SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Rabu, 23 Januari 2008

Rahsia Kegelapan

Kegelapan yang kita tidak dapat melihat apa-apa sebenarnya ialah ruang untuk laluan "sinar" yang amat terang benderang yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar sebaliknya cuma boleh dikesan oleh Kelenjar Pineal (CL1) ketika ketika gelombangnya berada pada peringkat delta.

Sistem kederiaan hanya mampu mengesan "sinar" sekiranya tidak ada halangan daripada sebarang cahaya nampak yang lain atau sebarang bentuk getaran yang amat tinggi frekuensinya.

Sifat Terhad Deria

Semua deria yang terdapat pada tubuh badan tidak mampu mengesan sebarang frekuensi yang lebih rendah daripada frekuensi yang sedang dikesan ketika itu atau dalam sesuatu masa yang serentak.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan sesuatu frekuensi. Ketika sesuatu deria sedang mengesan frekuensi yang tinggi, dalam waktu yang sama, frekuensi yang rendah akan terhalang.


Kedudukan Getaran
Eksperimen di bawah menunjukkan tayangan gambar daripada TV yang kelihatan silau apabila dilihat menerusi cahaya lampu meja.
Eksperiment silau

Eksperimen di bawah menunjukkan perbezaan keadaan langit cerah (tidak berawan) yang sama, pada waktu yang sama, yang dilihat di dua tempat yang sama.


Pencerapan bintang dari dua kawasan
Atau sila lihat di tempat yang sama yang dinyalakan lampu seperti gambar di bawah.
Bintang kelihatan dalam gelap tetapi silau ketika terang
Resonan Sinar

Sinar ialah tenaga yang diperlukan oleh Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary setiap hari untuk membantu merembeskan hormon-hormon yang penting untuk keperluan tenaga dan keseimbangan tubuh. Cahaya sinar berfrekuensi amat rendah iaitu di bawah 400 nanometer atau bawah 2 Hertz. Sewaktu tubuh berada dalam keadaan penyelarasan sel dan neuron, serta ketika tubuh dalam keadaan rehat dan ketika tubuh sedang melakukan sesuatu rawatan seperti kecederaan, luka, kepatahan, kematian sel-sel dorman dan sebagainya, maka Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary akan menjalankan fungsinya. Ketika itu, keperluan sinar amat mendesak.

Berikut ialah kaedah resonan untuk mendapatkan sinar;

Tidur dalam kegelapan.

Otak akan berada dalam keadaan yang resonan dengan sinar apabila tahap keaktifannya berada pada gembang delta. Tahap delta hanya boleh dicapai apabila kita dapat tidur dalam keadaan yang lena. Maklumat lanjut mengenai tidur delta telah ditulis dalam blog ini dalam post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan
Mereka yang mengamalkan tidur dalam cahaya terang akan mudah menjadi pelupa dan apabila meningkat umur, akan timbul simptom seperti amnesia (nyanyuk).

Mandi ais dalam keadaan gelap atau mandi malam.

Dalam air yang sejuk dan ais mempunyai banyak elektron atau ion-ion negatif terdapat getaran sinar. Getaran sinar ini hanya akan diperolehi dengan resonan apabila kita mandi dalam keadaan gelap terutamanya ketika waktu malam.

Amalan yang tidak menyihatkan ialah seseorang itu mendedahkan dirinya kepada angin yang kencang atau di bawah kipas yang berpusing kencang setelah mandi, lebih-lebih lagi sekiranya tubuh tidak dikeringkan atau tidak mengenakan pakaian setelah mandi malam. Mandi air yang sejuk akan mewujudkan thermodinamik atau pemendaman haba, tetapi angin akan menyebabkan haba tubuh terbebas berserta hidrasi. Alternatif terbaik ialah tidur berselimut dalam bilik yang dipadamkan lampu dan berhawa dingin sejurus selepas mandi malam.

Balutan dengan kain Cotton (kain kapas).

Kain kapas adalah pengalir elektron yang terbaik. Membuat balutan terhadap luka, bengkak atau sesuatu kecederaan sehingga mewujudkan kegelapan akan menjadikan pembinaan tisu-tisu baru di bahagian yang tercedera jauh lebih cepat walaupun pada waktu siang. Dalam kegelapan balutan, hanya sinar yang akan menembusi balutan dan mempertenagakan sel.
Bandage Cotton

Berada dalam bilik gelap selama 30 minit untuk pesakit migrain.
Migrain
Getaran sinar amat menghampiri dengan getaran bahagian otak Hipothalamus (CL3) yang menyamai dengan warna pink. Sinar boleh mempertanagakan organ-organ di bahagian bawahan terutamanya Hipothalamus. Mereka yang diserang migrain apabila masuk ke bilik yang gelap akan hilang serangan tersebut dalam tempoh kira-kira 30 minit.

Takut Gelap

Keadaan semulajadi pada waktu siang ialah terang manakala keadaan semulajadi pada waktu malam ialah gelap. Mereka yang takut dengan keadaan semulajadi sebenarnya mempunyai simptom jangkitan penyakit. Mereka yang takut dengan kegelapan pada waktu malam biasanya ialah mereka yang menghidap masalah kemurungan atau alergi (berkaitan dengan formula CL5) dan masalah kanak-kanak nakal seperti ADHD, ADD atau Impulsivity dan Disleksia (berkaitan dengan formula CL3).

Pada waktu siang, mereka yang sentiasa membiarkan ruang dalam bilik atau rumahnya bergelap pula ialah mereka yang mengalami masalah yang sama juga tetapi ditambah dengan masalah lemah semangat, mengidap masalah gangguan spiritual seperti saka, sihir, santau dan sebagainya (berkaitan dengan formula CL1). Sepatutnya keadaan dalam rumah pada waktu siang hendaklah terang dan membenarkan cahaya matahari terutama cahaya matahari pagi masuk ke dalam rumah.

Penghadaman berlaku dalam kegelapan

Semua zat dan pemakanan yang dimakan akan mudah dicernakan ketika sistem penghadaman berada dalam kegelapan. Dalam kegelapan semua enzim dan hormon dapat dirembeskan dalam keadaan yang paling optimum. Proses ini berjalan dengan lancar ketika seseorang sedang tidur dalam kegelapan malam. Sebarang keracunan atau pengumpulan lemak dan toksik akan dipecahkan atau dicernakan semasa dalam kegelapan.

Janin terbina dalam kegelapan

Bayi dalam kandungan dapat berkembang dan sihat dan sempurna di dalam janin yang dilindungi oleh kegelapan. Sebarang unsur luar seperti melakukan ultra sound akan menyebabkan kegelapan dalam janin telah dicerobohi oleh frekuensi yang amat tinggi dan memusnahkan banyak sel-sel dorman. Ibu yang tidur dalam kegelapan dapat mengelakkan bayi yang bakal lahir diserang penyakit epilepsi (sawan atau tarik). Maklumat lanjut mengenai perkara ini telah ditulis dalam blog ini dalam katagori Ibu dan Bayi.

Sinar ialah bau-bauan harum

Bau-bauan semulajadi yang harum turut membawa bersama getaran sinar di dalamnya. Bau-bauan ini hanya boleh dikesan oleh Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary dan dihantar atau diagih-agihkan ke seluruh tubuh sebagai tenaga. Antara ciri-ciri bau-bauan ini ialah ia cuma boleh dihidu sekali sekala sahaja dalam sesuatu waktu atau sekali sahaja dalam sesuatu hari. Misalnya haruman mawar putih dan lavender cuma dapat dihidu sekali sahaja. Kemudian peluang untuk menghidunya sekali lagi amat tipis walaupun dicuba berkali-kali. Inilah dia Aromatherapy. Terdapat banyak jenis aromatherapy yang mempunyai getaran yang berbeza.
Aromatherapy
Kasih sayang sebagai medium sinar
Wanita dan kanak-kanak tidak digalakkan memakai bau-bauan terutama bau-bauan tiruan kerana kebanyakan wanita yang bersuami sebenarnya boleh mendapatkan getaran sinar daripada medium kasih sayang daripada suami atau bapa (bagi kanak-kanak).
Bagi wanita yang belum bersuami atau telah menjadi janda, mereka sebaiknya pulang kepada bapa supaya sentiasa mendapat kekuatan semangat, insya Allah.

Colour Level Super, CLS

Sebagai alternatif, Attitude Therapy telah menghasilkan sebuah formula yang mengandungi 'sinar' khas yang resonan diambil pada bila-bila masa dan keadaan. 

Semoga anda dimurahkan rezeki dan dibahagiakan oleh Allah. Sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh, sila hubungi kami. Kami sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh

hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)

untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

8 ulasan:

titian blog serumpun berkata...

Tahniah ada lagi income hari ini, Post yang Dokter tuliskan bagi saya sebuah income besar,sebab tu saya selalu check email,walaupun tidak memberi komen masa ini,namun saya ada menyiapkan banyak ulasan untuk setiap post diblog Dokter ni,,cuma perlu kajiann lebih baik untuk mengelak ulasan yang boleh mengelirukan pembaca lain kelak,dan ulasan itu intinya adalah sokongan padu dengan fokus khas CVT.Insyallah saya akan selitkan satu demi satu dimasa hadapan,mungkin saat tidak ada lagi kuiz baru saya selitkan,kerana masa ini terlalu padat jadual luar dan dalam.

Baby_syahiran berkata...

Cahaya elektrik waktu malam berkemungkinan punca barah payu dara: Sumber : Berita Harian

Menurut satu penyelidikan di London,tidur dalam keadaan lampu yang terpasang atau berjaga sehingga lewat malam dikenal pasti sebagai antara punca seseorang wanita boleh diserang barah payu dara. Kajian ini dijalankan oleh Institut Barah Kebangsaan dan Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar di Amerika Syarikat yg membongkar rahsia kepada peningkatan kadar barah payu dara di negara kaya yang mencatatkan bilangan lima kali lebih tinggi berbanding di negara membangun.

Didapati cahaya elektrik yang digunakan pada waktu malam dipercayai menjadi salah satu penyebab penyakit kanser.

Kajian berulang kali menunjukkan pekerja syif malam seperti jururawat atau pramugari - 60 peratus lebih berkemungkinan diserang penyakit maut itu.

Cahaya elektrik yg merupakan cahaya tiruan tlh mengganggu sistem pertahanan tubuh dimana Profesor George Brainard dari Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia menyatakan bahawa "Tubuh direka untuk berjaga pada waktu siang dan tidur pada waktu malam. Kini kita mempunyai masyarakat yang berjaya 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu dan ia tidak harmoni dengan rekaan biologi kita.”

Kajian menunjukkan cahaya lampu pada waktu malam mengganggu salah satu pertahanan semula jadi tubuh yang paling kuat menentang barah iaitu melatonin yang digelar ‘hormon kegelapan.’

Ia yang dikeluarkan oleh kelenjar pineal pada waktu malam dan terutamanya pada awal pagi yang menghalang pertumbuhan barah dan meningkatkan sistem komunikasi.

Kajian ini selari dgn CVT yg menggalakkan kita tidur dalam kegelapan utk membenarkan kelenjar pineal menjalankan tugasnya dan membongkar rahsia kegelapan, tidak hairan org dulu2 tidak atau susah hendak mendapat penyakit kanser berbeza dgn skrg dimana semakin canggih teknologi, semakin kita lupa menjaga keperluan tubuh kita.

DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Sebenarnya fakta megnenai kegelapan dan kesihatan amat luas untuk dibincangkan. Komen baby_syahiran ini akan saya panjangkan dalam satu post khas mengenai cahaya elektrik dan punca kanser, serta cahaya elektrik dalam keadaan apa yang menyebabkan kanser.

Kebenaran Islam, Al-Quran dan Rasulullah terbukti dengan banyak melalui kajian mendalam tentang ilmu rahsia kegelapan yang diabaikan oleh saintis barat. Insya Allah saya akan terus menulisnya lagi untuk keterangan yang lebih mendalam.

titian blog serumpun berkata...

Saya sebenarnya tidak selesa tidur dalam gelap,maybe kebiasaan semasa kecil penakut,baca artikel Dr pula,kalau biasa tidur dalam gelap boleh membawa penyakit lupa,nyanyk....,,duhh,,macam bom sahaja ni.........sebab tu saya tertarik lagi untuk mengutip sedikit ayat-ayat ni di Titian Blog Serumpun tajuknya Jeling Jeling Sinarehehemm....salam

titian blog serumpun berkata...

Jeling Jeling Sinar

barb michelen berkata...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

Baby_syahiran berkata...

Dr, jika solat pun lebih elok dalam gelap kan, kenapa org dulu2 suka kaitkan hantu/syaitan dengan kegelapan? Kalau boleh terangkan, terima kasih.

babylito berkata...

Saya amat tertarik dengan prasa "Kasih sayang sebagai medium sinar" kerana dunia ini dicipta dengan tenaga kasih sayang-Ar-Rahman. Kasih sayang adalah pendorong hala kehidupan kita samada dari segi fikiran , jiwa dan apabila kita mahu mencari kekuatan kita.
Kasih sayang adalah tenaga yang terindah dan membuatkan dunia ini terus berputar.
Apabila jiwa kita diisi dengan kasih sayang dan kian merasa saling sayang menyayangi, maka kita tidak akan mempunyai perasaan untuk menyakiti orang lain.
CVT turut menerapkan kasih sayang sebagai medium untuk formula SINAR. Didalam buku bertajuk 5 Love Language-Dr Chapman menyatakan "di didalam hati manusia wujud perasaan ingin bermesra dan disayangi oleh orang lain"
Maksudnya hati mempunyai keperluan untuk sayang dan disayangi. Maka apabila kasih sayang dijadikan medium dalam perubatan maka penyakit akan mudah sembuh. Begitulah kuatnya kuasa kasih sayang sebagaimana kuatnya kasih Allah kepada semua makhluknya.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)