SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Isnin, 3 September 2007

Analisa Ringkas Sakit Belakang

Dengan disiplin ilmu fizik yang menyeluruh terhadap punca penyakit serta kajian dan pembuktian yang ditunjukkan, Attitude Therapy mengungguli kaedah rawatan sakit belakang yang amat berkesan, cepat dan menjimatkan. Semua pesakit yang menjalani rawatan sakit belakang dengan kaedah Attitude Therapy didapati tidak akan mengalami masalah penyakit berulang. Kaedah yang digunakan ialah dengan merawat punca dari segi pelbagai sudut dengan cara yang amat mudah tanpa perlu pembedahan dan menggunakan ubat-ubatan steroid (sebagai penahan sakit yang betindak secara sementara dan perlu diambil berulang kali seumur hidup).

Kaedah Rawatan

Rawatan yang diberikan bermatlamat untuk terus mempertenagakan tulang belakang yang memendam isyarat bertekanan rendah. Isyarat ini datangnya daripada organ penghadaman yang lemah atau berpenyakit.

Pada masa yang sama, organ yang lemah dan berpenyakit (yang merupakan punca sakit belakang) juga akan dirawat malah ia boleh diterapikan dengan sendiri melalui rawatan terhadap tulang belakang.

Setiap kali pesakit datang untuk mendapatkan rawatan, pesakit perlu didiagnos terlebih dahulu, segala maklumat mengenai tahap penyakit akan direkodkan secara terperinci. Walapun pesakit membuat aduan simptom, pemeriksaan rapi tetap akan dijalankan supaya kaedah rawatan menjadi lebih berkesan dan formula dapat ditentukan dengan lebih tepat. Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat diagnosis terhadap sakit belakang, antaranya adalah seperti berikut:-
  • Menjalankan kaedah Applied Kinesiology
  • Kaedah pendulum kristal (kaedah ini amat jarang digunakan walaupun hasilnya
    sangat tepat)
  • Kaedah urutan fizikal di bahagian belakang badan untuk mengenalpasti organ
    yang terlibat dan tahap kesakitan (ini ialah kaedah optional kerana hasilnya
    kurang tepat).
Refleks sistem simpatethic antara saraf tunjang dengan organ, menjadikan kita dapat mengetahui organ yang lemah atau sakit dengan mengesan zon yang sakit di bahagian belakang. Kaedah ini dapat dijalankan oleh mereka yang telah professional dalam bidang therapiest dengan cara mengurut atau merasa "angin" atau ketulan-ketulan yang membawa isyarat getaran halus bertekanan rendah (jika ia dipindahkan ke tangan pengamal perubatan, mereka akan sendawa angin). Sebenarnya anda boleh menentukan sendiri penyakit anda dengan merujuk rajah di bawah. Dengan merujuk rajah di bawah, bahagian-bahagian yang sakit menunjukkan organ yang lemah atau berpenyakit.
Semasa mengesan penyakit dengan kaedah urutan belakang badan, sila perhatikan rajah di atas dan buat analisa sendiri. Pengalaman dan tunjuk ajar yang berterusan akan meningkatkan kemahiran untuk mengesannya. Biasanya pesakit boleh mengesan tahap kesihatan organ dengan membuat pemerhatian berpandukan kepada rajah di atas.
Kawasan diwarnakan biru [dua di bahagian sebelah belakang telinga] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap kawasan sinus, telinga, mulut, gigi, gusi yang juga berkaitan dengan tekanan darah tinggi dan pusat kawalan suhu (CL7).
Kawasan diwarnakan kuning [dua di bahagian belikat dan tengkuk] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ pankreas. Jika Pankreas (CL15) lemah, kawasan belikat akan terasa sakit. Jika terlalu tinggi urik asid, ia akan menjejaskan Medulla Oblongata (CL8). Akibatnya belakang tengkuk akan terasa sakit.
Kawasan diwarnakan hijau [menegak di tulang belakang] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ Liver, Perut (CL12). Lelah (CL12) yang berpunca daripada gastrik juga akan terasa sakit di sini dan ditandakan dengan bulatan putus-putus berwarna hujau cair. Kawasan lelah ini (bulatan putus-putus hijau cair) bukan penyebab sakit belakang, tetapi ia akan terasa sakit atau sedap jika diurut.
Kawasan diwarnakan kuning cair [dua di belakang buah pinggang] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ Buah Pinggang (CL13). Biasanya pesakit ini tidak selesa berdiri lama atau berbaring di tempat rata. Apabila duduk, pesakit lebih selesa jika dapat bersandar dan tidak selesa duduk bersila.
Kawasan diwarnakan oren [tiga tempat di belakang pinggul] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ alat kelamin, prostat, lutut, betis dan peha. Pesakit akan mengalami simptom seperti gangguan kencing seperti kerap kencing (kencing yang normal ialah tidak melebihi 3 kali dalam sehari), tidak tahan ingin membuang air kecil atau sakit lutut. Kawasan ini biasanya bukanlah sakit belakang, pesakit suka jika dapat diurut atau dipijak kawasan tersebut. Sebenarnya kaedah mengurut atau memijak kawasan tersebut tidak dapat memberi kelegaan berpanjangan dan tidak membantu mengurangkan simptom.
Kawasan diwarnakan oren cari [dua tempat di bawah ketiak memanjang ke tepi pinggang] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap sistem limpa (CL12). Pesakit kemungkinan juga kerap atau mengalami simptom seperti gout atau sakit di bahagian tumit, lutut, bawah lengan dan bahu yang menyucuk. Simptom ini sering disalah erti sebagai gout dan amat bahaya jika pesakit diberikan ubat gout kerana ia boleh menjejaskan buah pinggang.
Segitiga berwarna perang cair [bentuk segitiga di bahagian belikat kiri] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ hempedu. Kadang kala ia akan terasa sakit di keseluruhan belikat kiri.
Kawasan yang dibulatkan putus-putus warna hijau kuat [meliputi seluruh belikat dan bahu kiri] mempunyai kesan refleks simpatethic terhadap organ jantung. Ini bukan menyebabkan sakit belakang, tetapi apabila diurut, kawasan ini akan terasa sakit (atau sedap) dan berbisa.
Kawasan yang dibulatkan putus-putus warna kuning [di bahagian lengan kanan] ialah kawasan yang terasa sakit atau menyucuk atau lenguh disebabkan kolestrol tinggi. Biasanya ia akan terasa sakit bersama dengan kawasan belikat yang ditandakan kuning. Kadang kala kolestrol yang mengganggu jantung akan menyebabkan lengan sebelah kiri juga sakit. Jarang berlaku kedua-dua lengan menjadi sakit serentak, biasanya sama ada kiri (jantung) atau kanan (asid lemak terutamanya daripada ayam dan daging lembu).
Rawatan yang akan diberikan adalah berupa pengambilan vibration dalam bentuk air daripada formula CL (yang akan ditentukan setelah membuat pemeriksaan), formula Aromatherapy Seri Wangi (bagi tujuan mandian atau sapuan atau sila rujuk tajuk Cara Penggunaan Seri Wangi dalam blog ini) dan beberapa formula yang lain yang akan ditentukan kesesuaiannya setelah menjalani sesi diagnosis.

Rawatan yang dijalankan adalah amat mudah iaitu sama ada
  • Makan atau minum rumusan formula yang boleh disediakan sendiri dengan
    mudah
  • Mandi atau membuat sapuan dengan air sejuk atau ais yang melegakan
Selain itu, pesakit perlu menjalani sesi kaunseling atau khidmat nasihat yang mengandungi pelbagai petua yang lengkap mengenai sakit belakang kerana mungkin terdapat amalan tertentu sama ada perbuatan, pemikiran atau pemakanan yang menjadi punca kepada sakit belakang. Setiap pesakit amat unik lantaran petua dan nasihatnya juga berbeza antara satu sama lain. Ia dapat ditentukan setelah penilaian dan pemeriksaan yang teliti dijalankan semasa sesi rawatan.

Pemantauan dan Rawatan Susulan

Setaip pesakit akan direkodkan segala maklumat kesihatannya dengan lengkap dan ia dipantau dari masa ke semasa. Kekerapan pemantauan adalah bergantung kepada tahap penyakit. Untuk penyakit kronik yang kritikal, pemantauan adalah setiap hari manakala bagi pesakit biasa pemantauan adalah setiap seminggu sekali. Pemantauan akan memastikan kaedah rawatan yang diberikan tepat dan berkesan supaya tempoh pemulihan berlaku dengan pantas.

Tempoh rawatan bagi setiap pesakit tidak sama antara satu sama lain disebabkan faktor berikut:-
  • Tahap penyakit
  • Jumlah organ yang terlibat sebagai punca sakit belakang
  • Kebolehan pesakit mengikut petua atau amalan yang disarankan
  • Kemahiran perawat atau pengamal perubatan mengenalpasti punca kelewatan
    untuk sembuh
Dianggarkan tempoh untuk pulih adalah seperti berikut:-
  • Dalam tempoh 3 hari (bagi pesakit yang dapat mengikut kaedah rawatan
    yang lengkap).
  • Kebanyakkan pesakit pengambil masa 2 minggu (pemulihan secara
    berperingkat-peringkat).
  • Sebahagian pesakit pulih dalam tempoh antara 2 bulan ke 6 bulan (penyakit
    lega dan datang kembali berselang-seli sehingga pulih sepenuhnya).
Sepanjang tempoh rawatan, pesakit perlu meneruskan pengambilan formula secara berterusan sehingga simptom hilang. Sambungan pengambilan formula ialah setelah sesuatu formula tersebut berjaya dihabiskan mengikut waktu yang ditetapkan. Tempoh untuk menghabiskan sesuatu formula adalah antara 3 hari ke 6 hari (bergantung kepada dos yang dicadangkan melalui diagnosis mengikut keperluan organ). Bermaksud, pesakit perlu datang semula (atau hubungi melalui telefon / email / sms bagi pesakit yang jauh) untuk menyambung rawatan setiap 3 ke 6 hari. Kaedah ini didapati amat berkesan kerana faktor berikut:-
  • Pemeriksaan dan pemantauan dapat dijalankan dengan lengkap dan teratur
    mengikut kekerapan waktu yang singkat.
  • Tahap penyakit dapat dikurangkan dengan mendadak kerana mendapat terapi yang insentif.
  • Keyakinan dan semangat pesakit untuk pulih bertambah dengan mendadak.
  • Penerusan pengambilan formula serta penentuan formula dapat ditentukan dengan tepat.
Walaupun pesakit telah pulih, rawatan susulan tetap masih diperlukan. Sebagai rawatan susulan, biasanya pesakit perlu mengamalkan penggunakan Aromatherapy Seri Wangi sebagai pencegahan daripada berlaku masalah penyakit berulang atau penjagaan kesihatan secara optimum.

Analisa Penyakit Tulang Belakang
Analisa ini buat secara rambang daripada 7,000 orang pesakit yang pernah dirawat sejak 1999. Daripada jumlah tersebut, 200 orang diambil secara rambang sekitar bulan Mei, Jun dan Julai 2006. Hasil analisa adalah seperti berikut:-
  • 20% daripada pesakit menderita pelbagai penyakit termasuk sakit
    belakang
  • 5% daripadanya mengalami masalah sakit belakang di bahagian belakang tengkuk
    dan belakang bahu.
  • 10% daripadanya mengalami masalah sakit belakang pinggul di bawah
    pinggang.
Jumlah keseluruhan pesakit mengalami sakit belakang ialah 35% daripada 200 orang pesakit (atau 70 orang). Jika diambil purata anggaran pesakit yang mengalami masalah sakit belakang daripada 7,000 orang pesakit ialah sebanyak 2,450 orang.

Daripada jumlah tersebut (200 orang yang diambil secara rambang ini), semua pesakit ini telah pulih sepenuhnya dan berhenti membuat rawatan susulan.
  • 15 orang daripadanya atau 21% daripada mereka telah pulih dalam masa kurang
    3 hari setelah rawatan pertama.
  • 50 orang daripadanya atau 72% daripada mereka pulih dalam tempoh antara 3
    minggu ke 3 bulan menjalankan rawatan.
  • Baki 5 orang lagi (7%) pulih antara 3 bulan ke 6 bulan setelah
    menjalani rawatan.
Faktor Kejayaan 100% Penyembuhan
Kesemua 200 pesakit yang dianalisa di atas telah pulih sepenuhnya kesan daripada kaedah rawatan Attitude Therapy, antaranya disebabkan oleh faktor berikut:-
  • Dr. Ariffaizal sebagai pengamal professional Attitude Therapy yang telah merawat sejak 1999 dengan jumlah pesakit melebihi 7,000 orang sebenarnya juga telah menderita sakit belakang selama sembilan tahun (iaitu dari 1991 hingga 1998) dan telah pulih daripada penyakit ini sepenuhnya serta merta setelah diperkenalkan dengan kaedah Attitude Therapy. Keyakinan ini menjadikan Dr. Ariffaizal sangat berminat untuk merawat dan amat bersedia setiap kali menerima pesakit yang mengalami masalah sakit belakang tidak mengira apa tahap kesakitan yang dialami.
  • Rawatan akan diberikan dengan penuh minat, komitmen yang tinggi dan bersungguh-sungguh secara professional. Setiap pesakit akan mendapat layanan yang penuh kemesraan. Antara kunci sebenar resonannya sesuatu formula dengan penyakit ialah medium keikhlasan yang lahir daripada kasih sayang (love therapy).
  • Kaedah pemeriksaan yang digunakan iaitu Applied Kinesiology memberikan hasil keputusan yang amat tepat dan memudahkan proses rawatan dijalankan.
  • Konsep ilmu Attitude Therapy yang dapat merumuskan masalah, kajian dan punca kepada sakit belakang secara saintifik, telah banyak menyumbang kepada penyelesaian pantas dan memecah kebuntuan terhadap kaedah mengatasi masalah sakit belakang.
  • Formula yang direalisasikan daripada pelbagai konsep dan teori ilmu fizik moden dan amat tepat, serasi dan mudah resonan dengan keperluan untuk merawat penyakit tulang belakang.
Mungkin jumlah 200 orang pesakit (daripada 2,450 orang pesakit) yang diambil ini terlalu sedikit dan mewujudkan kesan bias. Walau apa pun, keizinan Allah terhadap penyembuhan adalah segala-galanya. Oleh itu, doa ialah amalan yang pertama perlu dibuat manakala merawat dengan kaedah Attitude Therapy ialah ikhtiarnya dan penyembuhan adalah natijahnya.

Punca Sakit Belakang

Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjuang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan menjadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ.

Sesuatu organ akan sentiasa menerima isyarat tenaga daripada Kelenjar Pineal (CL1) dalam bentuk isyarat bertekanan tinggi dan menghantar isyarat yang bertekanan rendah ke tulang Coccyx (tulang sulbi). Proses ini akan memastikan sesuatu organ terus berfungsi seperti biasa.
Apabila suatu organ lemah atau berpenyakit, ia akan menghantar isyarat bertekanan rendah yang lebih banyak daripada biasa. Isyarat ini akan dipendam oleh saraf tunjang sebelum diproses untuk dihantar dan dineutralkan oleh tulang sulbi. Pemendaman ini lah (sementara menunggu ia dihantar dan diproses oleh tulang sulbi) akan menyebabkan struktur atom di bahagian tulang belakang menjadi lemah ikatannya. Pemendaman tenaga yang berterusan ini akan menjadikan tulang atau ruas tulang menjadi sangat lembut dan mudah tercedera. Kesan tekanan graviti atau aktiviti lasak akan menjadikan ia mudah tercedera atau menyebabkan kesan tergelincir. Antara penyakit kronik yang didakwa atau diistilahkan berkaitan dengan sakit tulang belakang ialah slip disk.

Sebenarnya walaupun hanya ada terlebih sedikit sahaja isyarat bertekanan rendah daripada tahap normal, rasa kesakitan telah mula dirasai. Jika isyarat tersebut terlalu banyak dan berlaku berulang kali, maka ia akan menyebabkan sakit belakang menjadi kronik.

Petua Mengurangkan Simptom Sakit Belakang
  • Setiap pesakit mempunyai punca yang berbeza antara satu sama lain dan ia
    dapat ditentukan setelah pemeriksaan (mengikut kaedah Applied Kinesiology secara
    terpeinci dan tepat)dijalankan. Untuk tidak menghampakan, berikut ialah
    ringkasan petua yang ingin diperturunkan di sini untuk mengurangkan simptom
    sakit belakang.
  • Amalkan membengkok lutut ketika mengambil barang, jangan membongkokkan
    pinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naik
    dengan cara meluruskan lutut semula. Cara ini dapat mengelakkan sakit belakang
    terutama di bahagian pinggul atau Cervical.
  • Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalah
    berpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makan
    makanan yang masam berlebihan, makanan yang mengandungi pewarna atau perisa atau
    pengawit. Elakkan mengambil kopi terutama Nescefe dan air bergas /
    bikarbonat.
  • Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan
    terhadap sakit belakang.
Psikologi adalah perkara terpenting yang perlu diawasi kerana ia sangat berkaitan dengan organ penghadaman. Saya akan terangkan secara terpeinci dan penuh saintifik kaitan antara organ dan karekor yang dikatakan sebagai punca penyakit belakang di dalam post yang lain, insya Allah. Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:-
  • Banyak bersabar, kawal perasaan marah (berkaitan dengan Hempedu (CL14),
    Tekanan darah tinggi (CL7).
  • Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatu
    yang tidak adil (berkaitan dengan sistem limpatik (CL12).
  • Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, hasad, dengki, khianat
    (yang berkaitan dengan organ pankreas (CL15)
  • Jangan mudah bersedih (yang berkaitan dengan organ paru-paru (CL10).
  • Jangan mudah risau (yang berkaitan dengan jantung (CL11)
  • Jangan terlalu cerewet, berkira atau cepat melatah (berkaitan dengan buah
    pinggang CL13).
Maklumat lanjut mengenai semua post berkaitan dengan sakit belakang atau tulang belakang di dalam blog ini, sila klik Kategori bertajuk "Tulang Belakang"

Semoga anda bergembira denga hasil tulisan ini. Semoga ia dapat dimanfaatkan untuk membantu mengurangkan penderitaan yang anda alami. Untuk kesan yang lebih baik, silalah dapatkan rawatan Attitude Therapy daripada saya. Saya akan cuba dengan sedaya upaya memberikan rawatan yang terbaik dengan penuh komitmen dan kesungguhan kepada anda. Sekrianya terdapat sebarang persoalan mengenai sakit belakang atau sebarang penyakit, sila hubungi saya;


Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya
Tel / SMS: 016-3315761

4 ulasan:

Hafez Husin berkata...

Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan terhadap sakit belakang.
Adakah maksud Dr.,pesakit langsung tidak boleh mengambil makanan berprotien atau mengurangkannya sahaja? Saya agak keliru kerana setahu saya protien, karbohidrat, lemak dan lain-lain ada kelebihannya untuk kesihatan selagi tidak diambil secara berlebihan.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Maklumat dan rujukan terkini dan berwibawa dalam dunia perubatan (allopathic atau complimentary) ialah the Journal of the American Medical Association (JAMA). Rujukan ini akan memberi makluman terkini kajian mengenai nutrien dan perubatan farmasutikal (bidang allopathic medicine). Antara pihak yang menghormati dan menyanjungi JAMA ialah World Health Organization (WHO)dan Open International Universiti for Complimentary Medicine. Fakulty of Universal Scienti of Colour (yang dipelopori oleh Colour Vibration Therapy) berada di bawahnya. Tetapi JAMA tidak diiktiraf atau dihormati oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malah tidak ada sebarang akreditasi dan justifisaki diberikan kepada JAMA oleh KKM.

Antara jurnal terbaru ialah protein tidak boleh diambil berlebihan dan keperluan harian cuma 20 miligram sahaja. Protein yang stabil dan selamat diambil cuma protein radioisotop 14. Antara sumbernya ialah ikan laut yang disediakan ketika basah (bukan kering atau diproses seperti fish ball, fish cake dan sebagainya).

Dalam blog ini saya ada menulis tajuk khas mengenai protein dalam katagori Nutrien bertajuk Kesan Terlebih Protein.

Hafez Husin berkata...

Dr., kalau boleh saya tahu apakah sebab-sebab yang menyebabkan KKM tidak mengiktiraf JAMA? Saya pasti mesti ada alasan yang kukuh berkenaan hal ini.

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Saya tidak arif mengenai perkara ini kerana berkaitan dengan dasar sesuatu kementerian atau dasar kerajaan. Saya rasa bukan sebab tidak iktiraf, tetapi kerana belum ada sebarang Justifikasi yang disediakan untuk organisasi tersebut. Di Melaka, kerajaan negeri telah menyediakan justifikasi untuk Colour Vibration Therapy. Itu pun di bawah Exco Pertanian bawah kelolaan agensi Institud Bioteknologi Melaka. Dalam kementerian setakat ini cuma Kementerian Sumber Manusia (MOHR) sahaja yang memiliki satu standart pengiktirafan terhadap organisasi atau kemahiran luar negara yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang dipanggil NOSS. Colour Vibration Therapy sedang membangunkan salah satu NOSS tersebut.

Sebuah agensi kerajaan Institud Kajian Perubatan (IMR) menghasilkan teknologi dan ilmu perubatan yang hebat-hebat malah ada yang semacam Colour Vibration Therapy, tetapi tidak dipraktikan oleh KKM.

Semoga anda bergembira dengan setiap maklumat dalam blog ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat pelbagai penyakit, sila hubungi saya.

(Semoga informasi yang dipublikasi dalam blog ini bisa memberikan manfaat serta pencerahan kepada pemirsa. Harapan saya agar semua senantiasa gembira dan jika anda mempunyai pertanyaan atau ingin menjalani pengobatan alamiah atau alternatif Attitude Therapy silahkan hubungi saya pada alamat yang tertera).

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy Sdn. Bhd.
No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh
Sila klik untuk melihat petaPeta Lokasi
.
hubungi saya 016-3315761
Tel: 016-3315761 (HP) 05-3125764 (O)
untuk cara yang lebih teratur dan selamat, sila email saya
email

3 langkah mudah untuk mendapatkan rawatan dengan saya


Melengkapkan borang di bawah untuk membuka fail analisa.
(Caj RM10 dikenakan seperti cara pembayaran di bawah).




Anda akan dihubungi untuk dimaklumkan hasil analisa serta formula rawatan ditentukan.
(Sila beri tempoh 24 jam setelah borang dan bayaran diterima. Anda mungkin akan dihubungi melalui handphone atau email).



Formula rawatan diposkan ke rumah dan rawatan boleh dijalankan sendiri dengan segera.
(Sila beri tempoh penghantaran 3 hari bekerja untuk semenanjung Malaysia dan 5 hari bekerja untuk selain semenanjung dan luar Malaysia. Penghantaran dibuat setelah bayaran kos rawatan diterima).

Borang Pemeriksaan Dan Analisa Kesihatan

   







Setelah menghantar dan membuat bayaran, anda akan dihubungi dan akan menerima hasil analisa secepat mungkin. Terima kasih.
 
   
     

Pembayaran Analisa Kesihatan Melalui Maybank2u

Akaun CIMB 0814 0000190 102
Atas Nama ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN
Caj bayaran untuk membuka fail analisa: RM10 (sekali bayar untuk seorang)