SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sabtu, 23 Jun 2007

Lelaki Lembut

Syukurlah jika ada lelaki lembut yang ingin berubah untuk pulih. Mudah-mudahan maklumat dalam post ini dapat membantu.

Kategori

Berikut ialah katagori lelaki lembut yang dikaji berdasarkan perspektif tahap yang dipengaruhi personaliti dan psikologi;
KAREKTOR
TAHAP SATU
  • Pergerakan dan percakapan lembut seperti cara berjalan dan melakukan pekerjaan.
  • Nada suara lembut
TAHAP DUA
  • Menyukai sesuatu yang lembut atau yang disukai oleh wanita.
  • Suka berkawan, bergaul, berbual dan berurusan dengan wanita.
  • Menyukai perbuatan dan pekerjaan yang dilakukan wanita.
TAHAP TIGA
  • Daya tarikan seksual terhadap wanita berkurang.
  • Boleh jadi menyukai lelaki
  • Berani menonjol dengan ciri-ciri fizikal yang menyerupai wanita.
TAHAP EMPAT
  • Menerima hakikat bahawa diri mereka memiliki ciri jantina unik. Maksudnya mereka tidak mahu mengaku lelaki dan tidak juga mahu mengaku wanita.
  • Selesa dengan karektor yang menyerupai wanita.

Setiap tahap akan melahirkan sesuatu personaliti berdasarkan tahap psikologi.

Tahap satu, boleh terjadi kepada sesiapa sama ada bersifat sementara atau jangka panjang. Ia tidak mendatangkan masalah dan sukar dikenali pada peringkat awal. Ia boleh pulih semula setelah disedari atau ditegur oleh rakan atau mereka pada tahap ini akan meneruskannya jika mendapat sesuatu dorongan. Salah satu bentuk dorongan ialah apabila mendapati rakan wanita selesa dan selamat untuk bergaul dengannya. Biasanya hampir semua wanita rasa selamat setiap kali bergaul dengan lelaki lembut pada tahap satu. Dorongan lain adalah seperti layanan ibu bapa terhadap anak lelaki seperti melayan anak perempuan atau adik-beradik atau rakan-rakan kejiranan yang didominasi oleh perempuan sejak kecil. Tahap ini bukanlah satu masalah, tetapi disebabkan gangguan peringkat akut terhadap penghasilan hormon testosterone.

Tahap dua, ciri-ciri tahap satu masih ada tetapi cara pemikiran dan psikologi lebih kepada menyukai sesuatu yang disukai wanita. Selesa melakukan kerja-kerja ringan seperti yang mampu dilakukan oleh wanita. Rasa selesa dan selamat bergaul dengan wanita berbanding lelaki. Mahu suka kelihatan seperti apa yang wanita suka pada dirinya seperti suka kelihatan cantik, ayu, sopan dan lemah lembut.

Tahap tiga, hormon testosterone benar-benar berkurang dan menyebabkan daya tarikkan seksual tersongsang. Lebih tertarik dengan lelaki yang berbadan sasa. Jarang berlaku tahap tiga ini tertarik dengan lelaki bertubuh biasa. Hilang minat untuk menyukai wanita walaupun organ seksualnya boleh berfungsi seperti normal dan memiliki sperm yang subur. Penampilan fizikal biasanya ada ciri-ciri seperti wanita seperti pemakaian aksesori wanita. Mereka dapat dikenali dengan jelas pada peringkat ini. Gejala gay atau seks luar tabii adalah keadaan pada tahap tiga walaupun keadaan fizikal tidak nampak bercirikan seperti wanita.

Tahap empat, menerima hakikat diri dan berani mengikhtiharkan diri sebagai "Mak Nyah". Kecetekan pengetahuan agama menjadikan mereka berani mengambil dadah estrogen supaya ciri-ciri seks sekunder muncul seperti suara tidak garau, halqum tidak timbul, bulu roma pada wajah seperti misai, janggut dan jambang tidak muncul. Malah estrogen ini merampingkan perut dan menjadikan dada dan punggung berisi. Selain estrogen, suntikan kimia untuk merencatkan testosterone juga diambil supaya badan tidak menjadi sasa. Pengambilan perencat testosterone amat berisiko tinggi kerana bahan tersebut bersifat kolestrol tepu yang boleh menyebabkan strok, serangan jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang. Tanpa kesedaran ilmu agama yang sempuna, lelaki lembut pada tahap empat akan menjalani pembedahan yang paling tidak beretika (yang dikendalikan oleh rawatan klasik (allopathic) yang sememangnya tidak beretika) iaitu dengan menukar atau membuang organ seks lelaki dan mengubahsuai menjadi seperti organ seks wanita. Namun begitu, pembuangan ini tidak memungkinkan mereka mengandung kerana mereka tidak memiliki rahim dan ovari yang boleh menghasilkan ovum.

Hukum Keseimbangan

Tidak kira apa pun gelaran untuk mereka, tetapi adalah lebih sopan jika mereka digelar "Lelaki Lembut". Kebanyakkan masyarakat memandang serong terhadap lelaki lembut. Secara kesimbangannya lelaki lembut itu sendiri memandang serong terhadap masyarakat normal. Kemungkinan lelaki lembut ini beranggapan lelaki normal tidak ada kebolehan seperti mereka. Maka mereka akan prejudis terhadap lelaki normal. Lelaki normal pula akan beranggapan bahawa lelaki lembut ini sengaja atau mengada-ngada berkelakuan sedemikian, lantaran lelaki normal memandang rendah terhadap lelaki lembut.

Sebenarnya, lelaki lembut tidak diminta dilahirkan begini. Mereka tidak menyedari perubahan yang berlaku hinggalah pada peringkat tahap ketiga. Ketika itu, agak sukar untuk membaikinya.

Dorongan yang berlaku pada tahap pertama iaitu daripada rakan-rakan wanita dan pendedahan tarhadap orang perempuan sejak kecil berpunca daripada kuasa tarikan (The Law of Attraction) . Kuasa tarikan ini terjadi kerana gangguan penghasilan hormon testosterone. Kanak-kanak lelaki yang kekurangan testosterone akan merasa sunyi, bosan dan tertarik dengan kanak-kanak perempuan. Rasa tertarik ini akan menjadikan kanak-kanak lelaki ini terus menyediakan "ruang" untuk selalu atau kerap bergaul, berkawan, terlihat dan berjumpa dengan kanak-kanak perempuan. Walaupun terdapat ramai kawan-kawan lelaki, tetapi Hukum Keseimbangan menjadikan mereka tetap akan berinteraksi dengna kanak-kanak perempuan. Keadaan ini akan terterusan yang peningkatan tahap kategori lelaki lembut ini akan berlaku dalam tempoh yang lama, peringkat demi peringkat hingga remaja dan dewasa.


Rancangan TV yang tidak beretika menyiarkan lakonan lelaki lembut adalah pengaruh yang paling merosakkan lelaki lembut pada tahap pertama.



Walaupun rancangan TV tidak menyiarkan lakonan lelaki lembut, namun personaliti lembut juga adalah pengaruh halus yang turut boleh memudaratkan lelaki lembut tahap pertama.


Filem "waris jari hantu" memaparkan watak lelaki lembut. Malang sudah cukup memberi impak besar sebagai faktor dorong lelaki lembut.

Memandangkan fenomena lelaki lembut ini terjadi dalam tempoh masa yang panjang, maka maklumat DNA dan RNA telah terbentuk dengan mantap. Oleh itu, rawatan khusus perlulah sentiasa intensif dan bersungguh-sungguh. Syukur kerana Attitude Therapy mempunyai kaedah mensenyawakan DNA dan RNA ke arah schumenn atau harmoni untuk membaiki maklumat DNA dan RNA yang dinodai atau rosak.

Hormon Testosterone

Hormon testosterone bertindak mengalirkan isyarat elektrik dalam bentuk gelombang yang membawa maklumat kelelakian ke seluruh sel dalam tubuh supaya setiap organ menjalankan tugas mengikut keperluan seseorang lelaki.

Testosterone dihasilkan oleh testis. Setiap sel testis mempunyai 46 kromosom. Testis mempunyai panjang gelombang pada bacaan kira-kira 630 nanometer atau menyamai dengan panjang gelombang warna oren atau perang. Frekuensi oren mempunyai sifat pengutuban yang kuat atau bermaksud mempunyai daya tarikan ion proton (caj positif) yang tinggi. Oleh itu, kromosom pada bahagian testis adalah yang paling mudah bersenyawa berbanding dengan sel organ yang lain. Semua sel pada tubuh badan kita akan bersenyawa dengan sel yang mempunyai jumlah kromosom yang tidak stabil.

Kromosom yang tidak stabil datang daripada makanan berkolestrol tepu. Kata kunci untuk mengenal kolestrol tepu ialah "daging bukan merah". Makanan laut (kecuali ikan) seperti sotong, udang, ketam dan siput mempunyai kromosom yang paling tidak stabil dan tidak pernah seragam seolah-olah jenis haiwan tersebut mempunyai banyak spesis yang sentiasa bermutasi atau berevolusi dengan pantas. Contohnya udang galah mempunyai kromosom yang berbeza antara 30 ke 300 kromosom walaupun jenis udang tersebut sama dari segi fizikal. Selain makanan laut, makanan organ dalaman seperti usus, limpa, hati dan sum-sum tulang juga mempunyai kolestrol tepu selain logam berat (hati) dan bergelombang infra-red (tulang).

Amalan memakan daging bukan merah terutamanya sotong dan udang dengan banyak adalah penyebab kepada gangguan penghasilan hormon testosterone oleh testis.

Simptom Kekurangan Testosterone

Tanda kekurangan testosterone ialah seseorang lelaki akan merasa bosan, kemurungan, kesunyian, rasa persekitaran malap atau seperti senja berlabuh. Biasanya lelaki yang mempunyai perasaan begini akan mendapatkan hiburan seperti keluar dengan rakan, menonton TV atau mendengar radio dan sebagainya. Pada peringkat yang tidak bermoral, mereka akan mengambil rokok atau alkohol atau sebagainya.

Kemurungan yang disebabkan oleh kekurangan testosterone menjadikan seseorang lelaki kelihatan seperti tegas atau serius, mudah panas baran, pemarah dan jika kesabaran tidak dapat dikawal ia boleh menular kepada tindakan yang ganas.

Hormon testosterone membantu kekuatan kawalan biotik (CL 5) Kekurangannya boleh menyebabkan daya kawalan biotik badan lemah. Akibatnya akan timbul pula simptom seperti alahan dan simptom berkaitan dengan sinus.


Hormon tiruan memang telah lama dihasilkan tetapi ia adalah sejenis dadah. Dadah testosterone tidak dapat membantu kerana ia tidak serasi dengan tubuh, oleh itu ia terpaksa diambil dengan banyak dan kesannya hanya bertahan dalam tempoh 24 jam sahaja. Penambilan pada dos yang tinggi amat berkesan tetapi 100% mendatangkan kesan sampingan kerana ia akan merosakkan buah pinggang dan jantung.

Satu satunya cara untuk merangsang penghasilan hormon testosterone semula jadi ialah dengan mempertenagakan sel testis semua dan membaiki DNA dan RNA dalam sel testis supaya kembali normal menghasilkan testrogen yang mampu membawa isyarat kelelakian yang sempurna ke seluruh tubuh. Attitude Therapy menghasilkan formula CL 16 untuk mempertenagakan testis. Formula ini juga boleh digunakan untuk wanita bagi mempertenagakan ovari.


Bunga ros putih mempunyai lebih 300 unsur senyawa yang boleh bertindak mensenyawakan DNA dan RNA dalam sel tubuh manusia. Untuk mendapatkan kesemua unsur senyawa tersebut, hanya dengan melalui proses "cool compresed" sahaja kerana proses lain akan memusnahkan semua unsur senyawa tersebut.

Aromatherapy Seri Wangi dihasilkan daripada beberapa pati bunga termasuk bunga ros putih melalui proses cool compresed.

Penyakit Lelaki Lembut

Lelaki lembut pada tahap ketiga dan keempat mempunyai banyak gangguan kesihatan. Kekurangan testosterone menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu dan penyerapan kalsium berkurang. Akibatnya mereka mudah mendapat sakit sendi tulang, berpostur bengkok. Psikologi yang muncul daripada gelaja ini menjadikan mereka berkedudukan seperti "berposing" atau berdiri sebelah kaki, duduk menyilangkan kaki, menongkatkan dagu dan sebagainya.

Kemurungan akibat kekurangan testosterone menjadikan mereka mudah melenting.

Masalah kekurangan kalsium adalah risiko kepada penyakit osteoporosis atau kereputan tulang. Mereka mudah mendapat kecederaan tulang apabila ditimpa kemalangan. Kadang-kala, ketika berjalan seperti biasa pun mereka boleh "terpele'ot" (dislocate).

Rawatan Lelaki Lembut

Kolestrol tepu boleh diuraikan oleh hati. Tetapi jumlah kolestrol tepu yang tinggi akan menyebabkan proses penguraian kolestrol tepu tidak cakap atau boleh menjejaskan hati itu semula. Oleh itu, Attitude Therapy akan merawat masalah kolestrol tepu dengan cara mempertenagakan hati dengan menggunakan rawatan formula CL 12 (Hati, Perut, Limpa).

Rawatan ini mempunyai fasa tersendiri kerana ia perlu diseimbangkan dengan kadar tekanan darah sama ada pada peringkat CL 7 (Kawalan Suhu) untuk rawatan darah tinggi atau CL 8 (Medulla Oblongata) untuk rawatan tekanan darah rendah. Kolestrol tepu yang terurai akan menghasilkan urik asid dan protein ringkas. Urik asid akan dinyahkan melalui pembuangan urin oleh buah pinggang dan dinyahtinja oleh usus. Buah pinggang yang lemah perlu dipertenagakan dengan formula CL 13 (Buah Pinggang). Usus yang lemah perlu dipertenagakan dengan formula CL 19 (Usus). Namun keseimbangan kekuatan usus perlu diselaraskan dengan kekuatan CL 4 (Tumpuan/Hipothalamus).

Akhir sekali Formula CL 16 adalah rawatan untuk mempertenagakan testis supaya hormon testosterone yang mengawal sifat kelelakian dapat dirembeskan dengan sempurna.

Walaupun kolestrol tepu telah terurai, namun DNA dan RNA yang telah terbentuk dengan lama masih akan mempengaruhi karektor. Karektor dapat dibaiki dengan daya pemikiran kreatif atau EQ. Formula JERI yang telah dihasilkan oleh Attitude Therapy dapat membantu menterapikan minda melalui penghayatan dan kawalan minda terhadap karektor yang menyamai wanita.

DNA dan RNA masih ada harapan untuk dibaiki melalui pensenyawaan oleh unsur dalam Aromatherapy Seri Wangi. Aromatherapy Seri Wangi boleh diambil dengan cara diminum bersama air sejuk berais.

The Law of Attraction

Selagi lelaki lembut menyangka dirinya lembut, maka selagi itulah dirinya akan terus lembut. Lelaki lembut hendaklah berfikiran positif bahawa diri itu boleh pulih, insya Allah.


Kuasa pemikiran mampu merangsang hormon. Bayangkan badan itu sasa seperti lelaki sejati. Anda tidak perlu bertukar menjadi ganas kerana lelaki sejati bukan bermaksud ganas. Bayangkan anda boleh lakukan kerja-kerja kasar seperti yang dilakukan oleh lelaki sasa.

Tidak perlu mengambil rokok, suntikan hormon (semua suntikan ini adalah dadah), alkohol atau sebagainya untuk nampak macho. Ia tidak akan mengubah "kelembutan" sebaliknya membawa kerosakan.
Berdoa dan tumpukan doa adalah rahsia niat dan kuasa pemikiran yang hebat. Inysa Allah doa boleh membantu pemikiran anda terdorong untuk berkarektor seperti lelaki sejati.

Khunsa

Khunsa adalah kajian kes yang terkecuali daripada lelaki lembut kerana mereka boleh memiliki kedua-dua testis dan kelenjar ovari. Kekuatan minda biasanya menjadikan mereka boleh memilih untuk ke arah jantina yang lebih dominan.


8 ulasan:

Baby_syahiran berkata...

Dewasa ini, terdapat lelaki yang berminat untuk menjadi wanita dan menggunakan alasan kemahuan semulajadi-naluri. Di negara Barat,satu kajian telah dibuat untuk 'menghalalkan' status ini. Kajian saintifik itu menyatakan terdapat lelaki yang mempunyai hormon perempuan yang berlebihan dan ini menyebabkan kecenderungan mrk berkelakuan spt perempuan.Oleh itu,mrk tidak patut dipersalahkan. Ibubapa seharusnya peka dengan tingkahlaku anak-anak mrk krn kecenderungan ini boleh dilihat semasa kecil lagi, sewaktu itu kita berperanan menjelaskan perbezaan di antara lelaki dan perempuan, conothnya jika ada kanak-kanak lelaki yang suka dgn alat solek ibu mrk,mrk perlulh ditegur dan menjelaskan peralatan itu adalah utk wanita. Terdapat sesetengah ibubapa yang menegaskan bhw sewaktu kecil anak2 mrk normal, mungkin mrk tidak menyedarinya krn terdapat kes lelaki yg mengaku sendiri bhw mempunyai minat dgn aktiviti2 wanita sejak kecil sedangkan ibunya menuduh dia berubah slps memasuki Institut Pengajian. Faktor lain, kemungkinan ibu yg sdg mengandung mengharapkan anak perempuan ttp sebaliknya mendpt anak lelaki. Saya pernah mendengar satu kes di mana semasa seorg abyi dilahirkan,tidak mempunyai alat sulit krn perasaan ibu yg bebelah bahagi utk mendpt anak lelaki atau perempuan,walaupun ini merupakan kes terpencil, ia tidak boleh diperlekehkan. Disebabkan itu juga, CVT tidak menggalakkan ibu mengandung melakukan 'scan', tambahan pula ia bkn 100 % betul. Pengalaman saya semasa mengandung tlh pergi ke Klinik A dan di sana Dr. mendakwa anak sy adalah perempuan,tetapi apabila pergi ke hospital B,Dr. mengatakan anak tersebut lelaki,alhamdulillah, sy tidak terlalu bergantung dgn keputusan scan tersebut dan redha dgn bayi yg dikandung samada lelaki atau perempuan. Oleh itu, para ibu perlu sedar, mrk juga turut menyumbang kpd masalah lelaki lembut ini, dan jgnlah terlalu berharap, redha dgn kurniaan Allah (S.W.T) kpd kita. Sy juga mendengar saranan dr Jab. Agama Islam untuk menyuntik 'lelaki lembut' dgn hormon testestorone. Masalah masih tidak akan selesai, mungkin mrk akan nmpk perubahan dr segi fizikal ttp naluri ke arah keperempuanan masih sama.
Pengaruh media juga penting, pada satu masa dahulu, kerajaan pernah mengharamkan sitcom yg melibatkan watak lelaki lembut,ttp skrg tidak lagi. Memang dari satu segi, kita lihat aksi lelaki lembut menghiburkan ttp watak inilah sebenarnya yg mempengaruhi anak-anak di luar sana.
Bgm pula dgn undang2 IPT? Skrg semakin ramai pelajar IPT menjadi lelaki lembu. Mrk bebas bergerak dgn memakai pakaian wanita. Tidak ada undang2 IPT utk menyekat aktiviti mrk,mungkin krn dari segi akademik pelajar ini cemerlang ttp tidakkah sahsiah diri juga penting?
Akhir sekali,sama2lah kita kembali kpd Fitrah dan tanamkan dalam minda kita bhw lelaki lembut sepatutnya 'bukan fenomena biasa' dan ia perlu ditangani,percayalah kita tlh diciptakn dgn begitu sempurna, knp kita perlu ubah fizikal dgn alasan naluri mempengaruhi diri,wallahu'alam.

MohdHafez.Net berkata...

Kadang-kala terfikir juga, dalam al-quran ada menyebut di akhir zaman nanti akan berlaku keadaan di mana lelaki berupa wanita dan wanita akan berupa lelaki. Kita boleh lihat semua itu berlaku pada hari ini, mungkin kita sudah sampai di akhir zaman itu. Wallahualam, saya cuma terfikir.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana untuk membantu mereka jika kita seorang perempuan@lelaki...

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Fenomena yang berlaku ini tidak sepatutnya dikesali atau diberi tanggapan negatif. Sebenarnya ini ialah gejala akibat gangguan hormon dan kod genetik.

Ia boleh dirawat sehingga sembuh sepenuhnya dan tidak mustahil dengan testimoni yang terkumpul serta rekod-rekod yang 100% berjaya setakat ini.

Yakin dengan kuasa Allah yang Maha Besar boleh menyembuh dan menyelesaikan sebarang masalah. Kita ada ikhtiar dan kaedah rawatan yang lengkap dan terbaik, dengan doa dan izin Allah, ia boleh dirawat.

Tanpa Nama berkata...

Saya seorang gay berumur 36 tahun dan masih bujang. Jika dilihat secara luaran tiada perbezaan antara saya dengan lelaki yang lain cuma saya memang tiada nafsu langsung terhadap wanita. Saya penah beberapa kali melanggani pelacur dan GRO yang cantik-cantik untuk betul2 memastikan status emosi saya tapi ternyata saya tidak bernafsu langsung terhadap perempuan. Seingat saya, saya mula meminati lelaki semenjak umur saya 9 tahun dan mula bergiat aktif dengan dunia semenjak umur saya 28 tahun.

Saya memang telah lama ingin menjadi normal. Saya amat takut jika status saya diketahui umum. Oleh yang demikian, bolehkah rawatan ini saya lakukan sendiri di rumah dengan panduan dari Dr sendiri.

Saya boleh dihubungi di email saya sunhotbridge@yahoo.com

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Saya harap saudara dapat menghubungi saya dan dapatkan rawatan. Masalah ini boleh dirawat, insya Allah.

Dengan adanya semangat dan keazaman, ia akan menjadi betambah mudah.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa tak selamat dan malu jika bercakap ngan lelaki lembut. saya kawan perempuan dia.

PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Lelaki lembut mengalami masalah kecelaruan aura atau lingkaran elektromegnetik akibat kecelaruan identiti daripada tidak balas hormon.

Sekiranya kita menyedari seseorang itu lelaki lembut atau mereka yang jelas menukar jantina, cuba sedaya upaya agar tidak menghampiri mereka dengan kerap. Lelaki lembut atau orang yang menukar jantina amat kuat menyerap tenaga aura orang lain sehingga orang disekitarnya boleh terdorong untuk turut menjadi lembut sepertinya. Ia boleh terjadi kepada wanita dan lelaki. Biasanya kawan baik kepada lelaki lembut akan turut berkelakuan seperti lembut.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)