SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 11 Jun 2007

Kesan Tekanan Terhadap Kesihatan

Mereka yang jarang mengambil air sejuk atau ais sebagai amalan dalam minuman atau mandian, kemungkinan besar akan berlaku kesan tekanan (kesan pembongkaran) terhadap bentuk tenaga yang bertekanan rendah (tenaga bertekanan rendah ialah penyakit). Inilah sebabnya mengapa mereka yang mengambil ais akan mengalami gangguan atau rasa tidak selesa sejurus selepas mengambilnya.

Kesan tekanan pasti akan berlaku jika tekanan (ais) yang diambil tidak cukup kuat atau diambil sedikit tanpa berlaku resonan (maksudnya diambil sekali sekala atau tidak kerap).

Kesan tekanan akan berlaku berulang kali sekiranya setiap kali tekanan (ais) diambil, tekanan tersebut tidak mencapai tahap resonan.

Tekanan (ais) memberi kesan rawatan dan juga kesan pembongkaran secara serentak pada peringkat magnitud (iaitu peringkat awal atau fasa satu). Berikut ialah kesan akibat tekanan (iaitu pengambilan ais atau air sejuk) terhadap sesuatu kawasan organ;

KEADAAN
SEMASA
ORGAN
TERLIBAT
KESAN
TEKANAN
(PEMBONGKARAN)
KESAN
TEKANAN (RAWATAN)
Lesu, tiada
mood
CL1 
Kelenjar
Pineal
Sakit pada keseluruhan badanKuat semangat, berkeyakinan
Pelupa, kelam
kabut
CL
Kelenjar
Pitutary
Lenguh, kejangKuat daya
ingatan
Trouma
emosi, menipu, mencuri
CL3
Thalamus
KebasPenghayatan
tinggi, kasih sayang, memahami
Imsomnia,
hilang tumpuan, gangguan tidur
CL4
Hipothalamus
SembelitLena pada tahap delta
Alahan,
kebosanan
CL5
Kawalan Biotik
Dingin seksualCeria, alahan kebengkakan pulih
Resdung,
sinus
CL6
Sinus
Selsema, dingin seksualDamai di waktu pagi
Demam,
suhu tidak seimbang, telinga, mulut
CL7
Kawalan Suhu
Demam, dingin seksual, kesejukanTenang di waktu petang
Keliru,
tekanan perasaan
CL8
Medulla Oblongata
Keliru, murungTenteram di waktu tengah hari
Kahak,
gatal tekak, kehausan
CL9
Tyroid
Payau, masin, pahit, masam, batukSelera makan mulai ada dan terkawal
Sesak
nafas, batuk, perokok
CL10
Paru-Paru
Batuk, air liur banyakPuas menarik nafas
Mengah,
risau, panik
CL11
Jantung
Denyutan nadi cepatHilang dukacita, badan rasa ringan
Keliru,
was-was, hepatetis, kolestrol
CL12
Hati, Perut, Limpa
Hilang selera makan tetapi bernafsu tinggi terhadap makanan tinggi proteinKulit cerah, hilang rabun
Stress,
kerap kencing
CL13
Buah Pinggang
KeletihanKekuatan mental
Masalah
kulit
CL14
Hempedu
Cepat laparKekuatan emosi
Pedih
perut, gas
CL15
Pankreas
Cepat dahagaKekuatan emosi
Hypo
seks, hiper seks, dingin seks, hernia
CL16
Ovari, Testis
Tidak dapat kawal klimaks, tidak subur, masalah haidHernia hilang, penyabar, kurang marah
Lemah
tenaga batin, prostat
CL17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Hilang keinginan seksual, kelemahan ereksi zakarDeria seksual sensitif
Kebas,
darah tinggi, leukimia
CL18
Darah, Otot
Rasa mengantuk, berat kepala, peningBerkudrat,
bibir dan gusi pink, kulit muka cerah, kebengkakan pulih, pendarahan
pulih
Cirit-birit,
buasir, sembelit
CL19
Usus, Apandiks
Tidak rasa ingin buang air besar, berak berdarahTidur lena ke tahap delta
Kejang,
kesakitan, hilang deria rasa, sentuhan
CL20
Tulang, Saraf
Ruam, sakit lutut atau sendi, bangun pagi lesu, percakapan dan pergerakan
tidak lancar
Deria sentuhan pulih

Cara Mengatasi Kesan Tekanan Pembongkaran
Apabila tekanan dikenakan hingga ke tahap resonan, seluruh bentuk tenaga bertekanan rendah akan dinyahkan (atau dialirkan keluar). Sekiranya tekanan mencapai resonan, tenaga bertekanan rendah ditukar bentuknya kepada bentuk tenaga bertekanan tinggi.

Resonan boleh dicapai melalui pegambilan yang banyak, amplitud (amplitud bermaksud pengambilan berulang-ulang dengan kuantiti yang seragam dan dalam tempoh masa yang seragam) dan tekanan perlulah cukup kuat (ais mesti betul-betul sejuk).

Bermaksud, apabila minum air ais, minumlah dengan banyak dan berulang-ulang.

Fenomena Mitos Ais
"Orang tua" dulu-dulu tidak membenarkan pengambilan ais kerana takut "cepat tua" dan "bengkak urat" adalah satu mitos.

Perubatan antik tiruan (rawatan konvensional/hospital) tidak membenarkan pengambilan ais kerana kesan pembongkaran terhadap bahan kimia atau menjadikan bahan tersebut gagal bertindak-balas untuk merawat penyakit. Ini juga adalah mitos.

Biasanya, mereka yang jarang atau tidak pernah mengambil minuman atau mandian ais akan mengalami masalah kesan tekanan yang mengakibatkan pembongkaran. Contonya (kita ambil orang lemah paru-paru) jarang minum ais, sekali dia minum, dia akan batuk. Kemudian dia berhenti minum. Maksudnya tekanan pada peringkat fasa satu (magnitud) tidak berterusan ke tahap resonan. Tenaga bertekanan rendah akan kembali semula. Maksudnya dia masih lagi lemah paru-paru. Pada masa yang lain, sekiranya orang ini minum sekali lagi minuman sejuk, dia akan batuk semula, kemudian berhenti minum. Akhirnya akan keluar persepsi bahawa ais memudaratkan dirinya.

Ikan Dan Sayur Simpan Di Mana?
Apa jadi jika ikan dan sayur didedahkan ke cuaca panas?
Jawapan: Insya Allah ikan dan sayur akan rosak jika tidak disimpan ke peti sejuk atau kotak berisi ais.
Oleh itu, begitu juga kita.


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

4 ulasan:

Tanya berkata...

Sy dah baca sikit2 pasal cvt kat website dia... dan ada tulis pasal fakta kelebihan ais. Tapi boleh x Dr sertakan dengan jawapan saintifik bagi setiap fakta tentang ais tu supaya lebih yakin dan xde la nanti org cakap sekadar dakwaan biase je

Saya nak tanya pasal makan ais…. Amalan makan ais ni boleh dilakukan bile2 mase ke? 24 jam? Maksud saya takde ke waktu yang xleh makan ais, waktu yang xdigalakkan makan ke? Atau bleh ke saya buat kesimpulan lagi banyak ais kita makan setiap hari lagi bagus untuk diri kita….
Byk org cakap makan ais ni x bagus utk kesihatan malah biasanya saya dengar dari atlit dan ahli sukan yg mana cakap apabila mereka minum ais, stamina mereka berkurang. Meskipun boleh dikatakan dakwaan biasa tapi terbukti betul. Sebab itulah yang berlaku bila mereka minum ais! Jadi saya harap Dr. dpt bagi alasan yang saintifik iaitu jawapan dari segi sains tentang kesan makan ais terhadap fizikal dan kesihatan badan manusia. Supaya saye x konfius lagi yang mana satu betul dan xperlu la bimbang mkn ais byak2 ni.


Pastu tentang minum ais dan kesan kpd suara. Ni pun perkara yg sama. Org cakap jgn minum ais, nanti hilang suara, suara serak la... same cam tadi, byk dakwaan mkn ais ni x bagus utk suara dan terbukti betul. Ni kawan saye yang cakap. Dia rase xleh jerit kuat2 bila bagi arahan kawad kalau makan ais... jadi same la nak jawapan saintifik. Sy bukan pe just nak kepastian sebab bila kawan2 saya suruh bagi alasan saintifik pasal bagusnya makan ais, sy dh xleh jwb... nak cakap makan ais tu bagus gitu-gini bleh la sy ckp.

babylito berkata...

Sebut tentang AIS mesti orang akan kaitkan dengan penyakit BATUK. Namun cara berikut mungkin boleh membantu untuk sesiapa yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran seperti BATUK akibat mengambil AIS.

A cure for coughing

Don't laugh, it works 100% of the time although the scientists at the Canada Research council (who discovered it) aren't sure why.

To stop night time coughing in a child or adult as we found out personally, put Vicks Vaporub generously on the bottom of the feet at bed time then cover with socks. Even persistent, heavy, deep coughing will stop in about 5 minutes and stay stopped for many, many hours of relief. Works 100% of the time and is more effective in children than even very strong prescription cough medicines. In addition it is extremely soothing and comforting and they will sleep soundly.

The head of the Canada Research Council described these findings on the part of their scientists when they were investigating the effectiveness and usage of prescription cough medicines in children as compared to alternative therapies like acupressure. Cough medicines for kids often do more harm than good due to the chemical makeup of these strong drugs. It was a surprising finding and found to be more effective than prescribed medicines for children at bedtime, and in addition, to have a soothing and calming effect on sick children who then went on to sleep soundly.

Someone who tried it said it felt like a warm blanket enveloped her, the coughing stopped in a few minutes and this was a deep, (incredibly annoying!) every few seconds, uncontrollable cough, plus she slept cough free for hours every night that she used it.

So, if you have grandchildren, pass it on. If you end up sick, try it yourself and you will be absolutely amazed by the effect.

Tanpa Nama berkata...

mcmane nak kurang kan tabiat mengunyah ice..?
habit sy adelah mengunyah ice...
cube utk stop tp
still tak boleh...

Unknown berkata...

salam.
dari mana boleh saya dapatkan info pasal ais ni lagi.contoh: kesan fizikal dan mental terhadap orang yang suka maan ais ataupun keburukan dan kebaikan makan ais.
harap anda dapat tolong saya.=)

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)