SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 14 Januari 2008

Tidur Sebagai Rawatan

Tidur yang lena pada tahap gelombang otak delta ketika waktu malam yang gelap ialah rawatan untuk segala bentuk masalah atau penyakit secara semulajadi yang amat berkesan, terbaik dan murah untuk diamalkan.

Tidur Delta

Terdapat empat jenis gelombang tidur iaitu Tidur Gamma, Tidur Beta, Tidur Theta dan Tidur Delta.
PERINGKATFREKUENSIKETERANGAN

Gamma
40 Hz
Bersantai, termenung, mengelamun, berbaring istirehat. Minda bebas daripada berfikir. Tidak peka dengan persekitaran.

Beta
8 - 12 Hz
Tidur-tidur ayam. Kerap terjaga dan tertidur semula. Tidur waktu siang. Meditasi Yoga sub-conscious mind (peringkat asas). Keadaan antara tidur dan berjaga.

Theta
Bawah 8 Hz
Tidak mendapat kepuasan tidur. Rasa hendak tidur semula setelah bangun. Mimpi yang mengganggu. Kehausan dan kelesuan setelah bangun dari tidur. Kadang kala terjaga kerana kehausan atau kelaparan. Kebas atau pening setelah bangun tidur.

Delta
Bawah 2 Hz
Tidur lena, mimpi yang jelas dan menyenangkan. Cergas setelah bangun. Rasa tidur yang puas.

Tidur delta mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

1. Tidur yang amat lena.
2. Mendapat mimpi yang indah dan jelas.
3. Mendapat rasa tidur yang puas dan cukup.
4. Tidak rasa ingin tidur semula setelah bangun.
5. Mudah untuk memulakan tidur.
6. Tidak banyak lasak ketika tidur.
7. Tidak berdengkur, hadas angin atau discaj amilase ketika tidur.

Petua Mendapatkan Tidur Delta.

1. Mandi sebelum tidur. Sebaik-baiknya mandilah air sejuk atau air ais aromatherapy. Kesejukan akan merangsang otak Hipothalamus iaitu otak yang mengawal tidur untuk menyelaraskan kembali waktu tidur. Tetapi elakkan daripada tidur dalam keadaan tidak mengenakan pakaian selepas mandi. Elakkan juga daripada terkena tiupan kipas yang kencang ketika tidur selepas mandi. Angin yang kencang ketika tidur akan menyebabkan hidrasi berlebihan.

2. Minum air sejuk sebelum tidur. Sebaik-baiknya minumlah air yang beralkali atau air yang bermineral pottasium, magnesium. Mineral ini bersifat alkali dan membantu merangsang saraf atau membantu koordinasi saraf ketika tidur. Ketika tidur seseorang akan kehilangan banyak mineral melalui perpeluhan. Mineral ini juga penting untuk mengelakkan hidrasi ketika tidur. Seseorang yang terhidrasi akan merasa kehausan sepanjang waktu tidur (biasanya menyebabkan terjaga dari tidur) apatah lagi setelah bangun dari tidur.

3. Berniat dan bersedia untuk tidur. Tidur dalam keadaan terlelap tanpa disedari atau ketika sedang berbaring ialah tidur yang tidak bersedia. Jika tertidur dalam keadaan tidak bersedia, otak akan masih berfungsi atau bekerja dan tidak akan mendapat tahap delta. Misalnya ketika tertidur itu dalam keadaan sedang berfikir, maka pemikiran itu akan berterusan berpanjangan sepanjang tidur. Buktinya boleh dilihat sekiranya seseorang itu tertidur dalam keadaan menyanyi (sama ada zahir atau dalam hati), maka apabila terjaga dia akan menyambung semula nyanyiannya itu (biasanya dalam hati). Keadaan yang sama juga terjadi kepada pelajar yang tertidur ketika sedang mentelaah, apabila terjaga maka dia merasakan seolah-olah mentelaah sepanjang tidur.

4. Tidur dalam keadaan mengereng ke kanan dan mengadap kiblat. Mengereng ke kanan akan memberikan tekanan kepada Hati untuk membantu proses pencernaan yang sempurna. Seseorang yang tidur sejurus selepas makan akan menyebabkan proses pencernaan yang berlaku di dalam tubuh menjadikan aktiviti otak aktif ketika tidur. Keaktifan otak akan menyebabkan frekuensi otak sukar mencapai tahap delta.

Rahsia Kegelapan Malam.

1. Vibration sinar. Dalam kegelapan malam, terdapat vibration sinar yang tidak kelihatan. Ia hanya boleh melalui kegelapan. Dengan adanya sesuatu cahaya, sinar ini akan terhalang. Misalnya jika kita mendongak ke langit yang tidak berawan pada waktu malam di kawasan bandar yang banyak lampu jalan, kita sukar melihat bintang pada jumlah yang banyak. Tetapi jika keadaan tersebut kita berada di tengah padang yang tidak ada sumber cahaya lampu, kita akan dapati langit penuh dengan bintang. Keadaan yang sama jika kita lihat ke langit pada waktu siang dan malam. Bintang hanya kelihatan pada waktu malam sedangkan sebenarnya pada waktu siang juga bintang memang berada di langit. Frekuensi sinar ini ialah di bawah 2 Hertz atau hampir kepada Point Zero iaitu menyamai dengan frekuensi Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Pada waktu malam yang gelap ialah waktu dan keadaan yang resonan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary.

2. Sel bertumbuh dengan lebih pantas dalam keadaan persekitaran yang rendah frekuensinya kerana ia amat mempertenagakan. Frekuensi yang rendah ialah frekuensi yang amat senyap, hening dan bertenaga. Frekuensi yang tinggi adalah hingar, panas dan kehilangan tenaga. Malam yang gelap ialah keadaan yang terbaik untuk sel bertumbuh dengan pantas.

3. Kegelapan malam adalah semulajadi dan menyeluruh. Dalam pada waktu siang, bengkak dan luka akan cepat sembuh jika dibalut untuk membentuk kegelapan. Tetapi pada waktu siang, gelombang yang lebih tinggi frekuensinya tetap boleh menembusi balutan tersebut. Ketika dalam kegelapan malam, keadaan di luar balutan dan di dalam balutan adalah sama. Ketika itulah rawatan adalah amat menyeluruh dan semulajadi.

4. Ion-ion negatif akan keluar dengan banyak dalam kegelapan malam. Tetapi kegelapan waktu siang, ion-ion positif pula yang keluar dengan banyak. Ion negatif (daripada waktu malam) perlu untuk pertumbuhan sel serta mempertenagakannya. Ion negatif pada waktu siang hanya boleh diperolehi dalam rumah yang baik peredaran udaranya atau dewan berkubah, binaan berbentuk piramid, kawasan taman bunga, kawasan air terjun dan gua yang tidak dihuni kelawar.

Kelebihan Tidur Delta Dalam Kegelapan Malam

1. Merangsang Rembesan Metatonin. Apabila gelombang otak berada dalam keadaan yang amat rendah frekuensinya atau ketika dalam keadaan Delta, Kelenjar Pineal akan resonan dengan persekitaran. Kelenjar Pineal akan mula merembeskan hormon melatonin yang secukupnya untuk keperluan tubuh. Hormon melatonin amat penting dalam proses mempertenagakan tubuh, merangsang pertumbuhan sel dan membaiki sel yang lemah. Mereka yang mendapat Tidur Delta dalam keadaan kegelapan malam akan lebih bersemangat untuk bekerja, berhasil segala yang diusahakan, mempunyai keyakinan dan cita-cita yang tinggi.

2. Mempertenagakan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Pada waktu kegelapan malam, frekuensi sinar akan muncul dengan banyak. Ketika itu ialah kira-kira 2 jam selepas waktu isyak (jika di kawasan tropika dan khatulistiwa) iaitu kira-kira pukul 11.00 malam dan berlangsung sehingga 2 jam iaitu kira-kira pukul 1.00 pagi. Frekuensi ini amat perlu untuk Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitary. Kedua-dua kelenjar ini hanya boleh menerima frekuensi ini ketika otak berada dalam keadaan yang amat rendah frekuensinya atau ketika otak dalam keadaan Gelombang Delta. Manusia biasa hanya boleh menjadikan otaknya berada dalam keadaan Gelombang Delta jika mengamalkan meditasi Yoga pada peringkat tertinggi atau tidur dengan lena. Kelenjar Pineal yang sihat akan menjadikan tubuh mendapat cukup tenaga serta mempengaruhi psikologi ke arah semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Kelenjan Pituitary yang sihat akan menjadikan sel segar, awet muda, menghilangkan garis-garis halus pada kulit serta dari segi psikologi ia akan membantu menguatkan daya ingatan serta menjadikan pengurusan diri teratur.

3. Meningkatkan daya tumpuan. Bahagian otak yang mengawal tumpuan dan juga tidur ialah Hipothalamus (CL4). Dengan daya tumpuan, kita dapat menjadikan tubuh kita tidur. Mereka yang mendapat Tidur Delta akan mendapat lebih tumpuan untuk belajar atau menjalani kehidupan seharian. Bahagian ini juga membantu seseorang menjadi mudah memahami sesuatu ilmu, fakta atau sesuatau perkara.

4. Merawat segala jenis penyakit Fizikal. Apabila sel tumbuh dengan pantas ketika Tidur Delta dalam kegelapan malam, sel baru akan tumbuh kurang daripada 3 hari untuk membentuk lapisan tisu. Berbanding dengan ketika keadaan terang dan frekuensi tinggi, sesuatu sel memerlukan 44 hari untuk tumbuh. Oleh itu, penyakit pada peringkat fizikal seperti masalah prostat, buah pinggang, kepatahan tulang, kereputan tulang, masalah darah, masalah saraf, masalah usus dan sebagainya akan sembuh dengan mudah.

5. Merawat segala jenis penyakit Mental. Depressions, atau tekanan perasaan atau kebuntuan adalah karektor atau pembawakan kesan daripada organ pencernaan yang dikawal oleh kawasan Medulla Oblongata (CL8) dan Serebelum (CL7). Medulla Oblongata (CL8) akan mengawalatur pengurusan manakala Serebelum (CL7) akan mengawal citarasa dan kehendak. Kawasan penghadaman yang terbeban akan menyebabkan Medulla Oblongata (CL8) dan Serebelum (CL7) menjadi lemah. Akibatnya seseorang menjadi sukar untuk mengawalatur sesuatu pekerjaan dan tertekan dengan keadaan persekitaran. Tidur Delta membantu sistem penghadaman menjalankan fungsinya dengan cekap. Oleh itu, kawasan Medulla Oblongata (CL8) dan Serebelum (CL7) menjadi lebih cekap menghadapi segala masalah, krisis dan tekanan.

6. Merawat segala jenis penyakit emosi. Seseorang yang sedih akan lemah pada organ Paru-paru (CL10) dan Jantung (CL11). Tidur Delta akan mengembalikan kestabilan rentak Jantung (CL11) dan memaksimumkan keupayaan Paru-paru (CL10) menjalankan fungsinya. Mereka yang berada dalam kesedihan atau kehampaan atau kekecewaan akan dapat merawat emosi tersebut melalui Tidur Delta pada waktu kegelapan malam.

7. Merawat segala jenis penyakit spiritual. Kebanyakan deria terdapat di kawasan kepala. Deria ini berperanan sebagai pengesan terhadap semua keadaan sekeliling yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran logik. Organ-organ di bahagian kepala terutama Kelenjar Pineal mempunyai pembawakan kesan terhadap karektor spiritual. Seseorang yang mengalami gangguan spiritual atau yang mendakwa dirinya mendapat gangguan sihir atau saka atau santau, atau sebarang gangguan pelik yang sukar untuk difahami atau dirawat, maka Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan adalah penyelesaian yang terbaik.

8. Keheningan dan ketenteraman, intuisi, instinct. Sewaktu Tidur Delta, semua neuron akan tersusun semula dengan sempurna. Kesempurnaan penyusunan neuron otak akan turut memberi kesan refleks terhadap visual. Penyusunan yang baik akan memberi kesan mimpi yang baik. Penyusunan ini juga akan membantu memberikan intuisi (naluri) dan instinct (gerak rasa). Mereka yang mendapat tidur ini sebenarnya seorang yang hening. Keheningan menjadikan segala perbuatan yang dilakukan berjalan dengan lancar. Seolah-olah pernah tergambar atau seperti pernah dilalui (atau disebut fenomena Dejavu). Contohnya, seseorang yang hening kesan daripada Tidur Delta ini apabila memandu ke sesuatu destinasi, semua lampu isyarat berwarna hijau. Atau dalam keadaan jalan yang sesak, dia dapat melepasinya dengan mudah seperti dibuka lorong atau terdorong untuk jalan ke hadapan. Mereka yang hening ini apabila dilihat wajahya akan membuatkan kita rasa tenteram. Mereka ini juga seperti terurus dan teratur atau menjadi semua pekerjaannya. Sepanjang hari dalam keheningan tersebut mereka biasanya jauh daripada sebarang kecelakaan atau kemalangan (sama ada daripada kecuaian diri atau akibat daripada kecuaian orang lain).

Jadual di bawah ialah antara penyakit yang dapati pulih daripada Tidur Delta sama ada dengan sekali atau setelah beberapa kali amalan (bergantung kepada tahap penyakit).
ORGAN MASALAH/ PENYAKIT / GANGGUAN
CL1
Kelenjar Pineal
Delusi
Halusinasi
Kejutan kemalangan (trouma)
Schizophrenia (skizo frenia)
Gangguan spiritual
CL2
Kelenjar Pitutary
Epilepsi
Amnesia (nyanyuk)
Dimentia (keliru)
Afasia (lembab)
Parkinson
CL3
Thalamus
Migrain
Ketagihan (tembakau, alkohol, seks, narkotik)
Kurang siuman (cara berkata-kata yang bodoh)
Sawan tangis
CL4
Hipothalamus
Insomnia (sukar tidur)
Kanak-kanak marah dan menangis
CL5
Kawalan Biotik
Gangrene (melecur atau hangus)
Kudis berlanjutan
Kulit sensitif / masalah kulit berlanjutan
CL6
Sinus
Polyps (bengkak dalam hidung)
Hyposmia (lemah / hilang deria bau)
Resdung berlanjutan
CL7
Kawalan Suhu
Sakit gusi
Mata kering
CL8
Medulla Ablongata
Kerasukan
Depressions
Gemuruh / berdebar jantung
Loya / kerap muntah
CL9
Tyroid
Hipotyroid
Rubella (kelenjar limfa leher membengkak)
Hilang suara / suara serak basah / rosak
Sendawa tidak terkawal
CL10
Paru-Paru
Lelah/ asma / sesak nafas
Air liur mengalir berlebihan
Mocopurulent bronchitis (suka meludah)
Batuk, pneumonia / tubercolosis / bronchitis
Kehadiran pertumbuhan di paru-paru
Bengis / samseng
CL11
Jantung
Coronary (sakit jantung / jantung berlubang)
Angina pactoris (kurang oksigen)
Tersedak ketika makan / ketawa / terkejut
Sesak nafas yang berpeluh dan pening
CL12
Hati, Perut, Limpa
Gastrik /sakit di ulu hati di bawah dada.
Hepatitis A/B, Jaundice / sakit kuning.
Sindrom reye (fungsi herper merosot)
Ulser (luka / jangkitan dalam perut)
Lymphoma (darah putih bermasalah / simptom seperti gout / gangguanparanoid)
CL13
Buah Pinggang
Glomerulonephritis (jangkitan kuman / saluran darah)
Glomeruli (dalam buah pinggang melecet dan menyebabkan kencing berdarah)
Pelbagai masalah berkaitan prostat (masalah kencing)
Kencing malam (tanpa sedar / terlewat sedar ketika sedang tidur)
Batu karang
CL14
Hempedu
Bilirubin (kesan sakit kuning / jaundice)
Batu hempedu
CL15
Pankreas
Diabetes (kencing manis)
Peluh perlebihan
Perut buncit
Gastrik
Sifat iri hati, dengki, cemburu, khianat
CL16
Ovari, Testis
Menoposawal
Mati pucuk (andropouse)
Bilangan sperm lelaki berkurang (kemandulan)
Hernia / burut (angin pasang)
Masalah / kesakitan berkaitan haid
Zigot sukar melekat (keguguran)
Telur sukar disenyawakan (kemandulan)
CL17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Lemah tenaga batin
Lambat atau tidak boleh ejakulasi (ejaculation) / lemas ketika hubunganintim.
Masalah ketegangan (erection) zakar / kerdut buah zakar yang rosak /cedera
Tempoh ketegangan (erection) zakar yang singkat
CL18
Darah, Otot
Berlebihan/ kekurangan hemoglobin / anemia
Tekanan darah tinggi / rendah / tidak normal
Kepekatan darah tidak normal. (Hipercalsemia /Hipocalsemia).
Darah tersekat / lemah / bahagian tengkuk.
Lebam / berdarah / purpura (ecchymosis).
Urat saraf betis membengkak
Leukemia (kanser darah)
Pendarahan dalaman / keadaan mudah berdarah.
Semua penyakit tentang darah.
Pendarahan / kekurangan enzim G6PD.
Hemophilia (masalah pembekuan darah).
CL19
Usus, Apandiks
Apendiks (appendix)
Hernia pusat
Sembelit
Buasir
Pendarahan semasa buang air besar
Usus kanak-kanak tersumbat
CL20
Tulang, Saraf
Radang sendi
Sakit tulang belakang yang meningkat.
Patah tulang
Masalah reput tulang / osteoporosis.
Gaut / pirai / kejang / sakit mencucuk tulang tumit. Leukemia.
Meningitis (serangan kuman di selaput otak).

Waktu Tengah Malam

Waktu tengah malam (merujuk kepada kedudukan di kawasan Khatulistiwa dan Tropika) ialah kira-kira 2 jam selepas waktu isyak dan berlansung selama 2 jam. Iaitu kira-kira pukul 11.00 malam hingga 1.00 pagi.

Formula Tidur Sebagai Rawatan

Tidur Delta+Waktu Tengah Malam+Kegelapan =Rawatan, Kelegaan, Penyembuhan, Pencegahan

Biasanya otak Thalamus mengambil masa antara 30 minit ke 2 jam Untuk mencapai tahap Tidur Delta. Tidur Delta itu sendiri sebenarnya tidak boleh dicapai tanpa resonan dengan waktu tengah malam dan tanpa kegelapan. Apabila seseorang itu tidur dalam keadaan bilik yang bercahaya, tidak ada peredaran udara yang mencukupi serta tidak berniat atau bersedia untuk tidur, maka formula ini sukar untuk dicapai.

Untuk mencapai formula ini, berikut ialah syarat yang perlu dipatuhi;

1. Tidur sekurang-kuranya 2 jam sebelum pukul 11.00 malam, iaitu sejurus selepas isyak atau sebelum pukul 9.30 malam.
2. Tidur dalam bilik yang gelap dan baik peredaran udaranya. Kehadiran sesuatu cahaya (biasanya daripada sumber lampu) akan menyebabkan otak akan aktif menterjemah cahaya tersebut dan menyukarkannya mencapai Gelombang Delta.
3. Tidur dalam ruang berbentuk segi empat (bilik tidur / katil atau lebih baik yang berkelambu), kerana ia lebih fokus. Maksudnya bukan di ruang yang terbuka di luar rumah atau dalam ruang yang berbentuk lain seperti bentuk piramid (piramid hanya untuk meditasi yang memberi Gelombang Beta).
4. Berniat dan bersedia untuk tidur. Maksudnya bukan terlelap tanpa disedari ketika sedang berbaring atau beristirehat. Sebaiknya ialah berdoa atau berzikir dan berniat untuk pulih atau berniat untuk mendapatkan manfaat ketika sedang tidur.
5. Elakkan daripada tidur dalam ruang yang terdapat peralatan yang mengeluarkan Electro Magnetic Field (EMF). Antara peralatan yang mengeluarkan EMF yang tinggi ialah komputer, TV, peti ais dan sebagainya. EMF akan menjadikan otak sukar mencapai peringkat Gelombang Delta.

Kesukaran Mencapai Matlamat Formula

Memang tidak dapat dinafikan, mereka yang mengalami sesuatu penyakit yang sukar untuk sembuh atau krisis yang berat atau gangguan emosi yang mendalam atau gangguan spiritual yang misteri sebenarnya tidak dapat melakukan formula ini.

Ikhtiar dan kesungguhan seseorang untuk melakukan formula ini adalah langkah pertama ke arah pemulihan.

Biasanya pesakit yang pertama kali mendapatkan rawatan, akan diberikan formula Aromatherapy Seri Wangi (sila klik untuk mendapatkan penjelasan mengenai formula ini), sebagai ikhtiar pertama supaya Formula Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan ini dapat dicapai.

Bagi sesetengah penyakit, setiap organ memberikan kesan tertentu terhadap kelakuan atau fenomena berkaitan tidur sehingga menyebabkan Formula Tidur Sebagai Rawatan tidak dapat dilaksanakan. Setelah seseorang itu mendapatkan rawatan pertama, biasanya mereka mudah untuk mencapai matlamat formula ini. [sila klik ayat ini untuk membaca post bertajuk Masalah dan Fenomena Tidur dalam blog ini].

Sebenarnya salah satu matlamat daripada keseluruhan rawatan Attitude Therapy ialah ingin supaya pesakit sembuh dengan cara Formula Tidur Sebagai Rawatan ini. Sekiranya otak gagal untuk berada dalam keadaan Gelombang Delta, maka penyembuhan amat sukar untuk berlaku atau mengambil masa yang agak lama.

Parameter

Sejauh mana anda dapat melaksanaan Formula Tidur Sebagai Rawatan ini dapat dijadikan kayu pengukur untuk menilai tahap kesihatan diri anda. Sekiranya ada sedang menjalani sesuatu rawatan, cuba lihat setakat mana peningkatan pencapaian ke arah matlamat formula ini. Dari sini insya Allah anda akan dapat mengesan tahap kesihatan anda sama ada berada dalam keadaan yang paling sempurna atau berlaku berlaku sedikit ketidaknormalan yang tidak disedari.

Aplikasi Tidur Delta tanpa disedari

Kesemua pesakit mental yang dirawat di hospital khas melalui kaedah allopathic medicine akan diberikan sejenis ubat yang akan menyahaktifkan aktiviti otak. Akibatnya berlaku kemerosotan neuron dan otak akan mengecil hingga menyebabkan pesakit akan kerap mengantuk atau tidur. Sekiranya secara kebetulan pesakit ini dapat Tidur Delta pada waktu tengah malam dalam kegelapan, maka penyakit mentalnya akan pulih. Tetapi malangnya, pesakit mental yang telah pulih biasanya akan mengalami kesan Dimentia (kekeliruan) dan Afasia (lembab).

Kanak-kanak yang menangis kerana kesakitan akan dapat mencapai Tidur Delta tanpa disedari. Kanak-kanak yang tertidur disebabkan menangis sebenarnya sedang menjalani rawatan semulajadi.

Amat malang sekali, pesakit yang berada di wad-wad allopathic medicine dibiarkan tidur dalam keadaan cahaya terang dan dikelilingi peralatan yang mengeluarkan Electro Magnetic Field (EMF). Keadaan ini tidak akan dapat membantu proses penyembuhan dengan berkesan.
Keadaan wad yang sesak dan hingar
Tidur dalam terang dan dikelilingi EMF
Apabila kita selalu mengamalkan sehingga dapat tidur dengan lena hingga mencapai peringkat Tidur Delta pada waktu yang resonan dengan tengah malam serta dalam keadaan yang gelap, maka;

- segala bentuk penyakit yang sukar untuk dirawat,
- atau segala bentuk krisis atau kebuntuan yang rumit untuk diselesaikan,
- atau segala masalah emosi yang mengganggu ketenteraman jiwa,
- atau segala masalah spiritual yang misteri dan pelik untuk pulih,

insya Allah semuanya akan dapat diatasi.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

11 ulasan:

babylito berkata...

Bagi orang yang tidak mengalami masalah tidur artikel ini mungkin tidak memberi apa-apa impak berbeza dengan mereka yang mengalami gangguan tidur. Tidur yang terganggu menyebabkan mereka yang mengalaminya resah, mudah marah pada siang harinya. Dalam artikel ini diterangkan petua untuk mendapat "Tidur Tahap Delta". Salah satunya ialah dengan cara berniat dan bersedia untuk tidur. Sedarkah kita bahawa kenapa agama Islam menyarankan membaca doa sebelum tidur? Ini kerana sebagai satu persediaan untuk tubuh bersiap untuk proses tidur. Jika kita tidak berniat untuk tidur,maka kita tidak akan tidur dalam ertikata yang sebenarnya.Kita akan mengalami apa yang dikatakan gangguan tidur dan pelbagai gangguan yang tidak dapat kita jelaskan secara saintifik.
Kita boleh baca tentang kemahiran berniat ini dalam post yang bertajuk "Hypothermia, Hyperthermia, Thermodynamic". Sesungguhnya dalam Islam itu ada segalanya. Semoga artikel ini dapat mengungkai fenomena dan masalah tidur kepada semua golongan masyarakat. "Sesungguhnya semua penyakit ada ubatnya kecuali mati".

Lezna hangat berkata...

artikel yang sangat berguna buat saya,terimakasih..walaupun beberapa hari ini tidak dapat akses internet sebab kerosakan pada kotak telefon,,alhamdulillah,tidak juga ketinggalan post dari blog ini..

Baby_syahiran berkata...

Salam,
sy sbnrnya ada masalah tidur jgk,igt kna lebh systematic,sbb sy kena tidurkan anak2 dulu, diaorg klu sy tak sama baring,mmg tak nak tidur except yg dh besar tu. Bila dh baring,sy pun terlelap sama, So,tidur sy mmg tak lena, ada masa terjaga,dgn info yg diberikan,insyaallah,sy cuba perbaiki dr masa ke semasa.
Feedback dari org yg pernah ambil ubat allopati,mmg mcm dipaksa tidur,bila bangun tak cergas, tp slps berhenti dr ambil ubat, klu tidur lewat,bangun pagi ttp rasa cergas.
Cuma sy nak kepastian dari Dr.,kta kena tidur dlm kegelapan terus atau blh dibuka lampu di bilik lain utk ada cahaya sdikt,harap dpt penjelasan,tq.

Lezna hangat berkata...

Kajian berjaya....SELEPAS SLOWKAN POST BLOG DAN MELAKUKAN KOMEN DISINI SECARA TERATUR...http://wunabarakati.blogspot.com BERJAYA MELONJAK KE tangga ke tiga dalam Page Rank yang sebelumnya cuma PR 1....kini titian blog serumpun dah menghampiri untuk TLA...tak perlu banyak change link dengan banyak blog untuk melonjakkan PR..

Lezna hangat berkata...

Harap harap saya boleh tidur awal ni,,makin banyak fikir makin sukar tidur pula,blog saya pun tak boleh guna domain lama,jika cuba dia error..makinlah saya sukar tidur ni skarang...tahniah Dr, ada perkembangan baik nampaknya..salam..

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Yang dikatakan tidur dalam kegelapan ialah gelap sepenuhnya. Bermaksud cahaya walau sebesar lampu LED juga tidak dibenarkan. Begitu juga lampu jalan yang menerjah masuk ke bilik kita, jangan benarkan ia masuk walaupun sebesar lubang jarum. Gunakan langsir "black out" untuk menutup tingkap bilik tidur sepenuhnya.

Tetapi terdapat pengecualian. Lampu semulajadi daripada api yang dinyalakan oleh minyak zaitun dibenarkan sedikit malap. Begitu juga dengan lampu lilin atau lampu garam. Tetapi ia tetap tidak boleh terlalu terang. Kehadiran cahaya akan menjadikan otak aktif semula untuk mentafsir kehadiran cahaya tersebut.

Lezna hangat berkata...

Asssalamualaikum,nampaknya Dr pun sibuk juga awal tahun ni,sbab tiada post terbaru untuk kita selami,harap harap sihat hendaknya.dan kita menunggu post demi post yang membawa pengetahuan baru......

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Sebelum sesuatu post ditulis, saya akan pastikan sumbernya sahih dan terbukti benar. Banyak post yang tertangguh kerana kesukaran memaparkan bukti secara saintifik dalam bentuk tulisan. Mungkin saya perlu belajar cara download video-video eksperimen dalam Youtube atau belajar membina gambar rajah flash. Harapan saya supaya setiap post tidak mendapat bantahan sebaliknya saya terbuka menerima komen yang bernas, insya Allah.

Walaupun tidak dapat menulis dengan kerap sejak akhir-akhir ini, tetapi saya setiap hari online dan memantau perkembangan blog dan perjalanan kuiz. Semakin ramai pembaca, maka semakin tinggi komitment untuk saya melayani pembaca melalui Yahoo! Messenger (YM) dan juga email. Namun saya rasa gembira kerana dapat melayani mereka walaupun tidak dapat menulis sekerap dulu.

Kepada peserta-peserta kuiz, sebenarnya terlalu banyak post-post yang lepas yang perlu diberikan ulasan. Insya Allah saya akan teruskan menulis lebih banyak lagi ilmu untuk manfaat bersama.

Lezna hangat berkata...

Syukurlah Dr ada menyiapkan bahan untuk di post tu,jika nak masukkan flash Dr bleh berlatih demo trial guna Sothink SWF Quicker,alternatif mudah untuk pemula,Bahkan untuk mengubah file swf kita boleh langsung mengubahnya tanpa perlu convert swf ke fla layaknya untuk macromedia flash,boleh cuba yang free trial dulu di sini tapi belajar flash perlu kesungguhan, sebab boleh frust kalau niat kurang kuat"Untuk download Youtube tu boleh guna FLP ada tools khas Convert Video Youtube dalam FLP,namun saya belum cuba save dalam blog,sbb blog ni kita kena repair atau tokok tambah sebahagian script dalam template untuk menerima sebarang script HTML yang asing bagi dia.

Tanpa Nama berkata...

salam Dr. bagaimana nak menyelesaikan segala macam jenis masalah yang telah lama dibiarkan dengan berkesan?

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

qiqi; Untuk menyelesaikan masalah yang telah lama dibiarkan, cara yang paling berkesan ialah berdoa. Di samping itu berikhtiarlah supaya tubuh mempunyai kekuatan spiritual, mental, emosi dan fizikal dengan cara dapatkan meningkatkan kewarakan, tidur yang awal, kerap mandi dan menjaga pemakanan. Tubuh yang sihat akan membuka ruang untuk instinct yang baik yang member kita ilham supaya dapat membuat pilihan dan keputusan yang mendatangkan manfaat, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)