccin. Kedua-dua hormon ini memiliki rahsia kekonduksian elektrik. Sesetengah rawatan alternatif menggelarkan hormon ini dengan istilah "groin hormon" yang merujuk kepada fungi pembesaran tubuh, pertumbuhan sel baru dan awet muda. Dengan adanya groin hormon, semua kelenjar endocrine akan berfungsi dengan baik untuk menghasilkan hormon masing-masing. Boleh lah kita mengganggap bahawa Kelenjar Pituitary adalah pusat atau pengawal semua sistem kelenjar dalam tubuh.

Kelenjar Pituitary yang lemah akan menjejaskan fungsi sistem keseluruhan tubuh. Sistem hormon yang seimbang akan menjadikan daya pengawalaturan (organiser) nukleus setiap sel seluruh tubuh terganggu. Gangguan pengawalaturan dapat dilihat dalam bentuk psikologi manusia iaitu "ingatan". Maksudnya, pituitary berfungsi mengawal daya ingatan.

Secara asasnya jika Kelenjar Pituitary lemah, maka daya ingatan kita akan lemah. Ingatan yang terganggu akan menjadikan kerja harian kita bertambah kelam kabut. Kelemahan yang berterusan akan mengganggu isyarat elektrik di bahagian otak maka akan timbul simptom seperti Epilepsi. Apabila urik asid berlebihan di dalam tubuh, maka logam berat yang melemahkan Kelenjar Pituitary akan menyebabkan simptom Parkinsonisme, iaitu melemahkan keupayaan pergerakkan otot yang disebabkan oleh tersekatnya impuls dari otak.
Antara simptom lain akibat kelemahan Pituitary adalah seperti jadual di bawah;


SimptomKeterangan
DamentiaKenyanyukan
EpilepsiGangguan elektrik otak
MeningitisKeradangan selaput otak
ParaplegiaKelumpuhan bahagian bawah
ParkinsonismeIsyarat motor terganggu
EnsetalitisKeradangan otak
PoliomielitisKelumpuhan menyeluruh

Apabila seseorang yang mengalami masalah lemah Kelenjar Pituitary pada peringkat kronik, ia boleh membawa maut.

Hati

Hati mempunyai liang yang sangat kompleks yang dipanggil lobul dan setiap sel hati mempunyai hubungan secara langsung dengan kapilari darah. Oleh itu, hati adalah organ yang paling berisiko terjejas dengan logam berat.


Fungsi Hati

Hubungan langsung hati dengan darah menjadikan isyarat pemikiran dari nukleus sel hati mudah disalirkan ke sistem darah, sistem limpatik dan ke seluruh sistem endokrin. Sekiranya hati lemah, maka daya pemikiran kita akan lemah. Maksudnya hati menjaga daya pemikiran. Tanda orang yang lemah daya pemikiran ialah timbulnya perasaan malas membaca, malas mengira dan kepada pelajar akan timbul masalah malas belajar disebabkan kurangnya penghayatan emosi. Keadaan ini dinamakan lemah EQ (emotional quotient). Apabila EQ lemah, pada masa yang sama berkalu perkara sebaliknya iaitu mula muncul kekuatan IQ (intelectual quotient). Perbezaan EQ dan IQ ialah boleh dilihat seperti jadual di bawah;


Emotional QuotientIntellectual Quotient
Belajar melalui penghayatan dan pemahamanBelajar melalui hafalan
Pengalaman jangka panjangIngatan jangka pendek
Menghargai dan memahami orang lainMemberi keutamaan kepada diri sendiri dahulu
Tidak begitu terserlah dalam pelajaran tetapi bekerja dengan rajin sebelum dimintaCemerlang dalam pelajaran tetapi keras kepala dan degil
Turut mencadangkan jalan kerja dengan kreatifLurus bendul jika menurut perintah
Bekerja lebih masa dan menggandakan kerjaBekerja dengan jalan pintas atau seperti yang dikehendaki sahaja
Memperbaharui pengalamanDihantui peristiwa
Menganalisa dengan terpeinciMengekstrak isi penting
Yakin dengan pengorbananTerpaksa menipu untuk selamat
Perkara yang jelas salah, dihindariMatlamat menghalalkan cara

Sumber Logam Berat

Logam berat banyak didapati di bahagian permukaan tanah. Tumbuhan yang mempunyai akar menjalar, paling banyak menyerap logam berat. Tumbuhan yang kurang menyerap logam berat mempunyai akar tunjang yang jauh ke bumi. Beberapa tumbuhan herba seperti tongkat ali dan alfafa mempunyai akar tunjang yang terpanjang dan sangat dalam ke dasar bumi sehingga didapati tidak terdapat langsung sebarang logam berat didalamnya.

Tumbuhan yang mempunyai logam berat yang terbanyak ialah kobis dan bayam. Walaupun Imitation Antique Medicine (perubatan allopati) mendakwa bahawa sayuran tersebut mempunyai banyak zat, tetapi atas kecetekan ilmu mereka sebenarnya zat tersebut apabila dikaji, ia memiliki atom radioisotop berproton. Maksudnya di dalam kobis terdapat protein radioisotop 12, bukan sahaja tergolong dalam logam berat, malah boleh digunakan untuk tujuan pembelahan nukleus berantai bagi tujuan penjanaan loji janakuasa elektrik. Pengambilan kobis dan bayam hanya akan menyebabkan Kelenjar Pituitary bertambah lemah seterusnya menimbulkan simptom yang disabitkan dengan gangguan Kelenjar Pituitary.

Haiwan yang mempunyai sifat pemakan bangkai atau kotoran, menyimpan logam berat di bahagian kulit. Contohnya ialah seperti ikan keli, ikan limbat, ikan patin, ikan lampan dan beberapa ikan lain yang ciri-cirinya lah kulitnya licin, halus dan hitam.
Sebenarnya, semua jenis ikan walaupun kulitnya cerah dan kasar, ia tetap akan menyimpan logam berat di bahagian kulit kepala. Oleh itu, elakkan memakan ikan tersebut dan bagi semua jenis ikan, elakkan memakan di bahagian kepalanya.
Penguraian Logam Berat

Logam berat boleh disingkarkan dari tubuh hanya dengan cara nyah toksik dan persenyawaan unsur. Dengan memakan bahan yang tidak mengandungi logam berat seperti tongkat ali dan alfafa, tidak dapat membantu masalah logam berat.

Pituitary memiliki tenaga yang vibrationnya boleh disukat iaitu di bawah tahap 200 nanometer iaitu hampir menyamai warna putih atau sinar. Pituitary mempunyai keupayaan menguraikan logam berat secara semula jadi jika ia dipertenagakan dengan vibration warna putih. Dalam rawatan Attitude Therapy, formula untuk mempertenagakan Pituitary ialah CL 2.


Kaum hawa berkeupayaan menyingkirkan logam berat melalui haid. Keupayaan optimum untuk haid menyingkirkan logam berat akan terjadi sekiranya bahagian pituitary itu panas. Oleh itu, wanita dalam tempoh haid tidak digalakkan membasuh rambut.

Tidak ada makanan yang khusus untuk menguraikan logam berat. Kajian mendapati, kismis berkeupayaan mengurai logam berat di bahagian Kelenjar Pituitary. Namun hanya dalam sukatan yang tepat sahaja keberkesanannya akan berlaku. Jika anda ingin mengamalkan pemakanan kismis, ambilkan 7 biji sekali makan dan ambil setiap seminggu sekali. Waktu terbaik untuk mengambil kismis ialah pada hari Ahad malam Isnin iaitu sebelum tidur. Pemilihan hari malam Isnin kerana hari Isnin adalah resonan dengan warna putih yang menyamai tenaga Kelenjar Pineal.

Penguraian logam berat hanya berlaku sekiranya tubuh berada dalam keadaan "minda separa sedar". Minda separa sedar hanya boleh dicapai sekiranya kita dapat tidur dalam keadaan aktiviti otak berada pada tahap delta. Untuk otak berada pada tahap delta, kita perlu tidur pada waktu kegelapan iaitu antara selepas Isyak hingga 3 pagi. Ketika itu waktu lebih resonan dengan vibration sinar atau putih.

Petua Penjagaan Kelenjar Pituitary

Sekiranya anda ada menghadapi gangguan simptom yang berkaitan dengan kelemahan Kelenjar Pituitary, berikut ialah beberapa petua sebagai ikhtiar untuk mengurangkannya.

1. Tidur awal setiap malam.
2. Jangan tidur dalam keadaan terang.
3. Jangan makan kobis, bayam, kepala ikan, ikan keli atau seumpamanya.
4. Jangan makan makanan yang mengandungi perasa, penahan dan pewarna tiruan.
5. Jangan cuci rambut ketika haid (bagi wanita).
6. Cuba mengamalkan kismis (amaran: ikut dos, jangan makan berlebihan).

The Law of Attraction

Memang sudah menjadi tabiat mereka yang mengalami masalah yang berkaitan dengan Kelenjar Pituitary akan tertarik untuk makan makanan atau biasa melakukan perkara yang bertentangan seperti yang disarankan di bahagian "Petua Penjagaan Kelenjar Pituitary"

Pendekatan yang digunakan untuk mengatasinya ialah dengan memberi kaunseling yang boleh dijelaskan melalui "The Law of Attraction". "The Law of Attraction" ialah salah satu cabang daripada "The Law of Equilibrium" yang diasaskan oleh Dr. Ariffaizal.

Mempertenagakan Molekul Dan Atom

Attitude Therapy berpengalaman dalam bidang mempertenagakan sel sebagai salah satu kaedah terulung, bersih dan selamat dalam ikhtiar untuk merawat pelbagai penyakit. Rawatan Attitude Therapy menggunakan CL 2 sebagai formula utama. Kaedah rawatan adalah sangat unik dan bergantung kepada tahap penyakit seseorang.

Kaedah mempertenagakan unsur merupakan kaedah yang telah lama diamalkan dan dimajukan oleh pengamal rawatan Homeopaty. Tetapi Attitude Therapy telah mengambil pendekatan yang jauh kehadapan dengan cara memberikan "masa" kepada unsur.


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email




11 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Assalamu'alaikum Dr.,

terima kasih atas maklumbalas di Forum Harmonisers.

Utk pengetahuan, abang saya berumur 38 tahun, saya hanya mengetahui mengenai rawatan CVT pd tahun lepas dn beliau tlh mendapatkan rawatan ini pd bulan April 2007.

Sehingga skrg beliau tidak lagi mengambil ubat hospital kerana mendapat side effects yg lain.
Selepas menjalani rawatan pertama yg termasuk Hidoterapi ais, dn mengambil bbrp formula NW dan CR24,alhamdulillah, terdapat perubahan positif, cuma bbrp selepas berhenti dari mengambil ubat hospital beliau telah diserang sawan yg agak teruk semasa tidur.

Skrg, kdg2 beliau masih diserang sawan ttp kdg2 hanya beberapa saat shj.

Saya mempunyai beberapa persoalan :

Pertama : Perlukah beliau menjalani Hidoterapi Ais lg, atau boleh dibuat di rumah sahaja dan seberapa kerap.

Kedua : Apa yg saya faham dari artikel tuan, dia perlu mengambil CR24, NW1 dan NW2,adakah formula lain lg perlu diambil, bgm pula dengan Habbatus Sauda'

Ketiga : Dia juga menggunakan minyak CR24, perlukh dia menggunakan Minyak Aromatherapy sekali

Keempat : Saudar Rozaimy mencadangkan semasa beliau memandu hendaklah memastikan air cond sejuk, adakah cadangan lain sebagai precaution beliau semasa memandu.

Harap tuan dapat meluangkan masa menjawab soalan2 saya ini, semoga Allah S.W.T membalas jasa tuan dan hanya kepadaNya kami memohon.

Wassalam.

Baby_syahiran@Hasliza

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Waalaikum salam. Terima kasih kerana sudi bertanya.

Sepatutnya rawatan hendaklah diteruskan sehingga simptom atau tanda penyakit hilang sepenuhnya. Tempoh rawatan tidak dapat ditentukan kerana keunikan setiap penyakit amat berbeza.

Kebanyakkan pesakit epilepsi yang telah dewasa mendapat kesan yang sama seperti abang saudari setelah mendapat rawatan CVT.

Saya akan menjawab comment saudari dengan lebih lengkap dalam post bertajuk "Petua Pesakit Epilepsi".

Satu cabaran bagi saya untuk membantu abang saudari tanpa menemuinya, dan insya Allah saya akan cuba beri yang terbaik.

balinavara berkata...

Assalamualaikum dr.....

Diharap dr dapat perjelaskan tentang tahi lalat dan kedudukan serta maksudnya pada tubuh badan seseorang dan wajarkah yang dikatakan tidak elok dibuang?

Terima kasih

putra berkata...

smekom... saya teringat Dr NW pernah menyatakan ttg salah satu kegunaan NW2 adalah utk jodoh ... dlm salah satu kursus yg diadakan... ble tak Dr ariff jelaskan.. satu lagi soalan saya mengapa ada mereka ini sama ada lelaki atau perempuan " berat jodoh" .. terima kasih

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

W'salam. NW2 untuk mempertenagakan kelenjar Pituitary yang berfungsi sebagai pusat kawalan hormon.

Keseimbangan hormon menjadikan sesuatu sel itu segar dan mengekalkan awet muda. Mereka yang mengambil rawatan NW2 akan kelihatan awet muda.

putra berkata...

Smekom... Terima kasih kerna sudi memberikan penjelasan dan dari sini secara tidak secara langsung saya dapat belajar... Cuma soalan tentang "berat jodoh" ble beri panduan... sebab ade kawan2 saya yg berat jodohnya... dan saya ingin membantu...tq

putra berkata...

Smekom...
Soalan ini 'berat' kot pasal Dr mcm x sudi je nk jawab.... soalan merapu kot...

Baby_syahiran berkata...

Kaum hawa berkeupayaan menyingkirkan logam berat melalui haid. Keupayaan optimum untuk haid menyingkirkan logam berat akan terjadi sekiranya bahagian pituitary itu panas. Oleh itu, wanita dalam tempoh haid tidak digalakkan membasuh rambut.
Orang tua-tua Cina biasa memberi nasihat kpd anak2 muda mereka agar tidak membasuh rambut ketika berada dlm tempoh haid krn menurut mrk,akan mengalami sakit kepala atau 'migrain' apabila tlh berumur nanti,namun ada yg percaya dgn nasihat itu dan ada yg tidak. Terdapat satu kajian oleh pakar dari Barat juga yg melarang pembasuhan rambut ketika 'period' kerana pd masa akan datang kebarangkalian menghidapi 'kanser' adalah tinggi.
Cuma, kebiasaannya kaum hawa rimas apabila tidak membasuh rambut terlalu lama, boleh tak dicadangkan penggunaan Seri Wajah, atau memang kita tidak boleh langsung membasahkan rambut pada waktu itu bagi tujuan penguraian logam berat?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Satu keunikan kaum hawa ialah, ketika sedang haid, mereka sebenarnya jika tidak mendapatkan rawatan Aromatherapy Seri Wajah pun boleh. Kerana ketika itu, tubuh badan sedang memerlukan ion-ion proton atau caj-caj positif. Sedangkan Aromatherapy Seri Wajah membekalkan banyak elektron atau caj negatif.

Saya malu untuk menulis post khas mengenai haid dalam blog ini. Kesimpulannya ialah ketika haid ialah tempoh ditoksifikasi. Sebarang rawatan ketika itu tidak perlu, tetapi tidak dilarang untuk kes-kes kritikal atau keadaan "High Range". Mandi dibolehkan, tetapi elakkan menyejukkan kepala. Rambut pula tidak perlu dibasuh kerana ketika itu rambut adalah medium discaj proton dan rambut ketika itu mempunyai banyak ion proton.

Amalan yang terbaik ketika sedang haid ialah pastikan rambut tidak terdedah untuk mengelakkan pengoksidaan akibat pancaran matahari dan udara luar rumah. Jika keluar rumah, pakailah tudung dan lutuplah seluruh rambut hingga tidak ada walau sehelaipun yang terkeluar. Amalan ini boleh diteruskan walaupun ketika bukan haid untuk mendapatkan manfaat Rahsia Kegelapan.

Tanpa Nama berkata...

Salam doktor..Saya ada terbaca di post comment yang menyatakan emas tak elok dipakai..Kenapa ye? Im a bit confuse..

Macamana pula dengan berlian,batu jed,dan mutiara?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Neyssa; Emas ialah logam berat. Pemakaian emas dalam kuantiti sedikit dan sekali sekala akan membantu menyerap logam berat di kulit. Tetapi pemakaian yang kerap dan berlebihan akan menyebabkan tubuh terbeban dengan logam berat yang tinggi terutama di bahagian kulit. Keadaan akan lebih memudaratkan sekiraya ia dipakai oleh orang lelaki. Keberkesanan emas menyerap logam berat boleh dimanipulasikan dalam proses pembersihan air dengan cara emas diletakkan di dasar bekas air dan bahagian atas permukaan air selamat diminum kerana logam berat dalam air telah terserap ke dasar. Insya Allah saya akan menerangkan secara saintifik dalam post yang akan datang mengenai kesan pemakaian emas dan sutera. Mengenai berlian, batu jed dan mutiara pula, ini ialah tajuk Kristal yang akan saya tulis mengenainya dapam post yang akan datang, insya Allah. Kesimpulannya ia baik dipakai terutamanya bagi kaum wanita.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)