SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Selasa, 25 Mac 2008

Rawatan Stress

Setiap perkara yang dizahirkan oleh tubuh sama ada dalam bentuk psikologi, karektor, gaya pemikiran dan tingkah laku, semuanya akan melibatkan organ-organ tertentu. Kawasan yang terlibat dengan stress atau tekanan perasaan (perasaan rasa tertekan) ialah Medulla Oblongata yang terletak di belakang tengkuk. Jika terasa sakit belakang kepala atau belakang tengkuk hingga ke bahu atau sendi lengan, ia menunjukkan kawasan kawalan stress sedang lemah. Kelemahan ini menyebabkan seseorang tidak ada keupayaan untuk mengendalikan sesuatu tugas atau keadaan persekitaran melebihi daripada satu perkara.

Jenis pekerjaan atau tugasan atau sesuatu situasi bukan punca kepada terjadinya stress. Misalnya ada dua orang pekerja bekerja di dalam bilik pejabat yang sama dan melakukan tugas yang sama serta dalam persekitaran yang sama. Tetapi seorang mengadu stress, tetapi seorang lagi tidak. Ini menunjukkan pekerja yang mengadu stress tidak ada keupayaan untuk menangani keadaan persekitaran (tempat kerja) manakala seorang pekerja lagi boleh menanganinya dengan mudah.

Jenis Stress

1. Stress akibat tekanan dead line atau tempoh tamat. Biasanya saat persediaan untuk menghadapi peperiksaan atau ingin membuat presentation. Tugasan yang diberikan tetapi tidak dapat disempurnakan mengikut tempoh waktu atau jadual yang ditetapkan akan menjadi punca stress. Tanda masalah ini dapat dirasai di bahagian belakang tengkuk rasa seperti "silap bantal" setelah bangun dari tidur.
2. Stress akibat kerja harian. Rasa sakit ini seperti terasa tengkuk patah. Suka menggeleng-gelengkan kepala seperti mematahkan leher hingga berbunyi. Ini juga bermaksud ada banyak angin dalam badan.
3. Stress akibat kesakitan seperti kemalangan, demam secara tiba-tiba atau menerima berita yang megejutkan. Sakit ini dapat dirasai di bahagian sendi lengan atau kawasan Cervical (terutamanya C7). Sila rujuk post bertajuk Ringkasan Sympathetic Dan Parasympathetic Tulang Belakang (sila klik butang di bawah)
Faktor Pemakanan

Punca kelemahan di bahagian Medulla Oblongata ialah kerana Pankres terbeban dengan diet yang mengandungi urik asid. Antara makanan yang boleh meningkatkan urik asid ialah;
1. Makanan ringan (keropok, mee segera)
2. Kopi, terutamanya nescafe.
3. Makanan segera (KFC, McDonald, Pizza).
4. Makanan yang mengandungi perisa (mayonis, sos, kicap, MSG, ajinomoto) .
5. Roti (kecuali roti yang dibuat tanpa yis seperti roti prancis) .
6. Daging ayam.
7. Minuman bergas / bikarbonat.
8. Makanan berkoko.

Selain makan yang sememangnya mengandungi urik asid yang tinggi di seperti yang disenaraikan di atas, adab atau cara pengambilan makanan yang tidak sihat juga akan menjadikan kadar urik asid bertambah atau menukarkan makanan menjadi karbohidrat dan lemak yang berasid. Antara amalan tersebut ialah;
1. Makan bersulam air.
2. Makan sambil menonton TV cerita sedih atau menyakitkan hati.
3. Makan ketika sedih.
4. Makan sambil memikirkan sesuatu masaalah atau konflik.
5. Tidur serta merta selepas makan.
6. Heavy smoker (kerap merokok dalam sehari).

Keterangan lanjut, saya ada menulis mengenai Keberkatan Makanan dan Petua Adab Makan (sila klik butang di bawah)
Oleh itu, dengan mengurangkan pengambilan makanan ini, insya Allah akan dapat mengurangkan bebanan pankres untuk memproses dan meneutralkan urik asid (melalui rembesan glikogen).

Urik asid boleh dineutralkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah

1. Mengambil makanan yang beralkali antaranya ialah kurma, minyak zaitun, susu kambing, daging kambing, timun, buah delima, buah kismis.

2. Kini terdapat alat penapis/pemproses air yang menjadikan pH air beralkali. Di pasaran, agak sukar menemui air alkali yang dibotolkan. Air RO dan air suling adalah neutral dan tidak digalakkan.

Amalan yang mengurangkan stress

Glikogen (yang berperanan meneutralkan urik asid) dan neuron Medulla Oblongata boleh ditingkatkan keupayaannya dengan amalan atau petua seperti berikut;

1. Amalkan mandi air sejuk sekurang-kurannya 3 kali sehari (mandi 2 kali sehari tidak berkesan).

2. Amalkan minum air sejuk berais, kunyah ais batu selepas minum akan meningkatkan penyusunan neuron di Medulla Oblongata. Saya ada menulis Kelebihan Ais di sini (sila klik butang di bawah)
3. Dapatkan tidur yang lena dan tidur awal pada waktu malam untuk mempertenagakan Medulla Oblongata.

4. Tidur Qailullah (tidur sebentar pada waktu siang) akan mengoptimumkan penghasilan glikogen oleh pankres. Saya ada menulis mengenai Tidur Sebagai Rawatan di sini (sila klik butang di bawah).
Amalan ini semua adalah penyelesaian stress dari sudut holistik dan amat berkesan. Mereka yang dapat melaksanakan amalan ringkas ini dengan sendirinya akan memperoleh idea yang pantas, ilham dan gerak rasa (instinct) untuk mengatur dan menguruskan diri dan persekitaran.

Faktor Geomensi

Stress juga bersangkutan dengan hukum fizik yang berkaitan dengan Teori Letakan atau Geomensi. Letakan atau susun atur perabut atau binaan persekitaran mempengaruhi aliran udara serta aruhan elektromagnetik terutama ion-ion elektron (bercaj negatif). Ion-ion elektron berperanan untuk membantu neuron di Medulla Oblongata untuk tersusun dan bersedia untuk mengatur dan mengendalikan impulse (isyarat) dengan berkesan. Untuk menangani stress, kita perlu berada dalam suasana yang boleh mengaruhkan ion-ion elektron di dalam udara persekitaran. Berikut ialah beberapa berkara yang boleh diambil perhatian untuk menangani stress dari faktor geomensi.

1. Membuat susun atur fail/peralatan kerja.
2. Mengemas dan mengelakkan persekitaran yang kotor.
3. Duduk dengan cara yang sopan dan teratur.
4. Tidur di tempat yang bersih dan teratur.

Penyusunan yang teratur bermaksud bersimetri dan seimbang. Susunan yang serong (kononnya stail) masih dianggap sebagai tidak teratur.

Faktor Warna

Setiap warna mempunyai pengaruh terhadap karektor dan organ. Oleh itu, pemilihan warna sejuk akan membantu menangai stress dengan berkesan. Antara warna sejuk ialah;
1. Putih
2.Pink
3.Violet
4.Indogo
5.Biru
6.Hijau

Warna panas yang wajar dihindari ialah

1.Kuning
2.Oren
3.Merah

Penggunaan warna ini lebih sesuai dijadikan sebagai pakaian dan warna peralatan atau perabut dalam rumah seperti langsir, selimut atau cat dinding. Penggunaan warna sebagai pakaian sila rujuk post bertajuk Warna Hari Resonan (sila klik butang di bawah untuk membacanya)
Behavior Therapy

Punca kelemahan Medulla Oblongata biasanya disebabkan oleh Pankreas yang turut berfungsi menjaga karektor "Keperihatinan". Falsafah "Keperihatainan" atau karektor yang dikawal oleh Pankreas ialah "Memikirkan sesuatu terhadap orang lain". Pecahan "Keperihatinan" amat luas, ia mudah dikesan atau memerlukan muhasabah yang tinggi untuk mengesannya. Ia boleh jadi jelas atau amat tersembunyi jauh di dalam jiwa seseorang. Antaranya pecahannya ialah;

1. Cemburu
2. Tidak senang melihat orang lain lebih daripadanya
3. Rasa tercabar
4. Geram
5. Hasad
6. Dengki

Selain daripada yang disenaraikan di atas, sikap yang seumpamanya adalah menurut falsafah "Memikirkan sesuatu terhadap orang lain" atau ringkasannya "Keperihatinan". Ia boleh jadi menyebabkan sikap negatif tertonjol atau boleh jadi membawa kesan yang baik terhadap diri. Contoh sikap negatif ialah sehingga boleh menjadikan seseorang itu bertindak untuk menjatuhkan orang lain (yang difikirkan itu). Contoh sikap positif ialah usaha untuk mengatasi orang lain (yang difikirkan itu) dengan cara ikhlas, sabar dan bersungguh-sungguh tanpa perlu mengganggu orang lain (yang difikirkan itu).

Pankreas dan organ-organ bahagian penghadaman yang lain semuanya berkaitan dengan gaya pemikiran, keupayaan berfikir, ketajaman berfikir, penghayatan dan apa sahaja yang melibatkan mental. Pemikiran yang baik dikawal oleh keikhlasan. Keikhlasan adalah penawar kepada masalah Pankreas.
Banyak lagi faktor-faktor lain yang menjadi punca stress dan terdapat banyak juga langkah untuk mengatasinya. Antaranya seperti faktor numerologi (Hukum Kronologi Berulang atau ilmu pernomboran) atau faktor karektor (sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit)
Tetapi cara yang berbaik, berkesan, pantas, mudah dan murah ialah dengan mendapatkan terus rawatan Attitude Therapy.

Pengalaman merawat dan merasai kesan pemulihan tidak dapat menandingi penerangan yang mendalam dan penuh teori saintifik yang lengkap . Dalam rawatan AT, terdapat banyak formula yang sesuai diambil dan ia memberi kesan hampir serta merta setelah diambil iaitu antara 3 jam ke 3 hari.

Antara fomula yang dimaksudkan ialah CL8 (Medulla Oblongata)
Dan formula CL15 (Pankreas)
Aromatherapy Seri Wangi mengandungi Lavender (yang memegang vibration violet semulajadi) yang terkenal digunakan sebagai release tension atau anti stress.
Kesan aromatherapy ini adalah jauh lebih cepat iaitu kira-kira 30 minit setelah diambil dengan cara mandian ais, insya Allah.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

1 ulasan:

mirza berkata...

Ada pelbagai ubat dipasaran untuk melegakan stress. Stress yg melampau akan menimbulkan gejala kemurungan.Ubat antikemurungan (antidepresi) ialah ubat yang digunakan untuk melegakan tanda-tanda kemurungan. Ia juga mempunyai kesan penenang.

Namun begitu ubat-ubatan ini mempunyai pelbagai kesan sampingan seperti perut tidak selesa, gejala selsema, keresahan, pening, mimpi ngeri pada waktu malam dan mengalami sensasi seperti terkena kejutan elektrik.

Ubatan ini bertindak dengan menambah aktiviti bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai pemancar neuro. Pemancar neuro menghantar isyarat dari satu sel otak kepada sel otak yang lain. Bahan kimia yang terbabit dengan kemurungan dikenali sebagai Serotonin dan Noradrenalin.

Lihatlah ubatan ini hanyalah bersifat untuk meredakan. Bayangkan jika berhenti mengambil ubatan ini. Pastinya keadaan akan kembali seperti sediakala malah mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)