SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Jumaat, 22 Jun 2007

Hypothermia, Hyperthermia, Thermodynamic

CL 7 Kawalan Suhu.

Pada bahagian tubuh kita terdapat satu bahagian yang mengawal suhu badan. Kedudukannya terletak di bahagian atas Medulla Oblongata dan merangkumi bahagian telinga, rahang, gigi, gusi, mulut, lidah dan bibir. Dalam ilmu biology, bahagian kawalan suhu ini tidak ditemui sebaliknya dalam ilmu perubatan alternatif seperti Attitude Therapy, akupuntur dan sebagainya telah menemui dan mengkaji dengan mendalam bahagian ini. Dalam Attitude Therapy, bahagian ini dinamakan sebagai level CL 7 atau dinamakan Cool Blue atau lebih mudah difahami jika dipanggil Kawalan Suhu. CL 7 atau dipanggil Pusat Kawalan Suhu mempunyai bacaan frekuensi dalam lingkungan 444 nanometer atau dalam lingkungan warna indigo.

Suhu badan yang normal akan memastikan setiap organ dan sistem berfungsi dengan normal. Sebenarnya suhu pada setiap bahagian tubuh adalah tidak seragam. Suhu badan yang berbeza dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kepala, dada, perut dan kaki. Rajah di bawah menunjukkan falsafah suhu badan manusia.

Penyakit adalah keadaan yang berlaku apabila suhu sesuatu organ tidak berada dalam keadaan yang normal iaitu sama ada suhu menjadi naik atau menurun. Fenomena suhu badan menurun dipanggil Hypothermia manakala suhu badan meningkat dipanggil Hyperthermia. Segala kecederaan dan kesakitan adalah fenomena hyperthermia. Fenomena hypothermia hanya berlaku dalam keadaan seseorang itu nazak atau hampir meninggal dunia atau kemusnahan thermodynamic tubuh akibat suhu persekitaran yang jatuh dengan mendadak.

Hypothermia

Hypothermia ialah fenomena penurunan suhu badan secara mendadak. Penurunan suhu badan sebenarnya adalah sesuatu yang mudarat dan akan menyebabkan kegagalan sesuatu sel atau organ berfungsi dengan cekap. Hypothermia paling banyak berlaku dalam udara yang sejuk. Biasanya terjadi kepada pendaki gunung yang terdedah dengan cuaca sejuk melebihi 6 jam dalam keadaan kekurangan oksigen yang bertindak sebagai bahan bakar untuk meyeimbangkan suhu. Hypothermia dalam air berlaku di kawasan kutub dalam keadaan air berais dan suhu udara persekitaran di bawah paras beku.

Hyperthermia

Hyperthermia adalah sebaliknya iaitu femomena peningkatan suhu badan secara mendadak. Hyperthermia cuma mengambil masa 4 jam untuk terjadi iaitu lebih singkat berbanding hypothermia. Hypertermia biasanya berlaku di kawasan beriklim panas dan kering. Biasanya di kawasan gurun yang membawa angin kering. Angin kering menjadikan tubuh terhidrasi dengan lebih pantas hingga menaikkan suhu badan. Biasanya simptom hyperthermia dapat dilihat daripada kawasan CL 7 (Pusat Kawalan Suhu) yang kering, bengkak atau merekah atau pengelupas. Hyperthermia jarang berlaku di kawasan beriklim khatulistiwa (kerana kelembapan tinggi walaupun panas) kecuali jika berlaku kemarau yang panjang.

Thermodynamic

Thermodynamic ialah matlamat rendaman Hidrotherapy Ice iaitu untuk mengalirkan haba ke bahagian dasar tubuh dan mengagihkan suhu menjadi sekata ke seluruh badan. Hypothermia menggagalkan thermodynamic tubuh dengan cara menjadikan haba dalam tubuh berkurang. Hyperthermia pula menggagalkan thermodynamic dengan menjadikan haba tubuh meningkat dan tersebar keluar dari dasar tubuh


Thermodynamic menjadikan haba yang tidak teratur di persekitaran luar tubuh masuk ke bahagian dasar dan tulang hingga mampu menghapuskan segala bakteria berbahaya dan mampu mengawal segala bentuk biotik dengan seimbang.

CL 7 atau Pusat Kawalan Suhu mengawal suhu badan supaya tidak mengalami fenomena Hipothermia atau Hyperthermia. Dengan adanya kekuatan CL 7, badan tidak mudah mengalami masalah gangguan akibat kawalan suhu sehingga menyebabkan simptom keadaan seperti berikut:

TelingaKerap demam
Demam tiba-tiba
Suhu badan tinggi
Kurang pendengaran
Sakit telinga, telinga bernanah, gegendang telinga pecah
Buta warna
Tekanan darah tinggi / tidak stabil
Sakit kepala
Berpeluh dan menggigil
RahangPenyakit gusi
Sendi rahang berbunyi ketika mengunyah
Kancing gigi
MulutBibir kering / pecah
Lidah bengkak / merekah

Rahsia Hydrotherapy Ice

Kuasa tekanan daripada rawatan rendaman Hydrotherapy Ice menjadikan seluruh suhu badan terkawal dan diagihkan sama rata ke seluruh organ mengikut sukatan suhu organ masing-masing. Peranan Hidrotherapy Ice ialah menjanakan thermodynamic tubuh supaya menjadi bertambah kuat dengan cara mengawal Hypothermia dan Hyperthermia.

Niat membantu memfokuskan CL 7 Pusat Kawalan Suhu

Dengan berniat, kita boleh mengawal kekuatan badan untuk menerima keadaan suhu persekitaran. Anda boleh mencuba perkara ini ketika melawat ke tempat beriklim sejuk atau sekurang-kurangnya melawat ke pusat peranginan tanah tinggi. Ketika itu cuba niat yang anda boleh menghadapi keadaan sejuk tersebut tanpa mengenakan pakaian sejuk atau berkeadaan seperti biasa seperti sedang berada di iklim panas.

Ketika anda berjemur di tempat panas pula, cuba niat untuk menghadapi kepanasan tersebut dan merasakan anda seperti berada di tempat beriklim sejuk.

Kemahiran berniat untuk mengawal suhu badan ialah kuasa minda yang menjadikan tubuh tidak lalai hingga mudah ditembusi tenaga asing yang mengganggu kelancaran fungsi sel. Oleh itu, masalah ketika menjalani ekspidisi mendaki atau menyelam di dasar laut boleh diatasi dengan mengawal minda dan niat.


Kita boleh berjalan di atas api jika berniat yang api itu tidak panas atau niat yang api itu sejuk.


Langkah Sebelum Dan Selepas Rawatan Hidrotherapy Ice

[Gambar CL 7]

Sebelum seseorang pesakit menjalani rawatan rendaman Hidrotherapy Ice, pesakit diminta untuk mengambil rawatan CL 7 dalam tempoh 5 minit sebelum rendaman supaya Pusat Kawalan suhu menjadi kuat dan dapat membantu proses thermodynamic berlaku dengan cekap.

Selepas rendaman selesai, pesakit perlu membuat bilasan dengan air paip biasa, mengenakan pakaian dengan segera kemudian mengambil semula Formula CL 7 dan baring selama 5 minit sebelum keluar dari bilik rawatan.

Sebelum rendaman, penyakit menjadikan tubuh mengembang. Ketika rendaman, tekanan akan dikenakan. Randaman menjadikan kondensasi suhu berlaku yang bertindak menukar bentuk tenaga yang bertekanan rendah supaya terbongkar keluar atau membentuk tenaga baru yang bermanfaat. Selepas rendaman, pengembangan seperti asal diperlukan tetapi hendaklah secara perlahan-lahan.

Masalah Ketika Hidrotherapy Ice

Semasa proses rendaman Hidrotherapy Ice, suhu di bawah 10 Degree Celsius dalam keadaan malar adalah satu cabaran kerana suhu air dalam bath tub sentiasa meningkat semula.

Keadaan bath tub yang kecil dan suhu luar / bilik yang panas serta aliran jakuzi pada peringkat breeze menjadikan ais mudah cair. Ozonizer juga menyedut udara panas dari luar masuk ke dalam air. Untuk mengatasi masalah ini, ais terpaksa ditambah setiap 10 minit dan bilik rawatan Hidrotherapy Ice perlu dilengkapi dengan penghawa dingin dalam keadaan suhu dilaraskan pada takat 16 Degree Celsius.

Dalam tempoh 30 minit rendaman, kemasukkan 2 kilo ais yang pertama dibuat ialah sebelum pesakit masuk ke dalam bath tub (minit yang pertama), kemudian pada minit yang ke 10 dan minit yang ke 20. Pada minit yang ke 30 tidak perlu dimasukkan ais lagi kerana tempoh rendaman telah tamat.

Pesakit perlu berada dalam keadaan rehat dan hening. Rasa cemas dan gelisah akan menyebabkan ais mudah cair dan meningkatkan semula suhu air dalam bath tub.

Supaya proses rendaman mencapai resonan dan tidak diganggu oleh suhu persekiraran yang panas, rawatan Hidrotherapy Ice adalah paling sesuai jika dijalankan pada waktu malam antara waktu Isyak hingga sebelum Subuh.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Saya sedia merawat anda walau di mana sahaja anda berada.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 ulasan:

Tanya berkata...

Maaf juga mencelah di sini kerana saya menemui artikel ini pula.

Heart Attacks and drinking Warm Water


This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about heart attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this "sludge" reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

Mungkin jika Dr menulis tentang Sistem Pencernaan nanti (seperti yang Dr kata akan menulisnya nanti) agar dapat diterangkan juga kesan minum air sejuk selepas makan.

Terima kasih Dr

Tanya berkata...

Sedikit tambahan bagi menyokong artikel di atas...

Saya pernah menonton iklan sabun basuh pinggan yang memberi petua bagaimana hendak membersihkan minyak pada pinggan. Tidak lain tidak bukan adalah air panas. Air panas yang dibubuh sabun begitu cepat menanggalkan kesan minyak pada pinggan mangkuk.

Begitu juga pada arahan di botol klorin untuk membersihkan saluran sinki yang tersumbat. Setelah dibiarkan klorin yang dicurahkan ke dalam saluran semalaman, keesokan hari mestilah dicurahkan air panas agar lemak-lemak yang terbentuk di dalam saluran tersumbat akan pecah.



Terima kasih Dr.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Ini pun saya kene tulis satu lagi post untuk penjelasan lebih terpeinci, insya Allah. Harap bersabar menunggu penerbitannya.

Air tidak boleh diminum bersama makanan sama ada panas atau sejuk. Air panas lagi lah tak elok.

Saya ada tulis dalam post bertarikh 14 August, bertajuk Petua Pengambilan Makanan dalam sub topik Kurangkan Air.

Makanan apabila bertemu dengan air yang banyak amatlah bahaya, bukan sekadar serangan jantung, tetapi mengakibatkan sesak nafas, saluran hempedu tersumbat hinggalah kepada kematian mengejut.

Iklan basuh pinggan tu tayang kat UK ke? Di sana untuk membasuh baju atau pinggan, mandi dan bercukur semuanya pakai air panas. Jika mandi air dan membasuh dengan air sejuk di bawah suhu 15 dahjah celcius, tak tanggallah kotoran.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)